Thursday, November 19, 2009

PESANAN LAYANG....


1 Zulhijjah 1430 Hijriah. Alhamdulillah.... dah masuk bulan Zulhijjah dah kita ye. Aku sehari dua ini agak free sikit sebab kebanyakkan kerja aku dah selesai, cuma tinggal beberapa kerja simple je lagi macam buat banner dan flyer dan edit flash. So, memandangkan aku ini dalam berkeadaan free, banyak jugalah masa aku didepan Facebook. Kebetulan kat Facebook tu aku ada post something yang mungkin melibatkan isu agama, so ada mengundang rasaingin tahu seorang kawanku.

"Janganlah kita menggantikan perkataan Assalamualaikum dengan Akum/A'kum dalam SMS atau tulisan.Jika Assalamualaikum itu panjang maka gantilah dengan As Salam iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Perkataan Akum adalah gelaran orang2 Yahudi terhadap orang bukan Yahudi yang bermaksud binatang dalam bahasa Ibrani"

So, discussion aku dengan kawanku itu lebih kepada benar atau tidak fakta ini iaitu singkatan perkataan Akum(Avde Kokhavim U Mazzalot) itu. Seperti yang dinyatakan oleh kawanku, kebanyakkan laman web yang menyebut singkatan Akum ini adalah daripada laman web melayu sahaja, tiada dalam laman web english dan sumbernya sama, ini bermakna just ada satu sumber sahaja. Sebab itu muncul keraguan adakah benar "Avde Kokhavim U Mazzalot" itu bermaksud "binatang"?

Dalam wikipedia, ada menjelaskan definisi "Avde Kokhavim U Mazzalot" dan bukan bermaksud "binatang". Ia lebih kepada bidang astronomi dan buruj. So, mana satu nak pakai? Dari sinilah muncul apa yang aku ingin sampaikan dalam post ini iaitu mail/surat/sms berantai yang menggunakan nama Islam. Aku ingin membicarakan tentang beberapa sms/mail yang aku pernah dapat yang menggunakan nama Islam.

Bagi aku tak salah jika kita ingin berdakwah melalui sms, kiriman mail dan sebagainya tetapi setiap fakta yang kita forwardkan itu mestilah benar dan sahih. Dalam kes "Avde Kokhavim U Mazzalot" ini, ada sesetengah kata ianya bermaksud "binatang" tatapi sesetengahnya berkata "bidang astronomi dan buruj". So, kita tidak pasti yang mana satu maksudnya. Bukan apa, jika kita forwardkan juga, dibimbangi akan timbul kecelaruan dan fitnah.

Begitu juganya dengan perkataan "Hello" dan "Bye". Dulu pun aku ada dapat info bahawa "Bye" tu bermaksud "di bawah naungan paderi" dan tidak boleh menyebutnya sebagai tanda perpisahan. Memang benar bahawa kita digalakkan dan disuruh menyebut "Assalamualaikum" tetapi setelah aku siasat, tiada masalah untuk kita mengucapkan "Bye" itu. Kita sedia maklum bahawa itu adalah tanda perpisahan dan sebahagian daripada rencah hidup bermasyarakat.

Begitu juga dengan sms yang pernah aku dapat dulu yang berbunyi lebih kurang seperti ini "..... jika anda tidak forward kepada kenalan anda, nescaya ada musibah yang bakal menimpa......". Ha...macam itulah lebih kurang ayatnya yang mengatakan jika kita membantu forwardkan sms tersebut kepada kawan2 kita, kita dapat ganjaran tapi jika kita tak forward, kita akan ditimpa musibah.

Bunyinya macam berbaur ugutan pulak. Untuk perkara seperti ini(ada ganjaran dan hukuman), aku ada bertanyakan kepada ustaz2 dan jawapan mereka adalah kita tidak perlu menforwardkan perkara tersebut tetapi jika kita ingin menforwardkan juga, tiada masalah asalkan kita berniat bahawa kita hanya ingin berpesan dan saling mengingati terhadap perkara yang baik. Jika kita forwardkan perkara tersebut atas dasar takut menghadapi hukuman yang dinyatakan, ini bermakna kita lebih takut kepada MahaPencipta. Jika kita forward kerana atas dasar berbuat kebaikan dan berpesan-pesanan, kita dapat pahala.

Dalam kes seperti ini, tidak timbul hujah matlamat/niat tidak menghalalkan cara kerana wujud perbezaan pro dan kontra terhadap cara dan sebab perlaksanaan. So terpulanglah bagi kita samada nak forward atau tidak.

Pada pendapat aku, fenomena seperti ini berlaku kerana umat Islam hari ini didapai sudah jarang bertegur sapa antara kita dan jika bertegur sapa pun, bukan dengan cara sepatutnya. Bunyi "Whazzup bro", "Wei, wei wei..." dan sebagainya. Sebab itulah munculnya pesanan berantai seperti ini bagi menggalakkan proses saling mengingati dan berpesanan. Apa yang aku katakan ini hanyalah berdasarkan pengamatan aku sahaja, tiada kajian terperinci yang membuktikan perkara salam ini budaya baru ini

Seandainya aku diberitahu bahawa jangankan salam, solat pun dah buat tak hirau lagi oleh golongan masakini. Ini terbukti oleh kajian Dr. Fadilah Kamsah yang mengatakan 70%-80% umat Islam di Malaysia tidak bersolat. So, kalaulah solat pun dah tak endah, peduli apa dengan salam, ye tak?

Walaubagaimanapun, pesanan yang baik itu boleh dilakukan tetapi biarlah kena dengan caranya. Bukan dengan menabur fitnah, tiada fakta dan mempunyai unsur2 ugutan. Bila dah ada unsur2 yang tidak baik, dibimbangi kita yang melakukan/menyertainya berbuat demikian bukan kerana Allah SWT dan bila bukan kerana Allah SWT, tak dapat apa2lah, malahan silap haribulan dapat dosa lagi. So, berhati2lah bila melakukan sesuatu perkara yang melibatkan penggunaan nama Islam ini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...