Thursday, August 20, 2009

SALAM RAMADHAN...


30 Syaaban 1430 Hijriah. Hari ini adalah hari terakhir dalam bulan Syaaban dan esok adalah permulaan satu bulan yang penuh dengan rahmat iaitu bulan Ramadhan. Esok menandakan seluruh umat Islam di negara ini akan berpuasa tapi mungkin ada segelintir hamba yang culas dan licik serta tidak tahu bersyukur kepada Maha Pencipta yang cuba lari untuk menunaikan tanggungjawab ini. Aku pun sometimes amat hairan, kenapalah orang Islam yang ponteng puasa ini begitu liat dan malas untuk berpuasa sedangkan mereka tahu bahawa ini adalah tanggungjawab yang wajib dilaksanakan tanpa ada sebab2 yang dibolehkan. Kalau ada sebab yang dibenarkan, takpelah tapi ini yang terang2 tak bersebab.

Malam ini jugak adalah malam pertama kita semua bertarawih. Aku seperti tahun2 sebelum ini biasanya menunaikan solat sunat tarawih kat dewan kolej je. Untuk malam2 awal ini, biasanya jemaah amat ramai dan kadang-kala, sampai limpah masjid atau dewan. Namun, sikap manusia yang tidak istiqamah menjadikan bilangan jemaah semakin berkurangan mengikut pertambahan hari. Bercakap tentang solat tarawih, aku sekeluarga ada kisah menarik yang ingin aku kongsikan, moga2 dapat memberi teladan kepada semua, Insyaallah...

Sebelum aku darjah 6, aku tak pernah menunaikan solat sunat tarawih. Ayah dan mak aku pergi bertarawih kat surau berdekatan dan rumah aku pulak memang tak ada orang lain melainkan ayah, mak, kakak aku dan aku. So, memang aku tak pernahlah buat solat tarawih. Pada aku darjah 6, ayah aku mula pergi tarawih kat surau separuh bulan je dan separuh bulan lagi dia buat kat rumah, dia berselang seli. Misalnya malam ini kat surau, malam esok kat rumah, malam lusa kat surau pulak dan begitulah seterusnya.

Alhamdulillah... keluasan rumah aku untuk bahagian solat agak luas. Boleh menampung sampai 4 saf dan setiap saf boleh muat antara 6-8 orang. So, overallnya bolehlah muat dalam 30 jemaah dalam satu2 masa.

Apa rasionalnya ayahku buat macam tu? Sebabnya adalah aku. Dia tahu bahawa aku memang tak boleh nak pergi surau dan dia juga tak larat nak dukung aku pergi bersamanya. Maka dia buat kat rumah je. Tahun pertama(masa aku darjah 6) arwah mak aku still lagi solat tarawih kat surau tapi next year, dia pun solat bersama2 aku dan ayahku. Ayahku yang jadi imam dan aku, mak aku serta kakak aku yang jadi makmumnya. Untuk tahun itu jugaklah, abang aku, kakak aku yang dah berkeluarga yang menetap kat area2 Kota Bharu turut datang menunaikan solat sunat ini bersama2 kat rumah. Alangkah besarnya pengorbanan ayah aku terhadap aku sekeluarga.

Bagi abang aku yang dah berkeluarga, dah ada rumah sendiri, dah ada isteri dan anak, mereka sekeluarga datang untuk menunaikan solat tarawih bersama2 kat rumah aku. Begitu juga dengan keluarga kakak aku. Dia datang dengan suami serta anak2nya untuk sama2 bersolat. So, apa rasionalnya pulak abang aku sanggup datang bawak anak isteri datang solat kat rumah sedangkan mereka boleh pergi ke masjid yang berdekatan rumah mereka? Soalan itu pernah diaju kepada abangku oleh aku dulu.

So abang aku jawab, "hargailah ibu dan bapa kita, ketika mereka masih ada, bersama2lah kita menunaikan solat berjemaah bersama mereka. Biarlah ayah kita menjadi imam kepada kita. Nanti kalau ibu bapa kita dah tiada, tentu kita dah tak sempat dan berpeluang lagi untuk berjemaah dengan mereka. Kalau mereka dah tiada, kita nak solat kat mana2 masjid pun boleh tapi sementara mereka masih ada, berjemaahlah dengan mereka, boleh ambil berkat ibu bapa". Lebih kurang macam itulah jawapan abangku dulu, sampai sekarang aku masih ingat lagi.

Itulah jawapan yang diberikan oleh abang long aku. Disebabkan dia mengamalkan poligami, dia hanya membawa isterinya secara berselang-seli. Malam ini dia bawa isteri pertama, esok isteri kedua, lusa isteri pertama balik, so memang masing2 ikut giliranlah. Dengan membawa isteri dan anak2nya datang berjemaah dirumah, sedikit sebanyak boleh mengeratkan anaknya dengan ibu bapa aku, yelah datuk nenek dengan cucu kan...

So, bermula dari aku darjah 6(tahun 1997), keluarga aku sentiasa bersolat tarawih kat rumah secara berjemaah. Anak2 saudaraku yang masih kecil2 pun turut serta bersolat dengan meniru tingkah laku kita walaupun mereka tak tahu bacaan pun, takpelah, at least mereka perlu di didik dari awal lagi. After this, bila dah besar nanti, mereka akan pandai jugak dan mesti semangat solat berjemaah bersama2 keluarga akan menjadi satu kewajiban. Then untuk kanak2 ini, sometimes memang happy sebab macam2 karenah kalau bab2 solat ini.

Kalau dah dekat2 raya tu, bila masing2 adik-beradik aku dah balik kampung, memang penuhlah saf untuk berjemaah itu. Sejadah pun kena share, kena letak melintang. Sama2 mengaminkan bacaan dan sama2 mengaminkan doa antara ahli keluarga. After solat tarawih, masing2 bersalaman dan bercium tangan sebagai tanda kasih sayang dan rasa syukur. Saat2 bercium tangan dengan ayah dan ibu after solat berjemaah itu yang paling indah.

Hal ini mungkin nampak remeh sahaja tapi tanpa kita sedari, perkara ini boleh mengeratkan perhubungan kekeluargaan kita. Kepada pembaca blog aku ini, izinkan aku bertanya dan bolehlah anda menjawapnya secara dalam hati sahaja. Jika anda seorang suami dan bapa, berapa kalikah anda menjadi imam kepada isteri dan anak2 anda? Jika anda seorang seorang anak, berapa kalikah anda berjemaah bersama keluarga anda dengan berimamkan bapa anda? Jika anda seorang ibu dan isteri, berapa kalikah anda berjemaah bersama2 suami dan anak2 anda? Tidak kira siapa pun anda, tanyalah dalam hati sendiri, adakah anda pernah menunaikan tanggungjawab berjemaah bersama2 keluarga?

Sementara kita masih lagi berupaya untuk bersolat(dalam apa jua keadaan pun), bersolatlah, buatlah secara berjemaah dengan keluarga kita especially dengan ibu bapa kita sementara mereka masih bersama kita. Ambillah peluang Ramadhan ini untuk kita bersama2 melakukan amal kebajikan, moga2 dengan melakukan bersama2 keluarga, kita akan sentiasa lebih rapat dan menyayangi lagi.

Kepada semua umat Islam especially pembaca blog aku ini, aku ucapkan Salam Ramadhan dan selamat berpuasa...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...