Saturday, November 28, 2009

BANDAR DAN FELDA...


11 Zulhijjah 1430 Hijriah. Hari ini dah masuk hari ketiga aku berada di Segamat. Agak ramai sanak saudara belah kakak ipar aku yang berkumpul disini. Tak silap aku ada dalam 4-5 keluarga kat sini, so lebih kurang berbelas2 jugalah orang kat sini especially budak2. So, bila dah berada kat sini, banyak gelagat dan karenah yang dapat aku perhatikan. Biasanya aku lebih suka perhatikan budak2 dari segi perangainya, pergaulannya dan macamana eratnya hubungan sesama diorang.

Aku tak berniat untuk membandingkan mereka yang kat Segamat ini dengan anak2 saudaraku di kampung, tapi bagi aku setiap mereka ini ada kelebihan dan kekurangan tersendiri bergantung kepada environment pembesaran dan pendidikan mereka.

Mula2 aku nyatakan dari segi persamaannyalah dulu. Dari segi persamaan yang boleh aku lihatr disini adalah sama2 nakal. Baik yang berada dikampung aku ataupun di Segamat ini, tahap kenakalan mereka lebih kurang je. Pendek kata, sama2 'askar'. Dari segi tahap gurauan pun lebih kurang je, mengejek, memukul dan berlari, semua sama je. Ok, dari segi perbezaan pula macamana?

Bagi aku, anak2 saudaraku yang berada dikampungku lebih pandai dari segi pendidikan mereka, lebih teratur dari segi displin dan cara hidup mereka tetapi kurang dari segi kerjasama. Yes, kerjasama. Aku akui bahawa walaupun anak2 saudara aku itu majoritinya lebih pandai, tapi malas. Mereka lebih pemalas berbanding yang berada di Segamat ini.

Mungkin anak2 saudaraku itu dah biasa hidup senang, ada orang gaji dirumah menjadikan mereka malas. Mungkin mereka yang berkeadaan senang itu tiada masalah untuk menguruskan perkara2 lain seperti jaga adik ke, angkat kain dijemuran ke ataupun lain2 aktiviti lagi kerana ada amah. Tidak seperti di Segamat ini, mereka dalam keadaan sederhana sahaja, tiada amah tetapi tahap survival mereka lebih baik.

Bila dah senang, tak perlu buat aktiviti lain, mereka yang dikampungku itu mungkin boleh fokus pada pelajaran mereka, ada banyak masa untuk study. Berbanding dengan di Segamat, mereka perlu buat kerja2 rumah, jaga adik, masak dan sebagainya. So, mungkin kurang masa untuk berlajar. Walaubagaimanapun, ada juga diantara mereka yang pandai walaupun tidak ramai.

Ok, itu dari segi malas. Begitu juga dari segi pergaulan dan perkongsian barang. Anak2 saudaraku itu lebih materialistik, tidak suka berkongsi barang mainan dengan yang lain. Ini jauh berbeza dengan budak2 Segamat ini. Ok, aku ambil satu contoh mudah, iaitu PSP. Anak2 Segamat tiada masalah untuk share main PSP tu malahan siap buat turn lagi tapi kalau anak2 saudara aku, huh ... jangan haraplah, 'barangku adalah hak milikku'....

Mereka di kampungku agak susah untuk share barang mainan mereka especially jika melibatan permainan game ni. Ada yang boleh share tapi tak ramai la, yang kedekut tu yang ramai. Anak2 Segamat pulak siap boleh buat turn lagi walaupun ada sekali sekala gaduh jugak, tapi bagi aku lagi ok la berbanding dengan kat kampung aku.

Itu jelah yang aku nampak setakat ini perbezaan antara anak2 saudara aku di kampung dengan anak2 keluarga belah kakak ipar aku di Segamat ini. Aku tak berniat untuk memilih dan mengatakan yang mana lebih baik, mana tak baik, cukup sekadar untuk aku renungkan bahawa hidup ini tak sama. Perbezaan yang muncul adalah merupakan suatu intrepestasi yang lahir daripada perbezaan sekitar kita.

Setiap insan ada baik dan buruknya bergantung kepada cara didikan dan keadaan persekitaran mereka. Jika kita melihat pada satu perspektif sahaja, kita takkan nampak bezanya. Tidak bermakna perbezaan itu tidak bagus kerana setiap perbezaan melahirkan suatu keputusan yang ada positif serta negatifnya. Janganlah kita merasa kita adalah yang terbaik sedangkan ada disesuatu bahagian kita lemah sebenarnya. Dalam konteks ini aku lebih melihat kepada bandar dan felda.

Ada baik dan buruknya tinggal di bandar(walaupun taklah maju sangat Kota Bharu tu) dan felda. Begitu juga dengan didikan kita terhadap anak2. Persekitaran juga memainkan peranan penting dalam cara kita mendidik anak.

Oklah, tamat cerita tentang anak2 saudaraku. Aku plan untuk stay kat sini sehinggalah masuk kolej semula. Aku kena masuk kolej semula selewat2nya 7 hb kerana 8 dan 9hb tu aku dah start ada program(ada conference) dah dan 9-15 hb Disember nanti ada Latihan Pembentukan Usahawan 2 pula. So, maybe after this, masa untuk aku update blog pun akan kurang sikitlah. Takpelah... aku akan cuba untuk luangkan masa jugak nanti untuk blog ini.


SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA...


10 Zulhijjah 1430 Hijriah. Alhamdulillah... Kita menyambut Hari Raya Aidil Adha hari ini. Aku pada hari raya Aidil Adha ini menyambutnya di Segamat iaitu kampung sebelah kakak ipar aku. Kampung dia di Felda Kemelah, Segamat. Ramai juga adik-beradik dan sanak saudara yang merayakan hari raya Aidil Adha ini disini.

Aku pun sebenarnya merancang untuk balik beraya di kampung aku iaitu di Kota Bharu. Aku plan untuk pulang ke Kota Bharu dengan seorang kawanku, tumpang kereta dia sebab tiket2 bas semua dah licin, so memang confirm kena balik dengan kawanku itu. Masa itu pulak memang dah agak lewat untuk pulang ke kampung, 23 hb tak silap aku.

Kebetulan pulak masa itu memang musim banjir dan hujan lebat di Terengganu dan Kelantan. Aku pun dah terasa serba salah samada nak balik kampung atau tidak sementelah lagi kakak ipar aku itupun dah ajak aku balik Segamat. Aku malam 23hb tu memang dah siap sedia dah, barang2 semua dah packing dah.

Tapi malam tu, abang aku kata hujan lebat dan banjir di Kelantan dan Terengganu, takut tak dapat sampai, banyak jalan ditutup untuk laluan. So, aku pun bacalah berita yang latest punya, yelah online je terus. So, aku check memang banyaklah jalan yang ditutup dan ada antaranya jalan yang memang aku perlu lalui untuk ke destinasi aku.

Fikir punya fikir, aku pun buat keputusan untuk beraya di Segamat ajelah. Lagipun aku rasa aku tak pernah lagi beraya di sana dan ini adalah kali kedua aku beraya ditempat orang (tak balik kampung). First time adalah masa raya haji kat KL yang mana aku tak balik sebab abang aku tak dapat cuti, so rayalah kat KL then ini adalah yang second time.

Bagi aku takpelah raya kat Segamat ini pun, at least aku dapat juga pengalaman beraya ditempat orang, dapat tengok environment orang luar menyambut hari raya haji ni. Memanglah orang kata tak sama beraya dikampung halaman dengan kampung orang lain tapi bagi aku, nak tak nak, aku mesti belajar merasai beraya/ tak balik kampung masa raya. Ini kerana sekarang inilah aku yang masih berstatus pelajar ini nak merasai pengalaman ini.

