Thursday, June 11, 2009

DIMANAKAH KITA...


10 Jun 09... Hari ini aku berhajat untuk komen serba sedikit tentang kedudukan kita sebagai umat Islam di dunia, merujuk pula pada kes Palestin dan terbaru di selatan Thailand. Akhbar melaporkan berlaku pembunuhan di selatan Thailand yang telah meragut 11 nyawa, ditembak didalam masjid ketika sedang bersolat. Mula2nya, marilah kita sama2 mensedekahkan Al-Fatihah untuk 11 yang syahid tersebut....

Al-Fatihah....

Ok, perkara pertama yang aku ingin katakan bahawa tindakan membunuh umat Islam yang dilakukan oleh 'penjahat' itu adalah perbuatan yang terkutuk sekali setakat ini(untuk tahun ini) di negara jiran kita itu diikuti oleh kematian 108 orang yang tertindih dalam kenderaan tentera 2 tahun lepas. Pada masa itu negara tersebut berada dibawah kendalian Thaksin dan hari ini dibawah Abishit.

Kedua2nya adalah bukan Islam yang bagi aku hanya pandai bercakap sahaja tetapi hipokrit dan tidak mengendahkan penderitaan umat Islam di selatan negara mereka. Aku tidak bermaksud untuk mengatakan bahawa bukan Islam adalah hipokrit sedangkan orang Islam sendiri pun hipokrit, ada di merata2 tempat. Ada juga dakwaan yang mengatakan bahawa kejadian ini adalah dari pihak tentera negara mereka sendiri. Aku taknak komen tentang hal ini kerana siasatan baru dijalankan tetapi ura2 ini bertiup kencang dikalangan penduduk tempatan.

Aku harap agar pihak terbabit dapat mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menyelesaikan pergolakan itu. Walaubagaimanapun, sejarah telah mengajar kita tentang perkara2 yang berlaku di selatan Thailand sebelum ini yang mana ianya akan sunyi sepi begitu sahaja dimakan usia. Tiada tindakan susulan yang dilaksanakan kerana yang mati itu adalah orang Islam, bukan buddha, bukan kristian dan sebagainya. Maka, aku jangkakan perkara yang sama akan berlaku walaupun aku masih berharap agar perkara ini ada keputusannya.

Itu yang berlaku di selatan Thailand, jiran kita yang berada dibawah negara bukan Islam. Hanya ada satu jiran negara Islam sahaja iaitu Malaysia. Bagaimana pula dengan Palestin yang mana ianya negara , dikelilingi oleh jiran2 yang Islam juga? Kedua2 negara ini ada persamaan iaitu umat Islam sesuka hati sahaja ditindas dan dibunuh serta negara jiran mereka tidak mahu dan tidak mampu membantu.

Kes Palestin sudah berlarutan lebih 20 tahun, ditambah dengan Afghanistan, Iraq, Sudan dan sebagainya. Selama itu jugalah umat Islam dinegara tersebut diperlakukan lebih dari binatang. Dikelilingi oleh negara jiran seagama juga tidak membantu negara2 tersebut bebas dari cengkaman musuh. Apa yang boleh dilakukan adalah memberi sumbangan bantuan kemanusiaan dan kemasyarakatan sedangkan masalah utama tidak kunjung selesai.

Aku tidak gemar menyebut negara Israel kerana mereka tidak bernegara dan tidak berhak menubuhkan negara sebaliknya mesti pupus di bumi ini sesuai dengan kata2 Ahmadinejab, Presiden Iran. Israel menyerang negara Palestin sudah lama. Sudah menjadi kebiasaan bermusim bila setiap kali mereka menyerang kuat rakyat Palestin, kita dan negara2 jiran lain membantah, mengutuk dan seterusnya memboikot musuh tersebut.

Bagi aku, tindakan boikot adalah satu tindakan yang sesuai bagi dilaksanakan oleh golongan seperti kita semua. Kita tidak mampu membunuh dan menjatuhkan musuh dengan senjata tetapi kita menjatuhkan mereka dengan ekonomi. Walaubagaimanapun, ianya hanyalah tindakan bermusim. Sampai suatu masa, redalah ia dan kita juga termasuk aku tidak menafikan bahawa bukan semua produk musuh kita senang2 sahaja diboikot. Ada sesetengahnya pula sudah menjadi kelaziman dan keperluan harian hidup kita. Takpelah, kita boikot apa yang termampu.

Itu sahaja tindakan yang kita mampu lakukan sekiranya berlaku serangan besar2an di Palestin, sebuah negara Islam yang jauh dari tempat kita. Adakah kita tidak mampu melakukan perkara yang sama dengan negara jiran kita yang membiarkan sahaja saudara seagama kita dibunuh? Adakah kita tidak mampu untuk memboikot ekonomi Thailand? Kenapakah kita hanya memboikot negara yang menyokong Israel yang membunuh rakyat Palestin sedangkan kita tidak berbuat apa2 terhadap Thailand yang sama juga membunuh umat Islam? Adakah nyawa umat Islam di Palestin lebih mahal berbanding nyawa umat Islam di Thailand?

Kalau kita mampu boikot Israel dan negara sekutunya yang membunuh umat Islam, kenapa kita tidak boikot negara Thailand yang juga membiarkan umat Islam dibnuh sewenang-wenangnya? Adakah kita kira jumlah kematian di Thailand sedikit sahaja berbanding di Palestin menyebabkan kita tidak memboikot Thailand?

Aku bukan mengatakan bahawa setiap kali ada pembunuhan umat Islam di mana2 negara, kita mesti boikot negara tersebut tetapi hal ini jelas bahawa umat Islam di Thailand juga ditindas dan kita juga mesti memberi perhatian yang sewajarnya. Kejadian 11 orang yang mati, ditambah 108 dan kes2 terdahulu, adakah masih dikira sedikit?

Kalau boleh, mana2 negara bukan Islam yang melakukan penindasan terhadap umat Islam, sepatutnya semuanya diboikot. Kita masih lagi boleh menjalankan hubungan perdagangan dengan negara2 Islam lain seandaikan kita mengatakan ekonomi kita terjejas jika kita terlalu banyak memboikot. Ini adalah sebagai suatu pengajaran terhadap negara bukan Islam bahawa jangan mereka menindas umat Islam disamping kita boleh terus meningkatkan perhubungan diplomatik dengan negara Islam lain. Rugikah kita?

Sehingga hari ini, kita sebenarnya terlalu kemaruk dengan dunia ciptaan musuh Islam, kemaruk dengan duniawi sahaja. Satu contoh mudah ialah terhadap sukan. Umum mengetahui bahawa kebanyakkan sukan direka oleh musuh Islam dan mereka mengheret kita sekali dengan membuat undang2 sukan yang bercanggah dengan kita. Mereka sengaja menciptakan undang2 pemakaian sukan yang tidak menutup aurat dan kita pun join sekaki.

Kononnya, kalau kita berjaya, kita dapat pengiktirafan dari negara maju, dapat penghormatan dan sebagainya. Perlukah kita mendapatkan pengiktirafan tersebut jika kita terpaksa melanggar undang Islam? Kalau ada sukan yang undang2nya tidak sesuai dengan Islam, kita tak payahlah join sukan tersebut atau kita just join antara negara2 Islam sahaja serta kita buat sendiri undang2 sukan islam berdasarkan Al-Quran dan sunnah.

Kita terlalu membanggakan sangat musuh kita sehingga kita tidak sedar dimanakah kita dan apa yang sepatutnya kita lakukan...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...