Sunday, August 2, 2009

SENANG BERSENDIRIAN...


10 Syaaban 1430 Hijriah. Hari ini aku takde buat apa2 jugak, just rileks, melayari alam maya sehingga berjam2 lamanya dan explore blog2 yang menarik untuk dibaca. Aku pun ada melayari Facebook berjam2 lamanya, yelah sebelum ini pun lama jugak kan, takde kerja katakan. Pagi isnin nanti mungkin aku sudah start sibuk sikit kot untuk menyelesaikan beberapa hal untuk Master aku, dah janji dah dengan staff kolej untuk mintak tolong dia, dia kata ok je, alhamdulillah...

Tadi aku ada baca sebuah penerangan dalam Facebook daripada kawan alam maya yang juga seorang OKU. Dia ada memperjelaskan serba sedikit tentang keadaan dia dan lifenya serta cabaran terhadap kehidupan sosiasl tapi takdelah detail sangat. Takpe, maybe dia ada masalah yang tertentu yang amat peribadi dan sukar untuk dikongsikan tentang keadaan socialnya. Aku memahami dan menghormati privasy nya.

Aku nyata sekali tidaklah berapa tahu dan faham tentang life dia yang lepas2 but disini aku ada beberapa perkara yang ingin dikongsikan bersama beberapa pengalaman social ku bukan sahaja kepada kawanku itu malahan juga kepada semua pembaca blog ini. Apa yang aku harapkan agar perkara baik bolehlah dijadikan teladan dan perkara yang tak baik tentang life aku ini janganlah diikuti. Jika ada mana2 pihak yang terasa, maaf dipohon.

Secara jujurnya, aku dari kecil dah terbiasa hidup sendirian. Aku lebih banyak tinggal di duniaku sendiri, apa yang aku nak buat adalah bebas tanpa terikat dengan mana2 orang. Dari kecil, aku bermain sendirian dirumah, membaca sendirian dirumah dan amat jarang keluar melainkan pergi ke sekolah. Ada ahli keluargaku bawa jalan2 tapi jaranglah, tambahan pula selepas adik-beradikku ada tanggungan masing2, lagi jarang aku keluar rumah.

Pengalaman dalam kesunyian dan bersendirian tanpa aku sedari dah sebati dengan life aku. Apabila masuk ke universiti, aku lebih suka tinggal bersendirian tanpa ada roomate. Dengan tinggal bersendirian, aku bebas nak bukak kipas kuat level mana pun, bukak lampu 24 hours ke, pendek kata takde siapa nak larang aku.

Namun, apabila dah belajar kat universiti, aku mempelajari sesuatu tentang social life. Aku ternyata tak mampu hidup bersendirian lagi. Aku mula memahami bahawa manusia sememangnya tidak boleh hidup sendirian tanpa bercampur dengan masyarakat. Kawan2 ku mengajar aku tentang kecerian dan keseronokkan berkawan. Semester pertama 5-6 tahun lalu, aku ni pendiam, namun berubah beransur2 bila naik semester seterusnya. Sekarang? Huh, kecoh 24 hours dengan gelak ketawa, satu blok boleh dengar ketawa aku.

Aku tak nafikan dan aku juga telah banyak mengalami nasib yang kurang elok sepanjang mempunyai kawan. Ada yang baik dan ada yang kurang baik. Kebanyakkan kawanku adalah baik2 semua tetapi ada juga segelintir yang kurang elok, jenis tikam dari belakang dan mengata sesuatu yang tak elok. Bukan aku sahaja yang merasainya, malahan kawan yang baik denganku juga terasa tempiasnya. Pendek kata banyak jugaklah perkara yang kurang elok sepanjang aku mempunyai kawan.

Namun bila aku fikirkan semula, kenapa kawanku itu sanggup tikam dari belakang? Kenapa mereka sanggup mengata aku dari belakang tanpa berani berhadapan dengan diri aku sendiri? Jawapannya mungkin berpunca dari sifat dan sikap aku sendiri. Aku tak boleh nafikan bahawa mungkin aku sebagai OKU mudah terasa, sensitif dan mudah marah. Mungkin sikap buruk aku ini yang mendorong kawan2ku berbuat demikian. Kalau tidak pun, just thinking positive ajelah kan? Jangan mudah untuk menuding kat orang lain, perbaiki diri sendiri dulu.

So, bila aku masih belum matang lagi fikiranku, aku mudah marahlah dengan sikap kawanku2 yang kurang elok itu. Aku menganggap bahawa mereka budak yang kurang baik, sentiasa berniat jahat dan sentiasa akan berbuat jahat kat aku padahal mungkin mereka itu sudah berubah sekarang ini. Yelah aku sekarang ini pun dah tak kisah dah pun. Aku sedar, kehidupan aku hari ini tidak sama dengan kehidupan beberapa tahun lalu. Begitu juga dengan kehidupan kawan2ku yang lain itu.

Aku hari ini lebih berlapang dada tentang persahabatan. Aku mengamalkan something yang mungkin elok untuk diamalkan bersama iaitu sebelum tidur, niatlah bahawa kita memaafkan segala kesilapan orang lain lakukan kepada kita untuk hari ini. Dengan itu, kita boleh bangun keesokkan harinya dengan tiada syak wasangka dan berfikiran segar serta positif. Tak ada masalah dan dosa yang perlu difikirkan. Mudah juga menerima sesuatu yang baru. Pendek kata, memaafkan kesilapan dan kesalahan orang lain serta bermuhasabah diri boleh menjadikan kita lebih berfikiran positif dan mengurangkan masalah kita.

So, kalau kita ada apa2 masalah dengan orang lain, fikirlah sebaik-baiknya. Adakah ianya berpunca daripada mereka semata2?. Kita tidak boleh hidup bersendirian. Kalau merujuk kepada penerangan kawanku itu, lebih kepada perkara yang tak elok sekiranya dia bercampur dengan kawan2nya dan masyarakat. So, bagi aku, aku tak mampu nak komen lebih2, dia lebih mengetahui tentang keadaan dirinya dan aku menghormati keputusan dia.

Moral of the story di sebalik post ini ialah kita tidak boleh hidup bersendirian walaupun kita senang dengan keadaan tersebut. Kalaulah ada perkara yang tidak elok jika kita bercampur gaul dengan masyarakat, barulah kita boleh menjauhi diri kita daripada mereka tetapi adakah itu tindakan terakhir kita? Adakah kita sudah berusaha mengubahnya? Apakah usaha itu berterusan? Adakah kita sudah berada dipengujung usia bumi ini? Adakah kita ingin mengakhiri life kita sedemikian rupa?


2 comments:

  1. salam ruzimi.. saya kan dah ada kawan baru yang nyata kehidupan kalian berbeza dgn kehidupan yg saya lalui dulu, saya rasa ceria punya kawan baru seperti kalian suma, kenapa? sebab saya dapat pengalaman baru dan kehidupan yang lebih dalam ketenangan walaupun dah lumpuh. Kalau kita nak taubat nasuha apa yang perlu kita tinggalkan?.. Itulah yang saya lakukan demi untuk satu perubahan.. terutama pengaruh sahabat, tapi saya skrg meneroka alam sahabat yang baru.. selain keluarga dan sedara mara dan juga jiran tetangga. Ruzimi bleh menilainya dari penulisan saya kan. Terima kasih memberi pendapat

    ReplyDelete
  2. memang sukar mencari kawan yang elok serba serbi, baek kita dipandangan mereka dan mereka dipandangan kita. yang penting, kita enjoy dengan hidup nih tanpa curiga!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...