Thursday, July 30, 2009

FUH... PENATNYA...


30 Julai 09. Hm.... penat betul sehari dua ni especially semalam. So semalam banyak jugaklah tempat yang sempat aku pergi tapi tak semua sempat diselesaikan. Member aku yang carikan kereta untuk kegunaan ulang-alik nibut untuk urusan pagi tu, aku just pergi sendirilah dengan kerusi roda elektrik tu.

So, pagi tu aku first pergi ke pejabat kolej dulu untuk mohon pengesahan dokumen2 yang patut disahkan. Aku print beberapa helai yang patut dan terus serahkan kepada pihak kolej untuk minta diorang copkan berserta dapatkan tandatangan pengetua kolej. Kebetulan pulak pengetua kolej dan pengurus asrama takde, so just leave all document kat staff lah untuk diberikan kepada pengetua. Staff mintak datang ambil petang nanti. Oklah, aku pun teruslah ke fakulti.

Kat fakulti, aku pergi ke pejabat untuk mohon surat penganugerahan sarjana muda tapi rupa2nya kena tunggu 3 hari tempoh berkerja baru boleh dapat. So, aku just isikan borang permohonannya dan akan datang ambil pada isnin minggu depanlah. After that aku terjumpa dengan pnsyarahkuyang juga terlibat dengan urusan Master ini. Aku ada bertanyakan kepadanya kenapa kawanku yang OKU ini tak dapat sambung.

Asalnya dia agak keberatan untuk beritahu but bila aku tanya dan tanya, baru dia beritahu. Dia kata kawanku itu tak nampak bersungguh2 masa interview hari tu. So, pihak penemuduga especially wakil MARA itu agak keberatan untuk menerimanya. Jawapan yang diberikan semasa interview oleh kawanku itu juga seolah2 dia tak cukup preparation, so that's why pihak pengurusan terpaksa tolak permohonan dia. So, aku nak komen lebih2 pun tak boleh jugak sebab aku tak tengok pun sesi interview kawanku itu.

After that aku sempat pergi menemui kawanku yang sedang buat Master by Research sekarang ini. Just tanya2 khabar dia ajelah. Masa tu dia tengah present hasil kerjanya kepada pensyarahnya. So, aku just wait dan after that terus ajak dia lunch memandangkan waktu dah tengahari. So, after solat Zohor kat fakulti, kitaorang pun terus pergi makan dan banyak jugaklah sempat aku sembang2 tentang perkembangan research dia. Alhamdulillah... dia akan ke Putrajaya untuk interview dapatkan biasiswa. Harap dia akan berjaya. Insyaallah...

After that, member aku pun datang untuk ambil aku dan kami firstly pergi ke SPS. First time sampai kat SPS, terkial2 jugak aku nak masuk kat mana, nak jumpa dengan siapa, lagipun semua pejabatnya kat atas, takde lif pulak tu. Tapi, alhamdulillah... ada seorang staff tu, rasanya orang besar jugak sebab nampak ada driver SPS yang hantar dia. Dia ada bertanyakan kepadaku, datang untuk urusan apa? So, aku just ceritalh tujuanku datang. Then dia mintak no.tel aku untuk dia hubungi. So, apa2 hal tunggu ajelah call daripada dia. So, aku kira dah settle then terus pulak ke HEP.

Sampai kat HEP, aku terus jumpa dengan staff bahagian kebajikan yang selalu handle tentang aku itu. So, aku pun story ajelah beberapa hal berbangkit. Antaranya ialah tentang pengambilan jubah semasa konvo, penggunaan kerusi roda sepanjang majlis konvo dan beberapa hal lagi tentang Master.Ada juga aku bertanya tentang penajaan tambahan yang mungkin boleh aku mohon untuk Master aku itu. Aku juga sempat utarakan masalah pengangkutan aku yang maybe kena berulang-alik ke tempat pengajian Master. However, untuk masalah itu, dia minta aku sediakan surat supaya senang untuk dia buat meeting nanti.

Aku juga sempat bertanyakan status surat konvo kawanku yang OKU itu. Kawanku itu belum lagi menerima surat tersebut.Maybe pihak universiti sudah meghantarnya tetapi tak sampai atau lewat sampai. So, just in case taknak rush masa tarikh dateline penghantaran surat tu, aku mohon surat lebih untuk kawanku itu. Alhamdulillah...dapat.

Sempat juga aku berbincang tentang elaun OKU, bantuan tambahan, apa yang perlu aku lampirkan dari segi dokumen tambahan dan sebagainya. So, asasnya semua dah ok but sesetengah dokumen perlu dihantar semula untuk proses renew dan simpanan rekod pihak universiti. Bagi aku takde masalah, dokumen2 itu semua boleh diprint, aku ada softcopynya.

After that, jam dah pukul 4.30 petang, aku terus ke Pusat Kesihatan kerana pusat tu tutup biasanya pukul 5.00 petang, takut tak sempat nanti. Sampai kat Pusat Kesihatan, mak oii... ramai betul student2 yang masih dalam proses menunggu. Aku terus ke kaunter untuk ambil nombor dan staff Pusat Kesihatan bertanya kepadaku tentang tujuanku. Aku pun just beritahu untuk buat medical checkout untuk Master. Then dia nasihatkan agar register dululah, baru buat medical checkout memandangkan student yang masih menunggu adalah lebih 100 orang sekarang ini. Doktor pun dah 'hang'.

Yelah, skarang ni kan risau tentang penyakit H1N1, tu yang nampak tak sihat je, terus pergi dapatkan pemeriksaan. Walaubagaimanapun, atas pemerhatian dan pemberitahuan oleh kawanku (kalau salah fakta ini, harap diperbetulkan ye), H1N1 ini hanya kena pada orang bukan Islam sahaja. Setakat ini, 4 kes kematian adalah dari bukan Islam. However, aku tak kata bahawa ini hanyalah untuk bukan Islam sahaja, just in case, kita sebagai umat Islam mestilah juga jaga kesihatan kita, manalah tahu kan.

So, bila diberitahu macam itu oleh staff pusat kesihatan tu, aku balik ajelah dan akan try datang buat medical checkout next time ajelah. Aku tengok pun masih ramai student yang tengah menunggu untuk dapatkan rawatan. So, balik ajelah, bukan aku boleh buat apa2 pun.

Akhirnya petang itu aku sampai kat kolej dalam pukul 5.00 petang. Sampai kat bilik, terus solat Asar dan after solat, terus tertiarap kat atas katil. Alhamdulillah... nasib baik kawan ada, boleh selesaikan beberapa perkara hari ini. Fuh... Penatnya....


Tuesday, July 28, 2009

AKHIRNYA...


28 Julai 09. Alhamdulillah... Syukur aku panjatkan kehadrat Illahi kerana dengan limpahan rahmat-NYA, aku akan kembali bergelar student. Aku menerima panggilan dari BIP yang mengatakan bahawa surat tawaran untuk sambung Master sudah boleh dikeluarkan dan bertanyakan kepadaku samada ingin mengambilnya sendiri atau diposkan ke kampung. So, aku pilih untuk ambil sendiri dipejabatnya, then aku pergi bersama kawanku tadi.

However, ada something yang merencatkan sedikit tahap kegembiraanku iaitu tarikh pendaftaran. Tarikh daftar adalah 30 Julai 09 but aku baru je terima surat tadi (28 Julai 09). Mana sempat aku nak provide all document yang diperlukan especially tentang surat2 penjamin dan buat medical checkout. Ada beberapa dokumen biasa itu takpelah, aku sememangnya dah sedia ada.

So, fikir punya fikir, aku buat keputusan untuk pergi ke SPS (tempat daftar) esok untuk bertanyakan tentang hal ni dengan lebih detail. Yelah, mana sempat nak balik kampung @ pos ke rumah sedangkan masa dah suntuk. Surat pulak baru terima hari ini dan register 30hb ni, lagi 2 hari untuk settlekan semua tu.

Esok jugak aku cadang nak pergi ke pejabat fakulti untuk mohon surat graduan untuk disertakan bersama pendaftaran tu. Hope, staff senior yang baik itu ada, kalau dia ada cepat skit kerja aku settle. Sambil2 tu pergi buat payment untuk urusan konvokesyen aku yang bakal berlangsung pada 18 ogos ini. Lepas itu ingat nak pergi naik HEP sekejab untuk bertanyakan tentang urusan majlis konvokesyen ini. Yelah, aku perlukan sedikit bantuan tambahan untuk pergi ke dewan dan sepanjang berada di pentas. So, kena beritahu awal2 kat HEP, kalau tak, aku pulak yang dipersalahkan, tak beritahu awal2 kepada mereka.

Kalau semuanya sempat diselesaikan mengikut jangkaan masa aku, last tempat untuk aku tuju adalah Pusat Kesihatan. Aku perlu buat medical checkout dan bagi aku, cara terpantas adalah dengan buat medical checkout kat pusat kesihatan universiti ini je. Mudah dan dekat. Tapi itu pun kalau masih sempat, kot2 masa kat HEP tu yang ambil masa lama, banyak yang nak tenya tanya.

Apa yang aku beritahu ini adalah sekiranya kawanku itu sempat mencari kereta untuk dipakai. Kalau tak ada kenderaan, segala yang aku rancangkan ini rosak begitu sahaja. Yelah, aku nak paksa kawan2 pun tak boleh jugak, diorang pun ada life jugak, ada kelas, ada tugasan but harap sangat kawanku yang ini sempat dapatkan kenderaan untuk kegunaan aku esok.

Walaubagaimanapun, disebalik kegembiraan aku, ada terselit berita yang kurang gembira. Aku dan kawanku yang OKU itu sama2 mohon untuk sambung belajar dalam bidang ini. Aku dapat tapi agak malang bagi dia, dia tak dapat. Aku tak berapa pasti apakah sebab2 yang dia tak dapat itu.

