Wednesday, December 30, 2009

SCAMPER...


12 Muharram 1431 Hijriah. Alhamdulillah.... 3 hari kursus bersama MDEC dalam menjana business idea telah selesai tengahari tadi. Banyak input yang telah aku perolehi sepanjang program ini. Seperti yang aku telah kongsikan bersama dalam post yang lalu iaitu teknik mind map dan Brain Storming, kali ini aku nak berkongsi tentang satu lagi teknik terakhir yang boleh membantu menganalisa business idea iaitu SCAMPER.

S - Substitute
C - Combine
A - Adapt
M - Modify/Magnify
P - Put
E - Eliminate
R - Rearrange

Ok, seperti yang aku nyatakan kat atas tu, itulah maksud ringkas SCRAMPER. SCRAMPER digunakan untuk kita filterkan business idea yang banyak2 kita dapat semasa Brain Stroming untuk jadikan ia betul2 viable dan ditambah dengan unsur IT bersamanya. Oklah, takde contoh susah jugak kan nak faham, so aku bagi contoh.

Katakan kita dah ada 20 raw idea yang memang mengarut-ngarutlah, kita filter dengan SCRAMPER ini. Contohnya saya nak buat kerusi roda yang boleh bergerak sendiri dan ada pelbagai fungsi lagi. Ok, itu raw idea, bagaimana saya nak filterkan dengan SCAMPER?

Ok, point pertama, kerusi roda yang boleh bergerak sendiri. Dari segi teknologi yang ada masakini, cuba fikir apa yang boleh digunakan untuk menggerakkan kerusi roda tu. Of course enjin. Enjin memang dah banyak ada kat kedai. Pergi je kedai motor/repair, mesti ada enjin. So, letaklah kat situ kan.

Point kedua adalah ada pelbagai fungsi. Contohnya boleh jalan2 kat tanah berpantai. So, apa teknologi yang boleh digunakan? Mungkin pasang tayar yang khas untuk pergerakkan di tempat berpasir atau apa2 jelah asalkan teknologi itu dah ada sekarang.

Point ketiga adalah kerusi roda tu boleh terbang. Teknologi yang ada sekarang adalah teknologi anti graviti dan menggunakan konsep arus magnetik. After dah terapung, mesti menggunakan menggunakan teknologi tekanan serta tujahan pulak. Dari segi mampu laksanakan atau tidak, itu kena buat research dululah kan, sekarang ni baru tahap idea. Setahu aku, sekarang ni dah ada teknologi untuk terbangkan keretapi tapi masih dalam peringka ujian.

Ok, mari kita gabungkan ketiga2 point tersebut. Lebih mudah jika aku buat macam ni:

S - Substitute = Boleh menggantikan orang untuk menolak pengguna kerusi roda. Boleh juga menggantikan penggunaan kerusi roda manual konvensional sekarang.
C - Combine = Kita gabungkan kerusi roda dengan enjin. Kita juga combine kan teknologi anti graviti dan sebagainya itu supaya boleh terbang.
M - Modify = Kita modify sedikit enjin tu supaya sesuai dengan kerusi roda. Mungkin modify dari segi saiz dan speednya.
P - Put = Kita letakkan tayar special yang boleh digunakan untuk tanah berpasir/berpantai.
E - Eliminate = Kita mengurangkan kebergantungan pengguna terhadap pembantunya kerana kerusi itu boleh bergerak sendiri.

So, itulah caranya bagaimana kita menggunakan teknik SCAMPER. Memang teknik ini amat membantulah bagi aku tapi mesti digabungkan bersama teknik mind map dan Brain Stroming tu, baru mantap serta boleh menghasilkan tapisan idea yang baik. Brain stroming tu pulak biarlah idea mentah yang agak mengarut-ngarut.

Mengikut fakta, kanak2 adalah golongan yang paling kreatif dalam membuat brain stroming kerana mereka tidak terikat dengan kekangan apa2 pun, bagi mereka semua boleh, semua tak ada masalah, silap haribulan, muncul idea Power Ranger lak untuk atasi masalah.

Ok, tamat tentang teknik SCAMPER, so tadi setiap peserta dikehendaki membentangkan idea 3 idea masing2 dan ada yang aku tengok itu cukup berpotensi untuk dijadikan business. Antara idea bernasnya adalah kedai permainan, automate feeding system, tag RFID (Radio Frequency ID ), sistem tiketing bas yang lebih canggih daripada yang ada sekarang dan sebagainya.

Idea ini dikeluarkan oleh peserta2 undergraduate yang sebelum ini tak ada idea pun untuk buat business apa. Ada satu idea yang agak menarik adalah idea perniagaan keropok lekor. Seperti yang diketahui umum, keropok lekor itu biasanya popular di Pantai Timur dan rasanya sedap. So, bagaimana untuk kita tambahkan lagi nilai yang terdapat pada keropok tersebut. Itulah idea yang dibentangkan tadi, ianya cukup menarik.

So, aktiviti kami diakhiri dengan sesi bergambar untuk kenang-kenangan tapi aku tak dapat upload kat sini sebab saiz gambar itu terlalu besar, tak support untuk saiz umum blogspot ini. Tapi takpelah, asalkan pembaca semua dapat input dan memahaminya pun dah ok dah. So, sampai sini jelah post aku kali ini.


Monday, December 28, 2009

THE DIFFERENCE...


11 Muharram 1431 Hijriah. Alhamdulillah... aku hari ini sehingga 30 hb ni menyertai satu program anjuran MDEC dan diadakan di tempat kuliah aku. Program ini adalah berbentuk workshop 3 hari yang berfokuskan tentang bagaimana untuk menjana idea seterusnya menjadikan idea tersebut sebagai bidang perniagaan kita. Agak ramai yang menyertai program ini, hampir 20 orang tak silap aku.

Program ini dikendalikan oleh En.Ritakamal, seorang consultant dan juga salah seorang penilai dalam Pre-Seed Fund. So, pihak MDEC memberikan tugasan ini kepada En.Ritakamal memandangkan dia adalah seorang yang berpengalaman luas dalam bidang yang berkaitan dengan Pre-Seed Fund. Yelah, after this, kitaorang pun akan cuba untuk mendapatkan dana tersebut untuk projek master kitaorang.

Ok, ada banyak sebenarnya yang ingin aku kongsikan bersama sepanjang pengalaman hari ini. Antara pengalaman yang menarik adalah belajar tentang mind-mapping dan Brain-Stroming. Ok, Aku rasa tentu pembaca semua sudah biasa mendengar dan membuat mind map kan? Begitu juga dengan aku tetapi mind map yang diajar kali ini lebih menarik dan lebih berkesan.

Kenapa aku katakan ianya lebih berkesan? Of course kerana mind map tersebut diajar dengan cara yang betul dan sesuai dengan apa yang ingin kita capai. Satu kawalan utama ditengah dan pelbagai cabang yang sentiasa bercambah. Apa yang lainnya? Lainnya adalah kita boleh mengenalpasti apa yang ingin kita lakukan dan boleh membuang perkara2 yang tidak perlu kita lakukan.

So, agak canggihlah mind map ini. Ok, perkara kedua adalah brain stroming. Kitaorang dipecahkan kepada beberapa group dan dikehendaki membuat brain stroming. Setiap group diberikan tajuk masing2 dan tajuk kami adalah "Bagaimana melahirkan/menambahkan bilangan usahawan di Malaysia". Apa yang penting dalam brain stroming sebenarnya ada 2 peringkat.