Nanti kalau dah kerja, dah ada tanggungjawab berkeluarga, belum tentu lagi kita akan sentiasa ada peluang untuk pulang beraya dikampung. So, jadikanlah keadaan sekarang ini untuk merasai pengalaman tersebut, takde salahnya pun. Malahan, aku dah dikira bernasib baik berbanding dengan beberapa kawanku yang berasal dari Sabah/ Sarawak. Mereka memang tak balik kampung kerana kosnya yang tinggi.

So, apa2 pun, aku happy beraya disini. Disini ada 'keluarga kedua' aku. Aku dengan ini ingin mengucapkan 'SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA'.


Sunday, November 22, 2009

EXPO AGRO JOHOR...


4 Zulhijjah 1430 Hijriah. Alhamdulillah... aku baru2 ini sempat meluangkan masa untuk membuat lawatan ke Expo Agro Johor dan Program Usahawan OKU di Ayer Hitam serta di Kluang Mall. Lawatan ini juga dikira sebahagian daripada aktiviti program master aku. Walaupun nyaris2 tak nak pergi kerana sibuk menguruskan borang MARA, tapi memandangkan program ini ada peluang untuk mendapatkan maklumat tambahan, so pergi ajelah.

Kitaorang bertolak dalam pukul 7.40 pagi, singgah sekejap untuk breakfast dan sampai kat Expo tu around 9.00 pagi. Expo itu pun baru mula je. Ada banyak booth2 yang membuat pameran kat expo ini. Pameran yang disertai ini bukan sahaja kepada bidang pertanian, malahan bidang penternakan dan bunga pun ada juga. Gerai2 jualan pun banyak jugak.

Agak banyak booth2 yang menarik perhatian aku. Antara yang berjaya memikat hati ini untuk lama singgah adalah booth pertandingan buah terbaik. Booth pertandingan ini meletakkan beberapa jenis buah2an dan bunga yang segar dan cantik2. Memang terliurlah tengok buah2 yang terdapat kat situ, nampak segar dan sedap tapi yelah, mana boleh makan kan, untuk pameran je.

Ada juga booth yang menjual makanan macam kerepek2, keropok lekor, kerang yang besar2 dan macam2 lagilah. Ada satu booth tu yang menjual buah apa tah yang rupanya macam tembikai susu tapi kulitnya warna kuning cerah. Dia ada bagi sampel makanan untuk pengunjung. Memang bestlah buah tu, isinya macam buah tembikai susu tapi kulitnya nipis je, terus makan dengan kulit2nya. Mungkin korang tahu buah apa tu tapi aku tak tau, yelah aku ni pandai makan je.

Penat mencuba buah2an, pergi try makan coklat pulak. Ada juga booth yang menjual produk tenusu seperti coklat. Coklat tu pulak diberi percuma untuk pengunjung, so aku yang tamak ini terus ambil dua, satu kat dalam mulut belum habis, kat tangan ada lagi satu. Dah habis makanan, try minuman percuma pulak. Ada booth yang mengeluarkan produk berasaskan mangga, so dapatlah minum air mangga percuma pulak.

Apa2 pun aku pergi kat sana bukannya just bertujuan nak makan je tapi lebih kepada discover supply chain dalam bidang pertanian ni je. Apa yang aku perhatikan, memang kaum melayu bumiputera sudah ada yang agak besar perniagaan pertanian mereka tetapi amat sedikit jumlah tersebut. Petani ini lebih kepada peringkat penanaman sahaja. Jarang yang mempunyai baja sendiri ataupun diambil dari pembekal bumiputera, ditanam atas tanah sendiri da dijual sendiri.

Petani dan pemternak kita ini kebanyakkanya memgambil bekalan baja dan makanan binatang daripada orang cina. Mereka just menanam dan berternak sahaja. Selepas itu, untuk proses penjualan, mereka serahkan kepada kaum cina pula. Jadi, kita tidak nampak dimanakah peranan hasil penjualan tersebut keatas tahap ekonomi petani bumiputera.

Bagi kaum cina pula, mereka menjadi pembekal makanan dan baja. Mereka yang sebenarnya mengawal harga pasaran produk2 tersebut. Apabila baja dibekalkan, mereka sudah membuat perjanjian bahawa hanya mereka yang boleh menjual hasil pertanian dan penternakan tersebut. Jika kaum petani bumiputera tidak mahu memberi kebenaran menjual hasil tersebut, tiada bekalan baja akan diberikan. Sebenarnya isu inilah sebenarnya yang menjerut leher petani bumiputera.

Jadi, kita hanya boleh melihat kaum bumiputera ini hanyalah dalam middlestream je. Upstream dengan downstream adalah dipegang oleh kaum cina. Aku bukannya nak menghasut atau mengapi-apikan sesiapa tapi itulah hakikatnya yang dialami oleh petani bumiputera dan masih belum berjaya diselesaikan oleh FAMA, FELDA dan sebagainya.

After selesai pusing2 kat expo tu, kitaorang singgah kat Kluang Mall pulak kerana ada program usahawan OKU, usahawan wanita dan kerja dirumah. Program ini merangkumi kerjasama 3 negeri iaitu Melaka, Johor dan Negeri Sembilan dan dianjurkan oleh Kementeian Sumber Manusia. Pusing punya pusing kat area pameran tu, akhirnya jumpalah juga aku dengan apa yang dicari2 selama ini.

Apa yang aku cari adalah data2 tentang OKU untuk projek creative content aku itu. Yelah aku bukannya terus dapat data2 itu tapi boleh dapat daripada pihak mereka dan mereka kata boleh diberikan secara percuma. Diorang minta aku follow up tentang data2 tu.

Perkara kedua yang aku dapat tahu adalah rupa2nya jika seorang OKU itu membuka perniagaan, merka boleh mendapatkan dana sehingga RM 25,000.00 secara PERCUMA. Aku pada mulanya tak berapa percaya jugak dan ingatkan ianya adalah pinjaman perniagaan tapi rupa2nya memang benar. Kementerian Sumber Manusia menubuhkan satu bahagian khas untuk membantu golongan OKU ini. Of course la ada syarat2 untuk memohon dana tersebut tapi bagi aku, oklah tu, asalkan percuma.

Perkara seterusnya adalah untuk projek master aku. Aku kebetulan dapat melihat kereta mainan kanak2 dan dari situ dapat idea untuk bahagian enjin 'Smart Electric Wheelchair' aku tu dan kosnya pula adalah lebih murah daripada apa yang aku jangkakan.

So, bagi aku, lawatan ini memang berbaloilah aku join. Mesti aku menyesal kalau aku tak join lawatan ini. Apa2 pun, disini aku sisipkan beberapa gambar untuk tatapan.



Gambar1: Direktori penyedia latihan



Gambar2: Didepan stage Pameran Usahawan



Gambar3: Sama saiz dengan aku



Gambar4: Banner program Usahawan



Gambar5: Buah Markisa tak silap aku.





Thursday, November 19, 2009

PESANAN LAYANG....


1 Zulhijjah 1430 Hijriah. Alhamdulillah.... dah masuk bulan Zulhijjah dah kita ye. Aku sehari dua ini agak free sikit sebab kebanyakkan kerja aku dah selesai, cuma tinggal beberapa kerja simple je lagi macam buat banner dan flyer dan edit flash. So, memandangkan aku ini dalam berkeadaan free, banyak jugalah masa aku didepan Facebook. Kebetulan kat Facebook tu aku ada post something yang mungkin melibatkan isu agama, so ada mengundang rasaingin tahu seorang kawanku.

