Wednesday, December 29, 2010

KONSEP PERNIAGAAN CINA - PART1...


22 Muharram 1432 Hijriah. Ok, untuk post kali ini aku ingin membuat sedikit pembongkaran tentang business model yang telah digunapakai oleh golongan peniaga cina di negara ini. Aku mohon maaf sekiranya post ini mengundang 'luka' pada kaum cina terutamanya golongan peniaga. Tujuan aku post tajuk ini adalah aku ingin membaca menilai sendiri bagaimana orang cina melakukan perniagaan mereka. Aku akan cuba buat dalam dua situasi iaitu situasi negatif dan situasi positif. Aku pergi yang negatif dulu, ada sebabnya.

Pernah dengar cerita ini: Orang cina mengatakan kepada anaknya: 'Ah Chong a... nanti u sudah busat, mesti jadi tauke ar... mesti jadi tauke....'. Orang melayu pula mengatakan kepada anaknya: 'Ahmad, belajar pandai2 ye, nanti bila besar, senang dapat kerja dengan kerajaan, senang cari kerja...'

Orang cina sememangnya dikatakan pandai berniaga. Tak kira dikawasan mana mereka tinggal, di negara mana mereka lahir, mereka dikatakan pandai berniaga. Tapi betulkah itu semua? Betulkan mereka ini berniaga secara jujur tanpa sebarang penipuan? Bagaimana cara mereka menguasai ekonomi menerusi perniagaan? Mungkin apa yang aku perkatakan ini ada salahnya, so kalau ada yang terseilap, harap boleh tegur la ye.

Ok, dalam business model orang cina, mereka sebenarnya cuba memegang sumber sesuatu perkara/produk sedangkan bagi orang melayu, mereka lebih kepada menggunakan sumber tersebut. Sebagai contoh, peniaga melayu menggunakan gula untuk buat air minuman, buat kuih, guna dalam masakan dan sebagainya sedangkan orang cina tidak. Orang cina cuba menguasai apa yang orang melayu gunakan tersebut iaitu gula tersebut. Orang cina diibaratkan sebagai manufactures dan orang melayu sebagai service provider terhadap produk tersebut.

Apabila orang cina ini menguasai sumber, mereka boleh sesuka hati menaikkan harganya, menjual kepada sesiapa sahaja dengan harga yang tidak adil dan sebagainya. Dalam contoh gula tadi, mereka boleh menaikkan harga gula sesuka hati mereka. Pihak kerajaan tidak mampu mengawal mereka kerana sumbernya berada pada mereka. Nak tak nak, kerajaan akan akur, dan kita sebagai rakyat inilah yang mesti menanggungnya. Ada sesiapa yang nak mogok gula?

Begitu juga dengan produk lain seperti ayam. Daripada pengeluaran dedak ayam sehinggalah penjualan ayam itu sendiri, semuanya dikawal oleh golongan peniaga cina. Kita biasanya hanya pergi kekedai dan beli sahaja, walaupun harganya mahal, tetap beli. Kebiasaannya harga2 ini meningkat semasa hampirnya perayaan hari raya, deepavali dan Kristmas. Pada masa perayaan Tahun Baru Cina, pernah dengar harga ayam naik? Pernah dengar harga limau naik? Tak pernah kan...

Business model lainadalah dari segi senarai harga. Mereka mempunyai senarai list harga yang berbeza untuk orang yang berbeza. Ini adalah daripada pengalaman aku sendiri berbual dengan kawan cinaku. Sebagai contoh dalam business peralatan komputer. Jika seorang cina berkunjung ke kilang cina, satu harga akan diberikan. jika kaum lain yang pergi, mereka ini akan memberikan senarai harga lain walaupun produknya sama. Perbezaan harga dalam senarai adalah lebih kurang 25%-30%. So, bila peniaga cina menjual produk tersebut, harga mereka lebih murah berbanding peniaga melayu tawarkan.

Peniaga melayu terpaksa menjual peralatan mereka dengan harga yang mahal kerana mereka memperolehi harga yang mahal daripada supplier cina. Bila pengguna melihat harga yang mahal tersebut, mereka akan beralih arah kepada pekedai cina. Lama kelamaan perniagaan melayu terpaksa ditutup dan ini membolehkan perniagaan cina menguasai ekonomi barangan tersebut. Lama-kelamaan, apabila sudah menguasai ekonomi, mereka bebas untuk meletakkan harga mereka dan pengguna terpaksa membayar sahaja.

Orang cina juga seboleh2nya cuba mengamalkan konsep tukar baru. Maksud tukar baru adalah jika mereka membuka bengkel membaiki kereta dan ada customer yang datang untuk checkkan keretanya. Mungkin kereta itu just rosak sedikit, tiada perlu ditukar ganti barangan dalam kereta tersebut. Tapi peniaga tersebut akan mengatakan ada beberapa buah benda yang rosak dan perlu ditukar ganti. Customer yang tak tahu menahu bab2 kereta ini, terpaksa rela sahajalah membayarnya sedangkan peralatan itu tidak perlu ditukar pun, masih boleh dibaiki.

Konsep tukar baru juga ada dilaksanakan dalam tempoh waranti sekiranya . Mereka ini dalam waranti mengatakan akan cuba membaik pulih sesuatu barangan tetapi tidak. Ada yang aku ketahui selagi mereka boleh claims terhadap sesuatu perkara itu, mereka akan claims, mereka tidak akan mengatakan produk itu rosak kepada kita tetapi rosak pada supplier asal. Ada yang benar2 jujur dari segi waranti tapi disarankan agar berhati2.

Apa pun pada aku, itu adalah cara mereka. Kita sebagai orang Islam mempunyai etika dan tanggungjawab kita dalam menunaikan perniagaan kita. Aku bukan bertujuan untuk menimbulkan rasa benci ke, rasa prejudis ke atau apa2 perkara yang tidak elok, just ingin menyedarkan pengguna sahaja. Selepas ini, aku akan mengulas konsep perniagaan cina ini dari sudut positif pula dan diharapkan pembaca boleh memahami apa yang ingin aku sampaikan.


Sunday, December 12, 2010

GAJI - PART2...


22 Muharram 1432 Hijriah. Ok, kali ini aku nak kupas detail sikit lagi tentang post yang lalu. dalam post yang lalu, aku mempertikaikan tentang gaji2 CEO yang tinggi melangit dengan prestasi kerja mereka yang belum tentu sepadan dengan pendapatan tersebut. So, ini pula adalah sebuah kisah yang aku lalui sendiri dan bermuhasabah diri. Sebelum itu aku mintak maaf banyak2 sekiranya isu ini menjadi sensitif kerana ianya turut mempertikaikan kedaulatan raja-raja di negara kita. Aku tidak berniat untuk mempertikaikan apa, just muhasabah untuk diriku sahaja.

Berbicara tentang gaji yang tinggi melangit ini, aku 2-3 bulan lalu ada pergi ke Kampung Melayu Majidee untuk makan cendol bersama2 beberapa kawanku (cendol kat sini best). Tengah kitaorang menunggu cendol tu tiba, ada berbunyi siren polis keselamatan dan berlalu sebuah kereta sport (yang pada aku mesti mahal giler harganya) berlalu di jalan tersebut. Daripada plat kereta itu, fahamlah aku bahawa ianya kereta kerabat diraja. Takde apa2 yg berlaku pun, just gerombolan itu lalu sahaja.

Then makanan sampai. Masa tu aku nampak seorang pakcik tua parking kereta buruk+usangnya berhampiran setentang dengan kedai cendol tu. Keretanya itu betul2 buruk, kalau diberikan kepada golongan muda sekarang ini, free pun diorang taknak agaknya. So, time tu terfikir aku betapa jauhnya beza antara keadaan pakcik tua dan kerabat diraja tersebut. Bila timbulnya isu gaji tinggi ini, teringat pula aku kat kisah tu then thats why aku post tajuk ini.

Apa yang aku nampak adalah perbezaan antara kedudukan tinggi serta mewah kerabat diraja dengan rakyat amat tinggi, bagaikan bumi dan langit. Tak susah pun untuk melihat perbezaan ini, tengok saja pada kenderaan mereka, jauh bezanya. Maka, timbul rasa ingin tahu dihati, aku try buat sedikit kajian tentang pendapatan golongan kerabat diraja.

Mengikut Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982), elaun DYMM DiPertuan Agong amat tinggi iaitu RM 87,880 sebulan. Nilai yang sama diterima oleh Pemaisuri Agong. Lebih RM 53 juta diperuntukkan untuk perbelanjaan istana. Ok, perkara ini aku tidak ingin pertikaikan kerana aku mengetahui kedudukan DYMM dan peranannya dalam menjaga kestabilan politik serta undang2 dalam negara. Tapi bagaimana pula dengan bekas DYMM DiPertuan Agong?

Mereka ini menerima hampir RM 20K setiap bulan sehingga seumur hidup mereka. Bekas DYMM DiPertuan Agong sudah menerima elaun daripada pentadbiran negeri masing2 dan apabila tamat tempoh berkhidmat sebagai DYMM DiPertuan Agong, masih lagi menerima elaun tambahan. Ini sudah termaktub dalam Akta Istana Negara Elaun-Elaun Diraja 1982.

Begitu juga dengan penganugerahan pangkat2 lain dalam sistem keluarga diraja yang mana setiap anak raja akan dianugerahkan satu gelaran dan gelaran tersebut mempunyai elaun masing2. Bukan setakat anak-anak raja sahaja tetapi turut kepada isteri-isteri mereka dan setiap rankingnya mempunyai kadar tersendiri, of course Raja Muda paling tinggi. So, aku fikir, alangkah beruntungnya mana2 bayi yang dilahirkan dalam susur galur keturunan diraja sebab baru lahir je, dah confirm ada elaun yang menunggu.

