Saturday, August 22, 2009

SAHUR BERSAMA SAUDARA BARU...


2 Ramadhan 1430 Hijriah. Alhamdulillah... hari ini merupakan hari kedua kita sebagai umat Islam menunaikan ibadah puasa. Ramadhan kali ini agak istimewa bagiku kerana kali ini aku berpeluang untuk menunaikan ibadah puasa ini bersama2 seorang saudara baru. Kalau korang masih ingat lagi, ada satu post yang pernah aku nukilkan tentang saudara baru ini dan saudara baru ini sekarang datang untuk menziarahi aku. Untuk pagi ini juga merupakan my first experience aku bersahur bersamanya dan ada something yang agak lucu untuk aku storykan.

Asalnya begini, aku ada seorang kawan yang merupakan AJK Masjid yang ditugaskan dalam bahagian penyediaan makanan untuk bersahur di masjid bagi semua jemaah disitu. So, dah janji dah dengan dia bahawa dia akan datang ke bilik aku untuk 'tapau'kan nasi dari masjid itu untuk aku dan saudara baru ini. So, dia semalam pergi tidur di masjidlah

Pukul 4.00 pagi tadi, aku pun call kawanku itu, just untuk ingatkan dia untuk bawak nasi tu. Aku takde masalah tak makan pun (tapi wajib bangun atleast untuk minum air), minum air pun dah cukup untuk aku bersahur, cuma aku bimbangkan tentang saudara baru itu. Yelah, dia tak pernah lagi berpuasa, so aku nak dia makan secukupnya supaya dia boleh bertahan untuk berpuasa. Lagipun aku sebagai tuan bilik naklah jugak memastikan tetamu aku mendapat layanan dan makan minum yang secukupnya sepanjang dia berada disini.

Aku call pukul 4.00 pagi itu tak dijawab, aku ingatkan mungkin semua ajk2 masjid tengah sibuk. Aku pernah diberitahu bahawa ajk2 masjid akan masak nasi dan buat gulai pada malam sebelumnya dan just panaskan semula untuk sahur nanti. That's means, mungkin mereka akan masak pukul 12-2 pagi dan pukul 4 pagi, just panaskan. Dalam hati aku, takpelah, mungkin sibuk agaknya, pukul 4.30 pagilah aku call dia balik.

Pukul 4.30 pagi itu aku pun call semula. La... dia baru sedar dari tidur. Ajk2 lain pun macam itu jugak. Mereka penat semalam dan pagi ini tak sedar dari tidur. Bila aku call, dengar dia pun macam terkial2 untuk kejutkan ajk2 lain tapi still sempat beritahu bahawa dia akan datang bawak nasi nanti. Oklah macamtu, aku takpe je. So, bila jam dah pukul 5.10 pagi, kawanku belum datang lagi, aku dah agak risau ni, takut2 tak sempat. Ah, takpelah, makan jelah apa2 yang ada lebihan bukak puasa semalam. Alhamdulillah... masih ada rezeki rupanya, buah kurma, sebuku roti dan air soya(dalam kotak) masih ada lagi.

So, aku pun kejutkanlah saudara baru itu untuk makan. Seorang lagi kawanku pergi keluar untuk cari nasi kat kafe, dia ada tanya aku samada nak atau tak, tapi disebabkan aku dah janji dengan kawan masjid itu, aku kata taknaklah, takut bila banyak2 nanti, tak habis pulak. Aku dengan saudara baru itu bantai jelah buah kurma tu, banyak jugak makan buah kurma tu. Roti itu pulak aku bagi kat saudara baru tu, biar dia makan banyak sikit. Tengah makan tu, alhamdulillah... kawan masjidku datang membawa nasik dari masjid. Dia sendiri pun tak sahur lagi rupa2nya...

So, kami bertiga bantailah nasi tu dengan lahapnya, takut masuk waktu imsak. Tengah makan itu, kawankku yang pergi kafe pun baru balik. Dia dah makan kat kafe tu. Aku cepat2 makan sekadar yang sempat. Banyak jugak kawanku bawak nasi ini, cukup untuk 4 orang. Dia bawak nasi itu dalam plastik, sesuai untuk dimakan dalam talam, macam sunah nabi.

Aku after that, minum air dan terus basuh tangan, tak laratlah nak makan banyak2. Saudara baru masih lapar lagi, still makan lagi. Terkial2 jugaklah kitaorang especially saudara baru itu makan tadi, yelah, nak kejar masa. After aku basuh tangan, aku rasa2nya dah tamat waktu dah. Masuk kat bilik, kawanku dari kafe tadi, selamba je minum lagi air, gluk~gluk~gluk.

Aku pun cepat2 mintak saudara baru itu berhenti makan dan basuh tangan. Oh, lupa pulak nak ajar saudara baru itu niat. Aku pun cepat2 mintak kawanku ajar saudara baru itu niat dan kuliah 30 saat mengajar niat berlangsung secara aman damai dalam tandas. Alhamdulillah... semuanya berjalan baik walaupun semuanya terkial2 dan tercekik2 untuk makan.

So, kat bilik aku dan kawanku dah rasa lega dah. Aku rasa dah kot imsak. tapi kawanku itu dengan rasa selamba je, capai cawan dan minum lagi air soya tu. Saudara baru masih kat tandas. After that, kawanku ambil dari begnya jadual waktu Ramadhan. Check2, ok lagilah, kira ngam2 la(maybe dia nak sedapkan hati dia kot...). Kitaorang tergelak2 pulak. Tiba2 saudara baru itu dengan pantasnya masuk je bilik dan terus capai air mineral dalam botol. Aku dan kawanku tak sempat nak menahannya, terus gluk~gluk~gluk...

Aku dan kawanku terkedu, kelu pulak lidah, diam seribu bahasa, aku jeling kawanku dan kawanku jeling kat aku pulak. Habis je dia minum air, Allahu Akhbar Allahu Akhbar.... Ah, lantak kaulah... Aku dah tak sempat nak tahan dia, nak buat macamana kan. Aku dan kawanku masing2 gelak2. Takpelah, dia saudara baru, ini first experience dia puasa, banyak lagi yang perlu kitaorang didik dia. Hm....


2 comments:

  1. salam.. takpe tu mrk org baru bagi can jer hehe

    ReplyDelete
  2. emm...penulis x tulis yang dia bersubahat beri air soya. hoho. dengan tanpa curiga, terum minum gluk3x. Jimie!, mahkamah menangguhkan perbicaraan forum ini.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...