Maybe sebab pointer kot. Maybe pointer dia tak lepas kot sehingga menyebabkan dia tak tersenarai dalam pemilihan kali ini. Yelah, nak kata diskriminasi peljar OKU, kenapa aku dapat? Kalau sebab diskriminasi pelajar OKU, sepatutnya kami berdua sama2 gagallah. Tapi yelah, sapa tau, kot2 rezeki dia di tempat lain dan diwaktu lain. Mana kita tau kan? Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.

Same goes to me when aku tak dapat direct masuk sambung belajar masa Degree dulu. Setahun aku 'lepak dan berfoya2' kat KL, baru dapat sambung. Dapat sambung pulak, terus jumpa dia. Maybe Allah SWT nak pertemukan kami berdua dan dia jugak banyak tolong aku sepanjang perkenalan kitaorang ni. Masa tak dapat sambung Degree tu, rasa sedih, marah dan macam2 lagilah. So, bila aku dah sampai tahap sehingga hari ini, baru aku mengerti apa hikmah disebalik peristiwa lalu.

So, bila aku fikirkan balik, semua yang terjadi (kerusi roda elektrik rosak, tak boleh stay kat kolej, bukan bergelar pelajar dan sebagainya) ini ada hikmahnya. Ada pengajaran untuk aku teladani. Ada hikmahnya kenapa ini terjadi, kenapa begini dan kenapa begitu. Mungkin juga kesulitan ini amat kecil jika dibandingkan dengan kesulitan yang mungkin aku hadapi dimasa hadapan. Ini semua adalah ujian daripada-NYA.

So, aku rasa setakat ini sahajalah kot post aku untuk kali ini. Sekali aku aku ingin ucapkan Alhamdulillah... Syukur kerana dapat sambung jugak akhirnya setelah menempuh banyak kesukaran. Alhamdulillah...


Sunday, July 26, 2009

MEMANUSIAKAN MANUSIA...


24 Julai 09. Fuh... Selesai jugak aku akhirnya menghabiskan masa menonton anime The Law Of Ueki. Aku actually dah lama dah beli dvd anime ni, just tak sempat tengok habis je masa baru2 beli dulu. So, sekarang ni dah habislah semua episod anime ni. So, seperti biasalah, aku suka share something yang aku baca atau lihat kat blog ni dan bagi aku, banyak jugaklah pengajaran yang boleh diambil walaupun ianya sekadar anime.

Oh ye sebelum itu, ada member aku tanya, "kenapa kau jawab terus terang kat TNC, ko kata tidak, nanti tak pasal2 pulak dia naik angin". Macam tulah lebih kurang soalan kawanku itu. Ok, bagi aku, aku tidak melihat "mesra OKU" itu pada satu perspektif sahaja iaitu dari sudut penyediaan prasarana sahaja tetapi aku lebih suka melihat secara keseluruhannya. Aku melihat "mesra OKU" itu bukan sahaja dari kelengkapan prasarana tetapi juga sikap masyarakat sekeliling.

Dalam hal ini, sikap dan keprihatinan masyarakat dari peringkat atasan universiti sehinggalah staff dan pelajar, "mesra OKU" mesti dipupuk dalam keseluruhan peringkat. Tak guna jika prasarana yang disediakan oleh universiti bertaraf dunia, serba serbi complete tetapi staff dan pelajarnya memandang OKU sebagai second class student. Yelah, prasarana yang cukup amatlah diperlukan oleh golongan OKU tetapi bagi aku, sikap "mesra OKU" itulah yang lebih penting lagi. Sikap inilah yang akan memanusiakan manusia.

So, apabila aku menjawab "tidak" kepada TNC dalam sesi dialog bebaru ini, aku bermaksudkan perkara 'sikap' tersebut. Aku akui bahawa universiti ini sedang dalam usaha untuk meningkatkan lagi kemudahan prasarana pelajar OKU dan aku juga akui bahawa prasarana tersebut memang penting. Untuk memupuk kesedaran dan keprihatinan masyarakat sekeliling, bukannya mudah, bukan ambil masa sehari dua je, tapi itulah hakikat sebenarnya iaitu kesedaran terhadap OKU ini lebih penting dari segala2nya.

Mungkin ada pula pihak yang bertanya, macamana cara nak memupuk kesedaran tu? Adakah dengan masyarakat yang mempunyai kesedaran boleh menjadikan OKU tidak perlu lagi meminta disediakan prasarana? Bagi aku, banyaklah cara untuk memupuk kesedaran tu, just yang menjadi problemnya adalah berjaya atau tidak dan tempoh cara itu dilaksanakan. Itu je. Boleh buat melalui poster, program kesedaran, hari OKU peingkat universiti dan sebagainya. Itu adalah cara yang boleh dilaksanakan tetapi berjaya atau tidak, Wallahu Alam.

Mesti wujud check and balance dalam usaha memupuk kesedaran dan menyediakan prasarana. Bila kesedaran masyarakat dah meningkat, prasarana tetap diperlukan kerana kita sebagai manusia masih lagi terikat dengan hal2 peribadi. Manusia normal tetap tidak mampu membantu 100% tetapi boleh dibalancekan dengan prasarana tersebut. Sebagai contoh, jika aku nak pergi ke sesuatu tempat, jika masyarakat sekeliling itu prihatin, mereka cuba membantu aku tetapi seandainya mereka sibuk atau ada perkara yang lebih penting lagi, disinilah peranan prasarana. Aku boleh menggunakan kemudahan yang ada, tak perlulah menyusahkan orang lain lagi.

Mungkin juga ada sesetengah pihak yang beranggapan bahawa tak perlulah dibantu sangat OKU ini sedangkan bilangannya sikit je, just 1% daripada rakyat Malaysia dan kat universiti ini pun just dalam 12-15 orang je pun. Bagi aku, terpulanglah untuk seseorang individu itu berfikir. Apa yang pasti, dia sudah tentu tidak akan berkata sedemikian seandainya dia juga berkerusi roda ataupun bertongkat.

Aku ada juga diberitahu oleh kawanku tentang kebersihan yang ada diutarakan dalam sesi dialog tersebut. Dia kata blok kolejnya sekarang ini bukan rajin lagi pihak cleaner datang cuci dan buang sampah. Hari sabtu tak berkerja pun datang kerja jugak. Maybe hasil report kat TNC masa sesi sialog hari itu kot. So, bagi aku, kalau benar tindakan yang dilakukan oleh pihak pentadbiran tersebut, syabaslah aku ucapkan atas tindakan pantas yang dilakukan. Alhamdulillah...

Sebelum aku lupa, suka aku ingatkan kepada masyarakat dan diriku sendiri bahawa membantu menyediakan prasarana untuk golongan OKU dikategorikan sebagai satu fardhu kifayah. Seandainya tiada seorang pun yang mempunyai kesedaran terhadap perkara ini dan tiada seorang pun yang sanggup membantu, alamatnya satu universiti akan disoal kat akhirat nanti. Semuanya akan kena terutamanya pihak2 yang berkuasa dan mampu menjadikan bentuk pertolongan prasarana itu sebagai suatu realiti.

Aku tidak berniat untuk menakut2kan apatah lagi mempergunakan agama tetapi itulah hakikatnya. Jika sesebuah masyarakat setempat itu mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap sesuatu yang telah diputuskan perlu diberi bantuan, maka bersiap sedialah untuk bersoal jawab. Walaubagaimanapun, aku yakin usaha yang telah dilakukan oleh pihak universiti setakat ini berjaya melaksanakan tuntutan fardhu kifayah tersebut walaupun bukan secara menyeluruh lagi.

So, by the way, post ini pun dah panjang, tak sempat pulak aku nak bercerita tentang moral of the story anime The Law Of Ueki tu. Takpelah, di next post, aku akan cuba storykan apa yang ingin aku kongsikan dalam anime tersebut. Kepada pihak universiti yang telah cuba membantu golongan OKU setakat ini, terima kasih aku ucapkan, teruskan usaha tersebut. Aku doakan agar kita semua dan pihak2 yang terlibat akan sentiasa dimurahkan rezeki serta rahmat-NYA. Insyaallah...


Wednesday, July 22, 2009

HASIL SESI DIALOG...


22 Julai 09. Tengahari tadi, satu sesi dialog bersama TNC Akademik bersama2 pelajar OKU universiti ini telah berjalan dengan baik. Sesi dialog ni dihadiri oleh TNC Akademik, staff HEP dan beberapa lagi pegawai kanan yang aku pun tak kenal. Dari segi bilangan student yang hadir pula adalah lebih kurang 12-13 orang daripada 20 org dalam list nama tu dan sesi tu bermula pada pukul 2.30 petang tadi.

Dalam sesi dialog itu, banyak permasalahan student OKU yang diluahkan. Permasalahan utama yang dialami oleh student OKU disini ialah dari segi pengangkutan. Tiada pengangkutan yang boleh membantu student ini untuk kemana2 tempat. Bagi yang OKU fizikal kaki dan perlu bertongkat, keadaan ini amat memeritkan kerana mereka berjalan dengan perlahan dan sometimes, untuk datang ke HEP pun mereka mesti datang sendiri. Aku juga ada mengatakan masalah pengangkutan bagi pihak aku yang mana aku terpaksa meminta tolong kawan untuk kemana2 terutamanya jika ke pejabat.

Persoalan kedua ialah tempat parking kenderaan untuk OKU. Setakat ini, tiada tempat parking yang dikhaskan untuk OKU. Seandainya tempat parking OKU sudah disediakan, mesti ada something as tag atau penanda bahawa kenderaan tersebut adalah kegunaan OKU. Aku ada suarakan masalah kereta kawanku yang baru2 ini yang dirantai tayar keretanya lantaran parking ditempat yang tidak betul. So, aku cadangkan agar tempat parking mestilah sesuai dan setiap OKU diberikan kad untuk diletakkan pada dashboard sebagai pengenalan kereta OKU berbanding menggunakan stiker kerana sometimes OKU menggunakan kereta yang berbeza2.

