Wednesday, August 5, 2009

BEZA MANUSIA...


14 Syaaban 1430. Hari ini aku tak berapa pasti untuk menyatakan perasaan aku samada gembira ataupun terharu. Ada 2 perkara utama yang ingin aku kongsikan untuk post kali ini. Perkara pertama adalah tentang kursus Advance ASP.NET yang aku join hari ini dan kisah pengorbanan 2 orang staff fakulti yang amat baik hati serta telah membuatkan aku cukup terharu. Takpe, aku storykan satu persatu dulu ye.

Ok, semalam aku ada register untuk ambil kursus 2 hari yang engajar tentang ASP.NET kat fakulti. Bayaranya adalah Rm70/2 day. Bagi aku, bayaran tu oklah, berbaloi jika dibandingkan dengan ilmu yang aku akan dapat but bukan hal bayaran yang ingin aku kisahkan tapi dari segi penyertaannya. Jumlah pelajar yang register adalah seramai 28 orang dan hanya ada 2 kaum sahaja iaitu pelajar melayu dan pelajar cina. Melayu ada 11 orang dan cina adalah 17 orang.

Satu perkara adalah bilangan kehadiran dan satu perkara lagi adalah sebab kehadiran. Aku register program tu just untuk tambahkan ilmu yang mungkin masih 'berlubang' lagi dalam bidang ASP.NET ini. Walaupun aku sudah lulus exam yang dibuat oleh Microsoft (akan dapat certification tak lama lagi), aku still lagi nak cari something yang mungkin new yang boleh aku pelajari.

Dari segi kehadiran, pelajar cina lebih ramai berbanding pelajar melayu. Pelajar melayu yang ambil kursus ini majoritinya adalah pelajar semester akhir yang mesti menyiapkan projek akhir mereka dalam tempoh beberapa minggu lagi sedangkan pelajar cina ini adalah junior dan baru masuk projek 1 tapi dah mula belajar. Kursus ini memang sudah ada pun semester lepas, dibuat setiap semester tapi pelajar melayu, bila dah masuk final baru nak start belajar sedangkan pelajar cina awal2 lagi sudah grab peluang ini. Inilah beza antara kita.

Bila masa makan pagi pulak, aku makan bersama kelompok pelajar cina. Aku ada bertanya kepada mereka, kenapa ambil kursus ini sedangkan setahu aku final project mereka adalah semester depan dan menggunakan Java, bukan ASP.NET. Diaorang cakap, just untuk tambah ilmu, mungkin boleh juga dapat certification dan boleh digunapakai untuk kerjaya mereka. Fuh, kagum aku dengar jawapan mereka. Something yang susah untuk aku dengar daripada pelajar melayu. Pelajar cina ini sanggup mengeluarkan wang untuk mempelajari ilmu yang difikirkan mungkin bermanfaat untuk mereka dimasa hadapan.

After that, masa lunch pulak, aku makan bersama dengan pelajar melayu. Aku ada bertanya kepada mereka, kenapa join program ini. Tersengih2 mereka untuk menjawapnya dan hasilnya adalah tak ada jawapan pun. Lastly pensyarah aku yang hande program ini memberitahu bahawa kebanyakkan pelajar melayu ini dipaksa untuk join program ini kerana final project mereka mesti menggunakan ASP.NET. Malahan ada sesetengah supervisor (pensyarah) yang membayar untuk pelajar mereka serta memaksa mereka ini join sedangkan ini pun untuk memastikan projek mereka itu berjaya.

Aku pelik dengan pelajar melayu ini. Mereka perlukan ilmu ASP.NET untuk buat projek mereka tapi tiada inisiatif untuk join program ini. Nak kena paksa dulu baru nak join. Kalaulah disebabkan faktor wang, takkanlah mereka ini kurang mampu, duit PTPTN atau JPA baru je masuk. Ini tak, nak kena dipaksa dan dibiayai oleh supervisor dulu baru nak join.

Ok, bagi aku, aku agak enjoy jugaklah menghadiri kursus ini, ada jugaklah something new yang boleh aku pelajari. Itu adalah cerita gembira aku. Cerita mengharukan pula adalah bila jam dah hampir pukul 5.00 petang, aku bersiap2 untuk pulang. Pensyarah kata sesiapa yang dah siap latihan ASP.NET tu boleh balik awal. So, bila aku nak pulang, lif pulak rosak sedangkan masa itu aku di tingkat 3.

Aku pun call staff yang baik hati itu, Abang Dollah panggilannya. Aku memberitahu bahawa aku tak boleh nak turun sebab lif rosak dan dia kata dia akan try cari pajero untuk membawa aku pulang. Yelah, kerusi roda elektrik itu besar, tak muat dengan kereta biasa dan untuk menunggu lif dibaiki, tak tau bila pulak, so takkan aku just waiting je. Ada ramai staff2 lain yang lalu lalang termasuk 'orang2 besar fakulti' tapi mereka 'hanya mampu' melihat dan berlalu begitu sahaja sedangkan mereka tahu bahawa lif rosak.

So, pajero tiba dalam pukul 5.15 petang. Abang Dollah dan seorang lagi kawannya (2 orang) mengangkat kerusi roda elektrik itu masuk kedalam pajero. Keberatan kerusi itu sepatutnya diangkat oleh 4 orang tatapi diusahakan oleh 2 sahaja. Bukan takde orang lain, tapi masing2 just tengok je. Itu satu perkara dan satu perkara lagi, bila nak bertolak pulang ke kolej aku(after semuanya settle), hujan pulak dan agak lebat. Aku dan staff itu naik pajero sedangkan Abang Dollah naik motor je follow dari belakang sebab dah tak muat dah pajero tu.

Memang basah kuyuplah Abang Dollah petang tadi. Sampai kat depan bolk kolej pulak, 2 orang itu jugaklah yang angkat turun kerusi roda tu dalam keadaan hujan yang agak lebat. Aku terharu melihat Abang Dollah yang basah kuyup itu. Dia sememangnya seorang staff yang baik hati dan amat komited dengan kerjanya. Jarang aku jumpa staff sepertinya. So, after selesai semua, after ucapkan terima kasih, aku pun dapat masuk ke bilik dengan selamat, alhamdulillah...

Kat bilik, aku terfikir inilah beza antara manusia dan perbezaan itu mungkin disebabkan oleh cara berfikir, hati budi dan sikap kita. Inilah yang membezakan antara gajah yang mati meninggalkan gading dengan manusia yang mati tiada tinggalkan apa2. Apa2 pun, aku bersyukur kerana masih ada insan yang baik dan boleh diharapkan. Aku doakan agar Abang Dollah dan kawannya itu sentiasa dirahmati oleh Allah SWT. Insyaallah...


2 comments:

  1. salam.. makasih pada abg dollah tu, sesungguhnya dia mendapat pahala yang besar dan hidupnya akan terpelihara

    ReplyDelete
  2. beza kaum. beza darjat.
    hurm..(berfikir)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...