Sunday, August 30, 2009

MERDEKA...


9 Ramadhan 1430 Hijriah. Malam ini malam merdeka. Malam ini ramailah remaja keluar samada seorang diri, berkumpulan ataupun secara berpasangan untuk meraikan sambutan kemerdekaan, kononnya la. Maka berdesing-desinglah bunyi motor budak rempit secara berkumpulan. Maka ramailah yang muda-mudi mengambil peluang ini untuk bermesra-mesraan. Maka ramailah remaja2 yang keluar untuk melepak-lepak. Maka mungkin berkuranglah jemaah tarawih di masjid malam ini...

Salam merdeka daripada diriku, seorang pelajar OKU dan juga sebagai seorang rakyat Malaysia. Alhamdulillah... kita dah merdeka lebih 50 tahun dan kali ini adalah untuk kesekian kalinya kita meraikan sambutan kemerdekaan walaaupun tiada sambutan besar2an. Kadang-kala, mungkin ada hikmahnya juga kenapa H1N1 ini masih ada dan masih berleluasa sehinggakan orang ramai takut untuk meraikan sambutan kemerdekaan secara besar2an.

Dalam aku turut menyaksikan sambutan kemerdekaan tahun2 lalu, aku ada juga terfikir, benarkan aku, kau, kita, kamu dan mereka benar2 merdeka? Bagaimanakah erti merdeka bagi kita semua? Apakah pengisian merdeka kita? Nowaday's ramai dari kita mempersoalkan, adakah kita benar2 merdeka? Adakah kita benar2 sudah bebas dari penjajah? Sampai bilakah kita mampu merdeka?

Sometimes nampak isi perbincangan post aku kali ini macam klise, streotaip dan sebagainya. Ah, lantaklah, yang penting ini blog aku, suka hati aku la kan. So, aku berminat jugaklah nak menyampuk serba sikit dalam isu kenerdekaan ini.

Izinkan aku menyorot beberapa kisah kita2 je terlebih dahulu sebagai tatapan.

  • Nak keluar rumah especially malam2 pun tak berapa berani dah sekarang, banyak samseng dan gangster. Apatah lagi kalau kanak2, nak main2 kat taman pun tak selamat, nanti ada pula kes curi, ragut dan culik.
  • Nak makan kat luar seminggu sekali pun dah agak susah sekarang ni, harga makanan agak mahal, kalau ambil 2 lauk dan air, maunya dalam rm 6, silap2 sampai rm 8, tu tak kira sedap atau tidak lagi tu.
  • Nak pergi mana2 pun malas rasanya, naik teksi pun dah mahal, nak naik bas susah pulak, nak sewa kereta dah mahal sekarang ni, rm 5/hour dan minyak isi sendiri. Last sekali, kirim member je bulan2 untuk beli barang keperluan.
  • Sambut merdeka biasanya malam tu penuh dengan konsert, pagi esoknya pulak tengok perbarisan. Ramai orang berpusu2 untuk menonton konsert, yang tak berpusu2 ialah jemaah ke masjid je. Tamat konsert, bising dengan bunyi rempit.
  • Dulu takut dengan isu makanan tak halal, mee berpenyakit, ada unsur binatang haram dan sebagainya.Sekarang, nak makan nasi pun kena tengok dari mana, entah2 datang packing dari Hong Kong oleh orang bukan Islam pulak tu.
  • Dulu pergi berhimpun just bawak banner dan poster je. Sekarang ni ada yang bawa kepala lembu pulak, sungguh bahaya api perkauman ini. Bukan apa, ini isu kaum, kalau kita tengok kaum india bawak kitab suci Islam dan letak kat tepi jalan, macamana agaknya perasaan kita? Mintak jauhlah...
  • Nak kata kita maju agaknya, dah banyak tahun merdeka, hantar seorang pergi melancong naik ke atas langit, habis duit juta2. Hantar pulak, bukannya saintis pun. Kalau taja student untuk belajar buat medic, dah lahir 40-50 orang doktor dah, tentu tak timbul isu kita kekurangan doktor perubatan.
  • Bercakaran kat dewan parlimen, semua rakyat menilai. Si OKU disuruh berdiri sedangkan dia berkerusi roda.Bila tengok, rasa marah dan nak je tampar orang yang suruh berdiri tu. Kot ye pun marah, jangan libatkan peribadi dan fizikal. Seluruh OKU satu Malaysia sedih dan marah, tapi takde pulak kata2 mohon maaf after gaduh2 tu.
  • Nilai student universiti sama dengan nilai penagih dadah di pusat serenti. Student pinjam duit untuk belajar, after belajar kena bayar hutang lagi. Penagih dadah dapat makan minum free, bila keluar takde hutang2 pun, dan nilai duit hutang dan makan minum itu sama je nilainya. Kalau dapat pendidikan percuma, syukur alhamdulillah....
  • Hari isnin, semua wajib berpakaian kemeja dan kemas. Kalau tidak pakai smart, kena saman, sekali saman adalah dalam rm 25. Tengok orang dari Arab, Bangla, Indon dan sebagainya. Pakai baju kemeja-t takde lengan dan berseluar jeans pun takde pulak kena saman.
  • Masuk pejabat dahlah lewat, kerja masuk pukul 9 pagi, pukul 9.30 baru datang dan punch card, after that keluar minum pulak. Pukul 10.30 baru start kerja balik. Pukul 4.30 dah kemas2 nak balik dah sedangkan office tamat pukul 5 petang. Tak kira rehat tengahari dan minum petang lagi tu. Kat mana2 pejabat pun sama je.

So, bukan niat aku nak mengomen atau kritik atau mempersoalkan sesiapa. Aku just mengintreprestasikan fenomena sekeliling kita dengan harapan agar kita sedar, adakah kita sudah merdeka dengan erti yang sebenar. Bukan juga untuk menuding jari kepada mana2 pihak. Ada banyak lagi sebenarnya pun yang boleh kita perhatikan, cuma tak larat aku nak letak semua pun. Aku harap tak ada pihak yang terasa apatah lagi marah, kalau ada mohon maaf dipinta.

Aku saje je buat dalam bentuk point2 ini, saje nak tukar selera penulisan, nampak sempoi sikit san agak rileks. Aku pun berbangga dengan negara kita dengan pencapaian yang ada setakat ini. Namun harus kita sedar bahawa masih banyak ruang2 kosong yang perlu diperbaiki. Macamana nak perbaikinya? Itu terpulanglah pada peranan individu itu sendiri. Setiap individu ada peranannya. Buatlah yang terbaik. Jika semua individu ini buat apa yang sepatutnya dilakukan oleh mereka, mesti kelemahan2 itu dapat diperbaiki. Insyaallah...

Akhir kata, salam merdeka untuk semua...

MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA !!!


Saturday, August 29, 2009

KOMEN ISU KARTIKA - PART 2...


7 Ramadahan 1430 Hijriah. Ok, balik semula kita kepada isu Kartika, iaitu seorang model yang telah dijatuhkan hukuman denda dan sebat kerana kesalahan minum arak dan sebatan itu telah ditangguhkan hukumannya. Seperti apa yang aku nukilkan pada post yang lepas, iaitu masalah tentang sistem kehakiman dan tanggapan sesetengah pihak yang takut kepada persepsi orang bukan Islam lebih kepada takut kepada hukum Allah SWT.

So, kali ini aku akan ulaskan beberapa lagi perkara yang bagi aku perlu diambil perhatian sikitlah iaitu kaedah sebatan dan lesen kedai penjualan arak. Bila pihak penjara mengatakan bahawa pihak mereka tiada kepakaran yang sesuai untuk menjalankan hukuman tersebut dan perlu ambil masa untuk dapatkan individu yang sesuai, bagi aku ianya satu langkah yang baik.

Hal ini demikian kerana cara sebatan yang biasa dilakukan oleh pegawai penjara adalah berbeza sedikit dengan cara tuntutan Islam. Nak kata berbeza sikit tu, takdelah sikit sangat dan nak kata banyak beza pun, takdelah berbeza sangat pun. Ah, takpelah, yang penting aku nak beritahu disini adalah beberapa perkara yang menjadikan perbezaan tersebut. Perbezaannya adalah pesalah mestilah dihukum dalam keadaan menutup aurat, tangan tak boleh angkat tinggi dan mestilah dirotan pada tempat yang berbeza, bukan pada satu tempat sahaja.

Dari segi saiz rotan juga mesti diambl kira. Yelah, kalau rotan itu saiz diameternya besar, mesti bertambah sakit lagilah orang yang kena hukum dan orang yang menghayunkan rotan itu sendiri pun agak susah. Rotan yang sesuai adalah tiada ruas dan panjangnya dalam 1.2 meter serta berdiameter 1.25 cm. Kalau lebih, alamatnya hancurlah isi kulit orang yang disebatnya.

Aku ada satu video klip yang menunjukkan tentang bagaimana hukuman sebat ini dijalankan dan ingat nak masukkan dalam blog ini. Tapi fikir punya fikir, aku rasa tak payahlah sebab mungkin nampak agak kurang senonoh terutamanya bagi perempuan. So, aku tak letaklah. Walaubagaimanapun, bagi yang ingin menontonnya sebagai penambah ilmu pengetahuan, bolehlah cari kat YouTube tentang sebat-sebat ni.

Isu yang kedua yang ingin aku ketengahkan adalah isu penjualan dan perlesenan arak. Ibarat kita kata, mencegah adalah lebih baik. Kita asyik menangkap individu yang minum arak sahaja sedangkan pada masa sama penjualannya adalah dibenarkan dan ada dimerata-rata tempat malahan senang untuk didapati pun.

Yelah, asalnya minuman arak ini adalah untuk kaum cina dan india iaitu untuk bukan Islam. Tapi setakat ini pejualan arak ini tidak mengenal erti siapa dan agama jika seseorang itu ingin membelinya. Kalau kita ingin menghapuskan sesuatu perkara yang tak elok, kita mestilah menghapuskan punca2nya. Ibarat orang kata, mencegah adalah lebih baik dari merawat. Kita mesti mengharamkan penjualan arak ini sekaligus tidak mengeluarkan lesen penjualannya.

Mungkin agak zalim bunyinya kalau kita mengharamkan terus dan tidak mengeluarkan terus lesen penjualannnya tapi itu adalah the best way untuk memastikan tiada arak dinegara kita seterusnya tiada orang Islam yang ditanggap kerana minum arak. Dari segi kes seludup, itu soal lain, yang penting dari soal kemasukkan terus dan penjualan langsung arak dihentikan.

Mungkin ada yang mengatakan bahawa kita masyarakat majmuk, berbilang kaum dan berbilang agama sedangkan arak adalah minuman untuk mereka. Untuk itu mungkin kita boleh berbincang tentang bagaimana untuk menjadikan arak ini betul2 untuk bukan Islam sahaja dan tidak sekali2 dijual kepada orang Islam. Setakat ini aku tak nampak lagilah cara yang konkrit untuk melaksanakan perkara sedemikian. The best way bagi aku adalah haramkan terus penjualan dan perlesenannya. Tapi yelah, itu semua bergantung kepada pihak berkuasa untuk menimbangkannya. Mungkin ada cara lebih baik lagi.

Begitu juga dengan kes2 lainnya seperti dadah dan rokok. Untuk dadah pula, kebanyakkanya adalah dibawa masuk dari sempadan atau dari mana2 tempat secara seludup. Tak ramai warga tempatan yang mampu menghasilkan sendiri dadah tersebut. So, jalan penyelesaiannya adalah dengan menumpukan pengawasan pada sempadan dan tempat masuk tersebut. Begitu juga dengan rokok. Adakah dengan mengenakan dan ingin mengambil cukai, maka kita benarkan rokok itu dijual di negara kita? Kita dapat duit dari cukai rokok tetapi banyak menghabiskan wang untuk kempen anti merokok serta kesihatan rakyat semua terjejas. Adakah kita lebih mementingkan duit cukai tersebut berbanding kesihatan masyarakat?

Ada kes pula dikatakan rokok haram atau rokok seludup. Rokok haram dinamakan sedemikian kerana tidak membayar cukai dan dibawa masuk secara sembunyi. Oh, maknanya kalau bayar cukai, maka halallah rokok tu ye? Begitu juga dengan barang lain seperti judi dan arak. Dikatakan arak haram dan kedai judi haram kerana tak bayar cukai. Kalau bayar cukai, maka halallah ye? Beli loteri kat kedai tepi jalan yang tak berlesen dan tak bayar cukai ditangkap tapi kalau beli kat tempat eksklusif, tak kena apa2 pun padahal sama2 haram dari segi hukumnya.

Perkara ini mesti diberi perhatian serius bagi membendung kes seperti ini berlaku lagi. Kita taknaklah generasi masa datang rosak kerana perkara ini terutamanya kes arak ini kerana arak merupakan ibu kepada maksiat dan kejahatan. Apa2 pun, berbalik kepada kes Kartika, aku secara peribadi ingin mengucapkan syabaslah kepadanya dan kepada masyarakat Islam yang prihatin, tepuk dada, tanya iman, rujuk hukum.


Thursday, August 27, 2009

GUGURNYA 2 PERMATA...


6 Ramadhan 1430 Hijriah. Hari ini ada 2 permata yang berguguran dibulan mulia ini. Dua permata yang amat aku segani. Seorang adalah pensyarahku dan seorang adalah seorang tokoh Orang Kurang Upaya(OKU) yang amat terkenal di Malaysia dan even didunia pun. Kedua2nya adalah meninggal dunia pada hari ini dan satu perkara yang jelas adalah mereka berdua meninggal di bulan Ramadhan Al-Mubarak. Allahu Akhbar... alangkah hebatnya insan yang dipanggil Illahi dalam bulan Ramadhan ini...

Pensyarah aku itu bernama PM Dr Rashdi Shah Ahmad. Memegang jawatan timbalan dekan BIP. Mempunyai sarjana dalam bidang nuklear dan doktor falsafah dalam bidang fizik tapi dia punya core adalah fizik. Aku mula mengenali arwah semasa dia membuat syarahan untuk pertandingan Business Idea untuk subjek keusahawanan tahun lepas.

