Friday, October 23, 2009

LATIHAN PEMBENTUKAN USAHAWAN 1 - PART2...


4 Zulkaedah 1430 Hijriah. Ok, untuk post bahagian 2 ini, aku akan stoykan tentang aktiviti kitaorang pada 22 dan 23hb. Untuk 22hb tu, kitaorang ada buat aktiviti jungle tracking yang dipecahkan kepada 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Untuk sesi pagi itu aku tak joinlah, sesi petang baru aku join. Bila aku tak join yang sesi pagi tu, aku sempatlah jugak main games sekejab, bukak internet dan sembang dengan seorang lagi peserta perempuan yang mengandung. So, untuk aktiviti sesi pagi tu aku tak berapa tahulah.

Untuk sesi petang tu pulak, baru aku join sebab kawan aku kata yang ni buat kat padang je, yang sesi pagi tadi buat kat bukit. Untuk sesi petang tu, dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil yang terdiri daripada 6-7 orang dan setiap kumpulan mesti membina satu 'jaringan labah2'
menggunakan tali dan gegelung. Tali itu diikatkan pada 2 batang pokok.

After selesai membina 'jaringan labah2' itu, barulah diberitahu tujuan pembinaan tersebut. Setiap ahli mestilah masuk dan melepasi gegelung tersebut tanpa menyentuh gegelung dan tanpa bercakap. Jika peraturan ini dilanggar, mestilah diulangi semula dari awal. Cara untuk melepasi gegelung itu adalah terpulang kepada kebijaksanaan dan kerjasama kumpulan itu sendiri. Ada yang usung, dukung, angkat dan sebagainya. Kumpulan yang paling pantas menlintasi gegelung dikira pemenang.

Ada 7 group yang buat aktiviti ini dan aku adalah salah seorang daripada pengadil yang mengadili salah satu kumpulan tersebut. Kumpulan yang aku adili itu mampu menyiapkan aktiviti lintasan tersebut dalam tempoh 5 minit 35 saat. Diorang buat cara dukung dan sambut. Kumpulan terpantas adalah dari kumpulan perempuan iaitu just 3 minit lebih je. Ala, perempuan kumpulan itu kecil2 je badan ahlinya, senang usung. Kalau ada ahli kumpulan yang besar dan gemuk, itu mesti susah nak usung/dukung.

After selesai, tibalah aktiviti malamnya. Aktiviti malam itu memang bestlah. Kitaorang buat permainan 'pasaran saham'. Setiap kumpulan hanya dikehendaki membuat nilai 'X' atau 'Y' sahaja yang mana setiap pusingan ada nilai sham yang dijual. Konsep permainan ini adalah untuk menguji persefahaman kita je. Sebelum itu, duit RM 100 dikutip terlebih dahulu daripada setiap kumpulan sebagai deposit.

Permainan dimulakan dengan nilai saham yang rendah dan kemudiannya meningkat tinggi. Masa itu kesabaran dan kesepaduan diantara setiap kumpulan memang benar2 teruji. Jika ada kumpulan yang 'jujur', maka kumpulan tersebut akan kalah wang mereka dan ada yang berhutang. Game ini juga menguji tahap kejujuran dan kesefahaman kumpulan yang mana kat luar dah janji untuk buat 'Y' tapi bila undi betul2, ada yang buat 'X' hingga menyebabkan keadaan kecoh.

Dalam keadaan kecoh tesebut, fasilitator pulak berperanan sebagai 'penyimbah minyak' untuk meningkatkan suasana tegang. Memang tegang suasana game tu, siap dengan hentak2 meja lagi, nasib baik tak bertumbuk je. Setakat jeling2, jerit2 dan hentak2 tu memang biasalah masa tegang itu. Masing2 tak puas hati dengan janji2 kosong yang ditabur, dengan peranan 'penyimbah minyak' sampaikan ada yang saman-menyaman antara kumpulan dan pihak fasilitator.

Last sekali, semua kumpulan kerugian yang agak banyak dan ada kumpulan yang kerugian sampai lebih RM1000. Kumpulan aku pun rugi jugak tapi just dalam RM290 je. So, kitaorang diberitahu bahawa esok kitaorang kena menyerahkan wang tersebut dan wang tersebut akan didermakan kepada anak2 yatim. Masa itu semua ahli kumpulan dah takut dan risau. Yelah, mana nak cari duit ratus2 ringgit, kitaorang pun bukannya ada duit.

Aku masa tu tak risau pun sebab aku tahu bahawa itu just gimik fasilitator je untuk psiko kitaorang tapi majoritinya cukup panik, tapi bayar tetap bayarlah kan sebab itu memang rules permainan ini. Sebelum game itu dimulakan kitaorang tak diberitahu pun bahawa ini melibatkan wang sebenar, bila dah tamat baru tahu.

So, masing2 aku rasa tidur dalam kegelisahan. Aku dan ahli kumpulanku malam itu menyiapkan tugasan perihal diri yang diberikan pada hari pertama, esok kena tampal. So, malam itu aku dah kira2 dah duit yang kena dikeluarkan untuk cover 'hutang' game tu sebab aku tahu bahawa ahli kumpulan ku yang lain tak berapa berkemampuan. Aku tak kisahlah sebenarnya pun sebab aku tahu bahawa itu just a game dan duit tu nanti akan dikembalikan semula pun.

So, kesokkan harinya (23hb), kitaorang dikehendaki menyerahkan wang masing2. Ada yang tak ada duit, mereka menyerahkan jam, kunci motor dan sebagainya, bagi cek pun ada. After that, barulah fasilitator kami menerangkan tentang rasionalnya permainan ini. Dalam penerangan beliau, kebanyakkanya aku setuju tapi ada satu yang aku tak setuju. Dia menyatakan lebih kurang macam inilah, "kita mesti tetap bersatu untuk menyedarkan rakan2 kita walaupun kita tahu bahawa ianya boleh merugikan kita".

Bagi aku setakat nak cakap secara teori itu bolehlah, setakat nak menyedapkan telinga dan hati, setakat nak nampak hebatnya kejujuran dalam business walaupun kita ditipu berulang kali oleh perkara yang sama. So, kalau aku lah kan, aku takkan terpedaya pada penipuan yang sama buat kali yang kedua. Buat apalah kita nak jatuh pada lubang yang sama. Bak kata pepatah, sekali jalan kena, 2 kali jalan tahu. Sama jugak dalam konsep game ini.

Bukan senang untuk mewujudkan perfahaman dalam beberapa kumpulan, tambahan lagi melibatkan wang. Walaupun ada cara untuk menang dengan bersatu, tapi yelah kata orang, rambut sama hitam tapi hati lain2. Bila dah ada kumpulan yang jujur tapi dah tertipu, buat apa nak ditipu lagi.Of course aku sendiri pun taknak ditipu 2 atau lebih dalam suatu perkara yang tidak pasti dan melibatkan banyak kepala.

