Sunday, July 26, 2009

MEMANUSIAKAN MANUSIA...


24 Julai 09. Fuh... Selesai jugak aku akhirnya menghabiskan masa menonton anime The Law Of Ueki. Aku actually dah lama dah beli dvd anime ni, just tak sempat tengok habis je masa baru2 beli dulu. So, sekarang ni dah habislah semua episod anime ni. So, seperti biasalah, aku suka share something yang aku baca atau lihat kat blog ni dan bagi aku, banyak jugaklah pengajaran yang boleh diambil walaupun ianya sekadar anime.

Oh ye sebelum itu, ada member aku tanya, "kenapa kau jawab terus terang kat TNC, ko kata tidak, nanti tak pasal2 pulak dia naik angin". Macam tulah lebih kurang soalan kawanku itu. Ok, bagi aku, aku tidak melihat "mesra OKU" itu pada satu perspektif sahaja iaitu dari sudut penyediaan prasarana sahaja tetapi aku lebih suka melihat secara keseluruhannya. Aku melihat "mesra OKU" itu bukan sahaja dari kelengkapan prasarana tetapi juga sikap masyarakat sekeliling.

Dalam hal ini, sikap dan keprihatinan masyarakat dari peringkat atasan universiti sehinggalah staff dan pelajar, "mesra OKU" mesti dipupuk dalam keseluruhan peringkat. Tak guna jika prasarana yang disediakan oleh universiti bertaraf dunia, serba serbi complete tetapi staff dan pelajarnya memandang OKU sebagai second class student. Yelah, prasarana yang cukup amatlah diperlukan oleh golongan OKU tetapi bagi aku, sikap "mesra OKU" itulah yang lebih penting lagi. Sikap inilah yang akan memanusiakan manusia.

So, apabila aku menjawab "tidak" kepada TNC dalam sesi dialog bebaru ini, aku bermaksudkan perkara 'sikap' tersebut. Aku akui bahawa universiti ini sedang dalam usaha untuk meningkatkan lagi kemudahan prasarana pelajar OKU dan aku juga akui bahawa prasarana tersebut memang penting. Untuk memupuk kesedaran dan keprihatinan masyarakat sekeliling, bukannya mudah, bukan ambil masa sehari dua je, tapi itulah hakikat sebenarnya iaitu kesedaran terhadap OKU ini lebih penting dari segala2nya.

Mungkin ada pula pihak yang bertanya, macamana cara nak memupuk kesedaran tu? Adakah dengan masyarakat yang mempunyai kesedaran boleh menjadikan OKU tidak perlu lagi meminta disediakan prasarana? Bagi aku, banyaklah cara untuk memupuk kesedaran tu, just yang menjadi problemnya adalah berjaya atau tidak dan tempoh cara itu dilaksanakan. Itu je. Boleh buat melalui poster, program kesedaran, hari OKU peingkat universiti dan sebagainya. Itu adalah cara yang boleh dilaksanakan tetapi berjaya atau tidak, Wallahu Alam.

Mesti wujud check and balance dalam usaha memupuk kesedaran dan menyediakan prasarana. Bila kesedaran masyarakat dah meningkat, prasarana tetap diperlukan kerana kita sebagai manusia masih lagi terikat dengan hal2 peribadi. Manusia normal tetap tidak mampu membantu 100% tetapi boleh dibalancekan dengan prasarana tersebut. Sebagai contoh, jika aku nak pergi ke sesuatu tempat, jika masyarakat sekeliling itu prihatin, mereka cuba membantu aku tetapi seandainya mereka sibuk atau ada perkara yang lebih penting lagi, disinilah peranan prasarana. Aku boleh menggunakan kemudahan yang ada, tak perlulah menyusahkan orang lain lagi.

Mungkin juga ada sesetengah pihak yang beranggapan bahawa tak perlulah dibantu sangat OKU ini sedangkan bilangannya sikit je, just 1% daripada rakyat Malaysia dan kat universiti ini pun just dalam 12-15 orang je pun. Bagi aku, terpulanglah untuk seseorang individu itu berfikir. Apa yang pasti, dia sudah tentu tidak akan berkata sedemikian seandainya dia juga berkerusi roda ataupun bertongkat.

Aku ada juga diberitahu oleh kawanku tentang kebersihan yang ada diutarakan dalam sesi dialog tersebut. Dia kata blok kolejnya sekarang ini bukan rajin lagi pihak cleaner datang cuci dan buang sampah. Hari sabtu tak berkerja pun datang kerja jugak. Maybe hasil report kat TNC masa sesi sialog hari itu kot. So, bagi aku, kalau benar tindakan yang dilakukan oleh pihak pentadbiran tersebut, syabaslah aku ucapkan atas tindakan pantas yang dilakukan. Alhamdulillah...

Sebelum aku lupa, suka aku ingatkan kepada masyarakat dan diriku sendiri bahawa membantu menyediakan prasarana untuk golongan OKU dikategorikan sebagai satu fardhu kifayah. Seandainya tiada seorang pun yang mempunyai kesedaran terhadap perkara ini dan tiada seorang pun yang sanggup membantu, alamatnya satu universiti akan disoal kat akhirat nanti. Semuanya akan kena terutamanya pihak2 yang berkuasa dan mampu menjadikan bentuk pertolongan prasarana itu sebagai suatu realiti.

Aku tidak berniat untuk menakut2kan apatah lagi mempergunakan agama tetapi itulah hakikatnya. Jika sesebuah masyarakat setempat itu mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap sesuatu yang telah diputuskan perlu diberi bantuan, maka bersiap sedialah untuk bersoal jawab. Walaubagaimanapun, aku yakin usaha yang telah dilakukan oleh pihak universiti setakat ini berjaya melaksanakan tuntutan fardhu kifayah tersebut walaupun bukan secara menyeluruh lagi.

So, by the way, post ini pun dah panjang, tak sempat pulak aku nak bercerita tentang moral of the story anime The Law Of Ueki tu. Takpelah, di next post, aku akan cuba storykan apa yang ingin aku kongsikan dalam anime tersebut. Kepada pihak universiti yang telah cuba membantu golongan OKU setakat ini, terima kasih aku ucapkan, teruskan usaha tersebut. Aku doakan agar kita semua dan pihak2 yang terlibat akan sentiasa dimurahkan rezeki serta rahmat-NYA. Insyaallah...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...