Aku tiada masalah dari segi perbelanjaan negara yang disalurkan kepada kerabat diraja kerana mereka ada tugas2 mereka yang tertentu especially sebagai ketua agama dan ketua tentera. Cuma apa yang aku kisahkan adalah perbelanjaan tersebut adakalanya tidak masuk akal dan terlampau banyak.

Kalau seseorang itu dilahirkan dalam sebuah keluarga berada, takde masalah sebab sememangnya keluarganya itu berada, mungkin pendapatan ayahnya besar, atau juga perniagaan keluarganya maju, jadi dikira bertuahlah anak tersebut. Begitu juga kalau nak diikutkan dengan anak2 diraja ini, dilahirkan dalam keluarga diraja. Sepatutnya tiada masalah tetapi pada aku masalahnya adalah perbelanjaan merka dibayar oleh duit rakyat, dibayar oleh pembayar cukai. Bila lahir je kat muka bumi ni, confirm dah ada satu title untuk mereka dan dah confirm ada satu peruntukan elaun untuk mereka bila dah besar nanti.

Aku taknak panjangkan perkara ini, yelah, nanti orang kata aku jeles pulak, nak mempertikaikan kedaulatan raja-raja pulak dan sebagainya. Apa yang aku tertulis dalam blog ini adalah daripada hati dan jiwa aku sendiri yang melihat ketidakpandaian pengurusan kewangan dan penyalah saluran harta negara.

Next time, bila tengok kereta Porshe atau Lomborghini, mesti persoalan ini muncul dikepalaku "kereta sapa tu, kereta anak raja"....



Friday, December 10, 2010

GAJI - PART1...


3 Muharram 1432 Hijriah. Ok, untuk post kali ini, aku ingin membincangkan sesuatu perkara yang dianggap tak berapa lapuk, mungkin dianggap politik atau mungkin dianggap dengki. Apa2 jelah, yang penting pada aku, aku just terasa dunia ini unfair, itu je. Perkara itu adalah tentang gaji CEO di Malaysia yang dikatakan terlampau tinggi. Perkara tentang gaji ini agak 'boom' after ada beberapa pertanyaaan dan pertikaian berkaitan dengan ketelusan dan penyelewengan, tapi takpelah, aku just nak fokus kepada hal gaji itu sahaja untuk post ini.

CEO atau nama panjangnya Chief Executive Offiver adalah orang yang bertanggungjawab dalam menakhoda syarikat. Boleh dikatakan CEO adalah pihak yang bertanggungjawab dalam jatuh bangun sesebuah syarikat. Bagi sesebuah syarikat besar, kebiasaannya gaji CEO ini amatlah tinggi. Aku tak kisah sangat berapa tinggi sekalipun gaji CEO ini tapi apa yang aku kisahkan adalah adakah gajinya itu setimpal dengan prestasi dirinya? Adakah patut CEO ini menerima gaji yang tinggi dalam menguruskan syarikat berkaitan kerajaan (GLC)?

Sebagai contoh, gaji CEO TNB yang mana gaji tahunannya lebih RM 1 juta. Begitu juga dengan CEO SYABAS iaitu RM 5.2 juta, CEO CIMB iaitu RM 9.3 juta dan lain2 CEO. Aku actually kalau gaji syarikat perniagaan swasta tu tak kisah pun sebab itu based business diorang tapi yang aku hairan adalah gaji2 CEO GLC dan company2 kendalian kerajaan ini.

Sebagai contoh aku ambil gaji CEO TNB. Gajinya cukup tinggi sedangkan dia memonopoli dalam menguruskan kemudahan rakyat Malaysia. Syarikat TNB sememangnya mencatatkan keuntungan setiap tahun, tidak mungkin rugi sebab tarif elektri tak pernah turun, maka mungkin Board of Director berpuas hati dengan kerjanya, maka gajinya sentiasa tinggi. Pada aku, ianya tidak adil. TNB adalah satu2nya pihak yang mengawal sumber elektrik.

Cuba pihak kerajaan membenarkan ada syarikat swasta lain (mungkin ada 5-6 syarikat) yang berpeluang mengendalikan perniagaan tenaga elektrik dan pengguna di Malaysia juga berpeluang memillih provider elektrik mana yang diinginkan. Adakah prestasi TNB akan sama? Bila wujudnya persaingan dan pemilihan, barulah adil. Seandainya pihak kerajaan membenarkan perkara ini, orang ramai boleh memilih provider, cuba tengok prestasi CEO TNB ini? Kalau prestasi TNB naik, mencatatkan keuntungan selepas persaingan, yes, aku setuju gajinya tinggi kerana dia memang berkemampuan, berkaliber dan berhak untuk menerima gaji sebanyak itu. Ini tidak, dah lah memonopoli, gaji pula amat tinggi.

Begitu juga dengan gaji CEO SYABAS, pihak yang diamanahkan untuk menguruskan sumber kekayaan alam anugerah Allah SWT. Pihak ini bertanggungjawab untuk memastikan orang ramai mendapat bekalan air yang mencukupi serta menguruskan hal2 selenggara peralatannya. Syarikat boleh mengambil untung tapi janganlah terlampau tinggi. Adakah kesemua rumah di negeri itu 100% mendapat bekalan air yang mencukupi, bersih dan terawat? Aku tak pernah pula tengok bahawa jika elektrik ini terputus, jika bekalan air ini terputus, pihak yang bertanggungjawab membayar ganti rugi. Tiada sebarang denda/ganti rugi terhadap CEO ini bila berlakunya masalah sedangkan harga perkhidmatan mereka sentiasa meningkat.

Kalau sebelum ini ramai orang complaint terhadap syarikat Astro kerana mengenakan caj yang tinggi sedangkan jika cuaca tidak elok, langsung tiada siaran yang boleh ditonton. Orang ramai complain, jika siaran terganggu, sepatutnya mereka mendapat pampasan/ganti rugi atau sekurang2nya diskaun untuk bil mereka, tapi tidak dengan elektrik dan air. Yes, mungkin pihak TNB dan SYABAS boleh mengenakan caj seperti sekarang ini tetapi seandainya berlaku masalah seperti blackout/terputus bekalan air, mereka mesti bertanggungjawab, mesti ada pampasan.

Ada kilang yang mana jika blackout, boleh mengakibatkan kerugian yang besar, so siapa yang akan menanggung kerugian tersebut? Aku mempersoalkan hal ini kerana melihat dari sudut keusahawanan, ianya adalah kesilapan provider elektrik dan kerugian itu mesti ditanggung oleh pihak provider tersebut. Itu baru adil. Syarikat/kilang itu membayar bil yang tinggi setiap bulan tapi jika ada kesilapan dari pihak provider, mereka ini juga yang mesti menanggung kerugian tersebut. Jika ini benar2 dibolehkan (boleh dapat pampasan/diskaun), barulah wujudnya environment perniagaan yang sihat dan proaktif serta perkhidmatan pun akan menjadi lebih efisien.

Aku bukannya apa, tak jealous pun dengan pendapatan CEO2 ini tapi sometimes rasa tidak adil kerana mereka itu diamanahkan menguruskan sumber/harta yang Allah SWT berikan sahaja. Yes, boleh ambil untung tapi biarlah berpada2. Yes, boleh bergaji tinggi tapi biarlah sesuai dan setimpal dengan prestasi mereka. Biarlah ada check and balanced, baru adil, baru boleh kita bersaing secara sihat dan bukan dengan cara monopoli seperti ini....



Wednesday, December 8, 2010

HANTAR TESIS...


2 Muharram 1432 Hijriah. Ok, kalau kat post lalu aku story tentang pembentangan projek, kali ini aku nak bercerita tentang penghantaran tesis pulak. Betapa azabnya aku rasa untuk menghantar tesis ini, sesiapa yang dah ada pengalaman hantar tesis master kat UTM ni mesti faham hal ini especially kalau bab format.

Aku actually dari segi pembetulan kandungan tesis itu takde masalah sangat. Tak banyak komen dan pembetulan yang mesti aku ubah, just tambah sikit2 je hari itu. Perkara yang menjadi problem adalah pembetulan formatnya. Fuh... kena betulkan format yang tahap extremely detail. Staff yang jaga bahagian format tu pulak jenis yang straight forward, memang tak boleh nak berkompromi.

Bahagian atas, kiri kanan, bawah, after subtopik, after jadual, semuanya ada ukurannya yang tertentu. Tak boleh silap sikit, mesti kena betulkan balik. Sometimes bila kita dah betulkan, tengok2 bila dah print, silap lagi ukurannya. Setting kat komputer mesti betul dan setting kat printer pun mesti betul gak, pendek kata kedua2nya mesti betul. Then kalau sekali kita print pakai printer tu, mesti pakai printer yang sama untuk kesemuanya sebab setiap printer adalah berbeza settingnya.

So, after 3 kali print semula (3 kali print semata2 untuk format je, dah lah sekali print tu tebal mukasuratnya, nasib baik pakai kertas recycle), dan 3 catridge ink, 2 'jejarum' refill, barulah format tesis aku dibenar untuk dijilidkan. Ada kawanku sampai 5 kali print semua, lagi teruk.

So, after dah dibenarkan jilid, pergilah kitaorang kekedai printer dan kedai jilid. kat situ je dah habis duit dalam beratus jugaklah. Aku buat 7 salinan yang mana 6 salinan perlu diberikan kepada fakulti dan 1 lagi untuk simpanan kita (buat kenang-kenangan). Berada kat kedai printer dan jilid pun dah satu azab yang lain. Punyalah lama nak print, then kena susun satu persatu semula mengikut page.

