Monday, September 28, 2009

AHLI KELUARGA...


9 Syawal 1430 Hijriah. Ada kawanku bertanyakan tentang nama adik-beradikku dalam komen post yang lalu. Oklah, aku rasa bolehlah aku share serba sedikit tentang background aku dan keluargaku. Lagipun aku rasanya tak pernah lagi kot beritahu apa2 tentang family aku kat blog aku ni. Aku ada 10 adik beradik(termasuk aku), 4 lelaki dan 6 perempuan dan aku yang paling comel, paling montel dan paling manja dalam keluarga aku, biasalah anak bongsu.

Abang long aku bernama Rujhan, dia seorang doktor pakar kanak2 di Kota Bharu Medical Centre. Mendapat pendidikan dalam bidang perubatan di USM. Memiliki 2 intan payung yang masing2 melahirkan 4 dan 3 orang anak, so semuanya 7 orang cahaya mata. Anaknya yang paling tua dah tingkatan 4 dan paling kecik baru nak mula bercakap. Isterinya seorang nurse dan seorang lagi cikgu di sekolah menengah. Seorang yang amanah dan sentiasa membantu ahli keluarga yang lain. Rumahnya juga dekat je, kat area Kota Bharu jugak.

Nombor 2 adalah kakakku yang bernama Ruzani. Dia seorang cikgu bahasa English di sekolah menengah di Kota Bharu. Suaminya juga seorang penolong kanan sekolah tapi sekolah yang berbeza. Mempunyai pendidikan dalam bidang akaun di oversea tapi menjadi cikgu. Mempunyai 5 cahaya mata, 3 perempuan dan 2 lelaki. Seorang kakak yang boleh mendengar permasalahan adik-beradik yang lain. Dalam ramai2 adik-beradikku, ekonomi keluarganya paling stabil, biasalah, jaga akaun kan.

Rusni adalah nombor 3 dalam family aku. Dulu dia kerja di Celcom tapi sekarang merupakan seorang cikgu sekolah rendah di Shah Alam. Mendapat pendidikan dalam bidang Logistik dan kemudiannya masuk ke UPSI untuk menjadi pendidik. Suaminya seorang polis tapi agak tinggi jugaklah pangkatnya, pernah menjadi bodyguard DYMM Sultan Kelantan dan sekarang berada di Bukit Aman. Ada 3 cahaya mata, seorang perempuan dan 2 lelaki. Seorang kakak yang amat prihatin terhadap aku.

Yang keempat adalah seorang jurutera(civil engginering) lulusan UTM Skudai jugak, namanya Ruzman. Sebelum ini dia kerja dengan sebuah anak syarikat Tabung Haji tapi dia berhenti di sana. Dia membuka sebuah kilang kayu getah(sawmill) kecil2an di Kelantan. Aku tak pasti isterinya kerja sebagai apa tapi ok jugaklah kerjayanya. Ada 4 cahaya mata yang comel2, seorang lelaki dan 3 perempuan.Menetap di Cheras dan sekarang dia ada involve dalam satu projek empangan di Pahang. Dia seorang abang yang mengambil berat tentang kebajikan adik2nya.

Ruzainun adalah yang kelima. Dia belajar tak tinggi sangat kerana berkahwin dalam usia yang muda, maklumlah dah sampai jodoh. Dia berkahwin dengan seorang pengusaha kedai makan. Sekarang ini mereka sekeluarga mempunyai kedai makan yang agak ramai sambutannya kerana kedainya special pada masakan ayam kampung, itik serati dan burung puyuh. Ada 7 cahaya mata, 3 lelaki dan 4 perempuan dan salah seorang anaknya belajar di sekolah pondok. Dia seorang kakak yang tak lokek dengan wang.

Yang keenam adalah seorang nurse di Hospital Kuala Lumpur yang bernama Ruzimah. Tak silap aku, dia ada ambil bidang kejururawatan kat Johor tapi aku tak sure kat kolej kejururawatan yang mana satu. Suaminya seorang doktor psychiatrist(doktor sakit jiwa), juga di HKL. Ada 2 cahaya mata, seorang perempuan dan seorang lelaki. Dia sekarang ini tinggal di KL dan seorang kakak yang penyayang serta amat menitikberatkan tentang kebersihan. Setiap kali dia datang melawat aku semasa kat UTM KL dulu, mesti dia marah2 tengok keadaan bilik aku yang macam tongkang pecah.

Ketujuh adalah seorang suri rumah sepenuh masa, Ruzima namanya. Dia tak belajar tinggi jugak sebab kerja dengan mak cik aku. Suaminya kerja sebagai penyembelih ayam dan dia juga sekarang ini sudah ada penternakan ayam sendiri, kadang2 dia ada juga membantu kat kilang sawmill abang aku tu. Ada 4 cahaya mata yang tak dengar kata, 2 lelaki dan 2 perempuan. Kakakku ini seorang yang prihatin tentang budak2, memang sesuai menjadi pengasuh.

Yang kelapan bernama Ruzi. Mendapat pendidikan di Maktab Perguruan kat Terengganu dan sekarang ini memikul tanggungjawab dalam handle kanak2 pra sekolah, lebih kurang kanak2 level tadika. Isterinya juga sama, seorang cikgu pra juga tapi sekolah yang berbeza. Sekarang ini menetap di Temerloh, Pahang. Dia seorang abang yang amat bertanggungjawab terhadap aku, apa2 hal dia yang turun dulu untuk membantu aku kalau ada apa2 masalah. Setakat ini belum ada cahaya mata tapi aku sentiasa mendoakan agar dia cepat dapat anak, Insyaallah...

Ruziana adalah yang kesembilan. Dia ini pendidikannya tak tinggi. Dia masih belum berkahwin dan sekarang ini tinggal bersama ayahku. Semenjak ketiadaan ibu aku, dialah yang menjaga makan minum dan pakai ayahku. Dia seorang yang penyayang dan mudah rapat dengan budak2. Anak2 saudara aku semuanya suka dengan dia tapi dia ini sometimes emosional sikit.

So itu adalah serba sikit tentang ahli keluargaku. Aku? Of course la bakal Dato', hehehe... Insyaallah...


Saturday, September 26, 2009

OPEN HOUSE...


8 Syawal 1430 Hijriah. Raya bebaru ini bagi aku agak ok walaupun dalam suasana kurang mesra kerana kehilangan ibu tersayang. Semua adik-beradik aku balik tapi still lagi tak sempat untuk bergambar secara beramai2. Yelah, bukan senang nak kumpulkan 10 adik-beradik + lebih 30 anak saudara. Diorang pulak masing2 datang pada waktu yang berbeza2, maklumlah semuanya dah berkeluarga, kenalah pergi melawat keluarga mertua ke, rumah bos diorang ke dan sebagainya.

Aku pada raya pertama tak de pergi mana2 pun, just raya kat rumah je, semua family kumpul kat rumah. Pagi2 tu, after solat Raya, kitaorang makan kejab then terus pergi menziarahi kubur arwah mak. After that, duduk rumah jelah, tunggu duit raya dari abang2 dan kakak2. Selagi tak datang, selagi tu tanya, mana duit raya?...

Raya kedua pulak barulah aku keluar beraya. Seperti tahun2 lalu, rumah terbuka pertama yang kami sekeluarga pergi adalah rumah kakak Ruzani aku, no.2 dalam family aku. After kat sana, aku sempat pergi Pantai Cahaya Bulan sekejap dengan abang ipar aku, dia orang KL, so jarang dapat pergi pantai, bila dah datang Kelantan, mesti dia nak pergi pantai, so aku ikut ajelah.

Malam pulak aku keluar dengan kawan2, pergi beraya dengan diorang. Diorang datang ambil aku dan sama2 pergi ke rumah kawan2 yang lain. Banyak jugak la makan malam tu, 3 buah rumah pergi malam tu. Balik je, terus tidur kekenyangan, alhamdulillah...