"Janganlah kita menggantikan perkataan Assalamualaikum dengan Akum/A'kum dalam SMS atau tulisan.Jika Assalamualaikum itu panjang maka gantilah dengan As Salam iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Perkataan Akum adalah gelaran orang2 Yahudi terhadap orang bukan Yahudi yang bermaksud binatang dalam bahasa Ibrani"

So, discussion aku dengan kawanku itu lebih kepada benar atau tidak fakta ini iaitu singkatan perkataan Akum(Avde Kokhavim U Mazzalot) itu. Seperti yang dinyatakan oleh kawanku, kebanyakkan laman web yang menyebut singkatan Akum ini adalah daripada laman web melayu sahaja, tiada dalam laman web english dan sumbernya sama, ini bermakna just ada satu sumber sahaja. Sebab itu muncul keraguan adakah benar "Avde Kokhavim U Mazzalot" itu bermaksud "binatang"?

Dalam wikipedia, ada menjelaskan definisi "Avde Kokhavim U Mazzalot" dan bukan bermaksud "binatang". Ia lebih kepada bidang astronomi dan buruj. So, mana satu nak pakai? Dari sinilah muncul apa yang aku ingin sampaikan dalam post ini iaitu mail/surat/sms berantai yang menggunakan nama Islam. Aku ingin membicarakan tentang beberapa sms/mail yang aku pernah dapat yang menggunakan nama Islam.

Bagi aku tak salah jika kita ingin berdakwah melalui sms, kiriman mail dan sebagainya tetapi setiap fakta yang kita forwardkan itu mestilah benar dan sahih. Dalam kes "Avde Kokhavim U Mazzalot" ini, ada sesetengah kata ianya bermaksud "binatang" tatapi sesetengahnya berkata "bidang astronomi dan buruj". So, kita tidak pasti yang mana satu maksudnya. Bukan apa, jika kita forwardkan juga, dibimbangi akan timbul kecelaruan dan fitnah.

Begitu juganya dengan perkataan "Hello" dan "Bye". Dulu pun aku ada dapat info bahawa "Bye" tu bermaksud "di bawah naungan paderi" dan tidak boleh menyebutnya sebagai tanda perpisahan. Memang benar bahawa kita digalakkan dan disuruh menyebut "Assalamualaikum" tetapi setelah aku siasat, tiada masalah untuk kita mengucapkan "Bye" itu. Kita sedia maklum bahawa itu adalah tanda perpisahan dan sebahagian daripada rencah hidup bermasyarakat.

Begitu juga dengan sms yang pernah aku dapat dulu yang berbunyi lebih kurang seperti ini "..... jika anda tidak forward kepada kenalan anda, nescaya ada musibah yang bakal menimpa......". Ha...macam itulah lebih kurang ayatnya yang mengatakan jika kita membantu forwardkan sms tersebut kepada kawan2 kita, kita dapat ganjaran tapi jika kita tak forward, kita akan ditimpa musibah.

Bunyinya macam berbaur ugutan pulak. Untuk perkara seperti ini(ada ganjaran dan hukuman), aku ada bertanyakan kepada ustaz2 dan jawapan mereka adalah kita tidak perlu menforwardkan perkara tersebut tetapi jika kita ingin menforwardkan juga, tiada masalah asalkan kita berniat bahawa kita hanya ingin berpesan dan saling mengingati terhadap perkara yang baik. Jika kita forwardkan perkara tersebut atas dasar takut menghadapi hukuman yang dinyatakan, ini bermakna kita lebih takut kepada MahaPencipta. Jika kita forward kerana atas dasar berbuat kebaikan dan berpesan-pesanan, kita dapat pahala.

Dalam kes seperti ini, tidak timbul hujah matlamat/niat tidak menghalalkan cara kerana wujud perbezaan pro dan kontra terhadap cara dan sebab perlaksanaan. So terpulanglah bagi kita samada nak forward atau tidak.

Pada pendapat aku, fenomena seperti ini berlaku kerana umat Islam hari ini didapai sudah jarang bertegur sapa antara kita dan jika bertegur sapa pun, bukan dengan cara sepatutnya. Bunyi "Whazzup bro", "Wei, wei wei..." dan sebagainya. Sebab itulah munculnya pesanan berantai seperti ini bagi menggalakkan proses saling mengingati dan berpesanan. Apa yang aku katakan ini hanyalah berdasarkan pengamatan aku sahaja, tiada kajian terperinci yang membuktikan perkara salam ini budaya baru ini

Seandainya aku diberitahu bahawa jangankan salam, solat pun dah buat tak hirau lagi oleh golongan masakini. Ini terbukti oleh kajian Dr. Fadilah Kamsah yang mengatakan 70%-80% umat Islam di Malaysia tidak bersolat. So, kalaulah solat pun dah tak endah, peduli apa dengan salam, ye tak?

Walaubagaimanapun, pesanan yang baik itu boleh dilakukan tetapi biarlah kena dengan caranya. Bukan dengan menabur fitnah, tiada fakta dan mempunyai unsur2 ugutan. Bila dah ada unsur2 yang tidak baik, dibimbangi kita yang melakukan/menyertainya berbuat demikian bukan kerana Allah SWT dan bila bukan kerana Allah SWT, tak dapat apa2lah, malahan silap haribulan dapat dosa lagi. So, berhati2lah bila melakukan sesuatu perkara yang melibatkan penggunaan nama Islam ini.


Monday, November 16, 2009

ISU PENAHANAN DR.ASRI ...


28 Zulkaedah 1430 Hijriah. Baru2 ini kita dihebohkan dengan berita penahanan Dr.Asri, bekas mufti negeri Perlis oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Walaupun ditahan tetapi Dr.Asri tidak didakwa sebaliknya tarikh dakwaan adalah pada 18 hb nanti. Satu negara kecoh dengan kes tersebut dan ramai pemimpin negara mempertikaikan penahanan tersebut serta tidak kurang juga muncul blogger2 yang membela Dr.Asri disamping mengkritik tindakan tersebut atas dasar pentauliahan.

Aku pun sebenarnya taknak komen tentang hal ini tetapi ada kawanku yang meminta pendapat aku tentang kes ini, so aku postlah dalam blog aku ini. Aku cuba untuk menyatakan pendapat aku dan tidak akan cuba bias/berat sebelah dalam komen aku ini, aku tidak berpihak kepada mana2 pihak dan tiada sebarang motif tidak elok pun di hati aku. Apa2 pun, aku membuka pintu kritikan dan komen terhadap aku dengan berlapang dada sekiranya ada.

Aku bersetuju dengan tindakan pihak JAIS yang telah menahan Dr.Asri itu. Kenapa aku bersetuju sedangkan majoriti rakyat negara ini menyelar tindakan tersebut? Apa hujah2 aku? Apa justifikasi aku yang menyebabkan aku berkata sedemikian?

Ok, pihak JAIS menpunyai prosedur untuk setiap proses pentauliahan pengajaran agama. Prosedur ini dilakukan bagi mengawal dan mengekang sebarang ajaran2 yang tidak sepatutnya seperti ajaran Ayah Pin, kerajaan langit dan sebagainya. Prosedur ini mempunyai 22 soalan yang mesti dijawab oleh pihak yang ingin mengambil pentauliahan tersebut. Bagi mana2 pihak yang gagal dalam soalan tersebut, dia dikira gagal dan tidak diiktiraf.