Masalah ketiga ialah dari segi penggunaan ramp dan laluan OKU. Laluan khas untuk OKU juga ditimbulkan kerana sekarang ini kerusi roda aku terpaksa 'bersaing' dengan kenderaan pantas lain dijalan raya nan satu tu. So, it's quiet danger if something happen to me kat tengah2 jalan tu. However, alhamdulillah... so far takde lg. Dari segi ramp pula, aku ada mintak pihak universiti tambahkan lagi ramp untuk sesetengah laluan dan sesetengah bangunan kerana bangunan tersebut amat tidak mesra OKU sedangkan aku agak selalu gunakan bangunan tu.

After that, kitaorg bincang tentang longkang dan kemudahan tandas. Bagi aku, so far perkara ini tak menjadi masalah tetapi menjadi masalah kepada OKU lai. Ada seorang OKU cina perempuan yang bertongkat memberitahu bahawa longkang dikolejnya banyak dan mintak ditutup sebahagiannya takut terjatuh, dahlah tu longkang lak dalam, boleh fix dengan ketinggian dia. Dari segi tandas pula, ada OKU lain yang mengadu tentang tandas kotor dan kerja2 pencucian jarang dilakukan.

After tandas, berbangkit pula soal lif. Sesetengah fakulti yang bertingkat 5-6 tetapi tiada lif dan jika ada pun, selalu jugak rosak. Apabila soal ini timbul, aku sempat juga memberitau keadaan fakulti aku yang seringkali lifnya rosak setiap kali hujan kerana masalah ketirisan. Bila tiris, air tersebut akan mengalir kebahagian utama lif dan menyebabkan lif rosak. Kena tunggu sehingga air kering dulu baru boleh repair.

Untuk soal lif pula, kami diterangkan bahawa sekarang ini pihak universiti dalam proses untuk mendapatkan kebenaran membina lif walaupun bangunan baru hanyalah 2 tingkat sahaja. Peraturan bahawa hanya bangunan 4 tingkat sahaja yang mesti berlif dilihat sudah tidak relevan lagi, maka pihak universiti cuba untuk membina bangunan yang berlif walaupun 2 tingkat sahaja.

Las isu yang aku utarakan adalah tentang Master aku. Seandainya aku diterima masuk program tersebut, kemungkinan besar tempat kuliah adalah di Kompleks MARA dan ianya adalah diluar kampus. So aku mintak pihak universiti kalau boleh cuba berbincang dan adakan kelas difakulti aku supaya senang untuk urusan pengajianku. Untuk masalah ini katanya, akan cuba dirujuk kepada BIP sebelum dia boleh membuat apa2 kenyataan.

Akhir sesi itu, dia TNC sempat bertanya kepada kawanku yang OKU itu, "adakah universiti ini mesra OKU?". Kawanku kata half-half. Then dia tanya pula kepadaku soalan tersebut. Aku jawab dengan agak tegas "Tidak". Dia just diam je...


Sunday, July 19, 2009

KONSPIRASI PEMBUNUHAN MIKAEEL...


19 Julai 09. Semalam, aku ada terbaca satu artikel yang amat menarik untuk dikongsi bersama. Satu artikel tentang sebuah konspirasi untuk membunuh Mikaeel atau nama asalnya adalah Michael Jackson. Sebelum ini aku dah dengar tentang konspirasi tersebut dalam suatu majlis Iftar berbuka puasa tapi tak berapa detail sangat but yang ini amat detail penceritaannya. Artikel ini disiarkan dalam buletin Friendster aku oleh nurul. So, aku just copy and paste jelah.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Michael Jackson (MJ) was known as the most loving person in the world. He gave up most of his assets for charity and all his life, he fought for equality of the African Americans, AIDS victims, Against Drug Abuse, Against Abortion, Against Child Labor and secretly channelled his properties for the hungry children of the world. However, he wasn't peace at heart. He always think of himself as a child trapped inside a man's body. Being Peter Pan is all his dream, never to grow up, forever a child. That inspires him to build Neverland - a heaven for children. Children of all ages and races are welcomed to Neverland. MJ had so much love to give.

However, he made a mistake which he didn't know of the consequences. He saw the peaceful life his brother, Jermaine (Muhammad Abdul Aziz) had as a Muslim - true, Jermaine faced so much pressure that he moved to Bahrain.

In 1989, MJ made a press conference which shocked the world, "I have seen the Islam in the life of my brother, I have read the books about Islam. And I'd love to someday feel the calmness and peace of Islam...."

Since that, MJ's life was never the same again. He was accused of so many accusations against child molestation. MJ was not someone who can deal with much pressure as he is a 'delicate child'. All the extortion and black mail followed after that. Everything he did was being seen as wrong in the eyes of the Media. All these are to influence his fans to hate MJ. If he is hated, then he would not be influencial anymore.

For several years, he stayed in England. Getting motivation from a long time friend, Cat Stevens, who had converted into Islam - named Yusuf Islam. From him, MJ learnt how Yusuf had survived being Muslim. He made friends with a song writer, Zain Bhikha too, who wrote a song titled, "GIVE THANKS TO ALLAH", which he wanted MJ to sing whenever he is ready. Following his trial, MJ withdrew to Bahrain, where he was the special guest of sheik Abdullah bin Hamad Al Khalifa, the son of Bahrain’s king. It was then that Michael began to give conversion more “serious thought.”

MJ stayed in Bahrain for approximately 3 years. He studied Islam, the prayers and learn to read the Koran (al-Quran). Finally, he came back to Los Angeles and in November 2008 MJ had formally converted to Islam in a ceremony at a close friend’s house in Los Angeles.
He perform Haj with the King of Bahrain and son on December 2008.

He had a hidden agenda when he wanted to make a final comeback. He annouced in a press conference on March 2009, "This will be my final concert. I'll see you all in July...." He planned that during his concert, he would announce that this is the FINAL concert as he wouldn't be performing anymore. He will declare that he is a Muslim and will only sing with Yusuf Islam and Friends.

At the end of the concert, he will be singing the song, "GIVE THANKS TO ALLAH" with Yusuf Islam. That is the reason why he chose London as his final concert venue instead of the USA.. It was because he thought he could escape the USA's extortion, and that he could perform with yusuf Islam who is in England.

At 12.30am, 25th June 2009, he hugged his production manager and said, "After reherasing for 2 months, I am finally ready for the concert..." Before leaving to sleep, he waved his dancers, "It was a good night everyone. I'll see you all tomorrow..."

The next thing... He was pronouced dead at 2.26am.... When 911 was called, there are so much questions asked. It is as if they didn't know who MJ is and where he lived. The questions asked are more towards to delay time. The hospital said the autopsy result can only be obtained after 2 months - very illogical as even the worst African technology could obtain the result in less than 2 weeks.

MJ's family members opt for second private autopsy as they started to feel something fishy is going on. The result came out in about 4 days - MJ was drugged with high dosage of anaesthetic - drug that brings about a reversible loss of consciousness, if used to much could stop the heart from beating.

Another result which was not aired in the media was, MJ's stomach is empty of this drug, but his blood were filled with it - same case as the death of Marilyn Monroe. The private doctors also found many needle marks, afraid to be forced injections given to MJ on his bed.

In CNN Live after a week, Barack Obama was interviewed. And he said, "I love MJ, I grew up listening to his songs. It is a great loss, but rest assured that there is no conspiracy in his death..."
Now, why must a President made such statement before the official autopsy result came out? How would he know that there is no conspiracy without the post-mortem result? Seems like someone is afraid of his shadows.

MJ was known to the world as a person who is against drug abuse. Why must he be addicted to drug, then? If he wanted to commit suicide, why rehearse for his concert? And why will he want to see his dancers the next day?

Enough about his death. I am sure people around the world is not stupid anymore. These supreme power can fool us during the Marilyn Monroe conspiracy, Martin Luther King and Princess Diana. But in this MJ's case, they left too many loopholes for those who think...!! MJ left us with this unfinished studio-recorded song, GIVE THANKS TO ALLAH. You can download this song here:http://www.filefactory.com/fil... on_-_Give_Thanks_To_Allah_mp3.

MJ's family was about to give him a Muslim burial with the help of The Brotherhood of Islam. But, the CIA showed up at Neverland's door - blackmailed them that if they do so publicly, Katherine (MJ's mother) would be pull off from MJ's 3 children's custody as well as MJ's estates. Instead, they'll hire Debbie Rowe for the purpose, and the court will be in their favour. So much for democracy and fairness...

Finally, they agreed to let MJ have a Muslim Burial in Neverland. But in condition, must show to the public a Christian Memorial Service, as to prove to the world that MJ was never a Muslim.
So, Staples Centre was just a normal show. That's why the coffin was closed and sealed. MJ was buried days earlier. The Gold Coffin was empty. They were about to bury the Coffin according to Christianity ways in Hollywood - as in their deal with the USA Government. These happened, because the USA is afraid of the rising numbers of Muslims in the world.


(Sheikh Ha**d)
The Brotherhood of Islam
Buletin of Bahrain

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Secara jujurnya, aku bukanlah peminat setia lagu2 MJ tapi aku minat jugak dengan 'Moon Walk' nya. Aku pun taknaklah komen panjang lebar tentang kes ini, kita sebagai manusia diberi akal untuk menilai keperibadian musuh2 Islam. So, kalau benarlah kes ini, sama2lah kita membacakan surah Al-Fatihah kepada Mikaeel. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...

Al-Fatihah...


Saturday, July 18, 2009

SAAT CINTA BERTASBIH...