Raya ketiga sudah agak membosankan. Adik-beradik aku ada yang perlu pulang ke tempat mereka masing2, ada yang balik KL, ada yang balik Segamat dan sebagainya. Walaubagaimanapun, satu keluarga lagi still ada, so dapat jugaklah main2 dengan anak buah yang tu. Keluarga yang ni pulang raya keempat, balik KL.

Raya keenam, aku pun terpaksa jua balik ke kampus untuk meneruskan perjuangan. Sebelum balik tu, banyak jugaklah biskut dan kuih raya yang kakak2 dan kakak ipar bagi. Makan kat bilik kata diorang, hah... bila dah bawak balik ke kampus dengan satu plastik besar, kawanku sempat perli, "ko nak buat business biskut kat kolej ke?". Adoi...

So aku pun taknaklah story panjang sangat pun untuk post kali ni, just nak beritahu ringkasannya je. Kat bawah ni aku letak bersama beberapa gambar kenangan2an masa raya.



Gambar1: Biskut raya yang dibawa ke kampus.




Gambar2: Sanak saudara.



Gambar3: Juga sanak saudara.



Gambar4: Kak Ruzimah dan suami.



Gambar5: Makan bersama2.



Gambar6: Abg Ruzi tengah cedok makanan



SELAMAT HARI RAYA...


7 Syawal 1430 Hijriah. Alhamdulillah... Rupa2nya dah seminggu kita semua umat Islam menyambut hari kemenangan, hari kegembiraan setelah sebulan kita semua berpuasa. Aku mintak maaf kerana lama tak update blog ini sebab aku ingat nak transfer gambar tapi tak ada wayar, so kenalah tunggu tiba di universiti. Alhamdulillah... tadi dah selamat sampai ke kolej after 15 jam perjalanan. So, bila dah sampai ni, aku terus jelah upload gambar ni.



Gambar1: Aku yang latest



Gambar2: Anak saudara aku, Amirul



Gambar3: Anak saudara yang lain2.




Gambar4: Ayah.




Gambar5: Juadah pagi Aidilfitri.



So, aku dengan ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin...


Friday, September 18, 2009

PERUBAHAN...


29 Ramadhan 1430 Hijriah. Tinggal sehari lagi kita sebagai umat Islam akan menyambut Syawal dan Ramadhan yang mulia akan pergi. Tidak pasti adakah ini Ramadhan kita yang terakhir ataupun kita masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan tahun hadapan. Di harap agar kita semua dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki supaya dapat bersua kembali dengan Ramadhan Al-Mubarak ini. Kali ini aku takde apa2 isu yang ingin aku ketengahkan, just satu post yang santai2 je.

Pagi tadi aku dengan kawanku pergi menziarahi pusara arwah ibuku. Tempatnya tak jauh dari rumahku, just 10-15 minit je berjalan kaki. Pukul 9.00 pagi aku bersiap2 dan pukul 9.20, kawanku datang ambil aku. Sampai je kat kawasan perkuburan , areanya agak bersih, tiada sangat lalang2 panjang mahupun apa2 yang tak sedap dipandang. Aku difahamkan oleh kakakku bahawa setiap 2 minggu sekali, ayah aku akan pergi ke kubur isterinya itu. So, bila dia datang, dia akan bersih2kan kawasan perkuburan tu sekali, that's why area2 pusara mak aku nampak bersih.

Aku duduk kat bangsal dan sempat mensedekahkan bacaan Yaasin untuk arwah ibuku. Hari raya nanti datang lagi. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT. So, after that, terus balik rumah jelah, takde buat apa2 pun, just rileks dan baca komik, komik Pedang Setiawan dah episod 541 dah. Dua hari aku kat rumah ini macam terasa ada something yang 'kurang', tak seperti tahun2 lalu. Aku dikhabarkan bahawa seorang kakakku tak dapat pulang beraya tahun ini kerana tak dapat cuti.

Semalam dan tadi sempatlah aku solat tarawih berjemaah dengan ayahku. Keluarga abangku dan kakakku ada yang datang untuk bertarawih bersama, sama macam tahun2 lalu. Part ini still maintain, masing2 masih menghargai setiap peluang untuk berjemaah dalam keluarga berimamkan ayahku.

Bila bertarawih bersama ayahku, aku perasan bahawa rambutnya semakin keputihan dan agak kurang terurus. Aku just tengok rambut bahagian belakang jelah sebab dia jarang tanggalkan kopiahnya. Selain daripada itu, takde apa2 perubahan sangat yang boleh dilihat. Satu perkara lagi ialah tahap sensiviti ayah aku nampak makin tinggi, semakin sensitif dan mudah nak marah. Faham2 ajelah, manusia makin berumur makin sensitif

Orang yang paling ketara nampak perubahan adalah kakakku yang belum kahwin tu dan still stay dengan ayahku. Bila je arwah ibu aku tiada, kakakkulah yang mengantikan tugas ibuku seperti masak, basuh baju, kemas rumah dan sebagainya. Memang aku pujilah kakak aku tu, everything dia handle, everything dia take care. Memang nampak la perubahan dia tu dari seorang yang pemalas, liat nak mandi dan suka bergayut kepada seorang yang bertanggungjawab.

Bila keluarga abangku datang bertarawih bersama, anak2 dia dan isterinya pun turut datang untuk join. Agak terkejut aku tengok anak buahku itu, semuanya dah besar dan tinggi. Maklumlah, aku pun dah lama tak pulang ke kampung, dah lama tak tengok diorang, nasib baik nama diorang aku still ingat. Maklumlah aku ada lebih 30 orang anak buah, tak semua aku ingat full name diorang, sometimes aku panggil diorang pun just 'wei, wei' je. Ish... teruk betul la aku ni, nama anak saudara pun dah tak berapa ingat dah. Ada yang ingat dan ada yang tak ingat. Yang tak ingat biasanya yang kecik2.

Petang tadi sempatlah tolong tengok je kakak ipar aku buat tapai. Banyak jugaklah yang dia buat dan dia guna daun getah tapi arwah ibuku dulu suka buat tapai dengan daun pisang. Aku tak sure mana yang better, yang pasti, aku just tengok je, tak tolong pun, hehehe...

Malam tadi jugak, after solat tarawih, aku main bunga api dengan anak buahku. Ala, just bunga api yang biasa dan murah je, untuk budak2 kecik tapi bila aku dah join tu, bapak sedara mengalahkan anak sedara pulak nampak gayanya. Yelah, standardlah, raya kalau takde bunga api dan mercun, memang tak terasa raya tapi mercun pun biarlah berpada2, jangan main yang bahaya @ buat sendiri.

Kalau nak dikirakan, memang membazir duit beli bunga api dan mercun ni. Kalau aku as a usahawan, aku takkan beli tap nasib baik yang membelinya adalah abangku, beli untuk anak2nya, bila dah ada tu, aku pun tumpang sekaki main. Konon2nya just nak jaga budak2 tu je , takut bahaya main bunga api, rupa2nya bapak sedara yang dah tua ini pun tumpang join jugak, al maklumlah, setahun sekali... hehehe...

So, aku rasa setakat tu ajelah post aku untuk kali ini. Sekian, terima kasih.


Thursday, September 17, 2009

MASALAH TEKSI...


28 Ramadhan 1430 Hijriah. Alhamdulillah.... akhirnya selamat jua aku tiba di kampung tercintaku. Masuk kat dalam teratakku, nothing yang berubah, semua sama je. Satu keluarga abang aku dan satu keluarga kakak aku dah ada, diorang awal2 lagi dah balik, dah stay kat rumah. So, aku masuk bilik aku, kemas2 apa yang patut dan terus bukak Facebook. Hai... dah addicted dah aku ni agaknya dengan laman sosial ni, sehari tak buka, rasa something wrong pulak.

Ok, kali ni aku nak story pasal masalah yang aku ada luahkan dalam post yang lalu iaitu tentang teksi serta pengangkutan yang aku perlukan untuk ke FAB, kat perhentian bas itu. Kawan aku mula2nya contact kawan dia yang ada kereta tapi malangnya kawan dia itu juga sibuk untuk menghantar orang lain ke perhentian bas, so tak dapatlah. After that, dia call lagi seorang pemandu teksi yang baik dengan kitaorang, aku panggilnya Pak Din.