Cuba fasilitator itu sendiri yang join game tu atau mana2 usahawan berjaya yang main, mereka boleh ke yakinkan kumpulan lain supaya bersatu dan semua memilih 'Y'? Aku taknaklah komen tentang jawapannya, masing2 ada andaian kan. So after penerangan tu, kami pun dipulangkan semula wang kami tu. rasional fasilitator meminta wang tadi supaya kitaorang rasa bagaimana menanggung kerugian dalam perniagaan dan betapa buruknya sikap tiada perpaduan. Petang tu pula, kitaorang bertolak pulang semula ke UTM after siap2 packing.

Kat bawah ni aku sediakanlah serba sedikit foto untuk tatapan.


Gambar1: Aku dan kumpulanku


Gambar2: Tn.Haji Noordin memberi tunjuk ajar


Gambar3: Khairul and the geng.


Gambar4: Ahli kumpulanku.


Gambar5: Wan Kamaruddin, Edisi Siasat



Gambar6: Ramai2 kat atas bukit


LATIHAN PEMBENTUKAN USAHAWAN 1 - PART1...


4 Zulkaedah 1430 Hijriah. Alhamdulillah... Tamat sudah Latihan Pembentukan Usahawan (LPU) 1 kami yang dibuat di Batu Burok Beach Resort, Kuala Terengganu dari 20hb-23hb. Aku firstly mintak maaf byk2 sebab tak sempat untuk update blog ni dalam masa seminggu ni, line internet kat kawasan ini agak slow, pakai Wimax pun sometimes limited jugak. Kitaorang actually bertolak dari UTM pada 19hb pukul 8.00 pagi lagi dan sampai petang tu kat sana. So, first day tu sempat jugaklah lepak2 kat luar dan mandi kolam.

Ok, untuk LPU 1 ini, aku akan storykan pada 2 part, 1 part untuk 20-21hb dan satu part lagi untuk 22-23hb. Pada 20hb, tu kitorang registerlah untuk kursus tu, tak sangka lak jumpa Wan Kamaruddin Edisi Siasat tu. Ala, kalau korang ingat lagi, Wan Kamaruddin yang glamour dengan 'Apa kejadahnya ini semua...', dia pun join gak program ni. Ada juga student dari UUM yang sama program master dengan kami dan yang lain2 tu adalah dari rata2 tempatlah.

Selepas ucapan dan perasmian majlis oleh Pebgarah MARA Terengganu, semua peserta yang lebih kurang 50 orang itu dipecahkan kepada 2 group, kawan2 UTM dipecahkan kepada 4 orang(dalam group 1 termasuk aku) dan 2 orang (dalam group 2). Group kami dikendalikan oleh Haji Noordin. After that kami semua ni dipecahkan kepada group kecil pula yang terdiri daripada 5-6 ahli.

Banyaklah aktiviti yang dilakukan sepanjang 2 hari ini. First day tu biasalah, banyak diisi dengan ceramah. Pagi dan petang itu dinyatakanlah tentang objektif, matlamat kursus dan sebagainya. Untuk first day ini, perkara yang menyeronokkan adalah main lontar gelung pada sesi malam itu. Permainan ini adalah untuk menguji tahap kesungguhan dan keupayaan peserta dalam menilai kemampuan diri sendiri. Cara permainnya mudah sahaja je.

Diberikan 4 gelung kecil, palang dan ada jarak antara 1-20 kaki. Para peserta boleh memilih untuk melontar dari jarak mana2 pun gelung tersebut asalkan matlamatnya untuk masukkan kesemua gelung dalam palang itu. Dibuat dalam 4 pusingan. Ada yang memilih jarak 10 kaki, 6 kaki, dan sebagainya, bergantung pada keyakinan masing2, masuk tak masuk itu lain ceritalah. Biasanya paling jauh pun dalam 8 kaki rasanya, itu pun just sekali jelah. Aku, aku just pilih sekaki je, then masukkan keempat-empat gelung sekaligus.

Itu untuk pusingan 1 dan 2. Untuk pusingan 3 dan 4, buat secara group dan beramai2. Masa itu baru dikira point yang mana semakin jauh jarak diambil (kalau masuk la), semakin tinggi point, kalau tak masuk, 0 point la. So ada yang ambil 10 kaki, 5 ,4 dan sebagainya, tapi majoritinya adalah antara 5 dan 4 kaki sahaja, itupun ada yang tak masuk. Aku just ambil 3 kaki je tapi kesemua gelung masuk. So dari game ini, ada banyak pengajaran yang boleh diambil.

Firstly, kita mesti mengukur kemampuan diri kita sendiri. Kalau kita rasa confident tapi tak mampu melakukannya, tak ada gunanya jugak. Kalau kita boleh buat sekalipun tapi dengan kadar yang rendah, itu bermakna kita kurang confident dengan diri sendiri pulak. So, bak kata usahawan, "don't take the risk, but calculate the risk".

Dalam hal ini, mungkin aku ini boleh dikategorikan kepada kurang keyakinan tapi aku tahu untuk mengukur dibaju sendiri. Bagi aku, kalau you ambil jarak yang jauh sekalipun tapi tak capai matlamat, tak ada gunanya. baik aku ambil jarak yang dekat tapi peratusan berjaya amat tinggi, matlamat kita tercapai. Peluang hanya 4 kali (4 gelung) tapi bila you tak dapat masukkan 2 gelung awal dalam jarak sejauh 5 kaki keatas, itu bermakna you mesti dekatkan jarak. Tak kisahlah orang lain gelakkan kita atau tak, yang penting matlamat kita tercapai. Kalau dapat masukkan gelung dalam jarak yang paling jauh, itu memang baguslah.

Ok, untuk hari kedua pulak, kitaorang main buat kapal. Kitaorang diberikan waktu untuk membina kapal kertas berdasarkan model yang ditunjukkan dan setiap kapal itu, mesti memenuhi ciri2 yang diperlukan bagi memastikan ianya boleh dijual. Kita juga mesti membuat anggaran berapa biji kapal yang boleh disiapkan dalam tempoh tertentu. Game kapal ini berlangsung dalam 3 pusingan.

Ramai orang yang berebut2 untuk membuat sberapa banyak kapal dalam 5 minit. Aku je yang ambil sikit, dalam 3-4 biji kapal je untuk setiap pusingan berbanding orang lain dalam 5-10 kapal. Bila kita memilih untuk buat kapal dalam kuantiti yang banyak, kita susah sebenarnya untuk menjaga kualiti kapal itu. Ada sesetengahnya yang senget, tak lurus, tak sama saiz dan sebagainya, that's why ada yang tak dapat dijual, bila tak leh jual, rugilah.

