Sunday, May 17, 2009

KUASA DAN PANGKAT...


16 Mei.... Hari Guru.... Sempat jugaklah aku sms semalam ucapkan Hari Guru kepada cikgu2 aku semasa sekolah rendah dan menengah dulu, tapi tak banyak pun ada no.contact. Kebanyakkanya dah lost contact. Semalam pulak ada kawanku datang melawat aku dan kawan depan bilikku dengan bawak skali nasi untuk kami berdua. Dia tolong belikan nasi untuk kami. Sambil2 sembang, aku dan kawan depan bilikku ada utarakan tentang masalah kerusi rodaku yang kerap kali 'off' dengan sedirinya ditambah dengan aduan sejak semester lepas lagi yang tak berapa berkesan. Kawanku itu bersimpati denganku lalu membuat keputusan untuk mail kepada Naib Canselor(NC) tentang masalahku ini. Dia juga ada mengambil beberapa keping gambarku dan kerusi roda tu untuk dilampirkan dalam mailnya itu.

Semalam, dalam pukul 1.00 pagi, dia ada mesejku memberitahu bahawa NC ada memberi response terhadap mailnya dan mengatakan bahawa tindakan segera akan diambil. Alhamdulillah.... Aku bersyukur atas keprihatinan kawanku yang sanggup membantu dan juga kepada NC yang sanggup membalas mail walaupun sudah pukul 1.00 pagi. Aku harap masalahku ini akan dapat diselesaikan dengan segera.

Pagi ini, aku pergi ke fakulti untuk membantu menyiapkan tugasan projek kawanku yang lain. Sewaktu di fakulti, Dekan datang menemuiku. Dia bertanyakan tentang kerusi rodaku. Aku agak kehairanan pada mulanya, apa yang aku hairankan ialah macamana dekan boleh tahu masalah kerusi rodaku sedangkan aku tak pernah bercerita kepadanya? Ada 3-4 soalan lagi yang ditanyakan kepadaku dan aku menjawabnya dengan biasa dan tenang. Aku juga turut mengambil kesempatan itu untuk memberitahu tentang masalah parking kereta kawanku yang dialami sebelum ini.

After that, dekan memberitahu bahawa tindakan akan diambil bagi menangani masalah ini sebelum dia beredar pergi. Selepas dia pergi, aku terfikir sekali lagi iaitu kenapa dekan bertanyakan soalan sebegitu terhadap aku? Siapa yang beritahu dia tentang masalah aku? Then, barulah aku teringat tentang mail yang di forwardkan kepada NC semalam.

O.... patutlah dekan datang cari aku. Mungkin NC dah minta atau arahkan dia berbuat demikian dan cuba untuk menyelesaikan masalah aku. Yelah, masakan tidak, hari ahad seorang dekan datang ke fakulti dan bertanyakan masalah kepada aku. Sebelum ni takde pun.After aku selesai urusanku di fakulti, aku terus balik ke kolej dan cuba bermunasabah diri terhadap kuasa dan pangkat....

Kuasa dan pangkat.... Penting sekali di zaman ini agaknya. Dengan kuasa dan pangkat, kita boleh buat apa sahaja. Semakin besar kuasa dan semakin tinggi pangkat kita bermakna semakin kurang orang yang boleh mengarah kita. Semakin kurang orang yang boleh mengawal kita. Semakin kita boleh mengawal orang lain.

Kuasa dan pangkat.... Boleh di jadikan ukuran seseorang itu. Semakin besar kuasa dan semakin tinggi pangkat, semakin masyarakat hormatkan kita. Semakin masyarakat takutkan kita. Semakin mereka tidak berani menentang atau mengingkari arahan kita. Semakin banyak wang yang kita miliki. Semakin banyak perkara yang boleh kita miliki.

Kuasa dan pangkat... Merupakan suatu amanah dan tanggungjawab yang besar. Semakin besar kuasa dan semakin tinggi pangkat kita, semakin besar jugalah amanat dan amanah yang perlu kita pikul. Adanya kuasa dan pangkat tidak bermakna kita boleh terlepas daripada tanggungjawab dan tanggungan kita sebaliknya, ianya menjadikan tanggungjawab kita itu semakin besar dan rumit yang perlu kita pikul dengan sebaik2nya,

Kuasa dan pangkat.... Boleh menegakkan agama kita. Semakin besar kuasa dan semakin tinggi pangkat kita, semakin kita boleh menyuruh orang lain menurut perintah agama. Samada orang tersebut ikhlas atau tidak menuruti tuntutan agama, itu soal lain, yang pasti, kita berkemampuan untuk menyuruh mereka mentaati tuntutan agama.

Kuasa dan pangkat.... Kita boleh meningkatkan syiar Islam dengan memberi sedekah dan menderma wang kita yang banyak itu. Kita boleh menggubal undang2 bagi memastikan agama berada di atas segala-galanya. Kita boleh memastikan anak bangsa dan negara kita semakin berpengetahuan.

Apa yang pasti semua kuasa dan pangkat itu ada pro dan kontranya baik di dunia mahupun di akhirat. Maafkanku jika tersilap telaahku ini. Seandainya tersilap, silalah perbetulkan, kita sama2 belajar dan mengajar.

Kita tidak boleh membiarkan kuasa dan pangkat mengarah kita sebaliknya kitalah yang mesti mengarah kuasa dan pangkat. Jika kedua2 ini di gunakan dengan sebaik2nya dan digunakan oleh hati yang suci serta kudus untuk menegakkan agama Islam, Insyaallah.... kita akan berjaya. Apa yang pasti, aku berharap agar pihak yang memiliki kuasa dan pangkat tidak kira bila atau dimana sahaja ianya berkuasa, gunakannlah sebaik2nya. Kuasa dan pangkat boleh mengubah dari sesuatu yang buruk kepada yang baik serta sebaliknya. Aku bermohon pada Allah SWT, seandainya aku diberi amanat kuasa dan pangkat suatu hari nanti, seandainya aku diberi amanat dan amanah yang perlu aku pikul, janganlah hatiku lari daripada-NYA....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...