Kebetulan pula Pak Din kat Senai, tengah hantar seorang customer dia kat situ, so dia mintak maaf lah sebab tak dapat tolong. After that, call lagi teksi centre, barulah dapat sebuah teksi, masa itu dah agak lewat dah, dalam pukul 5.45 petang sedangkan bas akan bertolak pukul 6.00 petang. Datanglah sebuah teksi untuk ambil kitaorang.

Aku bila masuk kat teksi tu nampak macam agak masam air mukanya, aku pun tegurlah lebih kurang kan... just untuk rilekskan dia sikit. Aku tegur sepatah, jawab sepatah, agak kurang mesra pelanggan pemandu ini. Sementara itu, kawanku yang bersusah payah untuk masukkan lipatan kerusi roda aku kedalam bonet kereta serta angkat beg2 kami, pemandu tu still kat dalam teksi itu jugak. After that bertolaklah kitaorang ke tempat perhentian bas tu, kat FAB.

Sampai kat FAB, kawanku itu juga yang bersusah payah angkat keluar kerusi roda dan beg2 kami, pemandu itu still diam je. Kitaorang pun bayarlah duit teksi tadi dan terus masuk kedalam bas. Pukul 6.15 petang, bila semua penumpang bas dah penuh, barulah bas bertolak. Bila dah kat dalam bas tu, aku bermunasabah sekejab.

Actually, mendapat layanan kurang mesra dari pemandu teksi ini dah agak banyak kali aku alami, terutamanya daripada pemandu teksi yang beroperasi dari dalam universiti ini. Aku pun ada terfikir jugak, adaKah pemandu2 ini semuanya kurang mesra pelanggan ataupun just kurang mesra dengan pelanggan OKU je? Bila aku fikir2 balik, mungkin ada sebabnya pemandu ini kurang mesra pelanggan OKU (agaknya la...). Mungkin ini adalah beberapa sebab yang menjadikan pemandu teksi ini kurang mesra pelanggan OKU.

  1. Mereka beranggapan bahawa bila dengar je OKU, mereka ingat OKU ini ingin menggunakan perkhidmatan teksi mereka secara percuma atau merayu untuk dapatkan diskaun.
  2. Mereka beranggapan bahawa mereka perlu bersusah payah untuk membantu OKU dalam proses naik dan turun teksi. Mungkin mereka ingat bahawa mereka perlu dukung agaknya aku ini dan just menambahkan bebanan mereka sahaja.
  3. Mereka beranggapan bahawa OKU ini akan menyusahkan mereka, baik ambil customer normal je, biasalah diskriminasi kan.
  4. Mereka taknak ambil pelanggan yang just nak pergi ketempat yang dekat2 je, maybe tak balik modal kot (dari kolej aku ke FAB dekat je) sedangkan aku tak kira jarak, dekat atau jauh, still perlukan kenderaan.

Aku bukannya nak menuduh bahawa pemandu teksi ini tak baik, apatah lagi untuk beranggapan negatif terhadap mereka. Pemandu dan perkhidatan teksi ini dalah amat baik terutamanya bagi membantu pihak yang ada masalah tentang pengangkutan. Ianya adalah satu kerjaya yang baik dan halal. Apa yang aku luahkan disini adalah berdasarkan experience aku sendiri terhadap sesetengah dari mereka ini. Pemandu teksi ini sampaikan taknak turun pun dari teksi mereka untuk membantu kawan aku menguruskan kemasukkan kerusi roda ke dalam bonet. Tegur pun just jawab sikit2 je, memang kurang mesra pelangganlah terutamanya pelanggan OKU.

Aku taknak komen lebih2 tentang perkara negatif tentang pemandu teksi ini sebab ada sesetengahnya memang baik dan suka membantu pun. sebagai contoh, aku ada kenal seorang pemandu teksi yang memang baik hati, namanya Pak Din (pemandu yang aku dah beritahu dalam post lepas).Dia ini cukup baik hati dan bertanggungjawab serta mesra pelanggan.

Kalau aku nak menggunakan khidmat teksi, dialah orang yang first aku contact. Kalau tak dapat dia, barulah aku akan contact pemandu teksi lain. Dia seorang yang menepati masa dan boleh diajak berbicara. Memang bila naik teksi dia, seolah2 kita ini kawan dia. Dia juga seringkali membantu kawanku dalam menguruskan kemasukkan kerusi roda aku kedalam bonet. Pendek kata, memang baiklah. So, kat sini aku promotelah jugak perkhidmatan teksi dia ini. Kalau ada yang nak gunakan perkhidmatan teksi dia, hubungi Pak Din di 019-7853667.

Aku promote ini pun, bukannya dapat duit pun but aku as a customer yang sentiasa satisfied terhadap perkhidmatannya disamping itu untuk tolong2 dia meramaikan lagi pelanggan. Sesiapa yang baca blog aku ini pun mungkin boleh mendapat manfaatnya juga bila ada nak menggunakan perkhidmatan teksi. Ikhlas dan terus-terang aku beritahu bahawa Pak Din ini cukup baik, aku sentiasa dan banyak kali menggunakan perkhidmatannya.

So, aku rasa setakat itu jelah komen aku tentang masalah pengangkutan teksi ini. Aku dah tak kisah dah tentang hal ini sebab aku pun dah sampai dah pun kat kampung dengan selamat. Cuma apa yang aku inginkan ialah semua ini tidak lagi berlaku dan agar semua pemandu teksi di Malaysia mendapat melimpah ruah rezeki mereka. Insyaallah...


BALIK KAMPUNG...


27 Ramadhan 1430 Hijriah. Alhamdulillah... selang beberapa hari lagi kita sbagai umat Islam di negara ini akan menyambut kedatangan Syawal pula. So, as a student atau siapa2 saja yang berada diperantauan tentu sudah balik kampung untuk beraya bersama keluarga tercinta. Begitu jugak dengan aku, aku awal2 lagi dah beli tiket bas yang disediakan oleh phak universiti, so price pun murah la, dalam rm45 sedangkan kalau ikut harga tiket bas luar ada la dalam rm 85. Alhamdulillah... dan terima kasih kepada pihak pengurusan universiti kerana begitu prihatin dalam membantu pelajar untuk pulang berhari raya ini.

Sebelum aku bertolak kat tempat perhentian bas kat FAB, aku dah mintak kawanku uruskan tentang teksi atau apa2 kenderaan untuk ambil aku dari kolej ke FAB, then ada sedikit masalah yang berlaku. Apa pun, aku tak nak story lagi apa masalah tu, aku akan ceritakan that problem on next post, untuk yang ini just aku nak story tentang perjalanan aku balik kampung je.

Ok, aku balik dengan bas universiti dan bersama2 dengan 4 lagi kawan2ku. Semuanya satu geng la dgn aku. So, pukul 6.00 petang, kitaorang naik satu bas dan bertolak waktu itu. Pukul 7.06 minit, dah azan menandakan dah masuk waktu berbuka tapi kitaorang still tak sampai lagi tempat untuk berbuka tapi nasib baik sebab aku dah prepare bawak buah kurma dan air mineral, so just makan sikit kat atas bas dan bila dah sampai kat perhentian Machap, baru kitaorang turun makan. Solat Maghrib dan Isya' buat kat situ teruslah.

Bila aku sampai kat Machap tu, kitaorang solat dulu, buat Maghrib dan Isya' terus. After solat, baru beli makanan. Harga kat situ, mak oi... mahal jugakla... Aku ambil nasik+1/4 telur dadar+ayam sup, semuanya rm 10.00. Tapi yelah, nak buat macamana, dah terdesak nak bukak puasa then kebetulan pulak kedai tu je yang ada jual nasik, so that's why diorang mark up harga. Takpelah, orang yang business yang letak harga keterlaluan ni biasanya tak lama kot...