After susun semula tu, baru kita jilidkan kat kedai. Kalau rate biasa kena bayar RM 17 untuk setiap buah buku tu tapi siap dalam 2 hari. Kalau tambah jadi RM 20, maka boleh siap dalam sehari. Memandangkan aku dah nak cepat siapkan, takpelah mahal sikit pun takde masalah, asalkan cepat siap.

After that, kena ambil tandatangan penyelia pulak untuk approve. So, sibuk pulaklah buat appointment nak jumpa dengan penyelia. Kebetulan pulak minggu itu adalah minggu perbentangan Projek Sarjana Muda (PSM) untuk student undergraduate, so kebanyakkan lecturer memang sibuk di tambah pula untuk mark markah final exam student. Apa pun, nasib baik jugalah aku ni sebab kebetulan penyelia aku tu tak sibuk sangat (itu pun after 3 kali cancel pertemuan dengan dia), then dapatlah tandatangan itu.

After that, barulah kita hantar kepada pihak pengurusan. Selesai sudah masalah tesis setelah sebulan berhempas pulas siapkannya. Alhamdulillah....


PERBENTANGAN AKHIR PROJEK...


2 Muharram 1432 Hijriah. Alhamdulillah.... sekali lagi marilah sama2 memanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana berpeluang untuk hidup di tahun baru ini. Semoga tahun ini akan membuka lembaran baru dengan azam baru dengan semangat untuk melakukan perubahan yang lebih baik lagi. Aku juga ingin mohon maaf kerana jarang update blog ini kerana agak sibuk dengan tesis aku.

Alhamdulillah.... tesis aku berjaya disiapkan dan dihantar dengan jayanya. Sebelum siapkan tesis ini, aku dan kawan2 telah membentangkan final projek masing2. After perbentangan projek, barulah kami semua membuat pembetulan pada tesis. Apa pun untuk post kali ini, aku ingin bercerita tentang pengalaman membentangkan final projek ini.

Daripada 6 orang, hanya 4 sahaja yang membentangkan projek masing2, 2 lagi tidak bentang, ada masalah tersendiri. So, mula2 kawanku yang bentang. Dia buat games untuk Facebook. Alhamdulillah... Games dia itu berjaya dimainkan secara online dalam FB. So bila dah ada games dalam FB, dia sebagai developer just tunggu duit masuk jelah. Semakin ramai ahli komuniti yang bermain games dia, semakin banyak duit yang dia dapat.

Dari segi soalan pula, pihak penilai (2 pensyarah dalaman dan 3 panel dari pihak luar iaitu usahawan, wakil MARA dan wakil bank). Soalan lebih kepada business model dan macamana kawanku ini akan mendapat wang after dia hostkan game di FB itu. Apa pun, after kita host games kat FB, pihak FB yang akan bagi cek, tapi ada syarat2 tertentu dan pembahagian keuntunganlah. Penilai ada yang keliru iaitu macamana FB dapat duit sedangkan FB adalah free dan iklan pun tak banyak, sama seperti Google. So, semua persoalan itu terjawablah.

After that tiba giliran aku. Untuk perbentangan aku pula, tak banyak soalan sebab mereka dah sedia maklum dengan projek aku. Projek aku dah masuk suratkhabar beberapa kali dalam pelbagai jenis akhbar termasuk akhbar berbahasa cina. So, bila aku tunjukkan proof projek itu, diorang dah takleh nak cakap apa dah. Client dah ada, so apa yang nak dipersoalkan lagi.

Aku juga ada membawa seorang user sebenar kedalam perbentangan ini. Aku membawa seorang OKU fizikal kaki sebagai testimoni/pengesahan keberkesanan produk. Maklumlah, produk aku bukan jenis yang memerlukan research mendalam atau double bind study, ianya lebih kepada kajian mekanikal + IT untuk membantu memudahkan pergerakkan OKU. So dalam pada itu, beberapa soalan ditanya direct oleh penilai kepada OKU tersebut. Bila dah ada pengakuan daripada pengguna sebenar, penilai takleh nak kata apa pun, takleh nak komen dan kondem lagi dah.

After that giliran kawanku yang buat Let's Talk English. Dia buat satu program pembelajaran bahasa English menggunakan kaedah Speech Recognition. Lebih kurang dengan Multimodal Interaction aku jugak la, cuma dia maybe advanced sikit sebab dia ada buat comparison sound. Then kawanku itu bebaru ini di interview dalam rancangan Sudut Pandang di Astro Awani kerana kejayaannya sebagai finalis Young Entreprenuer Award kerana berjaya menghasilkan projek Al-Furqan.

So, dia pun tak banyak masalah dari segi perbentangan. Pensyarah siap test sendiri programmnya itu dan berpuas hati. Kiranya jadilah konsep terima input, detection dan comparison sound tu. Sebagai contoh, kalau di skrin komputer, kita dikehendaki menyebut perkataan 'small' tapi kita sebut 'mall', ianya akan detect kesalahan tersebut. Pada aku, ia ada very nice learning consept.

Then lastly, rakanku yang buat alat Sensor Detecting membentangkan projeknya. Kawanku ini sudah mendapat geran perniagaan sebanyak RM 150k daripada Cradle Fund, so dah tiada masalah untuk siapkan prototaip projeknya yang berfokuskan kepada penternakan ikan dalam kolam. Sebagai contoh, alat sensor itu diletakkan dalam air kolam ikan untuk menguji nilai pH nya.

Then sensor itu akan detect nilai tersebut. Kalau nilai pH itu terlalu tinggi atau rendah, ianya akan mengeluarkan signal dan secara automatik akan menjadikan nilai tersebut mejadinormal dan sesuai dengan environment untuk kolam tersebut. So, soalan untuknya adalah berkisarkan tentang business model dan perancangan masa depan.

So, apa pun, pada aku perbentangan final projek ini dapat dilakukan dengan jayanya. Alhamdulillah.... aku berjaya dalam kategori lulus dengan pembetulan (yelah, mana ada projek master lulus perfect tanpa pembetulan pada tesisnya kan? mesti ada perkara yang mesti ditambah baikan pada tesis). So, aku just perlu buat beberapa pembetulan sikit pada tesis aku, dari segi produk, dah tiada masalah. Alhamdulillah.....



Monday, November 15, 2010

USAHAKU'10 - PART3...


8 Zulhijjah 1431 Hijriah. Ok, ini adalah post terakhir yang akan aku bicarakan tentang program USAHAKU'10 ini. Sebelum ini aku bercerita tentang keadaan sebelum dan semasa program, so last post ini aku nak berkongsi tentang keadaan selepas program. Sometimes aku rasa, kesibukkan selepas program adalah lebih kurang sama sahaja dengan sebelum program (of course semasa program adalah amat sibuk).

Ok, selepas tamatnya 4 hari program, memang kami semua terasa penat yang teramat sangat. Keesokkan harinya, selepas subuh, sambung tidur, selepas zohor sambung lagi tidur. Penat sangat, yelah, 4 hari tak boleh nak lelapkan mata memikirkan program itu. Selepas Asar baru segar, sihat kembali then semuanya back to normal, hehehe...

Malam itu terus packing-packing barang, kemaskan booth dan gerai jualan, bersihkan dewan dan sebagainya. Aku just tolong AJK mana-mana yang patut jelah. After that kami buatlah Post Mortem. Ada pelbagai isu yang keluar dalam perbincangan Post Mortem ini dan ianya berlarutan selama 2 malam kerana ada 2 isu besar.

Antara isu yang diutarkan adalah kelewatan confirmation kehadiran peserta. Apabila peserta lewat memberikan confirmation, pihak AJK tidak dapat menempah bilangan bilik penginapan daripada kolej dan tidak dapat menganggarkan bilangan makanan yang ingin ditempah. Ini menjadikan sedikit kacau bilau dalam urusan penghantaran makanan.

Apa pun, selepas ini, jika perkara ini berlaku lagi, aku mengambil keputusan untuk sentiasa follow up dengan pihak peserta dengan lebih kerap lagi. Sebelum ini pun memang dah follow up tapi mungkin tidak sekerap mana, mungkin ada kelonggaran dari segi komunikasi antara AJK dengan pihak peserta.

Isu kedua adalah tentang kehadiran peserta yang bukan OKU. Mungkin aku terlepas pandang akan perkara ini dengan beranggapan bahawa program ini berfokus kepada golongan OKU semata-mata dan hanya mengharapkan promosi melalui bunting semata-mata. Promosi sudah dibuat awal lagi, bermula pada majlis press conference sehingga mengantung bunting di sekitar universiti, namun sambutan dari segi orang normal agak kurang memuaskan. Sokongan dari OKU tiada masalah, tetapi masalah pada kunjungan orang normal.

Mungkin masyarakat luar dan orang normal beranggapan bahawa ini adalah untuk OKU semata-mata, maka tiada kaitan dengan mereka. Mungkin proosi pada bunting juga kurang menonjol dari segi jemputan terhadap orang normal. So, after berbincang, selepas ini design promosi akan difikirkan dengan teliti bagi mengelakkan silap faham orang ramai.

After that, ada lagilah isu-su berbangkit yang lain seperti wang, kebersihan, elektrik dan sebagainya. Perkara-perkara ini takde masalah, diselesaikan dengan cepat cuma apa yang boleh dikatakan adalah, semoga next time benda-benda simple seperti ini tidak berulang lagi. Yelah, AJK tak cukup, so sometimes berlaku clash pertindihan tugas, itu yang agak kelam kabut sikit.

