Monday, November 2, 2009

BEGINILAH PERASAANNYA...


14 Zulkaedah 1430 Hijriah. Hari ini adalah hari perbentangan kami untuk tahap idea dulu. Kami start perbentangan pukul 9.00 pagi. Ada beberapa perkara yang ingin aku kongsikan sepanjang proses perbentangan kami. Firstly, aku taknak komen sangatlah tentang projek kawan2 yang lain itu, ada yang bagus dan ada yang direject, kena tukar idea lain. So, aku punya projek adalah untuk membuat kerusi roda elektrik yang very low cost hasil gabungan kerusi roda manual dengan kerusi roda elektrik.

Berkonsepkan gabungan kerusi roda manual dengan kerusi roda elektrik yang membolehkan harga jualannya lebih kurang RM 2000.00-RM3000.00 sahaja jika dibandingkan dengan kerusi roda elektrik yang aku gunakan sekarang iaitu RM10,000.00. Aku taknaklah cerita panjang lebar sangat tentang idea aku, just nak story tentang penilaiannya sahaja.

Tamat perbentangan aku, firstly pensyarah memuji aku dengan mengatakan aku dah cover semua bahahgian dalam bidang business seperti fakta OKU, market analysis, competitor analysis, value proposition dan sebagainya. Apa yang mereka cadangkan adalah aku just fokus kepada penggunaan kawalan kerusi roda tersebut sahaja. Mungkin aku boleh tambahkan sesuatu yang interaktif seperti boleh melayari internet ke, boleh ada sms ke atau apa2 ajelah kat kawalan kerusi roda elektrik tu dan jangan fokus kepada fungsi kerusi roda elektrik itu. Ini bermakna, kerusi roda elektrik itu tidak perlu diupgrade tetapi lebih kepada upgrade kawalannya sahaja.

Aku waktu itu argue juga dengan mereka bahawa itu adalah kehendak, bukan keperluan. Jika kehendak, potensi pembeli kurang berbanding keperluan. Kalau keperluan, nak tak nak, orang akan membelinya. Sama dengan analogi ini, saya perlu memilih untuk menjual vitamin c atau panadol. Jika saya ingin memilih kehendak, saya memilih vitamin c kerana baik untuk kesihatan tetapi jika saya memilih keperluan, saya akan menjual panadol. Jika saya menjual vitamin c dengan harga tinggi, mungkin orang takkan beli kerana tak makan pun takpe, boleh jimatkan duit kalau tak beli. Tapi kalau saya menjual panadol dengan harga yang tinggi kepada pesakit, mereka tetap akan beli kerana ianya melibatkan tentang kesihatan mereka.

Aku terpaksa akui bahawa ada benarnya pendapat mereka bahawa aku just perlu fokus kepada penggunaan kawalan tersebut kerana kekangan masa. Tempoh pengajian Master ini hanya tinggal setahun sahaja lagi, sempat ke aku nak cover untuk sebuah kerusi roda elektrik itu dalam masa setahun? Aku tak tahu bidang mekanikal dan elektrik. Boleh ke aku cover dalam setahun ini. Kalau projek ini melibatkan tempoh masa 1 1/2 tahun atau 2 tahun lagi, mungkin aku sempat cover, tapi aku taknak extend pengajian aku.

Kalau aku just fokus kepada penggunaan kawalan itu sahaja, let's say aku letakkan something yang boeh digunakan untuk melayari internet, aku mungkin sempat tapi matlamat aku untuk membantu OKU takkan tercapai. Masalah utama OKU takkan dapat diselesaikan. Even aku yang OKU ini sekalipun, kalau aku ditanya samada ingin membeli produk seperti itu, aku sendiri pun taknak beli kerana ianya tidak banyak membantu aku.

Aku sebagai OKU ini ingin sesuatu yang boleh membantu life aku, sesuatu yang boleh menyelesaikan masalah harian aku. Aku rasa OKU lain pun tentu macam itu juga. Adakah mereka akan spend duit untuk membeli sesuatu yang tidak memberi impak besar dalam life mereka. Kalau OKU itu jenis berpoket tebal, itu cerita lainlah, yang aku fokus adalah OKU yang kurang berkemampuan. Yelah, berapa kerat sangatlah OKU yang berduit ni. Nak ke mereka membeli sesuatu yang mengikut kehendak mereka tetapi tidak diperlukan sangat pun untuk mereka?

Nak tak nak, aku terpaksa akur dengan kekangan masa yang membatasi keinginan aku. Agaknya inilah rasanya jika kita terpaksa akur terhadap sesuatu yang tidak kita sukai. Pensyarah aku beritahu, jika bukan faktor masa, dia pun suka dengan idea aku ini dan dia ada cadangkan, bila aku dah berjaya dapatkan Master nanti, aku boleh continue dengan idea aku itu terhadap industri sebenar, buat masa ini, fokus yang patut dulu.

Untuk dapatkan idea tentang kerusi roda elektrik ini, banyak kajian dan masa yang telah aku korbankan. Banyak OKU yang telah aku temui dan memang projek inilah yang menjadi keperluan mereka dari dulu sehingga sekarang. Mungkin tak perlu canggih sangat asalkan berfungsi seperti apa yang diperlukan, itupun dah memadai bagi mereka. Adakah projek ini untuk Master aku semata2 ataupun dimanakah sumbangan serta matlamat aku untuk membantu OKU? Kalau aku buat untuk kawalan itu, yes, aku dapat Master aku tapi bagaimana pula dengan masalah OKU ini? Aku lebih berminat untuk membantu selesaikan masalah OKU itu sebenarnya.

Benar kata2 pensyarah aku tapi siapa yang menanggungnya? Aku terpaksa habiskan masa selama setahun ini untuk sesuatu yang aku kurang pasti lagi. Sesuatu yang aku kurang minat. Walaubagaimanapun, esok aku bercadang untuk berjumpa kembali dengan pensyarahku itu untuk membincangkan kembali tentang apa yang boleh diikhtiarkan lagi.

Insyaallah, mungkin aku akan dapat idea yang lain untuk mantapkan lagi projek aku ini. Kalaulah aku ada wang dan masa....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...