So, after settle makan, kitaorang teruskan lagi journey ke Pantai Timur. Sewaktu dalam bas, tiba2 ada tirisan air yang keluar. Aku tak kenalah air tu tapi kawan sebelah aku yang kena. Agak basah jugaklah baju dia. Beritahu driver dan pembantunya pun takleh nak buat apa2 jugak, just boleh diorang tolong lap2 kan sikit la. Rupanya air dari air-cond tu yang tersejat dan tiris kat tepi tu, that's why ada air yang keluar tapi sekejap ajelah, after that kembali ok.

Jam dah pukul 12.30 malam tapi aku still tak boleh nak lelapkan mata dalam bas tu, just boleh tengok pemandangan malam ajelah. Bukan aku je yang tak tidur, ada lagi orang lain yang senasib dengan aku, tak dapat tidur. Kawan sebelah aku dah nyenyak dah walaupun seluar dia agak basah. Pukul 1.30 pagi, sekali lagi bas berhenti. Kata driver, berhenti untuk sahur, after this bas takkan berhenti lagi dah.

So, kitaorang pun turunlah sekali lagi untuk bersahur walaupun perut still lagi kenyang. Sempatlah order maggie goreng dan milo suam. Kawan aku tu sempat lagi order bihun sup padahal kata dah kenyang. Takpelah, asalkan tak berlapar waktu pukul 5 pagi nanti. After selesai makan, kitaorang pun sekali lagi meneruskan perjalanan kami. Waktu ini dah masuk kawasan negeri Terengganu dah. Bila mula2 nak bertolak tu, hujan cukup lebat, semua lena termasuk aku.

Kalau malam Lailatul Qadar malam tu, alamatnya melepaslah semua kitaorang satu bas tu, semua lena diulit mimpi beranginkan air-cond berselimutkan jaket. Melepaslah kitaorang untuk dapatkan malam seribu bulan tu. Yelah, nak buat macamana, perut kenyang, hujan pulak tu ditiambah dgengan suasana air-cond, fuh... memang lenalah. Sedar2 je dah pukula 5.00 pagi. Time tu baru segar sikit mata, masa tu dah masuk negeri Kelantan dah.

So, bas berhenti yang last adalah kat depan stadium. Aku dan kawan2ku menumpang teduh kat bangunan Kelantan Trade Centre (KTC), berhadapan dengan stadium. Aku pun terus call abang aku untuk datang menjemput aku, masa tu hujan still lebat lagi tapi suasana dah agak berubah, dah agak cerah. Alhamdulillah... abang aku pun sampai dan terus pulang kerumah. Alhamdulillah....


Monday, September 14, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA KELAB...


24 Ramadhan 1430 Hijriah. Dah agak lama aku rasa aku tak update blog ini. Aku sejak kebelakangan ini agak sibuk dngan kelas dan tugasan yang semakin menimbun. Kelas adakalanya dari pagi hingga malam iaitu dari 9.00 pg-12.00 tgh, 2.00 ptg-5.00 ptg dan sambung pula waktu malam dari 8.15 mlm hingga 10.30 mlm. Balik kelas je, terus solat Isya' dan tidur, memang tak larat nak buat apa2 pun. Ok, sebelum ini aku ada beritahu untuk bercerita tentang Pre-Seed Fund tapi aku rasa better aku tangguhkan dululah untuk beri laluan kepada aku untuk bercerita tentang Ramadhanku sehari dua ini. Baru ini, Kelab Penyayang yang aku sertai ada buat meeting tentang aktiviti terdekat yang ingin dilakukan sepanjang Ramadhan dan raya ini. Meeting dibuat pada pukul 10.00 malam, after selesai solat tarawih dan dibuat kat bilik kelab. So, kami ada bincang tentang 2 program pilihan samada program berbuka puasa bersama Rumah Barkat atau buat majlis hari raya terus di rumah penasihat kelab.

Bincang punya bincang, akhirnya kami sebulat suara untuk buat program majlis sambutan aidilfitri memandangkan tempoh dah suntuk untuk buat perancangan buka puasa. Lagi pun buat masa ini ada ramai ahli yang tak available kerana sesetengahnya ada kelas dan test. Walaubagaimanapun, keadaan persekitaran rumah penasihat kelab itu perlu disurvey dahulu untuk membuat perancangan selanjutnya.

After that, kami bincang pula perkara buka puasa antara ahli kelab sendiri pada minggu depan (minggu ni la). Kitaorang decide untuk buat pada waktu terdekat dan makanan adalah ditanggung sendiri. Kami just plan biasa2 je untuk program bukak puasa ni, just simple2 je, takde kertas kerja pun. So kami telah lantik seorang ahli junior sebagai ketua program tu. Ala, tugasnya tak susah pun, just cari tempat yang sesuai kat area arked dan letakkan tikar.

So, semua ahli diminta untuk berkumpul pukul 6.30 petang (tak silap aku la...) dan makanan adalah sendiri2, tak ada budget yang diperuntukkan, yelah untuk diri sendiri je, takkanlah nak ambil duit tabung kelab semata2 untuk isi tembolok sendiri kan... So, after aku tamat kelas pukul 5.00 petang hari itu, pukul 5.30 petang lak ada kawanku yang juga ahli kelab datang ambil aku untuk ke bazar ramadhan yang berdekatan.

Pusing punya pusing, pukul 6.30 pun kitaorang pun selesai membeli serta terus pergi ke bilik kelab. Ingatkan dah ada orang, ingatkan dah ada tikar, rupa2nya langsung takde apa2. Bila call ketua program, dia pun kat bazar lagi. So, mana2 ahli yang ada masa tu terus bincang2 jelah apa2 yang patut. After that, kitaorang decide untuk buat kat depan bilik kelab jelah dengan hamparkan tikar serta kertas mahjong.

Bila ketua sampai je dekat2 nak bukak puasa tu, dia buat muka blur dan selamba pulak, macam tak ada apa2 yang berlaku. Alahai... langsung tak ada rasa apa2. Nasib baik masa itu ada seorang kawan kami yang handle dan jadi ketua sekejab yang tolong arrangekan apa2 yang patut. Time azan berkumandang, alhamdulillah... dapat makan sama2.

After siap2 makan, kitaorang pun berkemas2lah. Alhamdulillah... kali ini ketua itu telah menjalankan tugasnya dengan baik dengan menyapu sampah dan buang sampah. Kali ini semuanya gotong-royong. So, aku pun bila fikir2 balik, maybe ini juga adalah kesilapan kami sebagai ahli senior (aku dah dikira alumni tapi still join lagi aktiviti) kerana tidak menjelaskan kepadanya apa yang patut dilakukan, kami just beritahu tugasan secara umumnya sahaja dan memandangkan dia adalah junior, mungkin dia tak tau lagi apa yang dia patut buat.

So, secara kesimpulannya, aku happy dapat berbuka puasa bersama2 ahli kelab ini. Tahun lepas, kitaorang buat kat luar tapi tahun ini buat kat dalam kampus ajelah sebab tak cukup kenderaan untuk support ahli. Walaupun buat kat dalam kampus je, kemeriahan tetap dirasai dengan gelak tawa dan gurauan ahli semua. Overallnya, aku puas hati la, alhamdulillah... So, kat bawah ini aku ada lampirkan beberapa keping gambar semasa aktiviti bukak puasa tu sebagai kenang2an.

Untuk aktiviti kelab kami yang seterusnya adalah sambutan majlis aidilfitri yang akan diadakan after raya nanti. Tarikh tepat tak sure lagi sebab kena buat survey rumah itu dulu, ada kemudahan surau atau tak dan sebagainya. Dalam program ini kami merangcang untuk buat secara penuh perbincangan dan perancanganlah, takut2 ada masalah yang tak dijangka mungkin tibul. Manalah tau kan...

By the way, aku akan pulang berhari raya di kampung halaman yang dah lama aku tak jenguk tu. Aku akan pulang pada 16hb petang dan insyaallah sampai pada pagi 17hb. Aku balik dengan bas universiti bersama2 dengan kawan2ku.


Gambar1: Berkumpul dulu di bilik kelab


Gambar2: Sabar menanti azan


Gambar3: Dah nak bukak dah...


