Friday, October 23, 2009

LATIHAN PEMBENTUKAN USAHAWAN 1 - PART2...


4 Zulkaedah 1430 Hijriah. Ok, untuk post bahagian 2 ini, aku akan stoykan tentang aktiviti kitaorang pada 22 dan 23hb. Untuk 22hb tu, kitaorang ada buat aktiviti jungle tracking yang dipecahkan kepada 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Untuk sesi pagi itu aku tak joinlah, sesi petang baru aku join. Bila aku tak join yang sesi pagi tu, aku sempatlah jugak main games sekejab, bukak internet dan sembang dengan seorang lagi peserta perempuan yang mengandung. So, untuk aktiviti sesi pagi tu aku tak berapa tahulah.

Untuk sesi petang tu pulak, baru aku join sebab kawan aku kata yang ni buat kat padang je, yang sesi pagi tadi buat kat bukit. Untuk sesi petang tu, dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil yang terdiri daripada 6-7 orang dan setiap kumpulan mesti membina satu 'jaringan labah2'
menggunakan tali dan gegelung. Tali itu diikatkan pada 2 batang pokok.

After selesai membina 'jaringan labah2' itu, barulah diberitahu tujuan pembinaan tersebut. Setiap ahli mestilah masuk dan melepasi gegelung tersebut tanpa menyentuh gegelung dan tanpa bercakap. Jika peraturan ini dilanggar, mestilah diulangi semula dari awal. Cara untuk melepasi gegelung itu adalah terpulang kepada kebijaksanaan dan kerjasama kumpulan itu sendiri. Ada yang usung, dukung, angkat dan sebagainya. Kumpulan yang paling pantas menlintasi gegelung dikira pemenang.

Ada 7 group yang buat aktiviti ini dan aku adalah salah seorang daripada pengadil yang mengadili salah satu kumpulan tersebut. Kumpulan yang aku adili itu mampu menyiapkan aktiviti lintasan tersebut dalam tempoh 5 minit 35 saat. Diorang buat cara dukung dan sambut. Kumpulan terpantas adalah dari kumpulan perempuan iaitu just 3 minit lebih je. Ala, perempuan kumpulan itu kecil2 je badan ahlinya, senang usung. Kalau ada ahli kumpulan yang besar dan gemuk, itu mesti susah nak usung/dukung.

After selesai, tibalah aktiviti malamnya. Aktiviti malam itu memang bestlah. Kitaorang buat permainan 'pasaran saham'. Setiap kumpulan hanya dikehendaki membuat nilai 'X' atau 'Y' sahaja yang mana setiap pusingan ada nilai sham yang dijual. Konsep permainan ini adalah untuk menguji persefahaman kita je. Sebelum itu, duit RM 100 dikutip terlebih dahulu daripada setiap kumpulan sebagai deposit.

Permainan dimulakan dengan nilai saham yang rendah dan kemudiannya meningkat tinggi. Masa itu kesabaran dan kesepaduan diantara setiap kumpulan memang benar2 teruji. Jika ada kumpulan yang 'jujur', maka kumpulan tersebut akan kalah wang mereka dan ada yang berhutang. Game ini juga menguji tahap kejujuran dan kesefahaman kumpulan yang mana kat luar dah janji untuk buat 'Y' tapi bila undi betul2, ada yang buat 'X' hingga menyebabkan keadaan kecoh.

Dalam keadaan kecoh tesebut, fasilitator pulak berperanan sebagai 'penyimbah minyak' untuk meningkatkan suasana tegang. Memang tegang suasana game tu, siap dengan hentak2 meja lagi, nasib baik tak bertumbuk je. Setakat jeling2, jerit2 dan hentak2 tu memang biasalah masa tegang itu. Masing2 tak puas hati dengan janji2 kosong yang ditabur, dengan peranan 'penyimbah minyak' sampaikan ada yang saman-menyaman antara kumpulan dan pihak fasilitator.

Last sekali, semua kumpulan kerugian yang agak banyak dan ada kumpulan yang kerugian sampai lebih RM1000. Kumpulan aku pun rugi jugak tapi just dalam RM290 je. So, kitaorang diberitahu bahawa esok kitaorang kena menyerahkan wang tersebut dan wang tersebut akan didermakan kepada anak2 yatim. Masa itu semua ahli kumpulan dah takut dan risau. Yelah, mana nak cari duit ratus2 ringgit, kitaorang pun bukannya ada duit.

