Saturday, May 30, 2009

ULASAN DILEMA MELAYU...


Alhamdulillah... 30 Mei 09 lepas(semalam), aku berkesempatan untuk keluar bersama2 kawan pergi shopping. Asalnya aku berniat untuk membelikan hadiah untuk harijadi kawanku sahaja, tapi selepas masuk ke kedai MPH, aku tertarik dengan buku tulisan Tun Dr.Mahathir yang bertajuk "Dilema Melayu". Sebelum ini aku dah baca buku ini tapi yang ini adalah edisi terbaru darinya. Aku pun membelinya.

Aku masih lagi ingat tentang beberapa fakta yang terkandung dalam "Dilema Melayu" edisi lama yang mananya aku ada beberapa pendapat yang tidak setuju dengannya. Antara pendapat darinya yang tidak boleh aku terima ialah soal keturunan, pendidikan dan kemerdekaan. Subjeknya pulak adalah orang melayu. Bagi aku, ada betul dan ada salahnya pendapatnya tu tapi masa tu lebih kepada yang salah. Takpe, kita lihat dan kupas bersama edisi baru ni.

Aku agak gembira kerana awal kandungan edisi kali ini, Tun mengatakan bahawa dia telah tersilap dalam pemikirannya terhadap beberapa isu melibatkan kepentingan melayu dan Tun akuinya. Suatu sikap yang baik dalam mengakui kelemahan diri sendiri. Beberapa isu yang tidak aku puas hati sebelum ini terjawab dengan pengakuan dari Tun.

Terlebih dahulu, aku bukannya nak berbicara tentang politik pun dalam blog ni, just nak bagi komen dan ulasan je. Dalam edisi terbaru ni, kandungannya lebih kepada menyindir, meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap sesetengah pihak dan beberapa cadangan penyelesaian yang mungkin sukar untuk dilaksanakan. Sindiran itu bukan tidak bermata sebaliknya kepada pihak2 yang pernah bermusuhan dengannya. Tapi Tun pandai menyembunyikan siapa pihak tersebut namun bagi orang yang sentiasa peka dengan isu semasa, tak sukar pun untuk menekanya.

Dalam edisi terbaru ni jugak, ada beberapa improvement yang dilakukan iaitu cadangannya terhadap tuntutan kaum bukan melayu, isu pendidikan dan politik partinya. Namun seperti yang aku katakan tadi, susah untuk merealisasikan cadangannya dan kalau boleh buat pun, mesti ambil masa yang lama dan belum tentu ada pihak yang sanggup melakukannya.

Satu perkara yang agak ketara yang boleh dilihat ialah apabila dia mengutarakan permasalahan dalam negara, berbangkit juga isu yang sensitif seperti isu perkauman yang aku lihat mungkin boleh mengundang marah kepada sesetengah pihak. Bagaimana penceritaan sejarah dan faktor peristiwa 13 Mei, permasalahan DEB dan ketegangan sosial antara kaum turut dinyatakan dalam bahasa yang agak 'panas'.

Namun itu semua berjaya 'disejukkan semula' dengan beberapa teguran dan cadangan penyelesaian walaupun penyelesaian yang dicadangkan itu susah untuk dibuat. Proses 'penyejukan' juga dilakukan dengan menyelitkan beberapa permasalahan yang logik dan jika diperhatikan secara mendalam, wujud suatu penyelesaian secara kuku besi yang mana pada pendapat aku, tidak patut dilaksanakan dan perlu diutarakan cadangan lain.

Dalam edisi baru ini ada beberapa tajuk yang menarik perhatian aku iaitu Dimanakah Silapnya, Pengertian Persamaan Kaum serta Malaysia dan Singapura. Tun telah berjaya mengupas beberapa permasalahan kaum Melayu terutamanya dalam menghadapi suasana kepincangan ekonomi, pendidikan dan kuasa pemerintahan. Hubungan dingin dan sikap Singapura juga berjaya diulas dengan menggambarkan bahawa republik itu sememangnya tidak menginginkan negara kita berjaya dan pada pendapat aku hasil daripada tinjauan dan pembacaan selama ini, (bukan buku ini sahaja) ada benarnya gambaran Tun tersebut.

Mungkin agak keterlaluan bagi aku katakan disini bahawa edisi baru ini lebih tajam dengan sindiran politik, penyelesaian perkauman yang tidak wujud, hubungan harmoni antara kaum, bantuan pendidikan dan aspek keistimewaan melayu. Aku asalnya agak bimbang juga kalau2 isu2 yang berani Tun utarakan ini mendapat perhatian kaum bukan melayu dan melahirkan rasa tidak puas hati mereka. Namun, setelah aku kaji lagi, ada benarnya juga sindiran tersebut. Apa yang bakal berlaku selepas ini mungkin tidak berlaku kerana suasana politik negara sekarang ini. Maka tak perlu risau pun.

Sekilas pandang, ada beberapa bahagian yang seolah2 Tun cuba menyalahkan pemimpin terdahulu dalam mentadbir negara. Timbul pula rasa tak puas hatiku terhadapnya. Namun, setelah diperhatikan betul2, Tun sebenarnya berniat untuk menyedarkan pinpinan hari ini bahawa segala2nya boleh berubah dan Tun menggunakan kiasan sejarah untuk mengaitkannya dengan pimpinan negara hari ini. Suatu pengolahan bahasa dan watak yang cukup baik.

So, kesimpulannya, aku rasa ada pro dan kontranya kandungan edisi baru ini yang mana ianya lebih kepada pihak2 tertentu sahaja. Ada sesetengah pendapat Tun yang boleh diterima tapi ada yang tak boleh diterima. Aku tak pasti tentang pendapat pembaca lain tapi apa yang aku pasti adalah permasalahan yang dialami oleh kaum melayu melalui penceritaan Tun sesetengahnya ada benarnya. Terpulang pada kita bagaiman cara kita mentafsir pemikiran penulis buku ini.


Thursday, May 28, 2009

'PERFECTION IS ILLNESS'....


29 Mei 09. Aku baru sahaja tamat ym dengan salah seorang member baik aku. Agak jarang tengok dia free seminggu dua ni, so time ni dia free, so aku tegur ajela dengan ym. Sebelum ni kalau aku tegur dan kurang @ tak berbalas, maknanya dia sibuklah tu. Then alhamdulillah.... dia tak busy, so bolehlah aku sembang jap.

Dalam sembang2 tu, sempat dia menegur aku. Dia kata aku ni sometimes jenis suka mendesak. Agak terkelu dan terkaku sekejap aku... Then aku pun merasakan mungkin benar apa yang dikatanya, aku terus minta maaf. Alhamdulillah.... Dia baik hati, dia maafkan aku, dia kata ok. So, perbualan kami bertukar topik tapi dah tak panjang sebab time pun dah lewat.

After that, aku terfikir tentang apa yang dikatanya tadi. Aku membesar dalam sebuah keluarga yang susah pada asalnya. Bermula dari 3 adik-beradikku berkerja, keluarga aku semakin stabil. Alhamdulillah, sekarang ni keluarga aku dah ok, dapat hidup dalam keadaan yang baik. Aku dibesarkan dalam suasana yang agak senang dalam ertikata sederhana sahaja....

Mungkin juga kerana faktor anak bongsu dan fizikalku, aku dimanjakan(agaknya le...). Apa yang aku hajati, jarang tak dapat, mesti dapat punya... So, maybe sifat mendesak aku dan sometimes jenis pemarah aku terbentuk dari situ kot. Selama aku dimanjakan, semua yang kita nak, boleh dapat dengan mudah then bila ada orang tegur sikit, mulalah nak menyinga. Yelah, benda2 macam ni biasanya terdidik dan terbiasa dari kecil lagi. Bila dah besar, makin bercambah sifat tu. Namun, ini tak bermakna aku salahkan asuhan keluargaku, ini adalah salah diriku sendiri.

