Saturday, July 18, 2009

SAAT CINTA BERTASBIH...


17 Julai 09. Bebaru ini aku berkesempatan untuk membaca sebuah buku yang pada pendapat aku amat menarik juga untuk dikongsi bersama. Beli dalam seminggu lepas lagi tapi baru2 ni je berkesempatan untuk menghabiskan buku tu. Aku mendapatkan buku tersebut kat MPH, masa tu nampak just tinggal satu naskah je lagi, so aku ingat itu yang terakhir kot ataupun memang limited edition. So, aku pun belilah Saat Cinta Bertasbih: Tribut Untuk Tuan Guru.

Buku ini sebenarnya adalah sebagai suatu penghargaan terhadap Tuan Guru Nik Aziz yang merupakan Menteri Besar Kelantan dan dinukilkan oleh Riduan, Wan Abd Rahman dan Rossem, tiga-tiga aku tak kenal. So dalam buku ini, adalah beberapa topik yang dikupas yang menarik perhatian aku untuk dikongsi bersama.

Ada 4 tajuk menarik dan tajuk itu ialah Dari Pulau Pinang ke Kelantan, Keadilan Mengikut Penyair Sa'di, Orang Melayu dan Pembangunan serta Orang Politik DiHujung Usia Hidup Terasing. Keempat2 tajuk ini merupakan ulasan daripada perspektif penulis dan Tuan Guru sendiri yang mana ulasan yang diberikan adalah bersifat neutral serta lebih menumpukan usaha terhadap agenda Islam dan pembangunan negara.

Dari segi agenda Islam dan pembangunan negara, banyak dinyatakan dalam buku ini ialah perjalanan hidup Tuan Guru dalam politik dan dakwah serta perkara2 yang dilakukan di Kelantan sepanjang pemerintahannya sebagai Menteri Besar setakat ini seperti mengasingkan akaun halal dan haram, sistem Al-Rahn, Takaful Kifaalah, meluluskan Enakmen Kawalan HiburanDinar Emas, e-nikah dan sebagainya.

Ingin aku nyatakan disini ialah aku tak berniat untuk berbicara tentang politik sebaliknya lebih berlapang dada untuk memberitahu pengajaran yang dapat diambil iktibar oleh semua orang dari segenap lapisan masyarakat. Yelah, manalah tau, kot2 ada yang memandang serong aku, lalu dikatakannya aku ini berpolitik pulak dalam blog ini. Sedangkan aku just memberi komen tentang buku yang aku rasakan elok untuk dikongsi bersama dan mungkin ada pengajaran yang boleh dijadikan ikhtibar.

Untuk tajuk Dari Pulau Pinang ke Kelantan, dinyatakan kupasan tentang keadaan dan sebab yang menjadikan rakyat Pulau Pinang yang majoritinya adalah kaum cina sanggup beralih arah dalam pilihanraya 8 Mac lalu. Kebanyakanya menyatakan bahawa pihak pemerintah tidak pandai menjaga hati dan perasaan serta ekonomi negara. Bagi aku, sesiapa sahaja yang memerintah tidak penting tetapi apabila kita diberikan amanah oleh Allah SWT untuk menjadi seorang pemimpin, kita mestilah menjaga rakyat pimpinan kita. Tak dapat aku nafikan bahawa bukan senang untuk menjaga dan memuaskan hati semua orang tetapi seandainya kita pandai menguruskan sesuatu keadaan, sudah tentu orang akan menyukai kita.

Untuk Keadilan Sa'di pula, dia menceritakan kisah Raja Nusyirwan dan anaknya. Dalam kisah tersebut ada menceritakan tentang cara2 untuk berhadapan dan berurusan dengan rakyat, pedagang, pembantu dan sebagainya. Ini sesuai untuk dijadikan rujukan terhadap para pemimpin hari ini dalam urusan yang melibatkan pemerintahan. Satu yang aku suka ialah ayat terakhir untuk topik ini yang berbunyi "buah kurma dilapisi gula-ketika dibuka, kebenaran nampak didalamnya".

Orang Melayu dan Pembangunan pun aku suka juga. Ia lebih mengisarkan tentang sikap orang melayu yang sukan kemewahan pantas tanpa berusaha, tidak pandai menjaga harta yang diwarisi, sejarah penjualan Singapura dan sebagainya. Ini baik untuk kita sebagai generasi pewaris negara supaya tidak mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan dahulu.

Topik terakhir ialah Orang Politik Di Hujung Usia Hidup Terasing yang menfokuskan tentang keadaan pemimpin yang suatu masa dahulu disanjung tetapi apabila sudah tidak berkuasa, pemimpin tersebut diabaikan. Banyak contoh2 yang diberikan dalam buku ini seperti Sukarno, Nepoleon Bonapate, Benazir Bhutto dan sebagainya. Bagi aku, seandainya pemimpin2 ini semua banyak membuat jasa dan betul2 berbakti kepada rakyat, sudah tentu hidup mereka tetap disanjung hingga akhir hayat mereka. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya.

So pada pendapat aku, buku ini bagus untuk dibaca dan dijadikan pengajaran. Satu petikan yang menarik dalam buku ini ialah petikan dari Tun Musa Hitam yang berbunyi... "sebelum merdeka orang Melayu dilabelkan bodoh, malas, tidak sesuai dengan proses pemodenan, hanya layak tinggal di desa-desa. Sebagai orang Melayu, saya sedih dengan apa yang diucapkan Musa itu, namun untuk menolak sama sekali pandangan beliau, kita menjadi serba salah, kerana pandangan itu juga realiti"...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...