Gambar4: Tengah rekod video


Gambar5: Antara makanan tambahan yang ada

Friday, September 11, 2009

MARKET RESEARCH...


21 Ramadhan 1430 Hijriah. Dalam post aku yang lalu, ada aku bercerita tentang creative industry iaitu bagaimana untuk mencari idea perniagaan seterusnya turn that idea into business. Walaupun post aku itu taklah detail sangat tapi at least aku harap dapatlah memberi gambaran kepada semua bagaimana untuk kita generate idea dan menceburkan diri dalam perniagaan industri kreatif ini. So, dalam post yang lalu, aku ada beritahu tentang buat basic plan termasuklah buat market research, jadi untuk post kali ini, aku akan storylah tentang market research ini.

Market research ni secara umumnya bolehlah aku katakan tentang suatu bentuk kaedah untuk mencari dan mengumpul maklumat tentang perniagaan ataupun customer kita. Ramai orang mengatakan bahawa market research dilakukan setelah kita menyiapkan produk kita dan semasa kita ingin mempromosikan produk kita. Andaian itu adalah salah sebenarnya. Hal ini demikian kerana sesuatu jenis perniagaan yang baru ingin kita ceburi mestilah membuat terlebih dahulu market research ini.

Market research ini mestilah dilakukan selepas kita berjaya mengenal pasti apakah bidang perniagaan yang ingin kita ceburi dan selepas kita memutuskan produk apa yang ingin dibuat/dijual. Market research ini dilakukan pada awal fasa pemilihan bidang perniagaan dan penghasilan product adalah supaya product yang ingin kita hasilkan/jual tersebut sudah confirm mempunyai permintaan daripada pengguna. Jika kita tidak membuat market research atau buat lewat, kita tidak tahu adakah produk tersebut boleh diko,ersilkan atau tidak. Kita tidak tahu adakah produk kita itu ada permintaan atau tidak. Maka, market research amat penting dan mesti dilakukan pada awalan lagi.

Ada 2 jenis utama data market research ini iaitu primary dan secondary. Primary adalah data market research yang kita cari atau buat sendiri (questionnaire, survey, interview dan sebagainya) manakala secondary pula adalah dari pihak luar (biasanya dibeli) ataupun data yang sedia ada (ada internal dan ada external). So, untuk melakukan market research ini (primary), ada banyak cara sebenarnya dan bagi aku, aku lebih suka kaedah Exploratary yang bermaksud kita tak tahu apa2 data tentang bidang perniagaan atau produk yang ingin kita hasilkan itu.



Gambar1 : Proses market research.


Ok, gambar diatas menunjukkan proses untuk membuat market research. Mula2, kita mesti kenalpasti apakah masalah yang ada sebenarnya. Kenal pasti masalah yang ingin kita tahu/selesaikan dan setkan objektif research kita itu. Objektif biasanya ada dalam 2-3 pun dah ok. Untuk step 1 dan 2 ni, korang taknak buat pun takpe sebenarnya, ini aku cerita dari pengajian aku je, that's why nampak macam sedikit formal. Untuk business korang pun, terpulanglah nak buat atau tak step 1 dan 2 ni. Bagi aku, better buatlah, as our reference.

Ok, untuk design questionnaire, pandai2lah design sendiri, aku nak ajar pun ambil masa dan agak panjang jugaklah sebab ini dah masuk satu bab baru. So, untuk buat soalan tu, pandai2lah buat sendiri, aku tak ajar dan soalan pun bergantung jugak kepada problem serta objektif yang ingin kita selesaikan.

After kita siapkan questionnaire tu, buatlah seberapa banyak fotokopi yang diperlukan. Buatlah sebanyak mana sasaran kita untuk orang yang akan jawab questionaire tu. Bila dah collect semua jawapan tu, buatlah pulak analisis mengikut apa yang kita kehendaki. Analisis itu pulak dibuat mengikut topik dan kalau boleh, buatlah carta ke, graf ke atau apa2 ajelah yang difikirkan sesuai. Anggaplah semua ini kita buat laporan berdasarkan keputusan analisis kita itu.

After that, gunakanlah result analisis kita itu untuk tujuan perniagaan kita. Kita boleh gunakan hasil tersebut untuk buat apa2 yang perlu samada untuk buat produk ke, untuk buat sampel atau apa2 ajelah. Kita jugak boleh jual sebenarnya hasil kajian kita tu. Jangan terkejut jika aku katakan bahawa ada banyak company yang kerjanya adalah untuk buat market research ni. Ada sesetengah pulak menyediakan cara untuk kita buat market research secara online lagi tu, then of course la kena caj. So, kalau kita boleh cari pihak lain pulak yang berminat dengan hasil laporan market research tu, why not kita jual, boleh jugak duit.

Ok, tamat bab market research. Next post, aku cadang nak nukilkan tentang Pre-Seed Fund pulak, yang mana ianya adalah dana fund yang boleh kita mohon untuk business kita. Nilainya adalah RM150k. So, insyaallah, next post aku akan bincangkan tentang Pre-Seed pulak.


Tuesday, September 8, 2009

CREATIVE INDUSTRY...


18 Ramadhan 1430 Hijriah. Semalam ada pensyarahku menegur kami, student2 usahawan ini tentang blog yang dihasilkan. Hampir kesemua dari kami menghasilkan blog tetapi tidak @ jarang membincangkan tentang business atau apa yang kami pelajari sepanjang program master ini. So,dia mintak sangatlah untuk kami, para blogger ini menyumbangkan sesuatu yang kami perolehi daripada program usahawan ini. So, aku membuat keputusan untuk berkongsilah dalam beberapa post berikutnya ini tentang program usahawan ini dan apa yang telah aku pelajari.

Pernah dengar Creative Industry @ Industri Kreatif? Creative Industry umumnya adalah suatu industri yang berfokuskan kepada penciptaan dan pengumpulan produk yang mempunyai intellectual property(IP). Industri ini merangkumi beberapa sektor utama seperti pengiklanan, senibina, seni, rekabentuk, komunikasi, filem, perisian, video game, muzik, tv dan fesyen. Ini adalah rangkuman besar industri ini dan of course ada lagi dia punya 'anak2' dibawah bidang2 ini.

Bagi usahawan yang ingin menceburi diri dalam industri ini mestilah mempunyai beberapa ciri seperti berikut:

  1. A clear idea tentang jenis perniagaan yang ingin diceburi.
  2. Siapa potential clients kita dan macamana kita nak exposekan hasil kerja kita kepada mereka?
  3. Siapa yang akan buat kerja2 ini, samada diri sendiri atau ada pihak2 tertentu yang dibayar?
  4. Mestilah berfikiran terbuka dan boleh menerima kritikan.

Ok, sekarang, aku akan jelaskan tentang keempat-empat ciri tersebut. Untuk idea yang jelas tentang jenis perniagaan yang ingin kita ceburi, kita mestilah mengenalpasti apakah perniagaan yang ingin kita usahakan. Kita mesti fikirkan bahawa adakah kita mempunyai kemahiran/ilmu untuk run kan perniagaan tersebut? Kita mesti fikir adakah kita boleh laksanakan idea perniagaan tersebut? Idea perniagaan kita mestilah boleh dipasarkan/dikomersilkan dan mempunyai permintaan dari pengguna supaya perniagaan kita boleh bertahan lama.

Untuk mendapatkan idea perniagaan yang jelas tersebut, kita mestilah buat kajian tentang trends semasa, permintaan pasaran dan cuba buat secara sketch terlebih dahulu tentang idea tersebut. Jika kita dah mengenal pasti permintaan pasaran, bolehlah mula buat perancangan asas. Cara nak buat perancangan asas itu, nanti aku akan ceritakan kat another post.

Bila kita dah buat serba sedikit tentang kajian trends semasa dan permintaan pasaran, kita mestilah mengenalpasti siapa yang akan beli/guna produk kita itu. Sebagai contoh, kalau produk kita itu berjenis gajet/berteknologi, mungkin client kita adalah remaja dan golongan professional. Bila dah kenalpasti potential client kita, kita mestilah mula rancang bagaimana untuk pasarkan dan buat promotion terhadap produk kita itu. Promotion nak buat macamana? Itu adalah bergantung kepada jenis produk kita dan budget yang ada.