Aku dah berumur tahap remaja dan matang. Aku sepatutnya sudah boleh berfikir sendiri tentang baik buruk sesuatu perkara itu. Aku menerima teguran tu dengan berlapang dada dan aku juga terus mohon maaf jika aku rasakan benar teguran tersebut. Bagi aku, teguran itu baik sebenarnya. Teguran dan kata2 seseorang itu ada baik dan buruknya cuma bergantung pada kita bagaimana untuk mentafsirkannya. Aku lebih suka berfikir secara positif, menerima teguran dengan berlapang dada but sometimes memang aku ni pemarah terutamanya bila teguran itu tak logik dan melampau.

Sometimes, ada orang tak boleh ditegur, mudah melenting. Bila ditegur, terus dimarahi si penegur itu padahal betul teguran tersebut. Kalau macam tu sifat kita, sampai bila2 pun tak boleh ditegur dan sampai bila2 pun tak ada orang yang layak menegur kita. Then, sometimes si penegur pun ada salah silap jugak, bukan maksum pun tapi dalam konteks blog aku ini, soal keburukkan penegur tak perlulah dibincangkan, yang penting ialah teguran terhadap aku.

Bagi aku, firstly, aku mintak maaf banyak2 atas kesilapan dan kesalahan aku baik dari tuturkata mahupun perbuatan. Then, aku juga ucapkan ribuan terima kasih kepada kawan aku dan sesiapa sahaja yang sudi menegur aku. Insyaallah.... Aku akan sentiasa ingat akan teguran itu dan boleh jadikannya panduan dihari muka.

Bila ada orang yang mengatakan sesuatu yang buruk dan tidak benar tentang kita, kita biarkan sahaja sebab kita tahu bahawa perkara itu adalah tidak benar, buat apa ambil peduli. Sampai masa, penatlah orang tu mengata kat kita then pandai2lah dia berhenti. Bukannya sakit berdarah pun, bukannya sampai bernanah pun, bukannya sampai nyawa2 ikan pun. Ya, sakit hati dan marah memang akan keluar,memang akan wujud tapi kena sabarlah, sabar separuh dari iman.

Bila ada orang yang mengatakan sesuatu yang buruk tapi benar tentang kita, terimalah kata2 dan teguran tersebut. Kita tak betul, kita buat silap, kita dah buat salah, mengaku dan terima sajalah. Kita tak maksum,kita bukan nabi pun, so mungkin kita ada tersilap dimana2 yang kita tak perasan, maka jadikan teguran itu untuk lebih mengenali hakikat diri serta membina diri kita supaya menjadi lebih baik lagi. Jadikan teguran itu sebagai suatu motivasi untuk memperbaiki diri kita.

Jadikan teguran itu sebagai suatu motivasi terhadap kita, nescaya kita akan dapat memperbaiki diri kita dan ingatlah bahawa 'Perfection is illness'.


Monday, May 25, 2009

AJAX, XML, dan LINQ...


25 Mei 09. Tinggal seminggu lagi untuk melangkah ke bulan Jun. Kursus yang aku ambil pun dah 2 minggu berlangsung. Alhamdulillah... Perjalanan kursus aku sekarang berjalan lancar, tiada sebarang masalah. Kerusi roda elektrik aku masih dalam proses lagi. So, dlm 2 minggu ni banyak jugaklah yang telah aku pelajari.

AJAX dan XML... Itu yang paling menarik perhatian aku sepanjang kursus ni. Rupa2nya banyak yang aku tak tahu tentang AJAX ni, ditambah pulak dengan XML. Banyak yang aku tak tahu dan semakin gembira aku sebab boleh belajar tentangnya. AJAX dan XML ni banyak kegunaannya dan boleh dimanipulasikan dengan bebas jika ditambah dengan sedikit coding.

AJAX pula boleh diupgrade dengan muat turun 'Toolkit' nya. After install Toolkitnya, kita bolehlah menggunakan fail DLL nya dan just click dan drop saja. Nak advanced lagi, boleh tambah coding skit lagi dalam code behindnya.

Banyak jugaklah yang aku suka tentang AJAX ni. Interfacenya cantik, pelbagai fungsi, mudah digunakan dan video tutorial tentang cara penggunaanya pun ada dalam internet. So, biasanya aku bila dah siapkan satu2 latihan kat makmal, aku terus muat turun video tutorial tu. After habis kursus, boleh tengok dan try lagi.

Antara control AJAX yang paling aku suka ialah macam hover menu, drop shadow, filtered text box, slider dan macam2 lagilah. Semua ni bertujuan untuk mencantikkan lagi interface laman web kita dan mesra pengguna. Cara membuatnya pun tak susah pun.

Pasal XML pulak, yang paling aku suka ialah tentang web servicesnya. Dia boleh membantu kita bina web services dan memasukkan dalam laman web kita. Biasanya web services dibeli atau disewa dari luar tapi dengan adanya pengetahuan tentang web services, kita boleh bina sendiri walaupun agak susah. Tapi yelah, kita bina sendiri lebih puas hati walaupun ambil masa dan tenaga. Yang penting kita boleh bina sesuka hati kita.

Dari segi pangkalan data pulak, walaupun aku dalam bidang Management Info System, ada banyak jugak yang aku tak tahu. Antaranya ialah buat Sortlist, Hashtable, Trigger, Deadlock dan bagaimana cara melakukan setiap satunya. Semua ni aku dah belajar tapi tak implement je kat kuliah. So, kali ni, alhamdulillah.... dapat try. Aku pun ada jugak belajar tentang LINQ dengan lebih mendalam lagi.

Apa yang pasti ialah aku betul2 enjoylah kursus .net ni... Satu lagi yang aku tahu ialah asp.net yang dikatakan just click & drop tu pun boleh buat benda yang rumit2 gak seperti bina inventori, bina profiles, pilih roles, buat kuiz dan sebagainya. Just click dan drop dan sedikit editing dari segi code behindnya. Very easy dan simple.

Aku akan belajar sehingga aku mahir dalam .net ni. Insyaallah....


Thursday, May 21, 2009

TERSURAT DAN TERSIRAT...


21 Mei 09. Hidupku sudah mula teratur. Tiada lagi masalah yang berat yang dihadapi. Alhamdulillah.... Kursusku pun setakat ini berjalan lancar dengan dibantu oleh kawan2ku dan instructor tu. Semalam, aku ada chat ym dengan memberku, dia dah berkeluarga, berkejaya elok, dia ini pun dah lama kawan dan rapat dengan aku, so kitaorang boleh sembang apa2 topik pun tanpa rasa malu atau takut walaupun umur aku dan dia agak banyak beza.

Dia ada berkata, "kenapa tak buat cerita yang best skit, cerita lucah, ni wat cerita pasal kerusi roda rosak, lif rosak, mana ada orang berminat nak baca". Macam tulah lebih kurang ayatnya. So, saya pun katalah, "blog ini ada tujuannya, taknak meletakkan cerita yang tak berkaitan dan tak elok, tak baik" . Dari situ aku terfikir tentang beberapa perkara terutamanya maksud dan motif kawanku itu berkata sedemikian. Kalau nak bagi ramai orang baca blog aku ni, aku boleh letakkan cerita lucah tapi itu bukan niatku. Matlamat tak menghalalkan cara. Ada banyak lagi cara lain.

Aku cuba think positive, fikir secara tersurat dan tersirat dengan mendalam. Akhirnya, aku sedar, kawanku itu bukannya benar2 bermaksudkan supaya aku memasukkan cerita lucah, tapi dia mungkin inginkan aku menghentikan cerita2 sedihku. Dia mungkin nak aku tukar kepada cerita2 yang bermotivasi, bukan sekadar melayan jiwa dan perasaan, melayan sesuatu yang boleh menyebabkan perkara yang tak elok.

