Tuesday, May 19, 2009

CARA AKU...


Alhamdulillah.... Lif di fakulti dah ok, dah boleh pakai. Syukur aku panjatkan kepada Allah SWT atas limpah rahmat-NYA dan terima kasih juga kepada mana2 pihak yang prihatin yang membantu dalam proses membaiki lif tu. Lif tu dah boleh digunakan sejak semalam, so ingat hari ni bolehlah pergi ke kursus di fakulti seorang diri, tak perlu dibantu oleh kawan2. Dah banyak hari gak la aku terpaksa menyusahkan kawan2 lantaran aku tak leh pergi sendiri ke fakulti. Alhamdulillah.... aku bernasib baik kerana kawan2ku semuanya cukup memahami dan suka membantu.

Pagi tadi, sebelum bertolak ke fakulti, pihak HEP ada call aku bertanyakan tentang kerusi roda elektrik itu. Mereka nak ambil untuk dibuat maintenance. Diorang ada juga bertanya samada kalau tiada kerusi elektrik ni, macamana aku nak pergi ke fakulti? Aku beritahu bahawa itu tak ada masalah sebab aku ada kawan2 yang sentiasa membantu aku. So, pagi tadi, datanglah pihak kolej dan HEP untuk ambil kerusi roda aku. Sekali lagi aku terpaksa minta bantuan kawanku untuk ke fakulti.

Sewaktu staff tu datang untuk ambil kerusi rodaku, aku perasan bahawa air mukanya tidak seceria biasa seperti setiap kali berjumpa dengan aku. Kali ini riak wajahnya agak muram. Mungkin atas sebab 'kuasa dan pangkat' agaknya, sometimes, kita menerima teguran dari pihak atasan pun kadang-kala dalam bentuk yang kurang digemari serta cuba dielakkan seboleh mungkin. Dia sempat jugalah bertanya tentang masalah yang aku hadapi berkaitan dengan kerusi rodaku tu.

So, pagi itu, kawanku datang ambil untuk ke fakulti. Sewaktu dalam makmal di fakulti, sekali lagi aku ditelefon oleh staff tersebut bertanyakan tentang keadaan kerusi roda tu termasuklah masalah yang aku hadapi. Aku memberitahu apa yang ditanya dengan detail supaya senang pihak HEP membantu nanti.

Seperti biasa, kursus aku tamat pukul 5 petang dan after that aku pulang dengan kawanku. Sampai dibilik, aku segera solat Asar dan baring2 jap. Aku terfikir sejenak tentang apa yang aku lalui semenjak 2 menjak ni. Bermula dari lif yang rosak, aku terpaksa mintak tolong kawan, ketiadaan kerusi roda elektrik yang bagaikan 'kakiku' dan perasaan muram staff pagi tadi.

Aku sedar, walaupun dengan hanya 1 mail, mungkin ramai yang 'dipanggil' dan 'terpanggil' untuk 'bergerak', apatah lagi mail itu terus kepada pihak tertinggi universiti. Aku terfikir, kalaulah tiadanya mail itu, mungkin staff itu akan datang dengan wajah yang ceria tapi jika bukan disebabkan mail itu, adakah dia akan datang bertanyakan khabar?

Aku tak salahkan kawanku yang menghantar mail itu sebaliknya aku amat berterima kasih kepadanya kerana atas sifat prihatinnya, dia berusaha untuk membantu aku. Apatah lagi bantuannya memang kena pada masanya dan kena pula pada keperluan aku.

Namun begitu, apabila teringatkan wajah staff tadi, aku rasa kasihan dan serba salah pula pada orang bawahan itu apabila 'ditegur'. Tapi jika tidak ditegur, aku pula yang terpaksa menanggungnya. Apakah aku dikira seorang yang mementingkan diri? Untuk keselesaan aku, 1 laporandibuat kepada pihak atasan dan pihak atasan pula tegur orang dibawahnya dan orang dibawah itulah yang menerima sesuatu yang mungkin tidak diketahui sebab musababnya. Pihak bawah terpaksa menerima sesuatu yang tidak diketahui, tidak pernah ambil tahu dan tak tahu menahu pun tentang sesuatu perkara itu. Aku tak pastilah apa pendapat orang lain dalam hal ini tapi bagi aku, aku rasa serba salah.... cukup serba salah.

Berasa serba salah dan rasa bersalah seringkali dirasakan. Aku rasa seolah2 aku ini hanya menyusahkan orang dan kawan2ku sahaja. Memang lumrah dan fitrah manusia bahawa kita tak leh hidup bersendirian, apatah lagi aku yang serba kurang. Kita mesti hidup bersama, bermasyarakat, membantu dan dibantu. Apabila kita hidup bermasyarakat, dibantu dan turut menghulurkan bantuan, tidaklah terasa sangat serba salahnya. Namun begitu, aku sentiasa dibantu tapi apa yang aku bantu? Satu tangan ini yang sepatutnya membantu, jarang pula membantu. Apa lagi yang terdaya aku lakukan? Aku pun kalau boleh teringin juga menghulurkan bantuan dan sumbangan.... Apa yang aku terdaya hanyalah menadahkan tangan untuk berdoa dan mensedekahkan bacaan Al-Quran sebagai balasan....

Orang kata, bantuan tak semestinya dari tenaga, masa dan wang tapi doa pun boleh dikira bantuan juga. Malahan mungkin doa itulah yang lebih baik dan diperlukan lagi. Namun, bagi insan yang masih berkudrat lagi walaupun tak seberapa, nikmat membantu dari segi masa, tenaga dan wang kadang-kala lebih diingini. Kita rasa puas apabila kita penat membantu pihak lain. Apa yang kita nak lakukan, tak semestinya kita kita terdaya. Hati kata nak, tapi akal kata tak boleh.... Selalunya orang kata.... akal dan hati mesti bersama.... But sometimes... akal dan hati kita tidak selari, bercanggah juga.... Apa yang pasti, cara aku dengan orang lain adalah berbeza...

Kepada mana2 pihak yang telah membantu aku seperti kawan2 dan staff samada peringkat atas hingga bawah, alhamdulillah dan terima kasih diucapkan. Aku doakan agar Allah SWT murahkan rezeki kepada semuanya....





1 comment:

  1. ado bakat jugok dale menulis ni yea.... :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...