17 Julai 09. Bebaru ini aku berkesempatan untuk membaca sebuah buku yang pada pendapat aku amat menarik juga untuk dikongsi bersama. Beli dalam seminggu lepas lagi tapi baru2 ni je berkesempatan untuk menghabiskan buku tu. Aku mendapatkan buku tersebut kat MPH, masa tu nampak just tinggal satu naskah je lagi, so aku ingat itu yang terakhir kot ataupun memang limited edition. So, aku pun belilah Saat Cinta Bertasbih: Tribut Untuk Tuan Guru.

Buku ini sebenarnya adalah sebagai suatu penghargaan terhadap Tuan Guru Nik Aziz yang merupakan Menteri Besar Kelantan dan dinukilkan oleh Riduan, Wan Abd Rahman dan Rossem, tiga-tiga aku tak kenal. So dalam buku ini, adalah beberapa topik yang dikupas yang menarik perhatian aku untuk dikongsi bersama.

Ada 4 tajuk menarik dan tajuk itu ialah Dari Pulau Pinang ke Kelantan, Keadilan Mengikut Penyair Sa'di, Orang Melayu dan Pembangunan serta Orang Politik DiHujung Usia Hidup Terasing. Keempat2 tajuk ini merupakan ulasan daripada perspektif penulis dan Tuan Guru sendiri yang mana ulasan yang diberikan adalah bersifat neutral serta lebih menumpukan usaha terhadap agenda Islam dan pembangunan negara.

Dari segi agenda Islam dan pembangunan negara, banyak dinyatakan dalam buku ini ialah perjalanan hidup Tuan Guru dalam politik dan dakwah serta perkara2 yang dilakukan di Kelantan sepanjang pemerintahannya sebagai Menteri Besar setakat ini seperti mengasingkan akaun halal dan haram, sistem Al-Rahn, Takaful Kifaalah, meluluskan Enakmen Kawalan HiburanDinar Emas, e-nikah dan sebagainya.

Ingin aku nyatakan disini ialah aku tak berniat untuk berbicara tentang politik sebaliknya lebih berlapang dada untuk memberitahu pengajaran yang dapat diambil iktibar oleh semua orang dari segenap lapisan masyarakat. Yelah, manalah tau, kot2 ada yang memandang serong aku, lalu dikatakannya aku ini berpolitik pulak dalam blog ini. Sedangkan aku just memberi komen tentang buku yang aku rasakan elok untuk dikongsi bersama dan mungkin ada pengajaran yang boleh dijadikan ikhtibar.

Untuk tajuk Dari Pulau Pinang ke Kelantan, dinyatakan kupasan tentang keadaan dan sebab yang menjadikan rakyat Pulau Pinang yang majoritinya adalah kaum cina sanggup beralih arah dalam pilihanraya 8 Mac lalu. Kebanyakanya menyatakan bahawa pihak pemerintah tidak pandai menjaga hati dan perasaan serta ekonomi negara. Bagi aku, sesiapa sahaja yang memerintah tidak penting tetapi apabila kita diberikan amanah oleh Allah SWT untuk menjadi seorang pemimpin, kita mestilah menjaga rakyat pimpinan kita. Tak dapat aku nafikan bahawa bukan senang untuk menjaga dan memuaskan hati semua orang tetapi seandainya kita pandai menguruskan sesuatu keadaan, sudah tentu orang akan menyukai kita.

Untuk Keadilan Sa'di pula, dia menceritakan kisah Raja Nusyirwan dan anaknya. Dalam kisah tersebut ada menceritakan tentang cara2 untuk berhadapan dan berurusan dengan rakyat, pedagang, pembantu dan sebagainya. Ini sesuai untuk dijadikan rujukan terhadap para pemimpin hari ini dalam urusan yang melibatkan pemerintahan. Satu yang aku suka ialah ayat terakhir untuk topik ini yang berbunyi "buah kurma dilapisi gula-ketika dibuka, kebenaran nampak didalamnya".

Orang Melayu dan Pembangunan pun aku suka juga. Ia lebih mengisarkan tentang sikap orang melayu yang sukan kemewahan pantas tanpa berusaha, tidak pandai menjaga harta yang diwarisi, sejarah penjualan Singapura dan sebagainya. Ini baik untuk kita sebagai generasi pewaris negara supaya tidak mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan dahulu.

Topik terakhir ialah Orang Politik Di Hujung Usia Hidup Terasing yang menfokuskan tentang keadaan pemimpin yang suatu masa dahulu disanjung tetapi apabila sudah tidak berkuasa, pemimpin tersebut diabaikan. Banyak contoh2 yang diberikan dalam buku ini seperti Sukarno, Nepoleon Bonapate, Benazir Bhutto dan sebagainya. Bagi aku, seandainya pemimpin2 ini semua banyak membuat jasa dan betul2 berbakti kepada rakyat, sudah tentu hidup mereka tetap disanjung hingga akhir hayat mereka. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya.

So pada pendapat aku, buku ini bagus untuk dibaca dan dijadikan pengajaran. Satu petikan yang menarik dalam buku ini ialah petikan dari Tun Musa Hitam yang berbunyi... "sebelum merdeka orang Melayu dilabelkan bodoh, malas, tidak sesuai dengan proses pemodenan, hanya layak tinggal di desa-desa. Sebagai orang Melayu, saya sedih dengan apa yang diucapkan Musa itu, namun untuk menolak sama sekali pandangan beliau, kita menjadi serba salah, kerana pandangan itu juga realiti"...


Wednesday, July 15, 2009

SESI DIALOG BERSAMA TNC...


15 Julai 09. Semalam aku dihubungi oleh staff dari HEP yang meminta aku agar datang ke pejabat untuk urusan surat sesi dialog. Aku agak susah sikit untuk pergi kesana memandangkan tiada kenderaan tapi mereka nak jugak jumpa dengan aku, so aku pun mengalahlah. Kata kawanku "HEP tu bodoh skit, yang takde kaki datang cari yang ada kaki", begitulah lebih kurang ayatnya tapi aku malas nak komen panjang2. So, aku pun contactlah kawan2ku untuk mendapatkan kenderaan. Alhamdulillah... ada kawan yang sudi membantu.

So, aku dengan kawanku yang OKU itu juga turut pergi ke pejabat HEP. Sampai kat sana, terjumpa juga seorang pelajar OKU perempuan cina bertongkat. Dia sedang berbincang sesuatu dengan staff yang menghubungi aku tadi. Aku tak kenal pelajar OKU tersebut tetapi apa yang aku pasti, semestinya OKU itu sendiri ditemani kawannya yang datang berjumpanya di pejabat. Sama dengan aku, yang takde kaki dan bertongkat pergi menemui yang sihat wa'alfiat.

After urusan pelajar OKU perempuan tadi selesai, staff itu terus menemui aku. Dia memberitahu bahawa aku dan kawanku dijemput untuk satu sesi dialog bersama Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) pada minggu depan bertarikh 22 hb ni. So, dia minta kami untuk datang dalam sesi tersebut kerana sesi dialog tersebut adalah untuk membincangkan tentang permasalahan pelajar OKU di universiti ini. Jadi, seandainya aku sebagai pelajar OKU mempunyai sebarang masalah, bolehlah terus kepada TNC dalam sesi dialog tersebut.

Dia juga ada memberikan kepada kami surat berserta sebuah borang kaji selidik tentang kajian mahasiswa kurang upaya. Soalannya lebih berkisar kepada akta OKU, kemudahan prasarana, pengajian, masalah pembelajaran, suasana sekeliling dan sebagainya. Borang ini mesti diisi dan diserahkan semula semasa sesi dialog tersebut.

After that, aku masuk ke bilik seorang lagi staff HEP untuk bertanyakan tentang sesuatu. Aku ada bertanyakan tentang status pinjaman kerusi roda elektrik itu yang mungkin aku perlu lanjutkan lantaran masih belum menerima maklum balas keputusan Master aku itu. Dia bersetuju dan tiada masalah tentang itu. Soal kedua aku ialah tentang majlis konvokesyen aku yang dijangka pada 18 Ogos ini. Aku berharap agar pihak universiti terutamanya yang berkaitan dengan majlis konvo itu dapat menyediakan tempat dan laluan untuk aku sama seperti konvo Diploma aku dulu.

Dia memberitahu bahawa dia tak terlibat dalam urusan konvo tersebut tetapi dia akan cuba untuk membantu dan dia minta kepadaku agar mengingatkannya kembali, yelah, kot2 dia terlupa. So, better tolong ingatkan dia awal2 agar segala persiapan yang diperlukan dapat disediakan. Bagi aku, oklah dia dah beritahu macam itu, setakat nak ingatkan dio, takde masalah.

Dia juga ada memberitahu bahawa untuk progam Master aku ini, agak susah kerana tempat kuliah berkemungkinan besar dilakukan diluar kawasan kampus, dilakukan di bangunan MARA sendiri. So, dia pun tak boleh buat apa2 melainkan jika aku utarakan masalah ini semasa sesi dialog tersebut dengan TNC dan mungkin sesuatu boleh diikhtiarkan.

Aku juga ada bertanya tentang status JPA aku sekarang ini termasuk elaun bulanan bagi pelajar OKU. Aku difahamkan bahawa elaun itu mungkin akan dapat asalkan aku tidak mendapat penajaan lain atas dasar OKU. So, untuk pinjamn MARA itu, itu adalah bukan penajaan pelajar tetapi lebih kepada penajaan projek. Apa2 hal pun, jika aku sudah sah mendapat tawaran Master tersebut, aku dikehendaki untuk memberikan salinan apa2 yang patut untuk proses permohonan bantuan tersebut.

So, perjumpaan kami sampai kat situ ajelah, after that kami terus pulang. Just tunggu tarikh untuk sesi dialog itu jelah dan isi borang soal selidik tu.


Tuesday, July 14, 2009

'KALAH' TEMUDUGA...


