Sunday, June 21, 2009

SELAMAT HARI BAPA...


21 Jun 09, Hari bapa... Hari ini, aku rasa kebanyakkan kita ada menyambut hari bapa. Aku ada juga membaca akhbar sehari dua ini yang bertopikkan sambutan hari bapa. Ada satu artikel dalam akhbar perdana yang memaparkan kasih sayang ayah dan anak perempuannya yang bepelukan yang mana anak gadisnya itu tidak menutup aurat.

Aku tertanya2 dalam hati kecilku... adakah ini yang dipanggil kejayaan seorang bapa? Adakah ini yang patut dilakukan oleh bapa? Adakah ini didikan yang sepatutnya diberikan oleh bapa kepada anak2nya?...

Kita seringkali membaca dalam akhbar bahawa seorang bapa bangga melihat anak mereka berjaya dalam bidang lakonan, nyanyian dan sometimes bapa tersebut menangis terharu kegembiraan melihat anak mereka glamour walaupun anak gadis mereka tidak menutup aurat serta bebas pergaulannya antara lelaki perempuan. Jarang kita dengar bahawa seorang bapa menangis kesedihan kekecewaan melihat anak gadis mereka menjadi ikon maksiat di tv.

Takpelah, itu ayah mereka2 yang mungkin belum mendapat hidayah sepenuhnya. Kalau aku nak berkata2 atau komen yang lebih2 pun aku belum jadi seorang bapa. Mungkin suatu hari nanti, aku juga sukar untuk menjadi seorang bapa yang baik dan bertanggungjawab terhadap amanah yang diberi.

Suka aku berceloteh dalam blog kali ini ialah serba sedikit tentang kisah ayahku. Mempunyai 10 orang anak, 4 putera dan 6 puteri. Seorang yang tegas dan sometimes berjenis agak panas baran serta dominan. Hitam katanya, hitamlah. Putih katanya, putihlah semua. Amat dominan.

Dalam kaedah dia mendidik aku sekeluarga adalah tegas. Pantang lewat solat, adalah libasan tali pinggang di betis. Pantang tak pulangkan baki duit membeli, adalah ditarik rambut. Pantang tak hafal sifir, adalah dirotan di tapak tangan. Pendek kata, waktu tu amat garang serta tegas dan sometimes, dengan anak2 jiran yang sama2 tak bersolat pun dilibasnya. Tapi yelah dunia dulu berbeza dengan sekarang. Dulu kalau bapak pukul anak jiran sebab tak solat takpe, jiran mengucapkan terima kasih kepada bapak tetapi sekarang ini jangankan nak libas, tegur sikit pun tak boleh.... Inilah perangai kebanyakkan bapa sekarang....

Ayahku mendidik aku tanpa sebarang diskriminasi. Buat baik dapat pujian, buat kurang baik dapat makian. Sama saja dengan adik-beradikku yang lain. Sometimes, sifat pemarahnya masih kekal sehingga sekarang tapi sekarang, bila anak2 dah makin besar, makin cerdik, kuranglah sikit sifat tersebut.

Pernah sekali untuk mendidik aku supaya berdikari, aku disuruh balik ke kampung sendirian dari KL ke Kota Bharu. Abang aku diminta membeli tiket bas dan menghantar aku ke stesen, after that, pandai2lah aku untuk sampai ke rumah. Aku duduk dalam bas keseorangan, time berhenti, aku mintak tolong driver bungkuskan makanan, makan dalam bas. Bila sampai kat Kota Bharu, aku kena tahan teksi sendirian disamping kena pikul beg. Alhamdulillah... itu pengalaman pertama aku balik seorang diri.... Banyak pengalaman dan faedah yang aku perolehi...

Kata orang, marah orang tua panjang. Sometimes betul juga kata2 tersebut tapi bagi aku, bukan nianya untuk marah berpanjangan tetapi hanya sekadar untuk memberi kita ingatan agar tidak melakukan kesilapan yang sama. Marahnya mungkin sedikit sahaja tetapi untuk mendidik kita, ayah buat2 marah berpanjangan supaya anak2 mereka insaf dan sedar akan kesilapan mereka.

Kini ayahku dan semakin uzur, sudah semakin tak larat. Tambahan pula dia ada penyakit darah tinggi dan jantung. Tahun lepas sudah buat operation pintasan jantung. Dia sekarang ini keseorangan. Tiada siapa dirumah, yang ada hanyalah kakak yang menjaga makan minumnya. Adik-beradikku yang lain pun ada melawatnya jika ada kelapangan atau dihujung minggu.

Bagi aku, walaupun ayahku seorang yang tegas dan garang, namun sifatnya itulah yang telah mendidik kami sekeluarga sehingga mencapai tahap seperti hari ini. Lahirnya seorang doktor, jurutera, pensyarah, cikgu dan usahawan... ini semua berkat didikan tegasnya. Pernah terfikir aku, sekiranya aku dimanjakan atas dasar OKU, aku pasti, aku tidak akan dapat belajar di universiti pun, apatah lagi menulis blog ini.

Agak berbeza dengan sifat didikan arwah ibuku, ibuku lebih memanjakan aku. Semasa aku ditawarkan belajar Diploma di KL, ibuku taknak lepaskan aku, katanya, dia hanya nak aku belajar sekitar Kelantan sahaja. Dia risau takut2 aku tak dapat berdikari, tambahan pula aku tak pernah pergi jauh dari keluarga. Namun, ketegasan ayah dan abang menjadikan aku dapat juga pergi belajar di KL.

Bila aku fikirkan lagi, susah untuk kita menjadi seorang bapa yang baik dan amanah dalam ertikata membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi seorang yang berjaya dunia akhirat. Kebanyakkan bapa hari ini hanya berjaya mendidik dari segi duniawi sahaja. Adakah aku suatu hari nanti mampu juga menjadi seorang bapa seperti ayahku? Adakah aku mampu melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan? Adakah aku mampu membentuk anak2ku menjadi anak yang soleh lagi solehah? Aku rasa, perkara ini patut ada dalam hati seorang bapa...

Sebagai anak juga, adakah aku sudah jalankan tanggungjawab aku terhadap bapa? Adakah aku selalu ambil berat dan prihatin serta bertanya khabar terhadapnya? Adakah aku mampu menjadi anak soleh yang akan sentiasa membacakan surah Yaasin untuknya?.....

Mohamed @ Mahmood bin Abdullah.... Selamat hari bapa....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...