Walaupun aku buat dalam 3-4 buah je, tapi kualitinya ok, sharp dan smooth je. Then aku tambahkan lagi innovation value pada setiap pusingaan pembuatan kapal tu. Sebagai contoh, untuk model kapal pertama, modelnya kapal biasa sahaja tapi aku add something yang membolehkan kapal itu mempunyai peneduh daripada hujan. So, dah ada innovation value dari situ walaupun model yang dikehendaki adalah model biasa je. Harga jualan bagi setiap kapal adalah RM 13k je tapi untuk model aku, harganya dinaikkan menjadi RM 15k.

So, untuk game kapal dalam 3 pusingan ini, setahu aku 4 orang yang tak pernah rugi termasuk aku. Majoriti orang rugi dalam pusingan pertama tapi untung dalam pusingan kedua dan ketiga. So, banyaklah moral of the story dalam game kapal ini. Antaranya adalah mesti pandai menilai kemampuan kita, utamakan kualiti dalam setiap perkara yang dilakukan, bukannya berbangga dengan kuantiti yang banyak tapi tiada kualiti dan think out of the box bagi melahirkan idea yang kreatif dan innovatif.

So, setakat ini jelah post aku untuk 2 hari kursus ni. Nanti aku storykan kisah selanjutnya dalasm post akan datang.












Saturday, October 17, 2009

PELUANG KERJAYA...


29 Syawal 1430 Hijrah. Alhamdulillah... dah nak tamat rupanya bulan Syawal ni ye. Hujung2 minggu macam ini, banyaklah yang buat open house, mengambil peluang hujung minggu di penghujung Syawal. Aku bukanya nak bercakap tentang open house ataupun bulan Syawal tapi tentang peluang kerjaya untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan juga sikap sesetengah pelajar melayu kita terhadap pekerjaan.

Dalam 1-2 bulan lepas, pensyarah kami ada kenalkan kami pada seorang usahawan dari India, Mr.Jamal, CEO Whizsoft Technology Group yang sekarang ini membuka cawangan di Malaysia (sebelum ini sudah ada cawangan di Dubai dan UK). Dia juga adalah pelajar Ph.D under pensyarah aku itu. Pertemuan kami dalam kelas waktu itu berlangsung dengan mesra kerana Mr.Jamal ini amat peramah dan suka berbicara tentang business.

So, waktu itu dia ada menyatakan bahawa dia ingin membantu golongan OKU di Malaysia ini. Aku pun just follow up jelah. Aku dijemput pergi ke pejabatnya di MSC Cyberport dengan kawanku. Bila kat sana, perbincangan lebih jelas tentang rancangan ini dilakukan dan aku follow up lagi by mail. Dia memang berniat untuk menjadikan projek ini sebagai projek kebajikan syarikatnya.

Perancangan asal kami adalah kami ingin menubuhkan satu company yang berasaskan IT dan multimedia khas untuk OKU fizikal berkerja samada full time ataupun part time. Syarikat ini akan mempromosikan hasil2 kerja kreatif (creative work seperti design gambar, design poster, buat advertisement, business card, buat web site dan sebagainya) melalui portal dan akan menyediakan modal, gaji serta pejabat untuk OKU ini buat kerja. Insyaallah, jika ada rezeki, syarikat ini akan cuba menyediakan special minibus/tansportation untuk OKU ini, bergantung pada keadaan dan kawasan.

Keuntungan yang dijanakan akan digunakan untuk memberi kebajikan, training dan rehabilitation. OKU yang berminat boleh berkerja samada full time ataupun part time. Bagi full time, akan dibayar gaji bulanan dan memang kena datang pejabat. Bagi yang part time pula, bayaran akan diberikan sekiranya hasil kerja yang diletakkan dalam portal tersebut dibeli oleh pengunjung. Pinjaman wang tanpa faedah (but of course ada syarat2 tertentu) boleh diberikan untuk OKU ini membeli peralatan komputer dan peralatan lain.

OKU yang ingin berkerja ini juga mestilah OKU fizikal, mempunyai kad pengesahan OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM), kreatif, boleh membuat design2(training akan diberikan) dan sanggup berkerja(mungkin perlu berkerja lebih masa). Sekiranya ada pengetahuan dalam Adobe Photoshop dan Flash, amat dialu-alukan. Setakat ini Mr.Jamal sudah memberikan domain untuk aku create website tapi memandangkan aku sibuk, maka belum sempat buat lagi.

Oklah, itu bab peluang kerjaya untuk OKU. Untuk orang normal pula, ada jugak. Masa aku buat aktiviti business discourse kat KL, ada beberapa syarikat(kerja di KL) yang ingin mendapatkan perkerja dari fresh graduate. 1 kekosongan untuk jawatan pentadbir pangkalan data(Database administrator), 1 untuk pembantu pentadbir pangkalan data(Assistant database admin), 2 untuk marketing(untuk individu yang boleh berbahasa Mandarin), 3 kekosongan programmer, 3 grafik design dan 3 animasi designer. Ada sesetengahnya macam kerja grafik design tu, part time pun boleh.

Agak menyedihkan bagiku kerana bila aku forward mail dan SMS tentang pelung kerja ini kepada kawan2ku yang masih belum ada pekerjaan, mereka tak balas pun mail dan SMS aku tu. Nak kata diorang dah ada kerja, belum lagi, lebih rela lepak kat kampung.
Ingat, bukan senang nak cari kerja sekarang ini, tak bolehah memilih sangat. Janganlah kita nak kerja yang mudah2 dan simple je, kalau boleh nak kerja dimana pejabatnya depan rumah kita je. So, bila difikirkan semula, betul ke Malaysia ini susah nak cari kerja atau graduan kita yang memilih?

Nasib baik aku sekarang ni dan sambung belajar dan dah ada buat beberapa kerja sampingan as side income dengan group aku(kitaorang pun ada plan kerja lain jugak), kalau tak... confirm aku ambil jugak beberapa kerja tu. Setakat ini dah agak banyak jugaklah kerja yang aku buat dan akan buat. Antara yang tengah buat adalah mengubahsuai laman web untuk SPACE UTM tentang pembelajaran video, mengambil upah design poster dan flyer, buat proposal dan quotation untuk pelancongan Johor(kalau confirm diterima, best ni), buat proposal untuk e-Goverment dan melukis serta mencipta watak animasi.

Untuk watak animasi itu, group aku ada plan untuk buat animasi 3D,setakat ini aku bahagian melukis watak dan after this maybe aku perlu belajar buat 3D pulak. Untuk kerja yang bakal aku buat adalah menubuhkan satu syarikat bersama yang menyediakan servis training dan kursus. Setiap ahli dalam group aku akan ambil satu kursus, ada yang nak buat tentang ISO, ada tentang cara menguruskan akaun, belajar Flash dan aku pula ambil bahagian belajar Adobe Photoshop.

