Monday, May 11, 2009

KERUSI RODAKU...


11 Mei.... sekitar jam 3 petang, hujan lebat mencurah-curah. Aku sudah mula risau. Takut2 hujan takkan berhenti selepas pukul 5 petang ini. Aku berada di fakulti, menjalani kursus ASP .NET selama sebulan bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. Dalam hatiku, aku berdoa agar hujan lebat ini berhenti sebelum pukul 5 petang atau setidak-tidaknya biarlah hujan ini renyai2 sahaja. Aku bukan apa, bukan bermaksud bencikan hujan apatah lagi menolak rezeki alam.... namun aku risau takut2 aku tak dapat balik ke kolej.


Alhamdulillah.... hujan berhenti turun sekitar pukul 4.30 petang. Pukul 5 pula, after tamat kursus itu, aku menuju ke lif. Ku sangkakan dengan hujan yang sudah berhenti, sudah tiada masalah. Namun begitu, lif pula rosak lantaran hujan yang lebat menyebabkan air mengalir masuk ke lif dan mungkin merosakkan sesuatu pada lif tersebut. Aku mula gelisah apabila butang lif tidak menyala-nyala, tiada respon.

Kerisauan aku bertambah lantaran ketika itu orang sudah mula berkurangan lagipun aku berada di tingkat 5, tingkat teratas dan agak jarang orang yang naik jika tiada sebarang urusan dalam makmal. Aku mungkin boleh tunggu, tapi sampai bila? Sampai pukul berapa mesti aku tunggu? Aku hendak pulang lagipun aku belum bersolat Asar lagi. Kalau aku hendak turun pun, aku still tak boleh tinggalkan kerusi roda elektrik aku tu....

Namun begitu, kerisauanku berakhir dalam 10 minit kemudian. Seorang staff makmal datang untuk menghulurkan bantuan. Dia juga menghubungi rakan2nya yang lain untuk membantu aku. Salah seorang kawanku turut membantu. Setelah berbincang tentang cara2 untuk membantu aku, mereka sepakat untuk mengangkat kerusi rodaku yang berkeberatan hampir 100kg itu menuruni fakulti setinggi 5 tingkat. Cubalah bayangkan, mengangkat sebuah benda berkeberatan 100 kg dari tingkat 5 menuruni tangga. Walaupun agak tinggi risikonya, itu sahaja pilihan yang ada ketika itu.

Aku juga mesti menuruni sendiri tangga setingi 5 tingkat. Lantai pula basah akibat tempias hujan. Aku pun rasa malas dan penat untuk menuruni tangga itu tapi lantaran terpaksa dan melihat semangat yang lain untuk untuk membantu, aku gagahkan semangat dan kudratku. Aku perlahan-lahan menuruni tangga sebab ketika itu, tangga agak licin dan sedikit berladung dengan air hujan. Aku turun perlahan-lahan dan penuh hati-hati. Seramai 4 orang yang membantu menangkat kerusi rodaku itu. Keletihan jelas terpapar pada air muka setiapnya.

Namun mereka masih sempat bergurau senda.... mungkin mereka tidak ingin melihat aku gelisah dan kasihankan mereka. Mereka menangkatnya dengan perlahan-lahan, yelah berat kan.... setiap tingkat, mereka berhenti seketika, melepaskan penat yang ditanggung demi membantu aku. Aku juga penat. After tiba di tingkat 3, aku mula penat, berpeluh dan seluarku basah namun aku cuba bertahan memandangkan aku sudah hampir tiba.

Akhirnya segala penat lelahku dan staff serta kawanku berbaloi. Aku sudah sampai di bawah yang mana ketika ini, aku sudah boleh memandu sendiri kerusi rodaku itu. Namum, tiba-tiba pula, kerusi rodaku itu tidak dapat di hidupkan. Tidak boleh 'on', tiada nyala apa2 pun. Aku cuba berkali-kali. Aku juga cuba untuk tengok2 wayar atau apa2 yang tak elok untuk diperbetulkan. Tapi aku terima hakikat bahawa aku tak pandai dalam hal itu. Setakat asasnya sahaja tak cukup untuk membaikinya....

Aku sudah mula risau kembali tambahan pula, penatku juga belum hilang lagi. Tambah pula satu dugaan untukku dari Allah SWT. Aku mula berbisik dalam hati kecilku.... "Ya Allah, sesungguhnya aku redha dengan dugaan ini.... namun biarlah dugaan sebegini adalah untukku sahaja..... Janganlah Engkau mengujiku dengan kawan2ku ini.... Aku tidak ingin sekali2 melihat rakanku bersusah payah untuk membantuku..... Cukuplah sekadar mengujiku sendiri....." Namun aku sedar satu hakikat bahawa kesemua ujian dan dugaan ada hikmahnya cuma aku sahaja yang tidak menyedarinya....

Seketika kemudian, tiba2 kerusi rodaku kembali berfungsi. Alhamdulillah.... semua yang ada di situ kelihatan gembira dan tersenyum. "Ya Allah.... Sesungguhnya aku bersyukur terhadap limpah rahmat-MU ini....". Ujianku tidak lama.... aku diberi kenikmatan yang tidak dapat diungkapkan dengan manisnya kata2. Apa yang aku tahu hanyalah bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada yang membantu. Sebelum aku pulang, aku testing dulu kerusi rodaku itu dengan menekan 'ON' dan 'OFF' berulang kali.


Alhamdulillah..... Aku selamat pulang ke kolej dalam pukul 6 petang

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...