Orang taknak dengar cerita sedih lagi meleleh dari seorang OKU, tapi orang mahukan cerita yang bersemangat, bermotivasi yang boleh mendorong seseorang itu supaya lebih bersemangat dan kental jiwanya. Bukannya dengan cerita sedih dan simpati. Tak dinafikan bahawa, hidup OKU memang agak susah berbanding orang biasa tapi jangan jadikan itu semua sebagai alasan untuk menagih simpati terhadap masyarakat.

Aku sebelum ini pun memang tak berniat langsung untuk menjadikan blogku ini sebagai sebuah blog untuk menagih simpati, tapi sekadar mencoretkan kisah dan pengalaman hidupku. Kebetulan pula, sejak akhir2 ini, perjalanan hidupku agak tidak teratur, ada masalah, so aku just luahkan melalui blog ini. Langsung tiada terlintas difikiranku untuk menceritakan kisah sedih apatah lagi menagih simpati.

Bercakap tentang cerita lucah dan perempuan ni, sebelum ini pun, kawanku itu ada nasihatkan aku supaya cepat2 cari makwe, cari teman hidup supaya tak terlewat. Dia bukannya apa, dia nasihatkan aku sebab dia juga ada kawan yang jenis terlalu memilih untuk cari awek, last2 dapat isteri yang tak berapa elok lantaran terlalu memilih dan demand terhadap perempuan cantik.

Entahlah... Bagi aku, jodoh mesti dicari tapi kalau boleh, biarlah ayah dan keluargaku yang carikan untukku. Baik pada pandangan ayahku, baiklah padaku. Biarlah ada ciri2 isteri yang baik dalam diri perempuan bakal isteriku itu. Satu perkara lain lagi ialah, seandainya perempuan itu dan keluarganya boleh menerima aku seadanya, itu dah cukup sempurna bagiku, tapi itu semua mungkin 1 dalam 1000.

Oklah, berbalik kepada chat aku dengan kawanku itu, aku sedar bahawa aku tak boleh masukkan cerita yang sedih. Dia pun tahu bahawa aku bukan jenis yang mudah bersedih, so maybe dia fikir keadaanku yang agak sukar kebelakangan ini, lalu berkata sedemikian untuk menyedarkan aku.

Apa2 hal pun, sekali lagi aku ingin beritahu bahawa Satu hati, satu rasa, satu malamat ini bukan untuk orang membaca cerita sedih apatah lagi untuk aku menagih simpati. Apa yang ada dalam blog ini adalah luahan hati dan coretan pengalaman hidupku. Lantaklah samada cerita tu best atau takpun, yang penting adalah ianya kisahku, tak melalut dan tak buat maksiat. Tak ada benda yang tak elok didalamnya. Walaubagaimanapun, alhamdulillah.... dan terima kasih kepada kawanku itu kerana sudi menegur dan menyedarkan diriku ini. Kalau tanpa teguran tersiratnya itu, aku pun mungkin tak perasan tentang perkara ini. Terima kasih banyak2 kawanku....


Tuesday, May 19, 2009

CARA AKU...


Alhamdulillah.... Lif di fakulti dah ok, dah boleh pakai. Syukur aku panjatkan kepada Allah SWT atas limpah rahmat-NYA dan terima kasih juga kepada mana2 pihak yang prihatin yang membantu dalam proses membaiki lif tu. Lif tu dah boleh digunakan sejak semalam, so ingat hari ni bolehlah pergi ke kursus di fakulti seorang diri, tak perlu dibantu oleh kawan2. Dah banyak hari gak la aku terpaksa menyusahkan kawan2 lantaran aku tak leh pergi sendiri ke fakulti. Alhamdulillah.... aku bernasib baik kerana kawan2ku semuanya cukup memahami dan suka membantu.

Pagi tadi, sebelum bertolak ke fakulti, pihak HEP ada call aku bertanyakan tentang kerusi roda elektrik itu. Mereka nak ambil untuk dibuat maintenance. Diorang ada juga bertanya samada kalau tiada kerusi elektrik ni, macamana aku nak pergi ke fakulti? Aku beritahu bahawa itu tak ada masalah sebab aku ada kawan2 yang sentiasa membantu aku. So, pagi tadi, datanglah pihak kolej dan HEP untuk ambil kerusi roda aku. Sekali lagi aku terpaksa minta bantuan kawanku untuk ke fakulti.

Sewaktu staff tu datang untuk ambil kerusi rodaku, aku perasan bahawa air mukanya tidak seceria biasa seperti setiap kali berjumpa dengan aku. Kali ini riak wajahnya agak muram. Mungkin atas sebab 'kuasa dan pangkat' agaknya, sometimes, kita menerima teguran dari pihak atasan pun kadang-kala dalam bentuk yang kurang digemari serta cuba dielakkan seboleh mungkin. Dia sempat jugalah bertanya tentang masalah yang aku hadapi berkaitan dengan kerusi rodaku tu.

So, pagi itu, kawanku datang ambil untuk ke fakulti. Sewaktu dalam makmal di fakulti, sekali lagi aku ditelefon oleh staff tersebut bertanyakan tentang keadaan kerusi roda tu termasuklah masalah yang aku hadapi. Aku memberitahu apa yang ditanya dengan detail supaya senang pihak HEP membantu nanti.

Seperti biasa, kursus aku tamat pukul 5 petang dan after that aku pulang dengan kawanku. Sampai dibilik, aku segera solat Asar dan baring2 jap. Aku terfikir sejenak tentang apa yang aku lalui semenjak 2 menjak ni. Bermula dari lif yang rosak, aku terpaksa mintak tolong kawan, ketiadaan kerusi roda elektrik yang bagaikan 'kakiku' dan perasaan muram staff pagi tadi.

Aku sedar, walaupun dengan hanya 1 mail, mungkin ramai yang 'dipanggil' dan 'terpanggil' untuk 'bergerak', apatah lagi mail itu terus kepada pihak tertinggi universiti. Aku terfikir, kalaulah tiadanya mail itu, mungkin staff itu akan datang dengan wajah yang ceria tapi jika bukan disebabkan mail itu, adakah dia akan datang bertanyakan khabar?

Aku tak salahkan kawanku yang menghantar mail itu sebaliknya aku amat berterima kasih kepadanya kerana atas sifat prihatinnya, dia berusaha untuk membantu aku. Apatah lagi bantuannya memang kena pada masanya dan kena pula pada keperluan aku.

Namun begitu, apabila teringatkan wajah staff tadi, aku rasa kasihan dan serba salah pula pada orang bawahan itu apabila 'ditegur'. Tapi jika tidak ditegur, aku pula yang terpaksa menanggungnya. Apakah aku dikira seorang yang mementingkan diri? Untuk keselesaan aku, 1 laporandibuat kepada pihak atasan dan pihak atasan pula tegur orang dibawahnya dan orang dibawah itulah yang menerima sesuatu yang mungkin tidak diketahui sebab musababnya. Pihak bawah terpaksa menerima sesuatu yang tidak diketahui, tidak pernah ambil tahu dan tak tahu menahu pun tentang sesuatu perkara itu. Aku tak pastilah apa pendapat orang lain dalam hal ini tapi bagi aku, aku rasa serba salah.... cukup serba salah.

Berasa serba salah dan rasa bersalah seringkali dirasakan. Aku rasa seolah2 aku ini hanya menyusahkan orang dan kawan2ku sahaja. Memang lumrah dan fitrah manusia bahawa kita tak leh hidup bersendirian, apatah lagi aku yang serba kurang. Kita mesti hidup bersama, bermasyarakat, membantu dan dibantu. Apabila kita hidup bermasyarakat, dibantu dan turut menghulurkan bantuan, tidaklah terasa sangat serba salahnya. Namun begitu, aku sentiasa dibantu tapi apa yang aku bantu? Satu tangan ini yang sepatutnya membantu, jarang pula membantu. Apa lagi yang terdaya aku lakukan? Aku pun kalau boleh teringin juga menghulurkan bantuan dan sumbangan.... Apa yang aku terdaya hanyalah menadahkan tangan untuk berdoa dan mensedekahkan bacaan Al-Quran sebagai balasan....