Aku pagi tadi dalam area 7.15 pagi ada menerima sms dari kawanku mengatakan ada timbalan dekan meninggal tapi tak dinyatakan timbalan dekan mana. Then masa aku on the way ke kuliah, pensyarahku ada call memberitahu bahawa Dr.Rashdi telah meninggal dunia dan serangan jantung adalah puncanya. Dia dikatakan after solat subuh bersama isterinya, dia mengadu sakit dada dan muntah. After that terus menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Arwah meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak. Isterinya suri rumah dan anak2nya semuanya masih bersekolah. Tapi aku rasa dari segi kewangan tu takde masalah kot sebab arwah memang boleh dikatakan agak loaded jugak la. Cuma apa yang aku kesiankan adalah anak2nya yang masih kecil lagi.

Arwah last bersembang dengan aku adalah minggu lepas. Kami banyak jugaklah bersembang dengan dia. Berperwatakan agak kelakar, berkepala botak dan bergaya selamba. Dia sememangnya seorang yang amat versatile, berilmiah dan bersahaja. Tidak lokek untuk memberi ilmu dan mengajar kepakaran dia dan ditambah pulak dengan lawak bersahaja, kitaorang memang tak kering gusi dibuatnya.

Dia seorang yang cukup berilmiah dan ada juga sometimes dia mengatakan tentang sesuatu isu yang cukup bermakna untuk dikongsi. Pendapatnya pada satu2 isu amat bernas serta dia seorang yang yang lebih logikal. Ada juga dia mengulas isu2 tentang angkasawan negara, pendaratan ke kutub utara, isu inovasi dan sebagainya.

Ok, itu untuk PM Dr Rashdi. Seorang lagi adalah Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh, seorang OKU penglihatan yang juga individu pertama yang mempunyai doktor falsafah untuk golongan OKU penglihatan. Seorang yasng lemah lembut dan bersopan santun serta seorang yang amat berjaya.

Aku secara peribadinya bukanlah menganggap dia sebagai idola tapi aku still respect pada dia kerana dia merupakan seorang OKU penglihatan yang amat berjaya bukan sahaja di Malaysia malahan di dunia. Merupakan seorang pakar ekonomi dan berjaya menubuhkan kolejnya sendiri malahan diangkat menjadi senator. Memang seorang yang hebat.

Semasa aku mula2 menjejakkan kaki ke menara gading di Johor ini, secara diam2 aku mula menetapkan satu matlamat dalam diri aku. Aku bermatlamat untuk mencapai satu kejayaan yang cemerlang. Aku bermatlamat untuk lebih hebat, lebih bermotivasi dan lebih berjaya lagi berbanding Dr.Ismail di suatu hari nanti. Aku ingin mengecapi kejayaan yang lebih lagi berbanding daripadanya. So, aku ada menetapkan milestones untuk aku mencapai matlamat aku itu dalam 'mengalahkan' dia.

Aku tahu, bunyinya mungkin agak kelakar malahan mungkin orang akan kata aku ini bodoh atau gila. Yelah, nak lawan dengan seorang senator kan? Pada aku, itu semua adalah pendorong kepadaku walaupun aku tak menjadikan dirinya sebagai idola. Aku juga akui bahawa susah untuk aku menandinginya apatah lagi mengatasinya.

So, aku taknak berceloteh panjang lagi tentang ini. Aku berharap agar kedua2 keluarga arwah bersabar dalam menerima ketentuan ini. Aku juga berdoa agar kedua2 arwah tersebut sentiasa dirahmati oleh Allah SWT. So, marilah kita sama2 bacakan surah Al-fatihah untuk mereka berdua...

Al-Fatihah...



Wednesday, August 26, 2009

KOMEN ISU KARTIKA - PART 1...


4 Ramadhan 1430 Hijriah. Alhamdulillah... hari ini kira dah masuk hari ke-4 umat Islam di Malaysia berpuasa, menunaikan amanah di bulan mulia ini. Namun, disebalik kita dalam menghayati bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, berlaku beberapa kes yang menunjukkan kepincangan dalam sistem kehakiman dan perlaksanaan hukum Islam. Aku percaya, korang semua tentu sedia maklum tentang isu seorang model yang telah dijatuhkan hukuman kerana kesalahan meminum arak dan model itu bernama Kartika Sari Dewi Shukarno.

Ada beberapa perkara yang ingin aku kongsikan bersama dalam post ini dan perkara ini aku melihatnya dari perspektif seorang muslim, pelajar dan rakyat Malaysia. Perkara pertama ialah aku ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kartika kerana telah mengakui dan insaf akan kesalahan dirinya yang telah minum arak tersebut. Bukan senang untuk kita menemui insan yang insaf akan kesalahan diri mereka, yang ramai adalah manusia2 yang tak mengaku salah dan taknak insaf pun. Kartika bukan sahaja mengakui kesalahannya, malah tidak membantah pun akan hukuman yang dikenakannya. So, syabas aku ucapkan.

Begitu juga dengan reaksi ahli keluarga Kartika terutamanya ayah dia. Ayahnya telah dimaklumkan akan perkara tersebut dan telah menegur perbuatan anaknya itu. Ketika mahkamah mejatuhkan hukuman terhadap Kartika, mereka sekeluarga berterima kasih dan mohon dipercepatkan hukuman tersebut. Nilai2 murni yang ditunjukkan oleh mereka sekeluarga sememangnya patut dipuji berbanding dengan sesetengah ibu-bapa yang bermati-matian mempertahankan anak mereka walaupun tahu bahawa anak mereka bersalah. So, sekali lagi aku mengucapkan syabas.

Perkara kedua ialah tentang arak. Arak(al-khamar) ialah minuman yang memabukkan yang diperbuat daripada perahan buah-buahan yang diperam. Dinamakan al-khamar (tutupan) kerana ia menutup akal manusia yang waras. Nama lain bagi arak ialah alkohol. Dari segi kimia, alkohol adalah anak-beranak hidrokarbon dengan formula asas R-OH. R adalah rantai hidrokarbon dan kumpulan OH bertanggungjawab membawa sifat alkohol. Kalau nak mudah kenal, tengok perkataan "nol" dihujung perkataan. Contohnya seperti Metanol, Propano, Etanol dan Butanol (kalau salah, beritahulah ye, aku bukannya pandai pun bab2 kimia ni).

Dalam isu arak ini, mengikut riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah, Rasulullah S.A.W. pernah melaknatnya, iaitu seperti tersebut dalam riwayat di bawah ini: "Rasulullah S.A.W. melaknat tentang arak dan sepuluh golongan:
  1. yang memerasnya
  2. yang minta diperaskannya
  3. yang meminumnya
  4. yang membawanya.
  5. yang minta dihantarinya
  6. yang menuangkannya
  7. yang menjualnya
  8. yang makan harganya.
  9. yang membelinya
  10. yang minta dibelikannya.
Abu bakar Al-Jazairi dalam kitabnya Minhajul muslim menegaskan keharaman dari khamar baik sedikit maupun banyak, penisbahan ini berdasarkan dalil-dalil yang Qothi .Qs. Al-Maidah; 90-9 Maka, apa yang boleh kita pastikan bahawa arak itu adalah haram.

Perkara ketiga ialah soal kehakiman. Mahkamah telah memutuskan bahawa Kartika dijatuhkan hukuman denda dan sebat. Dalam hal ini, aku sekali lagi memuji keputusan tersebut yang dilihat lebih kepada untuk menjalankan syariat Islam. Mungkin ada beberapa perkara lagi yang boleh diperkemaskan lagi seperti mendetailkan lagi hukuman tersebut dari segi penggunaan alat sebatan dan perlunya ada beberapa pakar Islam yang turut berbincang dalam menjatuhkan hukuman tersebut. Ini kerana ada pihak2 yang mempertikaikan hukuman tersebut.

Ada pihak yang mempertikaikan dari segi betul ke ada peruntukkan undang2 tersebut dalam mahkamah dan sistem perundangan? Tak bolehkah dikurangkan hukuman tersebut? Tak ada lagikah jenis hukuman yang lebih sesuai?. Dari segi meletakkan pakar Islam dalam mahkamah untuk memperkemaskan lagi setiap keputusan hakim amat aku setujui tetapi bagi mempertikaikan keputusan sebat itu, amat aku tak setuju. Ini adalah pendapat aku, tak taulah pendapat orang lain kan? Takpelah, kubur masing2 kan...

Ada juga pihak yang mempertikaikan keputusan tersebut semata2 risau dilihat negara ini mengamalkan kezaliman dengan merotan perempuan. Isu ini mendapat liputan luas oleh media asing dan dibimbangi akan menjejaskan imej negara, takut2 orang dunia luar menganggap hukuman ini zalim, itulah yang diangapi oleh sesetengah pihak. Allahu Akhbar... aku cukup hairan dengan orang Islam kita ini. Takut cemuhan orang bukan Islam lebih kepada takutkan Allah. Hukuman itu adalah hampir seiring dengan hukuaman Islam tetapi dinafikan semata2 takut cemuhan orang luar yang bukan Islam.

Hari ini pula, akhbar mengatakan hukuman tersebut ditangguhkan kerana menghormati bulan Ramadhan(pada asalnya tak beritahu pun sebabnya, tapi hari ini dah ada sebabnya). Bagi aku hukuman yang telah diputuskan biarlah dilaksanakan segera. Penangguhan boleh dipertimbangkan sekiranya Kartika mohonkan perkara penangguhan tersebut tetapi Kartika tidak pernah pun mohon pun.

Alasan yang dikeluarkan juga tak logik langsung. Takkanlah disebabkan menghormati bulan Ramadhan, hukuman itu ditangguhkan? Oh, maknanya tak boleh ada apa2 perbicaraan dan hukumanlah sekiranya seseorang pesalah yang membuat jenayah pada bulan Ramadhan? Tak perlulah pesalah yang sedia ada di penjara dipenjarakan lagi selama sebulan semata2 menghormati Ramadhan? Tidak perlu buat apa2lah semasa Ramadhan?

So, aku rasa setakat ini jelah bahagian pertama komen aku terhadap isu Kartika ini. Aku akan cuba postkan komen yang berikutnya secepat mungkin. Aku bukannya apa, mungkin ada something yang boleh kita pelajari sebenarnya dalam isu ini, sebuah isu yang berkait rapat dengan Islam. So, aku trylah kupas lagi isu ini nanti. Insyaallah...


Saturday, August 22, 2009

SAHUR BERSAMA SAUDARA BARU...


2 Ramadhan 1430 Hijriah. Alhamdulillah... hari ini merupakan hari kedua kita sebagai umat Islam menunaikan ibadah puasa. Ramadhan kali ini agak istimewa bagiku kerana kali ini aku berpeluang untuk menunaikan ibadah puasa ini bersama2 seorang saudara baru. Kalau korang masih ingat lagi, ada satu post yang pernah aku nukilkan tentang saudara baru ini dan saudara baru ini sekarang datang untuk menziarahi aku. Untuk pagi ini juga merupakan my first experience aku bersahur bersamanya dan ada something yang agak lucu untuk aku storykan.

Asalnya begini, aku ada seorang kawan yang merupakan AJK Masjid yang ditugaskan dalam bahagian penyediaan makanan untuk bersahur di masjid bagi semua jemaah disitu. So, dah janji dah dengan dia bahawa dia akan datang ke bilik aku untuk 'tapau'kan nasi dari masjid itu untuk aku dan saudara baru ini. So, dia semalam pergi tidur di masjidlah

Pukul 4.00 pagi tadi, aku pun call kawanku itu, just untuk ingatkan dia untuk bawak nasi tu. Aku takde masalah tak makan pun (tapi wajib bangun atleast untuk minum air), minum air pun dah cukup untuk aku bersahur, cuma aku bimbangkan tentang saudara baru itu. Yelah, dia tak pernah lagi berpuasa, so aku nak dia makan secukupnya supaya dia boleh bertahan untuk berpuasa. Lagipun aku sebagai tuan bilik naklah jugak memastikan tetamu aku mendapat layanan dan makan minum yang secukupnya sepanjang dia berada disini.

Aku call pukul 4.00 pagi itu tak dijawab, aku ingatkan mungkin semua ajk2 masjid tengah sibuk. Aku pernah diberitahu bahawa ajk2 masjid akan masak nasi dan buat gulai pada malam sebelumnya dan just panaskan semula untuk sahur nanti. That's means, mungkin mereka akan masak pukul 12-2 pagi dan pukul 4 pagi, just panaskan. Dalam hati aku, takpelah, mungkin sibuk agaknya, pukul 4.30 pagilah aku call dia balik.

Pukul 4.30 pagi itu aku pun call semula. La... dia baru sedar dari tidur. Ajk2 lain pun macam itu jugak. Mereka penat semalam dan pagi ini tak sedar dari tidur. Bila aku call, dengar dia pun macam terkial2 untuk kejutkan ajk2 lain tapi still sempat beritahu bahawa dia akan datang bawak nasi nanti. Oklah macamtu, aku takpe je. So, bila jam dah pukul 5.10 pagi, kawanku belum datang lagi, aku dah agak risau ni, takut2 tak sempat. Ah, takpelah, makan jelah apa2 yang ada lebihan bukak puasa semalam. Alhamdulillah... masih ada rezeki rupanya, buah kurma, sebuku roti dan air soya(dalam kotak) masih ada lagi.

So, aku pun kejutkanlah saudara baru itu untuk makan. Seorang lagi kawanku pergi keluar untuk cari nasi kat kafe, dia ada tanya aku samada nak atau tak, tapi disebabkan aku dah janji dengan kawan masjid itu, aku kata taknaklah, takut bila banyak2 nanti, tak habis pulak. Aku dengan saudara baru itu bantai jelah buah kurma tu, banyak jugak makan buah kurma tu. Roti itu pulak aku bagi kat saudara baru tu, biar dia makan banyak sikit. Tengah makan tu, alhamdulillah... kawan masjidku datang membawa nasik dari masjid. Dia sendiri pun tak sahur lagi rupa2nya...

So, kami bertiga bantailah nasi tu dengan lahapnya, takut masuk waktu imsak. Tengah makan itu, kawankku yang pergi kafe pun baru balik. Dia dah makan kat kafe tu. Aku cepat2 makan sekadar yang sempat. Banyak jugak kawanku bawak nasi ini, cukup untuk 4 orang. Dia bawak nasi itu dalam plastik, sesuai untuk dimakan dalam talam, macam sunah nabi.

