Thursday, August 27, 2009

GUGURNYA 2 PERMATA...


6 Ramadhan 1430 Hijriah. Hari ini ada 2 permata yang berguguran dibulan mulia ini. Dua permata yang amat aku segani. Seorang adalah pensyarahku dan seorang adalah seorang tokoh Orang Kurang Upaya(OKU) yang amat terkenal di Malaysia dan even didunia pun. Kedua2nya adalah meninggal dunia pada hari ini dan satu perkara yang jelas adalah mereka berdua meninggal di bulan Ramadhan Al-Mubarak. Allahu Akhbar... alangkah hebatnya insan yang dipanggil Illahi dalam bulan Ramadhan ini...

Pensyarah aku itu bernama PM Dr Rashdi Shah Ahmad. Memegang jawatan timbalan dekan BIP. Mempunyai sarjana dalam bidang nuklear dan doktor falsafah dalam bidang fizik tapi dia punya core adalah fizik. Aku mula mengenali arwah semasa dia membuat syarahan untuk pertandingan Business Idea untuk subjek keusahawanan tahun lepas.

Aku pagi tadi dalam area 7.15 pagi ada menerima sms dari kawanku mengatakan ada timbalan dekan meninggal tapi tak dinyatakan timbalan dekan mana. Then masa aku on the way ke kuliah, pensyarahku ada call memberitahu bahawa Dr.Rashdi telah meninggal dunia dan serangan jantung adalah puncanya. Dia dikatakan after solat subuh bersama isterinya, dia mengadu sakit dada dan muntah. After that terus menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Arwah meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak. Isterinya suri rumah dan anak2nya semuanya masih bersekolah. Tapi aku rasa dari segi kewangan tu takde masalah kot sebab arwah memang boleh dikatakan agak loaded jugak la. Cuma apa yang aku kesiankan adalah anak2nya yang masih kecil lagi.

Arwah last bersembang dengan aku adalah minggu lepas. Kami banyak jugaklah bersembang dengan dia. Berperwatakan agak kelakar, berkepala botak dan bergaya selamba. Dia sememangnya seorang yang amat versatile, berilmiah dan bersahaja. Tidak lokek untuk memberi ilmu dan mengajar kepakaran dia dan ditambah pulak dengan lawak bersahaja, kitaorang memang tak kering gusi dibuatnya.

Dia seorang yang cukup berilmiah dan ada juga sometimes dia mengatakan tentang sesuatu isu yang cukup bermakna untuk dikongsi. Pendapatnya pada satu2 isu amat bernas serta dia seorang yang yang lebih logikal. Ada juga dia mengulas isu2 tentang angkasawan negara, pendaratan ke kutub utara, isu inovasi dan sebagainya.

Ok, itu untuk PM Dr Rashdi. Seorang lagi adalah Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh, seorang OKU penglihatan yang juga individu pertama yang mempunyai doktor falsafah untuk golongan OKU penglihatan. Seorang yasng lemah lembut dan bersopan santun serta seorang yang amat berjaya.

Aku secara peribadinya bukanlah menganggap dia sebagai idola tapi aku still respect pada dia kerana dia merupakan seorang OKU penglihatan yang amat berjaya bukan sahaja di Malaysia malahan di dunia. Merupakan seorang pakar ekonomi dan berjaya menubuhkan kolejnya sendiri malahan diangkat menjadi senator. Memang seorang yang hebat.

Semasa aku mula2 menjejakkan kaki ke menara gading di Johor ini, secara diam2 aku mula menetapkan satu matlamat dalam diri aku. Aku bermatlamat untuk mencapai satu kejayaan yang cemerlang. Aku bermatlamat untuk lebih hebat, lebih bermotivasi dan lebih berjaya lagi berbanding Dr.Ismail di suatu hari nanti. Aku ingin mengecapi kejayaan yang lebih lagi berbanding daripadanya. So, aku ada menetapkan milestones untuk aku mencapai matlamat aku itu dalam 'mengalahkan' dia.

Aku tahu, bunyinya mungkin agak kelakar malahan mungkin orang akan kata aku ini bodoh atau gila. Yelah, nak lawan dengan seorang senator kan? Pada aku, itu semua adalah pendorong kepadaku walaupun aku tak menjadikan dirinya sebagai idola. Aku juga akui bahawa susah untuk aku menandinginya apatah lagi mengatasinya.

So, aku taknak berceloteh panjang lagi tentang ini. Aku berharap agar kedua2 keluarga arwah bersabar dalam menerima ketentuan ini. Aku juga berdoa agar kedua2 arwah tersebut sentiasa dirahmati oleh Allah SWT. So, marilah kita sama2 bacakan surah Al-fatihah untuk mereka berdua...

Al-Fatihah...



1 comment:

  1. salam adik.. akak terkejut bgab berita ni masa tgk berita moga Allah cucuri rahmat keatas rohnya Al Fatihah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...