Peringkat pertama adalah cuba listkan seberapa banyak mungkin idea yang berada dalam fikiran kita. Jangan fikirkan tentang idea tersebut samada logik atau tidak, just listkan dulu kesemuanya. After dapat semuanya, barulah kita tapis cadangan mana yang berkualiti. Biasanya hanya 20-25% sahaja daripada semua itu berkualiti.

So, itu antara teknik yang diajar. Ada juga dia menanamkan semangat motivasi kepada kami semua. Dia membawakan kisah 2 orang peniaga pisang goreng(Aku ringkaskan+sedapkan cerita ye, tapi main point tak berubah). 2 orang ini mendapatkan bekalan bahan mentah (pisang) daripada pembekal yang sama, dengan harga yang sama dan turut berniaga pisang goreng tetapi tahap perniagaan mereka berdua ini berbeza.

Peniaga A ini mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda berbanding peniaga B. Peniaga B hairan kenapa si A ini boleh mendapat keuntungan yang tinggi berbanding dirinya. Suatu hari, dia bertanyakan tentang perkara ini pada si A dan ini adalah jawapan yang diberikan:

Setiap orang boleh berniaga. Setiap orang ada kemahiran yang tersendiri. Gunakanlah kemahiran itu untuk membuat apa yang kita inginkan dan yang paling penting, kita enjoy dengan apa yang kita lakukan. Buatlah strategi yang baik untuk melariskan perniagaan kita. Tinngkatlah usaha seperti berkerja di awal pagi dan sentiasalah senyum pada pelanggan.

So, banyak iktibar yang boeh diambil dalam kisah ini. Yes, kita boleh melakukan perkara yang sama. Buat business yang sama. Dapatkan bekalan daripada pihak yang sama. Juga melakukan jenis perniagaan yang sama. Tak salah semua itu tetapi setiap yang kita lakukan mungkin berbeza dengan denga apa yang orang lain lakukan.

Aku tidak merasakan bahawa ada faktor utama lain yang meyebabkan perbezaan sesetengah perniagaan yang dilakukan oleh orang kita. Tidak mungkin wujud perbezaan sekiranya peniaga kita melakukan perkara yang sama. Sama2 berniaga pisang goreng, sama2 mendapatkan bahan mentah yang sama tetapi masih wujud perbezaan. Perbezaan ini pula penentu antara faktor kejayaan dan kegagalan. Apa yang berbeza? What's the difference? The difference is YOU.

Kita sebenarnya yang mencorak segala-galanya. Kita yang menentukan jatuh atau bangun perniagaan kita. Aku tak nafikan bahawa kita hanya merancang tetapi Allah SWT yang menentukannya. tetapi jika kita tak berusaha, tak berdoa, berjayakah kita? Jika kita tiada strategi, berjayakah kita? Ya, kita boleh berjaya tetapi mungkin mengambil masa yang panjang.

So, banyak jugalah antara kisah2 motivasi yang diceritakan. Aku semakin bersemangat untuk menghadiri hari kedua program ini. Semoga semakin banyak input yang aku akan perolehi. Insyaallah...


Saturday, December 26, 2009

1 ALASAN SAHAJA...


9 Muharram 1431 Hijriah. Alhamdulillah... Arwah Abang Din selamat dikebumikan. Aku agak terkilan sebab tak dapat melihatnya untuk kali terakhir. Semoga roh Abang Din ditempatkan bersama2 orang yang beriman. Insyaallah....

Aku taknak cerita sedih2 dalam blog aku ni, so kali ni aku nak kongsikan dengan semua pembaca tentang satu prinsip motivasi aku iaitu Nak atau Tak Nak.

Actually, konsep Nak atau Tak Nak ini kawanku yang beritahu, so aku rasa konsep ini bagus untuk menjadikan diri kita lebih bermotivasi dan berdisplin. Aku juga berharap agar apa yang aku kongsikan disini bermanfaat untuk semua.

Ok, apa yang dimaksudkan dengan Nak atau Tak Nak tu? Seringkali kita bila menghadapi masalah, tension dan sesuatu yang kita tak dapat penuhi, kita akan cuba mencari something untuk dijadikan alasan. Seringkali juga jika kita gagal deliver something yang sepatutnya, kita akan cuba create pelbagai alasan agar diri kita dimaafkan atau tak dihukum.

Tapi pernahkah kita sedar bahawa alasan yang 1001 yang diberikan itu akan create masalah lain pula? Aku rasa kita memang takkan sedar kerana kita pada saat itu hanya ingin melepaskan diri kita sahaja atau setidak2nya terlepas untuk saat itu. Persoalan yang ingin aku utarakan adalah adakah perlu pelbagai alasan itu? Adakah perlu kita berusaha memikirkan 1001 alasan yang difikirkan logik itu semata2 untuk mengelakkan kita daripada dimarahi/dihukum?

Bagi aku, untuk membentuk diri supaya berdisplin, aku lebih suka dengan cukup 1 alasan sahaja. Tak perlu pelbagai alasan, tak perlu fikir macamana untuk menipu dan sebagainya. Samada alasan yang diberikan itu logik atau tidak, itu soal lain, yang penting cukup dengan 1 alasan sahaja.

Ok, di sini aku berikan 2 contoh mudah. Seorang pelajar tiba lambat ke kuliahnya, sepatutnya kuliah bermula pukul 9.00 pagi tetapi dia tiba pukul 9.30 pagi. Apa alasan yang diberikan kepada pensyarah? Banyak alasan yang diberikan olehnya. Antaranya ialah, kolej takde airlah untuk mandi, kena mandi kat blok lain. Bila turun untuk tunggu bas, bas lambat sampai. Bila dah berada dalam bas, jalam jem pulak. Dah sampai kat kampus, sempat singgah kat kedai sekejap, beli gula2, taknak mengantuk dalam kelas.

Itu situasi pertama. Ini situasi kedua. Lambat hantar tugasan. Tugasan sepatutnya dihantar pada semalam tapi hari ini baru nak hantar. Alasannya cukup banyak. Komputer ada problemlah, takde buku rujukanlah, masa singkat sangatlah, semalam elektrik kat kolej black-outlah, kedai printer tutuplah dan macam2 lagi.

Bagi aku tak payah nak create pelbagai alasan, cukup dengan 1 alasan sahaja. Just katakan, "Saya lambat bangun". Cukup setakat itu sahaja yang aku nak dengar(kalau aku jadi cikgu/pensyarah la...). Aku tak nak dengar pelbagai alasan lain. Sesetengah orang dia suka berkata, "berikan 5 sebab kenapa awak lewat sampai...". Aku tak suka macam ini sebab ianya boleh mendidik pelajar itu cuba untuk merekacipta masalah lain iaitu menipu. Tak perlu menipu pun, katakan yang benar sahaja. Nak datang atau Tak nak datang?

Sama juga dengan alasan untuk situasi kedua. Nak buat atau tak nak buat? Tak payah beritahu berjela2 panjangnya alasan yang menyebabkan kelewatan menghantar tugasan itu. Alasannya itu pulak sometimes logik tapi sometimes tak logik langsung. Tak payah cakap komputer kena viruslah, tak sempat save sebelum black-out dan sebagainya. Just kata "Saya tak buat" ataupun "Saya taknak buat".

