Monday, June 29, 2009

FRONT OF THE CLASS...


28 Jun 09. Semalam aku ada menonton sebuah filem yang bagi aku memang best. Cerita itu adalah sebuah cerita kisah benar. Aku yang masih berada kat rumah saudaraku memang lepaklah kat sini, tu yang banyak layan movie tu. Aktiviti aku bila kat rumahnya adalah makan, tidur, main games dan tengok tv. Langsung aku tak fikir tentang masalah aku. Rileks serileks2 nya.

Ok, cerita yang aku tonton semalam adalah bertajuk Front Of The Class. Cerita ini mengisahkan diskriminasi masyarakat terhadap individu yang mempunyai syndrom Tourette iaitu suatu sindrom yang menggangku urat saraf otak sekaligus akan menyebabkan orang tersebut membuat gaya/bercakap/kelakuan yang agak memalukan. Kata2/ pergerakan yang dilakukan oleh individu ini tidak dapat dikawal dan terjadi dengan sendirinya. Setakat ini, tiada penawar dijumpai, apa yang ada adalah ubat untuk menahan keaktifan otak sahaja.

Cerita ini mengisahkan seorang yang amat bercita-cita untuk menjadi seorang cikgu. Dari zaman kanak2nya, dia sendiasa diejek, dihina, dimarah dan dipulaukan oleh masyarakat. Sebelum ibu bapanya mengetahui bahawa anak mereka bermasalah, kanak2 ini juga sentiasa dimarahi oleh ibubapanya kerana mereka menyangka bahawa kanak2 ini sengaja berkelakuan sedemikian sehinggalah disahkan oleh doktor bahawa ini adalah akibat sindrom.

Namun, kita kata ibu bapa bolehlah memahaminya tetapi tidak dengan masyarakat termasuklah kawan2 dan pihak sekolah sekalipun. Lantaran sikap diskriminasi tersebut sudah banyak kali kanak2 ini berpindah randah sekolah kerana dengan alasan bahawa dia menggangu pelajar lain dalam kelas. Dia menggangu pelajar lain dengan membuat bising dan kelakuan yang agak menjengkelkan.

Pernah ibunya cuba membawa dia ke tempat kumpulan yang juga mengalami sindrom ini tetapi pulang dengan segera kerana tidak mahu anaknya terpengaruh dengan kumpulan tersebut. Kumpulan tersebut dari kecil sehingga besar tidak pernah mendapat pendidikan yang sewajarnya, mereka tidak didaftarkan oleh ibubapa mereka. Maka dari kecil hingga besar, sindrom tersebut semakin teruk seterusnya memerlukan pengajaan khas dari pihak keluarga masing2.

Namun, dalam masyarakat yang bersikap diskriminasi itu, masih wujud segelintir orang yang baik hati dan memahami masalah kanak2 tersebut. Dengan adanya segelintir pihak tersebut, kanak2 ini dapat melanjutkan pengajiannya sehingga universiti. Sekembalinya dia dari universiti, dia bercita2 untuk menjadi seorang cikgu. Namun banyak kali temuduganya ditolak lantaran sindrom tersebut.

Dia tidak berputus asa. Cuba,cuba dan sentiasa mencuba... akhirnya nasibnya baik. Ada sebuah sekolah yang sanggup menerimanya. Malahan sekolah tersebut yang menawarkan kerjaya cikgu tersebut kepadanya lantaran mendengar khabar berita kegigihan mencari kerja sebagai cikgu di lebih 25 buah sekolah.

Di sekolah, dia mengajar kanak2 dan waktu itu, semua kanak2 menyukai dirinya yang baik, cekap dan boleh mengajar dengan baik. Waktu itu, orang sudah tidak memandang lagi sindrom tersebut, apa yang orang pandang adalah kebolehan yang ada. Di akhir cerita tersebut, dia diiktiraf sebagai seorang cikgu yang baik. Disaat dia diminta memberikan ucapan, dia mengatakan bahawa sindrom Tourette itu bukan 'musuh'nya. Dia menganggap bahawa sindrom itu adalah 'kawannya', 'sahabatnya' dan 'pembakar semangat'nya supaya sentiasa berusaha lebih gigih lagi tanpa menghiraukan kata2 masyarakat sekeliling.

Saat aku menonton cerita ini, aku terharu, sedih dan gembira. Aku sedih dan terharu melihat sikap diskriminasi masyarakat terhadapnya namun aku gembira pula melihat kegigihanya untuk bangkit mengejar cita2nya menjadi seorang cikgu. Sikap masyarakat yang menyisihkan orang yang 'pelik' ini sepatutnya dapat memberi kesedaran kepada kita semua dan apa yang penting, ibu bapa mestilah sentiasa menyokong anak2 mereka.

Sesetengah ibu bapa yang mempunyai anak yang kurang normal merasa malu dan mengisihkan anak mereka dari bergaul dengan masyarakat. Sifat malu tersebut kadang-kala mengakibatkan mereka sanggup memukul, mengurung dan mangabaikan anak2 mereka. Sesungguhnya, selepas aku menonton cerita tersebut, aku bersyukur kerana ibu bapa dan ahli keluargaku tidak menyisihkan aku. Begitu juga dengan kawan2ku, cikgu dan para pensyarahku.

Seandainya ibu bapaku dulu mengambil keputusan untuk menghantar aku ke sekolah khas, mungkin blog ini tidak akan wujud. Alhamdulillah....


Sunday, June 28, 2009

TENANGKAN FIKIRAN...


27 Jun 09... Dah agak lama aku tak melawat saudara aku. Aku ada saudara yang agak jauh jugak la dari segi hubungan tu but keluarga mereka baik. Aku ada saudara kat Pasir Gudang ni, keluarga kakak ipar abang aku. Mereka menetap kat Pasir Gudang, menjalankan business sendiri. So, aku berhajat untuk rileks skit sambil2 tenangkan fikiran yang agak kusut ini. Aku pun dah agak lama tak lepak sini, so ada waktu free skit, datanglah.

Sehari sebelum itu aku ada contact pihak kolej untuk bertanyakan kepada mereka tentang status penginapan aku di kolej. Aku tak membuat pendaftaran untuk semester ini kerana dah tamat belajar then tak terfikir pulak untuk stay lagi kat sini (masa itu la). So sekarang ini aku perlukan asrama sementara menunggu panggilan interview program Master usahawan itu, itu pun kalau jadi program tu.

So, bincang punya bincang dengan staff kolej, aku tak boleh stay lama kat kolej. Aku diberi tempoh sehingga 13/7 ni je, itu pun after kawanku menghabiskan PSM nya. So, bila dah tamat tempoh tu, aku cadang nak balik kampung atau cari rumah sewa bersama-sama member lain dan seterusnya cari kerja.

Untuk kerja yang aku lakukan sekarang ini, ianya hanyalah sebulan sahaja, after that aku dah tak boleh kerja lagi. Sekarang ini pun aku dah tak ke fakulti lagi sebab aku dibenarkan buat kerja kat bilik kolej je. Pensyarahku bahi email kepadaku menerangkan tentang kerja yang perlu aku lakukan dan aku akan siapkan seterusnya hantar semula by email. Bagi aku, cara ini paling mudah dan sesuai untuk aku, yelah tak perlulah aku menyusahkan kawanku untuk datang dan ambil aku untuk ke fakulti.

So, sehari dua ini begitulah kerja aku. Pagi-pagi terima email dan buat kerja. After siap kerja tu, hantar semula by email jugak. Alhamdulillah.... Allah SWT bagi kelapangan kepadaku dalam membuat kerja ini, diberi kelonggaran buat kerja di bilik dan diberi kemudahan internet.

Untuk urusan Master ku itu, aku pun dah tak boleh buat apa2 dah sekarang ini. Just doa dan tawakal sahaja agar pihak MARA akan buat juga program tu. Aku hanya perlu menunggu tawaran atau panggilan interview sahaja sekarang ini. Kalau ada rezeki, adalah tu. Untuk Master by research pulak, memang dah tak sempat dah. Pihak pengurusan berkata mereka sudah tak sempat untuk memproses permohonan aku tambahan pula sekarang ini minggu pendaftaran pelajar, jadi agak kalut sikit kerja2 mereka.

Takpelah... aku andaikan bahawa ini semua ada hikmahnya. Kalau difikirkan semula, memang salah aku juga kerana terlalu mengharap pada program keusahawanan itu. Aku tak buat apa2 back up plan pun sebelum ini. Bila dah jadi macam ini, barulah terkial-kial nak buat back up plan. So, apa yang aku boleh buat sekarang adalah menunggu panggilan interview ajelah.

Ok, berbalik kepada keadaanku hari ini. Aku pergi ke rumah saudaraku itu pun just untuk tenangkan fikiran skit sambil boleh main2 dengan anak dia. Dia ada 3 anak dan jarak usia kesemua anaknya agak jauh dari satu sama lain. So, aku biasanya bertemankan anaknya yang kecik itulah.

So malam tadi aku agak rileks, boleh tengok tv, main PS2 dan baca surat khabar lama. Walaupun aku sentiasa mengikuti perkembangan berita dari internet namun kepuasan baca akhbar tetap diutamakan. Sometimes, ada perkara yang tak terdapat dalam laman web tetapi ada dalam surat khabar. Duduk lepak kat sini pun boleh jugak la makan best2 skit. Yelah kat kolej susah skit nak cari buah-buahan atau makanan yang ikut selera melantak aku tapi bila dah kat sini.... huh, susah nak control selera makan ni, makan, makan dan makan lagi. Kalau kat kolej makan nasi sekali sehari je, kalau cuti baru 2 kali sehari. Kalau kat rumah ni, makan nasi 3 kali dan siap ada minum pagi dan minum petang lagi.

Alhamdulillah... Sekurang-kurangnya aku masih ada tempat untuk rileks selain dari kampung. Keluarga mereka ini pula semuanya baik2 belaka. Aku doakan agar keluarga saudaraku ini sentiasa dimurahkan rezeki dan sentiasa mendapat keberkatan dari Allah SWT. Insyaallah...


Thursday, June 25, 2009

BLOG BARU AKU...


24 Jun 09 ... Alhamdulillah.... Akhirnya aku sempat juga publishkan sebuah blog baruyang khas aku dedikasikan untuk sesiapa yang berminat untuk mempelajari teknik pengeditan gambar menggunakan perisian Adobe Photoshop. Alhamdulillah.... dalam sibuk2 aku dan dalam pelbagai masalah dapat juga blog baru ini dizahirkan.