Aku after that, minum air dan terus basuh tangan, tak laratlah nak makan banyak2. Saudara baru masih lapar lagi, still makan lagi. Terkial2 jugaklah kitaorang especially saudara baru itu makan tadi, yelah, nak kejar masa. After aku basuh tangan, aku rasa2nya dah tamat waktu dah. Masuk kat bilik, kawanku dari kafe tadi, selamba je minum lagi air, gluk~gluk~gluk.

Aku pun cepat2 mintak saudara baru itu berhenti makan dan basuh tangan. Oh, lupa pulak nak ajar saudara baru itu niat. Aku pun cepat2 mintak kawanku ajar saudara baru itu niat dan kuliah 30 saat mengajar niat berlangsung secara aman damai dalam tandas. Alhamdulillah... semuanya berjalan baik walaupun semuanya terkial2 dan tercekik2 untuk makan.

So, kat bilik aku dan kawanku dah rasa lega dah. Aku rasa dah kot imsak. tapi kawanku itu dengan rasa selamba je, capai cawan dan minum lagi air soya tu. Saudara baru masih kat tandas. After that, kawanku ambil dari begnya jadual waktu Ramadhan. Check2, ok lagilah, kira ngam2 la(maybe dia nak sedapkan hati dia kot...). Kitaorang tergelak2 pulak. Tiba2 saudara baru itu dengan pantasnya masuk je bilik dan terus capai air mineral dalam botol. Aku dan kawanku tak sempat nak menahannya, terus gluk~gluk~gluk...

Aku dan kawanku terkedu, kelu pulak lidah, diam seribu bahasa, aku jeling kawanku dan kawanku jeling kat aku pulak. Habis je dia minum air, Allahu Akhbar Allahu Akhbar.... Ah, lantak kaulah... Aku dah tak sempat nak tahan dia, nak buat macamana kan. Aku dan kawanku masing2 gelak2. Takpelah, dia saudara baru, ini first experience dia puasa, banyak lagi yang perlu kitaorang didik dia. Hm....


Thursday, August 20, 2009

SALAM RAMADHAN...


30 Syaaban 1430 Hijriah. Hari ini adalah hari terakhir dalam bulan Syaaban dan esok adalah permulaan satu bulan yang penuh dengan rahmat iaitu bulan Ramadhan. Esok menandakan seluruh umat Islam di negara ini akan berpuasa tapi mungkin ada segelintir hamba yang culas dan licik serta tidak tahu bersyukur kepada Maha Pencipta yang cuba lari untuk menunaikan tanggungjawab ini. Aku pun sometimes amat hairan, kenapalah orang Islam yang ponteng puasa ini begitu liat dan malas untuk berpuasa sedangkan mereka tahu bahawa ini adalah tanggungjawab yang wajib dilaksanakan tanpa ada sebab2 yang dibolehkan. Kalau ada sebab yang dibenarkan, takpelah tapi ini yang terang2 tak bersebab.

Malam ini jugak adalah malam pertama kita semua bertarawih. Aku seperti tahun2 sebelum ini biasanya menunaikan solat sunat tarawih kat dewan kolej je. Untuk malam2 awal ini, biasanya jemaah amat ramai dan kadang-kala, sampai limpah masjid atau dewan. Namun, sikap manusia yang tidak istiqamah menjadikan bilangan jemaah semakin berkurangan mengikut pertambahan hari. Bercakap tentang solat tarawih, aku sekeluarga ada kisah menarik yang ingin aku kongsikan, moga2 dapat memberi teladan kepada semua, Insyaallah...

Sebelum aku darjah 6, aku tak pernah menunaikan solat sunat tarawih. Ayah dan mak aku pergi bertarawih kat surau berdekatan dan rumah aku pulak memang tak ada orang lain melainkan ayah, mak, kakak aku dan aku. So, memang aku tak pernahlah buat solat tarawih. Pada aku darjah 6, ayah aku mula pergi tarawih kat surau separuh bulan je dan separuh bulan lagi dia buat kat rumah, dia berselang seli. Misalnya malam ini kat surau, malam esok kat rumah, malam lusa kat surau pulak dan begitulah seterusnya.

Alhamdulillah... keluasan rumah aku untuk bahagian solat agak luas. Boleh menampung sampai 4 saf dan setiap saf boleh muat antara 6-8 orang. So, overallnya bolehlah muat dalam 30 jemaah dalam satu2 masa.

Apa rasionalnya ayahku buat macam tu? Sebabnya adalah aku. Dia tahu bahawa aku memang tak boleh nak pergi surau dan dia juga tak larat nak dukung aku pergi bersamanya. Maka dia buat kat rumah je. Tahun pertama(masa aku darjah 6) arwah mak aku still lagi solat tarawih kat surau tapi next year, dia pun solat bersama2 aku dan ayahku. Ayahku yang jadi imam dan aku, mak aku serta kakak aku yang jadi makmumnya. Untuk tahun itu jugaklah, abang aku, kakak aku yang dah berkeluarga yang menetap kat area2 Kota Bharu turut datang menunaikan solat sunat ini bersama2 kat rumah. Alangkah besarnya pengorbanan ayah aku terhadap aku sekeluarga.

Bagi abang aku yang dah berkeluarga, dah ada rumah sendiri, dah ada isteri dan anak, mereka sekeluarga datang untuk menunaikan solat tarawih bersama2 kat rumah aku. Begitu juga dengan keluarga kakak aku. Dia datang dengan suami serta anak2nya untuk sama2 bersolat. So, apa rasionalnya pulak abang aku sanggup datang bawak anak isteri datang solat kat rumah sedangkan mereka boleh pergi ke masjid yang berdekatan rumah mereka? Soalan itu pernah diaju kepada abangku oleh aku dulu.

So abang aku jawab, "hargailah ibu dan bapa kita, ketika mereka masih ada, bersama2lah kita menunaikan solat berjemaah bersama mereka. Biarlah ayah kita menjadi imam kepada kita. Nanti kalau ibu bapa kita dah tiada, tentu kita dah tak sempat dan berpeluang lagi untuk berjemaah dengan mereka. Kalau mereka dah tiada, kita nak solat kat mana2 masjid pun boleh tapi sementara mereka masih ada, berjemaahlah dengan mereka, boleh ambil berkat ibu bapa". Lebih kurang macam itulah jawapan abangku dulu, sampai sekarang aku masih ingat lagi.

Itulah jawapan yang diberikan oleh abang long aku. Disebabkan dia mengamalkan poligami, dia hanya membawa isterinya secara berselang-seli. Malam ini dia bawa isteri pertama, esok isteri kedua, lusa isteri pertama balik, so memang masing2 ikut giliranlah. Dengan membawa isteri dan anak2nya datang berjemaah dirumah, sedikit sebanyak boleh mengeratkan anaknya dengan ibu bapa aku, yelah datuk nenek dengan cucu kan...

So, bermula dari aku darjah 6(tahun 1997), keluarga aku sentiasa bersolat tarawih kat rumah secara berjemaah. Anak2 saudaraku yang masih kecil2 pun turut serta bersolat dengan meniru tingkah laku kita walaupun mereka tak tahu bacaan pun, takpelah, at least mereka perlu di didik dari awal lagi. After this, bila dah besar nanti, mereka akan pandai jugak dan mesti semangat solat berjemaah bersama2 keluarga akan menjadi satu kewajiban. Then untuk kanak2 ini, sometimes memang happy sebab macam2 karenah kalau bab2 solat ini.

Kalau dah dekat2 raya tu, bila masing2 adik-beradik aku dah balik kampung, memang penuhlah saf untuk berjemaah itu. Sejadah pun kena share, kena letak melintang. Sama2 mengaminkan bacaan dan sama2 mengaminkan doa antara ahli keluarga. After solat tarawih, masing2 bersalaman dan bercium tangan sebagai tanda kasih sayang dan rasa syukur. Saat2 bercium tangan dengan ayah dan ibu after solat berjemaah itu yang paling indah.

Hal ini mungkin nampak remeh sahaja tapi tanpa kita sedari, perkara ini boleh mengeratkan perhubungan kekeluargaan kita. Kepada pembaca blog aku ini, izinkan aku bertanya dan bolehlah anda menjawapnya secara dalam hati sahaja. Jika anda seorang suami dan bapa, berapa kalikah anda menjadi imam kepada isteri dan anak2 anda? Jika anda seorang seorang anak, berapa kalikah anda berjemaah bersama keluarga anda dengan berimamkan bapa anda? Jika anda seorang ibu dan isteri, berapa kalikah anda berjemaah bersama2 suami dan anak2 anda? Tidak kira siapa pun anda, tanyalah dalam hati sendiri, adakah anda pernah menunaikan tanggungjawab berjemaah bersama2 keluarga?

Sementara kita masih lagi berupaya untuk bersolat(dalam apa jua keadaan pun), bersolatlah, buatlah secara berjemaah dengan keluarga kita especially dengan ibu bapa kita sementara mereka masih bersama kita. Ambillah peluang Ramadhan ini untuk kita bersama2 melakukan amal kebajikan, moga2 dengan melakukan bersama2 keluarga, kita akan sentiasa lebih rapat dan menyayangi lagi.

Kepada semua umat Islam especially pembaca blog aku ini, aku ucapkan Salam Ramadhan dan selamat berpuasa...


INTERVIEW TAMBAHAN - PART 2


29 Syaaban 1430 Hijriah. Ok, kali ini aku nak sambung balik 2 kupasan isu semasa interview tersebut. Untuk sebelum ini aku ada bincangkan tentang pembantu OKU dan pendidikan percuma untuk pelajar OKU di ipta. Untuk pembantu OKU itu, aku prefer kepada student jugak dan untuk pendidikan percuma pulak, memang aku sokong 100% lah kalau pihak berwajib boleh mempertimbangkan dan seterusnya melaksanakan hal ini.

Ok, dua isu lain itu ialah peluang kerjaya dan penguatkuasaan undang2 Akta OKU 2008. Untuk peluang kerjaya bagi pelajar OKU, memang tak dapat dinafikan bahawa graduan memang susah untuk dapat kerja terutamanya graduan OKU, tambahan pulak sekarang ini musim pembuangan pekerja, ekonomi pun masih kurang elok. So, bila hal ini terjadi, kita mesti tahu punca dan mesti cuba comes out dengan cara penyelesaian terbaik.

So, apa puncanya sehingga menyebabkan graduan OKU ini susah untuk mendapat perkerjaan sejak dulu lagi dan bila dah heboh kat akhbar, baru dapat kerja ni? Selagi tak masuk paper, selagi itulah dia graduan OKU ini tak dapat kerja. Bagi aku sebab utamanya adalah kesedaran dan diskriminasi majikan terhadap graduan OKU ini. Majikan beranggapan bahawa mereka akan menanggung beban sekiranya mengambil OKU untuk berkerja dengan mereka. Majikan beranggapan bahawa OKU ini tak mampu membuat kerja mengikut kelulusan yang mereka punyai. Majikan juga mungkin terpaksa mengeluarkan kos tambahan untuk menyediakan fasiliti untuk pekerja OKU mereka.

Itu adalah antara sebab mengapa graduan OKU tak dapat kerja. Ada lagi sebab2 lain seperti pengaruh persekitaran, nak jimatkan kos, sikap prejudis, faktor agama, kaum dan sebagainya namun bagi aku sebab utamanya adalah 2 itulah, kesedaran dan diskriminasi. Kesedaran ini amat susah untuk dibentuk tapi tak mustahil. Yang penting adalah hati dan kehendak je. Apabila kesedaran tentang perlunya membantu OKU, secara automatiknya sikap diskriminasi dalam diri itu akan terhakis seterusnya boleh membentuk hati budi yang baik.

Walaupun terdapat undang2 yang mengatakan bahawa sesebuah syarikat itu mestilah mempunyai at least 1% (lagi ramai lagi bagus kan) pekerja OKU, namun apa yang berlaku sekarang ini, adalah majikan tidak ingin mengambil graduan OKU sebagai pekerja mereka.

Untuk pihak graduan OKU pula, mereka mestilah memenuhi kehendak dunia kerjaya masakini. Tambahkanlah ilmu didada dengan communication skill, praktikal part dan boleh membuat kerja2 yang sepatutnya dan sesuai dengan kelulusan. Pihak universiti ataupun kementerian pula boleh juga menganjurkan program kerjaya untuk graduan OKU ini bagi membantu mengatasi masalah perkerjaan dikalangan OKU. Nak lagi best, pihak kerajaan boleh menggalakkan agar OKU ini diberikan peluang, bimbingan dan dan bantuan modal untuk buat business. Boleh juga OKU ini berdikari dan takperlu lagi susah2 turun naik pejabat untu mintak kerja.

Ok, itu dari segi kerjaya, bagaimana pulak dengan penguatkuasaan undang2 Akta OKU? Kerajaan telah mewartakan akta OKU 2008 tetapi adalah akta tersebut dikuatkuasakan? Adakah apa2 hukuman/denda sekiranya pihak berwajib tidak menjalankan/mematuhi akta ini? Sebagai contoh mudah yang boleh aku berikan adalah bangunan yang mempunyai ciri-ciri mesra OKU.

Untuk buat bangunan sekarang ini, mesti ada tempat lalauan OKU/ramp dan mempunyai lif seandainya bangunan tersebut ada banyak tingkat. Sekarang ini, undang2 just statekan bahawa hanya bangunan 3 tingkat keatas mestilah mempunyai lif dan adakah perkara ini relevan lagi terhadap OKU? Seandainya pihak pemaju tidak membuat kemudahan OKU dibangunan mereka, adakah mereka didenda? Setakat ini tak pernah pulak aku dengar dalam akhbar bahawa pemaju didenda kerana bangunan mereka bina tiada kemudahan OKU(kalau ada, beritahulah aku ye...).
So, bila tiada penguatkuasaan dan hukuman, buat apa adanya akta ini? Hiasan semata2?

