Friday, August 14, 2009

INNOVATION BASED ECONOMY...


23 Syaaban 1430 Hiriah. Innovation based economy. Apa yang korang faham tentang ayat tersebut? Aku berpendapat, amat jarang yang mengetahui atau ingin ambil tahu tentangnya. Maklumlah, kita terutamanya pelajar Malaysia jarang baca buku, jarang baca suratkhabar. Kalau baca buku pun, just baca untuk exam dan sesetengah part yang cikgu/pensyarah suruh je. Kalau baca suratkhabar pun, just baca bahagian sukan dan hiburan.

Dulu aku belajar tentang knowledge based economy atau singkatannya k-economy. Apa yang aku faham tentang k-economy ini ialah kita menjadikan ilmu pengetahuan dalam membangunkan negara kita. Itu adalah secara overallnya yang lebih kurang bermaksud kita mestilah mempunyai ilmu pengetahuan dan menjadikannya sebagai sumber utama dalam melakukan sesuatu terutamanya untuk proses pembangunan ekonomi dan negara(sila tegur aku sekiranya aku tersalah fakta ye...).

Sebelum k-economy, kita dah sedia maklum tentang ekonomi berasaskan elektronik(e-economy) iaitu ekonomi yang berasaskan elektronik dan teknologi maklumat. So, negara kita sudah move dari e-economy kepada k-economy. Sekarang ini, dalam bulan Oktober, our Prime Minister akan umumkan tentang i-economy iaitu innovation based economy yang bermakna pembangunan ekonomi dan negara berasaskan inovasi.

Bila kita berbicara tentang i-economy ini, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan innovasi? Umumnya yang aku boleh beritahu ialah memperkenalkan benda baru. Malaysia berhajat untuk melahirkan rakyat yang berinnovasi yang mampu berdaya saing diperingkat global dengan menghasilkan produk baru atau mempunyai idea2 yang baru yang boleh membantu pembangunan dan ekonomi negara. Nak definisi yang tepat, silalah ke Google dan taiplah apa2 yang dirasakan sesuai.

Pendek kata, negara kita akan menuju ke satu era yang mempunyai kemahiran, pengetahuan dan mampu untuk menghasilkan sesuatu yang baru bagi meningkatkan ekonomi dan pembangunan negara. Namun aku tidak merasakan bahawa semua ini akan tercapai seandainya kita tidak mengubah sistem pendidikan negara kita.

Dari perspektif usahawan, negara kita tidak mempunyai kaedah/sistem untuk menggalakkan pelajar menceburkan dri dalam hal2 yang berkaitan dengan innovasi. Apa yang diajar oleh cikgu, itulah yang dimuntahkan balik oleh pelajarnya. Sistem pendidikan kita lebih menekankan pengejaran markah berbanding mendapatkan reason jawapan tersebut. Tak payahlah aku cari contoh2 jauh, aku just tengok diri aku sendiri. Misalnya dalam satu soalan itu hanya menghendaki 3 jawapan sahaja(soalan berstruktur), aku digalakkan oleh cikgu untuk menjawab seberapa banyak yang mungkin. Kalau soalan nak 3, biasanya jawablah 6-7 jawapan.

Yelah, mengikut kiraan cikgu, dalam 6-7 jawapan yang kita berikan, takkanlah takde 3 yang tersangkut. So, itu mentaliti sistem pendidikan kita, lebih mengejar markah berbanding cuba berusaha untuk memberikan 3 jawapan yang paling konkrit. Mungkin dalam pedagogi pendidikan, perkara ini tidak salah dan mungkin digalakkan, at least pelajar itu dapat markah yang baik walaupun pada akhirnya pelajar itu sendiri tak tahu mana satu jawapan yang diberinya yang betul. Ini bukan sahaja kat sekolah, malahan kat universiti sekalipun.

