Saturday, November 28, 2009

BANDAR DAN FELDA...


11 Zulhijjah 1430 Hijriah. Hari ini dah masuk hari ketiga aku berada di Segamat. Agak ramai sanak saudara belah kakak ipar aku yang berkumpul disini. Tak silap aku ada dalam 4-5 keluarga kat sini, so lebih kurang berbelas2 jugalah orang kat sini especially budak2. So, bila dah berada kat sini, banyak gelagat dan karenah yang dapat aku perhatikan. Biasanya aku lebih suka perhatikan budak2 dari segi perangainya, pergaulannya dan macamana eratnya hubungan sesama diorang.

Aku tak berniat untuk membandingkan mereka yang kat Segamat ini dengan anak2 saudaraku di kampung, tapi bagi aku setiap mereka ini ada kelebihan dan kekurangan tersendiri bergantung kepada environment pembesaran dan pendidikan mereka.

Mula2 aku nyatakan dari segi persamaannyalah dulu. Dari segi persamaan yang boleh aku lihatr disini adalah sama2 nakal. Baik yang berada dikampung aku ataupun di Segamat ini, tahap kenakalan mereka lebih kurang je. Pendek kata, sama2 'askar'. Dari segi tahap gurauan pun lebih kurang je, mengejek, memukul dan berlari, semua sama je. Ok, dari segi perbezaan pula macamana?

Bagi aku, anak2 saudaraku yang berada dikampungku lebih pandai dari segi pendidikan mereka, lebih teratur dari segi displin dan cara hidup mereka tetapi kurang dari segi kerjasama. Yes, kerjasama. Aku akui bahawa walaupun anak2 saudara aku itu majoritinya lebih pandai, tapi malas. Mereka lebih pemalas berbanding yang berada di Segamat ini.

Mungkin anak2 saudaraku itu dah biasa hidup senang, ada orang gaji dirumah menjadikan mereka malas. Mungkin mereka yang berkeadaan senang itu tiada masalah untuk menguruskan perkara2 lain seperti jaga adik ke, angkat kain dijemuran ke ataupun lain2 aktiviti lagi kerana ada amah. Tidak seperti di Segamat ini, mereka dalam keadaan sederhana sahaja, tiada amah tetapi tahap survival mereka lebih baik.

Bila dah senang, tak perlu buat aktiviti lain, mereka yang dikampungku itu mungkin boleh fokus pada pelajaran mereka, ada banyak masa untuk study. Berbanding dengan di Segamat, mereka perlu buat kerja2 rumah, jaga adik, masak dan sebagainya. So, mungkin kurang masa untuk berlajar. Walaubagaimanapun, ada juga diantara mereka yang pandai walaupun tidak ramai.

Ok, itu dari segi malas. Begitu juga dari segi pergaulan dan perkongsian barang. Anak2 saudaraku itu lebih materialistik, tidak suka berkongsi barang mainan dengan yang lain. Ini jauh berbeza dengan budak2 Segamat ini. Ok, aku ambil satu contoh mudah, iaitu PSP. Anak2 Segamat tiada masalah untuk share main PSP tu malahan siap buat turn lagi tapi kalau anak2 saudara aku, huh ... jangan haraplah, 'barangku adalah hak milikku'....

Mereka di kampungku agak susah untuk share barang mainan mereka especially jika melibatan permainan game ni. Ada yang boleh share tapi tak ramai la, yang kedekut tu yang ramai. Anak2 Segamat pulak siap boleh buat turn lagi walaupun ada sekali sekala gaduh jugak, tapi bagi aku lagi ok la berbanding dengan kat kampung aku.

Itu jelah yang aku nampak setakat ini perbezaan antara anak2 saudara aku di kampung dengan anak2 keluarga belah kakak ipar aku di Segamat ini. Aku tak berniat untuk memilih dan mengatakan yang mana lebih baik, mana tak baik, cukup sekadar untuk aku renungkan bahawa hidup ini tak sama. Perbezaan yang muncul adalah merupakan suatu intrepestasi yang lahir daripada perbezaan sekitar kita.

Setiap insan ada baik dan buruknya bergantung kepada cara didikan dan keadaan persekitaran mereka. Jika kita melihat pada satu perspektif sahaja, kita takkan nampak bezanya. Tidak bermakna perbezaan itu tidak bagus kerana setiap perbezaan melahirkan suatu keputusan yang ada positif serta negatifnya. Janganlah kita merasa kita adalah yang terbaik sedangkan ada disesuatu bahagian kita lemah sebenarnya. Dalam konteks ini aku lebih melihat kepada bandar dan felda.

Ada baik dan buruknya tinggal di bandar(walaupun taklah maju sangat Kota Bharu tu) dan felda. Begitu juga dengan didikan kita terhadap anak2. Persekitaran juga memainkan peranan penting dalam cara kita mendidik anak.

Oklah, tamat cerita tentang anak2 saudaraku. Aku plan untuk stay kat sini sehinggalah masuk kolej semula. Aku kena masuk kolej semula selewat2nya 7 hb kerana 8 dan 9hb tu aku dah start ada program(ada conference) dah dan 9-15 hb Disember nanti ada Latihan Pembentukan Usahawan 2 pula. So, maybe after this, masa untuk aku update blog pun akan kurang sikitlah. Takpelah... aku akan cuba untuk luangkan masa jugak nanti untuk blog ini.


2 comments:

  1. kg arwah suami akak kat tangharimau segamat, dah lama tak balik

    ReplyDelete
  2. waa gelagat anak saudara jer perhatikan...x pi selidik gelagat pakcik yg sedang perhatikan tu..pakcik nya lg nakal....huhuu...duk citer budak2 ni...paling ummul selluutt laa..anak abg ummul...baik, rajin, pandai, n paling best x nakal..isshh klu belikan buku..hari tu jugak nak habiskn baca...mehh perhatikan anak buah ummul plk yer...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...