Monday, December 21, 2009

KISAH ANAK PUNGUT-PART1...


4 Muharram 1431 Hijriah. Ok, post aku kali ini adalah untuk menceritakan tentang salah satu pengalaman yang dapat aku pelajari di LPU2. Ada banyak sebenarnya yang ingin aku kongsikan dan ini adalah salah satu daripadanya.Cerita ini adalah daripada seorang kawan perempuan yang aku kenali semasa LPU2 tersebut dan cerita ini daripada tuannya sendiri. Aku takkan menamakan kawanku ini, cukuplah aku namakannya sebagai A.

Aku tak bermaksud menceritakan kisah A ini untuk menghinanya/mencacinya tetapi atas dasar kasihan mendengar kisah hidupnya. Mungkin ada diantara pembaca yang mempunyai idea/cara untuk menolong A ini, bolehlah memberitahu aku.

3 hari aku berada di LPU2 ini, baru aku kenal A ini. Dia seorang perempuan yang pendiam dan tak banyak cakap. Air mukanya sepanjang aku mengenalinya juga sentiasa murung, jadi timbul dihati aku dan seorang lagi kawanku untuk mengenalinya lebih lanjut. Bila dah mula rapat, barulah aku mengetahui tentang kisah A ini.

Kata A ini, dari kecil sehingga sekarang(19 tahun), dia jarang menikmati kasih sayang ibu bapa. Dia juga ragu-ragu dengan status dirinya. Dari kecil sehingga sekarang, ibunya sentiasa menyebut dia ini anak pungut, anak pungut, anak pungut. Ibunya sentiasa mengungkit2kan bahawa dirinya adalah hanya anak pungut. Dia begitu sedih dan kecewa tetapi surat kelahiran dan ic tertera nama ayahnya. Itulah yang sentiasa menjadi kebingungannya.

Ayahnya seorang ustaz dan ibunya seorang businesswomen dalam bidang jahitan. Sejak kecil, dia jarang mendapat apa yang diinginkannya, apa yang dilakukannya adalah atas arahan ibunya. Dia minat memasak tetapi terpaksa belajar bidang jahitan di kolejnya. Dia mesti berkerja dengan ibunya. Memanglah bagus seorang anak membantu ibunya tetapi apa yang aku tahu adalah dia tak minat menjahit tapi lebih kepada memasak.

Bila dia bertanyakan tentang statusnya, ayahnya sentiasa mengelak dan silap haribulan, menjadi mangsa pukul ibunya. Rupa dan fizikalnya berbeza dengan adik beradiknya yang lain, yang lain-lain agak gelap sedikit tetapi A ini agak putih orangnya. Mukanya juga berbeza dengan wajah ibu bapanya. Bila diarahkan untuk membuat kerja seperti mengemas rumah, masak dan menjaga anak2 kecil(ibunya ada mengambil upah menjaga anak2 saudara), dia sahaja yang diarahkan sedangkan adik-beradik yang lain hanya goyang kaki sahaja.

Dia banyak menceritakan tentang kisah hidupnya seperti dimarahi oleh ibunya sedangkan bukan salahnya dan sentiasa dibanding2kan dirinya dengan adik beradik lain. Dia ini anak kedua daripada 5 adik beradik. Kakaknya ada belajar di IPTA tetapi dia hanyalah pelajar kolej dan tahap akademiknya agak kurang. That's why dia sentiasa dibanding2kan dengan adik-beradiknya yang lain.

Pernah juga dia memberitahu dia dipukul oleh ayah dan ibunya kerana mempersoalkan tentang statusnya. Jika benar dia ini anak pungut, nyatakanlah kebenarannya dan dia juga sentiasa merayu agar dilayani seperti adik-beradik lain, bukan sekadar orang suruhan. Aku tak nak mempersoalkan hak dan amanah ibu bapanya tetapi inilah yang diceritakan olehnya.

Pernah dia terfikir untuk lari sahaja dari rumah lantaran tidak tahan dengan tekanan tetapi membatalkan hasratnya memandangkan dia ini kurang kawan dan dirinya juga seorang perempuan. Kadang-kala, bila dirinya dimarahi oleh ibunya, adik-beradik lain turut menyampuk bagaikan menyimbah minyak terhadap baraan api.

So, after dia menceritakan sedikit sebanyak tentang lifenya, kami ada juga memberikan beberapa nasihat untuk dia manfaatkan. Walaubagaimanapun, kitaorang still menghubungi satu sama lain dalam memberi nasihat serta motivasi untuknya.

On the last night kat LPU2 tu, sambil2 baring untuk tidur, aku terkenangkan kisah sedihnya, tanpa aku sedari air mataku mengalir keluar. Aku cuba bayangkan diriku sekiranya berada ditempatnya. Dilahirkan dalam keadaan cacat, diletakkan ditepi jalan lantaran keluarga malu untuk mengaku anak, dan dijaga oleh keluarga lain yang sentiasa mengungkit2 tentang anak pungut ini serta dijadikan orang suruhan semata-mata. Perasaan sedih dan bersyukur bercampur baur....

Aku bersyukur kerana walaupun aku dilahirkan dalam sebegini rupa, aku masih mempunyai keluarga yang menyayangi aku dan mengambil berat tentang diriku. Aku diberikan pendidikan yang baik sehingga boleh menulis blog ini hari ini. Kalaulah aku menerima nasib seperti A ini, aku pasti, takkan wujud blog ini.

So, itulah pengajaran yang paling berguna sepanjang LPU2 ini. Sesuatu yang takkan dapat dijual beli. Pengalaman A ini cukup menginsafkan dan mematangkan aku agar lebih menghargai hubungan sillaturrahim antara adik-beradik serta kawan2ku yang lain. Untuk A ini, aku mendoakan agar dia sentiasa bersabar dan tidak lemah semangat dalam mengharungi liku hidupnya. Insyaallah...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...