14 Julai 09. Hari ini adalah hari temuduga Master aku bersama kawanku yang juga OKU tu. Sebelum itu, aku dah buat appointment dengan pensyarahku agar dia boleh datang menjemput kami untuk ke tempat temuduga tersebut dan dia bersetuju lagipun dia adalah salah seorang panel dalam sesi temuduga tersebut. 2-3 orang jugaklah pensyarah dari fakulti aku yang dijemput untuk menjadi panel temuduga tersebut. So, dia datang dalam pukul 7.40 pagi dan kitaorang sampai ke BIP pada pukul 8.00 pagi.

Sampai disana, aku yang sebelum ini tak pernah lagi masuk ke tempat tersebut agak terkebil2. Kawasan tu taklah luas sangat tapi cantik dengan hiasan dan taman2 yang dijaga dengan rapi dan kawasan persekitaran juga bersih. So, kitaorang dibawa ke bilik Seminar untuk proses pendaftaran. Selesai proses pendaftaran kami dan semua calon lain diminta untuk menjawab satu sesi ujian ringkas tentang personaliti, biasa je, takde markah pun.

So, after that, kami diasingkan mengikut sesi temuduga tersebut. Ada 2 sesi serentak, setiap sesi dibuat terhadap 2 orang pelajar sekaligus, so ini bermakna satu sesi boleh fit 4 orang calon. Mengikut senarai nama calon yang mendaftar, terdapat 18 orang yang sepatutnya menghadiri temuduga ini tetapi just 12 orang ju yang hadir, 6 orang lagi itu tak pasti samada dapat dihubungi atau sememangnya tak nak join program ini.

Tiba giliran aku, aku dibawa masuk ke bilik temuduga bersama seorang lagi student Fakulti Elektrik. Ada 4 orang penemuduga dalam bilik tersebut, 2 pensyarah iaitu seorang dari fakulti aku dan seorang lagi dari fakulti Pengurusan, seorang wakil dari MARA dan seorang dari BIP.

Kami berdua mulanya diberi masa 3 minit untuk memperkenalkan diri dan after that, kami diminta menerangkan tentang business idea yang ingin dilakukan sekiranya terpilih menyertai program Master ini. So, dalam masa 3 minit ini, masing2 cuba menjual kebolehan diri dan untuk sesi business idea, kami menerangkan tentang projek yang ingin dilaksanakan. Aku cuba untuk meyakinkan panel terhadap keistimewaan projek aku ini.

Aku lebih menerangkan tentang keistimewaan projek seperti mesra pengguna, mesra alam, boleh menjana keuntungan berganda, target pengguna dan sebagainya.Secara overallnya, aku lebih menerangkan tentang business plan dan target rancangan aku untuk jangkamasa 3-5 tahun ini.

Selepas sesi penerangan business idea, tibalah giliran untuk bersoal jawab. Aku ditanya tentang pelbagai soalan terutamanya dari pihak BIP dan MARA. Pensyarah ada juga tanya soalan tetapi tak banyak pun. Mula2nya soalan mereka berkisar tentang projek aku itu, tentang macamana benda itu beroperasi, berapa kos pembinaan dan peluang dalam market. Semua soalan2 itu aku boleh jawab dengan tenang dan baik.

Then bila masuk kepada soalan tentang transport, mobiliti, kelas dan kursus yang dibuat di tempat BIP, aku 'kalah' disitu. Mereka lebih bertanyakan tentang keadaan aku samada aku mampu @ tak datang kuliah, mampu pergi lawatan dan ulang-alik dari satu tempat ke satu tempat. Bila sampai bab inilah yang aku 'lemah dan kalah'.

Apa yang aku mampu jawab adalah aku akan berusaha sedaya upaya untuk cuba datang ke kuliah dan aku mungkin akan mintak kawan2 untuk membantu. Ini soal mobiliti dan kemudahan aku untuk berulang-alik ke kuliah, bukan tentang hal projek. Kalau hal projek, aku rasa takde masalah tapi hal untuk ke kuliah inilah yang menimbulkan sedikit masalah. Kuliah bukannya di fakulti aku, di luar kampus pengajian aku.

After that, kami sebagai calon diberi pula peluang untuk bertanya dan aku mengambil peluang ini untuk bertanyakan samada adakah pihak BIP boleh menimbangkan untuk membuat kuliah di fakulti aku supaya senang untuk aku ulang alik ke kuliah. Daia menjawab, sometimes perlu juga buat kelas di BIP itu kerana segala kemudahan sememangnya tersedia disitu tetapi pihak BIP akan menimbangkan permohonan aku untuk cuba membuat kuliah di fakulti aku.

After that, tamatlah sesi temuduga aku. Selang beberapa minit, aku terjumpa semula dengan kawan OKU aku itu yang juga baru selesai temuduganya. Dia berkata, dia juga ada ditanya tentang soalan tentang transportation, tempat kuliah dan sebagainya. Aku fikir, memang kami dah tak boleh nak elak masalah ini dan pihak BIP juga rasanya tentu kurang berkemampuan untuk melaksanakan pertukaran tempat kuliah. Yelah, pihak mereka pun ada kekangan2 tertentu juga.

So, itulah sesi temuduga aku hari ini. Aku rasa mungkin aku tak dapat sambung Master ini berdasarkan masalah dari pihak aku sendiri serta kekangan pihak mereka. Walaubagaimanapun, think positive,berdoa dan bertawakal. Itu sahaja yang mampu aku laksanakan sekarang. Insyaallah...


Sunday, July 12, 2009

DAH DAPAT...


11 Julai 09. Tengahari tadi aku ada mendapat sms daripada staff HEP yang menyatakan bahawa aku sudah dibenarkan untuk menggunakan kerusi rodaku semula. Tarikh aku dibenarkan menggunakan kerusi roda elektrik itu adalah sehingga 16/7 dan after tarikh tersebut, mungkin aku dikehendaki memulangkannya semula kepada pihak universiti.

Dalam sms itu, dinyatakan bahawa aku dikehendaki mengambil kerusi tersebut dan menandatangani surat penerimaan. Aku tak tau macamana aku nak pergi ambil kerusi tersebut sedangkan aku tak ada kenderaan yang sesuai untuk membawanya. Setakat kereta biasa, tak muat, at least mesti lori, van atau pajero. So, aku mintak pertolongan pihak kolej untuk mengambilnya.

Bila aku dapat kerusi roda elektrik tersebut, aku dikehendaki untuk menandatangani surat penyerahan dan peminjaman. Aku hanya boleh menggunakannya sehingga 16/7 dan after that, maybe aku akan buat surat lain untuk melanjutkan tempoh tersebut melainkan aku dapat surat tawaran sambung Master. Seandainya aku mendapat surat tawaran tersebut, aku dikehendaki memberikan salinannya dan barulah suatu tempoh kekal selama setahun setengah boleh dimohon.

Sewaktu aku menerima kerusi tersebut, aku bercadang untuk test dulu dan jika ada apa2 masalah terus aku beritahu staff tersebut tapi tak sempat. So, aku hanya sempat test kerusi tersebut after staff tersebut pulang. Yelah, risau gak aku kot2 ada lagi something yang tak kena after maintenance, sedangkan aku dah menandatangani penerimaan tersebut. Dalam surat tersebut juga, aku diamanahkan utk menggunakan dan menjaganya sebaik mungkin. So, kalau ada apa2 hal, aku yang kena bertanggungjawab. Aku bukannya taknak bertanggungjawab langsung seandainya apa2 berlaku, tapi terus terang aku katakan, untuk buat repair, aku tak berkemampuan.

So, bila aku test, alhamdulillah... Syukur kepada Allah SWT. Semuanya ok, so boleh pakai. After that, aku pun pakailah secara seperti biasa. Ada beberapa adjustment yang perlu aku lakukan tetapi just simple adjustment ajelah, ubahsuai untuk keselamatan dan keselesaan, sikit je.

After that, malam itu aku nak tidur dan try nak cas bateri kerusi tersebut tapi tak dapat. Aku pun pelik kerana tiada sambungan antara bateri dan controller. So, bila plug dipasang, bateri seolah2 tak masuk. Biasanya, bila bateri dicas, akan lampu di controller akan berkelip2 tapi malam itu tak berkelip. Cari punya cari masalah tersebut, lebih kurang pukul 2.00 pagi baru jumpa puncanya. Wayar sambungan tersebut tak disambung dan wayar tersebut itu juga tersembunyi di sebalik kekotak enjinnya. Fuh... Penat jugaklah aku mencarinya. So, bila aku dah buat connection, baru ok. Tengahari tadi aku just check dari segi penggunaannya, tak check pun dari segi casnya.

Keesokkan harinya, bila aku dah dapati bateri berjaya dicaskan, aku pun sms kepada staff HEP untuk mengucapkan terima kasih kerana telah membantu aku. Dia reply mesej aku dengan memberitahu bahawa untuk "next time, jika ada sebarang masalah, jangan komplen kat orang lain, beritahu je dia". Macam tulah lebih kurang ayat sms tersebut. Aku tak reply sms tersebut.

Aku rasa aku boleh faham maksudnya. Aku diminta agar terus memberitahunya seandainya aku ada masalah, bukannya memberitahu orang lain samada kepada kawan atau pihak atasan. Dalam kes kerusi roda ini, aku sepatutnya memberitahu dia tentang kerosakan kerusi roda tersebut. Tapi yelah, kes kerosakkan kerusi roda ini sudah aku beritahu dari bulan Disember tahun lepas lagi.

Setiap kali rosak sepanjang semester lepas, aku terus beritahu dia dan dia kata nak datang tengok tapi tak datang2 jugak. Nak kata aku tak pernah jumpa dia, dah jumpa dah dan dah beritahu tapi still tak ada tindakan. Bila ada kawan aku memberitahu pihak atasan, dia mintak aku supaya terus memberitahunya jika ada sebarang masalah, bukan memberitahu kepada orang lain. Hm....