Apa pun, ada satu berita gembira untuk kesemua AJK aku yang mana pihak universiti mendapat panggilan daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi serta Kementerian Pembangunan wanita, Keluarga dan Masyarakat yang mengucapkan tahniah kerana berjaya menganjurkan program seumpama ini, yang pertama kali diadakan di IPTA Malaysia. Pihak KPT juga mohon untuk mendapatkan senarai nama semua AJK serta laporan program kerana mereka berbangga bahawa AJK yang terdiri daripada pelajar normal sanggup berganding bahu dengan pelajar OKU untuk menjayakan program ini. Pihak KPT juga menawarkan kepada universiti untuk menganjurkan sekali lagi program ini dan mahukan aku sekali lagi menjadi pengarah program atau penasihat program (naik pangkat sikit).

Pihak universiti juga mohon untuk mendapatkan laporan penuh program ini kerana mempunyai hasrat untuk melaksanakannya pada tahun hadapan. Sepengetahuan aku, pihak universiti tidak pernah mohon laporan apa-apa program yang dilakukan oleh pelajar dan juga persatuan pelajar kecuali program Pesta Konvo dan Pesta Kerjaya. So, ini adalah program ketiga terbesar pihak universiti.

Apa pun, aku sekali lagi sebagai pengarah program mengucapkan ribuan mohon maaf seandainya ada tersilap kata terkasar bahasa tersalah perbuatan bagi pihak pengurusan program kepada sesiapa yang hadir dalam program tersebut. Aku juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua AJK, pihak pengurusan dan semua yang terlibat menjayakan program ini. Tanpa mereka semua, mustahil program ini akan terlaksana.

Oh ye, gambar program boleh rujuk kat profile FB aku ye, hehehe....



Saturday, November 13, 2010

USAHAKU'10 - PART2...


7 Zulhijjah 1431 Hijriah. Ok, ini adalah sambungan daripada post aku yang lalu iaitu tentang program USAHAKU'10. Dalam post kedua ini, aku ingin berkongsi tentang apa yang berlaku sepanjang program especially kepada sesiapa yang tidak dapat datang dalam program tersebut. Program ini adalah dari 26-29hb Okt bertempat di Dewan Sultan Iskandar serta Dataran Agora UTM Skudai yang mana didalam dewan berlangsung aktiviti pameran serta seminar manakala di dataran pula ada gerai-gerai jualan.

Di Dataran Agora, tiada banyak aktiviti, just gerai-gerai jualan sahaja yang mana kami membuka kemasukkan sebanyak 30 buah gerai berkeluasan 20"x20" (saiz standard khemah) setiap satu dengan kadar sewa yang boleh tahan jugaklah. Aktiviti banyak berfokus dalam dewan yang mana ianya menempatkan 20 buah booth berkeluasan 10"x10" yang ada sesetengahnya dibuat pameran dan ada sesetengahnya dibuat booth jualan.

Ok, dalam dewan itu, kami tempatkan agensi2 kerajaan, usahawan OKU dan NGO lain. Antara yang mengambil bahagian adalah MARA, Rumah Seri Kenangan, Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB), Jabatan Tenaga Kerja dan sebagainya. Kiranya penuh jugalah booth dalam dewan tersebut.

Pada 26hb itu (first day), keadaan kurang memberangsangkan yang mana agensi2 tersebut agak lewat datang dan memasang booth mereka. Ada sesetengah mereka datang waktu petang menjadikan waktu pagi itu agak lenggang. Walauapapun, kunjungan peserta tidak menghampakan. Kami menerima kunjungan daripada sekolah khas, sekolah vokasional dan beberapa sekolah MARA. So kiranya untuk first day itu, kunjungan ok jugaklah. Pada 26hb itu pun belum bermula seminar lagi.

Kami juga memerima kedatangan dua buah politeknik dan beberapa wakil daripada beberapa IPTA pada waktu malamnya. Walaupun tiada aktiviti dalam dewan waktu malam, tetapi mereka stay di kolej penginapan yang disediakan, kena bayar sikit la sebab kami tiada peruntukkan untuk penempatan kolej dan ini adalah dibawah kuasa pentadbiran kolej masing-masing.

Pada 27hb, bermulalah seminar. Peserta yang datang agak ramai. Ada sebagaian mereka adalah OKU Pendengaran dan Pertuturan, so awal-awal lagi kami dah prepare untuk menyediakan 2 orang jurualih bahasa (interpreter). So, apa sahaja yang diucapkan oleh penceramah, jurubahasa ini akan menterjemahkannya dan setiap kali komunikasi atau pertanyaan soalan, OKU ini boleh berkomunikasi dengan jurualih bahasa isyarat ini.

Seminar pertama adalah daripada pihak MARA yang banyak membentangkan tentang peranan MARA serta bantuan-bantuan yang boleh dimohon bagi OKU memulakan perniagaan. Pada mulanya aku ingatkan tiada response sangat tetapi rupa-rupanya, banyak soalan yang ditanya. Kebanyakkan soalan yang ditanya adalah lebih kepada syarat/prosedur untuk memohon dan jenis-jenis bantuan yang boleh diberikan sehinggakan wakil dari MARA itu terpaksa pulang lewat setengah jam daripada ssepatutnya.

Selepas itu ada wakil-wakil daripada Jabatan Kerja Malaysia yang lebih menekankan kepada khidmat Jobs Malaysia. After that Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPENJ) mengambil alih. Rupa-rupanya di Malaysia ini, hanya terdapat 2 sahaja UPEN ini iaitu Johor dan Pulau Pinang. Fungsi UPEN ini adalah lebih kurang dengan Jobs Malaysia tetapi khas untuk golongan OKU sahaja. So, mereka sememangnya ingin mendaftarkan golongan OKU untuk match-maker dengan pekerjaan yang diperlukan. Mereka juga ada menawarkan geran perniagaan tetapi tak banyak sangat.

Wakil JKM pun ada dan seingat aku, JKM lah yang paling lama 'disoal siasat' oleh OKU. Geng-geng OKU itu memang banyak bertanya soalan bermula daripada bahagian pendaftaran kad OKU, kemudahan OKU dan masalah bantuan yang didakwa tidak diterima oleh mereka. JKM juga sebenarnya ada menawarkan geran perniagaan tetapi mesti melalui Kementerian Sumber Manusia (dapatkan pengesahan) dahulu then barulah merujuk kepada JKM (ini khas untuk OKU yang dah berkerja then ingin mohon geran perniagaan).

So, tamatlah seminar hari pertama. Hari kedua pula dimulakan dengan majlis perasmian program yang dirasmikan oleh En.Nik Omar (Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor) dengan diiringi oleh TNC HEMA UTM. Mula-mula ucapan alu-aluan oleh pengarag program (aku le), then ucapan TNC serta dirasmikan oleh pengarah tersebut. Seperti biasa, tamat majlis perasmian, ada majlis makan, mengelilingi booth pameran dan sebagainyalah. Semasa perasmian program inilah, aku launch final projek master aku iaitu Imi Creative Car.

Rajah1: Pelancaran Imi Creative Car



Rajah2: Antara masalah OKU yang diutarakan semasa majlis


After majlis itu semua selesai, disambung pula ceramah dari usahawan OKU yang telah berjaya. Aku sendiri pun terkejut juga bila mendengar ceramah dari usahawan OKU ini. Dia adalah kategori OKU Penglihatan tetapi mempunyai business stesyen petrol dan seorang lain memiliki pusat urutan refleksologi. Sunggguh hebat mereka ini, walaupun tidak dapat melihat, namun boleh mengendalikan perniagaan besar dengan baik sekali, sungguh menginspirasikan.....

So, untuk hari terakhir, seminar sudah tiada, keadaa kembali kepada seperti hari pertama. Apa pun, aku amat berpuas hati dengan kelancaran program. Ok, untuk next post, aku akan ceritakan tentang feedback serta post mortem dan beberapa perkara lain yang related.



Friday, November 12, 2010

USAHAKU'10 - PART1...


6 Zulhijjah 1431 Hijriah. Ok, kali ini aku ingin berkongsi pengalaman aku mengendalikan sebuah program untuk golongan Orang Kurang Upaya. Disebabkan program ini aku sentiasa sibuk dan dalam masa sebulan sebelum program ini, aku betul2 sibuk dengan mengatur segala perancangan bagi menjayakan program ini. Aku menjadi Pengarah Program dibantu 2 sahabatku sebagai Pengarah Aktiviti serta Pengarah Teknikal dengan 7 orang AJK sahaja (10 orang semuanya).

Program Simposium Pembangunan Keusahawanan Orang Kurang Upaya (OKU): Menjana Modal Insan Keusahawanan OKU Glokal (USAHAKU'10). Ini adalah nama program tersebut. Actually aku ingin run program ini pada bulan Mei lalu tetapi aku sibuk dengan projek master aku, so postpone pada Ogos. Pada Ogos pula, tempat yang aku booking diambil oleh program lain (ada program universiti yang lebih penting), so aku pun postpone pada Oktober. Maka tarikh 26-29hb Oktober pun dimuktamadkan.

Aku akan cuba bahagikan cerita ini mengikut 3 bahagian iaitu sebelum program, semasa program dan selepas program. Sewaktu program Pesta Konvo UTM after Aidilfitri bebaru ini, barulah aku mengumpulkan kesemua AJK aku dan terus membahagikan skop masing2. Program bertahap kebangsaan ini hanya dilakukan oleh 10 orang AJK sahaja, terkejut juga pihak pentadbiran mendengar perkara ini. Biasanya program seperti ini paling kurang 20 orang AJK. So, aku dan kawan2 memang buat kerja gila2 punya, tempohnya pulak sebulan sahaja (aku dapat surat kelulusan pada awal Ogos dan start mencari AJK pada akhir September).