Kalau pemandu dijalanraya tidak mematuhi undang2, mereka boleh didenda/ditahan tetapi adakah proses yang sama terjadi pada akta OKU? Ada banyak cara untuk mendenda dan paling simple pun adalah mungkin pihak perbandaran/kerajaan menghalang dari pemaju memperolehi sijil layak menduduki seandainya aspek2 kemudahan OKU diabaikan ataupun tidak meluluskan sesuatu projek sekiranya dalam lakaran pelan bangunan tiada kemudahan tersebut. Itu adalah salah satu caranya jelah, mungkin pihak kerajaan ada idea lain yang lebih berkesan kan.

So, bila kita berbicara tentang undang2 atau akta, penguatkusaan mesti dibuat. Kalau tidak, tak perlulah pihak kerajaan bersusah payah bentangkan rang undang, bahasakan serta memberi kelulusan terhadap undang2 tersebut. Buat penat je. Undang2 dah ada tapi tak dikuatkuasakan, tak gunalah macam itu.

So, keempat2 perkara itulah antara soalan yang menarik perhatian aku sepanjang sesi interview itu. Aku difahamkan bahawa untuk sesi interview OKU yang tak datang lagi, akan dibuat pada keesokkan harinya. Interview itu pula bukan setakat mengambil kira pandangan OKU semata2 malahan turut akan dibuat survey terhadap pelajar normal, pensyarah dan pihak pentadbiran. So, aku harap2, after semua kajian ini selesai, after resultnya dibentangkan kepada pihak penganjur ataupun kepada kerajaan, biarlah ada improvement sikit. Tak semestinya buat semuanya serentak (tapi kalau boleh lagi bagus kan...), buat step by step pun dak dikira ok, at least ada kesedaran dan perkembangan. Sama2lah kia lihat dan berdoa. Insyaallah...


INTERVIEW TAMBAHAN - PART 1...


28 Syaaban 1430 Hijriah. Pagi tadi aku dapat panggilan daripada HEP yang meminta aku datang ke pejabat pukul 5 petang. Waktu itu tak silap aku dalam pukul 11 -12 tangahari. Dia cakap ada satu kumpulan penyelidik daripada universiti lain datang untuk interview tentang kajian pelajar OKU di institut pengajian tinggi yang dibuat under Kementerian Pengajian Tinggi. So, pihak HEP mintak kerjasama semua pelajar OKU untuk cuba hadir dalam sesi interview ini.

Wah, terkial2 jugak aku cari kawan yang boleh membantu, yang ada kenderaan. Walaubagaimanapun, alhamdulillah... ada kawan punya kawan yang sudi tolong. So, kitaorang(aku dan kawan OKU ku itu) pun bertolaklah dalam pukul 4.55 petang. Sampai kat pejabat, kitaorang masuk ke bilik mesyuarat dan ada 4 orang penginterviewer. OKU yang datang pun tak ramai, just 4 orang je termasuk aku dan kawanku. Yelah, beritahu secara tiba2 tanpa ada apa2 perancangan, so maybe OKU lain tak prepare atau ada hal lain.

Diorang dari UKM untuk buat satu kajian tentang pelajar OKU serta permasalahan di kampus di semua ipta di Malaysia. Sebelum ini kajian ini sudah buat dah masa sesi dialog kitaorang bersama TNC tapi yang ini adalah soalan tambahan yang lebih detail dan menyeluruh lagi. So diorang datang untuk interview terus, lagi senang nak collect data.

Rata2nya adalah soalan yang biasa2 je, tentang kemudahan OKU, fasilities, transport, pengajian di kampus dan sebagainya. Namun ada empat isu yang menarik perhatian aku sepanjang sesi interview ini iaitu isu pertama ialah pembantu OKU dan pendidikan percuma untuk OKU. Ok, biar aku story yang dua ni dululah sebab takut panjang berjela2 pulak untuk satu post.

Ada soalan yang melibatkan pembantu OKU iaitu pihak kementerian/universiti menyediakan seorang pembantu bagi setiap OKU yang berjaya melanjutkan pengajian di universiti. Pembantu itu pula tak kiralah samada student atau pihak luar dan pembantu tersebut mesti dibayar, dengan kata lain ada dapat gaji/elaun bulanan. So diorang bertanya adakah aku bersetuju seandainya seorang OKU disediakan seorang pembantu? Of course aku jawap setuju.

Bagi aku, perlulah pelajar OKU ini mempunyai seorang pembantu yang boleh membantu mereka menjalani kehidupan seharian mereka seperti nak pergi kuliah ke, nak pergi keluar makan ke ataupun kemana2 sahaja. Sedikit sebanyak, pembantu ini mampu meringankan bebanan OKU yang mungkin terpaksa bersusah payah untuk satu2 urusan. So, pelajar OKU ini boleh fokus kepada pelajarannya serta tidak perlu bersusah payah untuk memikirkan soal lain. Walaubagaimanapun, isu ini perlu dibincangkan lebih mendalam lagi.

Hal ini demikian kerana seandainya pelajar OKU itu sudah ada pembantu, adakah pihak pengurusan universiti sudah boleh lepas tangan dan tidak perlu menyediakan fasiliti untuk OKU? Adakah semua jenis ketidakupayaan OKU itu membolehkan mereka mendapat pembantu? Let's say pelajar itu kurang upaya dari segi tiada satu jari tangan sahaja, yang lain2 part ok, so adakah mereka juga akan mendapat pembantu? Kriteria pemilihan pembantu untuk mana2 pelajar OKU juga mesti disemak. Aku ada cadangkan agar ambil sahaja pelajar miskin/kurang berkemampuan untuk menjadi pembantu.

Pelajar OKU ini tidak semestinya dijaga 24 hour, just sesetengah masa sahaja, so ada baiknya diberikan amanah tersebut kepada pelajar miskin yang perlukan sokongan wang tambahan. Kalau nak ambil pihak luar pun boleh jugak, terpulanglah, cuma aku prefer kepada student jugak, saling memahami dan boleh sama2 saling membantu. Lagipun ramai pelajar2 miskin ini sebenarnya yang banyak buat kerja part time semata2 untuk menampung kos pengajian dan membantu keluarga yang susah dikampung, so apa salahnya kita bagi peluang kepada mereka.

Isu kedua adalah tentang pendidikan percuma untuk pelajar OKU yang berjaya memasuki ipta. Untuk isu ini, bagi aku, pihak kerajaan, kementerian dan universiti sepatutnya boleh memberi pendidikan percuma kepada semua pelajar di negara kita tapi aku sedar, mungkin ada masalah kewangan kalau nak support semua secara 100%. Kalau boleh buat, baguslah kan tapi mungkin susah. Walaubagaimanapun, kalau kita lihat peratusan pelajar OKU di ipta, tak ramai pun, maybe just 1% ataupun kurang lagi.

So, tak salah kalau pihak berwajib(kerajaan, kementerian dan universiti) boleh mempertimbangkan hal ini. Banyak faedah yang boleh diperolehi sekiranya hal ini dilaksanakan especially sebagai galakkan dan dorongan terhadap pelajar OKU supaya belajar bersungguh2. Yelah, kalau kita kirakan, setakat 1 % daripada jumlah pelajar di ipta, tak ramai pun, apalah salahnya jika mereka ini dapat pendidikan percuma kan?

Kalau kita kira, kos pihak kerajaan untuk menampung perbelanjaan seorang banduan di penjara selama setahun, sama dengan kos pengajian pelajar di ipta selama setahun jugak. Tapi untuk seorang banduan, apabila mereka keluar, mereka tidak berhutang pun dengan kerajaan kerana kos tersebut adalah percuma sedangkan kos yang sama terpaksa ditanggung oleh pelajar ipta terutamanya pelajar ipta OKU yang mempunyai pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Bila pelajar OKU yang ada hutang PTPTN ini menamatkan pengajian mereka, mereka mesti membayar balik hutang tersebut dan belum tentu pun bila mereka tamat belajar mereka terus dapat perkerjaan kerana OKU susah nak dapat perkerjaan.

Aku tak berniat untuk membanding2kan antara banduan dan pelajar ipta especially pelajar OKU yang mempunyai bebanan hutang PTPTN tapi yelah, seandainya perkara ini dapat dipertimbangkan, baguslah kan? At least pelajar OKU tidaklah terasa terbeban dengan hutang yang ditanggung mereka serta mereka ini pun belum tentu akan dapat kerja. Hal susah untuk mendapat peluang kerja adalah satu isu besar lain pulak tu. Kena bincang kat post lain tu.

So, after that, sesi interview tersebut tamat dalam lebih kurang pukul 6.00 petang then aku pulang bersama kawanku yang tolong datang ambil aku. Ada lagi dua isu lain, insyaallah, akan kita kupas secepat mungkin. Insyaallah...


Tuesday, August 18, 2009

MAJLIS KONVOKESYEN UTM KE 43...


27 Syaaban 1430 Hijriah. Hari ini merupakan hari gembira dan bersejarah bagi diriku. Hari ini merupakan hari yang ditunggu2 oleh graduan. Hari ini merupakan hari yang mana kawan2 dan keluarga berkumpul untuk meraikan pelajar. Hari ini hari yang sesuai untuk berjumpa pensyarah dan mengucapkan apa2 yang patut, biasanya ucapan terima kasih adalah wajib. Hari ini hari konvokesyen aku.

After subuh, aku terus bersiap sedia. Kemeja hitam berseluar hitam ditutupi blazer gelap tebal dan jubah konvo labuh, fuh, panas betul. So, aku pukul 6.40 pagi, aku contact staff kolej dan pukul 7.30 kami sampai di Dewan Sultan Iskandar. Sampai kat dewan, aku menunggu sekejap staff yang handle aku untuk majlis konvo ini then bila dia sampai, aku terus pergi ke belakang dewan kerana aku akan start dari belakang pentas, bukan ikut laluan seperti pelajar lain.

Pukul 8.30 pagi, bermulalah upacara perasmian untuk sesi 6(18/8-pagi). Majlis dimulakankan dgn nyanyian Negaraku dan doa. After that, ucapan oleh Pro-Canselor dan Naib Canselor. After that barulah majlis penyampaian dimulakan dengan Fakulti Kejuruteraan Kimia, Fakulti Sains Geoinformatik dan akhirnya Fakulti Sains Komputer. Tiba je giliran aku, staff itu terus tolak aku manakala ada seorang lagi yang tahan pelajar dari belakang supaya tak clash barisan.

Bila tiba je giliran aku, tepukan gemuruh diberikan oleh hadirin dan hadirat dewan. Para pensyarah fakulti aku dan tak ketinggalan juga kawan2 aku ada yang bersorak. Memang kuatlah bunyi tepukan yang diberikan. Saat aku menerima sijil dan bersalam dengan Pro-Canselor, hadirin dewan semua berdiri dan bertambah gemuruh lagi tepukan. After that, aku pun masuk ke laluan lain, juga dibelakang pentas kerana tak ada laluan untuk kerusi roda kat situ.

Alhamdulillah... Selesai sudah majlis penerimaan ijazah sarjana muda aku. After that, aku pun keluar dari dewan dan berjumpa dengan abang aku dan isterinya. Aku diberitahu kemungkinan ada reporter yang akan datang untuk interview aku tapi tak pasti samada reporter itu datang atau tidak. Staff tersebut mintak aku tunggu sekejab, then kalau dah lama sangat, assume batal ajelah sebab dia sendiri pun tak dapat contact reporter tu untuk hari ini.

Aku sambil2 tunggu tu, sempat jugaklah bergambar sekejab kat area sekitar dewan, masjid dan bangunan pentadbiran. Sempat jugaklah aku bergambar dengan beberapa kawanku yang lain. Ada juga pelajar dan keluarga lain yang aku tak kenal pun tapi minta untuk bergambar dengan aku. Aku tak kisah, maybe mereka nak buat kenangan agaknya. Ada juga hadirin yang terdiri dariada ibu bapa pelajar yang datang kepadaku untuk bersalaman dan mengucapkan tahniah kepadaku. Kata mereka, mereka bangga dengan aku. Alhamdulillah...

Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengahari, reporter itu pun tak de lagi, then aku call staff, dia kata takpelah, maybe takde kot,aku boleh pulanglah kalau nak pulang sekarang. So, aku dan abang aku buat keputusan untuk pulang ke bilik kolej sekejab dan pergi melawat saudara sebelah isteri kakak ipar aku kat Pasir Gudang. After that, bertolaklah kitaorang ke Pasir Gudang. So, walaupun letih, panas berpeluh namun aku sungguh gembira hari ini.

Aku sedar, aku tak mungkin dapat sampai ke tahap ini tanpa kuasa Maha Esa lagi Maha Pengasihani. Dorongan keluarga, bantuan kawan, cikgu dan pensyarah serta pihak universiti sendiri amat penting dalam membantu aku menjejakkan kaki ke majlis ini. Tanpa semua ini, tak mungkin aku akan dapat hadir ke majlis seumpama ini serta menerima anugerah ini. Alhamdulillah...

So, aku harap dan berdoa supaya semua pihak yang telah membantu aku samada secara langsung atau tak langsung agar dilimpahi dengan rahmat daripadaNYA. Budi baik mereka semua tak mampu aku balas, hanya DIA sahaja yang Maha Berkuasa. So, apa2 pun, Alhamdulillah...


Sunday, August 16, 2009

PESTA KONVO...


25 Syaaban 1430 Hijriah. Tadi aku dan beberapa kawanku sempat pergi ke pesta konvo yang dibuat kat padang kawad universiti. Asalnya dari semalam lagi nak pergi tapi disebabkan tiada kenderaan maka dibatalkan dan malam tadi baru ada kenderaan. Malam ini malam minggu, so memang ramai orang kat sana.

Aku bertolak dari bilik asrama after Isya' dan sampai kat sana, tempat parking kereta semua dah penuh, so terpaksalah cari tempat parking yang jauh sikit. Aku taklah berapa kisah sangat tapi kesian aku tengok kawanku yang OKU bertongkat ini, penat dia berjalan jauh. Dia dahlah tak berapa larat sangat, kena pulak yang perlu berjalan jauh dari tempat parking ke kawasan pesta.

Dalam perjalanan, sempat tengok pertunjukkan bunga api dari tapak pesta konvo tu. Agak lama pertunhjukkan tersebut, adalah dalam 30 saat. Aku dapat bayangkan bahawa setiap dentuman itu mewakili wang yang terang2 di'bakar' dan dibazirkan. Agaknya berapa ribulah jumlah wang yang digunakan untuk pertunhjukkan tersebut. Kan elok kalau duit tersebut digunakan untuk buat perkara lain seperti menampung subsidi untuk membantu pelajar menyewa tapak gerai ke, masuk tabung masjid ke, buat kerja2 amal ke... Takpelah, malas aku nak komen panjang2.