Orang kata, bantuan tak semestinya dari tenaga, masa dan wang tapi doa pun boleh dikira bantuan juga. Malahan mungkin doa itulah yang lebih baik dan diperlukan lagi. Namun, bagi insan yang masih berkudrat lagi walaupun tak seberapa, nikmat membantu dari segi masa, tenaga dan wang kadang-kala lebih diingini. Kita rasa puas apabila kita penat membantu pihak lain. Apa yang kita nak lakukan, tak semestinya kita kita terdaya. Hati kata nak, tapi akal kata tak boleh.... Selalunya orang kata.... akal dan hati mesti bersama.... But sometimes... akal dan hati kita tidak selari, bercanggah juga.... Apa yang pasti, cara aku dengan orang lain adalah berbeza...

Kepada mana2 pihak yang telah membantu aku seperti kawan2 dan staff samada peringkat atas hingga bawah, alhamdulillah dan terima kasih diucapkan. Aku doakan agar Allah SWT murahkan rezeki kepada semuanya....





Sunday, May 17, 2009

KUASA DAN PANGKAT...


16 Mei.... Hari Guru.... Sempat jugaklah aku sms semalam ucapkan Hari Guru kepada cikgu2 aku semasa sekolah rendah dan menengah dulu, tapi tak banyak pun ada no.contact. Kebanyakkanya dah lost contact. Semalam pulak ada kawanku datang melawat aku dan kawan depan bilikku dengan bawak skali nasi untuk kami berdua. Dia tolong belikan nasi untuk kami. Sambil2 sembang, aku dan kawan depan bilikku ada utarakan tentang masalah kerusi rodaku yang kerap kali 'off' dengan sedirinya ditambah dengan aduan sejak semester lepas lagi yang tak berapa berkesan. Kawanku itu bersimpati denganku lalu membuat keputusan untuk mail kepada Naib Canselor(NC) tentang masalahku ini. Dia juga ada mengambil beberapa keping gambarku dan kerusi roda tu untuk dilampirkan dalam mailnya itu.

Semalam, dalam pukul 1.00 pagi, dia ada mesejku memberitahu bahawa NC ada memberi response terhadap mailnya dan mengatakan bahawa tindakan segera akan diambil. Alhamdulillah.... Aku bersyukur atas keprihatinan kawanku yang sanggup membantu dan juga kepada NC yang sanggup membalas mail walaupun sudah pukul 1.00 pagi. Aku harap masalahku ini akan dapat diselesaikan dengan segera.

Pagi ini, aku pergi ke fakulti untuk membantu menyiapkan tugasan projek kawanku yang lain. Sewaktu di fakulti, Dekan datang menemuiku. Dia bertanyakan tentang kerusi rodaku. Aku agak kehairanan pada mulanya, apa yang aku hairankan ialah macamana dekan boleh tahu masalah kerusi rodaku sedangkan aku tak pernah bercerita kepadanya? Ada 3-4 soalan lagi yang ditanyakan kepadaku dan aku menjawabnya dengan biasa dan tenang. Aku juga turut mengambil kesempatan itu untuk memberitahu tentang masalah parking kereta kawanku yang dialami sebelum ini.

After that, dekan memberitahu bahawa tindakan akan diambil bagi menangani masalah ini sebelum dia beredar pergi. Selepas dia pergi, aku terfikir sekali lagi iaitu kenapa dekan bertanyakan soalan sebegitu terhadap aku? Siapa yang beritahu dia tentang masalah aku? Then, barulah aku teringat tentang mail yang di forwardkan kepada NC semalam.

O.... patutlah dekan datang cari aku. Mungkin NC dah minta atau arahkan dia berbuat demikian dan cuba untuk menyelesaikan masalah aku. Yelah, masakan tidak, hari ahad seorang dekan datang ke fakulti dan bertanyakan masalah kepada aku. Sebelum ni takde pun.After aku selesai urusanku di fakulti, aku terus balik ke kolej dan cuba bermunasabah diri terhadap kuasa dan pangkat....

Kuasa dan pangkat.... Penting sekali di zaman ini agaknya. Dengan kuasa dan pangkat, kita boleh buat apa sahaja. Semakin besar kuasa dan semakin tinggi pangkat kita bermakna semakin kurang orang yang boleh mengarah kita. Semakin kurang orang yang boleh mengawal kita. Semakin kita boleh mengawal orang lain.

Kuasa dan pangkat.... Boleh di jadikan ukuran seseorang itu. Semakin besar kuasa dan semakin tinggi pangkat, semakin masyarakat hormatkan kita. Semakin masyarakat takutkan kita. Semakin mereka tidak berani menentang atau mengingkari arahan kita. Semakin banyak wang yang kita miliki. Semakin banyak perkara yang boleh kita miliki.

Kuasa dan pangkat... Merupakan suatu amanah dan tanggungjawab yang besar. Semakin besar kuasa dan semakin tinggi pangkat kita, semakin besar jugalah amanat dan amanah yang perlu kita pikul. Adanya kuasa dan pangkat tidak bermakna kita boleh terlepas daripada tanggungjawab dan tanggungan kita sebaliknya, ianya menjadikan tanggungjawab kita itu semakin besar dan rumit yang perlu kita pikul dengan sebaik2nya,

Kuasa dan pangkat.... Boleh menegakkan agama kita. Semakin besar kuasa dan semakin tinggi pangkat kita, semakin kita boleh menyuruh orang lain menurut perintah agama. Samada orang tersebut ikhlas atau tidak menuruti tuntutan agama, itu soal lain, yang pasti, kita berkemampuan untuk menyuruh mereka mentaati tuntutan agama.

Kuasa dan pangkat.... Kita boleh meningkatkan syiar Islam dengan memberi sedekah dan menderma wang kita yang banyak itu. Kita boleh menggubal undang2 bagi memastikan agama berada di atas segala-galanya. Kita boleh memastikan anak bangsa dan negara kita semakin berpengetahuan.

Apa yang pasti semua kuasa dan pangkat itu ada pro dan kontranya baik di dunia mahupun di akhirat. Maafkanku jika tersilap telaahku ini. Seandainya tersilap, silalah perbetulkan, kita sama2 belajar dan mengajar.

Kita tidak boleh membiarkan kuasa dan pangkat mengarah kita sebaliknya kitalah yang mesti mengarah kuasa dan pangkat. Jika kedua2 ini di gunakan dengan sebaik2nya dan digunakan oleh hati yang suci serta kudus untuk menegakkan agama Islam, Insyaallah.... kita akan berjaya. Apa yang pasti, aku berharap agar pihak yang memiliki kuasa dan pangkat tidak kira bila atau dimana sahaja ianya berkuasa, gunakannlah sebaik2nya. Kuasa dan pangkat boleh mengubah dari sesuatu yang buruk kepada yang baik serta sebaliknya. Aku bermohon pada Allah SWT, seandainya aku diberi amanat kuasa dan pangkat suatu hari nanti, seandainya aku diberi amanat dan amanah yang perlu aku pikul, janganlah hatiku lari daripada-NYA....


Friday, May 15, 2009

SATU HARI YANG MENGHARUKAN...


15 Mei.... Pagi ini seperti semalam juga, kawan2ku datang membantu aku. Diaorang datang ke kolej untuk mengambil aku ke fakulti. Seperti biasa juga, untuk memudahkan aku turun tengahari ni, dia parking keretanya di tingkat 3 di area tu jugak dan aku naik tangga sendiri sampai di tingkat 5. Untuk solat Jumaat, instructor tu ada berbincang dgn kami, pelajar Islam dan dia bersetuju untuk berikan masa dari pukul 12.30 tghari-2.00 petang. Alhamdulillah... rasanya dah cukup masa tu then dia cakap, lewat skit pun takpe, so tak strict sangatlah. So,bila time tengahari tu, aku dan kawanku itu turun ke tingkat 3. Aku dan kawanku terkejut apabila melihat tiba2 tayar kereta kawanku dirantai dan dikunci, ada juga surat saman disamping surat yang bercopkan pemilik tempat parking tersebut.