So, bagi aku, rugilah kalau kita tidak mengambil peluang yang ada sekarang ini untuk our future. Bila kita takde kerja, salahkan orang lain pulak, bila dah ada peluang, memilih lagi. Susahlah nak cakap. Bagi pembaca blog aku ini, jika anda seorang OKU yang berminat untuk join kerja ini, beritahulah segera ye sebab plan kitaorang adalah bulan Januari 2010 nanti. Bagi pembaca normal pulak, sekiranya anda ada kenal mana2 OKU yang boleh memenuhi kriteria yang aku beritahu tadi, silalah sebar2kan dan beritahu aku ye. Samalah2 kita menbantu golongan OKU ini dalam memperbaiki taraf kehidupan mereka. Insyaallah...


Friday, October 16, 2009

PECIPTA 2009...


26 Syawal 1430 Hijriah. Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa atau dipanggil PECIPTA. Tahun ini, Universiti Malaya telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi program ini dan diadakan di KLCC bermula 8-10/10/09. Apabila selesai semua program business discourse kitaorang kat UTMKL, kitaorang pun ambil peluang ini untuk datang ke program ini pada 9/10/09 (hari kedua).

Tujuan utama kami datang ke program ini adalah untuk melihat hasil2 penyelidikan yang dilakukan oleh pihak ipta dan kalau2 ada yang boleh dijadikan idea tambahan untuk projek master kami. Yelah, kot2 ada research yang berkaitan denga projek yang ingin kami hasilkan, boleh juga collabrate ataupun aplikasikan idea tersebut sebagai value added dalam projek kami disamping untuk menambah contact serta network.

Kitaorang sampai kat situ pukul 10.00 pagi, pameran baru dibuka. Kitaorang sebelum ini dah buat pre-register dalam laman web PECIPTA ini, so, bila datang, senanglah urusan untuk masuk, tak perlu lagi isi borang. Masuk adalah percuma tapi kalau boleh biarlah under organisasi/universiti/syarikat.

Ada banyak ciptaan dan hasil universiti yang dipamerkan disini. Difahamkan, lebih 100 hasil ciptaan dan penyelidikan yang menyertai pameran ini, namun dalam 100 buah itu hanya 1 sahaja yang aku berkenan, selebihnya boleh aku katakan sebagai projek syok sendiri atau bertahap undergraduate projek serta tiada nilai komersial. Ini pendapat aku berdasarkan bidang pengetahuan aku, bidang2 yang aku tak tahu seperti elektrik, medical dan sebagainya itu aku taknak komen la.

Aku bukanlah nak kondem/hina/pandang rendah terhadap ciptaan dan hasil penyelidikan yang dilakukan oleh pensyarah2 bertahap Dr atau Prof itu tapi itulah hakikatnya. Yelah, aku pun bukannya pandai pun, tapi bila aku tengok projek diorang ini, lebih kepada syok sendiri, buat benda yang sudah ada dinegara luar tetapi tiada nilai inovasi serta tidak tahu bagaimana untuk mengkomersilkan produk kajian mereka.

Apa yang lebih menyedihkan lagi ialah ada satu kategori yang dipamerkan yang dipanggil 'Best Of The Best'. Kat kategori ini, produk/hasil kajian yang terbaik sahaja yang boleh dipamerkan dibahagian ini tapi ada satu produk yang berkaitan dengan OKU yang cukup melucukan. Produk ini adalah untuk membantu OKU berpindah daripada kerusi roda kepada kerusi/katil. Aku tak nampak sebarang masalah tentang perkara ini tapi diciptakan alatan seperti sebuah tempat duduk yang boleh bergerak ke kerusi/katil dibantu sebatang kayu penahan.

Menggunakan satu seat simple dan satu kayu penahan, bila OKU duduk kat seat itu dan kayu penahan ditanggalkan, seat itu akan bergerak kearah kerusi/katil itu. Bagi aku, kalau nak move daripada kerusi roda ke kerusi/katil, 'parking'lah kerusi roda tersebut betul2 tepi kerusi/katil tu dan kerusi roda yang digunakan mestilah kerusi roda yang boleh ditanggalkan side tepinya. Dia juga menggunakan kerusi roda yang boleh ditanggalkan sisi tepinya, sememangnya kerusi itu dah direkacipta untuk tujuan move tersebut, so kenapa dibuat benda seat itu lagi?

Kat sebelah dia ada satu laptop yang menyiarkan video demo movement tersebut tapi didemokan oleh orang bukan OKU. Carilah seorang OKU yang menggunakan peralatan tersebut, barulah boleh tahu betul atau tidak alat ini boleh membantu golongan tersebut. Aku ada tanya. "kalau katil itu lebih tinggi daripada level kerusi roda, leh move tak?". Jawapan dia "takleh la". Pulak dah.... Kalau nak buat satu2 produk untuk OKU, biarlah benda itu boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kalau alat itu boleh membantu movement ke tempat lebih tinggi, barulah betul, ini tak. Aku yang OKU ini pun tak terasa nak pakai/beli pun produk tu.

Ada satu lagi projek bertahap undergraduate. Dia buat learning sistem menggunakan Macromedia Authorware tapi tak complete. Kawan2 Diploma aku dulu pun boleh buat lebih baik daripada ini. Interface tak cantik, kartun pulak tak smooth dari segi movementnya, sound pulak pecah2. Siapa yang buat projek ni? Seseorang yang bergelar Dr .......

Ok, apa pulak produk yang aku suka tu? Produk itu adalah sebuah kerusi roda elektrik yang menggunakan otak untuk menggerakkannya. "Intelligent Brain Interface for a Robot Chair". Itulah tajuk kajian seorang Prof berbangsa india dari UniMAP, Prof. Paulraj tak silap aku. Aku tahu bahawa kerusi roda seperti ini sudah ada dan sudah lama dibangunkan oleh syarikat Toyota dan Honda 5-7 tahun lalu tapi apa yang aku respect ialah dari segi kos yang digunakan untuk menghasilkan produk ini. Anggarannya adalah RM 10 ribu tapi canggih.

Algoritham yang digunakan juga adalah unik iaitu menggabungkan Nanomex dan Cross Matrix. Nak tahu tentang Nanomex dan Cross Matrix, carilah kat Google tu. Walaupun dah ada kat oversea tapi untuk bawak masuk ke negara kita, it's very costly. So, dengan adanya ciptaan pertama buatan tempatan ini, diharap dapat dikembangkan serta boleh dikomersilkan sekaligus boleh membantu OKU bertahap kritikal menggunakan kerusi roda canggih ini...

Oklah, setakat ini sahajalah komen aku tentang PECIPTA 2009. Bagi aku, program ini bagus. Sepanjang aku jalan2 kat sini, adalah sedikit sebanyak input yang boleh aku aplikasikan dalam menghasilkan projek master aku lagipun kenapa aku komen sangat tentang kerusi roda yang ada penahan tu, sebabnya projek master aku pun adalah untuk membuat kerusi roda jugak. Kerusi roda yang macamana tu? Ada la.... Insyaallah.....


BUSINESS DISCOURSE - PART 2...


