Monday, November 16, 2009

ISU PENAHANAN DR.ASRI ...


28 Zulkaedah 1430 Hijriah. Baru2 ini kita dihebohkan dengan berita penahanan Dr.Asri, bekas mufti negeri Perlis oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Walaupun ditahan tetapi Dr.Asri tidak didakwa sebaliknya tarikh dakwaan adalah pada 18 hb nanti. Satu negara kecoh dengan kes tersebut dan ramai pemimpin negara mempertikaikan penahanan tersebut serta tidak kurang juga muncul blogger2 yang membela Dr.Asri disamping mengkritik tindakan tersebut atas dasar pentauliahan.

Aku pun sebenarnya taknak komen tentang hal ini tetapi ada kawanku yang meminta pendapat aku tentang kes ini, so aku postlah dalam blog aku ini. Aku cuba untuk menyatakan pendapat aku dan tidak akan cuba bias/berat sebelah dalam komen aku ini, aku tidak berpihak kepada mana2 pihak dan tiada sebarang motif tidak elok pun di hati aku. Apa2 pun, aku membuka pintu kritikan dan komen terhadap aku dengan berlapang dada sekiranya ada.

Aku bersetuju dengan tindakan pihak JAIS yang telah menahan Dr.Asri itu. Kenapa aku bersetuju sedangkan majoriti rakyat negara ini menyelar tindakan tersebut? Apa hujah2 aku? Apa justifikasi aku yang menyebabkan aku berkata sedemikian?

Ok, pihak JAIS menpunyai prosedur untuk setiap proses pentauliahan pengajaran agama. Prosedur ini dilakukan bagi mengawal dan mengekang sebarang ajaran2 yang tidak sepatutnya seperti ajaran Ayah Pin, kerajaan langit dan sebagainya. Prosedur ini mempunyai 22 soalan yang mesti dijawab oleh pihak yang ingin mengambil pentauliahan tersebut. Bagi mana2 pihak yang gagal dalam soalan tersebut, dia dikira gagal dan tidak diiktiraf.

Dr.Asri dan beberapa kawannya tidak dapat memenuhi syarat tersebut kerana ajaran yang dibawa olehnya adalah bersifat salafi wahabi. Apabila disoal dengan soalan2 tersebut, Dr.Asri tidak dapatmengukuhkan sebarang hujah bagi mengelakkan dirinya daripada benar2 bersifat wahabi. Apabila dia tidak mendapat pentauliahan tersebut, dia cuba untuk mengajar dan berdakwah tanpa pentauliahan.

Dalam wahabi sekalipun, boleh dikatakan ada 2 pihak, satu pihak yang keras(core) dan satu pihak yang lembut. Dr.Asri boleh dikategorikan sebagai yang keras dan dalam kumpulan wahabi dan yang keras ini turut mengkafirkan yang lembut. Mereka yang keras ini menganggap bahawa pihak lembut ini sudah tekeluar dari perjuangan wahabi mereka. Yusof Al-Qardawi juga boleh dikatakan wahabi tetapi dalam kategori lembut kerana masih boleh menerima beberapa hukum dan bidaah serta menghormati beberapa perkara dalam golongan Sunnah.

Apabila pada malam dia ditangkap, pihak JAIS menangkapnya dengan cara yang baik tetapi datang dengan ramai orang. Ramai pegawai yang datang pada malam itu adalah sebagai cara 'stand by' kerana ramai murid2 Dr.Asri dalam rumah tersebut dan pihak JAIS bimbang berlaku perkara yang tidak diduga. Aku tidak nafikan bahawa penahanan tersebut mungkin ada sedikit masalah dari teknikalnya tetapi kewajaran penangkapan tersebut tidak patut dipertikaikan.

Mungkin jarang yang mengetahui bahawa mufti Perak, iaitu Dato' Harussani melarang Dr.Asri masuk ke Perak untuk mengajar ilmu agama kerana dibimbangi penularan ajaran wahabi.
Begitu juga dalam kes sumpah laknat yang mana Dr.Asri mencadangkan supaya dilakukan sumpah tersebut tetapi apa komen mufti Perak? "Itu pendapat orang yang terlebih pandai", itulah yang dibalas oleh mufti Perak.