Biasanya, pengawal keselamatan yang membuat rondaan akan check secara berkala atau jika terdapat sebarang aduan tentang tempat parking kereta. Kemungkinan besar ada laporan dibuat kepada pihak keselamatan kerana di cermin kereta tersebut ada juga dilampirkan surat dari pemilik kereta tepat parking tersebut. Yelah, logiklah kan orang tu marah sebab kawanku dah 'ambil' tempat parking kereta dia, so dia tak tau kereta siapa punya dan buat laporan. Agak risau jugaklah aku dan kawanku melihat keadaan ini. Dia pun segera mencari mana2 kawan yang masih ada untuk dipinjamkan kenderaan untuk bawak aku turun bawah. Agak lama dan banyak jugak kawan2ku yang lain yang dihubunginya. Alhamdulillah.... ada seorang lagi kawanku yang yang masih ada dan sudi pinjamkan keretanya. So, dgn kereta itu, aku dapatlah turun ke bawah.

Masa kat bawah, aku dan dia sempat berbincang untuk pergi ke pejabat keselamatan untuk berbincang tentang hal tayar di rantai ini. Kami berbincang cara samada mohon pihak keselamatan batalkan saman atau kurangkan kompaund saman tersebut. Aku berpendapat better aku ikut sekali sebab kalau kawanku kata dia menolong menghantar aku, at least pengawal tu boleh consider after dia melihat sendiri keadaanku. Kalau tak, maybe pengawal tu kata kawanku itu menipu, yelah takde bukti kan.

Pukul 2.15 petang, aku dan kawanku pun bertolak ke pejabat keselamatan. Sampai di sana, dia pergi masuk ke pejabat tersebut manakala aku tinggal di dalam kereta sebab susah nak cari tempat untuk parling kat area tu, kebetulan pulak penuh dgn kereta lain. Kawanku tak matikan enjin kereta, takut aku kepanasan kot, dia bukak air-cond dan terus masuk ke pejabat tersebut. Agak lama jugak aku tunggu, lebih kurang dalam 15-20 minit jugaklah, then baru dia keluar.

Aku terkejut apabila melihat matanya kemerahan, seperti menangis. Aku mula rasakan seperti something happen, maybe dia kena marah kat pengawal kot, rasa2nyalah.... Then aku try bertanya "Pak guard marah kau ke?" Dia tak menjawab, sebaliknya duduk dan mula nak memandu. Aku diam sahaja. Then dia ada kata "tak pasal2 kena marah..." dengan nada yang sedih. Barulah aku faham.... Mungkin dia kena marah kat pengawal tu.... Sepanjang perjalanan pulang ke fakulti itu, aku dan dia masing2 diam. Dia pula kadang2 mengesatkan airmatanya....

Aku terfikir ini semua pasal aku. Dia nak tolong aku semata-mata, tapi disebabkan aku, kereta dia kena rantai dan dimarahi oleh pengawal. Dia parking kat area tu disebabkan untuk memudahkan aku, sebaliknya di saman dan dimarahi pula. Nak salahkan pemilik kereta yang empunya tempat parking pun tak boleh jugak sebab tu memang hak dia. Memang tempat parking kereta dia, dia nak cari pemilik kereta yang 'ambil' kawasan dia pun, dia tak tau siapa punya kereta, so dia just buataduan ajelah. Nak salahkan pengawal keselamatan tak boleh gak sebab memang tugas dia, itu amanah dia kan.

Aku jadi serba salah.... Kalau bukan aku, tentu ini semua takkan berlaku.... Ini adalah kali kedua seorang kawan perempuan aku yang berniat baik menolong aku menangis di sebabkan aku... Dulu pun pernah berlaku kat kawan perempuanku yang menghantar aku ke kuliah tapi keretanya di rantai, masa tu aku ambil Diploma, so dah agak lama berlalu.... then hari ini berlaku lagi.... Aku amat kasihan dan simpati kat dia.... Entah kenapa, aku memang tak leh tengok perempuan menangis, aku jadi kasihan. Mungkin aku kalah dengan airmata kaum hawa. Sifat aku agaknya.... mudah lembut hati dan kasihan pada kaum hawa yang dalam kesedihan....

Sampai di fakulti dan masuk makmal semula, dia still agak sedih lagi. Aku nak tegur pun serba salah lagi.... After around 15 minutes, baru nampak mood dia ok skit, then barulah aku tegur dia, tu pun tegur pasal topik kuliah tu. Pukul 4 petang, hujan turun dgn agak lebat. Hm..... nampak gayanya, lambat lagilah lif tu akan direpair, tak leh masuk air. After tamat kelas kursus tu, aku dan beberapa member2 lain still lepak lagi menunggu sementara hujan berhenti atau renyai2. Dalam around pukul 5.30 petang, baru kami turun dan kami dapati rantai di tayar kereta sudah di tanggalkan. Alhamdulillah.....

So, kawankupun hantarlah aku ke kolej. Sampai di kolej, aku bukak kipas namun tak bergerak2 pun kipas. Rupa2nya, tiada elektrik.... Penat pun tak hilang lagi, elektrik pulak tak ada.... Aku bertanyakan kawan di bilik depan, elektrik putus sejak hujan tadi. O.... mungkin litar pintas kot.... So, aku tak boleh buat apalah, just wait and see.... Gelap dan kebetulan bernyamuk lak....

Elektrik still tak ada sampailah pukul 9 mlm. Datang seorang kawanku melawat sambil membawa nasi untuk aku dan kawanku di depan bilik ini. Dia cuba membantu dengan menghubungi pegawai teknikal elektrik. Dia juga ada keluar sekejap pergi membeli lilin untuk kami seandainya pegawai tu tiba lewat. Alhamdulillah.... sekurang2nya ada juga pertolongan daripada Allah SWT untuk aku dan kawanku depan bilik ini. Lebih kurang pukul 10.30 malam, barulah pegawai tu tiba dan betulkan apa2 yang patut. Alhamdulillah.... pukul 11 malam, dapat gak menjamah nasi....

After that, aku termenung dan bermunasabah sendirian.... Aku memikirkan tentang hal kereta kawanku yang dirantai tadi. Tiada pihak yang bersalah dalam hal ini dan kalau adapun, orang itu kemungkinan 90% adalah aku. Bila terfikirkan tantang kesalahanku itu, aku serba salah dan agak menyesal. Kalaulah aku tidak menyusahkan kawanku, tentu perkara ini tidak berlaku. Walaupun aku sedar bahawa mungkin aku yang bersalah dalam hal ini, namun apa yang boleh aku lakukan? Apa yang termampu aku buat? Pihak kawan2ku pula agak terhad untuk membantu aku, mereka pun bukannya ada 'power' seperti pihak atasan. Tapi jika difikirkan dari sudut yang lebih positif, aku sedar bahawa ini semua adalah ujian daripada Allah SWT untukku. Mungkin suatu hari nanti, aku akan mengalami nasib yang sama seperti hari ini atau mungkin nasib itu lebih buruk lagi. Mungkin juga ini adalah ujian untuk menguji tahap keimanan dan kesabaranku dalam mengharungi liku hidup ini. Apa yang pasti, hari ni adalah hari yang mengharukan aku dan hari ini juga, banyak pengajaran yang boleh diambil untuk membantu perjalanan hidupku ini.

Thursday, May 14, 2009

ALHAMDULILLAH...