Untuk menghasilkan produk kita, kita mestilah mempunyai ilmu/kemahiran tentang perkara tersebut. Boleh kalau kita takde ilmu pun tapi seelok2nya, biarlah kita ada ilmu asas tentangnya. Bila dah ada ilmu asas, bolehlah kita cari pihak2 tertentu seperti pihak teknikal, pakar dan sebagainya untuk menghasilkan produk tersebut. Bila dah terhasilnya prototaip/completed product, bolehlah kita memasrkan produk tersebut mengikut perancangan kita.

Apa yang penting adalah, mula2 dapatkan idea yang betul2 jelas dan tetap terhadap jenis bidang perniagaan yang ingin kita ceburi. Bila dah dapat idea tersebut, cuba sketch dan buat perancangan asas. Perancangan asas itu adalah dengan buat market research, know the potential client dan identify pihak yang boleh menghasilkan produk tersebut. Kalau boleh, kita buat sendiri bagaimana untuk tukarkan idea itu kepada bentuk produk siap, kalau tak pandai buat, carilah pihak yang boleh buat.

After that, bolehlah mula buat produk tersebut atau at least buatlah prototaip. Bila dah dapat produk siap, bolehlah cuba memasarkan produk tersebut dan perkara penting disini adalah teknik marketing serta promotion adalah sangat penting. Ini demikian kerana kalau produk kita bagus sekalipun, kalau tak pandai promosi, orang takkan beli jugak.

Ok, let's me explain tentang cara yang aku suka lakukan dalam mencari idea dan seterusnya cuba turn that idea into business. Mula2, fikirkan industri apa yang ingin diceburi, sebagai contoh, industri fesyen(aku ada idea industri lain tapi ini sebagai contoh sahaja). Aku akan listkan seberapa banyak problem dalam industri fesyen ini. Apa2 masalah yang melibatkan industri fesyen, aku akan listkan, tak kira samada problem itu besar atau kecil.

Cara untuk buat list itu ada banyak. Boleh cari kat internet, buku, jurnal, suratkhabar dan buat interview/survey. Ok, bila dah ada banyak masalah yang kita dah listkan (let's say ada 60 masalah), cuba kenalpasti 10 masalah kritikal/utama yang kita boleh katakan masalah yang 'hot' dan perlukan solution segera. Bila dah dapat 10 masalah hot tersebut, cuba fikirkan bagaimana cara untuk solvekan masalah tersebut.

So, itu je perkara yang perlu kita lakukan untuk dapatkan a clear idea terhadap industri perniagaan yang ingin kita ceburi. Perkara penting dsini adalah adakah kita berpengetahuan, mampu buat dan sebaginya. Kalau tak mampu buat sekalipun, takpe, just fikirkan dulu solution tersebut, mampu tak mampu itu cerita lain.

So, itu adalah penerangan simple tentang creative industry. Aku boleh kata bahawa menceburkan diri dalam industri ini bukan senang tapi kalau kita dah faham tentang asas bagaimana untuk turn your idea into business, benda ini boleh dibuat dan menjanjikan keuntungan yang lumayan.

Insyaallah, next post aku akan terangkan bagaimana untuk buat kajian tentang trends semasa atau lebih dikenali sebagai market research. Aku cuba berkongsi apa yang aku tahu, untuk mengetahui lebih lanjut, bolehkan cari kat internet, cubalah explore sendiri, at least kita perlu usaha. Kalau kita usaha, insyaallah... kita boleh lakukan.


Monday, September 7, 2009

DATO' SEBELUM 40


17 Ramadhan 1430 Hijriah. Alhamdulillah.... dah lebih 2 minggu rupanya kita berpuasa ye. Kalau tarawih mesti dah ada buat bacaan doa Qunut. Aku pun dalam minggu ini agak sibuk dengan tugasan, yelah kalau boleh semua nak settlekan sebelum raya, then nak raya sepuas2nya. Bila nak siapkan tugasan ni, teringat pulak aku masa satu sesi ramah mesra bila aku mula2 masuk ke program ni. Dalam sesi itu, pensyarah ada bertanyakan tentang matlamat kitaorang.

Dalam sesi ramah mesra tu, ada 3 pensyarah kat depan dan student 6 orang termasuklah aku. Aku taknak storylah matlamat2 kawanku semua, kalau cerita pun, mesti panjang lebar punya, just nak fokus bahagian aku je. "Apa matlamat awak?". "Apa matlamat awak menyertai program ni?". Itulah soalan yang diajukan oleh pensyarahku.

"Saya nak jadi Dato' sebelum 40. Saya mesti mendapatkan title Dato' atau Tan Sri sebelum umur saya mencecah 40. Saya nak jadi kaya.". Semua agak tergaman. Then ada pensyarah ketawa kecil dan ada yang tersengih2 dan ada yang just tersenyum. Kawan2 aku pulak, gelak bagai nak gila, berdekah2 mereka ketawa.

Aku just diam je masa tu. Melihatkan semua kawan2 ketawakan aku termasuk pensyarah ada juga membuatkan aku terasa sedikit malu. Yelah, sometimes bila kita beritahu sesuatu then diketawakan, maybe akan timbul sedikit rasa malu atau segan. Apa2 pun, aku tak kisah sangat sebab itu memang matlamat aku, itu yang aku mahukan then at least, ada juga pensyarah yang just tersenyum.

So, pensyarah aku terus bertanya, "kenapa nak dapatkan Dato'? Awak nak jadi jutawan dulu ataupun Dato' dulu?". Aku pun jawab, "bila dah jadi jutawan, dah senang, title tu kita boleh dapat, yang penting mesti berjaya dulu, mesti ada matlamat dan perancangan untuk ke arah itu". Then, dia bertanya lagi, "kalau awak dah dapat title tu, apa awak nak buat?. Awak ada apa2 impian lain ke?".

"Ada. Saya nak bina sebuah rumah yang boleh menempatkan orang kurang upaya (OKU) , beri didikan dan penjagaan kepada mereka selengkapnya. Beri peluang pendidikan yang sepatutnya mereka perolehi dan suatu hari nanti, kalau boleh, biarlah golongan OKU ini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan orang normal lain. Sama juga dengan konsep rumah kebajikan anak2 yatim contohnya, mereka jaga anak2 yatim, saya jaga OKU. Tujuan tetap sama iaitu untuk membantu golongan OKU ini supaya mereka berjaya".

"Kenapa awak mesti ambil program ini? Kenapa awak mesti ada master dulu then dapatkan title Dato'?",soal pensyarahku lagi. "Masyarakat hari ini menghormat orang yang berilmu. Bila kita berilmu, orang akan percayakan kita. Begitu juga dengan masalah untuk dapatkan hak menjaga OKU. Kalau kita tak berilmu, macamana orang dan masyarakat nak beri kepercayaan kepada kita?"

"Kat rumah OKU itu pulak, saya akan pastikan ada penjaga yang secukupnya, dapat pendidikan yang sepatutnya dan menyediakan apa2 yang diperlukan oleh mereka. Pendek kata, mereka boleh fokus pada study mereka je. Malam2 boleh buat kuliah agama". Bila aku beritahu macam tu, mereka diam. Ah, lantaklah, mereka nak kata apa pun, mereka nak ketawakan aku pun, yang penting, aku ingin laksanakan benda ini menjadi realiti. Ini impian aku.

Soal jadi jutawan dan Dato' adalah satu tiket sebenarnya untuk aku mencapai impian aku. Matlamat adalah untuk menjadi Dato' dengan cuba mendapatkan seberapa banyak kejayaan dan usaha yang boleh. Bila dah dapat Dato', automatiknya aku masa itu sudah berduit. Bila dah ada ilmu, nama dan kuasa, barulah senang sikit nak mencapai impian aku. Aku tak kata bahawa nama dan kuasa itu adalah segala2nya, itu semua adalah dengan izin Allah SWT.