Begitu juga dengan kritikannya tehadap Dato' Haron Din, seorang ulama yang hebat. Dia mengatakan bahawa perubatan Syifa itu tiada dalam ajaran Islam, tidak boleh melalui perantaraan dan mengatakan tiada ayat dalam Al-Quran untuk dibuat ayat penyembuhan. After that, Dato' Haron Din pun membalasnya semula dengan mengeluarkan hadis2 sahih yang cukup lengkap.

Begitu juga dengan kritikannya terhadap Syeikh Nuruddin Al-Banjari, ulama dari Indonesia. Aku tak nafikan bahawa dalam Islam, kita digalakkan tegur menegur dalam menyampaikan ilmu agama supaya dapat mengelakkan kekeliruan dan menyatakan apa yang sebenar berdasarkan sokongan hadis. Dalam hal ini Dr.Asri mengkritik Syeikh tersebut (isu berjabat tangan) dan kemudiannya dibalas kembali oleh Syeikh tersebut dengan penuh berinformasi serta penjelasan yang tepat disokong dengan hadis2 yang sahih. Syeikh tersebut dapat menghafal ribuan hadis termasuk dengan sanak2 serta perawinya, bukan dengan sekadar 1 atau 2 hadis sahaja.

Begitu juga dengan kes2 kontroversi seperti kes perempuan bertudung, kayu kokka dan sebagainya. Dalam kes2 sebegini, apa yang berlaku adalah mengundang kecelaruan sahaja disamping merosakkan pemikiran benar yang sedia ada tentang sesuatu hukum. Buat apalah di nak digoyahkan pemikiran yang sedia betul kepada satu2 isu yang boleh menganggu pemikiran umat islam lain.

Begitu juga dengan penawaran untuk menerajui YADIM, beliau berkata tidak mahu dan tawar hati tetapi sekiranya jalan dakwahnya ditutup, beliau akan menerima tawaran tersebut. Apa yang aku dapat lihat disini adalah beliau mempunyai motif yang tersendiri. Aku tidak berniat untuk menfitnah beliau, tetapi itilah apa yang dapat aku baca daripada pengamatan aku yang dangkal ini.

So, banyak lagilah kes2 yang berlaku yang membabitkan Dr.Asri. Walaubagaimanapun, aku tak nafikan bahawa dia juga seorang yang pandai dalam agama dan sometimes pendapatnya boleh diterima tetapi majoriti yang timbul daripada kuliahnya adalah something kurang elok dan jauh daripada ajaran ahli Sunnah.

Ok, berbalik kepada kes penahanannya. Setelah diperjelaskan oleh exco hal ehwal agama kepada Tuanku Sultan Selangor, baginda tidak berkata apa2 dan baginda bersetuju dengan tindakan tersebut. Baginda tidak pula mengarahkan agar JAIS memohon maaf dan apa2 yang sewaktu dengannya. Lihat pula mufti2 lain, mana ada yang memberi komen yang mengriktik penahanan tersebut. Seandainya penahanan tersebut salah, mestilah ada mufti2 yang bercakap tentangnya kerana Dr.Asri ini juga adalah bekas mufti, dikenali di kalangan mufti.

Ada pihak2 pemimpin dan ulama yang memberi komen tentang penahanannya tetapi pada aku komen tersebut dilontarkan kerana kurang mendapat penjelasan daripada pihak JAIS terlebih dahulu. Ianya adalah lebih bersifat teknikal iaitu dari segi waran dan kes yang perlu dibicarakan, kalau part ini, aku bersetuju mengatakan bahawa JAIS sepatutnya membuat tindakan yang lebih menyeluruh dan professional. Boleh menahan beliau tetapi biarlah sediakan cukup fakta dan bukti terlebih dahulu, sediakan itu semua dahulu, baru ambil tindakan.

So, aku taknak cerita panjang sangatlah, tengoklah perkembangan seterusnya and then maybe aku pun dah taknak komen lagilah tentang ini. Terserahlah kepada pihak mereka untuk menyelesaikan cuma bagi aku selesaikanlah dengan cara yang baik.


1 comment:

  1. bab agama ni jgnlah dibuat main2.. kalo salah kita yg berdosa, janji Allah adalah benar.. tak tau nak pointkan mana yg betul dan salah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...