Tapi apa2 hal pun, aku ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam membantu aku untuk mendapatkan kembali kerusi roda tersebut. No body perfect. Aku seda, kalau tak ada kawanku dan pihak HEP, susah juga untuk aku menjalani life aku kat sini. So, Alhamdulillah aku panjatkan kepada Allah SWT kerana dengan llimpah rahmat-NYA aku terus diberikan rezeki seperti ini dan ribuan terima kasih juga kepada kawan dan pihak pengurusan universiti kerana sudi membantu aku.


Thursday, July 9, 2009

BUKAN BERSTATUS PELAJAR...


8 Julai 09. Aku tengahari tadi bersama kawanku yang OKU itu pergi ke fakulti dengan dijemput oleh kawanku untuk berbincang dengan pensyarah tentang kerja sambilan. Aku bersama 2 lagi kawanku ditawarkan untuk membuat kerja sambilan iaitu kerja yang lebih kepada update data dan information dalam sebuah laman web yang bakal dirasmikan pada majlis Pesta Konvo bulan Ogos nanti.

Sampai di fakulti, kami semua berbincang di bilik mesyuarat tentang kerja apa yang ditawarkan. Asasnya, kami dikehendaki untuk membuat maintenance dan update maklumat yang terdapat dalam laman web. Kami juga dikehendaki untuk menjadi moderator forum yang terkandung dalam laman web tersebut.

Kerja membina laman web sudah 95% siap dan hanya tinggal touch up sikit sahaja lagi, jadi yang itu kami tak perlu risaukan. Struktur laman itu sudah complete dan apa yang menjadi tugas kami adalah memantau data dan maklumat, mengemaskini dan sentiasa berhubung antara ahli komuniti dalam forum tersebut. Laman ini khas dibina oleh pelajar dan untuk pelajar. Dengan mengambil motto 'From Student To Student', laman interaktif ini khas untuk pelajar di universiti ini dan orang awam.

Laman ini akan dilancarkan pada Pesta Konvo nanti yang mana dijangkakan akan mendapat sambutan yang hangat. Insyaallah.... Tentang gaji, kami tak bincang pun kerana setakat ini kerja2 bahagian kami masih belum bermula. Walaubagaimanapun, pembahagian tugas sudah dilakukan dan gaji adalah bergantung kepada komitmen dan kualiti kerja yang dihasilkan nanti. Tempoh seminggu pula diberikan untuk kami diuji dan dinilai. Kalau dalam seminggu ini performance kami ok. bermakna jadilah kerja itu.

Aku lebih bertanggungjawab terhadap bahagian moderator forum, update list harga produk IT dan pemaparan iklan. Setakat yang dibincangkan, sekiranya task semakin bertambah dan tidak mampu ditanggung oleh pekerja sedia ada, pihak kami bersetuju untuk menambah lagi bilangan pekerja untuk membantu kami. Ini bergantung juga kepada sambutan pengguna terhadap laman interaktif tersebut.

Kawanku yang seorang lagi itu bertanggungjawab dalam menghantar email, e-aduan dan turut sama menjadi moderator forum. Bagi aku, tugas yang diberikan ini tidaklah susah sangat pun, yang penting mesti sentiasa online dan berkomunikasi serta menjadikan laman ini lebih berinteraktif . Bagi kerja2 yang melibatkan pergerakkan, melibatkan pengumpulan data dan gambar2 telah diberikan kepada kawanku yang lain. So, setakat ini pekerja sambilannya adalah 3 orang sahaja.

After this, kitaorang akan turut diberikan sedikit tunjuk ajar tentang penggunaan Joomla. Aku sebelum ini ada belajar tentang Mambo semasa Diploma dulu. Kedua2 CMS ini lebih kurang sama sahaja dari segi fungsi dan cara penggunaannya, so aku rasa setakat ini takdelah memberi masalah sangat kepadaku.

So, perbincangan kami tamat tengahari itu dan after pulang ke kolej, aku terus prepared fail2 yang berkaitan dengan interviewku supaya bila dah start kerja tu, takdelah aku kelam kabut sangat. Mintak2lah kerja sambilan yang aku buat ini mendapat kejayaan dan keberkatan daripada Allah SWT. Insyaallah...

Petang itu pulak, aku ada call HEP bertanyakan tentang status kerusi roda elektrik itu. Aku diberitahu bahawa kerusi itu sudah diambil dari pihak supplier, sudah ada dengan pihak HEP. So, aku pun tanyalah, boleh tak hantar kerusi tersebut kepadaku. Pihak HEP kata tidak boleh kerana aku bukan lagi bergelar pelajar di universiti ini. Aku mesti mendapatkan surat tawaran dari pihak universiti terlebih dahulu, barulah aku dibenarkan menggunakan kerusi tersebut. Sama juga halnya dengan permohonan mendiami kolej.

Pihak kolej mengatakan aku bukan lagi berstatus pelajar, so tak boleh nak bagi lagi. Itu adalah undang2 universiti, katanya. So, aku pun tak boleh buat apalah. Nak mengadu sekali lagi kepada NC, rasa kesian pulak. Takpelah, tengoklah dulu samada aku mampu dapatkan atau tidak tawaran Master itu. Aku perlu sabar sedikit sahaja lagi. Kalaulah pihak HEP dan kolej tak boleh lagi berikan setelah aku dapatkan surat tawaran tersebut, barulah aku naik kepada pihak atasan.


Monday, July 6, 2009

BUKAN ITU MAKSUDNYA...


6 Julai 09 . Semalam aku ada ym dengan kawanku pasal komen dalam post ARAHAN KOLEJ. Kawanku yang inilah yang mencadangkan kepadaku supaya menulis surat kepada NC dan memberitahu masalah Master serta penginapanku dikolej. Dia agak terasa dengan perkataan 'mengadu domba' yang aku postkan itu.

Melalui ym, dia ada mengatakan bahawa dia agak terasa dengan kata2 mengadu domba tersebut sedangkan itu bukan intentionnya. Dia tidak bermaksud untuk aku mengadu domba tetapi sekadar menjelaskan permasalahan yang aku hadapi sekarang ini. Ini kerana, tindakan dari pihak atasan boleh menyelesaikan masalah aku daripada membuang masa dengan berurusan dengan pihak bawah yang penuh karenah.

Dia mencadangkan begitu kerana sesetengah perkara lebih cepat dan mudah diselesaikan dengan direct kepada pihak atasan. Pihak bawah pula kalau tak diketuk, takkan jalan. Sebab itulah perlunya kita memberitahu kepada pihak atasan terus supaya pihak atasan dapat mengambil tindakan segera dan sewajarnya.

Cuma apa yang ditegur adalah perkataan mengadu domba itu yang mungkin boleh menimbulkan something yang berbeza maksud walaupun bukan begitu maksudnya. Dia juga ada berkata, kita boleh memberitahu tentang masalah kita kepada pihak atasan jika pihak bawah ini tak buat kerja, tak salah kita memberitahunya. Bukan kita nak menimbulkan kemarahan orang ataupun bermusuh tetapi jika puhak bawahan tak buat kerja, kita mesti adukan kepada pihak atasan.

Selepas aku mendengar penjelasan dari kawanku itu, aku akui bahawa apa yang diberitahunya adalah benar. Kita memberitahu pihak atasan bukan bermakna kita nak bermusuh tetapi mungkin juga sebagai teguran demi membantu meningkatkan lagi prestasi pihak bawahan. Kawanku itu menegurku akan penggunaan perkataan mengadu domba dan dan aku akui bahawa itu memang silapku.

Aku akui bahawa next time, insyaallah, aku akan berhati2 untuk memilih perkataan yang sesuai bagi menerangkan sesuatu maksud supaya tiada lagi orang yang terasa hati. Pemilihan perkataan itu juga mesti sesuai dengan keadaan dan situasi yang dibicarakan supaya tidak lari dari maksud sebenar.

Aku bersetuju juga dengan kata2 kawanku, tak diketuk, tak jalan. Sekali ketuk, sekali jalan. Hm...



SAUDARA BARU...


5 Julai 09. Masuk hari ini, rasanya sudah hampir 2-3 minggu aku ada berkenalan dengan seorang saudara baru. Dia berketurunan cina+jepun dan baru dalam 6 bulan memeluk Islam. Namanya ialah Adzim dan nama asalnya adalah Yushiko, nama macam perempuan je tapi lelaki. Dia waktu ini menumpang di rumah sahabatku.

Sahabatku itu ada membawa Adzimi ini datang melawatku dan kadang-kala tidur bersama-sama dikolej. Dia sudah tiada tempat tinggal dan tiada tempat bergantung setelah dihalau oleh ayahnya lantaran mengetahui bahawa Adzim telah memeluk Islam. So, sekarang ini dia sememangnya bergantung sepenuhnya kepada sahabatku dan rakan2 lain.

Adzim baru berumur 19 tahun dan baru 5-6 bulan memeluk Islam. Tingkah lakunya masih banyak dengan gaya asalnya, yelah dah terbiasa dari kecil lagi, bukan senang nak ubah gaya hidup dia. Dia berasal dari keluarga berada, ayahnya tauke Toyota, ada 3 buah rumah masing2 di Johor, Singapura dan Jepun. Memang boleh dikatakan orang berada.

Bila ditanya kenapa dia memeluk Islam, katanya dia bermimpi ditemui oleh seseorang yang berbaju putih bercahaya dan orang itu mengajarnya tentang Islam. Dari titik tolak itulah dia cuba2 mempelajari tentang Islam secara sembunyi. Selepas keluarganya menetahui tindakan dia memeluk Islam, dia dihalau sehelai sepinggang, tanpa apa2 dokumen pun, ic pun tak dapat ambil. Memang kosong.

So, sekarang ini dia menumpang di rumah sahabatku. Kadang-kala, dia mengajak sahabatku itu tidur di masjid. Dia suka berada di masjid. Dalam tempoh perkenalan aku dan dia(dah 2-3 minggu jugaklah), aku ada penilaianku yang tersendiri tentang dirinya dari perspektif saudara baru.

