Thursday, December 24, 2009

ABANG DIN...


7 Muharram 1431 Hijriah. Dalam kita menempuh hidup ini, kita takkan terlepas daripada perasaan gembira dan sedih. Begitu juga aku dan keluarga kami hari ini. Dalam menerima khabar gembira tentang kejayaan anak2 saudaraku dalam PMR hari ini, seorang dapat 8A, seorang lagi dapat 4A 4B, kami sekeluarga tidak terlepas daripada ujian Allah SWT....

Tadi, dalam pukul 10.30 malam, aku mendapat khabar dari kakakku yang mengatakan bahawa abang iparku meninggal dunia. Dia meninggal kerana serangan jantung. Sebelum ini dia sudah bercadang untuk melakukan pembedahan tetapi tidak dapat dilaksanakan dalam waktu terdekat, terpaksa ditangguhkan buat sementara kerana kosnya yang tinggi dan risikonya yang berbahaya.

Namun siapa tahu, Allah SWT lebih menyayanginya. Dia dijemput menemui-NYA dengan meninggalkan seorang balu dan 4 yatim. Ikhlas aku katakan, hubungan aku dengan dia tidaklah seerat adik-beradik lain kerana dia tinggal dikawasan yang agak pedalaman bersama ibunya menyebabkan dia jarang balik tetapi isterinya (kakakku) sentiasa dihantarnya untuk bertanya khabar ayah.

Abang Din, itu panggilan yang biasa kami memanggilnya. Seorang yang warak dan pandai ilmu agama. Kerjanya ianya penyembelih ayam, penoreh dan malamnya pula mengajar mengaji Al-Quran dipondok. Dia tinggal di kawasan getah di Kuala Krai dalam keadaan yang sederhana sahaja.

Seorang yang baik dan tak ada perangai yang tak elok pada pandangan aku. Aku pun sometimes segan dengannya sebab dia pandai ilmu agama sedangkan aku ini kurang sikit. Dia juga agak pendiam, tak banyak cakap tapi bila nak tanya ilmu agama dan hukum, dialah yang akan dirujuk dahulu.

Dia juga tidak lokek dengan wang ringgit Setiap kali dia jumpa aku, mesti dia bagi duit sedangkan aku tahu bahawa pendapatannya tidaklah tinggi dan perlu lagi menanggung anak2 yang masih kecil.

Aku pun tak pasti samada boleh balik atau tidak untuk menziarahinya buat kali terakhir ini. Kawanku kata semua tiket bas dah habis kerana perayaan Kristmas ini. Kebetulan kreadit aku pula habis. Malam ini aku betul2 teruji. Duit ada banyak mana pun, tapi tidak dapat memenuhi apa yang aku inginkan terutamanya disaat2 seperti ini.

Apa2 pun, aku harap kakakku dan dapat mengharungi liku hidupnya selepas ini.

Abang Shariffudin.... Al-Fatihah....


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...