Pantas Photoshop... itulah nama blog baru aku ini. Setakat ini baru ada 2 tutorial yang berjaya aku post. Insyaallah... pada masa mendatang, akan aku cuba postkan lebih banyak lagi dan dengan teknik yang lebih tinggi lagi. Buat masa sekarang ini aku cuba sesuatu yang sederhana terlebih dahulu.

Aku agak sibuk minggu ini. Dengan kerja dibawah pensyarahku dari pagi hingga petang. Aku cuma ada masa untuk online pada waktu malam sahaja. Kebelakangan ini pula, aku sibuk untuk uruskan blog baru aku ini. So, sebab tu dah 3-4 hari tak sempat nak update blog ni. Walaubagaimanapun, insyaallah... aku akan cuba pandai2 bahagikan masa untuk blog ini dengan blog baruku.

Sehari dua ini aku rasa runsing, dilema, gembira dan agak kecewa. Bercampur-campur perasaan aku. Aku runsing seandainya aku tak dapat menyambungkan pengajianku untuk peringkat Master by research. Tambahan pula aku sedar bahawa tarikh untuk aku sudah tamat sudah berakhir. Tidak mungkin aku dapat meneruskan pengajianku untuk intake Julai ini. Aku ada call pihak pengurusan dan jawapan yang diberikan adalah seperti dugaanku. Apa yang menjadi harapanku sekarang hanyalah program usahawan itu.

Aku juga dalam dilema sekarang ini kerana pihak BIP ada mengatakan juga bahawa kemungkinan program keusahawanan itu akan dibuat pada Julai sedangkan aku perlu mengetahui keputusannya secepat mungkin supaya senang untuk aku menguruskan soal pemilihan Master, penginapan dan penajaan. Aku perlu memilih antara dua iaitu untuk by research atau usahawan.

Aku agak kecewa kerana aku ada juga mendengar berita bahawa kemungkinan besar program usahawan itu akan diadakan pada intake Julai ditangguhkan kepada Disember. Seandainya program itu benar2 ditangguhkan, aku mungkin terpaksa 'berehat' seketika dan encari kerja sementara. Memanglah buat masa ini, aku sedang berkerja under seorang pensyarahku tapi dia hanya boleh support sampai sebulan sahaja, selepas itu sudah tak boleh lagi.

Untuk gembira pula, aku agak bersemangat untuk terus membuat kerja2 pensyarahku. Aku dikehendaki edit(dulu) dan buat(sekarang) buku yang berkaitan dengan ASP.NET. Ada sesetengah bendanya aku tidak tahu pun akan fungsinya dan sekarang baru aku menyedari akan kegunaan sesuatu kawalan dalam ASP.NET tersebut. Maknanya, ada benda baru yang boleh aku explore dan belajar.

Itu dari segi proses kehidupan aku dalam usaha untuk menyabung pengajianku. Dari segi urusan pergi dan pulang, aku tak ada masalah sangat. Aku sememangnya dikelilingi oleh kawan2 yang baik hati yang sentiasa bersedia untuk menolong aku. Untuk permulaan, aku ada seorang kawan yang tinggal dirumah sewa yang sudi datang ambil aku waktu pagi dan sudi ambil aku dilewat petang. After that, diganti pula oleh seorang kawan perempuan yang kebetulan buat research under pensyarahku.

So, bagi aku, tak ada masalah sangatlah untuk hal yang berkaitan dengan pengangkutan aku ulang-alik ke fakulti. Aku ada juga call HEP tentang kerusi roda elektrik aku itu, then pihak HEP kata kemungkinan 2 minggu lagi. Ini bemakna tinggal seminggu lagilah untuk aku dapat kembali kerusi roda elektrik itu kerana aku call itu pada minggu lepas. Minggu lepas tambah dengan minggu ini sudah 2 minggu. Insyaallah...

Ok, berbalik kepada cerita blog baru aku itu. Buat masa ini baru sedikit tutorial yang aku post kan. Aku akan cuba dapatkan lagi kaedah yang lebih sesuai dan seringkas mungkin dalam menyampaikan tutorial tersebut kepada pembaca blog aku. So, aku berharap agar blog yangmengajar tentang Adobe Photoshop ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penggemar ubahsuai gambar. Sebarang komen amat dialu-alukan dalam blog tersebut.

Ini adalah alamat url blog aku ini : http://pantasphotoshop.blogspot.com/


Sunday, June 21, 2009

SELAMAT HARI BAPA...


21 Jun 09, Hari bapa... Hari ini, aku rasa kebanyakkan kita ada menyambut hari bapa. Aku ada juga membaca akhbar sehari dua ini yang bertopikkan sambutan hari bapa. Ada satu artikel dalam akhbar perdana yang memaparkan kasih sayang ayah dan anak perempuannya yang bepelukan yang mana anak gadisnya itu tidak menutup aurat.

Aku tertanya2 dalam hati kecilku... adakah ini yang dipanggil kejayaan seorang bapa? Adakah ini yang patut dilakukan oleh bapa? Adakah ini didikan yang sepatutnya diberikan oleh bapa kepada anak2nya?...

Kita seringkali membaca dalam akhbar bahawa seorang bapa bangga melihat anak mereka berjaya dalam bidang lakonan, nyanyian dan sometimes bapa tersebut menangis terharu kegembiraan melihat anak mereka glamour walaupun anak gadis mereka tidak menutup aurat serta bebas pergaulannya antara lelaki perempuan. Jarang kita dengar bahawa seorang bapa menangis kesedihan kekecewaan melihat anak gadis mereka menjadi ikon maksiat di tv.

Takpelah, itu ayah mereka2 yang mungkin belum mendapat hidayah sepenuhnya. Kalau aku nak berkata2 atau komen yang lebih2 pun aku belum jadi seorang bapa. Mungkin suatu hari nanti, aku juga sukar untuk menjadi seorang bapa yang baik dan bertanggungjawab terhadap amanah yang diberi.

Suka aku berceloteh dalam blog kali ini ialah serba sedikit tentang kisah ayahku. Mempunyai 10 orang anak, 4 putera dan 6 puteri. Seorang yang tegas dan sometimes berjenis agak panas baran serta dominan. Hitam katanya, hitamlah. Putih katanya, putihlah semua. Amat dominan.

Dalam kaedah dia mendidik aku sekeluarga adalah tegas. Pantang lewat solat, adalah libasan tali pinggang di betis. Pantang tak pulangkan baki duit membeli, adalah ditarik rambut. Pantang tak hafal sifir, adalah dirotan di tapak tangan. Pendek kata, waktu tu amat garang serta tegas dan sometimes, dengan anak2 jiran yang sama2 tak bersolat pun dilibasnya. Tapi yelah dunia dulu berbeza dengan sekarang. Dulu kalau bapak pukul anak jiran sebab tak solat takpe, jiran mengucapkan terima kasih kepada bapak tetapi sekarang ini jangankan nak libas, tegur sikit pun tak boleh.... Inilah perangai kebanyakkan bapa sekarang....

Ayahku mendidik aku tanpa sebarang diskriminasi. Buat baik dapat pujian, buat kurang baik dapat makian. Sama saja dengan adik-beradikku yang lain. Sometimes, sifat pemarahnya masih kekal sehingga sekarang tapi sekarang, bila anak2 dah makin besar, makin cerdik, kuranglah sikit sifat tersebut.

Pernah sekali untuk mendidik aku supaya berdikari, aku disuruh balik ke kampung sendirian dari KL ke Kota Bharu. Abang aku diminta membeli tiket bas dan menghantar aku ke stesen, after that, pandai2lah aku untuk sampai ke rumah. Aku duduk dalam bas keseorangan, time berhenti, aku mintak tolong driver bungkuskan makanan, makan dalam bas. Bila sampai kat Kota Bharu, aku kena tahan teksi sendirian disamping kena pikul beg. Alhamdulillah... itu pengalaman pertama aku balik seorang diri.... Banyak pengalaman dan faedah yang aku perolehi...

Kata orang, marah orang tua panjang. Sometimes betul juga kata2 tersebut tapi bagi aku, bukan nianya untuk marah berpanjangan tetapi hanya sekadar untuk memberi kita ingatan agar tidak melakukan kesilapan yang sama. Marahnya mungkin sedikit sahaja tetapi untuk mendidik kita, ayah buat2 marah berpanjangan supaya anak2 mereka insaf dan sedar akan kesilapan mereka.

Kini ayahku dan semakin uzur, sudah semakin tak larat. Tambahan pula dia ada penyakit darah tinggi dan jantung. Tahun lepas sudah buat operation pintasan jantung. Dia sekarang ini keseorangan. Tiada siapa dirumah, yang ada hanyalah kakak yang menjaga makan minumnya. Adik-beradikku yang lain pun ada melawatnya jika ada kelapangan atau dihujung minggu.

Bagi aku, walaupun ayahku seorang yang tegas dan garang, namun sifatnya itulah yang telah mendidik kami sekeluarga sehingga mencapai tahap seperti hari ini. Lahirnya seorang doktor, jurutera, pensyarah, cikgu dan usahawan... ini semua berkat didikan tegasnya. Pernah terfikir aku, sekiranya aku dimanjakan atas dasar OKU, aku pasti, aku tidak akan dapat belajar di universiti pun, apatah lagi menulis blog ini.

Agak berbeza dengan sifat didikan arwah ibuku, ibuku lebih memanjakan aku. Semasa aku ditawarkan belajar Diploma di KL, ibuku taknak lepaskan aku, katanya, dia hanya nak aku belajar sekitar Kelantan sahaja. Dia risau takut2 aku tak dapat berdikari, tambahan pula aku tak pernah pergi jauh dari keluarga. Namun, ketegasan ayah dan abang menjadikan aku dapat juga pergi belajar di KL.

Bila aku fikirkan lagi, susah untuk kita menjadi seorang bapa yang baik dan amanah dalam ertikata membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi seorang yang berjaya dunia akhirat. Kebanyakkan bapa hari ini hanya berjaya mendidik dari segi duniawi sahaja. Adakah aku suatu hari nanti mampu juga menjadi seorang bapa seperti ayahku? Adakah aku mampu melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan? Adakah aku mampu membentuk anak2ku menjadi anak yang soleh lagi solehah? Aku rasa, perkara ini patut ada dalam hati seorang bapa...

Sebagai anak juga, adakah aku sudah jalankan tanggungjawab aku terhadap bapa? Adakah aku selalu ambil berat dan prihatin serta bertanya khabar terhadapnya? Adakah aku mampu menjadi anak soleh yang akan sentiasa membacakan surah Yaasin untuknya?.....

