Monday, July 6, 2009

SAUDARA BARU...


5 Julai 09. Masuk hari ini, rasanya sudah hampir 2-3 minggu aku ada berkenalan dengan seorang saudara baru. Dia berketurunan cina+jepun dan baru dalam 6 bulan memeluk Islam. Namanya ialah Adzim dan nama asalnya adalah Yushiko, nama macam perempuan je tapi lelaki. Dia waktu ini menumpang di rumah sahabatku.

Sahabatku itu ada membawa Adzimi ini datang melawatku dan kadang-kala tidur bersama-sama dikolej. Dia sudah tiada tempat tinggal dan tiada tempat bergantung setelah dihalau oleh ayahnya lantaran mengetahui bahawa Adzim telah memeluk Islam. So, sekarang ini dia sememangnya bergantung sepenuhnya kepada sahabatku dan rakan2 lain.

Adzim baru berumur 19 tahun dan baru 5-6 bulan memeluk Islam. Tingkah lakunya masih banyak dengan gaya asalnya, yelah dah terbiasa dari kecil lagi, bukan senang nak ubah gaya hidup dia. Dia berasal dari keluarga berada, ayahnya tauke Toyota, ada 3 buah rumah masing2 di Johor, Singapura dan Jepun. Memang boleh dikatakan orang berada.

Bila ditanya kenapa dia memeluk Islam, katanya dia bermimpi ditemui oleh seseorang yang berbaju putih bercahaya dan orang itu mengajarnya tentang Islam. Dari titik tolak itulah dia cuba2 mempelajari tentang Islam secara sembunyi. Selepas keluarganya menetahui tindakan dia memeluk Islam, dia dihalau sehelai sepinggang, tanpa apa2 dokumen pun, ic pun tak dapat ambil. Memang kosong.

So, sekarang ini dia menumpang di rumah sahabatku. Kadang-kala, dia mengajak sahabatku itu tidur di masjid. Dia suka berada di masjid. Dalam tempoh perkenalan aku dan dia(dah 2-3 minggu jugaklah), aku ada penilaianku yang tersendiri tentang dirinya dari perspektif saudara baru.

Sebagai umat Islam, kita wajib membantu saudara baru yang perlukan pertolongan dari segi perlindungan, penjagaan dan pengajaran terhadap ilmu Islam. Aku berkesempatan mengajar dia sedikit sebanyak tentang bacaan surah terhadapnya. Dia seorang yang mudah mengingati dan mudah menghafal tetapi penumpuannya tidak boleh lama. Dia just boleh fokus dalam 10-15 minit sahaja. Mungkin itu adalah sifatnya semulajadinya, mudah bosan dan tidak boleh fokus terlalu lama.

Aku juga melihat bahawa kita hanya boleh membantu setakat yang mampu sahaja. Apatah lagi kita tiada kemudahan,waktu,tenaga dan ilmu yang mencukupi untuk betul2 membimbingnya. Setakat sikit2 tu bolehlah, ajar yang asas2nya, yang dalam2 itu, bagi aku, biarlah dirujuk pada yang pakar. Dikalangan aku dan kawan2ku, kami agak sibuk tetapi masih lagi tiada masalah untuk menjaganya dan membimbingnya. Apa yang aku agak risaukan adalah sahabatku yang sentiasa bersamanya sekarang ini.

Sahabatku itu seorang yang cukup baik, tidak pernah katakan 'tidak' jika kami minta bantuan daripadanya. Jika aku mintak apa2 dari dia, pasti dia cuba tunaikan sedaya upayanya, komitmen dia untuk membantu cukup tinggi. That's why dia sanggup membantu saudara baru ini dengan sedaya upayanya.

Namun, setiap orang ada had keupayaan dan ada sifat masing2. Adzim ini sememangnya budak yang bagus, tapi mungkin masih terikut2 dengan gaya hidup asalnya menjadikan dia tak mampu berdikari sendiri. Dia juga seorang yang mudah boring, tak boleh duduk lama disesuatu tempat kecualilah jika diberikan laptop dan internet, barulah melekat. Kalau tak ada internet, ada saja tempat yang dia mahu pergi, pergi pulak dengan sahabatku itu.