26 Syawal 1430 Hijriah. Alhamdulillah... sempat juga aku selesaikan post untuk business discourse aku ini. Amat sibuk kebelakangan ini. Seminggu di KL dan after that kena buat report lagi. Hari isnin ini pulak, aku kena pergi ke Batu Burok, Terengganu untuk satu lagi trip business discourse, seminggu jugak bermula 20/10/09-23/10/09. Oklah, aku cuba ringkaskanlah aktiviti business discourse aku ni, after this boleh aku story tentang Pecipta 2009 pulak.

Bermula dengan hari kedua(6/10/09) sehinggahari keempat (8/10/09) aktiviti kitaorang sama jelah iaitu menghadiri talk yang diadakan dan talk tersebut dibuat oleh usahawan2 yang sudah terbukti berjaya dalam bidang masing2. Usahawan2 ini juga berpotensi untuk dipilih sebagai mentor, cuma siapa yang ingin memilih itu adalah bergantung kepada pelajar itu sendiri yang mana pemilihan mentor itu mestilah related dengan projek yang ingin dilaksanakan.

Hari pertama talk itu diisi oleh pengarah syarikat Orbit Teguh Sdn.Bhd, sebuah syarikat yang membuat sistem perbankan islam secara computerized. Customer2nya pula adalah pihak bank yang ingin membuat urusniaga dan sistem perbankan islam. Agak menarik ceramahnya kerana melibatkan pihak2 yang berurusan dengan bank dan dia juga mengajar tentang kekangan bagi usahawan yang baru sahaja memulakan perniagaan.

After that, Dr.Nik Marzuki dari Visual Extreme. Dia ini mempunyai perniagaan dalam bidang animasi 3D dan setup industri perkilangan. Dia juga merupakan salah seorang penilai untuk dana Pre-Seed Fund. Amat kelakar pensyarah yang berasal dari Kubang Kerian, Kelantan ini. Ada karisma dan pandai buat lawaklah dengan gaya yang selamba. Memang ketawalah kitaorang dengar talknya. Dia juga sempat memberi komen tentang setiap projek kami berdasarkan perspektif penilai Pre-Seed.

Petangnya pulak disambung oleh En.Zubairy dari syarikat ITer Niaga Sdn.Bhd. En.Zubairy ini adalah pengasas kepada konsep Real Reward. Kalau kita perasan kan ada iklan tentang Real Reward untuk syarikat Telekom dan Petronas, syarikat inilah yang buat. Syarikat ini adalah berasaskan kepada membuat sistem yang berkaitan dengan SMS Gateway. Servis2 yang melibatkan SMS yang macam AFUNDI, DAPAT(ini syarikat DapatVista yang buat) dan sebagainya.

Hari kedua bermula dengan talk daripada Dr.Azman Firdaus Shafii, pengerusi syarikat Quantum Beez yang berasaskan perisian Open Source dan ada juga membuat perisian online education yang diberi nama eduCATE. Dia juga ada membuat projek kerjasama di negara Sudan sekarang ini. Dia juga menyediakan perkhidmatan 'computer parallel' yang high end punya serta satu perkara yang mengejutkan adalah syarikatnya ada seramai 450 orang pekerja. Fuh...

Selepas itu, Dr.Abdul Rahman Abdullah dari MMSC Learning Group mengambil alih sesi talk tersebut. Syarikat ini banyak menghasilkan perisian elearning dan kebanyakkan produknya digunakan di ipta,ipts dan kolej komuniti. Suaranya masabercakap agak slow, biasalah umurnya dah agak tua tapi isi kandungan perbentangannya amat menarik terutamanya bila dia menekankan tentang creative content.

Sesi terakhir untuk hari itu adalah diisi oleh pengerusi syarikat Ikramatic Sdn.Bhd iaitu Tn.Syed Jamil. Rupanya saling tak tumpah dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tu. Inilah syarikat yang menghasilkan simulasi helikopter yang aku dah try tu. Syarikat ini tak banyak customernya tapi dia banyak 'lock in' dari Kementerian Pertahanan simulasi produk. Latest projek adalah tender dari TUDM untuk menghasilkan simulasi jet bernilai RM 78 juta. Talk yang disampaikan juga amat menarik, lebih kepada pengalaman beliau untuk survive dalam perniagaannya.

Hari ketiga pula dimulai dengan talk tentang Social Media Marketing oleh En.Vico. Beliau mengajar kami tentang perniagaan yang boleh dilakkan dengan menggunakan laman2 sosial seperti Facebook, Twitter dan YouTube. Beliau juga ada mengajar tentang bagaimana untuk membina jaringan network perniagaan dan bagaimana untuk generate duit daripada laman sosial percuma ini. Amat menarik sekali perbincangan antara kami dengan beliau.

After En.Vico, En. Rushdan Rusmi pula menyusul yang memberikan talk tentang cara2 menjaga hubungan dengan pelanggan, dengan suplier dan dengan bukan pelanggan. Syarikatnya, 4U Tech adalah berasaskan supplier terhadap peralatan2 hospital seperti mesin pembedahan, kerusi roda dan sebagainya. Dia juga banyak memberitahu tentang pengalamannya dalam perniagaan dan selok-belok 'politik dalam perniagaan'.

Penceramah terakhir adalah daripada syarikat Aspati Sdn.Bhd yang diberikan kepada 2 wakil dari syarikat tersebut, En.Hisyamuddin dan En.Kamarulzaman. En.Kamarulzaman adalah bekas pelajar Sarjana Keusahawanan Teknologi Maklumat ini juga, dia student batch 5 dan aku sekarang adalah batch 8. Aspati meyediakan servis pengiklanan berkonsepkan kiosk dan ada juga melibatkan dalam bidang penghasilan cd pemberajaran interaktif untuk kanak2 sekolah rendah.

So, itu jelah yang mampu aku coretkan untuk post business discourse aku. Apa yang penting dalam business ini adalah contact dan network. Nak berniaga mestilah ramai contact, baru mudah. Contact dan network itu mesti dijaga dengan baik dan mestilah sentiasa berkembang. Suasana perniagaan di Malaysia adalah berkonsepkan 'know who' bukan 'know how'....


Saturday, October 10, 2009

BUSINESS DISCOURSE - PART 1...


20 Syawal 1430 Hijriah. Firstly aku nak mohon maaf kerana dah agak lama aku tak update blog aku ini. Aku minggu lepas telah menyertai satu rombongan yang diadakan oleh pihak pengurusan master aku ke Kuala Lumpur dalam satu program bernama Business Discourse. Bermula dari isnin (5/10/09) hinggalah semalam (9/10/09). Sepanjang program itu, banyaklah talk, show dan macam2 lagi yang telah aku rasai.

Program ini adalah sebahagian daripada aktiviti kami untuk semester ini. Ianya bertujuan untuk membuka lagi minda kami supaya lebih kreatif lagi dan mungkin akan mendsapat idea2 yang boleh dikomersilkan sepanjang lawatan ini diadakan. Yelah, kalau duduk terperap je kat kampus, takde buat apa2 aktiviti kat luar, kurang berkembang otak tu. Seelok2nya, buatlah lawatan ke industri dan pengenalan dengan usahawan2 yang dah berjaya.

