Saturday, May 30, 2009

ULASAN DILEMA MELAYU...


Alhamdulillah... 30 Mei 09 lepas(semalam), aku berkesempatan untuk keluar bersama2 kawan pergi shopping. Asalnya aku berniat untuk membelikan hadiah untuk harijadi kawanku sahaja, tapi selepas masuk ke kedai MPH, aku tertarik dengan buku tulisan Tun Dr.Mahathir yang bertajuk "Dilema Melayu". Sebelum ini aku dah baca buku ini tapi yang ini adalah edisi terbaru darinya. Aku pun membelinya.

Aku masih lagi ingat tentang beberapa fakta yang terkandung dalam "Dilema Melayu" edisi lama yang mananya aku ada beberapa pendapat yang tidak setuju dengannya. Antara pendapat darinya yang tidak boleh aku terima ialah soal keturunan, pendidikan dan kemerdekaan. Subjeknya pulak adalah orang melayu. Bagi aku, ada betul dan ada salahnya pendapatnya tu tapi masa tu lebih kepada yang salah. Takpe, kita lihat dan kupas bersama edisi baru ni.

Aku agak gembira kerana awal kandungan edisi kali ini, Tun mengatakan bahawa dia telah tersilap dalam pemikirannya terhadap beberapa isu melibatkan kepentingan melayu dan Tun akuinya. Suatu sikap yang baik dalam mengakui kelemahan diri sendiri. Beberapa isu yang tidak aku puas hati sebelum ini terjawab dengan pengakuan dari Tun.

Terlebih dahulu, aku bukannya nak berbicara tentang politik pun dalam blog ni, just nak bagi komen dan ulasan je. Dalam edisi terbaru ni, kandungannya lebih kepada menyindir, meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap sesetengah pihak dan beberapa cadangan penyelesaian yang mungkin sukar untuk dilaksanakan. Sindiran itu bukan tidak bermata sebaliknya kepada pihak2 yang pernah bermusuhan dengannya. Tapi Tun pandai menyembunyikan siapa pihak tersebut namun bagi orang yang sentiasa peka dengan isu semasa, tak sukar pun untuk menekanya.

Dalam edisi terbaru ni jugak, ada beberapa improvement yang dilakukan iaitu cadangannya terhadap tuntutan kaum bukan melayu, isu pendidikan dan politik partinya. Namun seperti yang aku katakan tadi, susah untuk merealisasikan cadangannya dan kalau boleh buat pun, mesti ambil masa yang lama dan belum tentu ada pihak yang sanggup melakukannya.

Satu perkara yang agak ketara yang boleh dilihat ialah apabila dia mengutarakan permasalahan dalam negara, berbangkit juga isu yang sensitif seperti isu perkauman yang aku lihat mungkin boleh mengundang marah kepada sesetengah pihak. Bagaimana penceritaan sejarah dan faktor peristiwa 13 Mei, permasalahan DEB dan ketegangan sosial antara kaum turut dinyatakan dalam bahasa yang agak 'panas'.

Namun itu semua berjaya 'disejukkan semula' dengan beberapa teguran dan cadangan penyelesaian walaupun penyelesaian yang dicadangkan itu susah untuk dibuat. Proses 'penyejukan' juga dilakukan dengan menyelitkan beberapa permasalahan yang logik dan jika diperhatikan secara mendalam, wujud suatu penyelesaian secara kuku besi yang mana pada pendapat aku, tidak patut dilaksanakan dan perlu diutarakan cadangan lain.

Dalam edisi baru ini ada beberapa tajuk yang menarik perhatian aku iaitu Dimanakah Silapnya, Pengertian Persamaan Kaum serta Malaysia dan Singapura. Tun telah berjaya mengupas beberapa permasalahan kaum Melayu terutamanya dalam menghadapi suasana kepincangan ekonomi, pendidikan dan kuasa pemerintahan. Hubungan dingin dan sikap Singapura juga berjaya diulas dengan menggambarkan bahawa republik itu sememangnya tidak menginginkan negara kita berjaya dan pada pendapat aku hasil daripada tinjauan dan pembacaan selama ini, (bukan buku ini sahaja) ada benarnya gambaran Tun tersebut.

Mungkin agak keterlaluan bagi aku katakan disini bahawa edisi baru ini lebih tajam dengan sindiran politik, penyelesaian perkauman yang tidak wujud, hubungan harmoni antara kaum, bantuan pendidikan dan aspek keistimewaan melayu. Aku asalnya agak bimbang juga kalau2 isu2 yang berani Tun utarakan ini mendapat perhatian kaum bukan melayu dan melahirkan rasa tidak puas hati mereka. Namun, setelah aku kaji lagi, ada benarnya juga sindiran tersebut. Apa yang bakal berlaku selepas ini mungkin tidak berlaku kerana suasana politik negara sekarang ini. Maka tak perlu risau pun.

Sekilas pandang, ada beberapa bahagian yang seolah2 Tun cuba menyalahkan pemimpin terdahulu dalam mentadbir negara. Timbul pula rasa tak puas hatiku terhadapnya. Namun, setelah diperhatikan betul2, Tun sebenarnya berniat untuk menyedarkan pinpinan hari ini bahawa segala2nya boleh berubah dan Tun menggunakan kiasan sejarah untuk mengaitkannya dengan pimpinan negara hari ini. Suatu pengolahan bahasa dan watak yang cukup baik.

So, kesimpulannya, aku rasa ada pro dan kontranya kandungan edisi baru ini yang mana ianya lebih kepada pihak2 tertentu sahaja. Ada sesetengah pendapat Tun yang boleh diterima tapi ada yang tak boleh diterima. Aku tak pasti tentang pendapat pembaca lain tapi apa yang aku pasti adalah permasalahan yang dialami oleh kaum melayu melalui penceritaan Tun sesetengahnya ada benarnya. Terpulang pada kita bagaiman cara kita mentafsir pemikiran penulis buku ini.


1 comment:

  1. Definately u can write... syabas bette.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...