Aku masa tu tak risau pun sebab aku tahu bahawa itu just gimik fasilitator je untuk psiko kitaorang tapi majoritinya cukup panik, tapi bayar tetap bayarlah kan sebab itu memang rules permainan ini. Sebelum game itu dimulakan kitaorang tak diberitahu pun bahawa ini melibatkan wang sebenar, bila dah tamat baru tahu.

So, masing2 aku rasa tidur dalam kegelisahan. Aku dan ahli kumpulanku malam itu menyiapkan tugasan perihal diri yang diberikan pada hari pertama, esok kena tampal. So, malam itu aku dah kira2 dah duit yang kena dikeluarkan untuk cover 'hutang' game tu sebab aku tahu bahawa ahli kumpulan ku yang lain tak berapa berkemampuan. Aku tak kisahlah sebenarnya pun sebab aku tahu bahawa itu just a game dan duit tu nanti akan dikembalikan semula pun.

So, kesokkan harinya (23hb), kitaorang dikehendaki menyerahkan wang masing2. Ada yang tak ada duit, mereka menyerahkan jam, kunci motor dan sebagainya, bagi cek pun ada. After that, barulah fasilitator kami menerangkan tentang rasionalnya permainan ini. Dalam penerangan beliau, kebanyakkanya aku setuju tapi ada satu yang aku tak setuju. Dia menyatakan lebih kurang macam inilah, "kita mesti tetap bersatu untuk menyedarkan rakan2 kita walaupun kita tahu bahawa ianya boleh merugikan kita".

Bagi aku setakat nak cakap secara teori itu bolehlah, setakat nak menyedapkan telinga dan hati, setakat nak nampak hebatnya kejujuran dalam business walaupun kita ditipu berulang kali oleh perkara yang sama. So, kalau aku lah kan, aku takkan terpedaya pada penipuan yang sama buat kali yang kedua. Buat apalah kita nak jatuh pada lubang yang sama. Bak kata pepatah, sekali jalan kena, 2 kali jalan tahu. Sama jugak dalam konsep game ini.

Bukan senang untuk mewujudkan perfahaman dalam beberapa kumpulan, tambahan lagi melibatkan wang. Walaupun ada cara untuk menang dengan bersatu, tapi yelah kata orang, rambut sama hitam tapi hati lain2. Bila dah ada kumpulan yang jujur tapi dah tertipu, buat apa nak ditipu lagi.Of course aku sendiri pun taknak ditipu 2 atau lebih dalam suatu perkara yang tidak pasti dan melibatkan banyak kepala.

Cuba fasilitator itu sendiri yang join game tu atau mana2 usahawan berjaya yang main, mereka boleh ke yakinkan kumpulan lain supaya bersatu dan semua memilih 'Y'? Aku taknaklah komen tentang jawapannya, masing2 ada andaian kan. So after penerangan tu, kami pun dipulangkan semula wang kami tu. rasional fasilitator meminta wang tadi supaya kitaorang rasa bagaimana menanggung kerugian dalam perniagaan dan betapa buruknya sikap tiada perpaduan. Petang tu pula, kitaorang bertolak pulang semula ke UTM after siap2 packing.

Kat bawah ni aku sediakanlah serba sedikit foto untuk tatapan.


Gambar1: Aku dan kumpulanku


Gambar2: Tn.Haji Noordin memberi tunjuk ajar


Gambar3: Khairul and the geng.


Gambar4: Ahli kumpulanku.


Gambar5: Wan Kamaruddin, Edisi Siasat



Gambar6: Ramai2 kat atas bukit


2 comments:

  1. Yup.. Syukur kerana diperkenalkan program ini... Semoga ia membentuk aku dan rakan-rakan seperjuangan menjadi Usahawan yang berjaya... Walaupun hakikatnya LPU Modul 1 aku di KL dan kemudianya melalui LPU Modul 2 di Batu Burok... namun ia tetap sama... dan cerita Ruzimi ini adalah sama apa yang aku rasa serta alami...
    Kepada Ruzimi... sama-sama kita manfaatkan ilmu yang kita pelajari ini... semoga berjaya.

    ReplyDelete
  2. jom join dalam facebook... taip kat search " kursus latihan pembentukan usahawan (LPU) MARA Kumpulan 6/2009. war war kan kepada member-member yang lain... semoga hubungan tidak putus begitu sahaja.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...