Namun jangan kita lupa bahawa kalau kita mahukan dunia, kita mesti berilmu, kalau mahukan akhirat, mesti berilmu dan kalau nak kedua2nya, mesti berilmu. Bila kita dah berilmu, wang dan kuasa akan datang kepada kita. Segala2nya akan datang dengan sendirinya dan nama serta kuasa adalah penyokong kepada impian ini. Tapi terus terang aku katakan, aku tak nak mencapai title Dato' dengan cara yang salah, dengan cara yang haram. Aku tak mahu, segala apa yang aku laksanakan dari awal musnah atau terpesong dari niat awal aku.

Konsep Islam adalah matlamat tidak menghalalkan cara. Kalau matlamat kita baik tapi caranya tak baik, tak guna pun, takde keberkatan dari-NYA. So, biarlah aku mencapai semua yang aku inginkan ini dengan cara yang sebaik2nya. Aku taknak, aku bina rumah untuk OKU dengan duit yang tak elok, dengan sumber yang haram. Takde keberkatan dari Allah SWT, buat apa hidup kan? Buat apa buat baik kalau tak dapat keberkatan dari-NYA...

So, aku taknaklah sambung lagi tentang perbincangan seterusnya aku dengan pensyarahku, cukuplah setakat itu sahaja. Aku tak kisah kalau mereka ketawakan aku pun, yang penting, aku ada matlamat dan impian yang mesti aku capai. Inilah yang dikatakan kepuasan hidup.


Friday, September 4, 2009

MY BEST FRIEND BIRTHDAY...


14 Ramadhan 1430 Hijriah. Hari ini merupakan hari yang amat bermakna bagi diri kawanku yang merupakan roomateku. Hari ini merupakan hari ulang tahun kelahirannya yang ke 25. Ternyata umur kita saban hari semakin bertambah dan setiap detik yang berlalu sudah tidak dapat diulang lagi. So, disebabkan hari ini merupakan hari bahagianya, aku berkeinginanlah untuk berkongsi serba sedikit tentang diri roomateku ini.

Aku mula mengenali susuk tubuh ini pada hari kedua aku mendaftar di universiti ini dan sewaktu itu dia datang bersama saudaranya. Bila aku sudah mengenalinya, dia seorang yang peramah dan suka membantu orang lain walaupun dia juga adalah OKU.

Dia asalnya normal, then pada waktu tingkatan 1-2, badan dia mula mengalami perubahan dan menyebabkan sering sakit2. Waktu itu masih belum tahu penyakitnya. Then dia terpaksa membuat operation di tulang belakang dan pinggulnya. After that, pengajiannya amat teruk terjejas sedangkan dia adalah pelajar MRSM yang aktif bersukan. Tapi, yelah, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya, mungkin kita je yang tak tahu.

So, sepanjang perkenalan aku dengannya, banyaklah perkara yang aku tahu tentangnya dan juga ahli keluarganya. Sebelum ini, aku stay kat bilik berhadapan dengannya tapi sekarang ini dah jadi roomatenya pulak, bertambah rapatlah kitaorang, yelah 24 hours bersama kan.

Dari segi agama, aku boleh katakan bahawa dia ini seorang yang baik dan tidak pernah tinggalkan solat. Dia juga rajin pergi ke masjid bersama kawan untuk menunaikan solat fardhu dan sekarang ni musim solat tarawih, tak pernah miss lagi. Sometimes, bila aku tidur petang, dia ada kejutkan dan ingatkan aku untuk bersolat, takut2 terlepas waktu. So, dari segi agamanya, memang baiklah.

Dari segi sikapnya pula ialah dia seorang yang suka membantu orang lain. Sometimes, untuk membantu kawan2, dia sanggup bersusah-payah lebih dari untuk dirinya. Boleh dikatakan ambil beratlah terhadap kawan2, that's why dia ni boleh dikatakan agak popular dikalangan geng2 aku.
Biasanya pula, jenis bantuan yang dia bagi adalah dari segi mengajar kawan2 tentang apa yang mereka tak faham. Memang tak kedekut ilmulah dia ini.

Dari segi ahli keluarganya pula, aku memang respectlah dengan mak dan adik-beradiknya. Keluarga mereka memang happy dan peramah. Aku sebelum ini ada menjalani latihan praktikal kat USM Kubang Kerian.Walaupun jarak dari rumahku dengan tempat tersebut tidaklah jauh sangat, tapi aku ada masalah dari segi transportation. So, aku pun staylah kat rumah dia sepanjang aku praktikal tu then aku just pulang ke rumahku pada hujung minggu je.

Sepanjang aku kat rumah dia, mak dan adik beradiknya cukup mesra dengan aku, makan minum dan pakaian, semuanya dijaga dengan baik sekali. Adik2nya pula sometimes tu siap main games dengan aku sampai lewat malam, berhenti main pun sebab kena 'sound' dengan mak dia, suruh tidur, esok ada praktikal. Tambah lagi, bila aku nak bayarkan duit minyak kereta pun, diorang taknak ambil pun, apatah lagi aku nak bayar duit makan minum dan tempat tinggal. Pendek kata, memang dia seorang yang pemurah, begitu juga dengan keluarganya.

Setiap manusia ada baik dan buruknya. Tadi aku bercerita tentang baiknya, sekarang ini untuk buruknya pulak. Aku tak berniat untuk mendedahkan keburukan dia kepada umum apatah lagi mengaibkannya, tapi yelah, maybe ada something yang kita semua boleh belajar dan jadikan pengajaran. Sikapnya yang kurang elok adalah terlalu baik hati dan mudah percayakan orang.

Dia ini secara umumnya boleh aku kategorikan sebagai agak senang dari segi ekonominya. Sometimes ada pihak yang rapat semata2 untuk mendapatkan 'ihsan dan simpati' darinya, tidak ikhlas dengannya. Mereka ini boleh dikatakan cuba mengambil kesempatan terhadap kebaikkan dirinya. Aku boleh katakan, majoriti kawan2nya ada terhutang budi dengannya ( termasuk aku pun) menyebabkan takde sangat yang berani tegur tentang sikapnya itu.

Dia ini sometimes ada banyak jugaklah 'awek'2, maklumlah, hensem jugaklah..., dia pulak jenis berpoket tebal, so agak ramai jenis pisau cukur. Sometimes, sekali 'awek' mintak transfer, ada dalam beratus2 jugak diberinya. Bila kawan2ku yang lain cuba tegur, dia naik angin pulak.

Ada sekali itu, aku dan seorang kawanku tegur+marah+'sound' dia sampai berair matanya. Dengan aku, dia tak berani kata apa pun, hahaha...jahat betul aku. After that, hampir 3 hari tak bertegur sapa. Sekejap je, lepas tu eloklah semula. Kawan2nya yang lain yang cuba menegurnya tak berapa berani sebab dah banyak terhutang budi. Aku pun boleh dikatakan banyak jugaklah terhutang budi dengannya tapi kalau aku nak tegur, marah, dan nak 'sound', aku direct je, peduli apa aku. Sekarang ni, just tinggal 2 orang sahaja lagi yang tinggal yang still sanggup menegurnya, aku dan kawanku itu.

So, apa moral of this story? Kalau kita nak buat baik, boleh tapi biarlah berpada-pada. Janganlah sampai orang pijak2 dan pergunakan kita. Nak bantu orang, biarlah ada batasannya. Aku sometimes agak kesian dengan dirinya. Dia seorang yang baik dan suka tolong orang tapi yelah, orang selalu kurang baik dengan dia.

Walaubagaimanapun, aku boleh katakan bahawa dia lebih banyak positif sifat dan sikapnya berbanding sifat sikap negatifnya. Lebih kearah baik berbanding kurang baik. Kira boleh buat kawan la. Aku pun bercadang nak keluar shopping sikit untuk beli hadiah untuk dia dan keluar buka puasa kat luar, nak belanja dia sikit, yelah, nak raikan sikit untuk harijadi dia ni.

