Friday, May 15, 2009

SATU HARI YANG MENGHARUKAN...


15 Mei.... Pagi ini seperti semalam juga, kawan2ku datang membantu aku. Diaorang datang ke kolej untuk mengambil aku ke fakulti. Seperti biasa juga, untuk memudahkan aku turun tengahari ni, dia parking keretanya di tingkat 3 di area tu jugak dan aku naik tangga sendiri sampai di tingkat 5. Untuk solat Jumaat, instructor tu ada berbincang dgn kami, pelajar Islam dan dia bersetuju untuk berikan masa dari pukul 12.30 tghari-2.00 petang. Alhamdulillah... rasanya dah cukup masa tu then dia cakap, lewat skit pun takpe, so tak strict sangatlah. So,bila time tengahari tu, aku dan kawanku itu turun ke tingkat 3. Aku dan kawanku terkejut apabila melihat tiba2 tayar kereta kawanku dirantai dan dikunci, ada juga surat saman disamping surat yang bercopkan pemilik tempat parking tersebut.

Biasanya, pengawal keselamatan yang membuat rondaan akan check secara berkala atau jika terdapat sebarang aduan tentang tempat parking kereta. Kemungkinan besar ada laporan dibuat kepada pihak keselamatan kerana di cermin kereta tersebut ada juga dilampirkan surat dari pemilik kereta tepat parking tersebut. Yelah, logiklah kan orang tu marah sebab kawanku dah 'ambil' tempat parking kereta dia, so dia tak tau kereta siapa punya dan buat laporan. Agak risau jugaklah aku dan kawanku melihat keadaan ini. Dia pun segera mencari mana2 kawan yang masih ada untuk dipinjamkan kenderaan untuk bawak aku turun bawah. Agak lama dan banyak jugak kawan2ku yang lain yang dihubunginya. Alhamdulillah.... ada seorang lagi kawanku yang yang masih ada dan sudi pinjamkan keretanya. So, dgn kereta itu, aku dapatlah turun ke bawah.

Masa kat bawah, aku dan dia sempat berbincang untuk pergi ke pejabat keselamatan untuk berbincang tentang hal tayar di rantai ini. Kami berbincang cara samada mohon pihak keselamatan batalkan saman atau kurangkan kompaund saman tersebut. Aku berpendapat better aku ikut sekali sebab kalau kawanku kata dia menolong menghantar aku, at least pengawal tu boleh consider after dia melihat sendiri keadaanku. Kalau tak, maybe pengawal tu kata kawanku itu menipu, yelah takde bukti kan.

Pukul 2.15 petang, aku dan kawanku pun bertolak ke pejabat keselamatan. Sampai di sana, dia pergi masuk ke pejabat tersebut manakala aku tinggal di dalam kereta sebab susah nak cari tempat untuk parling kat area tu, kebetulan pulak penuh dgn kereta lain. Kawanku tak matikan enjin kereta, takut aku kepanasan kot, dia bukak air-cond dan terus masuk ke pejabat tersebut. Agak lama jugak aku tunggu, lebih kurang dalam 15-20 minit jugaklah, then baru dia keluar.

Aku terkejut apabila melihat matanya kemerahan, seperti menangis. Aku mula rasakan seperti something happen, maybe dia kena marah kat pengawal kot, rasa2nyalah.... Then aku try bertanya "Pak guard marah kau ke?" Dia tak menjawab, sebaliknya duduk dan mula nak memandu. Aku diam sahaja. Then dia ada kata "tak pasal2 kena marah..." dengan nada yang sedih. Barulah aku faham.... Mungkin dia kena marah kat pengawal tu.... Sepanjang perjalanan pulang ke fakulti itu, aku dan dia masing2 diam. Dia pula kadang2 mengesatkan airmatanya....

Aku terfikir ini semua pasal aku. Dia nak tolong aku semata-mata, tapi disebabkan aku, kereta dia kena rantai dan dimarahi oleh pengawal. Dia parking kat area tu disebabkan untuk memudahkan aku, sebaliknya di saman dan dimarahi pula. Nak salahkan pemilik kereta yang empunya tempat parking pun tak boleh jugak sebab tu memang hak dia. Memang tempat parking kereta dia, dia nak cari pemilik kereta yang 'ambil' kawasan dia pun, dia tak tau siapa punya kereta, so dia just buataduan ajelah. Nak salahkan pengawal keselamatan tak boleh gak sebab memang tugas dia, itu amanah dia kan.