Pada aku, perkara ini penting kerana ianya boleh mendidik kita tentang kejujuran dan displin. Kalau kita menerima sesuatu tugasan, buatlah dengan sedaya upaya. Kalau kita tak siap sedangkan orang lain boleh siap, ini bermakna something wrong dengan kita. Kalau orang lain boleh datang awal, kenapa kita tak boleh datang awal? Dahlah kita buat salah, kita cuba untuk memberi pelbagai alasan lagi. Dalam kata sopan, cuba cari alasan tetapi dalam bahasa kasar, kita cuba menipu.

So, banyak yang aku perhatikan tentang perkara ini especially kat universiti. Aku pun sometimes kasihan tengok diorang, sanggup menipu semata2 untuk lepaskan diri pada saat itu sedangkan apabila dia menipu, dia sudah create satu lagi dosa baru yang entah bila nak pergi mintak maaf.

Benda ini jika tidak dibendung dari awal2 lagi, takut akan membawa kepada tabiat. Tak settle je, terus ada 5-6 alasan. Bila tak sempat je, terus bagi 5-6 alasan. Tak perlu semua itu. Aku just perlukan 1 alasan sahaja. Alasan yang boleh menjawab persoalan aku, "Kenapa tak siap?","kenapa lambat?","kenapa tak pergi sana?". So, just 1 alasan sahaja untuk 1 soalan, tak payah nak tipu2 lagi.

Aku pun bukannya perfect, tak bermakna aku tak pernah bagi pelbagai alasan jika aku fail deliver something, cuma... yelah, cuba untuk memperbaiki diri aku sendiri. Lama-kelamaan, untuk mengelakkan diri kita ini menipu, teruslah bercakap jujur dengan 1 alasan sahaja. Sentiasalah berkata2 jujur walaupun pahit dan akuilah kesilaan kita, itu yang lebih penting sebenarnya.

So aku rasa setakat sini jelah dulu. Aku stop kat sini ajelah untuk kali ini. Insyaallah... next time aku akan cuba berkongsi prinsip aku lagi.


Thursday, December 24, 2009

ABANG DIN...


7 Muharram 1431 Hijriah. Dalam kita menempuh hidup ini, kita takkan terlepas daripada perasaan gembira dan sedih. Begitu juga aku dan keluarga kami hari ini. Dalam menerima khabar gembira tentang kejayaan anak2 saudaraku dalam PMR hari ini, seorang dapat 8A, seorang lagi dapat 4A 4B, kami sekeluarga tidak terlepas daripada ujian Allah SWT....

Tadi, dalam pukul 10.30 malam, aku mendapat khabar dari kakakku yang mengatakan bahawa abang iparku meninggal dunia. Dia meninggal kerana serangan jantung. Sebelum ini dia sudah bercadang untuk melakukan pembedahan tetapi tidak dapat dilaksanakan dalam waktu terdekat, terpaksa ditangguhkan buat sementara kerana kosnya yang tinggi dan risikonya yang berbahaya.

Namun siapa tahu, Allah SWT lebih menyayanginya. Dia dijemput menemui-NYA dengan meninggalkan seorang balu dan 4 yatim. Ikhlas aku katakan, hubungan aku dengan dia tidaklah seerat adik-beradik lain kerana dia tinggal dikawasan yang agak pedalaman bersama ibunya menyebabkan dia jarang balik tetapi isterinya (kakakku) sentiasa dihantarnya untuk bertanya khabar ayah.

Abang Din, itu panggilan yang biasa kami memanggilnya. Seorang yang warak dan pandai ilmu agama. Kerjanya ianya penyembelih ayam, penoreh dan malamnya pula mengajar mengaji Al-Quran dipondok. Dia tinggal di kawasan getah di Kuala Krai dalam keadaan yang sederhana sahaja.

Seorang yang baik dan tak ada perangai yang tak elok pada pandangan aku. Aku pun sometimes segan dengannya sebab dia pandai ilmu agama sedangkan aku ini kurang sikit. Dia juga agak pendiam, tak banyak cakap tapi bila nak tanya ilmu agama dan hukum, dialah yang akan dirujuk dahulu.

Dia juga tidak lokek dengan wang ringgit Setiap kali dia jumpa aku, mesti dia bagi duit sedangkan aku tahu bahawa pendapatannya tidaklah tinggi dan perlu lagi menanggung anak2 yang masih kecil.

Aku pun tak pasti samada boleh balik atau tidak untuk menziarahinya buat kali terakhir ini. Kawanku kata semua tiket bas dah habis kerana perayaan Kristmas ini. Kebetulan kreadit aku pula habis. Malam ini aku betul2 teruji. Duit ada banyak mana pun, tapi tidak dapat memenuhi apa yang aku inginkan terutamanya disaat2 seperti ini.

Apa2 pun, aku harap kakakku dan dapat mengharungi liku hidupnya selepas ini.

Abang Shariffudin.... Al-Fatihah....


Tuesday, December 22, 2009

KISAH ANAK PUNGUT-PART2...


5 Muharram 1431 Hijriah. Ok, kali ini aku nak sambung tentang kisah kawanku itu, A. Untuk pengetahuan semua, janganlah ada yang salah faham, A ada lah seorang perempuan normal, bukan OKU. Ayat aku masa last post yang berbunyi " Aku cuba bayangkan diriku sekiranya berada ditempatnya. Dilahirkan dalam keadaan cacat, diletakkan ditepi jalan lantaran keluarga malu untuk mengaku anak, dan dijaga oleh keluarga lain yang sentiasa mengungkit2 tentang anak pungut ini serta dijadikan orang suruhan semata-mata. Perasaan sedih dan bersyukur bercampur baur....", itu adalah bayangan aku sekiranya aku ini turut menjadi anak pungut.

Ada kawanku bertanyakan, adakah perempuan A itu seorang OKU? Jawapannya adalah tak. Dia normal. Ok, berbalik kepada kisah hidupnya yang penuh dengan kesabaran dan ketabahan itu.

Aku ada bertanyakan lagi kepadanya, kenapa tak sambung belajar, setakat sijil mana cukup zaman sekarang ni. Dia kata maknya tak bagi belajar lagi, tak payah duduk berjauhan, cukup dengan membantunya berniaga jahitan sahaja sedangkan dia tak minat pun. Adik-beradik yang lain digalakkan masuk U.

So, bila aku mendengar keluh-kesah dirinya, aku terasa simpati dengannya namun apa yang aku mamu lakukan? Just memberi nasihat dan motivasi jelah. Aku cuba mengambil pendekatan selamat iaitu menasihatkan agar dia berusaha untuk memajukan dirinya tanpa membuatkan ibubapanya marah/terasa hati. Tak baik kalau seorang anak menderhaka kepada ibubapa walaupun bukan ibubapa kandung.

Namun ada kawanku yang memberi nasihat yang kurang elok pada pendapat aku iaitu jangan menghiraukan ibubapanya. Dengan kata lain, jika ibunya menyuruh buat something, A ini takkan buat. So dah bercampur aduk pulak input yang diterima oleh A ini. Melihatkan keadaan yang seperti diceritakan oleh A ini, nasihat kawanku itu ada betulnya tapi... entahlah, aku rasa something yang kurang elok.