Sebagai umat Islam, kita wajib membantu saudara baru yang perlukan pertolongan dari segi perlindungan, penjagaan dan pengajaran terhadap ilmu Islam. Aku berkesempatan mengajar dia sedikit sebanyak tentang bacaan surah terhadapnya. Dia seorang yang mudah mengingati dan mudah menghafal tetapi penumpuannya tidak boleh lama. Dia just boleh fokus dalam 10-15 minit sahaja. Mungkin itu adalah sifatnya semulajadinya, mudah bosan dan tidak boleh fokus terlalu lama.

Aku juga melihat bahawa kita hanya boleh membantu setakat yang mampu sahaja. Apatah lagi kita tiada kemudahan,waktu,tenaga dan ilmu yang mencukupi untuk betul2 membimbingnya. Setakat sikit2 tu bolehlah, ajar yang asas2nya, yang dalam2 itu, bagi aku, biarlah dirujuk pada yang pakar. Dikalangan aku dan kawan2ku, kami agak sibuk tetapi masih lagi tiada masalah untuk menjaganya dan membimbingnya. Apa yang aku agak risaukan adalah sahabatku yang sentiasa bersamanya sekarang ini.

Sahabatku itu seorang yang cukup baik, tidak pernah katakan 'tidak' jika kami minta bantuan daripadanya. Jika aku mintak apa2 dari dia, pasti dia cuba tunaikan sedaya upayanya, komitmen dia untuk membantu cukup tinggi. That's why dia sanggup membantu saudara baru ini dengan sedaya upayanya.

Namun, setiap orang ada had keupayaan dan ada sifat masing2. Adzim ini sememangnya budak yang bagus, tapi mungkin masih terikut2 dengan gaya hidup asalnya menjadikan dia tak mampu berdikari sendiri. Dia juga seorang yang mudah boring, tak boleh duduk lama disesuatu tempat kecualilah jika diberikan laptop dan internet, barulah melekat. Kalau tak ada internet, ada saja tempat yang dia mahu pergi, pergi pulak dengan sahabatku itu.

Sikap Adzim ini menimbulkan sedikit kurang senang hati terhadap beberapa sahabatku lain yang tinggal serumah dengan Adzim buat masa sekarang ini. Disebabkan 'kenakalan' saudara baru ini, memang diorang tak boleh tahan dengan Adzim. Namun, bila saja Adzim ditegur @ dimarahi, sahabatku itu terus sahaja 'menyejukkannya'. Pada pendapat aku, susah aku nak katakan siapa yang betul dan siapa yang tidak betul. Tiada pihak yang benar dan salah.

Bagi aku, sikap sahabatku itu yang kadang-kala terlalu melindungi juga kurang kena pada tempatnya. Biarlah Adzim ini terus ditegur dan jika benar Adzim ini 'nakal', dia mesti mohon maaf dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi. Dia perlu cuba mengubah sikap asalnya walaupun aku tahu perkara itu akan mengambil masa yang lama. Tapi sekurang-kurangnya, cubalah didik Adzim ini mengaku silapnya dan mohon maaf. Aku percaya sahabat2 serumah boleh menerimanya.

Adzim juga perlu diajar berdikari dan tidak boleh bergantung sepenuhnya pada sahabatku itu. Sahabatku itu juga ada lifenya sendiri. Dia juga tak mungkin dapat membantu 24 hour. Adzim mesti belajar membuat kerja2 rumah sendiri seperti basuh baju, mengemas rumah dan apa2 yang patut, sekurang2nya tak perlu bergantung sangat. Yelah, dia berasal dari keluarga berada, ramai orang gaji, so tak pernah buat kerja. Inilah yang perlu diajar dan dididik.

Bagi aku juga, tindakan sahabat serumah itu ada betul dan ada yang tidak. Bagi aku, lebihkanlah sabar dalam mendidik saudara baru. Adzim ini masih muda, sempat lagi dilentur. Tegurlah dengan cara yang berhikmah dan sabar. Seandainya Adzim membuat 'nakal', janganlah dimarahi pada waktu itu juga kerana dibimbangi kita akan gagal mengawal emosi dan tekanan. Tegur dan marahlah dia sewaktu kita sudah reda. Ini boleh dijadikan suatu pengajaran bagi Adzim. Tidak dimarah pada waktu dia 'nakal', tidak bermakna dia boleh terlepas begitu sahaja. Tegur dan marahlah dia dalam keadaan yang tenang malahan tidak salah kita mendendanya tetapi biarlah denda itu dibuat bukan dalam keadaan beremosi.

Entahlah, aku sebenarnya pun bukan berniat untuk komen apa2 yang dilakukan oleh sahabat2ku itu semua. Siapalah aku ini nak komen macam2, macamlah aku ini pandai sangat sangat. Tapi yelah, apa yang aku tahu, aku beritahu. Aku tak berniat sekali2 nak mengatakan sesuatu yang kurang elok terhadap sahabatku. Mereka semua baik hati dan banyak membantu aku.

Dari pihak Adzim pula, dia perlulah mengubah sikap dan sifatnya. Tak perlulah secara mendadak, cukuplah dengan beransur2 tetapi berkesan untuk jangka masa lama. Dia perlu sedar bahawa dia bukan orang berada, bukan juga beragama selain agama Allah. Dia perlu mempelajari ilmu agama sedikit demi sedikit. Bukan memberi penekanan terhadap ibadah sahaja tapi biarlah merangkumi semua seperti akhlak pergaulan hidup.

Kepada Adzim, semoga dia berjaya menjadi seorang umat Islam yang unggul. Kepada sahabat2ku semua yang terlibat dalam membantu Adzim ini, bersabarlah dan teruskan usaha. Berusahalah secara berhikmah, Insyaallah akan berjaya.


Saturday, July 4, 2009

PANGGILAN TEMUDUGA...


3 Julai 09. Alhamdulillah... Syukur aku panjatkan kepada Allah SWT kerana hari ini aku ada menerima email daripada pihak pengurusan yang bertanggungjawab terhadap urusan Master ku. Aku dikehendaki datang untuk sesi temuduga pada 14 Julai nanti di tempat mereka pukul 8.00 pagi. Alhamdulillah...

Walaupun perkara ini bukanlah suatu jaminan yang aku boleh sambung belajar, yang pasti sedikit sebanyak berita ini telah cukup untuk menggembirakan hatiku. Yelah dari sebelum ini, jangankan nak tahu tarikh temuduga, statusnya pun masih lagi kabur, ada atau tak ada program ini.

After aku terima email itu, aku dicall oleh staff pengurusan tersebut untuk memberitahu tentang tarikh temuduga tersebut. Dia memberitahu bahawa surat2 akan dihantar kerumahku dikampung. Dia juga ada memberitahu tentang waktu dan tempat untuk temuduga. So, tarikh temuduga adalah 14 Julai tinggal 10 hari sahaja lagi untuk temuduga tersebut.

After mendengar khabar tersebut, aku call ayahku untuk berkongsi berita gembira ini. Hm... mungkin sesetengah pihak menganggap ini baru temuduga, belum tentu lagi aku akan terpilih. Takpelah, memang benar ini baru temuduga dan aku pun belum pasti akan terpilih. Namun bagi aku, setidak-tidaknya aku sudah tidak perlu terfikir-fikir tentang status permohonan Master ku. Apa yang aku perlu fikirkan sekarang ini adalah proses temuduga aku itu, biarlah berjalan lancar dan aku terpilih untuk menyambung pelajaranku.

Kawanku yang kini sebilik dengan aku juga amat gembira dengan berita tersebut. Yelah, kes dia pun sama jugak dengan kes aku. Sama2 menunggu status program tersebut. Sama2 tension dan tertekan. Aku rasa dengan adanya balik program ini, aku tak perlu tangguh kepada intake Disember untuk sambung belajar. Walaubagaimanapun, aku tak pasti samada panggilan temuduga ini adalah untuk intake Julai ataupun intake Disember. Lupa pulak aku nak tanya staff yang call tadi. Apa2 pun, mintak2lah ianya adalah intake Julai. Kalau tak, aku maybe kerja sambilan dulu.

Aku cadang untuk pulang ke kampung dalam 2-3 hari lagi untuk settlekan apa2 perkara yang perlu. Yelah, kalau surat temuduga itu sampai dikampung, aku mesti pulang ke kampung untuk tengok apa yang perlu aku dapatkan dan bawa untuk sesi temuduga itu. So, aku pun contact seorang kawanku untuk teman aku balik kampung. Alhamdulillah... dia sudi bantu.

Petang itu, pensyarahku ada call kawan sebilikku untuk berbincang tentang kerja sambilan, buat projek. So far, projek yang terdekat adalah bernama 4Siswa yang akan dilancarkan pada Pesta Konvo bulan Ogos nanti. Apa yang aku tahu, projek itu dah settle, cuma perlukan orang untuk buat proses maintenance dan jadi pembantu admin sahaja.

Ada satu projek yang lain adalah untuk Content Management, just buat maintenance dan update je, sistemnya pun dah ada. So, aku cadang dengan kawanku itu untuk ambil salah satu dari projek tersebut. Yelah, kerja sementara yang aku buat buku sekarang ini pun just sebulan je, after that, aku kena cari kerja lain pulak sebagai sambilan. Bukan soal duit dan gaji yang aku kisahkan, yang penting adalah pengalaman berkerja, pengalaman kena marah dan pengalaman untuk aku menyerap seberapa banyak tekanan kerja.

Tekanan kerja dengan tekanan menunggu status Master adalah berbeza. Tekanan menunggu status adalah dalam keadaan aku yang tak boleh buat apa2 pun, just tunggu dan berdoa saja. Tekanan kerja adalah tekanan yang aku hadapi di alam kerja, seberapa banyak yang boleh aku timba pengalaman berkerja. Apa pun tentang kerja sambilan itu, aku belum pasti lagi. Aku mungkin akan ambil satu projek dan buat secara sambilan.

