Saturday, August 29, 2009

KOMEN ISU KARTIKA - PART 2...


7 Ramadahan 1430 Hijriah. Ok, balik semula kita kepada isu Kartika, iaitu seorang model yang telah dijatuhkan hukuman denda dan sebat kerana kesalahan minum arak dan sebatan itu telah ditangguhkan hukumannya. Seperti apa yang aku nukilkan pada post yang lepas, iaitu masalah tentang sistem kehakiman dan tanggapan sesetengah pihak yang takut kepada persepsi orang bukan Islam lebih kepada takut kepada hukum Allah SWT.

So, kali ini aku akan ulaskan beberapa lagi perkara yang bagi aku perlu diambil perhatian sikitlah iaitu kaedah sebatan dan lesen kedai penjualan arak. Bila pihak penjara mengatakan bahawa pihak mereka tiada kepakaran yang sesuai untuk menjalankan hukuman tersebut dan perlu ambil masa untuk dapatkan individu yang sesuai, bagi aku ianya satu langkah yang baik.

Hal ini demikian kerana cara sebatan yang biasa dilakukan oleh pegawai penjara adalah berbeza sedikit dengan cara tuntutan Islam. Nak kata berbeza sikit tu, takdelah sikit sangat dan nak kata banyak beza pun, takdelah berbeza sangat pun. Ah, takpelah, yang penting aku nak beritahu disini adalah beberapa perkara yang menjadikan perbezaan tersebut. Perbezaannya adalah pesalah mestilah dihukum dalam keadaan menutup aurat, tangan tak boleh angkat tinggi dan mestilah dirotan pada tempat yang berbeza, bukan pada satu tempat sahaja.

Dari segi saiz rotan juga mesti diambl kira. Yelah, kalau rotan itu saiz diameternya besar, mesti bertambah sakit lagilah orang yang kena hukum dan orang yang menghayunkan rotan itu sendiri pun agak susah. Rotan yang sesuai adalah tiada ruas dan panjangnya dalam 1.2 meter serta berdiameter 1.25 cm. Kalau lebih, alamatnya hancurlah isi kulit orang yang disebatnya.

Aku ada satu video klip yang menunjukkan tentang bagaimana hukuman sebat ini dijalankan dan ingat nak masukkan dalam blog ini. Tapi fikir punya fikir, aku rasa tak payahlah sebab mungkin nampak agak kurang senonoh terutamanya bagi perempuan. So, aku tak letaklah. Walaubagaimanapun, bagi yang ingin menontonnya sebagai penambah ilmu pengetahuan, bolehlah cari kat YouTube tentang sebat-sebat ni.

Isu yang kedua yang ingin aku ketengahkan adalah isu penjualan dan perlesenan arak. Ibarat kita kata, mencegah adalah lebih baik. Kita asyik menangkap individu yang minum arak sahaja sedangkan pada masa sama penjualannya adalah dibenarkan dan ada dimerata-rata tempat malahan senang untuk didapati pun.

Yelah, asalnya minuman arak ini adalah untuk kaum cina dan india iaitu untuk bukan Islam. Tapi setakat ini pejualan arak ini tidak mengenal erti siapa dan agama jika seseorang itu ingin membelinya. Kalau kita ingin menghapuskan sesuatu perkara yang tak elok, kita mestilah menghapuskan punca2nya. Ibarat orang kata, mencegah adalah lebih baik dari merawat. Kita mesti mengharamkan penjualan arak ini sekaligus tidak mengeluarkan lesen penjualannya.

Mungkin agak zalim bunyinya kalau kita mengharamkan terus dan tidak mengeluarkan terus lesen penjualannnya tapi itu adalah the best way untuk memastikan tiada arak dinegara kita seterusnya tiada orang Islam yang ditanggap kerana minum arak. Dari segi kes seludup, itu soal lain, yang penting dari soal kemasukkan terus dan penjualan langsung arak dihentikan.

Mungkin ada yang mengatakan bahawa kita masyarakat majmuk, berbilang kaum dan berbilang agama sedangkan arak adalah minuman untuk mereka. Untuk itu mungkin kita boleh berbincang tentang bagaimana untuk menjadikan arak ini betul2 untuk bukan Islam sahaja dan tidak sekali2 dijual kepada orang Islam. Setakat ini aku tak nampak lagilah cara yang konkrit untuk melaksanakan perkara sedemikian. The best way bagi aku adalah haramkan terus penjualan dan perlesenannya. Tapi yelah, itu semua bergantung kepada pihak berkuasa untuk menimbangkannya. Mungkin ada cara lebih baik lagi.

Begitu juga dengan kes2 lainnya seperti dadah dan rokok. Untuk dadah pula, kebanyakkanya adalah dibawa masuk dari sempadan atau dari mana2 tempat secara seludup. Tak ramai warga tempatan yang mampu menghasilkan sendiri dadah tersebut. So, jalan penyelesaiannya adalah dengan menumpukan pengawasan pada sempadan dan tempat masuk tersebut. Begitu juga dengan rokok. Adakah dengan mengenakan dan ingin mengambil cukai, maka kita benarkan rokok itu dijual di negara kita? Kita dapat duit dari cukai rokok tetapi banyak menghabiskan wang untuk kempen anti merokok serta kesihatan rakyat semua terjejas. Adakah kita lebih mementingkan duit cukai tersebut berbanding kesihatan masyarakat?

Ada kes pula dikatakan rokok haram atau rokok seludup. Rokok haram dinamakan sedemikian kerana tidak membayar cukai dan dibawa masuk secara sembunyi. Oh, maknanya kalau bayar cukai, maka halallah rokok tu ye? Begitu juga dengan barang lain seperti judi dan arak. Dikatakan arak haram dan kedai judi haram kerana tak bayar cukai. Kalau bayar cukai, maka halallah ye? Beli loteri kat kedai tepi jalan yang tak berlesen dan tak bayar cukai ditangkap tapi kalau beli kat tempat eksklusif, tak kena apa2 pun padahal sama2 haram dari segi hukumnya.

Perkara ini mesti diberi perhatian serius bagi membendung kes seperti ini berlaku lagi. Kita taknaklah generasi masa datang rosak kerana perkara ini terutamanya kes arak ini kerana arak merupakan ibu kepada maksiat dan kejahatan. Apa2 pun, berbalik kepada kes Kartika, aku secara peribadi ingin mengucapkan syabaslah kepadanya dan kepada masyarakat Islam yang prihatin, tepuk dada, tanya iman, rujuk hukum.


1 comment:

  1. salam.. mmg sepatutnya gitulah hukum sebat apatahlagi pada perempuan.. akak ada beberapa kawan lelaki masa dululah.. kene hukuman sebat sampai berdarah dan berbirat.. 2 minggu tak bleh duduk, tu yg akak bygkan camna lak ngan kartika ni, nasib baik mereka pikirkan balik

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...