Saturday, August 1, 2009

ANTARA ANIME DAN REALITI...


9 Syaaban 1430 Hijriah. Aku hari ini takde buat apa2 pun, just ada settlekan beberapa perkara untuk majlis konvokesyen aku. Aku just mintak kawanku pergi menghantar surat2 dan membuat payment konvokesyen yang berjumlah RM 80. So, tadi kawanku datang dan terus aku berikan wang tersebut serta surat2 yang sepatutnya dihantar.

Disebabkan aku hari ini free, so aku nak kotakan janji yang aku buat pada post Memanusiakan Manusia iaitu untuk memberi komen tentang sebuah anime yang bertajuk The Law Of Ueki. Mungkin ada dikalangan korang menganggap bahawa itu just anime, anime pun ko layan? dan seantaranya. Bagi aku, aku just tengok anime untuk mengisi masa lapang sambil2 tu boleh tengok lukisan yang power2.

Ok, apa yang aku nak sharekan sangat tentang anime ni? Of course tentang pengisiannya dan pengajaran yang boleh diambil ikhtibar. Dalam anime biasanya ada baik dan buruknya tetapi bergantung pada kita untuk membuat sesuatu penilaian tersebut. Bak kata orang, ambil yang jernih, buang yang keruh.

The first value yang terdapat dalam anime ini ialah tentang tanggapan manusia tentang justice iaitu keadilan. Setakat mana kita sebagai manusia menilai keadilan? Adakah hanya hakim atau lawyer atau polis sahaja yang boleh dan perlu menjaga keadilan? Keadilan itu pula seandainya bertentangan dengan kehidupan umum masyarakat, macamana pula? Alhamdulillah... kita sebagai umat Islam telah diajar dengan secukupnya cara2 dan hukum tentang keadilan. Tidak seperti dalam anime ini, just mengamalkan keadilan secara logik semata2. Tiada perkara yang boleh dijadikan rujukan.

Walaupun keadilan yang dipaparkan dalam anime ini nampak baik dan elok dari segi logik akal tetapi aku boleh katakan bahawa dunia anime adalah berbeza dengan dunia realiti. Agak mustahil untuk kita mempraktikan beberapa perkara keadilan seperti yang terdapat dalam anime seperti kes segera diselesaikan, tempoh siasatan yang sekejap sahaja untuk menemui penjahat dan cara mengadili penjahat. Tak payah pergi jauhlah, tengok sahaja dalam negara kita sebagai contoh. Adakah sesuatu kes itu cepat diselesaikan? Kalau mengikut biasa, sebuah kes gaduh, 5-6 tahun pun belum tentu selesai. Bukan mempertikaikan dan mencabar kewibawaan pihak undang2 dinegara kita tetapi itulah hakikatnya. Tapi biasalah, anime kan...

Perkara kedua ialah tentang persahabatan. Dalam anime ini ditunjukkan bahawa persahabatan yang sejati adalah persahatan yang tidak mengenal sesiapa jua. Boleh menerima sahabat seadanya. Yang ini, aku bersetuju tambahan lagi kita sebagai umat Islam, semuanya adalah bersaudara, saudara seagama. Kita perlulah menerima sahabat kita seadanya. Kita juga mestilah membantu sahabat kita jika mereka ditimpa kesusahan.

Dalam aspek persahabatan ini, kejujuran dan percaya terhadapnya adalah perkara yang terpenting. Seandainya ada sahabat yang ingin menjenguk @ menziarahi kita, terimalah dengan berlapang dada sebagai tetamu kita. Janganlah kita berfikiran negatif bahawa sahabat kita sudah membenci kita. Seandainya mereka datang untuk berjumpa dengan kita, terimalah kedatangan mereka kerana sesuangguhnya kedatangan mereka adalah dengan izin Maha Kuasa. Tapi yelah, anime ini bukanlah melibatkan akidah pun, just aku je yang relatekan dengan kehidupan kita sebagai orang Islam.

Elemen yang agak penting yang ingin aku highlightkan tentang anime ini juga ialah tentang thinking positive. Ya, berfikiran positif. Kita mestilah sentiasa berfikiran positif serta tahu menilai apa yang baik dan apa yang tak baik. Dalam anime ini, watak Hero disifatkan seorang yang berfikiran positif dan membuat sesuatu perkara yang dianggapnya sebagai keadilan walau ramai musuh menghalang.

Bagi aku, berfikiran positif yang ingin disampaikan melalui anime ini ialah kita janganlah berfikiran buruk sangka terhadap seseorang. Kenali hati budi dulu, berbicaralah dengannya terlebih dahulu dan lihatlah penampilannya melalui mata dan mata hati. Fikir dahulu secara mendalam sebelum mengatakan sesuatu especially tentang kawan2 atau pun sesiapa yang mengenali kita.

Tak salah sekiranya kita sentiasa berfikiran positif. Ianya boleh mengurangkan syak wasangka seterusnya menambah dosa kita sekiranya kita berfikiran tidak elok terhadap seseorang itu. Berfikiran positif juga membolehkan otak kita menjadi kreatif dengan memikirkan sesuatu penyelesaian yang lebih efektif. Berfikiran positif menjadikan kita tidak perlu berserabut kepala terhadap perkara yang tidak betul sekaligus membantu kita berfikir secara komprehensif terhadap masalah kita. Pendek kata, berfikiran positif menjadikan kita lebih tenang dan mudah memikirkan sesuatu masalah dengan lebih baik.

Ok, so itu sahajalah yang ingin aku kongsikan tentang anime ini. Ada banyak lagi perkara positif yang boleh dijadikan ikhtibar, namun aku dah padatkan dan mengabungkan menjadi 3 itu sahaja. Oh ye, sebelum aku lupa, aku sekarang ini sedang membaca buku karangan Wan Ji Wan Husin dan Saifulamri M. Hussain yang aku beli ketika turut membeli buku "Saat Cinta Bertasbih" tu. Ada banyak perkara yang boleh dijadikan pengajaran dari buku tersebut. Aku pun belum habis baca lagi tapi disini aku copykan sikit ayat yang amat menarik untuk dikongsikan iaitu:

"Tidak pernah saya bayangkan, seorang pemimpin Melayu masuk dewan Cina, semua orang Cina berdiri, sampai mereka berdiri atas kerusi, untuk menyambut kedatangan beliau... "

Menarik kan? Insyaallah, seandainya aku dah habis baca, aku akan kongsikan bersama.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...