Sampai je kat pesta konvo, kawan OKU itu tadi terus cadang nak makan terus kat mana2 gerai. Mungkin lapar dan penat berjalan kot, that's why terus ajak makan. So, berhentilah kitaorang kat gerai makan dan terus order suo. Member aku tu makan... mak oi....

So, after makan kitaorang pun decide nak pusing2 dulu sambil2 beli apa2 yang patut. Aku pun takdelah nak shopping sangat, just kalau boleh nak cari blazer atau jaket yang murah2 je, jenis bundle je. Banyak kedai yang menjual pakaian tapi majoritinya, adalah dalam 90% adalah kedai pakaian untuk perempuan. Ada kedai yang jual pakaian lelaki tapi sikit je. Itupun kedai itu jual baju jenis borong, RM5/helai dan RM8/2 helai.

Pusing punya pusing, akhirnya adalah jugak 2 gerai yang jual baju blazer dan jaket itu. Aku try pakai beberapa blazer dan jaet yang ada kat situ tapi tak padan. Dari segi saiz badan dah ok tapi lenganya singkat sangat, tak sesuai langsung. So, pilih punya pilih, takde jugak yang sesuai dari segi lengannya. Dari segi harga memang dah murah dah, dalam RM35-RM50 je. Tapi yelah, murah macamana sekalipun, kalau dah tak padan, buat apa nak beli.

After that, kitaorang singgahkat gerai buku, gerai jam dan macam2 lagilah.Kat kedai buku, banyak buku2 yang berkaitan dengan keagamaan, motivasi dan ucapan2 tokoh. Member aku sempat beli 2 buah buku. Aku takde beli apa2 pun, nak beli buku pun, aku bukannya ada masa pun nak baca, beli hari ini 3-4 minggu kemudian baru berkesempatan baca, itupun kalau sempat habis.

Dalam banyak2 gerai itu, kat tengah2 tapak pesta ada beberapa gerai besar yang khas untuk penaja utama sempena pesta konvo ini iaitu Celcom. Macam2 promosi yang dibuat oleh Celcom dari penjualan top up, broadband dan sim card. Tawaran broadband yang dilakukan amat menarik. Contohnya satu modem broadband yang harga kat pasaran adalah RM 199 tapi kat sini offer sampai serendah RM 89 je. Kalau beli top up RM 30 keatas pulak dapat payung atau t-shirt free. Pendek kata, memang promosi habis2anlah Celcom.

After that, kawanku itu sudah penat dan minta berehat kat tempat rehat yang disediakan. Tapi aku dan kawanku yang lain still lagi pusing2 dan kitaorang janji untuk jumpa kembali kat situ bila timenya dah tiba. So, aku dan kawanku yang lain2 terus pusing2 lain. Srmpat jugaklah singgah kat gerai makanan, beli apa2 yang patut.

After that, jam sudah menunjukkan pukul 12 malam, so kitaorang decide nak pulang, dah lewat. After that, sekali lagi kawan OKU tu terpaksa berjalan jauh. Yelah, dah nak buat macamana, parking dah penuh, terpaksa parking kat area jauh sikit. However, kitaorang semua happy sebab still lagi berkesempatan untuk perji ke pesta konvo kali ini. Macam2 karenah manusia yang ada kat situ, baik dari segi gelagat penjual mahupun pengunjung. Satu malam yang menarik. Alhamdulillah...


Friday, August 14, 2009

RAPTAI MAJLIS KONVO...


24 Syaaban 1430 Hijriah.Semalam ada majlis raptai untuk konvokesyen universiti yang ke 43. Aku dan kawanku yang OKU ini pun pergi jugak bersama2 dengan seorang staff kolej. Upacara raptai itu sepatutnya bermula jam 8.00 pagi tapi aku sampai pukul 9.00 pagi kerana terlupa nak contact staff kolej tersebut. Kawan aku contact pukul 8.30 dan pukul 9.00 baru bertolak. Sampai2 je kat Dewan Sultan Iskandar(DSI), la... ramai lagi yang baru datang, sama kes dengan aku, datang lewat.

So, aku terus masuk ke dalam dewan dan bila dah masuk, hampir separuh dewan dah ada student tapi banyak lagi kerusi yang kat area2 depan yang kosong. Biasalah, jenis student kita ni susah dan taknak duduk depan. Susunan dewan dah complete, cuma ada sedikit lagi pengubahsuaian yang dibuat oleh para petugas dewan.

Kat depan sekali, ada pegawai konvo yang tengah berucap. Kat tepi kiri dan kanan dewan, dah ada staff yang berpakaian rasmi konvo untuk melakukan demo upacara majlis dan upacara penerimaan sijil. Alhamdulillah... aku ingatkan aku dah terlewat untuk dengar apa2 taklimat tapi rupanya taklimat dan upacara pun baru nak mula. So, tak ketinggalanlah untuk dengar peraturan dewan dan majlis konvo.

Disebabkan sekarang ini musim penyakit H1N1, para graduan digalakkan untuk memakai mask semasa beratur tapi sebelum naik pentas, mask itu mestilah ditanggalkan sekejap. Yelah, takkanlah nak ambil sijil dan bergambar dengan keadaan pakai mask, kurang sesuailah. After dah terima sijil itu, pakailah semula mask itu. Jadi pemakaian mask adalah amat digalakkan dan tanggalkan sekejab semasa terima sijil itu.

After selesai taklimat, kami membuat demo untuk majlis itu. Pegawai tersebut menceritakan tentang kronologi yang akan berlangsung dalam dewan itu yang dimulai dengan ketibaan Tuanku Canselor dan dif2 terhormat. After that nyanyian lagu kebangsaan dan bila dah selesai semua, barulah upacara penerimaan sijil bermula. Bermula dengan pelajar Ph.D dan Master, after that barulah pelajar Degree dan Diploma. Semuanya ada tarikh dan sesi tersendiri, bergantung pada kursus pengajian kita.

Demo berlangsung sebanyak 2 kali,satu bersam2 dengan pelajar dan satu lagi khas untuk staff sahaja. After that, aku sempat berjumpa dengan pegawai lain yang khas untuk handle majlis ini. Aku dan kawanku memberitahunya bahawa kami perlu menggunakan kerusi roda semasa upacara penerimaan sijil itu. Aku pakai kerusi roda elektrik dan kawanku pakai kerusi roda yang manual. Perkara ini sama seperti majlis konvo aku yang Diploma dulu. So just nak make sure semuanya berjalan lancar, yelah kitaorang sesi pagi selasa nanti, takut2 pihak pengurusan tak sempat nak handle semua.

Bila semuanya selesai, kitaorang pun keluar dari dewan dengan bantuan seorang pengawal keselamatan. Bila dah kat luar, kitaorang terus ke booth tempahan gambar. Tempahan gambar boleh dibuat after majlis konvo tapi dah alang2 datang, buat teruslah. Disebabkan kawasan menuju ke booth tersebut tiada kemudahan ramp, seorang staff yang handle booth tersebut datang untuk membantu. Sambil2 itu, baru aku teringat nak ambil gambar suasana majlis raptai. Alahai, kat ewan tadi lupa pulak, so just ambil gambar kat area2 dataran jelah.

So, sempatlah ambil beberapa keping gambar just untuk kenang2an. After that kitaorang pulang semula ke kolej pukul 11-12 tengahari. So, kat sini aku sisipkan bersama 2 gambar yang sempat aku capture.


Gambar1: Booth foto.


Gambar2: Ada booth pameran dan jualan


INNOVATION BASED ECONOMY...


23 Syaaban 1430 Hiriah. Innovation based economy. Apa yang korang faham tentang ayat tersebut? Aku berpendapat, amat jarang yang mengetahui atau ingin ambil tahu tentangnya. Maklumlah, kita terutamanya pelajar Malaysia jarang baca buku, jarang baca suratkhabar. Kalau baca buku pun, just baca untuk exam dan sesetengah part yang cikgu/pensyarah suruh je. Kalau baca suratkhabar pun, just baca bahagian sukan dan hiburan.

Dulu aku belajar tentang knowledge based economy atau singkatannya k-economy. Apa yang aku faham tentang k-economy ini ialah kita menjadikan ilmu pengetahuan dalam membangunkan negara kita. Itu adalah secara overallnya yang lebih kurang bermaksud kita mestilah mempunyai ilmu pengetahuan dan menjadikannya sebagai sumber utama dalam melakukan sesuatu terutamanya untuk proses pembangunan ekonomi dan negara(sila tegur aku sekiranya aku tersalah fakta ye...).

Sebelum k-economy, kita dah sedia maklum tentang ekonomi berasaskan elektronik(e-economy) iaitu ekonomi yang berasaskan elektronik dan teknologi maklumat. So, negara kita sudah move dari e-economy kepada k-economy. Sekarang ini, dalam bulan Oktober, our Prime Minister akan umumkan tentang i-economy iaitu innovation based economy yang bermakna pembangunan ekonomi dan negara berasaskan inovasi.

Bila kita berbicara tentang i-economy ini, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan innovasi? Umumnya yang aku boleh beritahu ialah memperkenalkan benda baru. Malaysia berhajat untuk melahirkan rakyat yang berinnovasi yang mampu berdaya saing diperingkat global dengan menghasilkan produk baru atau mempunyai idea2 yang baru yang boleh membantu pembangunan dan ekonomi negara. Nak definisi yang tepat, silalah ke Google dan taiplah apa2 yang dirasakan sesuai.

Pendek kata, negara kita akan menuju ke satu era yang mempunyai kemahiran, pengetahuan dan mampu untuk menghasilkan sesuatu yang baru bagi meningkatkan ekonomi dan pembangunan negara. Namun aku tidak merasakan bahawa semua ini akan tercapai seandainya kita tidak mengubah sistem pendidikan negara kita.

Dari perspektif usahawan, negara kita tidak mempunyai kaedah/sistem untuk menggalakkan pelajar menceburkan dri dalam hal2 yang berkaitan dengan innovasi. Apa yang diajar oleh cikgu, itulah yang dimuntahkan balik oleh pelajarnya. Sistem pendidikan kita lebih menekankan pengejaran markah berbanding mendapatkan reason jawapan tersebut. Tak payahlah aku cari contoh2 jauh, aku just tengok diri aku sendiri. Misalnya dalam satu soalan itu hanya menghendaki 3 jawapan sahaja(soalan berstruktur), aku digalakkan oleh cikgu untuk menjawab seberapa banyak yang mungkin. Kalau soalan nak 3, biasanya jawablah 6-7 jawapan.

Yelah, mengikut kiraan cikgu, dalam 6-7 jawapan yang kita berikan, takkanlah takde 3 yang tersangkut. So, itu mentaliti sistem pendidikan kita, lebih mengejar markah berbanding cuba berusaha untuk memberikan 3 jawapan yang paling konkrit. Mungkin dalam pedagogi pendidikan, perkara ini tidak salah dan mungkin digalakkan, at least pelajar itu dapat markah yang baik walaupun pada akhirnya pelajar itu sendiri tak tahu mana satu jawapan yang diberinya yang betul. Ini bukan sahaja kat sekolah, malahan kat universiti sekalipun.

Ada sesetengah pensyarah yang memaksa pelajar mengikut kaedahnya sahaja untuk menyelesaikan sesuatu kiraan sedangkan ada cara lain yang juga turut boleh digunapakai. Biasalah, bila pensyarah dah bertitle tinggi ini, mereka fikir bahawa cara mereka sahaja yang the best sedangkan seandainya sesuatu kiraan itu mnggunakan kaedah lain but still memberikan jawapan yang tepat serta tidak menyimpang dari skop pengajaran dan proses kiraan, bagi aku perkara itu bagus.

Aku tak kata bahawa ajaran cikgu/pensyarah itu tidak betul atau tidak sesuai tapi dalam soal melahirkan pelajar yang kreatif dan berinnovasi, digalakkan agar pelajar ini meluahkan apa yang difahaminya. Ada juga sesetengah pendidik yang pada mulanya mengulas tentang sesuatu isu terutamanya isu semasa. Kemudian dia meminta pelajar mengemukakan pendapat mereka secara sukarela. Seandainya pelajar tersebut mengemukan pendapatnya yang tidak selari dengan apa yang diulaskan, marah pulak.

Sedangkan pada mulanya dia minta pelajar memberi pndapat. Apa yang diinginkannya adalah setiap pendapat yang dikemukakan oleh pelajar hendaklah selari dengan pendapatnya. Kalau nak begitu, better tak payah tanya pendapat. Ini tidak betul kerana untuk sesuatu perkara/persoalan yang tiada betul atau salah(jawapan yang subjektif, tiada skema jawapan yang tetap), sesuatu pendapat itu boleh dikemukakan berserta jawapan/fakta sokongan yang kukuh. Ini tak, dia kata A, semua pelajar mesti kata A, kalau tak, potong markah.

Dunia ini luas, jangan sempitkan pemikiran kita dengan satu2 perkara yang telah ditetapkan saja. Kita yang mencorakkan dunia kita. Secara tidak langsung, sistem pendidikan yang yang membenarkan pelajar berfikiran terbuka dan cuba dalam sesuatu yang baru, yang bukan diluar kotak pemikiran biasa, adalah mampu melahirkan pelajar yang berinnovasi. Setiap dari kita melihat sesuatu perkara dari pandangan dan perspektif yang berbeza2.

Sebagai contoh, PROTON dinasihatkan oleh ahli ekonomi agar tutup je kilangnya, gulung tikar je sebab sudah tidak mampu bersaing lagi, sudah tidak dapat memberi sebarang profit lagi, terlalu banyak liabiliti yang ditanggung. Itu dari segi perspektif ahli ekonomi yang mengatakan bahawa PROTON mesti ditutup tetapi berbeza dengan pendapat ahli usahawan. Ahli usahawan mengatakan bahawa jangan tutup lagi sebab kita still lagi boleh cuba membuat profit, membantu menyediakan peluang kerjaya, untuk menjaga nama negara dan sebagainya. See? setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza berdasarkan sudut pandangan masing2.

