Thursday, August 20, 2009

INTERVIEW TAMBAHAN - PART 2


29 Syaaban 1430 Hijriah. Ok, kali ini aku nak sambung balik 2 kupasan isu semasa interview tersebut. Untuk sebelum ini aku ada bincangkan tentang pembantu OKU dan pendidikan percuma untuk pelajar OKU di ipta. Untuk pembantu OKU itu, aku prefer kepada student jugak dan untuk pendidikan percuma pulak, memang aku sokong 100% lah kalau pihak berwajib boleh mempertimbangkan dan seterusnya melaksanakan hal ini.

Ok, dua isu lain itu ialah peluang kerjaya dan penguatkuasaan undang2 Akta OKU 2008. Untuk peluang kerjaya bagi pelajar OKU, memang tak dapat dinafikan bahawa graduan memang susah untuk dapat kerja terutamanya graduan OKU, tambahan pulak sekarang ini musim pembuangan pekerja, ekonomi pun masih kurang elok. So, bila hal ini terjadi, kita mesti tahu punca dan mesti cuba comes out dengan cara penyelesaian terbaik.

So, apa puncanya sehingga menyebabkan graduan OKU ini susah untuk mendapat perkerjaan sejak dulu lagi dan bila dah heboh kat akhbar, baru dapat kerja ni? Selagi tak masuk paper, selagi itulah dia graduan OKU ini tak dapat kerja. Bagi aku sebab utamanya adalah kesedaran dan diskriminasi majikan terhadap graduan OKU ini. Majikan beranggapan bahawa mereka akan menanggung beban sekiranya mengambil OKU untuk berkerja dengan mereka. Majikan beranggapan bahawa OKU ini tak mampu membuat kerja mengikut kelulusan yang mereka punyai. Majikan juga mungkin terpaksa mengeluarkan kos tambahan untuk menyediakan fasiliti untuk pekerja OKU mereka.

Itu adalah antara sebab mengapa graduan OKU tak dapat kerja. Ada lagi sebab2 lain seperti pengaruh persekitaran, nak jimatkan kos, sikap prejudis, faktor agama, kaum dan sebagainya namun bagi aku sebab utamanya adalah 2 itulah, kesedaran dan diskriminasi. Kesedaran ini amat susah untuk dibentuk tapi tak mustahil. Yang penting adalah hati dan kehendak je. Apabila kesedaran tentang perlunya membantu OKU, secara automatiknya sikap diskriminasi dalam diri itu akan terhakis seterusnya boleh membentuk hati budi yang baik.

Walaupun terdapat undang2 yang mengatakan bahawa sesebuah syarikat itu mestilah mempunyai at least 1% (lagi ramai lagi bagus kan) pekerja OKU, namun apa yang berlaku sekarang ini, adalah majikan tidak ingin mengambil graduan OKU sebagai pekerja mereka.

Untuk pihak graduan OKU pula, mereka mestilah memenuhi kehendak dunia kerjaya masakini. Tambahkanlah ilmu didada dengan communication skill, praktikal part dan boleh membuat kerja2 yang sepatutnya dan sesuai dengan kelulusan. Pihak universiti ataupun kementerian pula boleh juga menganjurkan program kerjaya untuk graduan OKU ini bagi membantu mengatasi masalah perkerjaan dikalangan OKU. Nak lagi best, pihak kerajaan boleh menggalakkan agar OKU ini diberikan peluang, bimbingan dan dan bantuan modal untuk buat business. Boleh juga OKU ini berdikari dan takperlu lagi susah2 turun naik pejabat untu mintak kerja.

Ok, itu dari segi kerjaya, bagaimana pulak dengan penguatkuasaan undang2 Akta OKU? Kerajaan telah mewartakan akta OKU 2008 tetapi adalah akta tersebut dikuatkuasakan? Adakah apa2 hukuman/denda sekiranya pihak berwajib tidak menjalankan/mematuhi akta ini? Sebagai contoh mudah yang boleh aku berikan adalah bangunan yang mempunyai ciri-ciri mesra OKU.

Untuk buat bangunan sekarang ini, mesti ada tempat lalauan OKU/ramp dan mempunyai lif seandainya bangunan tersebut ada banyak tingkat. Sekarang ini, undang2 just statekan bahawa hanya bangunan 3 tingkat keatas mestilah mempunyai lif dan adakah perkara ini relevan lagi terhadap OKU? Seandainya pihak pemaju tidak membuat kemudahan OKU dibangunan mereka, adakah mereka didenda? Setakat ini tak pernah pulak aku dengar dalam akhbar bahawa pemaju didenda kerana bangunan mereka bina tiada kemudahan OKU(kalau ada, beritahulah aku ye...).
So, bila tiada penguatkuasaan dan hukuman, buat apa adanya akta ini? Hiasan semata2?

Kalau pemandu dijalanraya tidak mematuhi undang2, mereka boleh didenda/ditahan tetapi adakah proses yang sama terjadi pada akta OKU? Ada banyak cara untuk mendenda dan paling simple pun adalah mungkin pihak perbandaran/kerajaan menghalang dari pemaju memperolehi sijil layak menduduki seandainya aspek2 kemudahan OKU diabaikan ataupun tidak meluluskan sesuatu projek sekiranya dalam lakaran pelan bangunan tiada kemudahan tersebut. Itu adalah salah satu caranya jelah, mungkin pihak kerajaan ada idea lain yang lebih berkesan kan.

So, bila kita berbicara tentang undang2 atau akta, penguatkusaan mesti dibuat. Kalau tidak, tak perlulah pihak kerajaan bersusah payah bentangkan rang undang, bahasakan serta memberi kelulusan terhadap undang2 tersebut. Buat penat je. Undang2 dah ada tapi tak dikuatkuasakan, tak gunalah macam itu.

So, keempat2 perkara itulah antara soalan yang menarik perhatian aku sepanjang sesi interview itu. Aku difahamkan bahawa untuk sesi interview OKU yang tak datang lagi, akan dibuat pada keesokkan harinya. Interview itu pula bukan setakat mengambil kira pandangan OKU semata2 malahan turut akan dibuat survey terhadap pelajar normal, pensyarah dan pihak pentadbiran. So, aku harap2, after semua kajian ini selesai, after resultnya dibentangkan kepada pihak penganjur ataupun kepada kerajaan, biarlah ada improvement sikit. Tak semestinya buat semuanya serentak (tapi kalau boleh lagi bagus kan...), buat step by step pun dak dikira ok, at least ada kesedaran dan perkembangan. Sama2lah kia lihat dan berdoa. Insyaallah...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...