Mohamed @ Mahmood bin Abdullah.... Selamat hari bapa....


Friday, June 19, 2009

KERJA SEMENTARA...


19 Jun 09... Dua hari kebelakangan ini, aku agak sibuk. Aku sekarang ini hanya boleh ym waktu malam sahaja. Aku sekarang ini dikira berkerja dengan seorang pensyarahku di fakulti. Entahlah samada dikira RA atau RO, aku tak berapa pasti, kerja yang aku buat ini bercampur2. Takpelah, sementara menunggu keputusan pengajianku peringkat Master, tak salah aku menimba ilmu dengannya, mungkin aku juga dapat belajar sesuatu nanti.

Aku asalnya mintak pensyarahku forwardkan resumeku kepada teamnya untuk menyertai projek research, then dia memanggilku untuk berjumpa. Dia offer untuk berkerja sementara sambil2 menunggu keputusan Master. Aku pun setuju. So, dah dua harilah aku berkerja dengannya.

So, hari pertama aku, aku dikehendaki menyemak dan edit serba sedikit buku yang bakal diterbitkan olehnya iaitu buku tentang ASP.NET yang baru. Aku dikehendaki menyemak dari bab 4-10. Aku perhatikan bahawa, sesetengah kandungannya amat berguna dan ada sebahagiannya memberi ilmu baru terhadapku. Ada daripadanya aku tak tahu pun tentang cara penggunaan sesuatu control tetapi ada diterangkan dalam buku tersebut. Aku berharap agar buku ini berjaya diterbitkan, tambahan pula ianya adalah dalam bahasa Malaysia.

Insyaallah, dia kata ini adalah buku siri pertama, nanti ada pula buku siri kedua. Untuk buku siri kedua, dia meminta untuk aku sumbangkan sesuatu ilmu yang aku tahu untuk dimanfaatkan bersama dalam buku siri kedua tersebut. Ada sesetengah yang aku tahu yang tidak terkandung dalam buku siri pertama, maka aku akan masukkan dalam siri kedua.

After that, aku diminta oleh seorang pensyarah untuk mengajarkannya tentang ASP.NET. Ah... sudah... Apa yang aku tahu sangat tentang ASP.NET? Sikit2 tu bolehlah tapi untuk mengajar orang dan membantu orang itu memahami apa yang diajar adalah sesuatu yang aku jarang alaminya apatah lagi untuk mengajar seorang pensyarah. Bagi aku, belajar dan mengajar adalah sesuatu yang amat berbeza. Belajar menghendaki kita memahaminya tetapi mengajar adalah sesuatu yang menghendaki kita memahami serta mencuba untuk membuatkan orang lain memahaminya bersama.

So, itu yang hari pertama pengalaman kerjaku bersama pensyarahku. Hari kedua pula, aku dikehendaki menyambung tugasan edit buku tersebut. So, asasnya, dua hari ini, kerjaku lebih kepada menyemak dan mengedit buku. Bagi aku, ianya adalah suatu pengalaman yang baik kerana disamping aku dapat menyemak buku, aku dapat mempelajari sesuatu yang baru dari buku tersebut tentang ASP.NET.

Semalam juga, aku ada menghubungi HEP untuk bertanyakan khabar tentang status kerusi roda elektrik aku itu. Aku diberitahu bahawa kerusi roda itu terdapat kerosakan major pada sistem motornya dan memerlukan sebahagian alatan diganti. Spare part itu pula terpaksa diimport. Jangkaan pihak supplier ialah 2 minggu lagi. Itu hanyalah jangkaan sahaja, mungkin boleh jadi lebih awal dari 2 minggu atau lebih lewat dari 2 minggu.

Hm.... takpelah, as long as aku tahu bahawa pihak supplier sudah memulakan proses pembaikian dan apa yang boleh aku lakuan sekarang hanyalah berdoa agar ianya cepat disiapkan serta boleh aku gunakannya tanpa sebarang masalah lagi selepas ini. Tak ada gunanya jika aku terlalu mendesak/ push mereka kerana sekiranya sesuatu kerja itu dilakukan dalam keadaan tergesa2, kemungkinan besar hasilnya tidak akan memuaskan hati aku. Jadi, biar lambat sedikit pun takpe asalkan hasilnya selepas itu adalah memuaskan.

Aku juga semalam, sempat menghubungi pihak pengurusan pengajian Master. Pihak mereka walaupun tiada menyediakan 'backup plan', alhamdulillah... mereka masih lagi sudi untuk membantu tapi apa2 pun, tiada jaminan diberi. Bagi aku, itu sudah cukup. Kita hanya boleh berusaha dan segala keputusannya adalah bergantung kepada Yang Maha Esa. So, aku amat berharap dan berdoa agar aku dapat menyambung pengajianku ini.

Semalam juga, aku sempat bersembang sekejap dengan kawanku. Dia ada bertanyakan tentang beberapa perkara seperti status pengajianku dan tentang AJAX. Dia mencadangkan aku buat tutorial tentang AJAX dalam blog yang baru. Sekarang ini aku sedang berusaha untuk menghasilkan blog tutorial tentang Adobe Photoshop, so mungkin aku tak berapa sempat lagi untuk AJAX. Walaubagaimanapun, insyaallah.... akan aku usahakan.

Tentang blog tutorial Photoshop itu pula, aku sekarang dalam proses untuk menghasilkan beberapa tutorial terlebih dahulu sebelum dipostkan dan disebarkan kepada kawan2 semua. Insyaallah... aku akan cuba secepat mungkin agar kita semua yang ingin belajar Photoshop sama2 dapat manfaatkan ilmu tersebut.

Aku juga 2-3 hari lepas ada berbincang tentang seorang pensyarahku tentang untuk membuat beberapa projek dan sistem sebagai kerja sambilan. Ada beberapa topik dan sistem yang menarik minat aku untuk membangunkannya. Gaji pula adalah berdasarkan projek. Aku tak berapa kisah sangat tentang gajinya, yang penting aku dapat pengalaman. So, kalau aku dapat projek itu, aku bercadang untuk menjadikannya sebagai kerja sambilan di waktu hujung minggu kerana pada hari2 biasa, aku mesti berkerja untuk pensyarahku. Insyaallah... aku akan adakan perbincangan lanjut dengan pesyarah tersebut pada minggu depan.

So, itu sahaja yang mampu aku coretkan untuk 2 hari ini. Aku minta maaf jika aku tak dapat ym dengan kawan2 kerana aku agak sibuk kebelakangan ini. Aku hanya boleh ym waktu mlm dan hari minggu sahaja.







Wednesday, June 17, 2009

KEPUTUSAN DITANGAN KITA...


17 Jun 09... Hari ini merupakan hari terakhir kursus ASP.NET ku. Hari ini agak berbeza dengan hari2 biasa kerana hari ini bukan buat tutorial lab atau belajar tapi lebih kepada pembangunan soft-skill. Hari ini sesi ini dikendalikan oleh orang lain, dan modulnya pun memang berlainan, khas untuk membantu pelajar membangunkan soft-skill dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi.

Hari ini, sepanjang kursus aku itu ada banyak yang boleh dipelajari dan diambil iktibar. Instructor itu seorang perempuan melayu, berbaju nipis jarang, tak bertudung dan rambut berwarna. Hm... aku malas nak komen tentang penampilannya, itu bergantung pada suaminya dan apa yang dia lakukan adalah antara dia,suaminya dan Allah SWT sahaja, aku hanya setakat tegur dan marah dalam hati ajelah. Lagipun aku datang bukan nak tengok dia, so aku takde masa nak komen tentang dosa pahala dia. Apa yang aku ingin kongsikan disini ialah pengalaman menarik yang aku perolehi sepanjang sesi soft-skill ini.

Ada dua perkara yang menarik ingin aku kongsikan. Yang pertama adalah kisah seorang tua dan yang kedua adalah pengajaran daripada sikap menangguh. Ok, untuk cerita yang pertama iaitu kisah seorang tua. Ceritanya berbunyi lebih kurang begini...

Di sebuah pekan, terdapat seorang tua yang bijaksana, setiap orang ramai yang berjumpa untuk mendapatkan nasihat serta buah fikiran, mesti ideanya itu berjaya dilaksanakan. Pendek kata memang seorang tua yang bijak dan banyak pengalamanlah. Dijadikan cerita, pekan itu ada 2 orang pemuda nakal yabng sentiasa ingin mengalahkan pakcik tua itu namun cubaan mereka sentiasa gagal, tak pernah pun menang walau sekali.

Suatu hari, salah seorang pemuda itu dapat idea. Dia mengenggam seekor burung dan berhajat untuk bertanyakan kepada pakcik tua itu. Soalannya ialah, adakah anak burung yang berada dalam genggamannya masih hidup atau mati. Sekiranya pakcik itu jawab masih hidup, dia akan mengenggam lebih kuat lagi untuk membunuh anak burung tersebut. Sekiranya jawapan pakcik itu adalah sudah mati, dia akan lepaskan genggamannya dan sudah tentu anak burung itu akan terbang. Jadi, itulah muslihat mereka untuk memperdayakan pakcik itu. After that, mereka pun pergilah berjumpa dengan pakcik itu.

Seperti biasa, pakcik itu sentiasa mengalu-alukan kedatangan sesiapa sahaja. Maka bertanyalah pemuda tersebut dengan soalannya itu. After mendengar soalan dari pemuda itu, pakcik tua itu diam seketika, mungkin untuk memikirkan jawapan soalan tersebut. Dalam beberapa minit kemudian, barulah pakcik tua itu memberikan jawapan.

Pakcik tua itu berkata "seadainya saya menjawab bahawa anak burung itu masih hidup, sudah tentu awak akan meramasnya serta membunuhnya. Seandainya saya menjawab bahawa anak burung itu sudah mati, akan akan lepaskan genggamn awak serta merta". Tergaman pemuda itu mendengar jawapan dan hujah pancik tua tersebut. Pakcik itu menambah lagi,"maka, jawapannya adalah ditangan anda"

Yes! Itulah kata kunci dalam cerita ini."Desicion is in your hand". After aku mendengar kisah tersebut, aku sedar bahawa setiap keputusan adalah terletak ditanganku sendiri. Aku yang mencorakkan hidupku dan orang lain adalah sekadar membantu apa yang terdaya sahaja. Sometimes orang lain boleh bantu but sometimes tak dapat bantu pun. Apa2 pun, aku masih kena membuat keputusanku sendiri seterusnya berdikari, dah tak boleh asyik nak mengarapkan bantuan sahaja.