So, apa moral of this story? Kalau kita inginkan sesuatu perubahan, ingin melahirkan diri kita supaya menjadi seorang yang kreatif dan berinnovasi, ingin mencipta sesuatu yang baru, maka buatlah perubahan awal melalui sistem pendidikan kita. Aku harap hasrat negara yang ingin menuju ke arah i-economy mestilah mempunyai pelan tindakan yang betul serta kaedah yang sesuai untuk memastikan agar perkara ini dapat direalisasikan seterusnya mengelakkan berjuta2 anak2 kita diambang masalah.

Kepada cikgu dan pensyarah, aku tak sesekali berniat untuk merendah2kan apa lagi menghina apa yang telah aku terima dari proses pembelajaran dan pengajaran selama ini, namun ini semua merupakan satu luahan dan manifestasi pemikiran aku. So, mintak2 takde yang terasa hati. Kalau ada, maaf aku pohonkan. Kalau ada peluang, nanti aku detailkan lagi tentang i-economy ini. Insyaallah...


Wednesday, August 12, 2009

LAMAN SOSIAL - PART 2...


21 Syaaban 1430 Hijriah. Ok, kali ini aku nak bercerita pulak tentang laman sosial seperti yang aku janjikan sebelum ini. Tentu ramai yang tertanya2 kenapa aku nak bercakap tentang laman sosial ni sampai ada part2 pulak? Intersting sangatkah lman sosil ini? Sebelum ini banyak kita diberitahu tentang keburukkan laman sosial ini especially kepada diri aku sendiri pun tapi why aku still berminat nak bercerita tentangnya?

Bagi aku, sesuatu perkara itu mesti ada baik dan buruknya, bergabtung kepada bagaimana cara kita menggunakannya. Niat, matlamat dan caranya amat penting kerana jika silap haribulan, boleh lalai jadinya kita ini. Tak payah tengok contoh jauhlah, cukup tengok diri aku sendiri. Lama-kelamaan, aku pun semakin lara dan lalai dengan perkembangan laman sosial ini. Dulu akaun laman sosial pun tak ada, tapi sekarang ini 3-4 akaun ada.

Bila kita sudah ada 3-4 akaun, of course kita akan mengorbankan beberapa lama mungkin untuk view, update perkembangan, add dan sebagainya. So, sudah tentu itu semua boleh dikatakan sebagai membuang masa. However, seperti yang aku katakan tadi, setiap satu ada baik buruknya. Tak bolehlah kita just tengok dari segi negatifnya sahaja. So, kali ini aku nak story pulak pasal kebaikkannya.

Dianggarkan statistik 2008, hampir 200 million(sekarang ini tak taulah berapa) yang mempunyai akaun laman sosial seluruh dunia dan yang famous adalah Facebook. Cuba bayangkan kalau kita mempunyai kawan dari serata Malaysia(tengok dalam negara dahlah), tentu beribu2 atau berpuluh ribu.

Dari perspektif usahawan, semua ini adalah network kita sebenarnya. Cuba bayangkan seandainya kita menjual satu produk dan iklankan kat laman sosial ini, berapa orang yang akan melihat produk kita? Aku tak bercerita dari segi jualan, tapi dari segi promotion dan marketing. Ramai orang akan melihat produk kita jika kita cuba iklankan kat laman sosial ini.

Tak payahlah kita try add ads untuk jualan itu sebab sometimes kena bayar tapi buatlah promosi kat page2 foto pun dan memadai. Lagipun kan kita boleh letakkan seberapa banyak gambar kan dalam Facebook kita itu, so apa salahnya kita create satu folder foto dan iklankan kat dalam laman tersebut? Dari segi cara untuk berjual beli pula, bergantunglah pada kita macamana nak handle, cuma apa yang aku ingin highlightkan kat sini adalah network yang besar kat laman sosial boleh membantu proses marketing kita.

Bebaru ini ada kawanku yang sediakan ebook tentang cara2 untuk membuat Google Adsense. Aku pun baru nak try berjinak2 dengan Google Adsense cuma tak berapa pasti lagi tentang hukum halal haramnya serta bagaimana business model yang digunapakai untuk menguruskan transaksi kita itu. Yelah, nak buat apa2, mesti tahu dulu halal haramnya, jangan buat dulu baru nak check.

So, aku pun cadang nak letakkan jugak iklan GoogleAdsense ini kat blog aku seandainya beberapa perkara yang berkaitan dengan berjaya aku ketahui. Tapi kalau tak letak pun takde masalah, aku bukannya terdesak sangat nak cari wang tambahan pun, just nak try je then blog aku ini pun bukannya ramai pun yang baca, takdelah semeriah chedet.cc tu.

Itu kebaikkan dari segi keusahawan, dari segi sosial pulak? Of course kita boleh contact kawan2, chat dengan mereka, cari kawan2 lama yang dah lost contact dan yang penting adalah kita still boleh berhubungan dan berinteraksi dengan kawan2 kita walaupun bukan secara bersua muka.

Aku tahun lepas pun, melalui penggunaan Friendster, berjaya jugak contact kawan2 semasa sekolah rendah dan buat gathering masa raya last year. Alhamdulillah... ramai jugaklah yang datang, adalah dalam 30-35 orang. Semuanya bermula dengan contact secara biasa2 je kat Friendster, then perkara ini semakin tersebar dengan mudahnya. Bila dah ramai, terus organize satu gathering, memang happy sangatlah dapat jumpa kawan2 lama ini.

So, aku rasa, itu adalah memadai untuk aku perihalkan tentang kebaikkan laman sosial ini. Setiap sesuatu perkara itu ada baik dan buruknya. Bergantunglah juga pada bagaimana seseorang individu itu melihat akan laman sosial ini seterusnya dari segi penggunaannya. Lain orang, lain pendapat kan? So bag aku, jika kita pandai menggunakan laman sosial ini untuk tujuan yang baik seperti menambahkan network, berjumpa kawan2 lama, berdakwah dan sebagainya, mesti tak ada masalah.

Tentang buat duit itu pula, aku tak berapa pasti dari segi hukum halal haramnya but aku akan try cari bahan bacaan dan buat kajian tentangnya. Kalau ok, boleh jugaklah aku try cari duit sikit melalui blog aku ini. Insyaallah... mudahan2 semuanya ok.


Monday, August 10, 2009

LAMAN SOSIAL - PART 1...


19 Syaaban 1430 Hijriah. Semalam... fuh, ramai betul kawan2 aku yang online kat Facebook. Ada 34 orang yang tengah online masa tu termasuk 12 yang idle. Satu rekod bagi aku yang selama ini paling tinggi pun just cecah dalam belas2 orang je. Kebanyakkanya bercerita tentang masalah pet society dan majlis konvo yang bakal berlangsung tak lama lagi. Ada sesetengah itu pulak asyik uploadkan gambar yang tengah posing dengan pakaian konvo masing2. Pendek kata ramailah yang online dengan agenda dan interest masing2.

Aku pun boleh dikatakan pengguna tegar internet jugak tambahan kat kolej aku dapat capaian internet yang disedikan oleh pihak universiti. Then kalau tak dapat pun, aku still boleh guna broadband untuk capaian internet. Pendek kata, memang 24 hours lah aku online kecuali time tidur atau pergi kuliah.

Aku bukannya apa, sometimes aku terfikir tentang laman sosial yang bagaikan menjadi satu trend dikalangan remaja zaman sekarang ini. Silap2 haribulan seorang pengguna je ada 3-4 akaun laman sosial yang mereka create. Yelah, free kan, apa susah. Bagi aku, penggunaan laman sosial ini ada baik dan ada buruknya. Sama macam aku jugak sebelum ini.

Aku sebelum ini takde pun akaun dimana2 laman sosial. Then aku create satu kat Friendster dengan harapan just nak contactmember2 sekolah je yang dah lama tak contact. Yelah, mana tau kan, nanti bila dah dapat contact, boleh buat reunion. So, lama kelamaan aku main Friendster, aku dah semakin ketagih. Boleh dikatakan dalam sehari itu wajib bukak sekali akaun aku. Matlamat asal aku juga dah agak terpesong.

Dulu just niat nak add kawan2 sekolah je, tapi sekarang ni bukan setakat kawan, kawan punya kawan punya kawan dan punya kawan pun aku add. Niat pulak confirm dah lari jauh, sekarang dah banyak add perempuan2 je. Yelah, lelaki kan, normallah tu. Sama jugak dengan perempuan, mesti ramai add lelaki.

Lama-kelamaan, aku create akaun Facebook pulak Yang ini lagi menarik dan asyik. Kita boleh chat terus dengan kawan2 kita dan ada pelbagai game@kuiz yang amat interaktif. Maka makin layanlah aku dan semakin laralah aku dengan laman2 sosial maya ini. Aku masih lagi teringat, dulu sewaktu aku takde akaun laman sosial ini, after solat Maghrib, aku selalu jugak baca Surah Yaasin sementara menunggu azan Isya'. Tapi sekarang ini, after selesai je solat Maghrib, terus online.

Bila aku dah sedar tentang hakikat ini, aku cuba berubah sedikit demi sedikit. Tak dinafikan bahawa aku sekarang ini still boleh dikatakan masuk kat alam maya ini 24 hours. Tapi aku cuba buat perkara2 lain walaupun aku berstatus online. Aku taknak membiarkan diri aku hanyut dengan dunia rekaan musuh islam ini.

Ada suatu ketika itu, aku tak tau dimana silapnya, akaun Friendster dan Facebook aku tak dapat diakses. Wah... bukan main tension lagi aku. Aku takleh nak buat apa2, just wait and see ajelah. Tengok, bukan main lagi penangan laman sosial ini sampaikan boleh dikatakan kalau tak bukak sehari, rasa macam ketagihan pulak. Rasa tension dan marah pun ada.

Aku tak nafikan bahawa penggunaan laman sosial ini ada baik dan ada buruknya. Bergantung pada individu tersebut tentang niat dan matlamatnya cuma apa yang pasti, jika cara kita mengangani ketagihan(bagi yang dah ketagih macam aku ni la) itu tidak betul, kita akan manjadi semakin melarat. Kita mungkin akan terpesong dalam hal ini jika niat tak berapa kukuh. Aku tak kata bahawa pengguna lain juga akan gagal mengawal diri mereka tetapi perkara ini susah untuk dikawal melainkan mereka betul2 hebat, tak macam aku.

So, penggunaan laman sosial yang tidak terkawal(macam aku la), boleh mengakibatkan kelalaian, kealpaan dan mungkin lebih teruk lagi akan menjadi suatu gegala yang tidak sihat pula seperti mengurangkan interaksi dan komunikasi dengan masyarakat sekeliling dan sebagainya. Aku tak kata bahawa laman sosial ini semuanya buruk, ada baiknya.

So, untuk post kali ini aku just story tentang keburukannya but insyaallah... aku akan cuba mengupas pula tentang kebaikkan laman sosial ini terutamanya dari perspektif seorang usahawan. Insyaallah...


Saturday, August 8, 2009

JOM SEPAKAT RUMAH BARKAT...


17 Syaaban 1430 Hijriah. Alhamdulillah... Hari ini aku rasa amat gembira sekali kerana berpeluang menyertai program kemasyarakatan yang dikendalikan oleh Kelab Penyayang yang dah aku sertai sejak dulu lagi. Program kali ini dinamaksn sebagai Jom Sepakat Rumah Barkat. Objektif program ini adalah untuk membantu Rumah Barkat dalam bergotong royong dan mengecat 2 buah blok belajar anak2 yatim tersebut.

Terlebih dahulu biarlah aku story sikit tentang Rumah Barkat ni. Nama panjangnya adalah Pertubuhan Anak2 Yatim Johor dan merupakan rumah yang menempatkan anak2 yatim area Johor Bharu. Mempunyai ramai anak2 yatim yang terdiri daripada segenap lapisan umur iaitu dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah.

Sehari sebelum program ini, malamnya kitaorang dah berkumpul kat bilik kelab sebagai persediaan terakhir tentang apa yang ingin dibuat, pembahagian ahli mengikut tugasan dan sebagainya. Malam itu jugaklah kitaorang bersama2 buat banting, sediakan poster, design sikit2 untuk sudut pembelajaran dan sebagainya. Malam itu pun dah kecoh sebab ramai jugaklah ahli yang datang dan masing2 buat lawak sambil buat kerja. Last sekali semua berair mata sebab potong bawang. Agak kelakar...

Program ini asalnya dijangka disertai seramai lebih kurang 50 orang(tak silap aku la) tapi disebabkan ada sesetengahnya ada test, maka bilangannya berkurangan kepada 20 lebih sahaja. Pergi dengan bas universiti. Ada juga kutip derma untuk menampung berbelanjaan bahan dan alhamdulillah... penasihat kelab kami sudi sponsor cat yang dibeli. So, dah jimat dah sikit kat situ. Program ini pulak bercadang untuk mengecat 2 blok bangunan 2 tingkat pembelajaran diorang.

Hari ni, pukul 7.30 pagi kitaorang dah berkumpul untuk naik bas menuku ke Rumah Barkat. Sampai kat sana, kitaorang mulakan aktiviti kitaorang dengan bersenamrobik. Senamrobik ini dibuat oleh semua ahli dan beberapa anak2 yatim disini. Dalam 10-15 minit, selesai je senamrobik, terus kitaorang buat pembahagian tugasan bersama2 dengan anak2 yang sukarela membantu.

Aku sebenarnya kat bahagian decoration kat dalam kelas belajar tapi aku taknak, aku nak join bahagian mengecat, baru best.Ada 4 bahagian semuanya iaitu bahagian mengecat bangunan, dekorasi dalaman bilik belajar, gotong-royong mencuci halaman dan memasak. Aku dan beberapa kawan yang lain start mengecat dinding luaran blok belajar mereka after mengenalpssti mana yang perlu dicat dan warna apa.

Aku lebih suka cat pakai roller je, senang dan cepat nak cat. Dalam banyak2 kawasan tu ada kawasan yang cukup mencabar kesabaran aku iaitu kena cat celah2 susunan bata(memang design bangunan itu berbentuk batu bata), cat pulak pakai berus melukis. Wah...cukup lama untuk siap. Memang kena pakai berus lukisan sebab roller dan berus cat tak dapat nak catkan bahagian2 sempit dan kecil macam itu.