14 Mei 09... Hari ini aku bangun pagi dengan semangat berkobar2 untuk ke kursus ASP.NET. selepas 2 hari tidak dapat pergi lantaran kerosakkan lif yang belum di baiki. Semalam aku ada menerima khabar gembira dari kawan satu kursus dengan aku yang mengatakan mereka sanggup mengambil dan mengantar aku ke kursus. Alhamdulillah.... Aku bersyukur kerana aku mempunyai kawan2 yang mengambil berat tentang diriku. Kawan2 ku ini pula bukannya aku rapat sangat sebelum ini, just biasa2 je. Tapi mereka sanggup call aku dan memberitahu untuk membantu aku ke kursus.

Pukul 8.45 pagi diorang datang, ambil aku dari kolej. Angkat bawak masuk kerusi roda manualku kedalam kereta dan pergi ke tingkat 3. Sampai di tingkat 3, aku turun dari kereta dan naik tangga sendiri dan salah seorang kawanku membantu mengangkat kerusi rodaku naik ke tingkat 5. Sampai waktu makan tengahari, aku turun tangga sendiri dan kawanku menangkat kerusi rodaku itu. Sampai di tingkat 3, aku masuk kedalam kereta dan pergi makan di kedai berhampiran fakulti. After makan, terus solat zohor dan pergi semula ke fakulti.

Walaupun agak penat naik turun tangga , namun melihatkan kawan2 yang sudi membantu dan bersemangat untuk membantu, aku bertambah bersemangat. Malulah aku jika kawan2ku sahaja yang beria2 untuk membantu tetapi tuan empunya badan nak rileks sahaja. Itu bukan sikap aku. Betul kata orang kalau kita nak tengok diri kita, kita boleh tengok diri kawan2 kita... Aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-NYA, aku mendapat kawan yang baik hati dan boleh diharapkan....

Bukan kawan2ku sahaja yang mengambil berat tentang kehadiranku ke kursus ini, rupa2nya ada lagi insan yang mengambil berat terhadapku. Semua kawan2ku itu beragama Islam, saudara seagama denganku namun ada lagi seorang insan yang bukan beragama Islam yang mengambil berat tentangku iaitu instructor kursus ku itu. Dia ada call aku bertanyakan dimana aku berada supaya dia boleh datang mengambil aku. Waktu itu aku baru sahaja sampai menaiki tangga ke tingkat 5. Apabila dia melihat aku, jelas terpapar senyuman gembira di wajahnya.

Masuk ke makmal, instructor itu memberitahuku agar tidak bimbang tentang kursusku kerana dia akan bantu aku dalam membuat proses 'hands-on' makmal itu. Alhamdulillah.... Syukur..... Aku sempat berdoa agar dia dibukakan pintu hatinya dan mendapat hidayah dari Allah SWT untuk memeluk Islam. Insyaallah....

Sepanjang 2 hari aku tidak hadir ke kursus, rupanya dah banyak latihan yang aku tertinggal. Namun begitu, aku tidaklah terlalu risau kerana aku sudah ada asas tentang ASP.NET ini, maka tidaklah aku kelam-kabut sangat, lagipun aku ada kawan2 dan instructor yang sentiasa bersedia untuk membantu. Setiap kali aku mengangkat tangan, instructor terus melayan aku. Begitu juga dengan kawan2ku.

Ketika pulang, sekali lagi mereka membantu aku, mengangkat dan menghantar aku sampai ke kolej. Begitu baik sekali mereka terhadap aku. Aku bertuah sebenarnya kerana selain mereka ini, aku masih ada ramai lagi kawan2 yang baik dengan aku dan ada sesetengahnya benar2 ambil berat tentangku. Makan-minum aku segalanya dijaga. Aku betul2 tidak dapat membalas segala budi baik mereka ini dan kawan2ku itu bukan setakat melayu saja malahan daripada cina dan india pun ada. Buat kawan2ku yang beragama Islam, aku sentiasa berdoa agar mereka dimurahkan rezeki dan berada dalam limpahan rahmat-NYA, manakala untuk bukan beragama Islam, aku mendoakan agar mereka diberi cahaya hidayah dan seterusnya memeluk Islam.

Sesetengah orang walaupun kaya, mereka tiada kawan yang betul2 baik hati dan ikhlas berkawan dengan mereka, berkawan kerana harta dan habuan. Sesetengah orang berpangkat dan berkuasa, jarang ada kawan yang betul2 taat setia, berkawan kerana kroni, hilang sekiranya kita tiada pangkat dan kuasa lagi. Sesetengah orang yang kacak, rupawan dan popular, jarang ada kawan yang betul2 ikhlas memuji dan menyokong mereka, sokongan akan hilang sekiranya mereka tidak lagi cantik dan popular, hilang dimamah masa dan usia

Aku tiada harta, tiada kuasa, tiada rupa dan tiada kesempurnaan fizikal. Namun di sebalik 'ketiadaan anugerah' tersebut yang tidak dipinjamkan oleh Allah SWT kepadaku, aku tetap mendapat beberapa 'anugerah dan rahmat' lain lagi. Satu anugerah yang tidak dipinjamkan kepadaku, 10 gantian anugerah lain yang Allah SWT pinjamkan kepadaku. Malahan aku bersyukur kerana tidak diberikan 'anugerah kesempurnaan', aku tiada anugerah tangan dan kaki, namun aku mempunyai anugerah keluarga yang menyayangi aku, anugerah kawan yang sentiasa membantu aku, anugerah cikgu dan pensyarah yang memahami diriku dan sebagainya. Seburuk-buruk dan sehina2 kita, kita sebagai umat Islam, diberikan anugerah yang tidak ternilai harganya iaitu anugerah akal, iman dan Islam.

Alhamdulillah.... Ya Allah.... Sesungguhnya.... Aku bersyukur keatas segala limpahan rahmat yang telah Engkau berikan ini.


Monday, May 11, 2009

KURSUS ASP.NET....


Alhamdulillah... Hari ini semangatku untuk meneruskan kursusku begitu baik. Dalam hari kuliah semalam, agak banyak yang aku tak tahu dan memerlukan latihan lagi. Insyaallah.... mudah-mudahan cuaca hari ini baik dan mood aku juga tenang. Aku bertolak awal pagi ni, dalam pukul 8.30 pagi dengan harapan sempat aku sembang2 dgn instructor .Net tu. Aku berharap ilmu hari ini lebih banyak dari semalam dan aku juga berharap agar lif di fakulti sudah ok. Mudah-mudahan.....

Sampai sahaja di fakulti, aku agak kecewa. Lif belum pulih lagi, tak bernyala pun. Aku melihat sekeliling, belum ada orang lagi walaupun jam sudah pukul 8.40 pagi. Kemudian turun seorang stafff fakulti. Dia bertanyakan khabar dan cuba menghubungi kawanya yang lain untuk mendapatkan ikhtiar. Turun pula seorang staff senior yang cukup baik, peramah dan yang aku segani. Dia memberitahuku bahawa dia cuba contact pihak yang terbabit dalam baiki lif supaya bertindak segera. Dia juga ada menawarkan untuk membantu aku dengan kereta sampai di tingkat 3, then aku naik sendiri sehingga tingkat 5.

Aku serba salah.... Pengalaman melihat beberapa stff yang kepenatan dan tercunggap2 semalam sewaktu membantu aku turun masih aku ingat. Seandainya lif tidak dapat dibaiki sehingga petang ini, macamana pulak aku nak turun? Masih ada lagikah orang yang sanggup mengangkat beban 100 kg?. Staff itu mencadangkan aku supaya tinggalkan kerusi roda di tingkat bawah dan aku naik sendiri ke tingkat 5 tapi persoalannya, macamana kalau aku nak turun untuk solat, makan tengahari atau ke tandas tanpa kerusi roda tu? Ternyata aku tak dapat buat keputusan dalam memilih bantuan yang boleh dilakukan oleh pihak staff fakulti. Aku akui, mereka juga tiada idea macamana untuk tolong aku dan aku pun tak salahkan mereka dalam situasi begini.