So, after dengar cerita tersebut, aku harap aku dapat jadikannya sebagai panduan hidupku untuk masa depan nantiBukan orang lain yang menentukan hidup kita tetapi kita sendiri yang akan menentukan halatuju kita...


Tuesday, June 16, 2009

ADA SUKA, ADA DUKA...


15 dan 16 Jun 09... Dua hari yang bagi aku agak banyak untuk dicoretkan. Ada suka dan ada duka. Aku hari ini sengaja gabungkan dua tarikh tersebut untuk dapat aku gabungkan sekali dalam satu post. Biasalah, aku agak sibuk sehari dua ini ditambah dengan masalah Master lagi, so aku kurang berkesempatan sangat untuk update blog ini. Aku ambil keputusan untuk gabungkan sekali dalam satu post.

Ok,dua hari punya cerita, ada gembira dan ada yang kurang gembira. Of cours aku mulakan berita gembira dulu kan... Standardlah, manusia, mesti nak dengar yang gembira dulu, baru yang sedih. Cerita yang sedih2 ni last2 pun takpe atau tak payah ada langsung pun takpe.Ok, berita gembira yang aku ingin kongsikan ialah aku lulus exam kursus ASP.NET ku dengan gemilangnya. Alhamdulillah.... Tak sia2 study bagai nak rak semalam. So, exam yang ini adalah untuk dapatkan sijil Professional punyalah. Alhamdulillah....

So,itu adalah satu berita gembira. Berita gembira tak banyak pun sebenarnya, lebih kepada yang agak sedih. Semalam aku ada call seorang pensyarahku untuk bertanyakan tentang status Masterku dan dia mintak aku contact BIP, pihak pengurusan progaram tu. Aku pun call dan aku bercakap dengan managernya. Aku dimaklumkan bahawa 99% adalah ditangguhkan sampai ke suatu tarikh yang akan diberitahu semula nanti. Ramai pihak yang mendesak agar diadakan juga tapi masih belum dapat membuat kata putus lagi.

Dia juga mengatakan bahawa pihaknya cuba sedaya upaya untuk membuat program itu tapi belum dapat dipastikan samada boleh dilaksanakan atau tidak. Sekiranya boleh dilaksanakan, pihak mereka akan buat satu interview tapi kemungkinan agak lewat sedikit. Itupun kalau dapat dibuat, kalau tak dapat dibuat, mungkin akan ditangguhkan ke bulan Disember, itu pun tak confirm jugak.

So, aku ada bertanya tentang backup plan yang mungkin ada tetapi aku diberitahu bahawa program ini mungkin juga akan diadakan pada pengambilan Disember, ini bermakna tiada backup plan. Hm... aku terfikir, kenapalah pihak mereka tidak boleh buat backup plan sekiranya sesuatu program itu dibatalkan. Mungkin pihak pengurusan boleh memberi pilihan kepada pemohon untuk buat Master by course lain atau by research, at least, taklah terkapai2 sangat pelajar yang dah memohon itu.

Perbualan kami setakat itu sahajalah. Aku diminta agar sabar menunggu keputusan status program tersebut. Kalau ianya akan dibuat, pihak mereka akan maklumkan kepada aku untuk sesi temuduga. Kalau takde apa2 berita tu, faham2 ajelah.. After that, aku memberitahu kepada kawanku tentang keputusan pihak pengurusan program Master ini kepada kawanku. Aku just sms je kat dia tapi tak ada maklum balas, mungkin sibuk agaknya.

Aku juga terus contact pensyarahku yang dah janji untuk buat appointment tu dan kami bersetuju untuk berbincang malam ini. So, after that, aku just relak2 sambil2 try cari mana2 program yang ditawarkan. Tak kisahlah samada under ipta yang aku belajar sekarang ini atau bukan. Yang penting , mintak aje dulu, dapat atau tak dapat itu soal lain, usaha dulu.

Seperti yang dijanjikan, aku dan kawanku dijemput oleh pensyarahku untuk keluar berbincang tentang masalah yang dihadapi sekarang. Kami berbincang agak lama dan agak banyak topik yang kami sentuh antaranya tentang backup plan, peluang kerja dan peluang untuk menyambung lagi Master tu. Tidak ketinggalan ialah dia ada menawarkan peluang kerja terhadap kami dan ada juga dia meminta aku meneruskan perancangan yang telah dilakukan sebelum ini iaitu buat proposal serta hantar ke banyak tempat untuk mendapatkan dana.

Pensyarah kami itu juga ada memberitahu beberapa perkara seperti sebab2 program Master itu ditangguhkan, apa pilihan yang aku ada buat masa sekarang ini dan matlamat jangka panjang aku. Untuk sebab2 penangguhan program Master ini ialah pihak penaja terbabit kekurangan wang, maka terpaksa di tangguhkn sementara waktu. Kemungkinan program itu dapat dijalankan it masih wujud tetapi aku dinasihatkan agar jangan berharap sangat.

Dia juga ada memberi beberapa pilihan yang boleh aku fikirkan buat sementara ini. Antara pilihan menarik yang ditawarkan iala peluang untuk berkerja dimana syarikat2, berkerja secara sambilan dan berkerja berdasarkan bidang @ projek. Kesemua ini bagi aku agak menarik dan boleh dipertimbangkan tapi bagi aku, aku lebih suka untuk membuat full time Master by research.

Dia juga ada memberitahuku bahawa aku masih boleh dan berpeluang untuk sambung by research kerana permohonan by research boleh dibuat sepanjang masa, just perlu isi borang dan hantar proposal sahaja but proposal itu kalau boleh mesti yang kita minat dan kita mampu mencari penyelia.

So, after pebincangan antara kami yang berlangsung agak lama, aku dapatlah beberapa idea untuk meneruskan perjuangan hidupku. Tidak semua yang dibincangkan itu boleh aku laksanakan, ada yang senang dan ada yang susah untuk dibuat, apa yang pasti kebanyakkannya adalah susah. Cuma apa yang aku ampak disini bahawa, masih belum terlambat untuk aku bertindak dan semua ini memerlukan komitmen yang tinggi daripada diriku sendiri. Orang lain hanya boleh membantu apa yang sekadar mampu sahaja, pokoknya adalah diri aku sendiri.

Mungkin beginilah rupanya cabaran hidup ye, penuh dengan halangan dan ujian... tapi tanpa halangan serta ujian itu, tak mungkin dapat kita mematangkan diri sendiri. Ada suka dan ada duka, setiap satunya mestilah dihadapi dengan keadaan yang terbaik.



Monday, June 15, 2009

SEMAKIN SURAM...

14 Jun 09... Keadaanku sejak kebelakangan ini semakin kelam. Nak update blog ini pun sometimes rasa tak bersemangat. Aku dalam beberapa hari ini tak sempat untuk update blog ini kerana sibuk dan agak tertekan dengan soal Master. Aku sedar dan akui bahawa peluang untuk aku menyambung pengajianku pada peringkat Master semakin tipis, semakin suram dan gelap. Entahlah... sometimes timbul pula rasa putus asa dihati....

Aku dicadangkan oleh kawanku agar contact pihak yang menguruskan program Master ini, cuba bertanya tentang backup plan yang mungkin ada disediakan untuk pelajar yang kehilangan tempat pengajian oleh pihak pengurusan universiti. Yelah, logiknya macam itulah, bila sesebuah program pengajianitu dibatalkan, sepatutnya mesti ada rancangan lain untuk mengatasi sesuatu yang mungkin diluar jangkaan. Kalau tak ada back up plan, macamana pula dengan pelajar yang sudah memohon itu? Takkan mereka sanggu dibiarkan terkapai2 macam itu sahaja? Sekiranya pihak pengurusan ada alternatif yang, sudah tentu para pelajar boleh membuat keputusan samada ingin teruskan atau tidak.

Aku ada buat appointment dengan salah seorang pensyarahku esok untuk membincangkan tentang masalah Master ini. Ada beberapa soala yang ingin aku utarakan terhadapnya. Antaranya ialah backup plan, meneruskan kertas kerja sebelum ini dan minta bantuan dari mana2 pensyarah yang ada projek dan memerlukan pelajar. Aku pun sebenarnya mungkin tak dapat pergi jumpa pensyarahku ini esok sebab aku ada exam tapi akan aku usahakan juga, Kalau tak dapat jugak, aku akan minta tolong kawanku untuk wakilkan , dia pun mengalami masalah yang sama juga seperti aku.

Untuk persoalan pertama aku iaitu backup plan, aku dah storykan. So, untuk meneruskan kertas kerja pulak, timbul beberapa persoalan dan masalah yang telah aku kenalpasti. Seandainya aku tidak dapat tinggal di kolej (bukan status pelajar) susah untuk aku pergi sana sini, pergi jumpa pensyarah untuk bincangkan pembetulanproposal dan sebagainya. Pendek kata, aku mesti stay kat kolej tapi macamana aku nak stay kat kolej sedangkan aku bukan lagi pelajar? Kawanku ada berkata, untk mendapatkan penajaan projek adalah amat susah dan ambil masa untuk menghasilkan sebuah proposal yang baik dan berkualiti.

Sementelah sekarang ini aku susah nak bergerak, kerusi roda elektrik aku dalam proses maintenance lagi. Bebaru ini aku ada contact HEP dan mereka kata mereka dah hantar kepada supplier, so just wait and see ajelah sampai siap kerusi itu dibaiki. So pergerakkan aku sekarang ini agak terbatas, nak pergi ulang-alik jumpa pensyarah pun agak susah, nak kena mintak tolong kawan .

Untuk pilihan yang ketiga pula, setakat ini aku masih menunggu maklum balas dari pensyarahku. Sebelum ini, dia kata projeknya dah ada cuma student saja yang tak ada. So sebab itu dia mintak aku forwardkan kepadanya resume aku by email. So far, tak ada lagilah feedback dari pihaknya kerana projek itu bukan atas nama dia seorang sahaja tetapi ada teamnya dan dia akan forwardkan resume aku kepada teamnya untuk dipertimbangkan.

Kebetulan pula aku sehari dua ini agak sibuk dengan exam kursusku. Esok adalah exam yang last yang aku duduki. Sekiranya aku lulus, aku akan dapat sijil professional untuk ASP.NET. Tapi aku rasa macam susah je soalannya.... Tak taulah dapat jawab atau tak exam itu esok. Malam ini ingat nak study sikit tentang ASP.NET tu, so taklah terkapai2 sangat nak jawab. Samada lulus atau tak, at least aku dah usaha, selebihnya adalah doa dan tawakal.