Ok, matlamat program ini adalah untuk menjana minda keusahawanan dikalangan OKU yang mana kita sebelum ini banyak membaca dalam akhbar bahawa mereka ini tersisih, didiskriminasi, sukar mendapat kerja, hanya bergantung pada bantuan kerajaan dan sebagainya. Dalam program ini kita akan bagi motivasi, peranan jabatan2 kerajaan yang boleh menyalurkan bantuan perniagaan dan sebagainya.

Sasaran program ini adalah OKU diseluruh IPTA, Politeknik dan juga persatuan/NGO seluruh negara. Pendek kata, semuanyalah, tanpa mengira jenis ketidakupayaan mereka kecuali OKU mental. Untuk OKU fizikal, kita sediakan kemudahan fasiliti untuk mereka. Untuk OKU pendengaran dan pertuturan, kita sediakan jurubahasa untuk menterjemah apa yang diucapkan. Pendek kata, kita cuba memenuhi setiap keperluan OKU mengikut tahap setiap mereka.

Dalam masa sebulan itulah, aku dan kawan2 bertungkus lumus merancang dan melaksanakan program itu. Kadang2 memang tak dapat tidur malam kerana runsingkan akan sesuatu masalah yang belum diselesaikan. Sebelum ini pun aku ada juga buat program tapi tahap kecil seperti program sukan kolej, program kelab dan sebagainya, so yang ini adalah pertama kali buat program yang besar. Banyak perkara yang aku tak tahu dan kena belajar. Kalau program kolej, aku dulu senang sebab apa2 perkara aku direct kepada pengetua, takde banyak karenah birokrasi, takde sesiapa yang berani block aku, takde sesiapa yang berani lengah2kan kerja.

Tapi dalam program ini, ianya turut melibatkan pihak pentadbiran universiti dengan pelbagai karenah birokrasi. Sometimes rasa macam nak batalkan sahaja program ini lantaran karenah birokrasi mereka tapi memandangkan teringat tentang tujuan utama aku iaitu untuk membantu OKU, aku tahan juga. Bagi aku, samada program ini berjaya atau tidak, as long as boleh memberi input pada OKU, ianya sudah cukup baik. Program yang berfokus kepada keusahawanan OKU seperti ini adalah julung2 kali diadakan di IPTA, sebelum ini belum ada lagi, so pihak aku takde benchmark/guideline yang boleh diikut. First in Malaysia tu... hehehe....

Dalam struktur organisasi pula, aku sebagai pengarah program menguruskan bahagian jemputan, protokol, perasmian, penajaan dan makanan. Aku banyak deal dengan pihak atasan dibantu oleh kawanku pengarah teknikal. Kami berdua banyak keluar untuk mendapatkan penajaan dan paling tak dapat dilupakan adalah aku dengan kawanku itu bertolak ke KL dari Skudai pukul 2.00 pagi then sampai subuh di KL. Solat subuh serta mandi di masjik jamek then terus ke Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan sanpai ke pejabatnya itu pukul 7.00 pagi tepat (pak guard pun baru datang).

Dari segi jemputan pula, alhamdulillah.... agak ramai yang datang. Usahawan OKU pun ada datang. Mereka ini ada yang datang dari KL, Ipoh, Kulim dan serata tempat lagilah. Kedatangan mereka ini setelah mereka melihat program aku ini diwar2kan dalam akhbar dan TV1. Program ini mendapat liputan dalam TV1 serta beberapa buah akhbar termasuklah akhbar berbahasa cina dan english (aku pun tak sangka mereka datang juga untuk support dan membuat liputan, alhamdulillah....)



Rajah1: Liputan akhbar Star-Metro


Rajah2: Liputan akhbar Kosmo



Dari segi protokol dan perasmian, memang aku cukup detail kerana sesebuah program diukur kejayaannya berdasarkan masjis perasmian. So, dalam memastikan majlis perasmian berjalan lancar, kami membuat beberapa kali rehearsal (stay dalam dewan sampai pukul 2.00 pagi pun ada). Makanan pula kami mendapat nasihat daripada pihak Bahagian Hal Ehwal Korporat UTM, mereka yang bagi cadangan tentang menu yang sesuai untuk VIP.

Dari segi penginapan dan fasiliti pula, kami sememangnya sudah mempertimbangkan untuk mendapatkan kolej yang mesra OKU. Walaupun agak jauh daripada dewan, ianya berbaloi. Kami juga sewaktu itu cuba sedaya upaya untuk menyediakan fasiliti OKU tetapi aku akui bahawa kawasan UTM tidak sepenuhnya mesra OKU. Ada sesetengahnya tidak dapat dilalui oleh OKU dan kami menyediakan laluan alternatif untuk mereka.

Dari segi gerai jualan dan booth pameran, kawanku bahagian teknikal serta aktiviti yang uruskan. Dalam dewan, kami sediakan booth untuk persatuan/NGO OKU serta agensi2 kerajaan untuk membuat pameran serta menjual produk mereka. Agak banyak juga agensi yang datang seperti MARA, Rumah Seri Kenangan, JOBS MALAYSIA, JUPEN dan sebagainya. Kebanyakkan agensi2 ini adalah dijemput khas untuk membuka pameran dan mereka ini semua sememangnya berkait rapat dengan hal2 OKU.

Di luar dewan pula, kami offer gerai jualan untuk penggerai2 membuka gerai jualan mereka. Kebanyakkan daripada mereka ini menjual kain dan pakaian. Jangan terkejut ye, ada antara mereka itu adalah usahawan OKU. Usahawan OKU itu menjual pakaian t-shirt dan ada yang menjual kain. Nampak laku jugak sebab design t-shirt mereka agak power2 jugak la.

Oklah, aku dah penat bercerita tentang perkara sebelum program, so untuk post kali ini setakat ini jelah, next time aku sambung tentang semasa program pulak ye.


Wednesday, November 10, 2010

BUSINESS MODEL ET...


4 Zulhijjah 1431 Hijriah. Ok, untuk post kali ini, aku ingin berkongsi business model perniagaan aku iaitu Embroidery Technology (ET). Ada sesetengah orang beranggapan bahawa business model adalah sesuatu rahsia yang tidak boleh didedahkan kepada orang lain kerana bimbang orang lain akan meniru business model kita. Ada sesetengah pula mengatakan bahaya mendedahkan business model kita kerana itu adalah 'secret' kita dalam menjalankan perniagaan.

Lantaklah apa pendapat orang terhadap business model sebab pada aku setiap ilmu atau ilham yang Allah SWT berikan pada aku, tak rugi aku berkongsi. Setiap satu yang aku perolehi dan berkongsi, 10 lagi ilmu yang Allah SWT akan anugerahkan kepadaku, ye tak? Apa pun, what actually Business Model? Ok, business model adalah bagaimana kita menjalankan perniagaan kita, dengan kata lain, bagaimana kita generate duit daripada perniagaan kita itu.

Aku dalam ET adalah sebagai CFO (Chief Financial Officer) yang bertanggungjawab dalam urusan kewangan dan pentadbiran, manakala rakan business aku itu adalah CEO (Chief Executive officer) yang bertanggungjawab dalam urusan operasi dan pentadbiran. Aku lebih kepada urusan kewangan, menguruskan akaun, menetapkan harga, deal dengan customer dan lain2 lagilah but of course kami berbincang terlebih dahulu apa2 yang ingin dibuat.

Ada 3 cara utama bagaimana kami generate duit daripada business ini. Cara pertama adalah dengan 'create free promotion', cara kedua adalah kami 'create project' serta cara ketiga adalah dengan 'join event'. Oklah, aku akan review satu persatu.

Customer datang sendiri. Ini adalah cara tradisional yang masih relevan sehingga sekarang dan cara ini adalah paling praktikal sebenarnya. Seperti business lain juga seperti ini, menunggu customer datang ke kedai dan sambil2 itu, kita membuat promosi. Promosi itu pulak, macam biasalah, banner dan flyer. Aku dan kawanku edarkan keseluruh universiti terutamanya kepada semua bilik2 pensyarah aku. Tapi macamana pulak aku create free promotion?

Caranya mudah sahaja, gunakanlah social media. Setiap produk, aku uploadkan dalam FB dan thanks to FB because provide tagging features. Aku taglah mana2 yang aku target. Dalam FB, sememangnya free. Untuk flyer pula, aku design dan pergi print kat pejabat pentadbiran universiti. Print kat HEP adalah percuma. After print, aku fotostatlah banyak2, juga di HEP. Di HEP ada perkhidmatan print dan fotostat percuma, khas untuk student cuma ramai yang tak tahu. Oh, ye, pastikan anda mengenali dengan baik staff kat situ, baru mudah untuk mintak tolong mereka.

Cara kedua adalah 'create project'. Aku mengadakan projek kursus2 jahitan dan sulaman untuk menambahkan lagi income. Kalau kita sekadar menunggu customer datang, mungkin tak ramai yang akan datang. Kalau ada pun, its very slow improvement. Kalau nak masuk apa2 tender/project dalam UTM, ianya agak rumit dan takes times. So, why not kita sendiri yang create that project?

Dengan creating this project, kita secara tak langsung boleh mempromosikan produk kita, menambahkan pengalaman kita dengan mengendalikan program serta menambahkan network antara supplier serta customer. Dengan kursus2 seperti inilah, customer datang, melihat dengan sendirinya serta belajar. After mereka belajar, akan timbul keyakinan dalam diri mereka untuk pass kan apa2 projek kepada kita. Sebagai contoh, aku dapat projek jahit serta sulam baju kanak2 sekolah tadika sebanyak 150 helai setelah cikgunya datang belajar semasa kursus aku. So, mengadakan kursus serta mendapat projek memberikan margin yang tinggi.