Ini kerana setakat ini, hanya sebelah pihak sahaja yang bercerita, aku tak tahu apa cerita sebelah pihak lagi. So, bila aku fikir2 lagi, lebih elok aku mengambil pendekatan yang ibarat kata orang tarik tali dalam tepung, tali tak putus dan tepung tak berterabur. Hubungan kekeluargaan tak putus, A tak menderhaka dan A dapat apa yang sepatutnya dia dapat. Dari pihak ibubapanya pula, anaknya itu tidak menderhaka kepada mereka dan boleh diharapkan untuk membuat sesuatu.

Baik buruk ibu bapa angkat itu, mereka tetap ibubapa kita walaupun bukan yang melahirkan kita. Mereka yang telah membesarkan kita dari kecil sehingga sekarang serta menyediakan keperluan asas untuk kita. Samada mereka menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik atau tidak, itu jawapan yang mesti dijawab oleh mereka pada hari akhirat nanti dihadapan Maha Mengetahui. Kita sebagai anak, mesti jalankan tanggungjawab kita dengan sepenuhnya walaupun ibubapa kita tidak berbuat demikian terhadap kita. Jika tidak, ibu bapa digelar tak bertanggungjawab, kita juga boleh digelar sebagai anak yang tidak bertanggungjawab.

Ibubapa ini akan disoal tentang amanatnya oleh Allah SWT seandainya mereka tidak menjalankan tugasnya dengan adil dan baik, begitu juga dengan si anak. Then sometimes, ibubapa yang sudah cuba berusaha menjalankan tanggungjawab mereka, tidak akan dihukum sebaliknya jika anaknya tidak berusaha bersungguh2 menjalankan tanggungjawab mereka, mereka akan disoal. Inilah besarnya ibubapa disisi Islam.

Sebab itu aku lebih suka menasihati secara sesuatu yang tidak akan menyebabkan ibubapa angkat A ini tersinggung. Mungkin ada dikalangan pembaca blog ini kurang bersetuju dengan aku tapi bagi aku, itulah yang sebaik2nya. Keredhaan ibubapa adalah keredhaan Allah SWT. Samada mereka menunaikan tanggungjawab mereka atau tidak, itu soal antara mereka dengan Allah SWT tetapi kita sebagai anak?

Walaupun mungkin benar A ini anak punggut, A mesti juga mentaati ibubapa angkatnya selagi tidak bertentangan dengan Islam. Apa perkara yang tidak membatasi undang2 Islam, itu tak perlu aku ceritakan, anda semua boleh mengkajinya sendiri. Bersyukurlah A atas rezeki yang Allah SWT berikan, at least ada juga keluarga dan rumah sebagai tempat berteduh. Ramai lagi anak yatim yang berkeliaran diluar tanpa sebarang jagaan dan perlindungan.

Bagi aku pula dipihak ibubapa, sayangilah anak2 anda dengan adil walaupun mungkin ada antaranya adalah anak pungut. Itu adalah amanah Allah SWT kepada ibubapa. Cubalah jalankan amanah itu dengan sebaik2nya. Kebanyakkan anak2 muda memberontak,membuat perangai tidak elok dan sebagainya adalah berpunca daripada didikan ibubapa. Didikan dari rumah inilah yang banyak membentuk perilaku anak2.

Janganlah dikira samada anak kandung atau bukan anak kandung, ibubapa yang sudah bersetuju untuk mengambil anak angkat/anak pungut maka jagalah mereka dengan penuh kasih sayang dan adil. Mereka juga anak anda. Janganlah dibeza2kan mereka.Elok didikan ibubapa, eloklah anaknya. Aku tak berniat untuk mengajar ibubapa tentang apa yang elok dan apa yang tak elok, apatah lagi untuk tunjuk pandai, tapi aku juga seorang anak yang sama berperasaan dengan anak2 lain.

So, aku rasa cukuplah setakat ini sahaja komen aku tentang anak pungut. Kepada kawanku, A, aku harap dia dapat bersabar dalam dugaa hidupnya, masih ramai lagi sebenarnya yang mengalami nasib yang lebih teruk berbanding dengannya. Apa pun, aku dan kawan2ku yang lain sudi membantu sekiranya A memerlukan khidmat nasihat dan motivasi. Insyaallah...


Monday, December 21, 2009

KISAH ANAK PUNGUT-PART1...


4 Muharram 1431 Hijriah. Ok, post aku kali ini adalah untuk menceritakan tentang salah satu pengalaman yang dapat aku pelajari di LPU2. Ada banyak sebenarnya yang ingin aku kongsikan dan ini adalah salah satu daripadanya.Cerita ini adalah daripada seorang kawan perempuan yang aku kenali semasa LPU2 tersebut dan cerita ini daripada tuannya sendiri. Aku takkan menamakan kawanku ini, cukuplah aku namakannya sebagai A.

Aku tak bermaksud menceritakan kisah A ini untuk menghinanya/mencacinya tetapi atas dasar kasihan mendengar kisah hidupnya. Mungkin ada diantara pembaca yang mempunyai idea/cara untuk menolong A ini, bolehlah memberitahu aku.

3 hari aku berada di LPU2 ini, baru aku kenal A ini. Dia seorang perempuan yang pendiam dan tak banyak cakap. Air mukanya sepanjang aku mengenalinya juga sentiasa murung, jadi timbul dihati aku dan seorang lagi kawanku untuk mengenalinya lebih lanjut. Bila dah mula rapat, barulah aku mengetahui tentang kisah A ini.

Kata A ini, dari kecil sehingga sekarang(19 tahun), dia jarang menikmati kasih sayang ibu bapa. Dia juga ragu-ragu dengan status dirinya. Dari kecil sehingga sekarang, ibunya sentiasa menyebut dia ini anak pungut, anak pungut, anak pungut. Ibunya sentiasa mengungkit2kan bahawa dirinya adalah hanya anak pungut. Dia begitu sedih dan kecewa tetapi surat kelahiran dan ic tertera nama ayahnya. Itulah yang sentiasa menjadi kebingungannya.

Ayahnya seorang ustaz dan ibunya seorang businesswomen dalam bidang jahitan. Sejak kecil, dia jarang mendapat apa yang diinginkannya, apa yang dilakukannya adalah atas arahan ibunya. Dia minat memasak tetapi terpaksa belajar bidang jahitan di kolejnya. Dia mesti berkerja dengan ibunya. Memanglah bagus seorang anak membantu ibunya tetapi apa yang aku tahu adalah dia tak minat menjahit tapi lebih kepada memasak.

Bila dia bertanyakan tentang statusnya, ayahnya sentiasa mengelak dan silap haribulan, menjadi mangsa pukul ibunya. Rupa dan fizikalnya berbeza dengan adik beradiknya yang lain, yang lain-lain agak gelap sedikit tetapi A ini agak putih orangnya. Mukanya juga berbeza dengan wajah ibu bapanya. Bila diarahkan untuk membuat kerja seperti mengemas rumah, masak dan menjaga anak2 kecil(ibunya ada mengambil upah menjaga anak2 saudara), dia sahaja yang diarahkan sedangkan adik-beradik yang lain hanya goyang kaki sahaja.

Dia banyak menceritakan tentang kisah hidupnya seperti dimarahi oleh ibunya sedangkan bukan salahnya dan sentiasa dibanding2kan dirinya dengan adik beradik lain. Dia ini anak kedua daripada 5 adik beradik. Kakaknya ada belajar di IPTA tetapi dia hanyalah pelajar kolej dan tahap akademiknya agak kurang. That's why dia sentiasa dibanding2kan dengan adik-beradiknya yang lain.