Begitu juga dengan keadaan aku sekarang ini..... Sometimes ada mood, sometimes hilang mood.Semakin hari semakin tertekan. Untuk masalah kolej pulak, aku just sewa kolej untill tamat kursus ini sahaja, after that kena pergi renew tempoh sewaan bilik kolej kat pejabat kolej. Nak pergi renew tu tak ada masalah tapi kos yang perlu ditampung itulah yang masalahnya. Semakin lama aku menyewa bilik di kolej, semakin tinggi bayaran kolej yang mesti dibayar.

Kalau aku pulang ke kampung pun dengan keadaan sekarang ini yang agak tidak menentu, susah pula aku nak datang kesini jika ada apa2 urusan yang berkaitan dengan Master. Nak packing barang dan ulang-alik lagi dah satu hal, tiketnya pula satu hal pulak. Semuanya mesti diberi perhatian, yelah berkait dengan duit kan...

Apa yang boleh aku lakukan sekarang ini adalah contact pihak pengurusan dan bertanyakan tentang Master itu, mintak penjelasan dan penerangan yang sewajarnya. Aku juga mesti contact pensyarahku tentang meneruskan projek lamaku itu atau sekurang-kurangnya mintak kawan untuk wakilkan aku.

Apa yang berlaku kepada diriku sekarang ini adalah ujian daripada-NYA.... Aku tak boleh mengeluh apa lagi memaki hamun dan berputus asa. Kita mesti yakin dan bersyukur dengan apa yang ada sekarang ini. After kita berusaha, yang eslebihnya adalah doa dan bertawakal sahajalah. Aku harap agar diri aku boleh menerima apa jua keputusan nanti. Insyaallah...


Thursday, June 11, 2009

KEEP IT SIMPLE...


11 Jun 09, khamis. Pagi tadi aku ada sesi eam yang kedua dalam kursus ASP.NET ini. So, dari semalam lagi aku study sikit. Yelah, takkanlah nak fail lagi kan. Sebelum ini dah fail, aku dah taknak fail kali kedua berturut2, maka studylah sikit semalam,ulangkaji apa2 yang patut.

Proses exam macam sebelum ini jugak iaitu semua barang yang tak berkaitan tidak dibenarkan bawa masuk, mesti berdisplinlah maknanya. So, aku pun menjawab exam tersebut . Alhamdulillah... aku lulus walaupun dengan kadar lulus tipis. Tak sia2 aku study semalam. Alhamdulillah....

After exam, aku dan kawanku pergi makan kat luar. Sebenarnya hari ini, geng2 kursus aku ada buat plan untuk meraikan instructor kursus itu. Kami berhajat untuk meraikan dia memandangkan esok adalah hari terakhir kami bersama. Rancangan kami itu dibuat 2-3 hari sebelum ini antara pelajar melayu dan cina. Dari mana datangnya terlebih dahulu idea untuk meraikan instructor itu, aku tak berapa pasti.

So, sebelum masuk makmal untuk exam tu, kami dah siap2 collect duit dan 2-3 orang pelajar cina ditugaskan untuk setting tempat dan makanan. Seorang kawanku melayu ditugaskan sebagai bendahari dan juga bertanggungjawab untuk bahagian cenderamata. So, after tamat exam, kami semua terus berkumpul ditempat yang dijanjikan. Aku tiba sedikit lewat dan masa aku tiba, kebanyakkanya sudah hadir serta instructor itu juga sudah ada.

Acara pun bermula. Dengan kata2 ucapan dari pengerusi majlis merangkap bendahari, kami semua mengucapkan ribuan terima kasih kepada instructor atas keprihatinannya dalam mengajar kami sepanjang kursus berlangsung. Instructor kami agak malu2 sebenarnya, kadang2 tahan tangannya untuk menutup muka dari jurukamera(3 jurukamera dari kalangan kami jugak). So, after ucapan tu, berlangsunglah upacara potong kek dan pemberian cenderamata sebagai kenang-kenangan.

After that, acara makan2 pun bermula. Dari sinilah beberapa aksi melucukan dan spontan yang dibuat oleh kawan2 untuk berhibur. Ada yang buat lawak, buat kecoh, ambil gambar dengan bergaya dan sebagainya. Pendek kata, majlis ringkas ini memang happening dan seperti awal2nya, instructor kami malu2 untuk bergambar bersama.

Dari segi makananya pula, kami ada tempah kek dan beberapa hidangan ringan yang lain, yang sesuai dengan budget kami(Rm 5/seorang). Ada sesetengah dari kami yang cari makanan tambahan untuk mereka. Bukannya makanan tak cukup tapi, yelah selera masing2 kan. So, tak kisahlah tentang makanan tambahan masing2 tu, yang penting, instructor kami dapat makan dan dia happy.

After makan2, kami still lagi bersembang, bergurau dan bergambar. Biasalah, aktiviti makan2 kan, mana ada aktiviti lain dah, lagipun tak cukup masa sangat nak planning. Antara yang paling menonjol dalam aktiviti berkelakar dan bergambar ini ialah budak cina ni seorang, geng2 kami panggil dia 'monkey'. Hm... sesuai dengan gelagatnya kot, sebab tu member2 diorang yang mula dulu terhadap nama panggilan tu. Apa pun, dia memang kelakar dan happening.

So, selepas tamat semua, kitaorang pun balik. Dalam kereta, aku sempat berfikir tentang meraikan cikgu/guru/pensyarah/instructor. Setahu aku(kalau silap, harap ada yang boleh tegur), tak salah kita meraikan pendidik kita walaupun dia bukan Islam. Aku pun bukannya ada doakan apa2, just satu doa ajelah iaitu agar Allah SWT memberi hidayah kepada instructor aku ini dan seterusnya masuk Islam.

Kita tak boleh mendoakan apa2 kepada orang bukan Islam seperti panjangkan umur, murah rezeki dan sebagainya. Kita hanya boleh doakan agar dia diberikan petunjuk dan hidayah daripada Allah SWT dan dibukakan hati untuk menerima Islam. After seseorang itu baru memeluk Islam, barulah kita boleh mendoakan kesejahteraan, murah rezeki dan sebagainya. Sebelum memeluk Islam, tak boleh. After memeluk Islam, barulah ianya dibolehkan. Samada instructor aku itu Islam atau tidak, dia tetap pendidik yang telah mengajar kami. Tetap seorang yang telah berbakti kepada aku dan kawan2 yang lain.

Untuk perwatakkannya, aku boleh katakan bahawa dia ni seorang yang ceria, pemalu dan tidak kedekut ilmu. Satu perkara yang aku suka pada dia ialah dia ada trademarknya tersendiri. Dia suka berkata "Keep it simple". Dia jenis yang tidak gemar menyulitkan sesuatu perkara dengan masalah yang remeh. So, aku rasa setakat itu sahajalah cerita yang boleh aku nukilkan tentang dia.

Reece Sim Chee Siang... Aku doakan agar Allah SWT membuka pintu hatinya untuk menerima Islam... Insyaallah...






DIMANAKAH KITA...


10 Jun 09... Hari ini aku berhajat untuk komen serba sedikit tentang kedudukan kita sebagai umat Islam di dunia, merujuk pula pada kes Palestin dan terbaru di selatan Thailand. Akhbar melaporkan berlaku pembunuhan di selatan Thailand yang telah meragut 11 nyawa, ditembak didalam masjid ketika sedang bersolat. Mula2nya, marilah kita sama2 mensedekahkan Al-Fatihah untuk 11 yang syahid tersebut....

Al-Fatihah....

Ok, perkara pertama yang aku ingin katakan bahawa tindakan membunuh umat Islam yang dilakukan oleh 'penjahat' itu adalah perbuatan yang terkutuk sekali setakat ini(untuk tahun ini) di negara jiran kita itu diikuti oleh kematian 108 orang yang tertindih dalam kenderaan tentera 2 tahun lepas. Pada masa itu negara tersebut berada dibawah kendalian Thaksin dan hari ini dibawah Abishit.

Kedua2nya adalah bukan Islam yang bagi aku hanya pandai bercakap sahaja tetapi hipokrit dan tidak mengendahkan penderitaan umat Islam di selatan negara mereka. Aku tidak bermaksud untuk mengatakan bahawa bukan Islam adalah hipokrit sedangkan orang Islam sendiri pun hipokrit, ada di merata2 tempat. Ada juga dakwaan yang mengatakan bahawa kejadian ini adalah dari pihak tentera negara mereka sendiri. Aku taknak komen tentang hal ini kerana siasatan baru dijalankan tetapi ura2 ini bertiup kencang dikalangan penduduk tempatan.

Aku harap agar pihak terbabit dapat mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menyelesaikan pergolakan itu. Walaubagaimanapun, sejarah telah mengajar kita tentang perkara2 yang berlaku di selatan Thailand sebelum ini yang mana ianya akan sunyi sepi begitu sahaja dimakan usia. Tiada tindakan susulan yang dilaksanakan kerana yang mati itu adalah orang Islam, bukan buddha, bukan kristian dan sebagainya. Maka, aku jangkakan perkara yang sama akan berlaku walaupun aku masih berharap agar perkara ini ada keputusannya.

Itu yang berlaku di selatan Thailand, jiran kita yang berada dibawah negara bukan Islam. Hanya ada satu jiran negara Islam sahaja iaitu Malaysia. Bagaimana pula dengan Palestin yang mana ianya negara , dikelilingi oleh jiran2 yang Islam juga? Kedua2 negara ini ada persamaan iaitu umat Islam sesuka hati sahaja ditindas dan dibunuh serta negara jiran mereka tidak mahu dan tidak mampu membantu.

Kes Palestin sudah berlarutan lebih 20 tahun, ditambah dengan Afghanistan, Iraq, Sudan dan sebagainya. Selama itu jugalah umat Islam dinegara tersebut diperlakukan lebih dari binatang. Dikelilingi oleh negara jiran seagama juga tidak membantu negara2 tersebut bebas dari cengkaman musuh. Apa yang boleh dilakukan adalah memberi sumbangan bantuan kemanusiaan dan kemasyarakatan sedangkan masalah utama tidak kunjung selesai.

Aku tidak gemar menyebut negara Israel kerana mereka tidak bernegara dan tidak berhak menubuhkan negara sebaliknya mesti pupus di bumi ini sesuai dengan kata2 Ahmadinejab, Presiden Iran. Israel menyerang negara Palestin sudah lama. Sudah menjadi kebiasaan bermusim bila setiap kali mereka menyerang kuat rakyat Palestin, kita dan negara2 jiran lain membantah, mengutuk dan seterusnya memboikot musuh tersebut.

