Sunday, May 10, 2009

SELAMAT HARI IBU....


1 Disember 2008, harijadi ku.Hari itu aku menerima sms dari anak saudaraku berumur 15 tahun mengatakan "Pak Su Mi, tahu ke nenek masuk hospital?". Aku ada 10 adik beradik dan aku yang termanja. Mak masuk hospital dah 4 hari sebelum itu tapi 9 orang adik-beradikku tiada memberi khabar. Aku tak pasti samada sibuk, atau taknak ganggu pengajianku atau lupa nak beritahu lantaran aku tiada di hati. Sometimes.... budak 15 tahun lagi ingat kat bapak saudaranya..... Takpelah...at least aku dah tau, ada jugak yang beritahu. After that, aku segera menelefon ayahku dan bertanyakan tentang mak. "Mak terjatuh di dapur dan tulang punggungnya didapati patah, akan buat operate pada 6hb nanti, tak perlu risau, operate kecil je", kata ayah.

Aku serba salah, aku nak balik pun aku still ada kursus di fakulti. Ada lecturer beritahu, "tak payah risaulah, insyaallah tak ada apanya...awak balik pun bukan boleh buat apa jugak, just boleh bagi sokongan moral kat mak awak ajelah...." Walaupun lecturer tu kata macam tu, aku still rasa tak sedap hati. Rasa nak balik jugak, entah kenapa hati kecil ini teringin nak balik. Aku bertanyakan kepada kawan2, mana tahu kot2 ada yang nak balik Kota Bharu, boleh balik skali.

5 hb, malam, aku balik ke Kota Bharu dari Skudai menumpang kereta kawan, alhamdulillah..... ada kawan yang kebetulan nak balik jugak dan sudi tumpangkan aku. Kereta jalan agak slow,meredah hujan lebat, musim banjir.

Tanggal 6 Disember, aku sampai around 9 pagi dan bila sampai di rumah, semua ahli keluargaku tiada di rumah, yang tinggal hanya kakakku dan 4 anaknya. Kakak beritahu, semua dah pergi hospital, bawak mak untuk operate. Aku contact abangku yang dah ada kat hospital, dia beritahu "Mak operate pukul 10 pg, kau rehatlah dulu, petang nanti after operate, aku pergi ambik kau untuk pergi ke hospital". After dapat sms tu dari abang, aku pun just rilek, mandi dan kemaskan baju dalam almari bilik.

Pukul 12 tengahari, kakakku menerima mesej "mak dlm kritikal, ada komplikasi jantung". Bila aku tahu, hatiku mula gelisah. Aku cuba contact abang2 ku namun tak dapat. Pukul 12.30, aku menerima panggilan dari abang. "Mie......ma dah takde Mie......." Innalillah....... Saat tu, hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui keadaanku. Aku rasa macam nak berlari-lari ke hospital....nak memandu kereta atau motor ke hospital.... tapi apakan daya....aku hanya mampu menangis di balkoni rumah. Aku contact kakak dan abangku2 utk pergi hospital, namun semuanya tak diangkat.... yang di angkat phone pun tak mampu nak bercakap, masih teresak2 lagi.....

Pukul 2 petang, jenazah mak di bawa balik, aku tengok jenazah mak.... Allahu Akhbar..... alangkah jernihnya wajah jenazah mak.... kakakku peluk aku dari belakang, mungkin untuk tenangkan aku dan dirinya sendiri..... Aku ambil wudhuk dan membaca Surah Yaasin untuk mak..... Jenazah mak di tanam agak lewat sebab menunggu kakak dan kakak iparku balik dari KL.

Tiba saat memandikan jenazah, aku sekeluarga membantu memandikan jenazah mengikut seorang pemandi jenazah. Aku lap2 badan mak..... Saat yang paling menghibakan tiba. Jenazah mak akan diusung ke masjid untuk disembahyangkan dan seterusnya dibawa ke kubur. Sebelum lengkap berkapan, kami sekeluarga mengucup mak....

Selepas sembahyangkan jenazah, abangku beritahu "masa kau mula2 mesej aku untuk pergi ambil kau dan bawak kau ke hospital, masa tu mak belum operate lagi, tengah sembang dengan yang lain2. Aku beritahu kepada mak, "Jimi dah balik, ada kat rumah, nak pergi ambik sekarang ke?". Then mak balas, "takpelah, dia letih tu, sehari dlm kereta, mesti penat. Kau pergi ambil dia petang nilah, lepas operate.""..... Allahu Akhbar........ Mak..... Sudah takdir aku tak dapat mintak maaf buat kali terakhir......

Namun, abangku kata "ayahlah paling terkilan skali. Sebelum mak di bawak ke bilik bedah, mak ada panggil ayah. Mak berbisik dengan ayah "Maafkan kita ye... halalkan semua ye...."kata mak. Ayah pun kata "Yelah. Kita maaf semua. Jangan bimbang, lepas awak sembuh, boleh kita pergi Mekah sekali lagi ye, Insyaallah....." Mak berkata lagi..."Tolong kita..... tolong ajarkan mengucap....boleh ke...." Ayah pun kata, "takde apa eh...bedah sikit je." Namun mak merayu lagi agar dia diajarkan mengucap oleh ayahku. Ayah pun mengajarlah mengucap kepada mak. Then mak dibawa ke bilik bedah dalam keadaan tersenyum dan sudah mengucap. Itulah kata2 terakhir dari mak.....

8 Disember 2008, Aidiladha....... Takbir raya menambah kesedihan aku sekeluarga. First time kami beraya tanpa mak..... Rasa sunyi..... After sembahyang raya, aku dan keluarga terus ke kubur tapi ayah pagi2 lagi dah ke kubur..... Lepas solat, dia pergi lagi.....

Hari ini, 10 Mei, orang kata hari ni Hari Ibu.... Masing-masing telefon mak untuk ucapkan hari ibu. Aku hanya mampu melihat dan mendengar..... Apa yang aku mampu adalah sedekahkan Yassin untuknya.... Semoga rohnya aman tenteram..... Mak banyak berkorban untuk aku. Bukan mak aku sahaja, ibu2 lain di seluruh dunia pun macam tu juga, berkorban untuk anak2 mereka.... namun adakah kita menghargai kasih dan pengorbanan ibu kita? Berapa kalikah kita menelefon ibu kita dalam sebulan? Adakah kita ada mendoakan kesejahteraan ibu kita? Mungkin sekarang kita belum terasa lagi, tapi seandainya suatu hari nanti ibu kita meninggalkan kita, adakah kita berkesempatan untuk mohon ampun?

Ingatlah, bila ibu kita meninggalkan kita buat selama2nya.... barulah kita menangis..... barulah kita teringatkan dia..... Jangan jadi macam aku.... Aku tak sempat nak jumpa dan minta maaf buat kali terakhir dengan ibuku.....

Selamat Hari Ibu ...... Mak .............. Imi doakan agar mak di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

Hajah Aminah Bt Abdul Rahman .......... Al-Fatihah .......



1 comment:

  1. Al-fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmatNya..amin....
    kite senasib jimi, malah lagi sedih dr awk, sy tak sempat pn jumpa ayah sy utk terakhir kalinya...semoga rohnya ditempatkan di tempat2 org yang soleh..amin....
    p/s: every dark clowd has a silver light..stay strong..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...