Dr.Asri dan beberapa kawannya tidak dapat memenuhi syarat tersebut kerana ajaran yang dibawa olehnya adalah bersifat salafi wahabi. Apabila disoal dengan soalan2 tersebut, Dr.Asri tidak dapatmengukuhkan sebarang hujah bagi mengelakkan dirinya daripada benar2 bersifat wahabi. Apabila dia tidak mendapat pentauliahan tersebut, dia cuba untuk mengajar dan berdakwah tanpa pentauliahan.

Dalam wahabi sekalipun, boleh dikatakan ada 2 pihak, satu pihak yang keras(core) dan satu pihak yang lembut. Dr.Asri boleh dikategorikan sebagai yang keras dan dalam kumpulan wahabi dan yang keras ini turut mengkafirkan yang lembut. Mereka yang keras ini menganggap bahawa pihak lembut ini sudah tekeluar dari perjuangan wahabi mereka. Yusof Al-Qardawi juga boleh dikatakan wahabi tetapi dalam kategori lembut kerana masih boleh menerima beberapa hukum dan bidaah serta menghormati beberapa perkara dalam golongan Sunnah.

Apabila pada malam dia ditangkap, pihak JAIS menangkapnya dengan cara yang baik tetapi datang dengan ramai orang. Ramai pegawai yang datang pada malam itu adalah sebagai cara 'stand by' kerana ramai murid2 Dr.Asri dalam rumah tersebut dan pihak JAIS bimbang berlaku perkara yang tidak diduga. Aku tidak nafikan bahawa penahanan tersebut mungkin ada sedikit masalah dari teknikalnya tetapi kewajaran penangkapan tersebut tidak patut dipertikaikan.

Mungkin jarang yang mengetahui bahawa mufti Perak, iaitu Dato' Harussani melarang Dr.Asri masuk ke Perak untuk mengajar ilmu agama kerana dibimbangi penularan ajaran wahabi.
Begitu juga dalam kes sumpah laknat yang mana Dr.Asri mencadangkan supaya dilakukan sumpah tersebut tetapi apa komen mufti Perak? "Itu pendapat orang yang terlebih pandai", itulah yang dibalas oleh mufti Perak.

Begitu juga dengan kritikannya tehadap Dato' Haron Din, seorang ulama yang hebat. Dia mengatakan bahawa perubatan Syifa itu tiada dalam ajaran Islam, tidak boleh melalui perantaraan dan mengatakan tiada ayat dalam Al-Quran untuk dibuat ayat penyembuhan. After that, Dato' Haron Din pun membalasnya semula dengan mengeluarkan hadis2 sahih yang cukup lengkap.

Begitu juga dengan kritikannya terhadap Syeikh Nuruddin Al-Banjari, ulama dari Indonesia. Aku tak nafikan bahawa dalam Islam, kita digalakkan tegur menegur dalam menyampaikan ilmu agama supaya dapat mengelakkan kekeliruan dan menyatakan apa yang sebenar berdasarkan sokongan hadis. Dalam hal ini Dr.Asri mengkritik Syeikh tersebut (isu berjabat tangan) dan kemudiannya dibalas kembali oleh Syeikh tersebut dengan penuh berinformasi serta penjelasan yang tepat disokong dengan hadis2 yang sahih. Syeikh tersebut dapat menghafal ribuan hadis termasuk dengan sanak2 serta perawinya, bukan dengan sekadar 1 atau 2 hadis sahaja.

Begitu juga dengan kes2 kontroversi seperti kes perempuan bertudung, kayu kokka dan sebagainya. Dalam kes2 sebegini, apa yang berlaku adalah mengundang kecelaruan sahaja disamping merosakkan pemikiran benar yang sedia ada tentang sesuatu hukum. Buat apalah di nak digoyahkan pemikiran yang sedia betul kepada satu2 isu yang boleh menganggu pemikiran umat islam lain.

Begitu juga dengan penawaran untuk menerajui YADIM, beliau berkata tidak mahu dan tawar hati tetapi sekiranya jalan dakwahnya ditutup, beliau akan menerima tawaran tersebut. Apa yang aku dapat lihat disini adalah beliau mempunyai motif yang tersendiri. Aku tidak berniat untuk menfitnah beliau, tetapi itilah apa yang dapat aku baca daripada pengamatan aku yang dangkal ini.

So, banyak lagilah kes2 yang berlaku yang membabitkan Dr.Asri. Walaubagaimanapun, aku tak nafikan bahawa dia juga seorang yang pandai dalam agama dan sometimes pendapatnya boleh diterima tetapi majoriti yang timbul daripada kuliahnya adalah something kurang elok dan jauh daripada ajaran ahli Sunnah.

Ok, berbalik kepada kes penahanannya. Setelah diperjelaskan oleh exco hal ehwal agama kepada Tuanku Sultan Selangor, baginda tidak berkata apa2 dan baginda bersetuju dengan tindakan tersebut. Baginda tidak pula mengarahkan agar JAIS memohon maaf dan apa2 yang sewaktu dengannya. Lihat pula mufti2 lain, mana ada yang memberi komen yang mengriktik penahanan tersebut. Seandainya penahanan tersebut salah, mestilah ada mufti2 yang bercakap tentangnya kerana Dr.Asri ini juga adalah bekas mufti, dikenali di kalangan mufti.

Ada pihak2 pemimpin dan ulama yang memberi komen tentang penahanannya tetapi pada aku komen tersebut dilontarkan kerana kurang mendapat penjelasan daripada pihak JAIS terlebih dahulu. Ianya adalah lebih bersifat teknikal iaitu dari segi waran dan kes yang perlu dibicarakan, kalau part ini, aku bersetuju mengatakan bahawa JAIS sepatutnya membuat tindakan yang lebih menyeluruh dan professional. Boleh menahan beliau tetapi biarlah sediakan cukup fakta dan bukti terlebih dahulu, sediakan itu semua dahulu, baru ambil tindakan.

So, aku taknak cerita panjang sangatlah, tengoklah perkembangan seterusnya and then maybe aku pun dah taknak komen lagilah tentang ini. Terserahlah kepada pihak mereka untuk menyelesaikan cuma bagi aku selesaikanlah dengan cara yang baik.


Wednesday, November 11, 2009

PRESENTATION BUSINESS IDEA PROPOSAL...


22 Zulkaedah 1430 Hijriah. Alhamdulillah...Semalam selesai sudah perbentangan akhir 'Business Idea Proposal'. Sesi perbentangan sepatutnya bermula pada pukul 9.00 pagi tetapi bermula agak lewat kerana menunggu perbincangan antara penilai dengan urusetia dan beberapa masalah teknikal di dewan perbentangan. Sebelum itu, kami diminta bersarapan dulu di dewan makan. After semua sudah selesai, barulah sesi perbentangan yang dinilai oleh 5 orang penilai luar.

Lima orang penilai luar itu ada yang datang daripada Maybank, pensyarah, MARA dan usahawan. Sesi perbentangan bermula dengan kawanku yang membuat projek sensor. Dia ingin membuat satu sistem aquisition data secara real time yang membolehkan proses monitoring production kilang dilakukan secara mobile. Fokusnya adalah SME dan kilang2 bahagian production. Ideanya amat bernas dan boleh diapplikasikan dalam industri perkilangan tetapi mendapat komen tentang fokus industrinya. Dia diminta supaya menfokuskan bidang yang lebih terperinci.

Untuk projek ini aku tak berani nak komen banyak la sebab aku tak berapa tahu tentang industri perkilangan di Malaysia ni. Aku tak ada pengalaman masuk kilang dan tengok production. Kalau setakat SME industri itu, tahu la sikit2.