Program ini juga bertujuan untuk menampilkan beberapa mentor2 yang boleh dimanfaatkan untuk membimbing kami. Program ini lebih kepada pencarian mentor mante la untuk kitaorang ini. Pemilihan mentor pulak adalah berdasarkan idea projek yang ingin kami laksanakan untuk master ini. So, setiap orang mesti memilih seorang mentor yang sesuai dengan mereka. bagaimana cara untuk komunikasi seterusnya adalah bergantung pada student dan mentor itu sendiri.

So, kitaorang bertolak dengan bas universiti dari BIP pukul 8 pagi hari isnin itu dan sampai ke KL sekitar tengahari. Actually kitaorang just 5 student dan seorang pensyarah sahaja yang pergi. Sampai tengahari itu, after makan dan solat, kitaorang menuju ke Sungai Besi iaitu kat situ ada satu pangkalan Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM). Di situ kami disambut mesra oleh Ins.Shahril dan sembang2 kejablah.

After that kami diberikan taklimat tentang TUDM dan sebuah syarikat bernama Ikramatic System Sdn Bhd. Syarikat ini kerjanya menyediakan sistem simulasi untuk pertahanan TUDM dalam aspek menjadikan satu latihan untuk pegawai TUDM. Syarikat ini ada menghasilkan sebuah simulasi helikopter untuk melatih pegawai TUDM sebelum mereka ini dibenarkan menggunakan helikopter sebenar dalam tugas mereka.

Selepas penerangan, part ini yang paling best ni, kami berpeluang untuk mencuba sendiri bagaimana menaiki simulasi helikopter yang dihasilkan oleh syarikat ini dan seterusnya dapat merasai pengalaman yang sama dengan pegawai TUDM. Hui.... best tau dapat naik dan try sendiri memandu simulasi helikopter tu. Rasa seolah2 naik helikopter sebenar. Maklumlah aku ni budak kampung, dapat rasa benda2 macam ini, dah best la.

After semua dah selesai merasai sendiri naik 'helikopter separa sebenar' tu, kitaorang buat acara pemberian hadiah saguhati, yelah, standard la kan. So, kitaorang untuk stay pulak, kami pergi stay kat Kolej Siswa Jaya, iaitu sebuah kolej milik UTM KL. Wa... dah lama tak datang sini, last aku datang tahun 2006 dulu la.So, kitaorang stay 3 malamlah kat sini.

Bila tengah free malam tu, aku ada terfikir bahawa untuk buat business yang confirm takkan rugi dan boleh dapat banyak kontrak daripada kerajaan adalah business yang melibatkan ketenteraan dan keselamatan. Bila kita deal dengan pihak militari, mereka perlu kepada perkara2 yang boleh meningkatkan keupayaan pertahanan negara dan pihak kerajaan pula tidak akan teragak2 untuk memberi kontrak dalam hal militari, memang untuk keselamatan kan. Politik satu hal tapi militari ini satu hal yang lain pula.

So, bila kita dah buat business dengan pihak militari, kita sebenarnya dah 'lock in' mereka sebagai customer tetap kita. Kita dah tak perlu lagi susah2 mencari customer, cukuplah dengan pihak tentera ini sebagai customer kita dan saban masa kita boleh propose teknologi baru untuk meningkatkan sistem tentera. Pihak tentera ini sudah tentu akan sentiasa memerlukan khidmat syarikat kita sekiranya mereka merasakan teknologi yang kita hasilkan dapat membantu mereka. Aku diberitahu oleh TUDM bahawa baru2 ini syarikat tersebut dapat kontrak RM 78 juta untuk bina satu simulasi kapal terbang.

So, kat bawah ini aku letaklah beberapa gambar untuk tatapan ye.


Gambar1: Suasana dalam kokpit helikopter



Gambar2: Taklimat bersama TUDM dan PDRM



Gambar3: Kat pusat kawalan simulator



Gambar4: Selepas penat 'berjuang' dimedan simulator



Gambar5: Kat pejabat TUDM



Sunday, October 4, 2009

PELANCONGAN DAN PERCETAKAN - PART 2...


13 Syawal 1430 Hijriah. Ok, kali ini aku akan sambung pulak tentang perjalanan aku hari itu, dari kat Pusat Perlancongan Johor ke PERSADA Johor. Setahu aku kat sini adalah pejabat Johor Corp, tapi tak taulah betul atau tak. Ah, lantaklah pejabat sapa2 pun, yang penting aku datang nak tengok pameran. Ok, actually pameran itu dinamakan 3P iaitu Plastik, Perindustrian dan Percetakkan. So,banyaklah kilang2 dan industri yang menyertai pameran tersebut.

Mula2 sampai kat PERSADA, nampak macam tak ada apa2 pun, rupa2nya pameran tu kat tingkat bawah, itupun after tanya pengawal keselamatan. Sampai je kat ruang pameran, agak ramai orang yang berada kat situ, majoritinya... ah bukan majoriti, memang 99 % adalah orang bukan melayu dan 95 % adalah orang cina, 5 % lagi baru melayu, cina dan india. Boleh dikatakan bila aku sampai je, rasa macam sampai kat negara China pulak.

So, kitaorang pun pusing2 la, tengok apa2 yang patut, memang banyak mesin2 yang berkaitan dengan pembuatan plastik, perindustrian dan percetakkan kat sini. Mesin2 besar yang biasa ada kat kilang dan industri ada kat sini. Maklumlah, aku ni orang kampung sikit, jarang boleh tengok mesin2 canggih ni, biasanya tengok kat tv je. Ada juga company yang datang ke pameran ini membawa mesin dan sistemnya bersama, kira integration la.

Dalam bidang plastik dan percetakkan, tak banyak yang menarik, just 1-2 perkara je yang aku tengok lama sikit, yang lain2 dah biasa aku jumpa. Antaranya mesin untuk cetak gambar kat permukaan besi serta kayu. Mesin itu jugak boleh buat secara laser iaitu boleh buat tulisan timbul pada besi dan kayu. Kira canggih jugaklah. Dari segi plastik pulak adalah mesin untuk packing telur, ala yang biasa kita tengok kat tv, yang packing telur omega tu, mesin itulah.

Dalam banyak2 mesin dan sistem yang terdapat kat situ, ada satu sistem yang benar2 menarik perhatian aku iaitu e-DMS, nama panjangnya adalah Electronic-Document Management System. e-DMS ini dibawa oleh syarikat dari Slangor yang mempunyai kerjasama dengan syarikat besar TOSHIBA. Ala, kiranya syarikat ni just dealer la, yang tolong2 jual sistem dari TOSHIBA ni. Aku bukannya minat kat syarikat ini (aku taknak sebut nama syarikat ini sebab taknak buat promosi percuma untuknya) ataupun TOSHIBA, aku just nak tahu e-DMS je.