Pernah juga dia memberitahu dia dipukul oleh ayah dan ibunya kerana mempersoalkan tentang statusnya. Jika benar dia ini anak pungut, nyatakanlah kebenarannya dan dia juga sentiasa merayu agar dilayani seperti adik-beradik lain, bukan sekadar orang suruhan. Aku tak nak mempersoalkan hak dan amanah ibu bapanya tetapi inilah yang diceritakan olehnya.

Pernah dia terfikir untuk lari sahaja dari rumah lantaran tidak tahan dengan tekanan tetapi membatalkan hasratnya memandangkan dia ini kurang kawan dan dirinya juga seorang perempuan. Kadang-kala, bila dirinya dimarahi oleh ibunya, adik-beradik lain turut menyampuk bagaikan menyimbah minyak terhadap baraan api.

So, after dia menceritakan sedikit sebanyak tentang lifenya, kami ada juga memberikan beberapa nasihat untuk dia manfaatkan. Walaubagaimanapun, kitaorang still menghubungi satu sama lain dalam memberi nasihat serta motivasi untuknya.

On the last night kat LPU2 tu, sambil2 baring untuk tidur, aku terkenangkan kisah sedihnya, tanpa aku sedari air mataku mengalir keluar. Aku cuba bayangkan diriku sekiranya berada ditempatnya. Dilahirkan dalam keadaan cacat, diletakkan ditepi jalan lantaran keluarga malu untuk mengaku anak, dan dijaga oleh keluarga lain yang sentiasa mengungkit2 tentang anak pungut ini serta dijadikan orang suruhan semata-mata. Perasaan sedih dan bersyukur bercampur baur....

Aku bersyukur kerana walaupun aku dilahirkan dalam sebegini rupa, aku masih mempunyai keluarga yang menyayangi aku dan mengambil berat tentang diriku. Aku diberikan pendidikan yang baik sehingga boleh menulis blog ini hari ini. Kalaulah aku menerima nasib seperti A ini, aku pasti, takkan wujud blog ini.

So, itulah pengajaran yang paling berguna sepanjang LPU2 ini. Sesuatu yang takkan dapat dijual beli. Pengalaman A ini cukup menginsafkan dan mematangkan aku agar lebih menghargai hubungan sillaturrahim antara adik-beradik serta kawan2ku yang lain. Untuk A ini, aku mendoakan agar dia sentiasa bersabar dan tidak lemah semangat dalam mengharungi liku hidupnya. Insyaallah...


LATIHAN PEMBENTUKAN USAHAWAN 2-PART 2...


4 Muharram 1431 Hijriah. Ok, kali ni aku akan sambung cerita tentang LPU2 aku tu yang aku kata aku boring tu kan. Masa boring ni, kitaorang pergi mancing kat area yang berdekatan. Kat area resort ni, ada satu kolam besar yang byk ikan, so kitaorang pun trylah pancing, itupun after melihat staff resort tu dapat ikan.

So, bila dah tengok orang lain dapat ikan tu, tercabar jugak la maruah kawan2ku untuk memancing. Aku takdelah minat sangat bab2 mancing ni tapi boleh la, just untuk rilek la kan. So, petang itu jugak kawan2 aku minta kunci kereta pegawai MARA yang bertugas untuk memantau proses kursus itu untuk pergi ke pekan berhampiran membeli tali pancing. Jorannya just gunakan kayu dan mata kailnya dapat daripada staff resort tu.

Bila dah dapat, terus pancing. Alhamdulillah, dapat dalam 20 ekor lebih tu(2 hari punya proses pemancingan)..... So, ikan itu semua kitaorang minta simpan kat freezer resort. Aku just ponteng tengahari itu je, kawan2ku ada yang ponteng sehari direct. Aku ingatkan geng2 aku je yang mancing, bila ada orang lain tengok, terus diorang nak join sekaki, itu yang kaki ponteng sampai 7-8 orang tu. Diorang pun tension jugak duduk dalam kelas tu.

Kenapa aku kata diorang tension? Kenapa aku pun turut ponteng? Actually, untuk kelas pengajaran Rancangan Perniagaan(RP) tu, kitaorang agak tension sebenarnya dengan instructor
yang mengajar bahagian kewangan. Aku bukan nak kutuk la kan, tak baik mengata guru tapi yelah, dia jenis yang mesti ikut dia 100%.

Kitaorang dah ada template kewangan yang mudah, dapat daripada kawan2 lain. Template tu ikut standard MARA, kita just masukkan nombor2 je, segala calculation dan formulanya sudah tersedia dalam tu, so, masukkan nombor then terus dapat jawapan kiraan. Instructor itu tak suka, dia kata mesti pakai dia template dia je, pening kepala dia nak check sorang2. Dia perlu professional sebenarnya, tak boleh rasa bahawa cara dia je yang betul dan mudah.

Bagi aku, instructor yang bagus adalah jenis orang yang boleh mengikut keadaan. Kalau ada cara yang lebih mudah dan simple tentang sesuatu perkara itu, why not kita bincang ramai2 tentang cara tersebut, lebih mudah para peserta memahami bahagian kewangan tu.

Sebelum itu, ada kawanku yang bertanyakan soalan kat dia, kawanku tak faham tentang satu term dalam buku yang diberikan tu, then instructor tu kata, "ini yang saya malas nak bagi buku ni". La... dah diberi buku, kitaorang baca jelah, bila tak faham dan tanya dia, dia jawab macam tu pulak. So, banyak lagilah komen2 peserta lain yang negatif terhadap instructor ini, tak perlulah aku jelaskan semuanya. That's why, ramai yang join memancing dengan kitaorang.

Oklah, bila dah selesai proses pembelajaran, the last day tu kitaorang ada buat BBQ. Dalam malam tu, ada jugaklah acara karaoke dan agak ramai yang turut menyumbangkan lagu. Petang sebelum tu pulak kitaorang pergi berkayak. Aku pun join jugak tapi tak kayuh la, kawan kat belakang yang kayuhkan.

Apa2 pun, banyak kenangan dan pengalaman baru yang aku lalui sepanjang LPU2 ini. Aku tak dapat nak selitkan gambar sebab saiz setiap gambar itu besar, lebih 1MB daripada yang diperuntukkan dalam blogspot ni. Tapi gambar tu aku dah upload dalam Facebook aku, so bolehlah kalau nak tengok aktiviti aku.

Oklah, next post, aku akan ceritakan tentang apa pengalaman menarik yang dapat aku kutip sepanjang LPU2 ini. Insyaallah...


Thursday, December 17, 2009

LATIHAN PEMBENTUKAN USAHAWAN 2-PART 1...


1 Muharram 1431 Hijriah. Alhamdulillah... dapat juga aku update blog hari ini. Actually, aku ada kursus Latihan Pembentukan Usahawan 2 di Pendang Lake Resort, Kedah selama seminggu dan tempat itu susah untuk dapat akses internet, itu yang aku tak dapat update blog ini. Tapi takpelah, sekarang ni aku dah berada di kolej, so dapatlah update perkembangan terkini aku. Ok, untuk post ini dan next post, aku akan storykan pengalaman aku sepanjang menghadiri kursus ini.