Aku jadi serba salah.... Kalau bukan aku, tentu ini semua takkan berlaku.... Ini adalah kali kedua seorang kawan perempuan aku yang berniat baik menolong aku menangis di sebabkan aku... Dulu pun pernah berlaku kat kawan perempuanku yang menghantar aku ke kuliah tapi keretanya di rantai, masa tu aku ambil Diploma, so dah agak lama berlalu.... then hari ini berlaku lagi.... Aku amat kasihan dan simpati kat dia.... Entah kenapa, aku memang tak leh tengok perempuan menangis, aku jadi kasihan. Mungkin aku kalah dengan airmata kaum hawa. Sifat aku agaknya.... mudah lembut hati dan kasihan pada kaum hawa yang dalam kesedihan....

Sampai di fakulti dan masuk makmal semula, dia still agak sedih lagi. Aku nak tegur pun serba salah lagi.... After around 15 minutes, baru nampak mood dia ok skit, then barulah aku tegur dia, tu pun tegur pasal topik kuliah tu. Pukul 4 petang, hujan turun dgn agak lebat. Hm..... nampak gayanya, lambat lagilah lif tu akan direpair, tak leh masuk air. After tamat kelas kursus tu, aku dan beberapa member2 lain still lepak lagi menunggu sementara hujan berhenti atau renyai2. Dalam around pukul 5.30 petang, baru kami turun dan kami dapati rantai di tayar kereta sudah di tanggalkan. Alhamdulillah.....

So, kawankupun hantarlah aku ke kolej. Sampai di kolej, aku bukak kipas namun tak bergerak2 pun kipas. Rupa2nya, tiada elektrik.... Penat pun tak hilang lagi, elektrik pulak tak ada.... Aku bertanyakan kawan di bilik depan, elektrik putus sejak hujan tadi. O.... mungkin litar pintas kot.... So, aku tak boleh buat apalah, just wait and see.... Gelap dan kebetulan bernyamuk lak....

Elektrik still tak ada sampailah pukul 9 mlm. Datang seorang kawanku melawat sambil membawa nasi untuk aku dan kawanku di depan bilik ini. Dia cuba membantu dengan menghubungi pegawai teknikal elektrik. Dia juga ada keluar sekejap pergi membeli lilin untuk kami seandainya pegawai tu tiba lewat. Alhamdulillah.... sekurang2nya ada juga pertolongan daripada Allah SWT untuk aku dan kawanku depan bilik ini. Lebih kurang pukul 10.30 malam, barulah pegawai tu tiba dan betulkan apa2 yang patut. Alhamdulillah.... pukul 11 malam, dapat gak menjamah nasi....

After that, aku termenung dan bermunasabah sendirian.... Aku memikirkan tentang hal kereta kawanku yang dirantai tadi. Tiada pihak yang bersalah dalam hal ini dan kalau adapun, orang itu kemungkinan 90% adalah aku. Bila terfikirkan tantang kesalahanku itu, aku serba salah dan agak menyesal. Kalaulah aku tidak menyusahkan kawanku, tentu perkara ini tidak berlaku. Walaupun aku sedar bahawa mungkin aku yang bersalah dalam hal ini, namun apa yang boleh aku lakukan? Apa yang termampu aku buat? Pihak kawan2ku pula agak terhad untuk membantu aku, mereka pun bukannya ada 'power' seperti pihak atasan. Tapi jika difikirkan dari sudut yang lebih positif, aku sedar bahawa ini semua adalah ujian daripada Allah SWT untukku. Mungkin suatu hari nanti, aku akan mengalami nasib yang sama seperti hari ini atau mungkin nasib itu lebih buruk lagi. Mungkin juga ini adalah ujian untuk menguji tahap keimanan dan kesabaranku dalam mengharungi liku hidup ini. Apa yang pasti, hari ni adalah hari yang mengharukan aku dan hari ini juga, banyak pengajaran yang boleh diambil untuk membantu perjalanan hidupku ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...