Secara umumnya, e-DMS ini adalah satu sistem penyimpanan dan pengurusan dokumen secara elektronik. Ia dijual dalam bentuk perisian dan perkhidmatan. Dengan menggunakan sustem ini, kita boleh minimize the need for physical storage space, create multiple copies of single document dan meningkatkan pengurusan dokumen kerja kita. Kia boleh menyimpan dokumen kita secara maya (dalam bentuk server) dan boleh capai(search) bila2 masa je serta boleh print terus.

Beberapa ciri utama yang bagus tentang sistem ini ialah document retention, single sign on (SSO), security, mail notification, encryption AES256 dan broadcasting. Ada lagi ciri2 yang lain tapi tak berapa perlu untuk aku hebahkan kat sini. Dai segi proses perlaksanaan adalah mudah saja, ada 7 langkah yang diperlukan dan bila dah buat 7 langkah ini, selesailah. Kita boleh search, printkan balik dan dokumen kita adalah selamat disimpan dalam database.

Dari segi workflownya adalah kita scan dokumen kita, masukkan dalam server e-DMS ni. Bila dah save dalam server, bolehlah kita nak buat apa pun, nak search semula, review ataupun print. Dalam server e-DMS ini, ada dimasukkan Intelligent Document Processing System yang boleh buat prosesindex dan filing. Ianya juga boleh menghasilkan report jika kita nak serta juga diintegrasikan dengan Line of Business Application.

Aku ada ambil gambar untuk keterangan workflow serta 7 langkah asas tu tapi gambar tak berapa clear pulak, maklumlah, kamera hand-set je, just 1.3 MP je. Tapi kalau ada yang nak tahu lebih lanjut, bolehlah hantar komen kat area komen atau kat chat tu. Insyaallah... aku cuba detailkan

So, overallnya aku amat beruntung sebab dapat peluang untuk melihat pameran seperti ini. Yelah, aku ni kan kampong boy, manalah ada peluang tengok benda2 macam ini. Apa2 pun, aku ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada kawanku yang sudi membawa aku bersama ke pameran tersebut. Kalau tanpa dia, mungkin aku takde peluang macam ini lagi. Alhamdulillah... So, kat bawah ini aku sediakan 2 gambar tentang e-DMS ini.


Gambar1: 7 langkah asas



Gambar2: Overview e-DMS



Thursday, October 1, 2009

PELANCONGAN DAN PERCETAKAN - PART 1...


12 Syawal 1430 Hijriah. Untuk post yang lalu,aku ada ceritakan tentang penilaian business idea yang telah dilakukan oleh pelajar undergraduate sbagai salah satu tugasan untuk subjek Keusahawanan IT. Hari ini pulak aku dengan kawanku ada pergi ke Pusat Pelancongan Johor untuk interview pegawai disana sebagai salah satu tugasan kumpulan aku. Kumpulan kami ditugaskan untuk menyediakan satu proposal berserta quotation untuk industri pelancongan di negeri Johor. After that kami berdua ada pergi ke satu pameran perindustrian di PERSADA Johor, ok aku akan story satu2 ye.

Kumpulan kami pergi ke Pusat Pelancongan Johor untuk interview tentang industri pelancongan dan permasalahan yang dihadapi oleh industri itu buat masa ini dan kami mesti comes out dengan satu proposal untuk menyelesaikan masalah tersebut berserta dengan quotationnya sekali. Kami bukan nak menyelesaikan masalah pelancongan sebenarnya tapi masalah yang melibatkan penggunaan ict dalam membantu industri pelancongan ini. So, aku dan kawanku pun pergilah jumpa dengan pegawai atasan kat situ, namanya En. Azlan.

Setelah bertanyakan beberapa soalan yang berkaitan, kami mendapati bahawa industri pelancongan di negeri ini dan juga di negeri2 lain mempunyai satu persamaan masalah iaitu kesedaran terhadap penggunaan ict yang rendah dikalangan pihak yang berkecimpung dalam industri ini. Sebagai contoh, jika ada seorang usahawan yang mempunyai perusahaan homestay, mereka tidak dapat mempromosikan homestay mereka dengan dengan baik dan berkesan kerana mereka tiada laman web, segala urusan masih berasaskan kertas dan dokumen serta tiada suatu sistem yang bersistematik dalam hal2 pengurusan.

Masalah akan timbul apabila ada pelancong yang ingin melancong tapi tidak mengetahui maklumat homestay tersebut. Pihak Pelancongan Johor seringkali menghadapi masalah apabila ada pelancong dari Singapura yang ingin datang melancong di Malaysia. Pelancong tersebut call pihak mereka dan bertanyakan tentang satu2 tempat yang sesuai tetapi pihak mereka tidak mempunyai data yang terkini terhadap tempat yang diingini oleh pelancong tersebut. Maka, terpaksalah pihak pelancongan menghubungi perusahaan homestay tersebut untuk update data.

Sometimes, it's take times to get that data manually, jadi ada pelancong luar yang marah dan membatalkan kunjungan mereka. Bila dah batal, rugilah ekonomi negara kita. So, that's why penggunaan ict amat penting dalam membantu untuk mendapatkan maklumat yang terkini serta pantas dan boleh diintegrasikan dalam satu capaian mudah, pendek kata as one stop center la.

After that, En.Azlan ada mencadangkan kepada kami untuk sebuah sistem Customer Relationship Management (CRM) sebagai satu sistem integration antara 3 pihak iaitu pihak pengusaha homestay, pihak pelancong dan pihak pelancongan Johor. Mereka amat memerlukan sistem ini bagi membantu mereka mengatasi masalah yang dihadapi sekarang ini. Walaupun kesedaran ict terhadap pengusaha homestay ini rendah, tapi kalau CRM itu adalah dibuat seringkas mungkin serta sepadat yang boleh, mereka boleh menggunakan CRM itu dengan mudah.

Ada juga sesetengah homestay yang sudah mempunyai laman web tapi masalah berlaku apabila laman web itu bersifat statik dan tidak diupdate. Ini menjadikan laman web tersebut jarang diaksesoleh pelancong dan lama-kelamaan penggunaan laman web tersebut terabai ditelan masa. Jadi itu adalah cadangan yang diminta oleh pihak pelancongan tersebut. Seandainya pihak kami berminat untuk membangunkan sistem tersebut, boleh cuba menghantar proposal serta quotation, tapi apa2 hal pun, tengok pada budget la. Kalau pihak pelancongan itu ada duit, bolehlah kitaorang cuba buat, kalau takde, takkan kitaorang nak buat free2 je kan.

Aku pun ada fikir2 jugak alau nak buat sistem ini atau tak sebab ini melibatkan ramai pihak dan sistem ini pulak mestilah berintegrasi, kalau asing2 tu, mudah sikit nak buat. Aku kena fikir jugak tentang kos, user requirement, masa dan sebagainya untuk develop sistem ini. Yelah, aku maybe boleh jadikan ini sebagai tajuk Master aku tapi ini adalah projek berbentuk one-off, siap sistem dan dapat bayaran, after that dah takde apa2 dah, rugilah aku untuk business jangka panjang.

