Thursday, September 17, 2009

MASALAH TEKSI...


28 Ramadhan 1430 Hijriah. Alhamdulillah.... akhirnya selamat jua aku tiba di kampung tercintaku. Masuk kat dalam teratakku, nothing yang berubah, semua sama je. Satu keluarga abang aku dan satu keluarga kakak aku dah ada, diorang awal2 lagi dah balik, dah stay kat rumah. So, aku masuk bilik aku, kemas2 apa yang patut dan terus bukak Facebook. Hai... dah addicted dah aku ni agaknya dengan laman sosial ni, sehari tak buka, rasa something wrong pulak.

Ok, kali ni aku nak story pasal masalah yang aku ada luahkan dalam post yang lalu iaitu tentang teksi serta pengangkutan yang aku perlukan untuk ke FAB, kat perhentian bas itu. Kawan aku mula2nya contact kawan dia yang ada kereta tapi malangnya kawan dia itu juga sibuk untuk menghantar orang lain ke perhentian bas, so tak dapatlah. After that, dia call lagi seorang pemandu teksi yang baik dengan kitaorang, aku panggilnya Pak Din.

Kebetulan pula Pak Din kat Senai, tengah hantar seorang customer dia kat situ, so dia mintak maaf lah sebab tak dapat tolong. After that, call lagi teksi centre, barulah dapat sebuah teksi, masa itu dah agak lewat dah, dalam pukul 5.45 petang sedangkan bas akan bertolak pukul 6.00 petang. Datanglah sebuah teksi untuk ambil kitaorang.

Aku bila masuk kat teksi tu nampak macam agak masam air mukanya, aku pun tegurlah lebih kurang kan... just untuk rilekskan dia sikit. Aku tegur sepatah, jawab sepatah, agak kurang mesra pelanggan pemandu ini. Sementara itu, kawanku yang bersusah payah untuk masukkan lipatan kerusi roda aku kedalam bonet kereta serta angkat beg2 kami, pemandu tu still kat dalam teksi itu jugak. After that bertolaklah kitaorang ke tempat perhentian bas tu, kat FAB.

Sampai kat FAB, kawanku itu juga yang bersusah payah angkat keluar kerusi roda dan beg2 kami, pemandu itu still diam je. Kitaorang pun bayarlah duit teksi tadi dan terus masuk kedalam bas. Pukul 6.15 petang, bila semua penumpang bas dah penuh, barulah bas bertolak. Bila dah kat dalam bas tu, aku bermunasabah sekejab.

Actually, mendapat layanan kurang mesra dari pemandu teksi ini dah agak banyak kali aku alami, terutamanya daripada pemandu teksi yang beroperasi dari dalam universiti ini. Aku pun ada terfikir jugak, adaKah pemandu2 ini semuanya kurang mesra pelanggan ataupun just kurang mesra dengan pelanggan OKU je? Bila aku fikir2 balik, mungkin ada sebabnya pemandu ini kurang mesra pelanggan OKU (agaknya la...). Mungkin ini adalah beberapa sebab yang menjadikan pemandu teksi ini kurang mesra pelanggan OKU.

  1. Mereka beranggapan bahawa bila dengar je OKU, mereka ingat OKU ini ingin menggunakan perkhidmatan teksi mereka secara percuma atau merayu untuk dapatkan diskaun.
  2. Mereka beranggapan bahawa mereka perlu bersusah payah untuk membantu OKU dalam proses naik dan turun teksi. Mungkin mereka ingat bahawa mereka perlu dukung agaknya aku ini dan just menambahkan bebanan mereka sahaja.
  3. Mereka beranggapan bahawa OKU ini akan menyusahkan mereka, baik ambil customer normal je, biasalah diskriminasi kan.
  4. Mereka taknak ambil pelanggan yang just nak pergi ketempat yang dekat2 je, maybe tak balik modal kot (dari kolej aku ke FAB dekat je) sedangkan aku tak kira jarak, dekat atau jauh, still perlukan kenderaan.

Aku bukannya nak menuduh bahawa pemandu teksi ini tak baik, apatah lagi untuk beranggapan negatif terhadap mereka. Pemandu dan perkhidatan teksi ini dalah amat baik terutamanya bagi membantu pihak yang ada masalah tentang pengangkutan. Ianya adalah satu kerjaya yang baik dan halal. Apa yang aku luahkan disini adalah berdasarkan experience aku sendiri terhadap sesetengah dari mereka ini. Pemandu teksi ini sampaikan taknak turun pun dari teksi mereka untuk membantu kawan aku menguruskan kemasukkan kerusi roda ke dalam bonet. Tegur pun just jawab sikit2 je, memang kurang mesra pelangganlah terutamanya pelanggan OKU.

Aku taknak komen lebih2 tentang perkara negatif tentang pemandu teksi ini sebab ada sesetengahnya memang baik dan suka membantu pun. sebagai contoh, aku ada kenal seorang pemandu teksi yang memang baik hati, namanya Pak Din (pemandu yang aku dah beritahu dalam post lepas).Dia ini cukup baik hati dan bertanggungjawab serta mesra pelanggan.

Kalau aku nak menggunakan khidmat teksi, dialah orang yang first aku contact. Kalau tak dapat dia, barulah aku akan contact pemandu teksi lain. Dia seorang yang menepati masa dan boleh diajak berbicara. Memang bila naik teksi dia, seolah2 kita ini kawan dia. Dia juga seringkali membantu kawanku dalam menguruskan kemasukkan kerusi roda aku kedalam bonet. Pendek kata, memang baiklah. So, kat sini aku promotelah jugak perkhidmatan teksi dia ini. Kalau ada yang nak gunakan perkhidmatan teksi dia, hubungi Pak Din di 019-7853667.

Aku promote ini pun, bukannya dapat duit pun but aku as a customer yang sentiasa satisfied terhadap perkhidmatannya disamping itu untuk tolong2 dia meramaikan lagi pelanggan. Sesiapa yang baca blog aku ini pun mungkin boleh mendapat manfaatnya juga bila ada nak menggunakan perkhidmatan teksi. Ikhlas dan terus-terang aku beritahu bahawa Pak Din ini cukup baik, aku sentiasa dan banyak kali menggunakan perkhidmatannya.

So, aku rasa setakat itu jelah komen aku tentang masalah pengangkutan teksi ini. Aku dah tak kisah dah tentang hal ini sebab aku pun dah sampai dah pun kat kampung dengan selamat. Cuma apa yang aku inginkan ialah semua ini tidak lagi berlaku dan agar semua pemandu teksi di Malaysia mendapat melimpah ruah rezeki mereka. Insyaallah...


3 comments:

  1. salam dik.. tak bleh ler cam tu kan, akak pun slalu ssh nak dpt teksi, nasib baik abang akak bawak teksi n dia pun ada pelanggan tetap dr OKU yg akan kol tuk gi memana, kalo org len tu mmg ler bila tahan ssh nak benti.. sabar jer

    ReplyDelete
  2. Klau sye faktor rumah yg jauh... Bile naik teksi mahal jdi kena naik bas murah sikit tpi bile naik bas lama pulak tunggu bas ade satu .. X tepat masa pulak tu hari nie dtg 7 pgi besok 8:30 pgi smpai lambat nk gi klas

    ReplyDelete
  3. Klau sye faktor rumah yg jauh... Bile naik teksi mahal jdi kena naik bas murah sikit tpi bile naik bas lama pulak tunggu bas ade satu .. X tepat masa pulak tu hari nie dtg 7 pgi besok 8:30 pgi smpai lambat nk gi klas

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...