Akhirnya.... aku membuat keputusan untuk menunggu sahaja dan diharapkan agar pihak yang berbabit dalam pengyelenggaraan lif cepat menyelesaikan masalah ini. Kawan2 satu kursus dengan aku sudah aku pesan agar memberitahu instructor tentang hal ini supaya instructor itu tidak tersalah anggap terhadap aku. Yelah, mungkin orang akan ingat aku nak ponteng tapi harap2 instructor itu faham tentang keadaanku. Bukan berniat untuk menagih simpati, cukuplah sekadar memahami situasi hari ini.

Sambil2 menunggu, aku ada menghantar mesej kepada Hal Ehwal Pelajar (HEP) bahagian kebajikan untuk memberitahu tentang keadaan kerusi rodaku semalam. Semalamkan kerusi roda aku 'off' dengan sendirinya, so aku ingat nak mintak pihak HEP buat maintenance. Padahal, masalah kerusi roda ini 'off' dengan sendirinya sudah agak lama iaitu dari semester lepas lagi, berkali2 jugaklah aku sudah contact HEP dulu tu untuk buat maintenance dan diorang cakap nak datang tengok tapi sampai sekarang takde pun. Mesejku tak dibalas. Takpelah... mungkin diorang sibuk agaknya. Think positive.....

Dalam menunggu tu, aku sempat jugak pergi sarapan pagi kat kedai berhampiran fakulti dan sempat jugaklah sembang2 sekejab dgn member2 lain. Jam menunjukkan pukul 11 pagi. Rupa2nya dah 3 jam ye waktu berlalu. Aku fikir, mungkin lewat lagi lif itu dibaiki. So, aku mengambil keputusan untuk balik ke kolej. Aku juga dah berpesan pada kawan agar sms kepadaku jika lif dah ok untuk kursus sesi petang nanti. Bila sampai di kolej, aku just rehat dulu sambil online.

Aku check dalam internet tentang keputusan examku semester ini. Alhamdulillah.... baik keputusanku dan apa yang agak mengejutkan ialah ada satu subjek aku just dapat A- sebelum ni tapi hari ini subjek itu sudah berubah menjadi lebih baik lagi. Alhamdulillah.... syukur kepada Allah SWT dengan limpah kurnia-NYA.

Selepas itu, aku mula terfikir bahawa Allah SWT Maha Adil.... Tidak pernah berlaku zalim terhadap hamba2-NYA.... Setiap dugaan dan ujian yang kita terima, mestilah kita mampu menggalasnya, bergantung kepada keadaan kita dan cara kita menyelesaikan ujian tersebut. Allah SWT tidak akan memberikan sesuatu dugaan dan ujian yang berlebihan kepada kita, yang tidak tertanggung oleh kita. Semalam dan pagi ini aku diuji dengan tidak dapat hadir ke kursus, tapi diberi pula balasan dengan peningkatan keputusan exam. Betullah kata orang bahawa "Kita minta bunga yang mekar cantik tapi diberi tulip berduri, kita minta rama-rama yang cantik tapi dapat ulat yang hodoh.... Namun tiba masanya, tulip berduri itu mekar menjadi sekuntum bunga yang indah dan harum, ulat itu menjadi rama-rama yang cantik dan bebas berterbangan.... Begitulah ketentuan-NYA, indah pada masanya..."

Aku berharap aku dapat meneruskan kursus .Net ini esok dan hari2 mendatang dengan penuh keinsafan dan kejayaan. Insyaallah....


KERUSI RODAKU...


11 Mei.... sekitar jam 3 petang, hujan lebat mencurah-curah. Aku sudah mula risau. Takut2 hujan takkan berhenti selepas pukul 5 petang ini. Aku berada di fakulti, menjalani kursus ASP .NET selama sebulan bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. Dalam hatiku, aku berdoa agar hujan lebat ini berhenti sebelum pukul 5 petang atau setidak-tidaknya biarlah hujan ini renyai2 sahaja. Aku bukan apa, bukan bermaksud bencikan hujan apatah lagi menolak rezeki alam.... namun aku risau takut2 aku tak dapat balik ke kolej.


Alhamdulillah.... hujan berhenti turun sekitar pukul 4.30 petang. Pukul 5 pula, after tamat kursus itu, aku menuju ke lif. Ku sangkakan dengan hujan yang sudah berhenti, sudah tiada masalah. Namun begitu, lif pula rosak lantaran hujan yang lebat menyebabkan air mengalir masuk ke lif dan mungkin merosakkan sesuatu pada lif tersebut. Aku mula gelisah apabila butang lif tidak menyala-nyala, tiada respon.

Kerisauan aku bertambah lantaran ketika itu orang sudah mula berkurangan lagipun aku berada di tingkat 5, tingkat teratas dan agak jarang orang yang naik jika tiada sebarang urusan dalam makmal. Aku mungkin boleh tunggu, tapi sampai bila? Sampai pukul berapa mesti aku tunggu? Aku hendak pulang lagipun aku belum bersolat Asar lagi. Kalau aku hendak turun pun, aku still tak boleh tinggalkan kerusi roda elektrik aku tu....

Namun begitu, kerisauanku berakhir dalam 10 minit kemudian. Seorang staff makmal datang untuk menghulurkan bantuan. Dia juga menghubungi rakan2nya yang lain untuk membantu aku. Salah seorang kawanku turut membantu. Setelah berbincang tentang cara2 untuk membantu aku, mereka sepakat untuk mengangkat kerusi rodaku yang berkeberatan hampir 100kg itu menuruni fakulti setinggi 5 tingkat. Cubalah bayangkan, mengangkat sebuah benda berkeberatan 100 kg dari tingkat 5 menuruni tangga. Walaupun agak tinggi risikonya, itu sahaja pilihan yang ada ketika itu.

Aku juga mesti menuruni sendiri tangga setingi 5 tingkat. Lantai pula basah akibat tempias hujan. Aku pun rasa malas dan penat untuk menuruni tangga itu tapi lantaran terpaksa dan melihat semangat yang lain untuk untuk membantu, aku gagahkan semangat dan kudratku. Aku perlahan-lahan menuruni tangga sebab ketika itu, tangga agak licin dan sedikit berladung dengan air hujan. Aku turun perlahan-lahan dan penuh hati-hati. Seramai 4 orang yang membantu menangkat kerusi rodaku itu. Keletihan jelas terpapar pada air muka setiapnya.

Namun mereka masih sempat bergurau senda.... mungkin mereka tidak ingin melihat aku gelisah dan kasihankan mereka. Mereka menangkatnya dengan perlahan-lahan, yelah berat kan.... setiap tingkat, mereka berhenti seketika, melepaskan penat yang ditanggung demi membantu aku. Aku juga penat. After tiba di tingkat 3, aku mula penat, berpeluh dan seluarku basah namun aku cuba bertahan memandangkan aku sudah hampir tiba.

Akhirnya segala penat lelahku dan staff serta kawanku berbaloi. Aku sudah sampai di bawah yang mana ketika ini, aku sudah boleh memandu sendiri kerusi rodaku itu. Namum, tiba-tiba pula, kerusi rodaku itu tidak dapat di hidupkan. Tidak boleh 'on', tiada nyala apa2 pun. Aku cuba berkali-kali. Aku juga cuba untuk tengok2 wayar atau apa2 yang tak elok untuk diperbetulkan. Tapi aku terima hakikat bahawa aku tak pandai dalam hal itu. Setakat asasnya sahaja tak cukup untuk membaikinya....

Aku sudah mula risau kembali tambahan pula, penatku juga belum hilang lagi. Tambah pula satu dugaan untukku dari Allah SWT. Aku mula berbisik dalam hati kecilku.... "Ya Allah, sesungguhnya aku redha dengan dugaan ini.... namun biarlah dugaan sebegini adalah untukku sahaja..... Janganlah Engkau mengujiku dengan kawan2ku ini.... Aku tidak ingin sekali2 melihat rakanku bersusah payah untuk membantuku..... Cukuplah sekadar mengujiku sendiri....." Namun aku sedar satu hakikat bahawa kesemua ujian dan dugaan ada hikmahnya cuma aku sahaja yang tidak menyedarinya....

