Monday, June 29, 2009

FRONT OF THE CLASS...


28 Jun 09. Semalam aku ada menonton sebuah filem yang bagi aku memang best. Cerita itu adalah sebuah cerita kisah benar. Aku yang masih berada kat rumah saudaraku memang lepaklah kat sini, tu yang banyak layan movie tu. Aktiviti aku bila kat rumahnya adalah makan, tidur, main games dan tengok tv. Langsung aku tak fikir tentang masalah aku. Rileks serileks2 nya.

Ok, cerita yang aku tonton semalam adalah bertajuk Front Of The Class. Cerita ini mengisahkan diskriminasi masyarakat terhadap individu yang mempunyai syndrom Tourette iaitu suatu sindrom yang menggangku urat saraf otak sekaligus akan menyebabkan orang tersebut membuat gaya/bercakap/kelakuan yang agak memalukan. Kata2/ pergerakan yang dilakukan oleh individu ini tidak dapat dikawal dan terjadi dengan sendirinya. Setakat ini, tiada penawar dijumpai, apa yang ada adalah ubat untuk menahan keaktifan otak sahaja.

Cerita ini mengisahkan seorang yang amat bercita-cita untuk menjadi seorang cikgu. Dari zaman kanak2nya, dia sendiasa diejek, dihina, dimarah dan dipulaukan oleh masyarakat. Sebelum ibu bapanya mengetahui bahawa anak mereka bermasalah, kanak2 ini juga sentiasa dimarahi oleh ibubapanya kerana mereka menyangka bahawa kanak2 ini sengaja berkelakuan sedemikian sehinggalah disahkan oleh doktor bahawa ini adalah akibat sindrom.

Namun, kita kata ibu bapa bolehlah memahaminya tetapi tidak dengan masyarakat termasuklah kawan2 dan pihak sekolah sekalipun. Lantaran sikap diskriminasi tersebut sudah banyak kali kanak2 ini berpindah randah sekolah kerana dengan alasan bahawa dia menggangu pelajar lain dalam kelas. Dia menggangu pelajar lain dengan membuat bising dan kelakuan yang agak menjengkelkan.

Pernah ibunya cuba membawa dia ke tempat kumpulan yang juga mengalami sindrom ini tetapi pulang dengan segera kerana tidak mahu anaknya terpengaruh dengan kumpulan tersebut. Kumpulan tersebut dari kecil sehingga besar tidak pernah mendapat pendidikan yang sewajarnya, mereka tidak didaftarkan oleh ibubapa mereka. Maka dari kecil hingga besar, sindrom tersebut semakin teruk seterusnya memerlukan pengajaan khas dari pihak keluarga masing2.

Namun, dalam masyarakat yang bersikap diskriminasi itu, masih wujud segelintir orang yang baik hati dan memahami masalah kanak2 tersebut. Dengan adanya segelintir pihak tersebut, kanak2 ini dapat melanjutkan pengajiannya sehingga universiti. Sekembalinya dia dari universiti, dia bercita2 untuk menjadi seorang cikgu. Namun banyak kali temuduganya ditolak lantaran sindrom tersebut.

Dia tidak berputus asa. Cuba,cuba dan sentiasa mencuba... akhirnya nasibnya baik. Ada sebuah sekolah yang sanggup menerimanya. Malahan sekolah tersebut yang menawarkan kerjaya cikgu tersebut kepadanya lantaran mendengar khabar berita kegigihan mencari kerja sebagai cikgu di lebih 25 buah sekolah.

Di sekolah, dia mengajar kanak2 dan waktu itu, semua kanak2 menyukai dirinya yang baik, cekap dan boleh mengajar dengan baik. Waktu itu, orang sudah tidak memandang lagi sindrom tersebut, apa yang orang pandang adalah kebolehan yang ada. Di akhir cerita tersebut, dia diiktiraf sebagai seorang cikgu yang baik. Disaat dia diminta memberikan ucapan, dia mengatakan bahawa sindrom Tourette itu bukan 'musuh'nya. Dia menganggap bahawa sindrom itu adalah 'kawannya', 'sahabatnya' dan 'pembakar semangat'nya supaya sentiasa berusaha lebih gigih lagi tanpa menghiraukan kata2 masyarakat sekeliling.

Saat aku menonton cerita ini, aku terharu, sedih dan gembira. Aku sedih dan terharu melihat sikap diskriminasi masyarakat terhadapnya namun aku gembira pula melihat kegigihanya untuk bangkit mengejar cita2nya menjadi seorang cikgu. Sikap masyarakat yang menyisihkan orang yang 'pelik' ini sepatutnya dapat memberi kesedaran kepada kita semua dan apa yang penting, ibu bapa mestilah sentiasa menyokong anak2 mereka.

Sesetengah ibu bapa yang mempunyai anak yang kurang normal merasa malu dan mengisihkan anak mereka dari bergaul dengan masyarakat. Sifat malu tersebut kadang-kala mengakibatkan mereka sanggup memukul, mengurung dan mangabaikan anak2 mereka. Sesungguhnya, selepas aku menonton cerita tersebut, aku bersyukur kerana ibu bapa dan ahli keluargaku tidak menyisihkan aku. Begitu juga dengan kawan2ku, cikgu dan para pensyarahku.

Seandainya ibu bapaku dulu mengambil keputusan untuk menghantar aku ke sekolah khas, mungkin blog ini tidak akan wujud. Alhamdulillah....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...