Thursday, May 14, 2009

ALHAMDULILLAH...


14 Mei 09... Hari ini aku bangun pagi dengan semangat berkobar2 untuk ke kursus ASP.NET. selepas 2 hari tidak dapat pergi lantaran kerosakkan lif yang belum di baiki. Semalam aku ada menerima khabar gembira dari kawan satu kursus dengan aku yang mengatakan mereka sanggup mengambil dan mengantar aku ke kursus. Alhamdulillah.... Aku bersyukur kerana aku mempunyai kawan2 yang mengambil berat tentang diriku. Kawan2 ku ini pula bukannya aku rapat sangat sebelum ini, just biasa2 je. Tapi mereka sanggup call aku dan memberitahu untuk membantu aku ke kursus.

Pukul 8.45 pagi diorang datang, ambil aku dari kolej. Angkat bawak masuk kerusi roda manualku kedalam kereta dan pergi ke tingkat 3. Sampai di tingkat 3, aku turun dari kereta dan naik tangga sendiri dan salah seorang kawanku membantu mengangkat kerusi rodaku naik ke tingkat 5. Sampai waktu makan tengahari, aku turun tangga sendiri dan kawanku menangkat kerusi rodaku itu. Sampai di tingkat 3, aku masuk kedalam kereta dan pergi makan di kedai berhampiran fakulti. After makan, terus solat zohor dan pergi semula ke fakulti.

Walaupun agak penat naik turun tangga , namun melihatkan kawan2 yang sudi membantu dan bersemangat untuk membantu, aku bertambah bersemangat. Malulah aku jika kawan2ku sahaja yang beria2 untuk membantu tetapi tuan empunya badan nak rileks sahaja. Itu bukan sikap aku. Betul kata orang kalau kita nak tengok diri kita, kita boleh tengok diri kawan2 kita... Aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-NYA, aku mendapat kawan yang baik hati dan boleh diharapkan....

Bukan kawan2ku sahaja yang mengambil berat tentang kehadiranku ke kursus ini, rupa2nya ada lagi insan yang mengambil berat terhadapku. Semua kawan2ku itu beragama Islam, saudara seagama denganku namun ada lagi seorang insan yang bukan beragama Islam yang mengambil berat tentangku iaitu instructor kursus ku itu. Dia ada call aku bertanyakan dimana aku berada supaya dia boleh datang mengambil aku. Waktu itu aku baru sahaja sampai menaiki tangga ke tingkat 5. Apabila dia melihat aku, jelas terpapar senyuman gembira di wajahnya.

Masuk ke makmal, instructor itu memberitahuku agar tidak bimbang tentang kursusku kerana dia akan bantu aku dalam membuat proses 'hands-on' makmal itu. Alhamdulillah.... Syukur..... Aku sempat berdoa agar dia dibukakan pintu hatinya dan mendapat hidayah dari Allah SWT untuk memeluk Islam. Insyaallah....

Sepanjang 2 hari aku tidak hadir ke kursus, rupanya dah banyak latihan yang aku tertinggal. Namun begitu, aku tidaklah terlalu risau kerana aku sudah ada asas tentang ASP.NET ini, maka tidaklah aku kelam-kabut sangat, lagipun aku ada kawan2 dan instructor yang sentiasa bersedia untuk membantu. Setiap kali aku mengangkat tangan, instructor terus melayan aku. Begitu juga dengan kawan2ku.

Ketika pulang, sekali lagi mereka membantu aku, mengangkat dan menghantar aku sampai ke kolej. Begitu baik sekali mereka terhadap aku. Aku bertuah sebenarnya kerana selain mereka ini, aku masih ada ramai lagi kawan2 yang baik dengan aku dan ada sesetengahnya benar2 ambil berat tentangku. Makan-minum aku segalanya dijaga. Aku betul2 tidak dapat membalas segala budi baik mereka ini dan kawan2ku itu bukan setakat melayu saja malahan daripada cina dan india pun ada. Buat kawan2ku yang beragama Islam, aku sentiasa berdoa agar mereka dimurahkan rezeki dan berada dalam limpahan rahmat-NYA, manakala untuk bukan beragama Islam, aku mendoakan agar mereka diberi cahaya hidayah dan seterusnya memeluk Islam.

Sesetengah orang walaupun kaya, mereka tiada kawan yang betul2 baik hati dan ikhlas berkawan dengan mereka, berkawan kerana harta dan habuan. Sesetengah orang berpangkat dan berkuasa, jarang ada kawan yang betul2 taat setia, berkawan kerana kroni, hilang sekiranya kita tiada pangkat dan kuasa lagi. Sesetengah orang yang kacak, rupawan dan popular, jarang ada kawan yang betul2 ikhlas memuji dan menyokong mereka, sokongan akan hilang sekiranya mereka tidak lagi cantik dan popular, hilang dimamah masa dan usia

Aku tiada harta, tiada kuasa, tiada rupa dan tiada kesempurnaan fizikal. Namun di sebalik 'ketiadaan anugerah' tersebut yang tidak dipinjamkan oleh Allah SWT kepadaku, aku tetap mendapat beberapa 'anugerah dan rahmat' lain lagi. Satu anugerah yang tidak dipinjamkan kepadaku, 10 gantian anugerah lain yang Allah SWT pinjamkan kepadaku. Malahan aku bersyukur kerana tidak diberikan 'anugerah kesempurnaan', aku tiada anugerah tangan dan kaki, namun aku mempunyai anugerah keluarga yang menyayangi aku, anugerah kawan yang sentiasa membantu aku, anugerah cikgu dan pensyarah yang memahami diriku dan sebagainya. Seburuk-buruk dan sehina2 kita, kita sebagai umat Islam, diberikan anugerah yang tidak ternilai harganya iaitu anugerah akal, iman dan Islam.

Alhamdulillah.... Ya Allah.... Sesungguhnya.... Aku bersyukur keatas segala limpahan rahmat yang telah Engkau berikan ini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...