Cara terakhir adalah join event. Di UTM ini, ada banyak aktiviti pelajar dan universiti. Kebanyakkan aktiviti itu ada yang membuka peluang untuk berniaga, membuka gerai jualan. Apabila ada sahaja event, masuklah. Bayarlah sedikit wang sebagai pelaburan untuk mendapatkan tapak jualan itu then aku siap boleh buat duit tambahan lagi seandainya aku join mana2 event. Macamana caranya? Itu aku akan ceritakan kemudian, yang penting , kalau ada apa2 event, joinlah. Tak rugipun joint event ni, ianya boleh membantu kita berniaga ditenpat yang ramai pengunjung dan sambil2 itu boleh buat promotion.

Walaubagaimanapun, aku pun check juga jenis event tu. Kalau event tu temanya kurang sesuai, dijangkakan kurang mendapat sambutan, harga tapaknya terlalu mahal, aktiviti event yang kurang menarik, tarikh event yang kurang sesuai, maka janganlah join event tersebut. Pilihlah event yang mempunyai faktor2 yang aku nyatakan tadi. Sebagai contoh, ada student buat event kitar semula. Aku tengok senarai aktivitinya kurang menarik, aku pun tak masuk. Alhamdulillah... nasib baik aku tak join sebab semasa event itu berlangsung, orang tak ramai pun, student tak minat agaknya.

Apa pun, pada aku setiap jenis perniagaan ada business modelnya yang tersendiri. Lain business, lain modelnya. Terpulanglah pada kreativiti masing2 untuk berniaga. Aku sudi berkongsi rahsia business model aku ini dengan harapan ianya boleh membantu peniaga lain. Aku tak rugi pun sebenarnya sebab aku yakin bahawa jika kita ikhlas, berusaha bersungguh2, Insyaallah... Allah SWT akan membantu kita, memberi rezeki kepada kita....


Saturday, November 6, 2010

EMBROIDERY TECHNOLOGY (ET)...



29 Zulkaedah 1431 Hijriah. Alhamdulillah... Akhirnya ber update juga blog aku ini setelah kesekian lamanya tidak terusik. Aku rasa adalah dalam 2 bulan aku tak update blog ni, alasannya? Biasalah, sibuk, sibuk dan sibuk sehingga takde masa nak update. Apa pun, aku mohon maaf kepada follower blog aku kerana sudah lama membiarkan ianya kosong, Insyaallah, after this aku akan sentiasa update. Dah nak dekat raya Aidiladha dah pun sekarang ini. Dah 2 bulan tak tersentuh blog aku ini.

Oklah, untuk post kali ini aku ingin bercerita tentang business aku sekarang ini. Ada kawan alam maya yang masih belum mengetahuinya dan aku pun telah berjanji untuk memberitahunya, so inilah ceritanya. Ok, sebelum ini, untuk pengajian master aku, aku create Imi Creative Solution yang menawarkan pekhidmatan pembinaan laman web, design, motivation and consultation.

Compamy ini aku create seorang diri dan run pun seorang diri, pendek kata, akulah CEO, Chief Everything Officer ye, bukan Chief Executive Officer. Untuk company ini, alhamdulillah... dapat beberapa projek untuk membina laman web dan membuat montaj beberapa program. Aku juga pernah dijemput untuk memberikan ceramah motivasi di sebuah sekolah rendah sekitar Taman Mutiara Rini (area UTM jugak).

Bila projek master aku dah masuk fasa pembangunan, aku agak slow untuk dapatkan job, then masa itu UTM baru menawarkan sewaan Student Mall, iaitu kawasan kedai untuk disewa khas untuk student UTM yang ingin berniaga (di tepi Arked Meranti dan di kawasan Bazar Ramadhan FAB). Aku pun berbincang dengan seorang kawan baikku untuk membuka perniagaan bersama2. Dia berpengalaman dalam bidang jahitan dan sulaman serta pernah membantu abangnya dahulu dalam bidang perniagaan tersebut.

Maka lahirlah Embroidery Technology yang menawarkan perkhidmatan utamanya jahitan, sulaman, kursus jahitan dan sulaman serta percetakkan. Percetakkan itu adalah merangkumi percetakkan kad perniagaan, banner, bunting, flyer dan sebagainya. Untuk jahitan pula, ianya menawarkan perkhidmatan jahitan baju kurung moden, baju kurung Pahang, Riau dan sebagainya serta jahitan seluar, authoring, penetasan, besar atau kecilkan seluar serta banyak lagilah yang seumpamanya.

Rajah1: Embroidery Technology

Untuk sulaman pula, kami menawarkan perkhidmatan t-shist bersulam, baju korporat bersulam, executive jacket, pakaian sukan dan sebagainya. Ada yang dijual secara kosong (tanpa sulaman) dan ada yang bersulam. Untuk yang bersulam, kami menawarkan harga sulam yang termurah dalam UTM serta kawasan sekitar Skudai. Kalau tak percaya, boleh datang sendiri ke kedai kami atau tengok foto dalam FB saya.

Embroidery Technology (ET) juga ada menawarkan kursus jahitan serta sulaman yang mana kami menawarkan harga kursus serendah RM 5 (tak percaya?) dan hasil sulaman tersebut boleh dimiliki oleh peserta itu. Bebaru ini, kami ada buat kursus sulaman perhiasan kereta sempena Ramadhan. Alhamdulillah... mendapat sambutan yang agak menggalakkan, penuh jugaklah bilik kuliah tu. Bilik kuliah itu kami sewa daripada pihak PUSMA MARA (tempat aku kuliah).


Rajah2: Kursus sulaman


Rajah3: Sulaman hiasan kereta


Dari segi tempahan baju pula, alhamdulillah... setakat ini ianya berjalan lancar, ada dapat banyak jugaklah projek membekalkan baju. Bebaru ini dapat projek baju untuk program pelajar dengan Felda, persatuan kelab foto, silat cekak dan terbaru adalah baju pelajar sekolah rendah. So, campur tolak dalam rekod adalah dalam 1000 helai tempahan setakat ini. Aku kalau tempahan yang sedikit, aku buat sendiri tapi kalau banyak, aku pun hantar kepada pihak lain jugaklah, as long as aku boleh deliver projek on time.

Produk yang tengah 'booom' sekarang ini adalah executive jacket bersulam yang mana ianya mendapat sambutan hangat dikalangan student UTM sekarang ini. Executive jacket itu kalau kat tempat lain harganya adalahRM 60 (yang kosong) dan RM 80 (bersulam logo UTM dan nama), tapi aku tawarkan harga RM 50 (kosong), RM 55 (bersulam logo UTM) dan RM 60 (bersulam logo UTM dan nama). Qualitinya setanding tapi dengan harga yang murah. Bebaru ini (dalam bulan September) aku order 1000 jaket dan sekarang dah nak kena order lagi stok.

So, aku stop kat sini dululah untuk post tajuk ini. Kalau ada sesiapa yang nak tempah baju ke, nak tempah banner atau apa2 sahaja yang berkaitan, bolehlah contact aku ye atau datang sendiri ke Embroidery Technology, No.2, Student Mall, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor.


Tuesday, September 7, 2010

PENGALAMAN RAMADHAN - PART3...


28 Ramadhan 1431 Hijriah. Hanya berbaki 2 hari lagi, seluruh umat Islam akan menyambut Syawal, meraikan hari kemenangan umat Islam dan sebagai tanda berlalunya Ramadhan Al-Mubarak. Aku rasa ini adalah post terakhir aku untuk pengalaman Ramadhan ini. Segala yang aku coretkan disini adalah berdasarkan pengalaman hidupku sendiri sepanjang Ramadhan tahun 1431 Hijriah ini. Oklah, untuk post kali ini, aku ingin bercerita tentang solat sunat Terawikh.

Aku actually mula bersolat terawikh sewaktu umur 9 tahun (dah agak lewat dah). Waktu itu asalnya ayahku setiap malam berterawikh di surau tetapi memandangkan dia melihat aku tak dapat pergi ke surau, dia membuat keputusan untuk berterawikh sahaja dirumah. Waktu itu dia buat selang seli, hari ni kat surau, esok kat rumah, lusa kat surau then tulat kat rumah pulak. Bila aku darjah 4 (10 tahun), barulah ayah aku full time buat terawikh kat rumah.

Ayah akulah imamnya dan makmunnya adalah ahli keluarga aku sendiri seperti mak, abang dan kakak. Abang long aku pulak, walaupun dia dah tinggal berasingan dengan rumahnya (dah berkeluarga sendiri), dia juga datang untuk berjemaah dengan ayahnya. Mak aku pernah tanya kepada abangku, "kenapa datang solat kat sini, masjid kat area rumah kan ada..." then ni jawapannya "time ayah masih adalah orang nak solat berjemaah dan berimamkan ayah, kalau ayah dah takde suatu hari nanti, dah takde peluang ni..."

So, itulah kisah terawikh dalam family aku dan ianya berterusan sehingga sekarang, dah lebih 10 tahun berlalu dan dah lebih 10 tahun jugalah ayahku tidak berterawikh di surau. Mula2nya ada juga jemaah surau bertanya tentang ketidakhadiran ayah, so ayahku explain jelah. Dia kata untuk bagi peluang kat aku dan anak2 yang lain untuk berterawikh bersama dirumah, dalam satu keluarga. Yelah aku kan tak boleh pergi surau, so that's why ayah aku buat kat rumah.

Tahun ini juga sama. Walaupun ketiadaan mak aku, solat terawikh masih diteruskan. Namun tahun ini agak pelik aku melihat ayahku. Kebiasaannya, dengar je azan dari surau, ayahku akan menunaikan solat sunat dahulu then tanpa berlengah2, terus menunaikan solat Isya' seterusnya solat sunat terawikh. Tahun ini berbeza. Sebaik sahaja dia menunaikan solat sunat, dia berhenti seketika.