Sesi perbentang kedua adalah tentang menghasilkan sebuah sistem untuk mengawal dan monitoring perkembangan tanaman dan bidang aquaculture. Ianya lebih kepada bagaimana kita ingin mengawal perkembangan hayat (contohnya hidupan ikan sangkar) dan monitoring dari semasa ke semasa ikan tersebut dari segi sistem pengairan, jadual makan dan sebagainya. Ianya juga menggunakan sensor. Komen dan masalah utama terhadapnya adalah bagaimana dia ingin convertkan signal sensor itu dalam bentuk web.

Masalah lain adalah dari segi pengkhususan. Nampak juga terlalu besar dengan viability selama setahun ini. Maka, dia dicadangkan agar cuba fokus pada satu bidang dulu then kalau dah berjaya, bolehlah luaskan lagi bidang yang boleh menggunapakai sistem tersebut.

Sesi ketiga diteruskan dengan i-English yang menfokuskan kepada speech recognition. Input diambil dari suara orang dan dicomparekan dengan bacaan yang tersedia ada. Mengandungi 3 mod dan persoalan lebih kepada mod terakhir iaitu mod comparison. Setakat ini tiada lagi enjin yang boleh membuat comparison bahasa Malaysia dan bahasa lain didunia ini. Ini kerana dialek dan loghat setiap suku kaum dan suku bangsa adalah berbeza,tiada yang benar2 standard.

Walaupun untuk bahasa English sudah ada perisian untuk english tetapi hanya penduduk yang betul2 asli yang stay di sana sahaja yang boleh bertutur dengan betul. Ini menjadikan perisian tersebut pun tidak mendapat hasil yang baik dari segi comparison itu. Sebagai contoh, perkataan makan, orang kelantan sebut 'make' dan orang terengganu sebut 'makang'. Walaupun dialek berbeza dan mereka itu boleh menyebut secara baku, tentu slangnya ada yang termasuk bersama.

Projek pembentang keempat adalah untuk untuk menghasilkan sebuah fertilizer dalam menentukan kesesuaian tanah untuk bidang pertanian. A very good idea tapi ianya terlalu besar dan perlu fokus lagi untuk pengkhususan jenis tanaman. Begitu juga dengan penggunaan sistem yang dicadangkan, nampak masih lagi kabur. Ada cadangan agar digabungkan sahaja dengan projek perbentang kedua tu yang buat projek aquaculture tu.

Dari segi kos pula, mungkin melibatkan kos yang tinggi sebab ianya menggunakan GPS untuk detect keluasan tanah dan tahap pembajaan. Ianya juga melibatkan pengetahuan tentang flow sesuatu tanaman itu dibuat dan bagaimana proses tumbesarannya. Market pun kena kira jugak, yelah, bukan semua petani mampu membeli fertilizer tersebut kerana asas pertanian di kampung adalah berskala kecil-kecilan.

Aku adalah perbentang kelima. Aku membentangkan 'Smart Electric Wheelchair (SIR)'. Untuk bahagian aku, tak ada apa2 komen, just cadangan sahaja. Ada penilai yang mencadangkan supaya aku membuat something added value yang lebih kepada kawalan menggunakan sound ataupun something yang relate dengan 'Human Computer Interaction (HCI)'. Aku taknak komen apa2 lagilah terhadap cadangan tersebut, sebab bagi aku better aku bincang dulu dengannya dan try tengok tentang perkara tersebut.

Kalau aku rasa aku boleh buat dalam tempoh setahun ini dan perkara itu juga bermanfaat terhadap OKU, mungkin aku akan pertimbangkan sebab bagi aku perkara penting adalah untuk membantu golongan OKU ini seramai mungkin mampu memiliki SIR ini. So, kalau banyak value added, mungkin harganya juga meningkat dan ini boleh menambah bebanan OKU untuk memilikinya then last sekali, takde pun OKU yang membelinya.

Presenter terakhir adalah berkenaan tentang device yang boleh detect perompak untuk mengatasi masalah rompakan keatas van duit yang biasa dikendalikan oleh syarikat keselamatan. Konsepnya adalah kalau perompak itu merompak van keselamatan tersebut, alat tersebut akan trigger van tersebut dan akan menghantar mesej kepada balai polis yang berdekatan.

Masalah timbul bila kami diberitahu oleh penilai Maybank bahawa van keselamatan yang membawa wang jutaan tersebut rupa2nya dibayar dengan rendah sekali, serendah RM 25/trip. Bayaran dibuat secara trip, dari satu bank ke satu bank. Bayangkan, van keselamatan yang membawa wang RM 5-7 juta dibayar dengan RM 25 sahaja. Tak berbaloi langsung. So, kemungkinan besar alat yang dicadangkan ini tidak akan dibeli.

So rata2 presentation bagi aku adalah kurang elok. Masih banyak yang perlu dibaiki samada dari segi value proposition mahupun market analisis malahan produk yang ingin dibuat pun masih kabur. Aku pun bila dah tengok presentation tu sometiimes aku sendiri pun tak tahu apa sebenarnya produk yang ingin dibangunkan. Dari segi idea dah ok, dah dapat mengenalpasti masalah dalam industri tapi mungkin masih belum memahami produk yang sepatutnya dibangunkan.

Aku pun bukannya pandai pun, so taknaklah komen lebih2. Apa2 pun, presentation dah tamat. Alhamdulillah....


Monday, November 9, 2009

KERJA + PROGRAM...


20 Zulkaedah 1430 Hijriah. Alhamdulillah.... sempat juga aku menjenguk blog aku ini. Bukan tak nak update, tapi yelah sejak seminggu dua ini banyak pulak tugasan dan kerja2 sampingan yang mesti disiapkan. Ditambah pula dengan kena isi borang perjanjian MARA lagi, lagi banyak yang perlu diambil perhatian dalam masa terdekat ini. Apa pun dari segi kerja, boleh tahan lagilah, projek pun ok lagi.

Baru-baru ini, aku ada dapat satu task untuk membuat promotion sebuah training program di Pekan,Pahang. Waktu itu aku dan 2 lagi kawanku dijemput untuk makan2 oleh kawanku, dia saja je datang jalan2 kat JB ni, so bila dah datang, dia ajak kitaorang dinner. Sambil2 makan itu, keluarlah hal tentang program ni. So, aku dan kawanku ambil bahagian dalam promosi. Ini adalah maklumat tentang training tersebut :

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Tawaran Program Latihan percuma khas untuk belia-beliawanis warga Malaysia berumur 18-45 tahun dan juga lepasan SPM.
Tempoh kursus : 4 bulan (Disember-Mac)
Tempat : Pekan,Pahang (Tempat tinggal disediakan)
Program yang ditawarkan : Perkeranian pejabat/akaun
Keusahawanan.
Pegawai latihan vokasional.
Insentif yang diperolehi : Elaun RM 500.00/month
Handphone + Prepaid RM 100.00 free (selepas tamat kursus)
Sijil disahkan oleh : Kementerian Belia dan Sukan

-------------------------------------------------------------------------------------------------

So, kalau ada yang berminat tu, bolehlah hubungi aku di 012-9055445 atau imi_special@yaho.com

Ok, itu program yang tengah aku run sekarang. Ada lagi kerja2 yang aku tengah buat sekarang sebagai mencari pengalaman dan duit lebih. Maklumlah, student, kena cari duit lebih sikit. Bak kata orang "Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya". Aku bukannya takde duit, tapi sebagai mendapatkan pengalaman buat kerja dengan orang dan kerja2 ini pun bukannya free. Samada dapat bayaran banyak atau sedikit, itu bukan persoalan aku.