Bagi aku, tindakan boikot adalah satu tindakan yang sesuai bagi dilaksanakan oleh golongan seperti kita semua. Kita tidak mampu membunuh dan menjatuhkan musuh dengan senjata tetapi kita menjatuhkan mereka dengan ekonomi. Walaubagaimanapun, ianya hanyalah tindakan bermusim. Sampai suatu masa, redalah ia dan kita juga termasuk aku tidak menafikan bahawa bukan semua produk musuh kita senang2 sahaja diboikot. Ada sesetengahnya pula sudah menjadi kelaziman dan keperluan harian hidup kita. Takpelah, kita boikot apa yang termampu.

Itu sahaja tindakan yang kita mampu lakukan sekiranya berlaku serangan besar2an di Palestin, sebuah negara Islam yang jauh dari tempat kita. Adakah kita tidak mampu melakukan perkara yang sama dengan negara jiran kita yang membiarkan sahaja saudara seagama kita dibunuh? Adakah kita tidak mampu untuk memboikot ekonomi Thailand? Kenapakah kita hanya memboikot negara yang menyokong Israel yang membunuh rakyat Palestin sedangkan kita tidak berbuat apa2 terhadap Thailand yang sama juga membunuh umat Islam? Adakah nyawa umat Islam di Palestin lebih mahal berbanding nyawa umat Islam di Thailand?

Kalau kita mampu boikot Israel dan negara sekutunya yang membunuh umat Islam, kenapa kita tidak boikot negara Thailand yang juga membiarkan umat Islam dibnuh sewenang-wenangnya? Adakah kita kira jumlah kematian di Thailand sedikit sahaja berbanding di Palestin menyebabkan kita tidak memboikot Thailand?

Aku bukan mengatakan bahawa setiap kali ada pembunuhan umat Islam di mana2 negara, kita mesti boikot negara tersebut tetapi hal ini jelas bahawa umat Islam di Thailand juga ditindas dan kita juga mesti memberi perhatian yang sewajarnya. Kejadian 11 orang yang mati, ditambah 108 dan kes2 terdahulu, adakah masih dikira sedikit?

Kalau boleh, mana2 negara bukan Islam yang melakukan penindasan terhadap umat Islam, sepatutnya semuanya diboikot. Kita masih lagi boleh menjalankan hubungan perdagangan dengan negara2 Islam lain seandaikan kita mengatakan ekonomi kita terjejas jika kita terlalu banyak memboikot. Ini adalah sebagai suatu pengajaran terhadap negara bukan Islam bahawa jangan mereka menindas umat Islam disamping kita boleh terus meningkatkan perhubungan diplomatik dengan negara Islam lain. Rugikah kita?

Sehingga hari ini, kita sebenarnya terlalu kemaruk dengan dunia ciptaan musuh Islam, kemaruk dengan duniawi sahaja. Satu contoh mudah ialah terhadap sukan. Umum mengetahui bahawa kebanyakkan sukan direka oleh musuh Islam dan mereka mengheret kita sekali dengan membuat undang2 sukan yang bercanggah dengan kita. Mereka sengaja menciptakan undang2 pemakaian sukan yang tidak menutup aurat dan kita pun join sekaki.

Kononnya, kalau kita berjaya, kita dapat pengiktirafan dari negara maju, dapat penghormatan dan sebagainya. Perlukah kita mendapatkan pengiktirafan tersebut jika kita terpaksa melanggar undang Islam? Kalau ada sukan yang undang2nya tidak sesuai dengan Islam, kita tak payahlah join sukan tersebut atau kita just join antara negara2 Islam sahaja serta kita buat sendiri undang2 sukan islam berdasarkan Al-Quran dan sunnah.

Kita terlalu membanggakan sangat musuh kita sehingga kita tidak sedar dimanakah kita dan apa yang sepatutnya kita lakukan...



Monday, June 8, 2009

BLOG TUTORIAL...


8 Jun 09. Petang tadi ada exam kursus .net tu. Sebelum masuk makmal, kawalan agak ketat, banyak benda yang tak boleh dibawa masuk seperti wallet dan telefon. Apa yang boleh dibawa masuk hanyalah ic dan kad matrik. Hanya seorang pelajar yang boleh masuk setiap 2 minit untuk pemeriksaan. Dalam lab pulak ada 5 orang petugas yang sentiasa round2.

Soalan exam tu taklah susah sangat, lagipun dah duat dah masa latihan lab, tapi yelah, jenis orang yang tak beri tumpuan macam aku ni macamanalah nak berjaya. Aku gagal exam tu dengan dapat separuh je markah. Macamanalah aku tak fail sedangkan sebelum ini pun memang dah dasar malas nak study ditambah pulak dengan masalah2 lain.

Aku masih lagi ada 2 paper exam yang mesti dilalui untuk mendapatkan sijil kursus .net tu. Apa yang aku tahu adalah exam yang kedua adalah lebih susah dari yang pertama. Alahai... menyesal tak fokus betul2 sebelum ini, just ingat nak main je. Ini merupakan satu pengajaran yang baik untuk diriku dan sesiapa sahaja yang membaca kisahku ini.

Kalau kita sudah tahu dan memahami bahawa diri kita ni tak pandai, tak cerdik, kenapa malas nak usaha? Kalau dah tau kita ni tak pandai, usahalah lebih sikit. Asyik nak senang je, usahanya tidak. Oklah, aku malas nak cerita panjang pasal kegagalanku ini. Biarlah ianya menjadi suatu pengajaran kat aku supaya next time tak main2 lagi dan buat lebih baik lagi.

Kalau mana2 pembaca yang baca blog aku ini mesti perasan bahawa aku ada buat undian untuk mewujudkan satu tutorial step by step Adobe Photoshop. Aku cadang nak buat dalam satu blog baru yang akan mengandungi tutorial Adobe tu. Aku bukan apa, idea ni tercetus masa aku tengah melepakkan diri di alam maya sambil2 explore tentang teknik edit gambar. Aku sebelum ni pun dah banyak explore tapi setakat ini tak jumpa lagi yang dalam berbahasa melayu.

Kalau sesiapa yang perasan terhadap kewujudan laman web tutorial Adobe yang luar negara ni, ianya agak berlainan dengan teknik yang ada di Malaysia. Sometimes mungkin budaya dan pengolahan pengubahsuaian gambar agak berbeza dengan yang kita biasa lakukan sendiri. So, aku bercadang untuk cuba terapkan unsur2 budaya kita dan terutamanya dalam soal pengolahan bahasa supaya boleh membantu pihak yang ingin belajar dalam bahasa kebanggaan kita ni.

Insyaallah.... Sekarang ini dalam proses pembikinan lagi. Masih lagi mencari2 teknik dan metodologi yang sesuai untuk dimasukkan dalam blog tutorial tu. Dari segi bilangan teknik dan kandungan, aku rasa dah ok kot sebab aku pun sebelum ini pernah jugak mengajar persatuan2 lain dalam bidang Adobe ni. Sekarang ni just tak tau nak pilih tutorial mana yang sesuai dengan budaya kita.

Mungkin ada yang tertanya2, ada beza ke dari segi pengolahan dan budaya kita dalam aspek mempelajari teknik Adobe ni? Macamana kita nak tahu itu adalah budaya kita atau budaya luar, bukankah nampak macam lebih kurang aje? Itulah persoalan yang sedang aku fikirkan dan setakat kajian yang aku lakukan, bertanya pada kawan2, memang ada bezanya.

Aku ada kawan yang buat kajian untuk Ph.D dia tentang perbezaan budaya dan hidup terhadap penghasilan hasil kerja mereka terutamanya dalam menghasilkan laman web dan edit gambar. Memang terdapat bezanya antara teknik pengolahan dan edit gambar antara orang kita dan orang luar malahan jangankan kata perbandingan dengan orang luar, perbezaan melayu, cina dan india pun ada. Perbezaan kaum pun sudah menampakkan jurangnya walaupun tinggal dalam satu negara yang dan belajar di sekolah yang sama. Jadi, apatah lagi perbezaan antara orang kita dan orang luar kan?

Salah satu elemen terpenting yang aku ingin tonjolkan dalam blog itu adalah aku akan membuat tutorial cara pantas yang boleh dilakukan dalam menghasilkan teknik yang sama. Dengan kata lain, jika kita nak buat teknik A, sepatutnya ada 10 langkah tapi aku akan cuba kurangkan pada 5-6 langkah sahaja. Jadi, boleh jugaklah dipanggil sebagai tip dan trick. Hasilnya tetap sama dan kalau ada beza pun, mungkin sikit sahaja dan hasil itu mungkin 90% sama dengan menggunakan teknik sebenar.

Insyaallah... seandainya aku sudah cukup bahan2 yang ingin diketengahkan dalam blog itu, aku akan wujudkan blog tersebut. Itupun kalau aku ada masa, ada kesempatan dan berupaya. Apa2 hal pun, ianya bergantung jugak dengan situasi semasa aku ni. Sibuk dengan exam, Master dan kerusi roda. Sempat ke aku buat blog baru ni?

Insyaallah...


MEREKA KAWANKU...


7 Jun 09. Pertama sekalinya aku nak ucapkan terima kasih kepada 'Rantong' kerana telah memberi komen dan nasihat yang begitu bermanfaat sekali untuk aku amalkan pada topik 'Pilihan Yang Ada'. Surah Al Waqi'ah merupakan surah yang ke 56 dari 114 surah, ada lebih kurang 100 ayat dari 6239 ayat dan salah satu dari 86 surah yang diturunkan di Makkiyah (kalau tak silap aku la... betulkan aku kalau tersilap ye...). Suatu surah yang fokus untuk murahkan rezeki.

Ok, berbalik pada kisah hidupku dalam blog ini. Aku sebenarnya ada ramai jugaklah kawan2 yang baik hati dan sentiasa menolong aku. Baik semasa sekolah dulu mahupun sekarang. Sekarang ini aku ada beberapa kawan yang cukup mengambil berat tentangku. Makan minum dan pakai semuanya ditanya. Jika dimintak tolong, terus buat tak tanya apa2 lagi dah.

Minggu ni aku agak keseorangan, kawan2ku balik kampung. So agak boring. Ada juga member2 yang bertanyakan tentang makan minum macamana, yelah dah takde member kan. Aku kata ok je sebab ada beberapa member yang sudi membantu. Sebelum tu pun aku dah tak risau dah sebab dah ada member yang tolong aku.