Seketika kemudian, tiba2 kerusi rodaku kembali berfungsi. Alhamdulillah.... semua yang ada di situ kelihatan gembira dan tersenyum. "Ya Allah.... Sesungguhnya aku bersyukur terhadap limpah rahmat-MU ini....". Ujianku tidak lama.... aku diberi kenikmatan yang tidak dapat diungkapkan dengan manisnya kata2. Apa yang aku tahu hanyalah bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada yang membantu. Sebelum aku pulang, aku testing dulu kerusi rodaku itu dengan menekan 'ON' dan 'OFF' berulang kali.


Alhamdulillah..... Aku selamat pulang ke kolej dalam pukul 6 petang

Sunday, May 10, 2009

SELAMAT HARI IBU....


1 Disember 2008, harijadi ku.Hari itu aku menerima sms dari anak saudaraku berumur 15 tahun mengatakan "Pak Su Mi, tahu ke nenek masuk hospital?". Aku ada 10 adik beradik dan aku yang termanja. Mak masuk hospital dah 4 hari sebelum itu tapi 9 orang adik-beradikku tiada memberi khabar. Aku tak pasti samada sibuk, atau taknak ganggu pengajianku atau lupa nak beritahu lantaran aku tiada di hati. Sometimes.... budak 15 tahun lagi ingat kat bapak saudaranya..... Takpelah...at least aku dah tau, ada jugak yang beritahu. After that, aku segera menelefon ayahku dan bertanyakan tentang mak. "Mak terjatuh di dapur dan tulang punggungnya didapati patah, akan buat operate pada 6hb nanti, tak perlu risau, operate kecil je", kata ayah.

Aku serba salah, aku nak balik pun aku still ada kursus di fakulti. Ada lecturer beritahu, "tak payah risaulah, insyaallah tak ada apanya...awak balik pun bukan boleh buat apa jugak, just boleh bagi sokongan moral kat mak awak ajelah...." Walaupun lecturer tu kata macam tu, aku still rasa tak sedap hati. Rasa nak balik jugak, entah kenapa hati kecil ini teringin nak balik. Aku bertanyakan kepada kawan2, mana tahu kot2 ada yang nak balik Kota Bharu, boleh balik skali.

5 hb, malam, aku balik ke Kota Bharu dari Skudai menumpang kereta kawan, alhamdulillah..... ada kawan yang kebetulan nak balik jugak dan sudi tumpangkan aku. Kereta jalan agak slow,meredah hujan lebat, musim banjir.

Tanggal 6 Disember, aku sampai around 9 pagi dan bila sampai di rumah, semua ahli keluargaku tiada di rumah, yang tinggal hanya kakakku dan 4 anaknya. Kakak beritahu, semua dah pergi hospital, bawak mak untuk operate. Aku contact abangku yang dah ada kat hospital, dia beritahu "Mak operate pukul 10 pg, kau rehatlah dulu, petang nanti after operate, aku pergi ambik kau untuk pergi ke hospital". After dapat sms tu dari abang, aku pun just rilek, mandi dan kemaskan baju dalam almari bilik.

Pukul 12 tengahari, kakakku menerima mesej "mak dlm kritikal, ada komplikasi jantung". Bila aku tahu, hatiku mula gelisah. Aku cuba contact abang2 ku namun tak dapat. Pukul 12.30, aku menerima panggilan dari abang. "Mie......ma dah takde Mie......." Innalillah....... Saat tu, hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui keadaanku. Aku rasa macam nak berlari-lari ke hospital....nak memandu kereta atau motor ke hospital.... tapi apakan daya....aku hanya mampu menangis di balkoni rumah. Aku contact kakak dan abangku2 utk pergi hospital, namun semuanya tak diangkat.... yang di angkat phone pun tak mampu nak bercakap, masih teresak2 lagi.....

Pukul 2 petang, jenazah mak di bawa balik, aku tengok jenazah mak.... Allahu Akhbar..... alangkah jernihnya wajah jenazah mak.... kakakku peluk aku dari belakang, mungkin untuk tenangkan aku dan dirinya sendiri..... Aku ambil wudhuk dan membaca Surah Yaasin untuk mak..... Jenazah mak di tanam agak lewat sebab menunggu kakak dan kakak iparku balik dari KL.

Tiba saat memandikan jenazah, aku sekeluarga membantu memandikan jenazah mengikut seorang pemandi jenazah. Aku lap2 badan mak..... Saat yang paling menghibakan tiba. Jenazah mak akan diusung ke masjid untuk disembahyangkan dan seterusnya dibawa ke kubur. Sebelum lengkap berkapan, kami sekeluarga mengucup mak....

Selepas sembahyangkan jenazah, abangku beritahu "masa kau mula2 mesej aku untuk pergi ambil kau dan bawak kau ke hospital, masa tu mak belum operate lagi, tengah sembang dengan yang lain2. Aku beritahu kepada mak, "Jimi dah balik, ada kat rumah, nak pergi ambik sekarang ke?". Then mak balas, "takpelah, dia letih tu, sehari dlm kereta, mesti penat. Kau pergi ambil dia petang nilah, lepas operate.""..... Allahu Akhbar........ Mak..... Sudah takdir aku tak dapat mintak maaf buat kali terakhir......

Namun, abangku kata "ayahlah paling terkilan skali. Sebelum mak di bawak ke bilik bedah, mak ada panggil ayah. Mak berbisik dengan ayah "Maafkan kita ye... halalkan semua ye...."kata mak. Ayah pun kata "Yelah. Kita maaf semua. Jangan bimbang, lepas awak sembuh, boleh kita pergi Mekah sekali lagi ye, Insyaallah....." Mak berkata lagi..."Tolong kita..... tolong ajarkan mengucap....boleh ke...." Ayah pun kata, "takde apa eh...bedah sikit je." Namun mak merayu lagi agar dia diajarkan mengucap oleh ayahku. Ayah pun mengajarlah mengucap kepada mak. Then mak dibawa ke bilik bedah dalam keadaan tersenyum dan sudah mengucap. Itulah kata2 terakhir dari mak.....

8 Disember 2008, Aidiladha....... Takbir raya menambah kesedihan aku sekeluarga. First time kami beraya tanpa mak..... Rasa sunyi..... After sembahyang raya, aku dan keluarga terus ke kubur tapi ayah pagi2 lagi dah ke kubur..... Lepas solat, dia pergi lagi.....

Hari ini, 10 Mei, orang kata hari ni Hari Ibu.... Masing-masing telefon mak untuk ucapkan hari ibu. Aku hanya mampu melihat dan mendengar..... Apa yang aku mampu adalah sedekahkan Yassin untuknya.... Semoga rohnya aman tenteram..... Mak banyak berkorban untuk aku. Bukan mak aku sahaja, ibu2 lain di seluruh dunia pun macam tu juga, berkorban untuk anak2 mereka.... namun adakah kita menghargai kasih dan pengorbanan ibu kita? Berapa kalikah kita menelefon ibu kita dalam sebulan? Adakah kita ada mendoakan kesejahteraan ibu kita? Mungkin sekarang kita belum terasa lagi, tapi seandainya suatu hari nanti ibu kita meninggalkan kita, adakah kita berkesempatan untuk mohon ampun?

Ingatlah, bila ibu kita meninggalkan kita buat selama2nya.... barulah kita menangis..... barulah kita teringatkan dia..... Jangan jadi macam aku.... Aku tak sempat nak jumpa dan minta maaf buat kali terakhir dengan ibuku.....

Selamat Hari Ibu ...... Mak .............. Imi doakan agar mak di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

Hajah Aminah Bt Abdul Rahman .......... Al-Fatihah .......



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...