Dia menunggu abang long aku untuk tiba dahulu. Dulu tidak, dia tidak akan tunggu abangku, terus solat sahaja tetapi tahun ini, dia menunggu. Bila abangku tiba, barulah kami solat Isya' dan berterawikh berjemaah. Aku pun sometimes rasa tak sedap hati tahun ini tapi apa lah yang boleh aku katakan....

Ayah seolah2 ingin meluangkan masa berjemaah sepenuhnya dengan anak2nya tahun ini. Apa2pun, aku just fikir positif jelah, harap tiada perkara yang tak elok berlaku. Yelah, tetiba je berubah tahun ini, sebelum ini tak macam ini pun, siapa yang takkan perasan kan... So, aku rasa, apa yang boleh aku lakukan hanyalah memohon keampunan dan rahmat daripada-NYA jelah, itu sahaja yang mampu kita lakukan.

Oklah, kita move on cerita raya pulak. Aku biasanya takde kemana2 pun, just raya ke-2 dan keatas baru pergi jalan2 rumah adik beradik dan kawan2. Biasanya kawan2 yang datang ambil aku untuk pergi beraya. Kalau aku tak pergi mana2 pun, just lepak rumah jelah, tengok tv dan main dengan anak2 sedara.

So, aku rasa cukup untuk post kali ini. Mungkin ada yang tersilap kata, terkasar bahasa, tersalah eja sepanjang aku menukil di blog ini ye, aku mohon maaflah ye....

Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir dan Batin.


Saturday, September 4, 2010

PENGALAMAN RAMADHAN - PART2...


25 Ramadhan 1431 Hijriah. Ok, pada post yang lalu, aku bercerita tentang pengalaman aku berniaga di bazar Ramadhan, kali ini adalah tentang kursus sulaman dan jahitan yang telah diadakan seminggu sekali sepanjang Ramadhan.

Actually, aku ada business partner dalam bidang sulam dan jahitan ni. So, salah satu core business kami adalah mengadakan kursus sulaman dan jahitan ini. Kitaorang mencari tenaga pengajar dan mencari lokasi kursus (tempat) serta set kan masa. Disamping itu, after dah dapat tenaga pengajar serta dah booking tarikh dan tempat, barulah kitaorang buat promosi untuk menarik orang ramai menyertainya, dalam konteks ini targetnya adalah studentlah.

After dah selesai proses perbincangan dengan tenaga pengajar, barulah kitaorang bincang tentang caj yang dikenakan terhadap peserta. Biasanya aku just ambil murah jelah, dalam RM 5-RM15, mengikut skop, yelah, nak letak mahal2, nanti takde student pulak yang nak join.

So, first time buat tu, aku pun join skalilah termasuk business partner dan seorang staff aku tu. Alhamdulillah... feedback yng diterima daripada para peserta adalah memberangsangkan. Kebanyakkan mereka menyukai kursus yang dianjurkan ini. Yelah, bayaran murah, hasil sulaman itu diorang dapat jugak, so pada diorang memang berbaloilah.

Kursus itu berjalam seminggu sekali dan jika tak sempat aku nak handle, aku buat 2 minggu sekali, so takdelah aku terkejar2 sangat. Biasanya aku dari segi pengurusan itu, aku buat close dengan tenaga pengajar, booking tempat kursus dan tetapkan harga kursus. Manakala partner aku itu pula dari segi promotion dan network, apa2 pun, memang kitaorang bergerak bersama2lah.

Kursus ini pula tak lama pun, just 3 jam je satu sesi dan setiap topik itu diajar selama 1 sesi sahaja. Ini bermakna, dengan menyertai 1 sesi sahaja, dah boleh belajar dan membawa pulang hasil pembelajaran tersebut. Untuk bulan Julai dan Ogos, kitaorang memilih topik perhiasan dalaman kereta.

Alhamdulillah... sokongan dari kawan2 memang takkan aku lupakan kerana merekalah yang turut menyertai dan mempromosi kursus ini dan Insyaallah...pada bulan September ini, topik yang dipilih adalah membuat beg tangan ataupun sarung telefon bimbit. Itu terpulang pada aku deal dengan tenaga pengajar. Mereka menyediakan tenaga pengajar serta mesin jahitan, aku pula ibarat seperti event manager.

Pada aku takpelah, diorang nak lariskan jualan mesin jahit mereka dan aku pula nak dapatkan duit tambahan untuk perniagaan aku, so apa salahnya kan... Dan sekarang ini pun aku sedang plan untuk membawa business sulam dan jahitan ini untuk program Pesta Konvo UTM pada minggu terakhir September.

Ok, berkaitan juga dengan sulaman dan jahitan, Alhamdulillah....Sambutan yang diterima terhadap business ini agak menggalakkan. Boleh dikatakan setiap minggu, mesti ada tempahan untuk sulaman baju especially untuk kelab dan persatuan. Biasanya bilangan yang ditempah adalah sekitar 30 helai keatas. Dari situ, dapatlah juga menambah pendapatan di sepanjang Ramadhan ini. Jahitan2 seperti jahit tepi, repair seluar, kecil dan besarkan kaki seluar, jahit langsir turut membantu menambahkan pendapatan perniagaan.

So, aku rasa setakat ini sahajalah dulu pengalaman Ramadhan untuk post yang ini. Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan rezeki....



Friday, September 3, 2010

PENGALAMAN RAMADHAN - PART1...


24 Ramadhan 1431 Hijriah. Alhamdulillah...sempat jugak aku post blog hari ini. Dah lebih sebulan rasanya aku tak menulis, bukan malas tapi takde masa. Lagipun kebanyakkan masa aku online pun dihabiskan dengan FB je. Kita pun dah nak tamat bulan ramadhan Al Mubarak ini tapi sementara masih berkesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat berpuasalah kepada semua pembaca blog aku ini.

Actually, banyak perkara yang ingin aku kongsikan bersama tapi memandangkan ini adalah bulan Ramadhan, maka lebih sesuai kiranya aku berkongsi pengalaman aku yang melibatkan aktiviti sepanjang bulan ini. Ada banyak kisah2 aku yang ingin dikongsikan tapi aku just select jelah yang mana aku rasa berbaloi untuk dikongsi, semoga ianya boleh dijadikan pengalaman dan pengajaran bersama.

Ok, pengalaman pertama aku adalah aku turut berniaga semasa bulan Ramadhan ini di bazar Ramadhan di universiti aku ini. Actually, aku tak merancang pun untuk berniaga sebab aku tak sempat untuk menempah tapak bazar daripada pihak pentadbiran. Aku just berniat untuk berniaga dihadapan kedaiku sahaja, just buat simple2 jelah.

Then aku berpakat dengan kawanku untuk berniaga air kerana memikirkan itu adalah perkara yang paling mudah untuk dilakukan, yelah aku pun baru first time nak try benda ini. Maka, aku pun belilah 2 buah bekas air yang besar bersaiz bulat itu, harganya boleh tahanlah, dalam RM 150 jugaklah, aku beli 2 dan aku pinjam dengan kawanku sebuah lagi, dia tak caj pun, siap bagi dengan straw2 dan cawan2 skali.

Then, on the first day of Ramadhan, bila dah nak start berniaga tu, datang seorang felo kolej yang offer untuk berniaga ditapak bazarnya tanpa mengenakan caj kat aku. Kawanku yang berunding dengan felo tu, so dapatlah rezeki berniaga di tapaknya itu secara free. Alhamdulillah...

So, berniagalah aku dengan kawanku dibazar Ramadhan tu. Alhamdulillah...walaupun tak banyak keuntungan yang diperolehi, aku rasa still ok lah kan, yelah first day. Dapatlah untung bersih dalam RM 30 untu berniaga selama 2 jam (aku start after solat Asar hinga pukul 7.00 petang). walaupun tak habis air yang dijual itu, aku sedekahkan kepada jiran2 peniaga yang lain. Yelah, takkanlah nak buang pulak, nanti membazir, better bagi sedekah kat jiran2 peniaga lain.

Tak sangka pulak aku, bila aku sedekahkan air2 itu kat jiran2 semua, diorang pulak sedekahkan kepada aku apa yang mereka jualkan. Aku bagi kepada peniaga nasi, dia balak dengan nasi bersama lauk. Aku bagi kat peniaga kuih, dia bagi aku kuih sebagai balasan. Then nilai sedekah diorang itu lebih banyak daripada apa yang aku sedekahkan.

So, aku berbuka puasa dengan nasik dan kuih free lah. Alhamdulillah... setiap perkara kebaikan yang kita lakukan, Allah SWT balas dengan berlipat ganda lagi. Pak cik2 dan makcik2 jiran gerai aku itu semuanya gembira bila aku katakan aku sedekah itu itu pada mereka dan mereka dengan senang hati mensedekahkan semula kepada aku. Itulah rahmat Allah SWT yang dapat aku pelajari sempena Ramadhan ini.

Walaubagaimanapun, perniagaan aku kurang memberangsangkan selepas minggu yang pertama. Faktor hujan dan kelas sampai petang menjadikan aku kurang bersemangat untuk membuka gerai. Hujan diwaktu petang2 menjadikan pengunjung berkurangan dan suasana sejuk pula menjejaskan mood mereka untuk membeli minuman sejuk, agaknyalah.... Kelas aku pula tamat pada pukul 5.00 petang dan sudah agak lewat untuk membuka gerai. Jika aku membuka gerai pada pukul 6.00 sekalipun, ianya sudah agak lewat, just sempat berniaga untuk satu jam sahaja, itu belum dikira penat after kuliah lagi.