So, kepada insan yang bernama Nik Mohd Firdaus B. Nik Zainal Abidin, selamat hari jadi aku ucapkan. Semoga panjang umur, murah rezeki serta sentiasa berada dalam lingkungan rahmat-NYA. Insyaallah...


Thursday, September 3, 2009

BAHAYA API PERKAUMAN...


13 Ramadhan 1430 Hijriah. Alhamdulillah... dah lebih seminggu rupa2nya kita berpuasa dan dah nak masuk 2 minggu dah pun. Segala syukur kita panjatkan kepada Allah SWT kerana dengan limpahan rahmatnya, kita semua sudah melepasi 10 malam keampunan dan masih diberi kesempatan untuk meneruskan usaha berpuasa ini. Namun demikian, dalam kita menunaikan ibadah puasa ini, ada satu isu yang amat sensitif telah berlaku baru2 ini.

Tentu pembaca semua sedia maklum tentang satu isu yang amat sensitif yang telah berlaku baru2 ini iaitu tentang satu demontrasi di Seksyen 23 yang melibatkan kepala lembu. Isu ini telah mendapat perhatian media secara agak meluas dan telah ramai memperkatakan tentang hal ini. Bukan sahaja kat dada2 akhbar, malahan ada videonya dalam youtube. Kalau taip je perkataan yang sesuai, keluarlah deretan video tentang demonstrasi tersebut, siap dengan komen2 lagi tu.

Aku bukan saja2 je highlightkan isu ini tetapi aku sebelum ini ada didatangi oleh seorang kawanku yang berbangsa india muslim. Waktu itu waktu tengahari, aku pergi beriktikad kat surau tempat kuliah aku. Dia datang mula2nya dan bertanyakan khabar. So, kitaorang sempat sembang2 sekejap, tanya tentang perkembangan ilmu agamanya, siapa yang membimbingnya dan sebagainya.

Dalam kitaorang sembang2 itu, keluarlah isu demontrasi ini. Dia ada bertanya kepadaku kenapa isu ini boleh berlaku? Kenapa mesti berdemontrasi menggunakan kepala lembu? Kenapa mesti ditimbulkan isu perkauman ini? Agak sedih tambah marah air mukanya. Aku just mintak dia bertenang dan cuba redakan sedikit api nya. Katanya lagi, ramai kawan2nya yang dari kaum india beragama hindu amat tidak senang hati akan hal ini. Ada sesetengahnya betul2 marah terhadap pihak2 yang terbabit dalam penghinaan kepala lembu tersebut.

Aku tak mampu untuk berkata2 buat sementara. Aku hanya mampu berdoa agar dilembutkan lidah, dilapangkan dada agar dapat aku terangkan isu sebenar dalam hal ini. Aku mengatakan bahawa isu ini melibatkan politik sebenarnya, bukan isu pembinaan kuil itu yang dikecohkan. Sesetengah pihak berpolitik secara tidak matang dan boleh dikatakan bodoh telahmengakibatkan pencemaran isu perkauman ini.

Aku taknaklah menyebut siapa yang terlibat dalam demonstrasi itu tetapi apa yang boleh aku sifatkan adalah orang yang melakukan perkara ini sebenarnya sedang bermain dengan api perkauman. Pihak ini cuba2 untuk mewujudkan suasana yang tidak aman bag mencapai niat politik mereka. Cubaan pihak berkuasa tempatan untuk memindahkan kuil itu dari tapak asal bukanlah isu sebenar, tetapi dipermain2kan oleh pihak politik yang cuba membawa tanggapan negatif terhadap usaha tersebut.

Pihak2 yang berdemontrasi itu juga bukanlah penduduk tempatan pun sebab penduduk tempatan yang hadir hanyalah tak sampai 10 orang, selebihnya adalah dari luar yang cuba menyemarakkan lagi perancangan demonstrasi ini. Apabila timbul kemunculan kepala lembu yang masih lagi berdarah, mereka2 ini memijak2 sambil mengucapkan something yang kurang elok.

Mereka2 ini mendakwa bukanlah niat sebenar untuk menghina agama lain tetapi just untuk menyamakan kebodohan pihak pentadbir tempatan dengan lembu yang merancang untuk memindahkan tapak kuil. Hal ini demikian kerana ungkapan perbandingan melayu bodoh seperti lembu agak sinonim dengan masyarakat kita. Itu adalah kata2 penafian mereka, aku taknak komen tentang perkara tersebut.

Apa yang aku ingin katakan bahawa, Islam tidak pernah mengajar kita untuk menghina agama2 lain dan tidak pernah mengajar kita untuk memijak2 kepala haiwan walaupun haiwan itu sudah disembelih. Kata2 'Take beer' yang dilaungkan after kalimah 'Takbir' juga sungguh menghinakan. Jadi ini bukan sahaja mempermainkan agama lain malahan menghina Islam sendiri.

Seperti yang kita sedia maklum bahawa, kaum india yang beragama hindu amat menyanjungi lembu malahan menganggap bahawa haiwan tersebut adalah haiwan sucinya. Maka, amat tidak patut orang Islam menyembelih haiwan tersebut hanya semata2 untuk demontrasi tersebut seterusnya memijak2 kepala haiwan itu. Apakah ini yang diajar oleh Islam?

Pada pendapat peribadi aku, ada beberapa perkara yang amat meragukan dan merisaukan aku iaitu adakah demontrasi tersebut ada permit? Adakah pihak polis luluskan demonstrasi tersebut? Kenapa polis luluskan? Kenapa selepas polis luluskan permit tersebut, mereka just duduk diam je sedangkan mereka ada disitu sebagai pemantau? Kenapa polis tidak mengambil tindakan terhadap mereka2 yang dianggap boleh mengganggu gugat perkauman ini bebas untuk berdemonstrasi?

Bukan aku seorang sahaja yang memperkatakan hal ini tetapi dalam akhbar pun ada jugak. Rujuklah mana2 akhbar sehari dua ini, mesti jumpa punya tentang hal ini. So, overalnya, kenapa hal ini boleh berlaku? Bagi aku, tak kisahlah apa orang politik nak buat pun, nak bergaduh ke, nak berdemontrasi ke, lantaklah. Apa yang penting, jangan sampaikan politik itu melibatkan perkauman, melibatkan penyerangan peribadi orang dan jangan sekali2 menghina agama Islam serta agama lain. Ini boleh mengakibatkan rusuhan kaum. Agama Islam dan politik tidak boleh diasingkan tetapi bukannya menghina Islam melalui politik.

Itulah perkara yang amat aku bimbangkan. Buat masa ini, alhamdulillah.... Allah SWT tidak lagi menimpakan apa2 kepada kita tetapi tidak mustahil suatu hari nanti, kaum india yang beragama hindu ini pula akan berdemontrasi dengan menggunakan kitab suci Islam pulak. Tidak mustahil mereka jugak akan memijak2 kitab suci Islam sebagai tindakbalas terhadap perkara ini. Aku mohon kepada Allah SWT agar dijauhkanlah perkara ini. Seandainya perkara ini ditakdirkan berlaku jua, apakah tindakan pihak berkuasa? Nak tangkap kaum india ini ke sedangkan orang Islam kita dulu yang mulakan, tak boleh salahkan dan tangkap orang hindu sahaja.

After aku terangkan perkara tersebut, alhamdulillah... kawan indiaku ini faham. Katanya, tidak mustahil bahawa perkara yang aku bimbangkan tadi akan berlaku suatu hari nanti. Perkara ini melibatkan api perkauman yang sentiasa boleh berkobar bila2 masa sahaja. Rata2 orang india beragama hindu tidak senang dan berberpuas hati terhadap peristiwa ini.

Hm.... aku pun tak boleh nak komen apa2 lagilah. Benda ini dah berlaku, just harapkan agar tindakan boleh diambil terhadap pihak ini dan berdoa agar perkara ini tidak berulang lagi. Api perkauman sentiasa ada, cuma kecil atau besar sesuatu isu perkauman itu sahaja yang menentukan semaraknya api tersebut. Aku harap agar kita semua sentiasa boleh bertoleransi dalam menjaga hubungan baik antara kaum di negara tercinta ini. Insyaallah...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...