Walaubagaimanapun, aku just mampu mengecat bahagian bawah2 je iaitu setakat yang aku mampu capai dengan tanganku sahaja. Aku mengecat sambil duduk atas simen, bukan duduk atas kerusi roda, so memang rendahlah. So, aku just buat setakat yang aku mampu sampai jelah. Seluar aku pulak, of courselah dah kotor dengan lantai2nya sekali dan cat2 yang menitik kena pada seluar.

After siap satu bahagian, terus ke bahagian lain pulak. Agak banyaklah bahagian yang perlu dicatkan. Bukan sahaja dinding malahan pintunya sekali. Untuk bahagian2 tinggi, kawanku2 yang lain settlekan, aku just buat setakat kawasan yang boleh aku buat. Proses mengecat menjadi lama sebab ada sesetengah kawasan yang perlu dicat sebanyak 2-3 kali kerana cat dikawasan tersebut terang, so tak dapat ditindan, terpaksa buat 2-3 lapisan, baru ok.

Bila tiba time lunch, kitaorang semua berhenti dan makan didewan makan Rumah Barkat tersebut. Untuk solat Zuhur pulak, kami solat kat suraunya, after that terus sambung buat kerja balik. Bila dah masuk sesi petang, kami dah start masuk ke bahagian tingkat 2 bangunan. Aku tak naiklah ke tingkat 2, aku masuk dalam bilik belajar dan tolong2 dalam bahagian dekorasi pulak dan kadang2 sambung balik cat mana2 bahagian yang belum complete lagi.

Walaubagaimanapun, kami tak sempat untuk menghabiskan kerja2 kami. Pukul 5.00 petang, kami dah terpaksa pulang kerana bas dah datang untuk menjemput kami. Yelah, kalau ikut perancangan, seramai 50 ahli yang akan join dan kalau mengikut perkiraan tersebut, memang sempatlah but ahli yang dapat join hari ini just half je. Ada pulak untuk sesetengah bahagian tu kena pakai berus lukisan dan ada yang perlu ditindan 2-3 kali. That's why kami tak berapa sempat nak completekan semua task yang dirancang.

After sedikit upacara penghargaan ringkas kepada Pengetua Rumah Barkat, kami semua terus pulang. Dalam bas, aku tengok ada sesetengahnya tertidur kepenatan. Aku pun terlena jap. So, bagi aku, hari ini amat bermakna buat diriku kerana aku sedikit sebanyak ada membuat kerja2 amal seperti ini. Satu perkara yang aku agak kesalkan ialah kalaulah aku ini agak tinggi @ normal, tentu lebih banyak perkara yang aku boleh bantu.

Bukan aku sedih kerana ketidakupayaan aku @ takdir aku tapi yelah, kalaulah aku lebih tinggi, tentu lebih banyak area yang aku boleh cover. Walaubahaimanapun, aku bersyukur kerana dengan keadaan aku sekarang ini pun, aku sudah menyumbang sesuatu yang termampu untuk aku laksanakan, aku dah buat sedaya upaya aku.

So, kat sini aku letakkan beberapa keping gambar untuk tatapan. Hari ini penat tapi enjoy.


Gambar1: Menyiapkan banting

Gambar2: Mengecat pintu

Gambar3: Mengecat dinding

Gambar4: Aku dan kawanku

Gambar5: Sukarela dari anak2

Gambar6: Hampir siap


Wednesday, August 5, 2009

BEZA MANUSIA...


14 Syaaban 1430. Hari ini aku tak berapa pasti untuk menyatakan perasaan aku samada gembira ataupun terharu. Ada 2 perkara utama yang ingin aku kongsikan untuk post kali ini. Perkara pertama adalah tentang kursus Advance ASP.NET yang aku join hari ini dan kisah pengorbanan 2 orang staff fakulti yang amat baik hati serta telah membuatkan aku cukup terharu. Takpe, aku storykan satu persatu dulu ye.

Ok, semalam aku ada register untuk ambil kursus 2 hari yang engajar tentang ASP.NET kat fakulti. Bayaranya adalah Rm70/2 day. Bagi aku, bayaran tu oklah, berbaloi jika dibandingkan dengan ilmu yang aku akan dapat but bukan hal bayaran yang ingin aku kisahkan tapi dari segi penyertaannya. Jumlah pelajar yang register adalah seramai 28 orang dan hanya ada 2 kaum sahaja iaitu pelajar melayu dan pelajar cina. Melayu ada 11 orang dan cina adalah 17 orang.

Satu perkara adalah bilangan kehadiran dan satu perkara lagi adalah sebab kehadiran. Aku register program tu just untuk tambahkan ilmu yang mungkin masih 'berlubang' lagi dalam bidang ASP.NET ini. Walaupun aku sudah lulus exam yang dibuat oleh Microsoft (akan dapat certification tak lama lagi), aku still lagi nak cari something yang mungkin new yang boleh aku pelajari.

Dari segi kehadiran, pelajar cina lebih ramai berbanding pelajar melayu. Pelajar melayu yang ambil kursus ini majoritinya adalah pelajar semester akhir yang mesti menyiapkan projek akhir mereka dalam tempoh beberapa minggu lagi sedangkan pelajar cina ini adalah junior dan baru masuk projek 1 tapi dah mula belajar. Kursus ini memang sudah ada pun semester lepas, dibuat setiap semester tapi pelajar melayu, bila dah masuk final baru nak start belajar sedangkan pelajar cina awal2 lagi sudah grab peluang ini. Inilah beza antara kita.

Bila masa makan pagi pulak, aku makan bersama kelompok pelajar cina. Aku ada bertanya kepada mereka, kenapa ambil kursus ini sedangkan setahu aku final project mereka adalah semester depan dan menggunakan Java, bukan ASP.NET. Diaorang cakap, just untuk tambah ilmu, mungkin boleh juga dapat certification dan boleh digunapakai untuk kerjaya mereka. Fuh, kagum aku dengar jawapan mereka. Something yang susah untuk aku dengar daripada pelajar melayu. Pelajar cina ini sanggup mengeluarkan wang untuk mempelajari ilmu yang difikirkan mungkin bermanfaat untuk mereka dimasa hadapan.

After that, masa lunch pulak, aku makan bersama dengan pelajar melayu. Aku ada bertanya kepada mereka, kenapa join program ini. Tersengih2 mereka untuk menjawapnya dan hasilnya adalah tak ada jawapan pun. Lastly pensyarah aku yang hande program ini memberitahu bahawa kebanyakkan pelajar melayu ini dipaksa untuk join program ini kerana final project mereka mesti menggunakan ASP.NET. Malahan ada sesetengah supervisor (pensyarah) yang membayar untuk pelajar mereka serta memaksa mereka ini join sedangkan ini pun untuk memastikan projek mereka itu berjaya.

Aku pelik dengan pelajar melayu ini. Mereka perlukan ilmu ASP.NET untuk buat projek mereka tapi tiada inisiatif untuk join program ini. Nak kena paksa dulu baru nak join. Kalaulah disebabkan faktor wang, takkanlah mereka ini kurang mampu, duit PTPTN atau JPA baru je masuk. Ini tak, nak kena dipaksa dan dibiayai oleh supervisor dulu baru nak join.

Ok, bagi aku, aku agak enjoy jugaklah menghadiri kursus ini, ada jugaklah something new yang boleh aku pelajari. Itu adalah cerita gembira aku. Cerita mengharukan pula adalah bila jam dah hampir pukul 5.00 petang, aku bersiap2 untuk pulang. Pensyarah kata sesiapa yang dah siap latihan ASP.NET tu boleh balik awal. So, bila aku nak pulang, lif pulak rosak sedangkan masa itu aku di tingkat 3.

Aku pun call staff yang baik hati itu, Abang Dollah panggilannya. Aku memberitahu bahawa aku tak boleh nak turun sebab lif rosak dan dia kata dia akan try cari pajero untuk membawa aku pulang. Yelah, kerusi roda elektrik itu besar, tak muat dengan kereta biasa dan untuk menunggu lif dibaiki, tak tau bila pulak, so takkan aku just waiting je. Ada ramai staff2 lain yang lalu lalang termasuk 'orang2 besar fakulti' tapi mereka 'hanya mampu' melihat dan berlalu begitu sahaja sedangkan mereka tahu bahawa lif rosak.

So, pajero tiba dalam pukul 5.15 petang. Abang Dollah dan seorang lagi kawannya (2 orang) mengangkat kerusi roda elektrik itu masuk kedalam pajero. Keberatan kerusi itu sepatutnya diangkat oleh 4 orang tatapi diusahakan oleh 2 sahaja. Bukan takde orang lain, tapi masing2 just tengok je. Itu satu perkara dan satu perkara lagi, bila nak bertolak pulang ke kolej aku(after semuanya settle), hujan pulak dan agak lebat. Aku dan staff itu naik pajero sedangkan Abang Dollah naik motor je follow dari belakang sebab dah tak muat dah pajero tu.

Memang basah kuyuplah Abang Dollah petang tadi. Sampai kat depan bolk kolej pulak, 2 orang itu jugaklah yang angkat turun kerusi roda tu dalam keadaan hujan yang agak lebat. Aku terharu melihat Abang Dollah yang basah kuyup itu. Dia sememangnya seorang staff yang baik hati dan amat komited dengan kerjanya. Jarang aku jumpa staff sepertinya. So, after selesai semua, after ucapkan terima kasih, aku pun dapat masuk ke bilik dengan selamat, alhamdulillah...

Kat bilik, aku terfikir inilah beza antara manusia dan perbezaan itu mungkin disebabkan oleh cara berfikir, hati budi dan sikap kita. Inilah yang membezakan antara gajah yang mati meninggalkan gading dengan manusia yang mati tiada tinggalkan apa2. Apa2 pun, aku bersyukur kerana masih ada insan yang baik dan boleh diharapkan. Aku doakan agar Abang Dollah dan kawannya itu sentiasa dirahmati oleh Allah SWT. Insyaallah...


Tuesday, August 4, 2009

PENERANGAN SUBJEK...


13 Syaaban 1430 Hijriah. Alhamdulillah... Hari ini sudah masuk hari kedua kuliahku untuk pengajian Master ini. Hari ini tak ada apa2 jugak, just briefing tentang subjek projek pada sebelah petangnya. Pada sebelah paginya pulak, kelas dibatalkan tetapi nasib baik diberitahu awal2, kalau tak sia2 ajelah pergi, kelas takde. So, agak menarik penerangan ringkas subjek hari ini, itu yang rasa nak share kat sini ni.

Mula2 adalah penerangan tentang subjek, objektif subjek dan matlamat program Master ini, bilangan minggu kuliah dan buku2 yang boleh dijadikan rujukan. Program Master ini lebih kepada projek(menghasilkan produk sendiri) dan jarang ada exam dan tak ada pun final exam. Markah lebih kepada kerja kursus, program mentor, lawatan industri dan projek.

So pada asasnya, subjek ini tak ada exam pun, just ada projek je. Projeknya pulak adalah mencari seberapa banyak idea, menentukan apa yang best tentng idea2 tersebut dan pilih the best one untuk dibentangkan. Nampak macam takdelah susah sangat tapi... nak dapatkan satu idea yang solid serta boleh dikomersialkan itulah yang susahnya. Idea itu pulak mestilah yang belum ada lagi, barulah boleh diistilahkan sebagai 'Blue Ocean'. Kalau yang sudah ada pun, mestilah kita upgradekan perkara tersebut.

Seandainya aku mempunyai banyak idea, idea itu akan ditapis, di polish dan dinilai oleh beberapa pensyarahku. Selepas sesi penilaian, hanya satu idea yang akan dikenalpasti yang boleh dijadikan projek akhir. Idea inilah yang akan di developkan menjadi produk. Produk itu pulak, seboleh2nya biarlah dikomersilkan.

After that mulalah diberikan tugasan. Minggu ini setiap orang mesti ada blog sendiri yang menceritakan kehidupan sendiri dan pengalaman sepanjang mengikuti program Master ini. So, aku bercadang untuk berikan address blog ini jelah, malas pulak nak create blog baru. Then, maybe after this blog aku ini akan lebih kepada life dan experience aku sepanjang belajar Master ini. Yela, aku pun sememangnya berpanglipulara tentang life aku pun kat blog ini, mana ada hal lain. Kat blog inilah luahan aku, apa yang aku fikirkan, apa yang aku baca, semua ada dalam blog ini.

So, that's why aku taknak create a new blog, jadi kerja pulak aku nak sentiasa update 2 blog pada satu masa dan pensyarah aku pun beritahu, tak kisah bagi kat dia address blog sedia ada pun as long as blog itu di updatekan dan blog itu menceritakan tentang life kita. Ok, itu adalah tentang tugasan.

Sekarang adalah sesi beramah-mesra dan bercerita. Jeng...jeng...jeng... Bab inilah yang paling kelakar dan best tadi. Dimulakan dengan kawanku, dia bercerita tentang pengenalan dirinya, target life dan akhir sekali adalah idea asas yang ingin dilaksanakan. Idea asas ini tak semestinya ini yang dipilih untuk projek, maybe akan bertukar2 lagi mengikut keadaan. Kat bab inilah banyak acara mengomen dan mengutuk secara bergurau. Memang agak kelakarlah.

Biasalah kan, sesi mengomen dan mengutuk. Tapi mengutuk pun bukanlah yang jenis pedas2 pun, bukan dengan niat untuk menjatuhkan maruah atau moral kita pun, just nak bagi clearkan sikit idea tersebut dan dibuat dalam bentuk kutukan santai, baru tak boring. Komen yang diberi pulak adalah lebih menjurus kepada permasalahan yang mungkin wujud seandainya idea tersebut dilaksanakan dengan begitu sahaja tanpa ada research tambahan.

