Friday, June 5, 2009

PILIHAN YANG ADA...


5 June 09. Hari ini aku kembali ceria. Mendapat khabar gembira dari beberapa pensyarah yang sudi membantu aku dalam meneruskan perjuangan hidup, menyambung pelajaran peringkat Master. Baru-baru ini, apabila aku menerima berita bahawa pihak MARA mungkin membatalkan program Master, aku cepat2 contact beberapa pensyarah untuk minta idea dalam membantu aku dan alhamdulillah... para pensyarahku ada memberi beberapa idea dan bantuan.

Salah seorang pensyarahku memperkenalkan Information Society Innovation Fund(ISIF) 2010 yang berbentuk geran. Ianya adalah geran untuk sesiapa yang berminat membuat projek berasaskan teknologi dan berupaya untuk memberi sumbangan kepada masyarakat. So, aku mesti buat proposal yang boleh menarik minat pihak tersebut untuk menaja aku dan nilai tajaan itu(itupun kalau dapat) adalah AUD 40,000 (Dollar Australia>=Rm 100,000).

Mendengar kepada nilainya memanglah menarik tetapi untuk mendapatkannya..... ah, faham2 ajelah, mesti susah giler. Melainkan aku keluar dengan proposal yang betul2 hebat dan menarik, insyaallah, aku dapat. Tapi aku rasa peratusan untuk dapat maybe just 1% kot. Bukan nak memandang rendah atau malu dengan diri-sendiri tapi hakikatnya, itulah apa yang aku rasa sekarang ni.

Aku bercadang untuk buat something yang lebih kepada social society dan kalau boleh untuk golongan OKU Malaysia. Sekarang ini, aku perlukan lebih banyak membaca, rajin explore, lebih memahami permasalahan OKU dan seterusnya cuba mencadangkan kaedah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah tersebut. Tapi sekarang ni just cakap2 kosong jelah, idea belum ada lagilah.

Itu penyelesaian pertama. Penyelesaian kedua ialah aku mesti teruskan idea projek aku yang dulu, yang untuk Master MARA tu. Aku dicadangkan agar proceed sahaja dengan projek tu dan teruskan usaha untuk dapatkan pembiayaan dari Pre Seed Fund atau Cradle. Kalau aku sudah hantar propsal, aku akan dipanggil untuk interview dan interviewnya mungkin berperingkat-peringkat. Jika aku berjaya, aku akan dapat pembiayaan sebanyak Rm 150,000, itupun kalau dapat la kan...

Untuk mendapatkan Pre Seed Fund dan Cradle ini, aku kena tubuhkan syarikat sendiri dan bukak business sendiri sesuai dengan matlamat pembiayaan fund tersebut yang mahu melahirkan usahawan yang berjaya dalam bidang teknologi. Ah, cara nak buat proposal berdasarkan guideline yang disediakan pun dah susah, apatah lagi untuk melepasi peringkat2 interview tu. So,aku rasa yang ini pun agak susah jugak untuk dilaksanakan.

Cara yang ketiga ialah aku join under salah seorang pensyarahku dalam menyiapkan projek researchnya. Research yang dilaksanakan oleh pensyarahku ini adalah berkaitan dengan 'parallel processor computer'. Aku join under teamnya dan akan dapat elaun bulanan dan dapat Master dalam masa yang ditetapkan iaitu setahun setengah. Kalau result aku ok, maybe aku berpeluang buat Ph.D dalam lapangan bidang yang sama, just continue projek tu dan buat dengan lebih detail lagi.

Untuk join team pensyarahku ini, aku mesti hantarkan resume kepadanya. Pensyarahku itu pula seterusnya akan submit resume itu kepada teamnya dan terpulang kepada team tersebut samada ingin terima atau tidak. Buat masa sekarang ini, aku rasakan bahawa cara ketiga ini yang paling mudah setakat ini, paling tidak membebankan but next time aku tak taulah kan, maybe lebih susah dari perspektif kerjanya. Dapat senang, buat susah.

Bagi aku, aku mesti fikir masak2 dulu tentang pilihanku ini. Pilihan inilah yang akan menentukan halatuju hidupku nanti. Keputusanku hari ini bakal menentukan kehidupanku untuk 10 tahun kemudian nanti.

Bagi aku, setiap pilihan yang ada sekarang ini ada baik dan buruknya. Aku mesti kenalpasti apa yang aku mahukan, kenalpasti matlamat dan tahap kemampuan aku. Hmm... mesti kena buat analisis SWOT sekejab nanti ni, after that buat solat istikharah, mintak petunjuk dari Maha Mengetahui. Sambil2 tu aku akan try mintak pandangan dan doa dari ayah dan keluargaku juga. Mungkin mereka ada idea @ boleh memberi serba sikit nasihat yang sesuai untuk situasi aku ini.

Kata orang, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya... Aku harap aku akan dapat membuat pilihan yang tepat dalam hal ini. Insyaallah...



1 comment:

  1. Maaf mencelah.
    Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

    View Profil: Rantong™

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...