Monday, May 11, 2009

KURSUS ASP.NET....


Alhamdulillah... Hari ini semangatku untuk meneruskan kursusku begitu baik. Dalam hari kuliah semalam, agak banyak yang aku tak tahu dan memerlukan latihan lagi. Insyaallah.... mudah-mudahan cuaca hari ini baik dan mood aku juga tenang. Aku bertolak awal pagi ni, dalam pukul 8.30 pagi dengan harapan sempat aku sembang2 dgn instructor .Net tu. Aku berharap ilmu hari ini lebih banyak dari semalam dan aku juga berharap agar lif di fakulti sudah ok. Mudah-mudahan.....

Sampai sahaja di fakulti, aku agak kecewa. Lif belum pulih lagi, tak bernyala pun. Aku melihat sekeliling, belum ada orang lagi walaupun jam sudah pukul 8.40 pagi. Kemudian turun seorang stafff fakulti. Dia bertanyakan khabar dan cuba menghubungi kawanya yang lain untuk mendapatkan ikhtiar. Turun pula seorang staff senior yang cukup baik, peramah dan yang aku segani. Dia memberitahuku bahawa dia cuba contact pihak yang terbabit dalam baiki lif supaya bertindak segera. Dia juga ada menawarkan untuk membantu aku dengan kereta sampai di tingkat 3, then aku naik sendiri sehingga tingkat 5.

Aku serba salah.... Pengalaman melihat beberapa stff yang kepenatan dan tercunggap2 semalam sewaktu membantu aku turun masih aku ingat. Seandainya lif tidak dapat dibaiki sehingga petang ini, macamana pulak aku nak turun? Masih ada lagikah orang yang sanggup mengangkat beban 100 kg?. Staff itu mencadangkan aku supaya tinggalkan kerusi roda di tingkat bawah dan aku naik sendiri ke tingkat 5 tapi persoalannya, macamana kalau aku nak turun untuk solat, makan tengahari atau ke tandas tanpa kerusi roda tu? Ternyata aku tak dapat buat keputusan dalam memilih bantuan yang boleh dilakukan oleh pihak staff fakulti. Aku akui, mereka juga tiada idea macamana untuk tolong aku dan aku pun tak salahkan mereka dalam situasi begini.

Akhirnya.... aku membuat keputusan untuk menunggu sahaja dan diharapkan agar pihak yang berbabit dalam pengyelenggaraan lif cepat menyelesaikan masalah ini. Kawan2 satu kursus dengan aku sudah aku pesan agar memberitahu instructor tentang hal ini supaya instructor itu tidak tersalah anggap terhadap aku. Yelah, mungkin orang akan ingat aku nak ponteng tapi harap2 instructor itu faham tentang keadaanku. Bukan berniat untuk menagih simpati, cukuplah sekadar memahami situasi hari ini.

Sambil2 menunggu, aku ada menghantar mesej kepada Hal Ehwal Pelajar (HEP) bahagian kebajikan untuk memberitahu tentang keadaan kerusi rodaku semalam. Semalamkan kerusi roda aku 'off' dengan sendirinya, so aku ingat nak mintak pihak HEP buat maintenance. Padahal, masalah kerusi roda ini 'off' dengan sendirinya sudah agak lama iaitu dari semester lepas lagi, berkali2 jugaklah aku sudah contact HEP dulu tu untuk buat maintenance dan diorang cakap nak datang tengok tapi sampai sekarang takde pun. Mesejku tak dibalas. Takpelah... mungkin diorang sibuk agaknya. Think positive.....

Dalam menunggu tu, aku sempat jugak pergi sarapan pagi kat kedai berhampiran fakulti dan sempat jugaklah sembang2 sekejab dgn member2 lain. Jam menunjukkan pukul 11 pagi. Rupa2nya dah 3 jam ye waktu berlalu. Aku fikir, mungkin lewat lagi lif itu dibaiki. So, aku mengambil keputusan untuk balik ke kolej. Aku juga dah berpesan pada kawan agar sms kepadaku jika lif dah ok untuk kursus sesi petang nanti. Bila sampai di kolej, aku just rehat dulu sambil online.

Aku check dalam internet tentang keputusan examku semester ini. Alhamdulillah.... baik keputusanku dan apa yang agak mengejutkan ialah ada satu subjek aku just dapat A- sebelum ni tapi hari ini subjek itu sudah berubah menjadi lebih baik lagi. Alhamdulillah.... syukur kepada Allah SWT dengan limpah kurnia-NYA.

Selepas itu, aku mula terfikir bahawa Allah SWT Maha Adil.... Tidak pernah berlaku zalim terhadap hamba2-NYA.... Setiap dugaan dan ujian yang kita terima, mestilah kita mampu menggalasnya, bergantung kepada keadaan kita dan cara kita menyelesaikan ujian tersebut. Allah SWT tidak akan memberikan sesuatu dugaan dan ujian yang berlebihan kepada kita, yang tidak tertanggung oleh kita. Semalam dan pagi ini aku diuji dengan tidak dapat hadir ke kursus, tapi diberi pula balasan dengan peningkatan keputusan exam. Betullah kata orang bahawa "Kita minta bunga yang mekar cantik tapi diberi tulip berduri, kita minta rama-rama yang cantik tapi dapat ulat yang hodoh.... Namun tiba masanya, tulip berduri itu mekar menjadi sekuntum bunga yang indah dan harum, ulat itu menjadi rama-rama yang cantik dan bebas berterbangan.... Begitulah ketentuan-NYA, indah pada masanya..."

Aku berharap aku dapat meneruskan kursus .Net ini esok dan hari2 mendatang dengan penuh keinsafan dan kejayaan. Insyaallah....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...