So, dalam sesi ini banyaklah idea2 yang keluar, ada yang logik dan ada yang tak logik. Idea aku? Awal2 lagi dah kena kutuk. Idea aku adalah untuk menghasilkan intelligence farm untuk ayam kampung. Kena kutuk pulak oleh pesyarahku, dia kata ingatkan reban tu ada pintu automatik la, ada air-cond la macam2lah kena. Ada jugak ingatkan idea aku itu just untuk build sistem je, bukan untuk build that reban. Adoi.... kelakar la pulak dengar komen pensyarahku tadi. Hm.... maybe mereka tak nampak lagi kot potensi idea ini kot. Chewah... nak back up lagi tu....

Ada jugak idea yang power2 macam buat device speech recognition, buat Al-Quran untuk OKU penglihatan, buat device untuk ukur kandungan mineral tanah, sistem sms, detection chip untuk laptop dan sebagainya. Yang paling menarik perhatian aku adalah Al-Quran untuk OKU penglihatan. Ini kerana sedikit sebanyak hal yang berkaitan dengan OKU penglihatan dan web, aku ada buat dalam final projek aku untuk Degree semester lepas. So, sedikit sebanyak aku tahu tentang relationship antara OKU penglihatan dengan web.

So far, setakat ini ajelah untuk malam ini, insyaallah next time aku akan bercerita tentang satu lagi perkara lucu semasa sesi mengomen tu, especially masa bahagian aku. However, harap2 untuk kawanku yang berhajat untuk buat projek Al-Quran untuk OKU penglihatan tu akan berjaya. Seandainya anda semua ada idea2 untuk dikongsikan, silalah beritahu, maybe idea2 anda dapat dibangunkan dan dapat dimanfaatkan oleh semua. Insyaallah...


Sunday, August 2, 2009

SENANG BERSENDIRIAN...


10 Syaaban 1430 Hijriah. Hari ini aku takde buat apa2 jugak, just rileks, melayari alam maya sehingga berjam2 lamanya dan explore blog2 yang menarik untuk dibaca. Aku pun ada melayari Facebook berjam2 lamanya, yelah sebelum ini pun lama jugak kan, takde kerja katakan. Pagi isnin nanti mungkin aku sudah start sibuk sikit kot untuk menyelesaikan beberapa hal untuk Master aku, dah janji dah dengan staff kolej untuk mintak tolong dia, dia kata ok je, alhamdulillah...

Tadi aku ada baca sebuah penerangan dalam Facebook daripada kawan alam maya yang juga seorang OKU. Dia ada memperjelaskan serba sedikit tentang keadaan dia dan lifenya serta cabaran terhadap kehidupan sosiasl tapi takdelah detail sangat. Takpe, maybe dia ada masalah yang tertentu yang amat peribadi dan sukar untuk dikongsikan tentang keadaan socialnya. Aku memahami dan menghormati privasy nya.

Aku nyata sekali tidaklah berapa tahu dan faham tentang life dia yang lepas2 but disini aku ada beberapa perkara yang ingin dikongsikan bersama beberapa pengalaman social ku bukan sahaja kepada kawanku itu malahan juga kepada semua pembaca blog ini. Apa yang aku harapkan agar perkara baik bolehlah dijadikan teladan dan perkara yang tak baik tentang life aku ini janganlah diikuti. Jika ada mana2 pihak yang terasa, maaf dipohon.

Secara jujurnya, aku dari kecil dah terbiasa hidup sendirian. Aku lebih banyak tinggal di duniaku sendiri, apa yang aku nak buat adalah bebas tanpa terikat dengan mana2 orang. Dari kecil, aku bermain sendirian dirumah, membaca sendirian dirumah dan amat jarang keluar melainkan pergi ke sekolah. Ada ahli keluargaku bawa jalan2 tapi jaranglah, tambahan pula selepas adik-beradikku ada tanggungan masing2, lagi jarang aku keluar rumah.

Pengalaman dalam kesunyian dan bersendirian tanpa aku sedari dah sebati dengan life aku. Apabila masuk ke universiti, aku lebih suka tinggal bersendirian tanpa ada roomate. Dengan tinggal bersendirian, aku bebas nak bukak kipas kuat level mana pun, bukak lampu 24 hours ke, pendek kata takde siapa nak larang aku.

Namun, apabila dah belajar kat universiti, aku mempelajari sesuatu tentang social life. Aku ternyata tak mampu hidup bersendirian lagi. Aku mula memahami bahawa manusia sememangnya tidak boleh hidup sendirian tanpa bercampur dengan masyarakat. Kawan2 ku mengajar aku tentang kecerian dan keseronokkan berkawan. Semester pertama 5-6 tahun lalu, aku ni pendiam, namun berubah beransur2 bila naik semester seterusnya. Sekarang? Huh, kecoh 24 hours dengan gelak ketawa, satu blok boleh dengar ketawa aku.

Aku tak nafikan dan aku juga telah banyak mengalami nasib yang kurang elok sepanjang mempunyai kawan. Ada yang baik dan ada yang kurang baik. Kebanyakkan kawanku adalah baik2 semua tetapi ada juga segelintir yang kurang elok, jenis tikam dari belakang dan mengata sesuatu yang tak elok. Bukan aku sahaja yang merasainya, malahan kawan yang baik denganku juga terasa tempiasnya. Pendek kata banyak jugaklah perkara yang kurang elok sepanjang aku mempunyai kawan.

Namun bila aku fikirkan semula, kenapa kawanku itu sanggup tikam dari belakang? Kenapa mereka sanggup mengata aku dari belakang tanpa berani berhadapan dengan diri aku sendiri? Jawapannya mungkin berpunca dari sifat dan sikap aku sendiri. Aku tak boleh nafikan bahawa mungkin aku sebagai OKU mudah terasa, sensitif dan mudah marah. Mungkin sikap buruk aku ini yang mendorong kawan2ku berbuat demikian. Kalau tidak pun, just thinking positive ajelah kan? Jangan mudah untuk menuding kat orang lain, perbaiki diri sendiri dulu.

So, bila aku masih belum matang lagi fikiranku, aku mudah marahlah dengan sikap kawanku2 yang kurang elok itu. Aku menganggap bahawa mereka budak yang kurang baik, sentiasa berniat jahat dan sentiasa akan berbuat jahat kat aku padahal mungkin mereka itu sudah berubah sekarang ini. Yelah aku sekarang ini pun dah tak kisah dah pun. Aku sedar, kehidupan aku hari ini tidak sama dengan kehidupan beberapa tahun lalu. Begitu juga dengan kehidupan kawan2ku yang lain itu.

Aku hari ini lebih berlapang dada tentang persahabatan. Aku mengamalkan something yang mungkin elok untuk diamalkan bersama iaitu sebelum tidur, niatlah bahawa kita memaafkan segala kesilapan orang lain lakukan kepada kita untuk hari ini. Dengan itu, kita boleh bangun keesokkan harinya dengan tiada syak wasangka dan berfikiran segar serta positif. Tak ada masalah dan dosa yang perlu difikirkan. Mudah juga menerima sesuatu yang baru. Pendek kata, memaafkan kesilapan dan kesalahan orang lain serta bermuhasabah diri boleh menjadikan kita lebih berfikiran positif dan mengurangkan masalah kita.

So, kalau kita ada apa2 masalah dengan orang lain, fikirlah sebaik-baiknya. Adakah ianya berpunca daripada mereka semata2?. Kita tidak boleh hidup bersendirian. Kalau merujuk kepada penerangan kawanku itu, lebih kepada perkara yang tak elok sekiranya dia bercampur dengan kawan2nya dan masyarakat. So, bagi aku, aku tak mampu nak komen lebih2, dia lebih mengetahui tentang keadaan dirinya dan aku menghormati keputusan dia.

Moral of the story di sebalik post ini ialah kita tidak boleh hidup bersendirian walaupun kita senang dengan keadaan tersebut. Kalaulah ada perkara yang tidak elok jika kita bercampur gaul dengan masyarakat, barulah kita boleh menjauhi diri kita daripada mereka tetapi adakah itu tindakan terakhir kita? Adakah kita sudah berusaha mengubahnya? Apakah usaha itu berterusan? Adakah kita sudah berada dipengujung usia bumi ini? Adakah kita ingin mengakhiri life kita sedemikian rupa?


Saturday, August 1, 2009

ANTARA ANIME DAN REALITI...


9 Syaaban 1430 Hijriah. Aku hari ini takde buat apa2 pun, just ada settlekan beberapa perkara untuk majlis konvokesyen aku. Aku just mintak kawanku pergi menghantar surat2 dan membuat payment konvokesyen yang berjumlah RM 80. So, tadi kawanku datang dan terus aku berikan wang tersebut serta surat2 yang sepatutnya dihantar.

Disebabkan aku hari ini free, so aku nak kotakan janji yang aku buat pada post Memanusiakan Manusia iaitu untuk memberi komen tentang sebuah anime yang bertajuk The Law Of Ueki. Mungkin ada dikalangan korang menganggap bahawa itu just anime, anime pun ko layan? dan seantaranya. Bagi aku, aku just tengok anime untuk mengisi masa lapang sambil2 tu boleh tengok lukisan yang power2.

Ok, apa yang aku nak sharekan sangat tentang anime ni? Of course tentang pengisiannya dan pengajaran yang boleh diambil ikhtibar. Dalam anime biasanya ada baik dan buruknya tetapi bergantung pada kita untuk membuat sesuatu penilaian tersebut. Bak kata orang, ambil yang jernih, buang yang keruh.

The first value yang terdapat dalam anime ini ialah tentang tanggapan manusia tentang justice iaitu keadilan. Setakat mana kita sebagai manusia menilai keadilan? Adakah hanya hakim atau lawyer atau polis sahaja yang boleh dan perlu menjaga keadilan? Keadilan itu pula seandainya bertentangan dengan kehidupan umum masyarakat, macamana pula? Alhamdulillah... kita sebagai umat Islam telah diajar dengan secukupnya cara2 dan hukum tentang keadilan. Tidak seperti dalam anime ini, just mengamalkan keadilan secara logik semata2. Tiada perkara yang boleh dijadikan rujukan.

Walaupun keadilan yang dipaparkan dalam anime ini nampak baik dan elok dari segi logik akal tetapi aku boleh katakan bahawa dunia anime adalah berbeza dengan dunia realiti. Agak mustahil untuk kita mempraktikan beberapa perkara keadilan seperti yang terdapat dalam anime seperti kes segera diselesaikan, tempoh siasatan yang sekejap sahaja untuk menemui penjahat dan cara mengadili penjahat. Tak payah pergi jauhlah, tengok sahaja dalam negara kita sebagai contoh. Adakah sesuatu kes itu cepat diselesaikan? Kalau mengikut biasa, sebuah kes gaduh, 5-6 tahun pun belum tentu selesai. Bukan mempertikaikan dan mencabar kewibawaan pihak undang2 dinegara kita tetapi itulah hakikatnya. Tapi biasalah, anime kan...

Perkara kedua ialah tentang persahabatan. Dalam anime ini ditunjukkan bahawa persahabatan yang sejati adalah persahatan yang tidak mengenal sesiapa jua. Boleh menerima sahabat seadanya. Yang ini, aku bersetuju tambahan lagi kita sebagai umat Islam, semuanya adalah bersaudara, saudara seagama. Kita perlulah menerima sahabat kita seadanya. Kita juga mestilah membantu sahabat kita jika mereka ditimpa kesusahan.

Dalam aspek persahabatan ini, kejujuran dan percaya terhadapnya adalah perkara yang terpenting. Seandainya ada sahabat yang ingin menjenguk @ menziarahi kita, terimalah dengan berlapang dada sebagai tetamu kita. Janganlah kita berfikiran negatif bahawa sahabat kita sudah membenci kita. Seandainya mereka datang untuk berjumpa dengan kita, terimalah kedatangan mereka kerana sesuangguhnya kedatangan mereka adalah dengan izin Maha Kuasa. Tapi yelah, anime ini bukanlah melibatkan akidah pun, just aku je yang relatekan dengan kehidupan kita sebagai orang Islam.

Elemen yang agak penting yang ingin aku highlightkan tentang anime ini juga ialah tentang thinking positive. Ya, berfikiran positif. Kita mestilah sentiasa berfikiran positif serta tahu menilai apa yang baik dan apa yang tak baik. Dalam anime ini, watak Hero disifatkan seorang yang berfikiran positif dan membuat sesuatu perkara yang dianggapnya sebagai keadilan walau ramai musuh menghalang.

Bagi aku, berfikiran positif yang ingin disampaikan melalui anime ini ialah kita janganlah berfikiran buruk sangka terhadap seseorang. Kenali hati budi dulu, berbicaralah dengannya terlebih dahulu dan lihatlah penampilannya melalui mata dan mata hati. Fikir dahulu secara mendalam sebelum mengatakan sesuatu especially tentang kawan2 atau pun sesiapa yang mengenali kita.

Tak salah sekiranya kita sentiasa berfikiran positif. Ianya boleh mengurangkan syak wasangka seterusnya menambah dosa kita sekiranya kita berfikiran tidak elok terhadap seseorang itu. Berfikiran positif juga membolehkan otak kita menjadi kreatif dengan memikirkan sesuatu penyelesaian yang lebih efektif. Berfikiran positif menjadikan kita tidak perlu berserabut kepala terhadap perkara yang tidak betul sekaligus membantu kita berfikir secara komprehensif terhadap masalah kita. Pendek kata, berfikiran positif menjadikan kita lebih tenang dan mudah memikirkan sesuatu masalah dengan lebih baik.

Ok, so itu sahajalah yang ingin aku kongsikan tentang anime ini. Ada banyak lagi perkara positif yang boleh dijadikan ikhtibar, namun aku dah padatkan dan mengabungkan menjadi 3 itu sahaja. Oh ye, sebelum aku lupa, aku sekarang ini sedang membaca buku karangan Wan Ji Wan Husin dan Saifulamri M. Hussain yang aku beli ketika turut membeli buku "Saat Cinta Bertasbih" tu. Ada banyak perkara yang boleh dijadikan pengajaran dari buku tersebut. Aku pun belum habis baca lagi tapi disini aku copykan sikit ayat yang amat menarik untuk dikongsikan iaitu:

"Tidak pernah saya bayangkan, seorang pemimpin Melayu masuk dewan Cina, semua orang Cina berdiri, sampai mereka berdiri atas kerusi, untuk menyambut kedatangan beliau... "

Menarik kan? Insyaallah, seandainya aku dah habis baca, aku akan kongsikan bersama.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...