Ada sesetengah kerja yang aku buat ini adalah hasil folloe up tugasan yang diberikan oleh pemsyarahku. Ada sesetengah pensyarahku memberikan tugasan yang direct boleh buat duit, yang penting mesti follow up. Kalau rajin explore dan follow up, memang boleh buat duit. Ala, macam baru ni la yang aku pergi ke Majlis Tindakan Pelancongan Johor tu, kalau pihak mereka dah bersetuju dengan quotation yang diberikan, boleh kitaorang bangunkan terus sistem yang dikehendaki itu. Tugasan adalah setakat dapatkan masalah pihak pelancongan dan cadangkan quotation je. Samada pihak pelancongan itu bersetuju dengan quotation itu, itu adalah rezeki kitaorang lah.

Ini adalah antara task yang tengah aku run sekarang :

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Modul pengajaran - Ada pensyarahku yang ingin setup company training. So,kitaorang buat modul pilihan masing2. Macam aku, aku buat modul 'Basic Adobe Photoshop CS2' dan 'Building Your Business with Social Network'. So, bila masuk semester depan, pensyarahku mengajak kami mengajar modul2 yang sudah kami buat itu. Soal bayaran untuk mengajar itu, itu soal kemudian, yang penting adalah modul tersebut. Kalau pun pensyarah aku itu cancel projek ini, aku boleh gunakan modul itu untuk mengajar student undergraduate atas tiket Degree++ yang dilaksanakan oleh pihak universiti. Degree++ adalah open, just pakai nama mana2 pensyarah je. Mengajar Degree++ 2 hari boleh dapat sekitar RM 1200.00.

Quotation sistem pelancongan - Pensyarah kami mintak kami interview pihak pelancongan untuk mengetahui masalah mereka dan keluarkan quotation. Bila dah keluar quotation, terpulang kepada pihak pelanconganlah untuk bersetuju atau tidak. Kalau mereka tidak bersetuju, itu tiada masalah kerana dari segi tugasan kami, dah selesai. Kalau mereka setuju, kitaorang boleh bangunkan sistem yang diperlukan itu, dapatlah jugak projek untuk cari duit lebih.

Oklah, itu antara tugasan dari pensyarahku. Ada juga beberapa perkara yang tengah aku buat sekarang ini yang melibatkan kerja. Kira macam kerja part time jelah. Antaranya :

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Design laman web menggunakan JSP untuk SPACE. SPACE ini adalah salah satu organisasi dalam universiti yang mengendalikan urusan pengajian jarak jauh. So, ini adalah projek under pemsyarahku dari Software Department. Dia offer projek ini masa aku nak konvo dulu, so dah agak lama la then baru2 ini je baru nak aktif balik.

Buat animasi flash untuk kawanku. Kawanku ada dapat projek untuk membuat perbentangan terhadap beberapa vip kat universiti aku ni. So, aku dengan roomate aku ambillah projek flash itu. Tentang duit itu aku tak berapa kisahlah sebab yang aku fikirkan adalah long term experience. Bila orang atasan dah tengok hasil kerja aku, tentu tak susah untuk aku bentangkan apa2 kat mereka untuk projek aku. Apa pun, kawanku itu dah janji, dah ada duit untuk aku.

Kawanku juga ada dapat projek untuk design satu advertisement kat tol PLUS. So, aku kena design satu 'benda' untuk diletakan kat situ. Tak perlulah aku nyatakan benda apa, yelah belum buat dan belum jadi lagi, kalau dah complete semua bolehlah kot aku show kat sini.

Satu yang aku sekarang ni pun tengah usahakan adalah tentang projek untuk OKU tu. Ala, projek untuk create team OKU dalam menghasilkan creative content tu. Itu pun aku kena run cepat sikit. Setakat ini mungkin aku bermula dengan kumpulan kecil2lan dulu, bila dah nampak ok, baru aku approach kementerian. Setakat ini aku just link dengan JKM Johor je. Maklumlah, aku pun tak larat jugak nak handle benda2 yang agak besar ni terutamanya bila related dengan transportation. Kalau ok projek OKU itu pun, boleh dapat duit juga tu sambil2 tolong OKU.

So, inilah antara kerja2 dan projek2 yang tengah aku run sekarang. Walaupun sibuk, social network sentiasa online.

So, aku rasa setakat ini jelah aku story untuk post kali ini. Aku ada final presentation tak lama lagi. Kena prepare betul2 sebab presentation ini melibatkan pihak luar. Ala, sama denga aku cerita masa aku tengok final presentation SKIT7 tu la. Harap2, ok la presentation aku tu. Insyaallah....


Wednesday, November 4, 2009

INI YANG AKU MAHUKAN?


16 Zulkaedah 1430 Hijriah. Alhamdulillah... terbuka sedikit minda ku dan kawanku after kami berdua membuat perbincangan dengan seorang pensyarah kami tentang business idea.Perbincangan kami bermula pukul 11.30 pagi dan tamat sehingga 3.00 petang. Banyak jugalah isi kandungan perbincangan kami yang berkisarkan tentang idea projek kami itu.

Syukur juga aku kerana idea aku untuk menghasilkan sebuah kerusi roda elektrik dibenarkan tapi mesti membuat beberapa pengubahsuaian kecil berbanding rekaan terdahulu sesuai dengan tempoh pengajian aku. Bila aku comes out dengan idea kerusi roda elektrik bersama dengan pengubahsuaian itu, tak sangka pulak pensyarah aku itu kata ok, boleh dilaksanakan dalam masa setahun ini, maknanya logik la idea itu untuk diketengahkan.

Kalau dulu idea aku itu adalah berkonsepkan gabungan kerusi roda manual dengan kerusi roda elektrik tetapi untuk idea baru ini ianya bukan seperti itu lagi. Still menggunakan kerusi roda manual tapi digabungkan dengan benda lain yang lebih flexsible, efektif dan logik untuk dijalankan dalam tempoh setahun. Disamping itu juga, aku membuat penambahan dari segi elemen IT yang mana di kerusi roda elektrik rekaan aku itu, aku tambahkan something untuk keselamatan pengguna.

Tentang penggabungan antara kerusi roda manual dengan apa itu tak perlulah aku ceritakan, begitu juga dengan alat keselamatan tersebut, apa yang penting adalah asas idea tersebut telah dimantapkan. Hasrat aku untuk membuat sebuah kerusi roda elektrik yang boleh membantu golongan OKU diizinkan. Value proposition aku still maintain seperti yang asal dan sudah bertambah satu lagi yang baru iaitu dari aspek keselamatan.

Tentu sesetengah orang terfikir kenapalah aku nak sangat buat projek kerusi roda elektrik yang low cost, bersifat mobiliti dan ada ciri2 keselamatan ini? Tak boleh ke buat someting yang simple sikit dan sesuai dengan keadaan aku? Yes, aku boleh buat seperti itu tapi aku sentiasa bertanya dalam hatiku, "adakah ini yang benar2 apa yang kau mahukan?", "adakah ini boleh memuaskan semangat dan keinginan aku?"

Fakta menunkjukkan bahawa 1% penduduk dunia(warga global adalah sekitar 6 billion) adalah OKU dan 54% adalah OKU fizikal iaitu lebih kepada ketidakupayaan tangan dan kaki. 10% daripada warga global pula adalkah warga emas. Kedua-dua ini (OKU fizikal dan warga emas) adalah pengguna berpotensi kerusi roda. Aku tak perlu cipta kerusi roda elektrik yang canggih kerana aku mungkin tidak mampu bersaing dengan produk luar negara seperti di Amerika dan UK yang mana produk kerusi roda elektrik mereka begitu canggih.

