Wednesday, August 26, 2009

KOMEN ISU KARTIKA - PART 1...


4 Ramadhan 1430 Hijriah. Alhamdulillah... hari ini kira dah masuk hari ke-4 umat Islam di Malaysia berpuasa, menunaikan amanah di bulan mulia ini. Namun, disebalik kita dalam menghayati bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, berlaku beberapa kes yang menunjukkan kepincangan dalam sistem kehakiman dan perlaksanaan hukum Islam. Aku percaya, korang semua tentu sedia maklum tentang isu seorang model yang telah dijatuhkan hukuman kerana kesalahan meminum arak dan model itu bernama Kartika Sari Dewi Shukarno.

Ada beberapa perkara yang ingin aku kongsikan bersama dalam post ini dan perkara ini aku melihatnya dari perspektif seorang muslim, pelajar dan rakyat Malaysia. Perkara pertama ialah aku ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kartika kerana telah mengakui dan insaf akan kesalahan dirinya yang telah minum arak tersebut. Bukan senang untuk kita menemui insan yang insaf akan kesalahan diri mereka, yang ramai adalah manusia2 yang tak mengaku salah dan taknak insaf pun. Kartika bukan sahaja mengakui kesalahannya, malah tidak membantah pun akan hukuman yang dikenakannya. So, syabas aku ucapkan.

Begitu juga dengan reaksi ahli keluarga Kartika terutamanya ayah dia. Ayahnya telah dimaklumkan akan perkara tersebut dan telah menegur perbuatan anaknya itu. Ketika mahkamah mejatuhkan hukuman terhadap Kartika, mereka sekeluarga berterima kasih dan mohon dipercepatkan hukuman tersebut. Nilai2 murni yang ditunjukkan oleh mereka sekeluarga sememangnya patut dipuji berbanding dengan sesetengah ibu-bapa yang bermati-matian mempertahankan anak mereka walaupun tahu bahawa anak mereka bersalah. So, sekali lagi aku mengucapkan syabas.

Perkara kedua ialah tentang arak. Arak(al-khamar) ialah minuman yang memabukkan yang diperbuat daripada perahan buah-buahan yang diperam. Dinamakan al-khamar (tutupan) kerana ia menutup akal manusia yang waras. Nama lain bagi arak ialah alkohol. Dari segi kimia, alkohol adalah anak-beranak hidrokarbon dengan formula asas R-OH. R adalah rantai hidrokarbon dan kumpulan OH bertanggungjawab membawa sifat alkohol. Kalau nak mudah kenal, tengok perkataan "nol" dihujung perkataan. Contohnya seperti Metanol, Propano, Etanol dan Butanol (kalau salah, beritahulah ye, aku bukannya pandai pun bab2 kimia ni).

Dalam isu arak ini, mengikut riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah, Rasulullah S.A.W. pernah melaknatnya, iaitu seperti tersebut dalam riwayat di bawah ini: "Rasulullah S.A.W. melaknat tentang arak dan sepuluh golongan:
  1. yang memerasnya
  2. yang minta diperaskannya
  3. yang meminumnya
  4. yang membawanya.
  5. yang minta dihantarinya
  6. yang menuangkannya
  7. yang menjualnya
  8. yang makan harganya.
  9. yang membelinya
  10. yang minta dibelikannya.
Abu bakar Al-Jazairi dalam kitabnya Minhajul muslim menegaskan keharaman dari khamar baik sedikit maupun banyak, penisbahan ini berdasarkan dalil-dalil yang Qothi .Qs. Al-Maidah; 90-9 Maka, apa yang boleh kita pastikan bahawa arak itu adalah haram.

Perkara ketiga ialah soal kehakiman. Mahkamah telah memutuskan bahawa Kartika dijatuhkan hukuman denda dan sebat. Dalam hal ini, aku sekali lagi memuji keputusan tersebut yang dilihat lebih kepada untuk menjalankan syariat Islam. Mungkin ada beberapa perkara lagi yang boleh diperkemaskan lagi seperti mendetailkan lagi hukuman tersebut dari segi penggunaan alat sebatan dan perlunya ada beberapa pakar Islam yang turut berbincang dalam menjatuhkan hukuman tersebut. Ini kerana ada pihak2 yang mempertikaikan hukuman tersebut.

Ada pihak yang mempertikaikan dari segi betul ke ada peruntukkan undang2 tersebut dalam mahkamah dan sistem perundangan? Tak bolehkah dikurangkan hukuman tersebut? Tak ada lagikah jenis hukuman yang lebih sesuai?. Dari segi meletakkan pakar Islam dalam mahkamah untuk memperkemaskan lagi setiap keputusan hakim amat aku setujui tetapi bagi mempertikaikan keputusan sebat itu, amat aku tak setuju. Ini adalah pendapat aku, tak taulah pendapat orang lain kan? Takpelah, kubur masing2 kan...

Ada juga pihak yang mempertikaikan keputusan tersebut semata2 risau dilihat negara ini mengamalkan kezaliman dengan merotan perempuan. Isu ini mendapat liputan luas oleh media asing dan dibimbangi akan menjejaskan imej negara, takut2 orang dunia luar menganggap hukuman ini zalim, itulah yang diangapi oleh sesetengah pihak. Allahu Akhbar... aku cukup hairan dengan orang Islam kita ini. Takut cemuhan orang bukan Islam lebih kepada takutkan Allah. Hukuman itu adalah hampir seiring dengan hukuaman Islam tetapi dinafikan semata2 takut cemuhan orang luar yang bukan Islam.

Hari ini pula, akhbar mengatakan hukuman tersebut ditangguhkan kerana menghormati bulan Ramadhan(pada asalnya tak beritahu pun sebabnya, tapi hari ini dah ada sebabnya). Bagi aku hukuman yang telah diputuskan biarlah dilaksanakan segera. Penangguhan boleh dipertimbangkan sekiranya Kartika mohonkan perkara penangguhan tersebut tetapi Kartika tidak pernah pun mohon pun.

Alasan yang dikeluarkan juga tak logik langsung. Takkanlah disebabkan menghormati bulan Ramadhan, hukuman itu ditangguhkan? Oh, maknanya tak boleh ada apa2 perbicaraan dan hukumanlah sekiranya seseorang pesalah yang membuat jenayah pada bulan Ramadhan? Tak perlulah pesalah yang sedia ada di penjara dipenjarakan lagi selama sebulan semata2 menghormati Ramadhan? Tidak perlu buat apa2lah semasa Ramadhan?

So, aku rasa setakat ini jelah bahagian pertama komen aku terhadap isu Kartika ini. Aku akan cuba postkan komen yang berikutnya secepat mungkin. Aku bukannya apa, mungkin ada something yang boleh kita pelajari sebenarnya dalam isu ini, sebuah isu yang berkait rapat dengan Islam. So, aku trylah kupas lagi isu ini nanti. Insyaallah...


1 comment:

  1. salam.. tulah mereka lebih takut cemuhan org dari takut pada Allah dan yg buat tu plak adalah org Islam sendiri dan yg minum arak pun ada org Islam sendiri camna mereka nak ngundi pAS nanti takut pas akan kuatkan undang2 haramkan arak, padahal mmg tuntutan dalam Islam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...