Tuesday, June 16, 2009

ADA SUKA, ADA DUKA...


15 dan 16 Jun 09... Dua hari yang bagi aku agak banyak untuk dicoretkan. Ada suka dan ada duka. Aku hari ini sengaja gabungkan dua tarikh tersebut untuk dapat aku gabungkan sekali dalam satu post. Biasalah, aku agak sibuk sehari dua ini ditambah dengan masalah Master lagi, so aku kurang berkesempatan sangat untuk update blog ini. Aku ambil keputusan untuk gabungkan sekali dalam satu post.

Ok,dua hari punya cerita, ada gembira dan ada yang kurang gembira. Of cours aku mulakan berita gembira dulu kan... Standardlah, manusia, mesti nak dengar yang gembira dulu, baru yang sedih. Cerita yang sedih2 ni last2 pun takpe atau tak payah ada langsung pun takpe.Ok, berita gembira yang aku ingin kongsikan ialah aku lulus exam kursus ASP.NET ku dengan gemilangnya. Alhamdulillah.... Tak sia2 study bagai nak rak semalam. So, exam yang ini adalah untuk dapatkan sijil Professional punyalah. Alhamdulillah....

So,itu adalah satu berita gembira. Berita gembira tak banyak pun sebenarnya, lebih kepada yang agak sedih. Semalam aku ada call seorang pensyarahku untuk bertanyakan tentang status Masterku dan dia mintak aku contact BIP, pihak pengurusan progaram tu. Aku pun call dan aku bercakap dengan managernya. Aku dimaklumkan bahawa 99% adalah ditangguhkan sampai ke suatu tarikh yang akan diberitahu semula nanti. Ramai pihak yang mendesak agar diadakan juga tapi masih belum dapat membuat kata putus lagi.

Dia juga mengatakan bahawa pihaknya cuba sedaya upaya untuk membuat program itu tapi belum dapat dipastikan samada boleh dilaksanakan atau tidak. Sekiranya boleh dilaksanakan, pihak mereka akan buat satu interview tapi kemungkinan agak lewat sedikit. Itupun kalau dapat dibuat, kalau tak dapat dibuat, mungkin akan ditangguhkan ke bulan Disember, itu pun tak confirm jugak.

So, aku ada bertanya tentang backup plan yang mungkin ada tetapi aku diberitahu bahawa program ini mungkin juga akan diadakan pada pengambilan Disember, ini bermakna tiada backup plan. Hm... aku terfikir, kenapalah pihak mereka tidak boleh buat backup plan sekiranya sesuatu program itu dibatalkan. Mungkin pihak pengurusan boleh memberi pilihan kepada pemohon untuk buat Master by course lain atau by research, at least, taklah terkapai2 sangat pelajar yang dah memohon itu.

Perbualan kami setakat itu sahajalah. Aku diminta agar sabar menunggu keputusan status program tersebut. Kalau ianya akan dibuat, pihak mereka akan maklumkan kepada aku untuk sesi temuduga. Kalau takde apa2 berita tu, faham2 ajelah.. After that, aku memberitahu kepada kawanku tentang keputusan pihak pengurusan program Master ini kepada kawanku. Aku just sms je kat dia tapi tak ada maklum balas, mungkin sibuk agaknya.

Aku juga terus contact pensyarahku yang dah janji untuk buat appointment tu dan kami bersetuju untuk berbincang malam ini. So, after that, aku just relak2 sambil2 try cari mana2 program yang ditawarkan. Tak kisahlah samada under ipta yang aku belajar sekarang ini atau bukan. Yang penting , mintak aje dulu, dapat atau tak dapat itu soal lain, usaha dulu.

Seperti yang dijanjikan, aku dan kawanku dijemput oleh pensyarahku untuk keluar berbincang tentang masalah yang dihadapi sekarang. Kami berbincang agak lama dan agak banyak topik yang kami sentuh antaranya tentang backup plan, peluang kerja dan peluang untuk menyambung lagi Master tu. Tidak ketinggalan ialah dia ada menawarkan peluang kerja terhadap kami dan ada juga dia meminta aku meneruskan perancangan yang telah dilakukan sebelum ini iaitu buat proposal serta hantar ke banyak tempat untuk mendapatkan dana.

Pensyarah kami itu juga ada memberitahu beberapa perkara seperti sebab2 program Master itu ditangguhkan, apa pilihan yang aku ada buat masa sekarang ini dan matlamat jangka panjang aku. Untuk sebab2 penangguhan program Master ini ialah pihak penaja terbabit kekurangan wang, maka terpaksa di tangguhkn sementara waktu. Kemungkinan program itu dapat dijalankan it masih wujud tetapi aku dinasihatkan agar jangan berharap sangat.

Dia juga ada memberi beberapa pilihan yang boleh aku fikirkan buat sementara ini. Antara pilihan menarik yang ditawarkan iala peluang untuk berkerja dimana syarikat2, berkerja secara sambilan dan berkerja berdasarkan bidang @ projek. Kesemua ini bagi aku agak menarik dan boleh dipertimbangkan tapi bagi aku, aku lebih suka untuk membuat full time Master by research.

Dia juga ada memberitahuku bahawa aku masih boleh dan berpeluang untuk sambung by research kerana permohonan by research boleh dibuat sepanjang masa, just perlu isi borang dan hantar proposal sahaja but proposal itu kalau boleh mesti yang kita minat dan kita mampu mencari penyelia.

So, after pebincangan antara kami yang berlangsung agak lama, aku dapatlah beberapa idea untuk meneruskan perjuangan hidupku. Tidak semua yang dibincangkan itu boleh aku laksanakan, ada yang senang dan ada yang susah untuk dibuat, apa yang pasti kebanyakkannya adalah susah. Cuma apa yang aku ampak disini bahawa, masih belum terlambat untuk aku bertindak dan semua ini memerlukan komitmen yang tinggi daripada diriku sendiri. Orang lain hanya boleh membantu apa yang sekadar mampu sahaja, pokoknya adalah diri aku sendiri.

Mungkin beginilah rupanya cabaran hidup ye, penuh dengan halangan dan ujian... tapi tanpa halangan serta ujian itu, tak mungkin dapat kita mematangkan diri sendiri. Ada suka dan ada duka, setiap satunya mestilah dihadapi dengan keadaan yang terbaik.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...