Member aku ni cukup baik hati, peramah dan pemurah. Bila aku kirimkan nasi kat dia, mesti taknak ambil duit. Bukan sekali malahan berkali2 sampaikan aku sendiri rasa serba salah. Yelah, kalau setakat sekali dua tu bolehlah lagi, bolehlah kira macam dia belanja aku, tapi ni dah berkali2 dan berhari2 pulak tu, rasa jimat semacam je duit aku.

Biasanya kalau dia ambil pun(after dipaksa ambil), dia takkan ambil full punya. Ada lah alasannya, dapat discount la, tauke kedai kenal dia la, mcm2 lagilah. Pendek kata, beli nasi 3 bungkus termasuk air 3 bungkus, aku bagi Rm 20, balancenya Rm 19. Dia kata dapat discount, tauke kenal dia @ tauke tu tahu bahawa nasik ni untuk OKU.

Minggu ni kawanku itu balik kampung, ada majlis perkahwinan kakaknya. Aku cadangnya pun nak pergi jugak kalau aku balik kampung, tapi aku tak jadi balik, so tak dapatlah pergi. Dia pergi, datang pula membernya yang lain untuk membantu. Membernya itu pun baik jugak, baru-baru ni belikan aku jagung 2 tongkol, nasik dan lauk, air dan kuih apam balik, dia kata harganya Rm 5 je. Kira duit nasi je, yang lain2 adalah aksesori tambahan.

So, actually, bila direnungkan balik, aku sebenarnya bertuah. Aku ada ramai kawan2 yang baik hati dan sentiasa menolong aku. Aku tak dapat sebut semua nama dan sifat kawan2 ku yang sentiasa menolong aku tu kat dalam blog ni, nanti makin panjang pulak, berderet2 list nama. Ada sesetengahnya pula ada kat kampung masing2 dengan urusan tersendiri tapi still lagi bertanya khabar.

Samada kawan itu lelaki atau perempuan, semuanya baik hati dan banyak tolong aku. As long as mereka boleh terima aku sebagai kawan mereka, aku lagilah boleh., aku jenis yang tak kisah punya. Dari perkara2 yang simple hinggalah kepada perkara yang berat. Dari hal yang berkaitan dengan pengurusan harian hinggalah kepada pelajaran, mereka semua sentiasa menolong aku. Merekalah kawanku yang sejati. Sesungguhnya aku bersyukur kerana mendapat anugerah kawan ini. Sesungguhnya, walaupun aku tiada tangan dan kaki, namun dengan kehadiran mereka ini, aku tak terasa pun akan ketiadaan tersebut.

Hm.... esok aku ada exam kursus .net tu. Ada 3 exam semuanya. Taktaulah macamana.... Sometimes rasa macam boleh buat but sometimes rasa tak confident pulak. Hati aku lebih kepada rasa something yang kurang elok. Lebih kepada rasa fail je exam ni esok. Tapi taktaulah, selagi tak cuba kan? Bagi aku, kurang elok kita merasakan sesuatu yang tak baik. Aku nak study pun tak berapa rajin sekarang ni. Dengan masalah Master dan kerusi roda sudah cukup untuk memeningkan aku. Walaupun sekarang ini sudah agak nampak 'cahayanya', but still rasa something yang kurang elok....




Friday, June 5, 2009

PILIHAN YANG ADA...


5 June 09. Hari ini aku kembali ceria. Mendapat khabar gembira dari beberapa pensyarah yang sudi membantu aku dalam meneruskan perjuangan hidup, menyambung pelajaran peringkat Master. Baru-baru ini, apabila aku menerima berita bahawa pihak MARA mungkin membatalkan program Master, aku cepat2 contact beberapa pensyarah untuk minta idea dalam membantu aku dan alhamdulillah... para pensyarahku ada memberi beberapa idea dan bantuan.

Salah seorang pensyarahku memperkenalkan Information Society Innovation Fund(ISIF) 2010 yang berbentuk geran. Ianya adalah geran untuk sesiapa yang berminat membuat projek berasaskan teknologi dan berupaya untuk memberi sumbangan kepada masyarakat. So, aku mesti buat proposal yang boleh menarik minat pihak tersebut untuk menaja aku dan nilai tajaan itu(itupun kalau dapat) adalah AUD 40,000 (Dollar Australia>=Rm 100,000).

Mendengar kepada nilainya memanglah menarik tetapi untuk mendapatkannya..... ah, faham2 ajelah, mesti susah giler. Melainkan aku keluar dengan proposal yang betul2 hebat dan menarik, insyaallah, aku dapat. Tapi aku rasa peratusan untuk dapat maybe just 1% kot. Bukan nak memandang rendah atau malu dengan diri-sendiri tapi hakikatnya, itulah apa yang aku rasa sekarang ni.

Aku bercadang untuk buat something yang lebih kepada social society dan kalau boleh untuk golongan OKU Malaysia. Sekarang ini, aku perlukan lebih banyak membaca, rajin explore, lebih memahami permasalahan OKU dan seterusnya cuba mencadangkan kaedah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah tersebut. Tapi sekarang ni just cakap2 kosong jelah, idea belum ada lagilah.

Itu penyelesaian pertama. Penyelesaian kedua ialah aku mesti teruskan idea projek aku yang dulu, yang untuk Master MARA tu. Aku dicadangkan agar proceed sahaja dengan projek tu dan teruskan usaha untuk dapatkan pembiayaan dari Pre Seed Fund atau Cradle. Kalau aku sudah hantar propsal, aku akan dipanggil untuk interview dan interviewnya mungkin berperingkat-peringkat. Jika aku berjaya, aku akan dapat pembiayaan sebanyak Rm 150,000, itupun kalau dapat la kan...

Untuk mendapatkan Pre Seed Fund dan Cradle ini, aku kena tubuhkan syarikat sendiri dan bukak business sendiri sesuai dengan matlamat pembiayaan fund tersebut yang mahu melahirkan usahawan yang berjaya dalam bidang teknologi. Ah, cara nak buat proposal berdasarkan guideline yang disediakan pun dah susah, apatah lagi untuk melepasi peringkat2 interview tu. So,aku rasa yang ini pun agak susah jugak untuk dilaksanakan.

Cara yang ketiga ialah aku join under salah seorang pensyarahku dalam menyiapkan projek researchnya. Research yang dilaksanakan oleh pensyarahku ini adalah berkaitan dengan 'parallel processor computer'. Aku join under teamnya dan akan dapat elaun bulanan dan dapat Master dalam masa yang ditetapkan iaitu setahun setengah. Kalau result aku ok, maybe aku berpeluang buat Ph.D dalam lapangan bidang yang sama, just continue projek tu dan buat dengan lebih detail lagi.

Untuk join team pensyarahku ini, aku mesti hantarkan resume kepadanya. Pensyarahku itu pula seterusnya akan submit resume itu kepada teamnya dan terpulang kepada team tersebut samada ingin terima atau tidak. Buat masa sekarang ini, aku rasakan bahawa cara ketiga ini yang paling mudah setakat ini, paling tidak membebankan but next time aku tak taulah kan, maybe lebih susah dari perspektif kerjanya. Dapat senang, buat susah.

Bagi aku, aku mesti fikir masak2 dulu tentang pilihanku ini. Pilihan inilah yang akan menentukan halatuju hidupku nanti. Keputusanku hari ini bakal menentukan kehidupanku untuk 10 tahun kemudian nanti.

Bagi aku, setiap pilihan yang ada sekarang ini ada baik dan buruknya. Aku mesti kenalpasti apa yang aku mahukan, kenalpasti matlamat dan tahap kemampuan aku. Hmm... mesti kena buat analisis SWOT sekejab nanti ni, after that buat solat istikharah, mintak petunjuk dari Maha Mengetahui. Sambil2 tu aku akan try mintak pandangan dan doa dari ayah dan keluargaku juga. Mungkin mereka ada idea @ boleh memberi serba sikit nasihat yang sesuai untuk situasi aku ini.

Kata orang, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya... Aku harap aku akan dapat membuat pilihan yang tepat dalam hal ini. Insyaallah...



Thursday, June 4, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU...


4 Jun 09... Hari ini salah seorang kawan baikku bakal mendirikan rumahtangga. Tadi rasanya dah siap akad nikah. Hati terasa sangat nak balik kampung tapi yelah, apakan daya. Dia baik dengan aku dan persahabatan kitaorang agak rapat jugak. So kali ini, aku nak berbicara sikitlah tentang kawanku yang baru mendirikan masjid ini. Nak share serba sikit tentang dirinya sepanjang perkenalan aku dengan dia.

Fizikalnya agak rendah berbanding yang lain, but of course taller than me. Berkulit agak coklat dan agak beisi. Penampilannya agak sederhana dan berasal dari sebuah keluarga yang agak susah. Itu pendapat dari pandangan kasar aku sepanjang berkawan dengannya, yang selebihnya, hanya Allah SWT saja yang Maha Mengetahui.

Dia seorang yang baik hati, mudah bercampur dengan geng2 aku, so bab komunikasi dan sembang2 tu tak jadi masalah. Dia pun dah biasa dengan cara dan perangai aku, so boleh dikatakan aku comfortable berkawan dengan dia. Aku dan dia boleh sembang apa jua topik pun.

Dari segi persahabatan aku dan dia, kitaorang memang rapat. Selalu jugaklah keluar ramai2 antara geng2 aku dan geng2 dia pergi shopping, keluar makan atau buat apa2 aktiviti. Seorang yang mudah diajak berjumpa dan mudah untuk diajak berbincang. Dalam istilah loghat Kelantan, kitaorang cakap "mudoh kiro" dan "mudoh wat kiro".

Sebelum ini aku pun menjalani latihan praktikal kat sebuah universiti di Kelantan dan aku menggunakan kerusi roda manual untuk pergerakkan disana. Sepanjang di tempat latihan praktikal tu, dia dan seorang lagi kawan akulah yang sentiasa membantu aku. Pagi2 lagi dah sampai, tolak aku, tolong bawak aku pergi makan, pergi surau dan kemana2 lagilah. Pendek kata, banyaklah dia tolong aku sepanjang latihan praktikal tu.

Dari segi pergaulan dan komunikasi pulak, bagi aku so far oklah. Aku boleh terima dia seadanya dan dia juga boleh menerima aku seadanya. Aku tidak pernah dan tidak akan memandang rendah terhadap dia dan dia juga tidak pernah memandang hina terhadap kekurangan aku. So. that's why aku dan dia serasi.