Bila aku buat produk kerusi roda yang high end, sudah tentu kosnya tinggi dan ramai OKU serta warga emas tak mampu membelinya serta aku tak mampu menembusi pasaran antarabangsa. Tetapi kalau aku membuat sebuah kerusi roda elektrik yang mampu dimiliki oleh OKU serta warga emas asalkan ciri2 keperluaan asas tersebut tidak aku abaikan, sudah tentu peratusan untuk berjaya lebih tinggi. Aku tak perlu marketkan kerusi roda aku itu ke Amerika atau UK, cukuplah aku marketkan di Malaysia, China, India, Afrika dan lain2 negara dunia ketiga.

So, kalau aku mampu jadikan projek ini sebagai suatu realiti, aku sudah boleh membantu ramai golongan OKU dan warga emas. Dari segi business aku pula, insyaallah... asalkan apa yang aku lakukan ini mendapat keredhaan Allah SWT, business aku tentu akan berjalan dengan baik.

Begitu juga dengan kawanku yang telah mendapat suntikan semangat daripada pensyarahku itu. Idea asalnya untuk membuat something untuk PDRM tidak boleh dilaksanakan tetapi asas teknologi yang menjadi tunjang idea tersebut boleh digunakan untuk membuat sesuatu yang lebih baik lagi. Ianya juga berkaitan dengan perkara yang dulu juga tetapi lebih kepada sekuriti part.

Aku fikir, kalaulah projek kawanku ini betul2 dilaksanakan dengan baik, memang boleh jadi jutawan dia ni. Ini kerana ideanya menjurus kepada masalah kritikal yang masih belum berjaya diselesaikan dan masalah tersebut seringkali terjadi. Seandainya kawanku ini mendapat endorsement dari pihak yang terbabit yang mengatakan bahawa produk ini amat diperlukan, sudah tentu dia boleh 'lock ini' customernya itu.

So after tamat perbincangan tersebut, aku naik ke fakulti untuk berjumpa dengan seorang pensyarah untuk bertanyakan lebih detail tentang conference yang perlu aku hadiri pada Disember nanti. Aku dijemput untuk membentangkan projek PSM aku dulu yang bertajuk " 'Human Computer Interaction' untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan".

So, jabatan aku inginkan aku bersama beberapa lagi pembentang menghadiri conference tersebut dan juga membentangkan projek PSM aku itu. So, akan ada satu booth daripada universiti aku dan aku salah seorang yang kena hadir program 2 hari tersebut. Pensyarah itu juga minta aku untuk design poster yang akan diletakkan pada program tersebut.

So, after solat kat surau fakulti, aku terus baliklah. Apa2 pun, alhamdulillah aku titipkan kerana sudah mempunyai idea yang baik untuk projek aku ini. Syukur....


Monday, November 2, 2009

BEGINILAH PERASAANNYA...


14 Zulkaedah 1430 Hijriah. Hari ini adalah hari perbentangan kami untuk tahap idea dulu. Kami start perbentangan pukul 9.00 pagi. Ada beberapa perkara yang ingin aku kongsikan sepanjang proses perbentangan kami. Firstly, aku taknak komen sangatlah tentang projek kawan2 yang lain itu, ada yang bagus dan ada yang direject, kena tukar idea lain. So, aku punya projek adalah untuk membuat kerusi roda elektrik yang very low cost hasil gabungan kerusi roda manual dengan kerusi roda elektrik.

Berkonsepkan gabungan kerusi roda manual dengan kerusi roda elektrik yang membolehkan harga jualannya lebih kurang RM 2000.00-RM3000.00 sahaja jika dibandingkan dengan kerusi roda elektrik yang aku gunakan sekarang iaitu RM10,000.00. Aku taknaklah cerita panjang lebar sangat tentang idea aku, just nak story tentang penilaiannya sahaja.

Tamat perbentangan aku, firstly pensyarah memuji aku dengan mengatakan aku dah cover semua bahahgian dalam bidang business seperti fakta OKU, market analysis, competitor analysis, value proposition dan sebagainya. Apa yang mereka cadangkan adalah aku just fokus kepada penggunaan kawalan kerusi roda tersebut sahaja. Mungkin aku boleh tambahkan sesuatu yang interaktif seperti boleh melayari internet ke, boleh ada sms ke atau apa2 ajelah kat kawalan kerusi roda elektrik tu dan jangan fokus kepada fungsi kerusi roda elektrik itu. Ini bermakna, kerusi roda elektrik itu tidak perlu diupgrade tetapi lebih kepada upgrade kawalannya sahaja.

Aku waktu itu argue juga dengan mereka bahawa itu adalah kehendak, bukan keperluan. Jika kehendak, potensi pembeli kurang berbanding keperluan. Kalau keperluan, nak tak nak, orang akan membelinya. Sama dengan analogi ini, saya perlu memilih untuk menjual vitamin c atau panadol. Jika saya ingin memilih kehendak, saya memilih vitamin c kerana baik untuk kesihatan tetapi jika saya memilih keperluan, saya akan menjual panadol. Jika saya menjual vitamin c dengan harga tinggi, mungkin orang takkan beli kerana tak makan pun takpe, boleh jimatkan duit kalau tak beli. Tapi kalau saya menjual panadol dengan harga yang tinggi kepada pesakit, mereka tetap akan beli kerana ianya melibatkan tentang kesihatan mereka.

Aku terpaksa akui bahawa ada benarnya pendapat mereka bahawa aku just perlu fokus kepada penggunaan kawalan tersebut kerana kekangan masa. Tempoh pengajian Master ini hanya tinggal setahun sahaja lagi, sempat ke aku nak cover untuk sebuah kerusi roda elektrik itu dalam masa setahun? Aku tak tahu bidang mekanikal dan elektrik. Boleh ke aku cover dalam setahun ini. Kalau projek ini melibatkan tempoh masa 1 1/2 tahun atau 2 tahun lagi, mungkin aku sempat cover, tapi aku taknak extend pengajian aku.

Kalau aku just fokus kepada penggunaan kawalan itu sahaja, let's say aku letakkan something yang boeh digunakan untuk melayari internet, aku mungkin sempat tapi matlamat aku untuk membantu OKU takkan tercapai. Masalah utama OKU takkan dapat diselesaikan. Even aku yang OKU ini sekalipun, kalau aku ditanya samada ingin membeli produk seperti itu, aku sendiri pun taknak beli kerana ianya tidak banyak membantu aku.

Aku sebagai OKU ini ingin sesuatu yang boleh membantu life aku, sesuatu yang boleh menyelesaikan masalah harian aku. Aku rasa OKU lain pun tentu macam itu juga. Adakah mereka akan spend duit untuk membeli sesuatu yang tidak memberi impak besar dalam life mereka. Kalau OKU itu jenis berpoket tebal, itu cerita lainlah, yang aku fokus adalah OKU yang kurang berkemampuan. Yelah, berapa kerat sangatlah OKU yang berduit ni. Nak ke mereka membeli sesuatu yang mengikut kehendak mereka tetapi tidak diperlukan sangat pun untuk mereka?

Nak tak nak, aku terpaksa akur dengan kekangan masa yang membatasi keinginan aku. Agaknya inilah rasanya jika kita terpaksa akur terhadap sesuatu yang tidak kita sukai. Pensyarah aku beritahu, jika bukan faktor masa, dia pun suka dengan idea aku ini dan dia ada cadangkan, bila aku dah berjaya dapatkan Master nanti, aku boleh continue dengan idea aku itu terhadap industri sebenar, buat masa ini, fokus yang patut dulu.

