Monday, July 6, 2009

BUKAN ITU MAKSUDNYA...


6 Julai 09 . Semalam aku ada ym dengan kawanku pasal komen dalam post ARAHAN KOLEJ. Kawanku yang inilah yang mencadangkan kepadaku supaya menulis surat kepada NC dan memberitahu masalah Master serta penginapanku dikolej. Dia agak terasa dengan perkataan 'mengadu domba' yang aku postkan itu.

Melalui ym, dia ada mengatakan bahawa dia agak terasa dengan kata2 mengadu domba tersebut sedangkan itu bukan intentionnya. Dia tidak bermaksud untuk aku mengadu domba tetapi sekadar menjelaskan permasalahan yang aku hadapi sekarang ini. Ini kerana, tindakan dari pihak atasan boleh menyelesaikan masalah aku daripada membuang masa dengan berurusan dengan pihak bawah yang penuh karenah.

Dia mencadangkan begitu kerana sesetengah perkara lebih cepat dan mudah diselesaikan dengan direct kepada pihak atasan. Pihak bawah pula kalau tak diketuk, takkan jalan. Sebab itulah perlunya kita memberitahu kepada pihak atasan terus supaya pihak atasan dapat mengambil tindakan segera dan sewajarnya.

Cuma apa yang ditegur adalah perkataan mengadu domba itu yang mungkin boleh menimbulkan something yang berbeza maksud walaupun bukan begitu maksudnya. Dia juga ada berkata, kita boleh memberitahu tentang masalah kita kepada pihak atasan jika pihak bawah ini tak buat kerja, tak salah kita memberitahunya. Bukan kita nak menimbulkan kemarahan orang ataupun bermusuh tetapi jika puhak bawahan tak buat kerja, kita mesti adukan kepada pihak atasan.

Selepas aku mendengar penjelasan dari kawanku itu, aku akui bahawa apa yang diberitahunya adalah benar. Kita memberitahu pihak atasan bukan bermakna kita nak bermusuh tetapi mungkin juga sebagai teguran demi membantu meningkatkan lagi prestasi pihak bawahan. Kawanku itu menegurku akan penggunaan perkataan mengadu domba dan dan aku akui bahawa itu memang silapku.

Aku akui bahawa next time, insyaallah, aku akan berhati2 untuk memilih perkataan yang sesuai bagi menerangkan sesuatu maksud supaya tiada lagi orang yang terasa hati. Pemilihan perkataan itu juga mesti sesuai dengan keadaan dan situasi yang dibicarakan supaya tidak lari dari maksud sebenar.

Aku bersetuju juga dengan kata2 kawanku, tak diketuk, tak jalan. Sekali ketuk, sekali jalan. Hm...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...