Thursday, August 20, 2009

INTERVIEW TAMBAHAN - PART 1...


28 Syaaban 1430 Hijriah. Pagi tadi aku dapat panggilan daripada HEP yang meminta aku datang ke pejabat pukul 5 petang. Waktu itu tak silap aku dalam pukul 11 -12 tangahari. Dia cakap ada satu kumpulan penyelidik daripada universiti lain datang untuk interview tentang kajian pelajar OKU di institut pengajian tinggi yang dibuat under Kementerian Pengajian Tinggi. So, pihak HEP mintak kerjasama semua pelajar OKU untuk cuba hadir dalam sesi interview ini.

Wah, terkial2 jugak aku cari kawan yang boleh membantu, yang ada kenderaan. Walaubagaimanapun, alhamdulillah... ada kawan punya kawan yang sudi tolong. So, kitaorang(aku dan kawan OKU ku itu) pun bertolaklah dalam pukul 4.55 petang. Sampai kat pejabat, kitaorang masuk ke bilik mesyuarat dan ada 4 orang penginterviewer. OKU yang datang pun tak ramai, just 4 orang je termasuk aku dan kawanku. Yelah, beritahu secara tiba2 tanpa ada apa2 perancangan, so maybe OKU lain tak prepare atau ada hal lain.

Diorang dari UKM untuk buat satu kajian tentang pelajar OKU serta permasalahan di kampus di semua ipta di Malaysia. Sebelum ini kajian ini sudah buat dah masa sesi dialog kitaorang bersama TNC tapi yang ini adalah soalan tambahan yang lebih detail dan menyeluruh lagi. So diorang datang untuk interview terus, lagi senang nak collect data.

Rata2nya adalah soalan yang biasa2 je, tentang kemudahan OKU, fasilities, transport, pengajian di kampus dan sebagainya. Namun ada empat isu yang menarik perhatian aku sepanjang sesi interview ini iaitu isu pertama ialah pembantu OKU dan pendidikan percuma untuk OKU. Ok, biar aku story yang dua ni dululah sebab takut panjang berjela2 pulak untuk satu post.

Ada soalan yang melibatkan pembantu OKU iaitu pihak kementerian/universiti menyediakan seorang pembantu bagi setiap OKU yang berjaya melanjutkan pengajian di universiti. Pembantu itu pula tak kiralah samada student atau pihak luar dan pembantu tersebut mesti dibayar, dengan kata lain ada dapat gaji/elaun bulanan. So diorang bertanya adakah aku bersetuju seandainya seorang OKU disediakan seorang pembantu? Of course aku jawap setuju.

Bagi aku, perlulah pelajar OKU ini mempunyai seorang pembantu yang boleh membantu mereka menjalani kehidupan seharian mereka seperti nak pergi kuliah ke, nak pergi keluar makan ke ataupun kemana2 sahaja. Sedikit sebanyak, pembantu ini mampu meringankan bebanan OKU yang mungkin terpaksa bersusah payah untuk satu2 urusan. So, pelajar OKU ini boleh fokus kepada pelajarannya serta tidak perlu bersusah payah untuk memikirkan soal lain. Walaubagaimanapun, isu ini perlu dibincangkan lebih mendalam lagi.

Hal ini demikian kerana seandainya pelajar OKU itu sudah ada pembantu, adakah pihak pengurusan universiti sudah boleh lepas tangan dan tidak perlu menyediakan fasiliti untuk OKU? Adakah semua jenis ketidakupayaan OKU itu membolehkan mereka mendapat pembantu? Let's say pelajar itu kurang upaya dari segi tiada satu jari tangan sahaja, yang lain2 part ok, so adakah mereka juga akan mendapat pembantu? Kriteria pemilihan pembantu untuk mana2 pelajar OKU juga mesti disemak. Aku ada cadangkan agar ambil sahaja pelajar miskin/kurang berkemampuan untuk menjadi pembantu.

Pelajar OKU ini tidak semestinya dijaga 24 hour, just sesetengah masa sahaja, so ada baiknya diberikan amanah tersebut kepada pelajar miskin yang perlukan sokongan wang tambahan. Kalau nak ambil pihak luar pun boleh jugak, terpulanglah, cuma aku prefer kepada student jugak, saling memahami dan boleh sama2 saling membantu. Lagipun ramai pelajar2 miskin ini sebenarnya yang banyak buat kerja part time semata2 untuk menampung kos pengajian dan membantu keluarga yang susah dikampung, so apa salahnya kita bagi peluang kepada mereka.

Isu kedua adalah tentang pendidikan percuma untuk pelajar OKU yang berjaya memasuki ipta. Untuk isu ini, bagi aku, pihak kerajaan, kementerian dan universiti sepatutnya boleh memberi pendidikan percuma kepada semua pelajar di negara kita tapi aku sedar, mungkin ada masalah kewangan kalau nak support semua secara 100%. Kalau boleh buat, baguslah kan tapi mungkin susah. Walaubagaimanapun, kalau kita lihat peratusan pelajar OKU di ipta, tak ramai pun, maybe just 1% ataupun kurang lagi.

So, tak salah kalau pihak berwajib(kerajaan, kementerian dan universiti) boleh mempertimbangkan hal ini. Banyak faedah yang boleh diperolehi sekiranya hal ini dilaksanakan especially sebagai galakkan dan dorongan terhadap pelajar OKU supaya belajar bersungguh2. Yelah, kalau kita kirakan, setakat 1 % daripada jumlah pelajar di ipta, tak ramai pun, apalah salahnya jika mereka ini dapat pendidikan percuma kan?

Kalau kita kira, kos pihak kerajaan untuk menampung perbelanjaan seorang banduan di penjara selama setahun, sama dengan kos pengajian pelajar di ipta selama setahun jugak. Tapi untuk seorang banduan, apabila mereka keluar, mereka tidak berhutang pun dengan kerajaan kerana kos tersebut adalah percuma sedangkan kos yang sama terpaksa ditanggung oleh pelajar ipta terutamanya pelajar ipta OKU yang mempunyai pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Bila pelajar OKU yang ada hutang PTPTN ini menamatkan pengajian mereka, mereka mesti membayar balik hutang tersebut dan belum tentu pun bila mereka tamat belajar mereka terus dapat perkerjaan kerana OKU susah nak dapat perkerjaan.

Aku tak berniat untuk membanding2kan antara banduan dan pelajar ipta especially pelajar OKU yang mempunyai bebanan hutang PTPTN tapi yelah, seandainya perkara ini dapat dipertimbangkan, baguslah kan? At least pelajar OKU tidaklah terasa terbeban dengan hutang yang ditanggung mereka serta mereka ini pun belum tentu akan dapat kerja. Hal susah untuk mendapat peluang kerja adalah satu isu besar lain pulak tu. Kena bincang kat post lain tu.

So, after that, sesi interview tersebut tamat dalam lebih kurang pukul 6.00 petang then aku pulang bersama kawanku yang tolong datang ambil aku. Ada lagi dua isu lain, insyaallah, akan kita kupas secepat mungkin. Insyaallah...


2 comments:

  1. salam adik.. mmg kekadang kita OKU ni tak bleh buat suma.. akak pernah nak kuar duit kat atm tapi tak sampai nak tgk screen.. trpksa mntak tlg keluarga gak.. mmg patut mrk kene bik perhatian pd OKU yg berjaya ke pengajian ni

    ReplyDelete
  2. pendidikan percuma? bagus sebenarnya untuk mengalakkan golonga OKU menjadi sebaharian daripada warga kampus. saya sokong hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...