Sikap Adzim ini menimbulkan sedikit kurang senang hati terhadap beberapa sahabatku lain yang tinggal serumah dengan Adzim buat masa sekarang ini. Disebabkan 'kenakalan' saudara baru ini, memang diorang tak boleh tahan dengan Adzim. Namun, bila saja Adzim ditegur @ dimarahi, sahabatku itu terus sahaja 'menyejukkannya'. Pada pendapat aku, susah aku nak katakan siapa yang betul dan siapa yang tidak betul. Tiada pihak yang benar dan salah.

Bagi aku, sikap sahabatku itu yang kadang-kala terlalu melindungi juga kurang kena pada tempatnya. Biarlah Adzim ini terus ditegur dan jika benar Adzim ini 'nakal', dia mesti mohon maaf dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi. Dia perlu cuba mengubah sikap asalnya walaupun aku tahu perkara itu akan mengambil masa yang lama. Tapi sekurang-kurangnya, cubalah didik Adzim ini mengaku silapnya dan mohon maaf. Aku percaya sahabat2 serumah boleh menerimanya.

Adzim juga perlu diajar berdikari dan tidak boleh bergantung sepenuhnya pada sahabatku itu. Sahabatku itu juga ada lifenya sendiri. Dia juga tak mungkin dapat membantu 24 hour. Adzim mesti belajar membuat kerja2 rumah sendiri seperti basuh baju, mengemas rumah dan apa2 yang patut, sekurang2nya tak perlu bergantung sangat. Yelah, dia berasal dari keluarga berada, ramai orang gaji, so tak pernah buat kerja. Inilah yang perlu diajar dan dididik.

Bagi aku juga, tindakan sahabat serumah itu ada betul dan ada yang tidak. Bagi aku, lebihkanlah sabar dalam mendidik saudara baru. Adzim ini masih muda, sempat lagi dilentur. Tegurlah dengan cara yang berhikmah dan sabar. Seandainya Adzim membuat 'nakal', janganlah dimarahi pada waktu itu juga kerana dibimbangi kita akan gagal mengawal emosi dan tekanan. Tegur dan marahlah dia sewaktu kita sudah reda. Ini boleh dijadikan suatu pengajaran bagi Adzim. Tidak dimarah pada waktu dia 'nakal', tidak bermakna dia boleh terlepas begitu sahaja. Tegur dan marahlah dia dalam keadaan yang tenang malahan tidak salah kita mendendanya tetapi biarlah denda itu dibuat bukan dalam keadaan beremosi.

Entahlah, aku sebenarnya pun bukan berniat untuk komen apa2 yang dilakukan oleh sahabat2ku itu semua. Siapalah aku ini nak komen macam2, macamlah aku ini pandai sangat sangat. Tapi yelah, apa yang aku tahu, aku beritahu. Aku tak berniat sekali2 nak mengatakan sesuatu yang kurang elok terhadap sahabatku. Mereka semua baik hati dan banyak membantu aku.

Dari pihak Adzim pula, dia perlulah mengubah sikap dan sifatnya. Tak perlulah secara mendadak, cukuplah dengan beransur2 tetapi berkesan untuk jangka masa lama. Dia perlu sedar bahawa dia bukan orang berada, bukan juga beragama selain agama Allah. Dia perlu mempelajari ilmu agama sedikit demi sedikit. Bukan memberi penekanan terhadap ibadah sahaja tapi biarlah merangkumi semua seperti akhlak pergaulan hidup.

Kepada Adzim, semoga dia berjaya menjadi seorang umat Islam yang unggul. Kepada sahabat2ku semua yang terlibat dalam membantu Adzim ini, bersabarlah dan teruskan usaha. Berusahalah secara berhikmah, Insyaallah akan berjaya.


1 comment:

  1. Assalamualaikum Mie, alhamdulillah.. pandangan dan cadangan yg amat membina. Amat banyak kelemahan dipihak ana. Selama mana azam bersama ana banyak pengajaran dan pentarbiyyahan yg ana dapat. Alhamdulillah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...