Walaubagaimanapun, aku tetap tak boleh berasa berpuas hati dulu. Selagi aku belum confirm dapat sambung Master, aku masih lagi berada dalam zon yang kurang selamat dan perlu lebih usaha lagi serta perlu beberapa back up plan lagi. Aku takut, yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula keciciran. Aku masih lagi perlu menyediakan rancangan lain seandainya aku tak dapat sambung Master.

Apa pun, mendengar berita adanya temuduga, sudah amat menggembirakan hatiku. Alhamdulillah....


Friday, July 3, 2009

ARAHAN KOLEJ...


2 Julai 09. Semalam, after aku pulang dari melihat perbentangan, ada surat diterima daripada pihak kolej. Surat pekeliling yang meminta pelajar mengosongkan bilik. So, aku membuat keputusan untuk pergi ke pejabat kolej dengan buat surat dulu. After siap surat tu, barulah pergi ke pejabat kolej.

Aku buat surat rayuan untuk stay kat kolej. Aku buat alasan yang aku sekarang ini sedang menunggu panggilan interview untuk sambung Master. Sambil2 itu aku buat planning untuk pembacaan jurnal dan perlu ulang alik ke fakulti untuk jumpa pensyarah.

So after aku print surat tu, aku mintak tolong member aku bawa ke pejabat kolej. Sampai di pejabat, aku berjumpa dengan pengurus asrama sebab pengetua takde. So aku pun diberitahulah akan sebab2 aku perlu kosongkan bilik.

Mengikut peraturan kolej dan universiti, aku sudah dikira bukan lagi pelajar universiti kerana aku dah tamat belajar walaupun belum konvo lagi. Jika aku bukan bergelar pelajar, aku tak dibenarkan tinggal di kolej. Aku boleh dibenarkan tinggal dikolej, tetapi sebagai orang luar dan kadar bayaran sewanyanya juga adalah tinggi. Walaupun begitu, pihak kolej sudah mempertimbangkan tentang keadaan aku.

Pihak kolej mengizinkan aku tinggal di kolej dengan 2 syarat iaitu aku kena pindah bilik dan tinggal bersama2 kawanku yang juga OKU tu juga untuk menjimatkan kadar sewa. Kalau dulu aku stay seorang termasuk juga kawanku itu. So, dah pakai dua bilik. Sekarang ini pihak kolej minta aku share bilik. Itu adalah syarat pertama. Syarat yang kedua adalah jika terdapat arahan dari pihak HEP yang mengatakan ada pelajar OKU lain yang ingin stay kat kolej itu, pihak kolej terpaksa juga mengarahkan aku dan kawanku kosongkan bilik, dah tak boleh tinggal di kolej lagi.

So, buat masa sekarang ini, aku masih dibenarkan tinggal dikolej bersama2 kawanku itu tetapi pada bila2 masa sahaja aku boleh dikehendaki keluar. Aku boleh stay kat kolej katanya seandainya aku adalah bergelar pelajar atau RA atau RO. Pihak kolej katanya, tahun ini hanya dapat reservekan 2 buah bilik OKU sahaja memandangkan permintaan yang tinggi dari pelajar yang baru mendaftar baru2 ini.

Satu bilik sudah ada penghuninya iaitu pelajar OKU yang dulu, member aku jugak, tapi ketidakupayaannya adalah lebih kepada fizikal dan agak lemah badan. Satu bilik lagi adalah bilik yang aku huni sekarang. So, seandainya ada pelajar OKU baru yang mendaftar di kolej ini, aku terpaksa mengosongkan bilik. After aku pulang dari pejabat kolej, aku pun segera berkemas2 dan pindah kebilik kawanku, ala tak jauh pun, bilik depan je. Biliknya mengadap bilik asal aku je, so takdelah masalah sangat nak pindah, lagipun kawanku ada membantu.

Sebelum ini, ada kawanku yang cadangkan agar aku tulis surat kepada NC untuk mohon tinggal dikolej. Dia cadangkan agar aku tulis surat tersebut dengan menggunakan alasan untuk menunggu panggilan interview Master. Asalnya aku agak bersetuju dengan cadangan tersebut tetapi bagi aku, elok aku berjumpa dulu dengan pengetua atau pengurus asrama dan berbincang terlebih dahulu dengan pihak kolej.

Kurang elok kalau aku terus mengadu domba kepada pihak atasan sedangkan pihak yang patut aku bincang dahulu tak pernah aku jumpa pun. So, aku cadang untuk jumpa dahulu dengan pengetua kolej. Kalau tak lepas jugak, barulah aku utarakan kepada NC. Bagi aku cara diplomasi begini lebih sesuai. Bukan aku nak kata cadangan kawanku itu tak elok, tapi biarlah step by step.

So, after tak lepas dengan pengurus asrama ini, aku rasa bolehlah aku start buat surat untuk NC. Hm.... serba salah pulak aku rasanya. Aku tak pasti adakah betul tindakanku ini...

TENGOK PERBENTANGAN...


1 Julai 09. Hari ini ada pembentangan projek akhir dari jabatan MIS, so aku bercadang nak pergi tengok. Perbentang pertama bermula pukul 8.30 pagi. Aku contact kawanku dari kolej lain untuk datang membantu aku untuk pergi ke fakulti. Alhamdulillah, kebetulan dia juga berhajat untuk ke fakulti untuk siapkan projeknya. So, kitaorang set masa pukul 8.30 pagi.

Apabila jam menunjukkan pukul 9.00 pagi, baru kawanku itu sampai, dia bangun lewat katanya. Takpelah, janji dapat jugak pergi tengok. So, sampai kat fakulti, aku dah terlepas untuk pembentang pertama. Dia adalah kawanku yang sama supervisor denganku. Aku tak sempat nak tengok sistemnya. Tapi dengar khabar, ok jugaklah projeknya cuma perlu dibuat pembetulan minor je. Alhamdulillah....

After that, aku pergi lepak kejap kat makmal, tempat kawan2ku berkumpul. Mereka dari jabatan lain tapi kitaorang rapat jugak. Dari situ, aku sempat sembang2 dengan beberapa kawan yang sedang menyiapkan projek masing2. Mereka semua kebanyakkanya dah siap sistem mereka tetapi masih buat beberapa ubahsuai, kira macam last touch up lah. Sambil2 tu jugak, aku sempat komen beberapa sistem kawan2ku. Yelah, aku pun bukannya pandai pun, setakat komen tu bolehlah skit2.

Ada antara mereka yang aku tengok memang power sistem mereka terutamanya bila melibatkan device. Macam2 tools yang mereka gunakan untuk menyokong sistem mereka. Bagi aku, ianya adalah satu pengalaman yang baiklah seandainya kita boleh mengaplikasikan device dan tool lain dalam meningkatkan mutu sistem kita.

Pukul 11.00 pagi, aku sekali lagi pergi tengok pembentangan kawanku. So, secara overalnya, aku boleh katakan oklah dia punya sistem. Cara perbentangan pun ok, mampu menjawab soalan yang ditanya oleh pihak penilai. Sistem yang dibangunkan pun ok jugak, lebih untuk kanak2 (sistem dia melibatkan pembelajaran kanak2). Cuma adalah serba sedikit yang bagi aku kurang sesuai terutamanya dari segi interface dan pemilihan warna serta saiz font. By the way, jika sistem mampu beroperasi dengan baik, masalah kecil itu tadi tak ada masalah.

After kawanku ini present, aku sempat bertanya tentang bagaimana cara dia buat satu part itu. Kalau aku, aku ada cara aku sendiri tapi mungkin caranya berbeza sedikit. Dia beritahulah caranya, then cara dia itu agak berbeza sedikit dengan cara aku. Alhamdulillah... tak sia2 aku datang, dapat juga belajar ilmu baru yang boleh aku manfaatkan.

After that, aku sempat jugaklah tengok perbentangan beberapa orang lain yang kebanyakkanya adalah pelajar cina. agi aku, secara overalnya, sistem mereka bagus cuma sometimes nampak agak berbeza sedikit jurang kehebatan sesama mereka. Ada yang sederhana dan ada yang terlampau advance. Nampak jurangnya. Tapi bagi aku projek mereka memang power malahan ada sesetengah part yang aku sendiri pun tak sure samada aku juga mampu membuatnya.

So, after tamat semua perbentangan, aku pun pulang dengan kawanku. Sampai dibilik, aku termenung seketika tentang kawan2 ku yang ambil short sem ini semata2 untuk settlekan projek mereka. Bagi aku mereka bukan tak pandai dan tak tahu cara membuatnya. Mungkin masa semester lepas, mereka inginkan sistem mereka betul2 complete dan boleh beroperasi sepenuhnya. Disebabkan itu, ada sesetengah mereka terpaksa extend untuk short sem ini.

Bagi aku, tak kisahlah samada extend atau tidak, yang penting, kerja yang kita lakukan adalah bukan sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Biarlah kita menghasilkan sesuatu yang berjaya untuk digunapakai dan bukan semata2 asal siap je. Ssetengah mereka mengambil risiko untuk ambil short sem ini.

Masa aku tengok perbentangan tadi, ada seorang penilai itu memberitahu 'jangan asyik berfikir dan berfikir tanpa bertindak melakukan apa2 sedangkan biarlah berfikir dan buat terus apa yang difikirkan. Sometimes, terlalu berfikir tak mendatangkan apa2, mesti try and error, kalau error, try lagi'. Macam tulah lebih kurang bunyinya.

So, bagi aku, tak sia2lah aku datang tengok perbentangan mereka. Kepada kawan2ku yang sudah bentangkan projek masing2, aku ucapkan tahniahlah atas usaha keras kamu semua. Semoga kamu semua terus success. Insyaallah....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...