Kitaorang berenam bertolak ke sana pukul 10 pagi dan sepanjang perjalanan ke Pendang, agak banyak jugaklah tempat yang kami berhenti. Antaranya ialah, bila dah sampai kat Kedah, singgah sekejap kat Radix Fried Chicken (RFC), saja je nak try, sebelum ni just dengar je. So, bila dah try, aku rasa ok lah, yelah, local punya produk kan. Ayam dia takdelah besar mcm KFC (sebab guna herba sebagai salah satu makanan ayam, tidak dicucuk ubat).

Aku lebih suka dari segi minuman coke RFC, kurang gula dan memang bestlah dibandingkan minuman bergas yang lain. Lain2 makanan seperti french fries tu standard jelah. So, after makan2 tu, kitaorang meneruskan lagi perjalanan dan sampai di Pendang Lake Resort sekitar pukul 11 malam.

Kitaorang mulakan 'kuliah' pukul 9.00 pagi. Dimulakan dengan sedikit pengenalan diri dan ceramah dari pegawai MARA tentang program ini. First day itu agak rileks la, just dengan ceramah dan sedikit nasihat motivasi daripada consultant yang handle program ini.

Ada sesetengah peserta yang memperkenalkan diri mereka yang cukup aku kagumi. Antaranya membuka taska khas untuk anak2 kurang upaya, membuat kraftangan daripada bahan kitar semula dan berjaya eksport sehingga ke Texas serta ada yang membuka pusat refleksologi yang mana turut mengambil pekerja OKU penglihatan sebagai pekerja mereka. Respect betul aku dengan makcik2 dan pakcik2 ini (kebanyakkan peserta berumur sudah 40 keatas)

Second day, bermulalah cabaran kami iaitu belajar tentang bagaimana untuk menghasilkan Rancangan Perniagaan(RP) mengikut standard MARA. Kenapa ikut standard MARA? Ini kerana program ini adalah tajaan MARA dan bertujuan untuk mendapatkan dana pinjaman perniagaan daripada MARA.

Kami berenam asalnya menpunyai sedikit masalah untuk membuat RP ini kerana projek master kami masih dalam kajian sedangkan RP ini dibuat untuk memulakan perniagaan, dah ada produk untuk dijual sedangkan produk kami tak siap lagi, masih dalam kajian. So, kitaorang agak 'blur'.

Berbeza dengan peserta lain kerana mereka semua sememangnya sudah mempunyai perancangan untuk membuat perniagaan apa dan ada sesetengah daripada mereka sememangnya sudah mempunyai perniagaan masing2 cuma datang ke kursus ini untuk belajar cara membuat RP serta memohon pinjaman dana MARA.

Lagipun, kami diberitahu bahawa RP yang diajar ini lebih kepada sektor peruncitan, tidak melibatkan elemen teknologi dan IT sangat. So, agak susah sebenarnya untuk kami apply RP ini dalam perancangan projek ini. Walaubagaimanapun, secara general, kebanyakkan topik yang diajar ini masih boleh digunakan untuk membuat RP projek master kami. So, still belajar lagi cuma tak boleh nak buat secara lengkaplah.

Actually, dalam kursus2 sebelum ini yang aku sertai pun, aku dah belajar cara2 untuk membuat RP, so takdelah aku terkial-kial sangat untuk siapkan RP ini. Pengajaran tentang RP ini ada la dalam 3 hari, after that, mula la kitaorang boring. Ok, apa yang kitaorang buat masa boring tu? Next post aku akan ceritakan aktiviti kitaorang waktu boring, hehehe...


Wednesday, December 9, 2009

ICRIIS 09...


22 Zulhijjah 1430. International Conference on Research and Innovation in Information System 09. Itu adalah conference yang telah aku sertai pada 8 dan 9hb Disember, baru tamat tadi. Conference inilah yang aku beritahu dulu tu masa kat post presentation SKIT 7. So, untuk post kali ini, aku dedikasikan diri untuk bercerita tentang pengalaman aku sertai conference ini yang diadakan di Grand Paragon Hotel.

Ini adalah conference yang kedua yang aku sertai. Pertama semasa Diploma kat UTMKL dan ini yang kedua. Conference ini aku sebagai exhibition presenter, iaitu membentangkan projek PSM aku. Actually ada 2 perkara yang menarik pada aku sepanjang aku menhadiri conference ni. Pertamanya adalah seorang Prof dari UK bernama Lorna Uden telah dijemput sebagai salah satu presenter kat sini dan perkara kedua adalah aku dapat mencuba kerusi roda elektrik yang direkacipta oleh pensyarah UTM.

Ok, apa yang menarik sangat dengan kehadiran Prof.Lorna Uden tu? Ok, dia adalah salah seorang penilai untuk bahagian exhibition tu. Pada awalnya, bila aku bentangkan projek aku, it's ok but bila masuk bahagian OKU penglihatan buta (salah satu kajian kes aku), dia banyak mempersoalkan tentang keupayaan OKU buta ini dan ada membandingkan antara perkembangan teknologi untuk OKU buta di Malaysia dengan UK.

Bila dia banyak bertanya, aku tak mampu untuk menjawabnya. Bukan kerana aku tak ada jawapan tapi disebabkan oleh bahasa Inggeris aku. Yes, bahasa aku. Aku faham maksud soalan dia tapi aku tak mampu untuk menjawabnya balik. Aku akui bahawa english aku biasa je tambahan lagi perkara ini melibatkan beberapa penerangan saintifik tentang OKU buta. Istilah2nya juga aku tak berapa pandai nak olah.

So, agak teruk aku disoalnya secara bertubi2. Memang kena 'hentam'. Rasa macam nak je aku balas balik dalam bahasa melayu. Kalau Prof tu dari Malaysia, takpelah, boleh aku explain dalam bahasa rojak sikit, senang jugak aku nak terangkan jawapan soalan dia. So, bila dah kena
'hentam' tu, rasa nak marah pun ada, rasa agak terkilan pun ada jugak sebab tak dapat sampaikan maklumat yang sepatutnya dan rasa bersyukur.

Kenapa rasa bersyukur? Aku bersyukur kerana Allah SWT telah 'menghantar seseorang' untuk menyedarkan aku bahawa tahap penguasaan ilmu aku masih kurang. Tahap ilmu aku masih kurang tetapi telah merasakan bahawa diri ini pandai padahal tidak begitu. Tidak kisahlah siapa yang dihantar samada Islam atau bukan Islam, yang penting, mesej itu diterima.

So, bila aku renungkan semula tentang tahap ilmu aku, masih seperti langit dan bumi dengan golongan ahli akedemik itu semua. Ini bermakna, masih banyak lagi yang perlu aku belajar. Walaupun aku ada juga rasa nak marah tentang 'hentaman' tersebut tapi aku sedar bahawa tahap penyampaian aku belum cukup mahir serta masih ada lagi perkara2 yang aku terlepas pandang semasa proses menyiapkan projek aku itu.

Prof. Lorna juga ada membandingkan keadaan OKU penglihatan di UK dengan negara lain. Walaupun dia tidak membandingkan dengan Malaysia, aku dapat rasakan bahawa jauh bezanya antara keadaan OKU UK dengan Malaysia. Di sana banyak disediakan bantuan, undang2 untuk OKU dan sebagainya sehinggakan OKU itu tidak perlu muncul di dada akhbar/media untuk mohon bantuan.

