Saturday, December 24, 2011

DIGI-CHALLENGE FOR CHANGE...


14 Rabbiul Awal 1433 Hijriah. Bebaru ini (dah agak lama sebenarnya), aku dan beberapa kawanku ada menyertai satu pertandingan berkonsepkan business idea competition anjuran DiGi iaitu DiGi-Challenge For Change 3 (C4C3) yang diadakan di UTM Skudai. Program ini dianjurkan oleh DiGi dan diadakan diseluruh Malaysia serta kali ini adalah kali yang ke-3 diadakan.

Asalnya aku dan kawan-kawanku dijemput untuk menyertai pertandingan ini oleh pihak universiti. So, kitaorang pun pergilah. Mendengar taklimat yang diadakan pada first day tu, ianya mula menarik minat aku untuk menyertainya sehingga selesai program (program ini berlangsung selama 3 hari) kerana ianya membawa tema 'Keusahawanan Sosial' untuk membantu 'Underserved Community'.

Underserved Community ini merangkumi golongan OKU, ibu tunggal, anak-anak yatim, fakir, remaja bermasalah dan sebagainya. Ianya berkonsepkan keusahawanan sosial yang akan membantu golongan ini berdikari sendiri/ mempunyai pendapatan setelah projek kita dijalankan.

Tiga tema yang digunakan untuk pertandingan ini adalah sosial, economic dan green. Jadi, sesuatu projek yang dibentangkan itu mestilah mempunyai sekurang-kurangnya dua tema tersebut. Sepanjang program ini juga, ada satu sesi yang menarik iaitu sesi mentoring yang mana pihak penganjur menjemput beberapa wakil yang berpengalaman untuk membantu peserta pertandingan dari segi pembangunan idea, flow dan juga teknik perbentangan.

Pertandingan yang kami sertai ini dikategorikan sebagai Southern Region iaitu wakil dari bahagian selatan Malaysia. Sebelum ini, mereka telah tiba di Sabah dan Sarawak dan sudah mempunyai pemenangnya, so kali ini pemenang bahagian selatan pula ingin dipilih.

Waktu itu, kami berlima memikirkan idea untuk develop something yang berasaskan solar (bersifat green) tapi memandangkan kami tidak mempunyai kepakaran untuk melaksanakannya, idea itu terpaksa diketepikan dan muncullah idea baru iaitu membuat pengiklanan melalui kerusi roda (ada elemen sosial dan economic)

Idea ini tercetus lantaran latarbelakang kami yang berbeza dan sudah melibatkan dalam perniagaan masing-masing. Antaranya kawanku itu ialah Ahmad Izzuddin (menceburi bidang pengiklanan), Muhammad Izzudin (pengurusan majlis dan seorang perbentang yang hebat dengan memegang gelaran top host UTM), Maizatul Afzan (bidang pengurusan sumber manusia, sesuai untuk bidang pengurusan), Sharifah Azni (bidang matematik dan berpengalaman dalam menguruskan akaun serta kerja pejabat) serta aku sendiri dalam bidangh keusahawanan sekaligus mengetahui perkara-perkara yang berkaotan dengan OKU.

Jadi team kami sememangnya cukup bertuah kerana masing-masing mempunyai bidang kepakaran yang berbeza membolehkan kami mendapat idea yang unik. Sepanjang 3 hari program, dua kali kami dikehendaki membentangkan idea kami dan syukur Alhamdulillah... idea yang kami pilih itu telah berjaya memenangi tempat pertama pertandingan tersebut sekaligus mewakili bahagian selatan pertandingan ini.

Oh, idea apa yang you all bentangkan? Tentu anda tertanya-tanya kan? Ok, ideanya simple sahaja. Kami merekacipta satu kit untuk pengiklanan (kami namakannya sebagai Starter Kit Disabled Advertisement) yang mana kit itu dipasang pada tayar kerusi roda OKU. Mana-mana syarikat/ individu yang ingin mempromosikan produk/ syarikat mereka, bolehlah meletakkannya di kit tersebut dan bayaran tertentu akan dicaj. Wang yang diterima itu akan diberikan kepada OKU tersebut.

So, ideanya simple sahaja tetapi cukup bermakna dalam membangunkan sosial serta ekonomi golongan OKU. Dengan melakukan kerja-kerja pengiklanan itu, golongan OKU tersebut akan memperoleh pendapatan sampingan sekaligus akan meningkatkan tahap sosial mereka dikalangan masyarakat.

Jadi, after majlis penyampaian hadiah tu, kami diberikan taklimat tentang pertandingan dan ada beberapa perkara yang perlu dilakukan sepanjang tempoh 3 bulan ini sementara menunggu pertandingan akhir pada Mac 2012 nanti. Semoga kami semua dapat lakukan yang terbaik. Insyaallah...



Gambar1: Dari kiri: Muhamad Izuddin, Ahmad Izzuddin, Maizatul Afzan, Sharifah Azni dan aku



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...