Sometimes bila keluar ramai2 antara aku dengan geng2 dia, dia banyak jugaklah tolong aku. Dari satu lot kedai ke satu lot kedai, naik lif, cari magazine aku dan sebagainya. Biasalah, shopping kan, mesti pusing2 dulu sebelum jumpa barang yang nak dibeli. Sometimes aku just suka direct ke kedai yang dah biasa aku pergi berbanding cuba mencari kedai2 yang lebih murah yang lain, ikut mood jugaklah.

So far, aku rasa aku tak pernah lagi bergaduh dengan dia. Bagi aku, aku takkan gaduh dengan dia walau apa jua yang berlaku. Kalau kitaorang bergaduh dan kesalahan sesuatu perkara itu bukan salah aku sekalipun, aku rela mintak maaf dulu dengan dia. Dia baik dengan aku dan banyak tolong aku, malahan dia lebih tua berbanding aku, so aku sepatutnya hormat terhadap dia.

Salah satu sifat semulajadi perempuan ialah suka bergosip dan kawanku ini juga tidak terkecuali. Aku pun sometimes kalau nak tahu apa2 perkembangan semasa, just panggil dia ajelah dan dia akan beritahu tentang apa yang dia tahu dan didengarinya, dari A sampai Z. Aku bukannya suka pun bergosip2 ni, buang masa je tapi yelah, sometimes kita pun nak tahu jugak sesetengah perkembangan semasa antara rakan kita yang lain dan satu yang bagus tentang sifat bergosip dia ialah dia neutral. Dia takkan memihak atau berat pada mana2 pihak. Adil la kiranya.

So, aku rasa tu jelah apa yang aku boleh nukilkan tentang dia. Aku harap agar persahabatan antara aku dan dia berkekalan. Kepada kawanku itu, aku mintak maaf kalau ada tersilap kata terkasar bahasa sepanjang kita berkawan. Jadilah seorang isteri yang taat kepada suami dan aku berharap agar ikatan rumahtangga yang dibina bahagia dan berkekalan buat selama-lamanya. Insyaallah...

Nuur Fatihah bt Yusoff... Selamat Pengantin Baru...


Wednesday, June 3, 2009

BALIK KAMPUNG...


3 Jun 09. Hari ini aku menerima feedback mail yang aku forwardkan kepada pensyarahku tentang masalah menyambung pengajianku diperingkat Master. Pensyarahku ada memberi beberapa idea tentang cara untuk aku meneruskan pengajianku. Alhamdulillah... sudah agak tenang fikiranku. Mungkin berkat doa ayah, fikiranku semakin tenang dan urusanku menjadi agak positif. Esok akan aku jumpa pensyarahku untuk berbincang dengan lebih lanjut lagi.

Malam ini, kawan didepan bilikku akan balik kampung. Bukan dia sahaja, malah beberapa lagi kawanku juga akan pulang ke kampung di Kota Bharu. Salah seorang kawanku bakal mendirikan rumah tangga tanggal 4 Jun nanti. So, agak ramai jugaklah kawan2 yang balik untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut.

Aku juga asalnya memang berniat nak join mereka malahan aku sudah pun beli tiket bas pulang bersama-sama mereka. Namun atas beberapa sebab, aku terpaksa lupakan hajat aku untuk pulang ke kampung. Kalau tak, tentu aku dah bersama2 mereka malam ni berada dalam bas.

Sekarang ini aku menjalani kursus .net dan kursus ini ada exam. Kalau tak ambil ujian ini, bermakna aku takkan dapat sijilnya dan kalau tak dapat sijil, buat apa aku susah2 belajar. Yelah, sesetengah orang beranggapan bahawa ilmu lebih penting dari sijil tapi zaman sekarang ini, bagi aku kedua2 perkara itu sama2 penting. Kalau kita pandai pun tapi tak ada bukti, orang susah nak percaya terhadap kata2 kita. That's why, sijil tu penting sebagai bukti kita jika kita ingin mohon perkerjaan nanti.

Exam ini juga mengambil kos RM 300/seorang. Jika aku gagal menduduki exam ini tanpa alasan dan bukti perubatan yang sah, aku akan didenda membayar duit tersebut. Bagi aku kalau setakat RM 50 tu, oklah lagi tapi kalau dah mencecah ratusan ringgit... tak berbaloi aku nak membayarnya.

So masa tu aku dah dalam 50/50 samada nak balik atau tak. Kalau aku balik, aku akan balik pada 3 Jun dan datang semula pada 7 Jun sebab exam tu pada 8 Jun. So, just 4 hari sahaja dan perjalanan dari Johor ke Kelantan 14 jam, sah bahawa perjalanan pergi dan pulang dah ambil masa sehari. So, tinggalah 3 hari sahaja aku berada dikampung, nak jumpa adik-beradik pun tak sempat.

2-3 hari sebelum aku membatalkan niatku balik kampung, aku ada call ayah. Aku beritahu ayahku tentang hajat aku untuk pulang. Awalnya dia ok tapi dia tanya pulak berapa hari aku cuti? So, aku katalah bahawa sekarang ni tak cuti tapi ponteng kursus jap dan masanya 3 hari sahaja. So, ayahku nasihatkan aku agar tidak ponteng kursus, lagipun just balik 3 hari je, tak berbaloi, buat penat badan je, kalau tak sempat ambil exam lagi parah.

So, after aku bincang dengan ayah, aku mengambil keputusan untuk membatalkan niatku untuk pulang ke kampung menghadiri majlis perkahwinan kawanku. Aku serba salah juga untuk maklumkan perkara ini kepada kawanku itu memandangkan kami semua dah berjanji untuk datang dan tiket pun sudah dibeli. Namun, dengan berat hati, aku beritahu juga kepada kawanku itu tentang hasrat aku tu. Alhamdulillah... dia seorang yang memahami. So, tiket yang sudah dibeli itu dijual kepada rakan yang lain.

Aku sekali lagi ingin mohon maaf kepada kawanku itu terhadap keputusan aku untuk tidak menghadiri majlis perkahwinanya tapi aku berdoa agar mereka semua selamat pergi dan pulang serta majlis itu berjalan lancar. Insyaallah...

2 BERITA MENGHARUKAN...


2 Jun 09. Dah agak lama aku tak update blog ni, agak sibuk kebelakangan ini. Pagi pukul 9 dah ke kursus sampai pukul 6 petang. Malam pulak ulangkaji .net, maklumlah kursus tu nanti ada exam. Hari ini aku menerima 2 khabar yang agak mengecewakan. Berita itu ialah tentang kerusi roda elektrik aku dan progam Master.

Pagi tadi aku ada call HEP bertanyakan status kerusi roda elektrik tu, yelah dah genap 2 minggu tiada sebarang info pun, sekarang ni nak gerak susah, nak pergi tandas pun mintak tolong member. Aku diberitahu bahawa kerusi roda elektrik tu belum dibaiki malah belum dihantar lagipun kepada syarikat supplier yang buat proses maintenance tu.

Pihak HEP mengatakan bahawa bos supplier tu out-station minggu lepas, maka tak dapat hantar, hari ni baru nak hantar. Aku malas nak kata apa2, just mintak budi baik HEP untuk tolong uruskan secepat mungkin. Sekali lagi staff itu bertanya samada aku masih akan tinggal di sini lagi atau tidak dan aku kata "yes, i'm still here untill 2011 ". Habis cerita.

Nak tak nak, bagi mereka, mereka still kena uruskan hal kerusi roda tu. Mungkin jangkaan mereka, sekiranya aku dah konvo, sudah tiada di universiti ni, maka tak perlulah dibuat maintenance lagi. Tak perlulah mereka susah2 nak take care pasal aku lagi.

Dengan memberikan alasan bahawa bos supplier tu out-station, maka tak dapat hantar lagi, bagi aku tak berrapa logik. Takkanlah syarikat supplier tu tak ada staff kat pejabat yang boleh uruskan keluar masuk barang? Takkanlah semua staff kat syarikat tu ikut sekali bos mereka out-station sampai kosong satu syarikat? Takkanlah bos tu out-station seminggu, maka segala urusan syarikat tu terhenti jugak selama seminggu?

Kalau HEP bagi alasan dalam proses ke, mesti ikut prosedur ke, sedang tunggu kelulusan ke, logiklah jugak alasan tu walaupun menipu. At least, taklah aku terasa bodoh sangat untuk menerima alasan out-station tu. Bukan maksud aku untuk mengajar orang lain untuk menipu apatah lagi menipu untuk gembirakan pihak lain. Apa2 hal pun, bercakaplah benar walaupun pahit dan dalam apa jua keadaan pun. Itupun tergerak hati aku untuk call bertanya khabar, kalau tak selagi aku diam ,mungkin mereka pun diam jugalah.

Second berita ialah aku petang tu diberitahu oleh kawanku bahawa ada ura2 mengatakan permohonan untuk program Master aku itu mungkin dibatalkan. Ini kerana pihak MARA telah kehilangan kementeriannya dalam rombakan kabinet baru2 ini. So, segala perancangan sedia ada dibatalkan bagi menyusun semula perancangan yang baru. Apatah lagi kini fungsi kementerian itu dipecah2kan kepada beberapa kementerian lain dan urusan yang berkaitan MARA ini juga telah terjejas.

Nak luruh jantung aku menerima perkhabaran itu. Aku tak ada mintak mana2 program Master selain program tu, then tiba2 pula mungkin dibatalkan. Aku jadi resah. Aku dah tak tau nak buat macamana lagi, ianya out of my control. Apa yang aku buat semuanya jadi serba tak kena. Buat ini silap, buat itu tersalah. Then, aku buat keputusan untuk call ayahku dan beritahu tentang hal ini, mintak doa dan restu dari dia agar dipermudahkan urusanku ini.

So malam tu aku pun call ayahku dan beritahu dia masalah ini. After call tu, sejuk je hati aku, lapang je dada aku. Aktiviti aku malam itu pun berjalan lancar, tiada silap salah dan tiada marah -marah lagi. Yelah, orang kata berkat doa orang tua kita biasanya makbul.

Aku bercadang untuk menghantar mail kepada beberapa pensyarah aku untuuk mintak tolong atau bagi pendapat untuk membantu aku further study. Maybe mereka ada idea untuk membantu aku. Maybe mereka ada geran untuk buat sesuatu projek, boleh attachkan nama aku sekali, tak payah jugak aku susah2 cari penaja. Maybe aku akan buat research yang menyambung topik projek Degree aku.

So, setakat ini, selain dari berdoa, itu sahajalah yang mampu aku buat. Selebihnya hanyalah menunggu dan bertawakal sahaja. Just berdoa dan tunggu ajelah perkembangan selanjutnya.Mintak2 lah segala-galanya berjalan dengan lancar. Insyaallah..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...