Untuk dapatkan idea tentang kerusi roda elektrik ini, banyak kajian dan masa yang telah aku korbankan. Banyak OKU yang telah aku temui dan memang projek inilah yang menjadi keperluan mereka dari dulu sehingga sekarang. Mungkin tak perlu canggih sangat asalkan berfungsi seperti apa yang diperlukan, itupun dah memadai bagi mereka. Adakah projek ini untuk Master aku semata2 ataupun dimanakah sumbangan serta matlamat aku untuk membantu OKU? Kalau aku buat untuk kawalan itu, yes, aku dapat Master aku tapi bagaimana pula dengan masalah OKU ini? Aku lebih berminat untuk membantu selesaikan masalah OKU itu sebenarnya.

Benar kata2 pensyarah aku tapi siapa yang menanggungnya? Aku terpaksa habiskan masa selama setahun ini untuk sesuatu yang aku kurang pasti lagi. Sesuatu yang aku kurang minat. Walaubagaimanapun, esok aku bercadang untuk berjumpa kembali dengan pensyarahku itu untuk membincangkan kembali tentang apa yang boleh diikhtiarkan lagi.

Insyaallah, mungkin aku akan dapat idea yang lain untuk mantapkan lagi projek aku ini. Kalaulah aku ada wang dan masa....


PRESENTATION SKIT 7...


13 Zulkaedah 1430 Hijriah. Alhamdulillah.... setelah sekian lama tidak berkesempatan untuk kemaskini blog sehinggakan sudah ada teguran daripada kawan supaya melakukannya. Aku sebenarnya bukan tidak mahu kemaskini blog tapi masa dan keadaan kurang mengizinkan. Selepas pulang dari LPU, ada banyak tugasan yang perlu aku siapkan, berderet-deret tugasan itu, so aku try selesaikan satu-persatu. Ada tugasan individu dan ada yang secara berkumpulan.

Ok, bebaru ini aku dan kawanku ada menghadiri perbentangan akhir projek SKIT 7, iaitu batch senior aku. Perbentangan dilakukan selama 2 hari. Untuk hari pertama itu, aku dan kawanku memang berniat untuk melihat perbentangan itu tapi hari kedua pula just datang untuk bincangkan tentang tugasan, tapi bila dah sampai, kitaorang diajak lagi untuk melihat perbentangan tersebut. Pada awalnya, kami just nak tengok cara perbentangan dan cara sesi soal jawab je, yelah nak tahu juga macamana penilai dari industri bertanyakan soalan, soalan yang berjebis macamana dan sebagainya, at least dapat jugak info.

dalam perbentangan tersebut, ada beberapa projek jugaklah yang boleh aku katakan agak menarik tapi secara jujurmya, aku merasakan bahawa semua projek itu lebih kurang PSM sahaja. Aku tak berniat untuk memburuk-burukkan kawan2ku yang menjadi pembentang itu tapi itulah hakikat yang aku rasa, pendek kata sorry to say la...

Aku juga agak kurang bersetuju dengan cara beberapa penilai yang memang nampak sangat nak 'kondem' pelajar. Mungkin itu bukan bidangnya so mereka ini tidak mahu kelihatan berdiam diri sahaja, mereka pun 'kondem' sajalah apa yang dibuat. Ada sesetengahnya yang betul2 ok, tapi ada seorang dua yang bagi aku tak sesuai menjadi penilai.

Ada satu projek tentang detection beg jemaah haji menggunakan RFID. Penilai itu berlatarbelakangkan perbankan tetapi asyik bertanya tentang teknologi RFID tersebut. Bagi aku, dia yang berasaskan perbankkan, tanyalah dari sudut kewangan ke, perancangan business ke, modal ke dan apa2 yang berkaitan dengan wang. Ini tidak, dia asyik bertanya tentang teknologi RFID tersebut, nak nampak bahawasanya dia ini serba tahu.

Macam2 dia bertanya tentang RFID seperti nak pakai kat mana, flow pengagihan beg di Mekah dan sebagainya. Kemudia berlagak seolah2 dia sudah pergi ke Mekah sedangkan dia akui bahawa belum pernah pergi lagi, berlagak seolah2 dia tahu segala flow dan law di sana. Padahal penilai dari Tabung Haji ada juga ketika itu, tapi tak adalah bertanyakan tentang flow tersebut. Penilai yang bahagian IT pun nampak macam terpaksa mendiamkan diri sebab soalan bahagiannya diambil alih oleh penilai tersebut.

Actually, sebagai seorang penilai, kita boleh memuji dan mengkritik jika diperlukan tetapi kritikan yang dilontar itu biarlah secara membina dan bertujuan untuk meningkatkan prestasi pelajar, bukan untuk mencantasnya. Penilai mesti ingat bahawa dia bukannya 'kondem' pelajar sahaja tetapi turut 'kondem' penyelia pelajar tersebut secara tidak langsungnya. Dia 'kondem' pelajar seolah2 penyelia tersebut bodoh dan tak tahu macamana nak memberi guideline terhadap pelajarnya.

Aku dapat rasakan perasaan tidak puas hati dikalangan pensyarah2 tapi mereka tidak boleh berbuat apa2 kerana orang itu adalah penilai jemputan dan daripada pihak luar. Kalaulah orang itu juga adalah pensyarah dalaman, aku rasa tentu ada yang yang 'ditebas' balik. Takpelah, mungkin ini merupakan satu pengajaran terhadap pihak pengurusan supaya menjemput penilai luar yang lebih sesuai, yang matching dengan projek pelajar.

Aku tak nafikan bahawa ada sesetengah komen dan kritikan yang dilontar itu memang bersifat 'kondem' tapi aku pun tidak boleh menyalahkan penilai 100%. Ini kerana ada sesetengah projek yang dibentangkan lebih kurang levelnya dengan PSM dan maaf aku katakan bahawa sesetengah projek PSM kawan2ku lebih baik daripada projek mereka ini. Ada sesetengahnya pula lebih kepada syok sendiri.

Aku bukanlah jenis paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Tadi aku ada komen tentang penilai yang 'kondem' sekarang aku 'kondem' pula pelajar. Aku tidak bermaksudkan begitu. Ada sesetengah kritikan yang membina itu adalah bertujuan untuk memperbetulkan dan meningkatkan lagi tahap level projek pelajar ini kerana mungkin dirasakan bahawa tahap projek tersebut agak rendah levelnya.

After tamat presentation tu, kami pun sama2 keluar dari dewan itu dan sempat sembang2 sekejab dengan beberapa pensyarah. Ternyata ada sesetengah mereka tidak berpuas hati tentang penilai tersebut, tapi apakan daya, itu sudah dijemput, mungkin semua ini ada hikmahnya tersendiri. Aku juga sempat berjumpa dengan bekas penyelia aku semasa projek PSM untuk degree dulu. Dia memintaku untuk menghadiri dan membentangkan projek PSM aku dalam satu conference bulan Disember ini. Untuk maklumat detail, dia akan beritahu kembali.

Aku pun taknaklah komen lebih2, aku pun ada presentation pada 2 hb ni, presentation untuk idea projek yang ingin aku lakukan. Presentation ini dibuat secara internal examiner sahaja, yakni dikalangan pensyarah sahaja. Aku harap2 berjaya hendaknya. Insyaallah...

So, disini aku letaklah beberapa gambar untuk tatapan.




Gambar1: Kiosk pengecasan telefon dan laptop



Gambar2: Sistem pengesanan kebakaran



Gambar3: Sistem penanaman dan pengurudan pokok



Gambar4 : Gambar semasa perbentangan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...