Oklah, itu perkara pertama. Perkara kedua pula adalah aku dapat mencuba sebuah kerusi roda elektrik yang boleh digunakan dengan hanya menggerakkan kepala sahaja. Actually, kerusi itu menyediakan dua pilihan kawalan, iaitu menggunakan joy stick bagi OKU yang mempunyai tangan dan menggunakan kepala bagi OKU yang lumpuh sehingga tidak dapat menggerakkan apa2.

Ada sesetengah ciri2 yang terdapat pada kerusi tersebut sememangnya dicari2 untuk ditambahkan dalam kerusi roda elektrik yang bakal aku bangunkan ini. Antara ciri2 yang ingin aku gunaan adalah penggunaan sensor jarak yang mana sensor ini boleh membantu menghentikan kerusi roda tersebut seandainya hampir berlaku pertembungan/kemalangan.

So, pada pendapat aku, perkara ini amat berfaedah dalam membantu golongan OKU yang perlukan pergerakkan tanpa menyusahkan orang sekeliling mereka. Jika yang agak berkeupayaan, mereka ini boleh menggunakan kawalan joy stick yang lebih mudah digunakan tetapi masih boleh menggerakkan kerusi roda tersebut dengan menggunakan pergerakkan kepala.

So, overallnya, aku berpuas hati dan gembiranya sepanjang menyertai conference ini. Disamping 2 perkara itu, ada juga beberapa perkara lain yang menarik seperti berkenalan dengan lebih ramai ahli akademik seperti Prof.Shamsul dari Universiti KL, Prof.Murni dari UIA dan sebagainya. Makan kat hotel ini pun best jugak. So, disini aku lampirkan beberapa keping gambar untuk tatapan.


Gambar1: Alat kawalan kerusi roda elektrik



Gambar2: Topi digunakan untuk kawalan kerusi itu



Gambar3: Bergambar dengan pensyarah



Gambar4: Makan malam ICRIIS 09



Gambar5: Aku menang kategori 'IT Innovation Award For The Future'



Monday, December 7, 2009

BELAS IHSAN...


20 Zulhijjah 1430 Hijriah. Hari ini aku tak tau nak post apa, just something yang pernah menjadi experience aku selama aku bergelar student OKU ini, just satu perkara yang mungkin boleh diambil ikhtibar. Satu perkara yang selalu dikatakan oleh orang2 lain dan juga oleh kawanku sendiri iaitu belas kasihan. Satu perkara yang cukup aku tak suka terutamya yang berkaitan dengan simpati/ belas kasihan orang terutamanya jika ada kata2 yang mengaitkan kekurangan aku untuk meraih simpati.

Aku actually tidak suka mempergunakan kekurangan aku untuk meraih simpati atau cuba mendapatkan sesuatu dengan cara yang meminta belas ihsan. Ada orang mengatakan si OKU itu menang sebab orang kasihankan dia je, si OKU itu berjaya sebab cikgu dia simpati kat dia je dan si OKU itu dapat benda itu sebab dia merayu2 kat orang itu je. Ini menunjukkan bahawa OKU itu mempergunakan dan mengambil kesempatan keatas kekurangannya untuk mendapatkan sesuatu.

Bila ada orang yang mencadangkan aku supaya aku mempergunakan kekurangan aku untuk dapatkan something, aku biasanya just tersengih dan ketawa jelah, paling tidak pun just layan jelah sembang2 tersebut untuk 'main angin' orang tu. Jauh disebalik hati aku, aku tak suka sebenarnya. Aku tak suka mempergunakan kekurangan aku untuk dapatkan sesuatu. Bagi aku, itu tak adil.

Aku tak nafikan bahawa jika aku atau mana2 OKU merayu2 minta belas ihsan untuk dapatkan sesuatu, peratusan untuk berjaya adalah tinggi lantaran sifat prihatin dan kasihan masyarakat terhadap golongan OKU ini. Dan aku tengok, semakin ramai yang berbuat sedemikian. Aku tak salahkan OKU itu sekiranya mereka itu betul2 tidak mampu untuk berbuat apa2, hanya boleh merayu sahaja tetapi yang aku pelik+tak suka adalah mempergunakan kekurangan tersebut tanpa sebarang usaha.

Aku juga akui bahawa perkara ini sememangnya tidak dapat dielakkan. Bahkan bukan si OKU yang merayu2 pun tetapi pihak lain yang bersimpati terhadap OKU itu menjadikan OKU itu dapat apa yang diperlukan. OKU itu dimanjakan sehingga naik lemak, nak apa2, mintak je, tanpa perlu usaha. Aku tidak pula mengatakan bahawa rakyat Malaysia jangan bantu OKU, tidak... malahan aku sebaliknya menggalakkan sifat tolong-menolong tersebut.

So, apa yang aku bebelkan dan marahkan ini? Itu jenis OKU yang suka mempergunakan kekurangannya. Apa pula aku? Apa yang aku kesalkan adalah orang menafikan kebolehan OKU dan menganggap setiap kejayaan OKU adalah hasil belas ihsan masyarakat, bukan kerana usaha OKU tersebut. Tak payahlah aku ambil contoh orang lain, cukuplah dengan experience aku sendiri.

Dulu, bila aku diumumkaan sebagai salah seorang yang terpilih sebagai 5 terbaik untuk projek PSM aku, ada kawanku yang mengatakan 'ala... lecturer kesian je tu' dan 'lecturer sengaja bagi markah tinggi je tu....'. So, apa yang aku mampu katakan untuk perkara ini? Aku bersusah payah untuk buat yang terbaik, 2 kali seminggu jumpa penyelia, stay sampai subuh buat kerja, habis kreadit top up berpuluh2 untuk call kawan dan lecturer untuk buat appointment, masuk kursus itu kursus ini untuk belajar .NET, tak balik kampung walaupun cuti panjang dan sebagainya, siapa yang tahu?

Orang hanya tahu bercakap dan bercakap sahaja sedangkan tidak menggunakan akal serta mata hati untuk berbicara. Walaupun aku pun tak mampu untuk nafikan sedikit sebanyak kebenaran kata2 tersebut, yelah, mungkin ada benarnya juga kata2 tersebut sebab kita sebagai manusia biasa setidak2nya ada sedikit perasaan prihatin dan belas ihsan tapi bukan itu yang aku tujukan. Bukan itu yang aku mahukan.

Aku sebenarnya cuma mahukan layanan yang adil dalam sebarang penilaian yang dilakukan terhadap hasil kerja aku. Janganlah ada perasaan kasihan terhadap aku. Jika hasil kerja aku teruk, katakan teruk, jika perlu marah aku, marahlah aku, aku lebih suka begitu. Tak guna jika aku hanya mengharapkan belas ihsan orang sedangkan aku tak berusaha pun. Bila aku berusaha, ada orang kata dapat simpati pulak.

Aku lebih suka dan gembira seandainya aku berjaya mendapat sesuatu atas usaha aku sendiri, bukan atas dasar kasihan. Biarlah aku fail untuk mendapat sesuatu yang aku inginkan asalkan aku gembira kerana aku tahu dimana silap aku, aku tahu macamana cara untuk memperbaiki kesilapan tersebut agar aku boleh comes out lagi dengan hasil kerja yang lebih elok.

Aku pun ada sifat 'perfectionist' iaitu inginkan sesuatu kerja itu sempurna/bermutu tinggi. Aku tak nak buat secara cincai2 sahaja, sekadar melepaskan batuk di tangga. Bila aku dah cukup banyak berusaha, dah penat dan dapat pengiktirafan, ada pulak yang kata aku dapat atas dasar simpati.