Ada sesetengah pensyarah yang memaksa pelajar mengikut kaedahnya sahaja untuk menyelesaikan sesuatu kiraan sedangkan ada cara lain yang juga turut boleh digunapakai. Biasalah, bila pensyarah dah bertitle tinggi ini, mereka fikir bahawa cara mereka sahaja yang the best sedangkan seandainya sesuatu kiraan itu mnggunakan kaedah lain but still memberikan jawapan yang tepat serta tidak menyimpang dari skop pengajaran dan proses kiraan, bagi aku perkara itu bagus.

Aku tak kata bahawa ajaran cikgu/pensyarah itu tidak betul atau tidak sesuai tapi dalam soal melahirkan pelajar yang kreatif dan berinnovasi, digalakkan agar pelajar ini meluahkan apa yang difahaminya. Ada juga sesetengah pendidik yang pada mulanya mengulas tentang sesuatu isu terutamanya isu semasa. Kemudian dia meminta pelajar mengemukakan pendapat mereka secara sukarela. Seandainya pelajar tersebut mengemukan pendapatnya yang tidak selari dengan apa yang diulaskan, marah pulak.

Sedangkan pada mulanya dia minta pelajar memberi pndapat. Apa yang diinginkannya adalah setiap pendapat yang dikemukakan oleh pelajar hendaklah selari dengan pendapatnya. Kalau nak begitu, better tak payah tanya pendapat. Ini tidak betul kerana untuk sesuatu perkara/persoalan yang tiada betul atau salah(jawapan yang subjektif, tiada skema jawapan yang tetap), sesuatu pendapat itu boleh dikemukakan berserta jawapan/fakta sokongan yang kukuh. Ini tak, dia kata A, semua pelajar mesti kata A, kalau tak, potong markah.

Dunia ini luas, jangan sempitkan pemikiran kita dengan satu2 perkara yang telah ditetapkan saja. Kita yang mencorakkan dunia kita. Secara tidak langsung, sistem pendidikan yang yang membenarkan pelajar berfikiran terbuka dan cuba dalam sesuatu yang baru, yang bukan diluar kotak pemikiran biasa, adalah mampu melahirkan pelajar yang berinnovasi. Setiap dari kita melihat sesuatu perkara dari pandangan dan perspektif yang berbeza2.

Sebagai contoh, PROTON dinasihatkan oleh ahli ekonomi agar tutup je kilangnya, gulung tikar je sebab sudah tidak mampu bersaing lagi, sudah tidak dapat memberi sebarang profit lagi, terlalu banyak liabiliti yang ditanggung. Itu dari segi perspektif ahli ekonomi yang mengatakan bahawa PROTON mesti ditutup tetapi berbeza dengan pendapat ahli usahawan. Ahli usahawan mengatakan bahawa jangan tutup lagi sebab kita still lagi boleh cuba membuat profit, membantu menyediakan peluang kerjaya, untuk menjaga nama negara dan sebagainya. See? setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza berdasarkan sudut pandangan masing2.

So, apa moral of this story? Kalau kita inginkan sesuatu perubahan, ingin melahirkan diri kita supaya menjadi seorang yang kreatif dan berinnovasi, ingin mencipta sesuatu yang baru, maka buatlah perubahan awal melalui sistem pendidikan kita. Aku harap hasrat negara yang ingin menuju ke arah i-economy mestilah mempunyai pelan tindakan yang betul serta kaedah yang sesuai untuk memastikan agar perkara ini dapat direalisasikan seterusnya mengelakkan berjuta2 anak2 kita diambang masalah.

Kepada cikgu dan pensyarah, aku tak sesekali berniat untuk merendah2kan apa lagi menghina apa yang telah aku terima dari proses pembelajaran dan pengajaran selama ini, namun ini semua merupakan satu luahan dan manifestasi pemikiran aku. So, mintak2 takde yang terasa hati. Kalau ada, maaf aku pohonkan. Kalau ada peluang, nanti aku detailkan lagi tentang i-economy ini. Insyaallah...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...