Friday, October 16, 2009

PECIPTA 2009...


26 Syawal 1430 Hijriah. Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa atau dipanggil PECIPTA. Tahun ini, Universiti Malaya telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi program ini dan diadakan di KLCC bermula 8-10/10/09. Apabila selesai semua program business discourse kitaorang kat UTMKL, kitaorang pun ambil peluang ini untuk datang ke program ini pada 9/10/09 (hari kedua).

Tujuan utama kami datang ke program ini adalah untuk melihat hasil2 penyelidikan yang dilakukan oleh pihak ipta dan kalau2 ada yang boleh dijadikan idea tambahan untuk projek master kami. Yelah, kot2 ada research yang berkaitan denga projek yang ingin kami hasilkan, boleh juga collabrate ataupun aplikasikan idea tersebut sebagai value added dalam projek kami disamping untuk menambah contact serta network.

Kitaorang sampai kat situ pukul 10.00 pagi, pameran baru dibuka. Kitaorang sebelum ini dah buat pre-register dalam laman web PECIPTA ini, so, bila datang, senanglah urusan untuk masuk, tak perlu lagi isi borang. Masuk adalah percuma tapi kalau boleh biarlah under organisasi/universiti/syarikat.

Ada banyak ciptaan dan hasil universiti yang dipamerkan disini. Difahamkan, lebih 100 hasil ciptaan dan penyelidikan yang menyertai pameran ini, namun dalam 100 buah itu hanya 1 sahaja yang aku berkenan, selebihnya boleh aku katakan sebagai projek syok sendiri atau bertahap undergraduate projek serta tiada nilai komersial. Ini pendapat aku berdasarkan bidang pengetahuan aku, bidang2 yang aku tak tahu seperti elektrik, medical dan sebagainya itu aku taknak komen la.

Aku bukanlah nak kondem/hina/pandang rendah terhadap ciptaan dan hasil penyelidikan yang dilakukan oleh pensyarah2 bertahap Dr atau Prof itu tapi itulah hakikatnya. Yelah, aku pun bukannya pandai pun, tapi bila aku tengok projek diorang ini, lebih kepada syok sendiri, buat benda yang sudah ada dinegara luar tetapi tiada nilai inovasi serta tidak tahu bagaimana untuk mengkomersilkan produk kajian mereka.

Apa yang lebih menyedihkan lagi ialah ada satu kategori yang dipamerkan yang dipanggil 'Best Of The Best'. Kat kategori ini, produk/hasil kajian yang terbaik sahaja yang boleh dipamerkan dibahagian ini tapi ada satu produk yang berkaitan dengan OKU yang cukup melucukan. Produk ini adalah untuk membantu OKU berpindah daripada kerusi roda kepada kerusi/katil. Aku tak nampak sebarang masalah tentang perkara ini tapi diciptakan alatan seperti sebuah tempat duduk yang boleh bergerak ke kerusi/katil dibantu sebatang kayu penahan.

Menggunakan satu seat simple dan satu kayu penahan, bila OKU duduk kat seat itu dan kayu penahan ditanggalkan, seat itu akan bergerak kearah kerusi/katil itu. Bagi aku, kalau nak move daripada kerusi roda ke kerusi/katil, 'parking'lah kerusi roda tersebut betul2 tepi kerusi/katil tu dan kerusi roda yang digunakan mestilah kerusi roda yang boleh ditanggalkan side tepinya. Dia juga menggunakan kerusi roda yang boleh ditanggalkan sisi tepinya, sememangnya kerusi itu dah direkacipta untuk tujuan move tersebut, so kenapa dibuat benda seat itu lagi?

Kat sebelah dia ada satu laptop yang menyiarkan video demo movement tersebut tapi didemokan oleh orang bukan OKU. Carilah seorang OKU yang menggunakan peralatan tersebut, barulah boleh tahu betul atau tidak alat ini boleh membantu golongan tersebut. Aku ada tanya. "kalau katil itu lebih tinggi daripada level kerusi roda, leh move tak?". Jawapan dia "takleh la". Pulak dah.... Kalau nak buat satu2 produk untuk OKU, biarlah benda itu boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kalau alat itu boleh membantu movement ke tempat lebih tinggi, barulah betul, ini tak. Aku yang OKU ini pun tak terasa nak pakai/beli pun produk tu.

Ada satu lagi projek bertahap undergraduate. Dia buat learning sistem menggunakan Macromedia Authorware tapi tak complete. Kawan2 Diploma aku dulu pun boleh buat lebih baik daripada ini. Interface tak cantik, kartun pulak tak smooth dari segi movementnya, sound pulak pecah2. Siapa yang buat projek ni? Seseorang yang bergelar Dr .......

Ok, apa pulak produk yang aku suka tu? Produk itu adalah sebuah kerusi roda elektrik yang menggunakan otak untuk menggerakkannya. "Intelligent Brain Interface for a Robot Chair". Itulah tajuk kajian seorang Prof berbangsa india dari UniMAP, Prof. Paulraj tak silap aku. Aku tahu bahawa kerusi roda seperti ini sudah ada dan sudah lama dibangunkan oleh syarikat Toyota dan Honda 5-7 tahun lalu tapi apa yang aku respect ialah dari segi kos yang digunakan untuk menghasilkan produk ini. Anggarannya adalah RM 10 ribu tapi canggih.

Algoritham yang digunakan juga adalah unik iaitu menggabungkan Nanomex dan Cross Matrix. Nak tahu tentang Nanomex dan Cross Matrix, carilah kat Google tu. Walaupun dah ada kat oversea tapi untuk bawak masuk ke negara kita, it's very costly. So, dengan adanya ciptaan pertama buatan tempatan ini, diharap dapat dikembangkan serta boleh dikomersilkan sekaligus boleh membantu OKU bertahap kritikal menggunakan kerusi roda canggih ini...

Oklah, setakat ini sahajalah komen aku tentang PECIPTA 2009. Bagi aku, program ini bagus. Sepanjang aku jalan2 kat sini, adalah sedikit sebanyak input yang boleh aku aplikasikan dalam menghasilkan projek master aku lagipun kenapa aku komen sangat tentang kerusi roda yang ada penahan tu, sebabnya projek master aku pun adalah untuk membuat kerusi roda jugak. Kerusi roda yang macamana tu? Ada la.... Insyaallah.....


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...