Oklah, aku rasa setakat ini jelah post untuk part 1 ni, next post aku akan ceritakan tentang pameran industri percetakkan kat PERSADA pulak.


PENILAIAN BUSINESS IDEA...


12 Syawal 1430 Hijrah. Hari rabu bebaru ini, aku dan kawan2ku dijemput oleh pensyarah kami untuk menjadi penilai bagi satu tugasan untuk pelajar undergraduate. Pelajar undergraduate ini dalam subjek Keusahawan IT dikehendaki membentangkan tugasan business idea yang telah diarahkan terhadap mereka. Mereka dikendaki memikirkan satu produk berasaskan IT dan membuat perbentangan dalam bentuk business idea, that's mean mesti ada latarbelakang masalah, produk, keistimewaan produk, market research dan sebagainya.

Program perbentangan dan penilaian itu sepatutnya bermula pukul 9.00 pagi tapi masa aku tiba kat fakulti, tak ramai lagi yang ada dan sudah menampalkan poster masing2. Pukul 10.00 pagi baru complete semua group. Aku tak kisah lambat pun, aku bukannya ada kerja pun. So, setiap penilai dikehendaki menilai 6 group dan setiap kriteria penilaian ada formatnya tersendiri. Format penilaian adalah diambil daripada pihak MARA yang mana skema penilaian ini digunapakai oleh pihak MARA untuk apa2 perbentangan business idea.

So, dari segi mutu penilaian dengan kawalan aspek yang ditekankan bagi aku adalah cukup baik, yelah pakai skema dari MARA kan. Aspek yang ditekankan adalah Business idea, Product Innovation, Market Research, Competitor Analysis dan Confident. Dalam semua pembahagian markah ini, Business Idea dan Confident adalah markah terbanyak yang diperuntukkan. So, aku dan kawan2ku pun segeralah mencari group masing2 untuk dinilai.

Untuk group2 yang dinilai oleh aku, ada 1 je presentation yang cukup menarik perhatian aku, yang lain2 semuanya bertahap biasa sahaja, tak mampu untuk menjadikanku terpaku mendengar penerangan mereka. Apa business idea dan produk yang telah berjaya menarik perhatian aku tu? Produk itu adalah E-Security Creadit Card yang dibentangkan oleh group pelajar dari Indonesia.

Permasalahan utama yang ditonjolkan oleh pelajar Indonesia tersebut adalah dari segi sekuriti yang mana creadit card sememangnya mudah dicuri dan dimanipulasikan akaun pengguna tersebut sehingga menyebabkan wang habis dan menambahkan hutang. Ala, kan biasa kad ATM dicuri dan kalau tak sempat nak stop kat bank, confirm pencuri itu boleh 'hack' akaun kita dan habis semua duit kita dikebasnya. Begitu jugak dengan applikasi tersebut yang boleh dibuat pada creadit card

Perkara ini katanya sudah ada di Indonesia tapi masih belum meluas lagi dan aku lihat bahawa idea ini valid untuk dilakukan di Malaysia. Lagipun bukannya susah sangat pun, teknologi sudah ada, just kita import that technology dan implementkan kat sini je, of course IP(Intellectual Properties) punya isu kita boleh buat IP kita. That creadit card mempunyai button untuk ditekan, buttonnya pulak bukannya besar dan tebal pun, ala senipis card tu je nipisnya tu. Cuma bagi aku, kalau boleh bila kita import teknologi dari luar, kita mestilah upgrade sikit supaya boleh menjadikan IP itu sebagai hak milik kita.

Card itu mempunyai button untuk kita masukkan password kita, so kiranya lebih selamat la berbanding current creadit card yang ada setakat ini di Malaysia. Aku tak nafikan bahawa walaupun dengan adanya jaminan password pada creadit card kita, pencuri still lagi boleh 'hack' dan menambahkan hutang kita tapi at least kita sudah menyediakan dan meningkatkan lagi tahap keselamatan pada creadit card kita, pencuri nak mencuri pun mesti take times jugaklah nak mencuri duit kita itu.

Setakat idea yang dibentangkan itu, card itu hanya as creadit card, tidak boleh digunapakai pada ATM. Yelah, card itu ada readernya yang tersendiri, standard macam reader creadit card yang biasalah kan. Bagi aku, untuk dibawa masuk dan digunakan di Malaysia, maybe perlu tambahkan lagi features2 yang sesuai. Samada perkara ini dapat dilakukan atau tidak, itu soal lain, yang penting ideanya dulu. Maybe boleh ditambahkan cip untuk digunakan pada ATM. So, dengan kata lain, ada 2 function iaitu pertamanya sebagai creadit card dan satu lagi sebagai kad ATM.

Soal nak membuatnya, bolehlah dibincangkan dengan bank2 tempatan seperti Bank Islam, CIMB, Maybank dan sebagainya. Kalau card ini boleh direalisasikan, ianya akan menjadikannya satu card mudah guna. Walaubagaimanapun, aku akui banyak pihak yang perlu terlibat kalai card ini betul2 ingin dilaksanakan dan kosnya pun tinggi, itu tak termasuk kos yang kena bagi bawah meja lagi tu. Yelah, Malaysia punya environment kan.

So, bagi aku idea yang diutarakan itu ada logiknya dan boleh dilaksanakan sekiranya dibuat dengan betul2. Aku nampak marketnya di mana dan siapa potential buyer/customer yang akan menggunakan card ini. Oklah, itu untuk satu presentation yang aku suka dari segi business ideanya. Ada juga group2 lain yang agak ok dari segi presentationnya terutamanya dari segi keyakinan pelajar tersebut semasa perbentangan. Ada satu group itu, business ideanya tak elok tapi aku suka dari segi keyakinan ahli itu menjawab soalan yang aku utarakan.

Mereka ini berpakaian kemas dan bercakap dengan baik sekali. Maksudnya, cara mereka melayan aku adalah begitu baik sekali terutamanya bila menjawab soalan. Mereka boleh jawab dengan baik sekali walaupun produk yang cuba mereka ketengahkan itu tak menarik. Sometimes jenis2 orang yang pandai bercakap ini pun amat penting kalau kita ingin membuat promosi dan marketing punya part sebab mereka mempunyai kelebihan untuk mempengaruhi pelanggan dengan kata2 mereka.

So, proses penilaian itu berlangsung agak lama, sekitar pukul 1.00 tengahari baru semuanya selesai. After that, semua penilai yang dijemput untuk membantu proses penilaian tadi dijemput oleh pensyarahku makan tengahari, dia belanja. So, bagi aku, baguslah seandainya program/tugasan ini dilakukan untuk subjek ini, at least boleh mendedahkan pelajar terhadap persekitaran perniagaan dan penilaian business idea.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...