Aku sebenarnya pun bukannya nak sangat pengiktirafan/hadiah, cukuplah sekadar aku dilayan dengan adil dari segi penilaian hasil kerja aku. Aku cuba buat yang terbaik, berjaya atau gagal itu soal lain, tapi biarlah penilaian adil dilakukan. Bahkan aku sometimes rasa terhina jika hasil kerja aku tak seberapa tapi dipuji melambung2.

Hm.... entahlah aku apa yang perlu aku katakan. Aku taknak peduli sangat pun dengan kata2 orang. Aku lebih suka jika perkara yang orang katakan itu benar, aku boleh improve lagi, jika apa orang itu katakan adalah salah, buat apa ambil peduli, memang tak betul pun. Tapi yelah, memang fitrah manusia yang tidak suka mendengar perihal buruk dirinya diperkatakan apatah lagi jika perkara itu tidak benar tapi apakan daya aku? Cukupkah dengan mendiamkan diri sahaja?

Hm..... inilah salah satu perangai makhluk yang bergelar manusia....



Saturday, December 5, 2009

BUKIT GAMBANG RESORT CITY...


18 Zulhijjah 1430 Hijriah. After kitaorang meraikan harijadi aku dan 2 lagi ahli keluarga kakak ipar aku, kitaorang keesokkanya pergi ke Bukit Gambang Resort, Kuantan, Pahang. Disebabkan aku berasa berpuas hati dengan resort ini, so aku terasa nak share lah serba sedikit dengan pembaca blog ini semua. Kitaorang pergi dengan 2 buah kereta dan ramai dengan budak2. Bertolak waktu pagi dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam.

Resort ini baru sahaja dibuka, tak silap dalam pertengahan tahun ini. Itu pun disebabkan abang aku dan isterinya pernah menjalani kursus kat sana, itu yang kenal tempat ni. Sampai disana, terus check in dalam satu suite (dipanggil apartment, aku pun tak pasti kenapa dipanggil apartment, biasanya suite je). Dalam suite itu ada 2 bilik, satu bilik ada 2 katil super single, kiranya muatlah untuk satu family, kat ruang tamu itu pun boleh tidur jugak.

Hotel dan taman temanya diletakkan berasingan, maknanya perlu berjalan dulu untuk ke taman temanya tetapi disediakan pengangkutan yang kitaorang panggil 'keretapi', kena bayar RM 1 setiap orang (aku percuma je). Peralatan2 lainnya seperti pelampung kena sewalah dan kadar sewaan berbeza bergantung kepada saiz dan jenis pelampung.

Apa yang menarik disini? Of course water theme park nya. Water Theme park nya boleh aku bahagikan kepada 4 iaitu dua untuk kawasan yang biasa, satu khas untuk kanak2 dan satu yang kat atas bukit. Kat bahagian kanak2 itu agak cantik dan kreatif designnya, bertemakan penguin dan ikan piranha, memang ramai kanak2 yang bermain kat sana.

Kat bahagian biasanya pulak, standard waterpark la kan, ada simple2 ombak dan sedikit air terjun kecil. Kat situ ada kawasan yang diletakkan pasir bagi menimbulkan suasana pantai ditambah pula dengan beberapa hut untuk berteduh yang dipanggil 'cabana', memang timbullah suasana pantai (cabana mesti disewa, baru boleh duduk).

Kat kawasan bukit itu ada satu lagi kawasan untuk bermain tapi lebih kepada meluncur dengan pelampung dari bukit. Laluan luncuran itu memang tajam, aku yang tak naik tapi melihat laluannya pun dah boleh rasa kecerunannya dan ketajaman selekohnya.

Selepas itu aktiviti kitaorang adalah main air tapi aku tak join sekali, maklumlah, tak pandai nak berenang. Bila dah puas semua mandi-manda, dah nak petang dah, kitaorang pun naik semula ke hotel. Aktiviti kami bukan setakat itu sahaja, malamnya pulak ada tengok pertunjukkan silap mata. Show tu takdelah best sangat pun tapi bolehlah untuk level kanak2 dan agak happening sedikit sebab ahli silap mata itu pandai berinteraksi dengan penonton.

Makan katsini pulak kira best jugalah dan 'best' juga pada harganya, yelah standard resort dan hotel kan. Untuk makan2 pula, aku difahamkan ianya termasuk pada sewa pakej penginapan bilik hotel tu melainkan ada waktu2 tertentu yang kita nak makan dan melebihi bilangan orang yang sepatutnya, yang itu di kira caj lain.

So, keesokkan harinya after kitaorang breakfast dan ronda2 sekejap, kitaorang terus ke rumah abang aku di Temerloh. Just around 1 jam je daripada resort tu. Rehat kat situ sehari dan pulang semula ke Segamat. So, overallnya aku rasa bolehlah anda semua yang ingin bercuti dengan family atau kawan2 kat sini, memang menarik. Aku promote ini pun sebab aku rasa ok, kalau tak ok aku pun malas nak promote tapi yelah citarasa setiap orang berbeza. Mungkin aku rasa best tapi sebaliknya terhadap orang lain.

Apa2 pun, di sini aku lampirkan gambar untuk tatapan.



Gambar1: Bangunan hotel Bukit Gambang Resort City



Gambar2: Welcome



Gambar3: Kak Ina dan Kak Odah



Gambar4: Alin dan Fazley



Gambar5: Menjamu selera




SELAMAT HARI JADI...



18 Zulhijjah 1430 Hijriah. Sudah lama aku tak update blog ini, bukan taknak update tapi kekangan masa dan connection internet yang slow menjadikan terasa malas untuk update. So, sekarang ini aku dah berada di universiti, boleh la update blog aku ni. Ok, kali ini aku nak story tentang sambutan harijadi aku yang diadakan di Segamat pada 30hb November lalu.

Actually, aku jarang sambut harijadi ini apatah lagi bersama family, kalau ada pun dengan kawan2 aku je la. So, kali ini family belah kakak ipar aku buat sambutan ini juga bersempena dengan 2 lagi orang yang turut menyambut harijadinya. So, kira sambut untuk 3 orang sekaligus la.

Sorang lagi adalah kakak ipar abang aku dan seorang lagi adalah anak saudara kakak ipar aku, so kat atas kek itu ada 3 nama la. Majlis dibuat secara simple2 jela, buat BBQ kat halaman rumah. Suasananya ok, maklumlah, aku ini suka memerhati dan menikmati suasana sesuatu tempat.

Antara menu yang menjadi hidangan adalah BBQ (ayam dan daging), french fries, sumi (jeli) dan kek. Walaupun simple sahaja tapi bagi aku ianya cukup bermakna. Mengingati tarikh harijadi aku pun sudah cukup aku hargai, tak perlu buat sambutan dan beri hadiah pun. Yelah, bila kita mengingati harijadi, itu menunjukkan orang itu concern dan take care terhadap kita. Itu yang aku hargai.

So, aku pun taknak bercerita panjang tentang sambutan ini, tapi apa2 pun aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang wish harijadi aku samada melalui FB ataupun SMS ataupun meraikannya di Segamat, Terima kasih banyak2, semoga anda semua juga sentiasa panjang umur dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Insyaallah...



Gambar1: Dah nak habis pun



Gambar2: Kek harijadi



Gambar3: Menjamu selera



Gambar4: Tengah cari makanan



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...