Apa pun, nak kata rugi tu, memanglah agak rugi. Aku tak dapat nak mencapai break even pun, adalah rugi dalam RM 50-60. Tapi takpelah sebab aku pada masa seminggu itupun dah dapat makan free, tak perlu belanja pun. Then pada aku, pengalaman berniaga itulah yang paling penting. Nasihat aku, kepada seesiapa yang ingin membeli bekas air untuk berniaga air, belilah yang kecil sahaja, tak perlu beli yang besar pun. Belilah yang bersaiz 4 segi dan ada partition tu. Pada aku, itu lebih praktikal.

Oklah, sampai disini sahaja pengalaman Ramadhan aku untuk kali ini. Next time, aku akan menceritakan tentang pengalaman lain pula.



Saturday, July 31, 2010

RESULT SEMESTER PENDEK...


20 Syaaban 1431 Hijriah. Alhamdulillah.... Syukur ke hadrat Illahi aku panjatkan.... Aku dah check result semester pendek aku (semester Mei-Julai) bebaru ini. Aku berjaya maintainkan keputusan semester lalu. Aku actually dah tak expect aku akan dapat result seperti ini memandangkan ada beberapa perkara yang aku rasa tak sedap hati sebelum ini, tapi yelah pintu rezeki masih terbuka untukku.

Semester pendek ini, kami tiada subjek pun, just ada 3 presentation dalam skop Project Development Phase. So kami pada semester ini mesti menunjukkan prestasi dari segi pembangunan projek. So, presentlah kami semua dengan masalah tersendiri (semua orang tak siap lagi projek masing2 termasuk aku).

Pembahagian markah adalah Penyelia 1=40%(tesis), Penyelia 2=20%(Business plan) dan Penilai (5 orang penilai dari luar dan pihak industri)=40%. Compare dengan kawan2ku yang lain, aku rasa markah aku dapat daripada penyelia adalah paling rendah iaitu 46%(32% daripada penyelia 1 dan 14% daripada penyelia 2).

Ada kawan2ku yang jarang jumpa penyelia mereka, jarang berbincang dengan penyelia tetapi still dapat markah yang tinggi. Ada kawanku dapat sampai 56% daripada 60% itu walaupun performancenya kurang. Apa yang penting, dia dapat penyelia yang boleh 'kaw tim', tapi tidak penyelia aku. Malahan aku pun rasa kurang berpuas hati dengan justifikasi pemarkahan penyelia aku.

Untuk tesis, aku dapat 32% sahaja berbanding kawan2ku yang memperolehi 34%, 36% dan 38% daripada 40%. Sedangkan 2 penilaian internal sebelum ini, ada beberapa pensyarah menasihatkan agar kawan2ku menjadikan tesis aku sebagai rujukan, sebagai guideline. Ini bermakna tesis aku berada dalam landasan yang betul dan hampir lengkap. Pensyarah menjadikan tesis aku sebagai benchmark mereka.

Dari segi Business Plan pula, aku dapat 14% berbanding kawan2ku yang ada mendapat 18% daripada 20% itu. Semasa penyelia 2 aku ingin memberikan markah kepadaku, dia ada bertanyakan, "awak ada berapa kali presentation lagi?". Then aku jawablah "Saya ada 1 semester lagi". After that dia kata "So, saya tak boleh bagi markah tinggi lagi, sebab awak ada 1 sem lagi". Boleh penyeliaku beritahu macam itu....

Dalam 2 presentation sebelum ini juga ada pensyarah yang mengatakan bahawa Business Plan aku ini dah complete, tiada apa yang boleh dikomen lagi dan menasihatkan kawan2ku menjadikan Business Plan aku sebagai panduan untuk mereka. So, bila aku dapat 14% daripada 20%, of course aku rasa kurang puas hati compare dengan yang memperolehi 18%.

Aku bukan apa, aku kalau boleh just ini tahu dengan jelas, apa justifikasi/kriteria pemberian markah. Adakah disebabkan aku masih ada lagi 1 semester, aku tak layak dapat markah yang baik? Adakah disebabkan masih ada presentation seterusnya, baru boleh beri markah yang baik walaupun hasil kerja kita sekarang ini pun dah baik? So, apa justifikasinya?

Aku bukan apa, pada waktu itu aku benar2 ingat result aku akan turun, dah takkan dapat A lagi dah (markah untuk A adalah 80% sehingga 85%). Aku dapat 46% daripada 60%sahaja dan nmemerlukan sekurang2nya 34% daripada 40% untuk dapat A. Ada kawanku dapat 56% daripada 60% walaupun ramai pensyarah menganggap hasil kerjaku paling elok. Nak kata aku jarang berjumpa dengan penyelia, aku rasa setiap minggu/2 minggu sekali aku jumpa mereka dan berbincang tentang progress projek aku, diorang pun ok je bincang dengan aku.

So, itu jelah yang aku rasa kurang puas hati. Apa pun, aku pun terkejut sebab markah dari penilai luar aku adalah baik (aku tak tau markah sebenar yang diberikan) sebab aku still dapat A. Ini bermakna markah yang diberikan oleh penilai luar untukku adalah at least 34% daripada 40%. Sometimes aku rasa pemilai luar dari industri ini lagi pandai menilai.

Aku tak bermaksudkan untuk mempertikaikan keputusan markah penyeliaku tapi bagi aku, alangkah bagusnya aku dinilai secara adil dan mengikut prestasi yang ditunjukkan. Barulah kita sebagai student ini merasai bahawa segala hasil kerja kita dinilai dengan baik dan sewajarnya, bukan based on bilangan baki semester yang tinggal, baru nak bagi markah yang sepatutnya.

Apa pun, alhamdulillah aku ucapkan kerana masih berpeluang mendapat A dan seterusnya mengekalkan pointer aku walaupun pada awalnya aku jangkakan ianya menurun.



PEMBATALAN PROGRAM KE SHANGHAI...


20 Syaaban 1431 Hijriah. Bebaru ini aku rasa aku telah mengambil satu keputusan yang pada aku amat menyedihkan, amat menakutkan dan amat mengecewakan. Suatu program yang telah lama dirancang dengan sebegitu rupa tidak dapat di realisasikan. Atas beberapa masalah yang menimpa, aku sebagai pengarah program 'Delegasi Akademik dan Keusahawanan Teknologi Maklumat (DUIT'10)' membatalkan program tersebut.

Menyorot kembali program ini, asalnya adalah idea kawanku yang melihat promosi ke Shanghai World Expo 2010 dalam akhbar pada awal Mac dan mencadangkan kitaorang semua buat program ke sana. Disokong oleh penyelaras kami, aku dilantik menjadi pengarah program. Aku buat paperwork, buat surat mohon kelulusan, buat surat penajaan dan sebagainya.

Aku juga membahagi2kan tugas kepada kawan2ku yang lain. Setiap seorang ada peranan masing2. Setelah semua kelulusan diperolehi, usaha mencari penajaan dan agensi travel bermula (actually dah start cari awal lagi, cuma baru nak deal). Kesibukkan ahli kumpulan menjadikan aku terpaksa menangguhkan program ini daripada bulan Mei kepada Ogos. Waktu itu, ahli penajaanku memberikan sebab kesuntukan masa untuk mencari penajaan.

Bila sudah masuk bulan Jun, aku turut turun padang untuk mencari agensi travel yang bagus dan turun padang mencari penajaan. Setakat naik turun naik turun bangunan pentadbiran dan bangunan2 lain yang kadang kala 4 tingkat itu sebab lif rosak, dah biasa rasanya. Begitu juga dengan membuat surat2 yang berkaitan. Walaupun dah ada ahli yang bertanggungjawab dalam bab surat menyurat, ianya dilepaskan kepadaku dengan alasan sibuk dengan business peribadinya. Sometimes aku jugak yang kena follow up dengan pihak penaja sebab ahli penajaan sibuk, katanya la....

Keadaan bertambah sukar apabila program yang kosnya RM 3,500 setiap seorang tidak mencukupi dari segi budget. Setakat yang diperolehi, aku hanya berjaya collect RM 2,500 setiap seorang sahaja. Ini bermakna aku memerlukan RM 1000 setiap orang lagi walaupun tarikhnya sudah dekat. Ada juga aku mohon supaya ahli yang ingin pergi ini supaya top up duit poket sendiri RM 1000, tetapi hanya 2 orang sahaja yang sanggup iaitu aku dan seorang kawanku.

So, after that, aku cuba lagi deal dan bincang2 dengan agensi travel. Alhamdulillah....boleh kurang daripada RM 3,500 kepada RM 2,800 tetapi dengan mengurangkan beberapa perkara tapi at least ok lagi la kan. Aku ingatkan just top up RM 300 setiap orang, semua boleh keluarkan duit poket sendiri tetapi jangkaan aku meleset. Dua orang sahaja yang setuju, yang lain2 taknak dengan alasan tiada duit dan sepatutnya boleh dapat full sponsor.

Nak tambah RM 300 pun tak sanggup, aku pun terpaksa membatalkan program ini walaupun hati aku waktu itu marah+sedih. Program yang aku dah run dari bulan Mac lagi terpaksa dibatalkan dengan begitu sahaja. Duit program yang telah diperolehi itu juga terpaksa dipulangkan. Terpaksa juga aku menebalkan muka menahan malu apabila memberitahu pihak pentadbiran universiti bahawa program ini dibatalkan.

Apa pun, aku post disini bukan untuk mencari salah siapa dan menudingnya. Aku hanya mampu menerima Qada' dan Qadar serta bermunasabah diri. Mungkin aku ini bukan pengarah program yang baik. Mungkin aku ini tidak bertegas dengan ahliku yang lain. Mungkin aku ini tidak pandai merancang. mungkin aku ini masih kekurangan pengalaman. Mungkin ada antara ahli2 lain sudah 'tiada hati' untuk pergi. Mungkin disebabkan ahli2ku rasakan ini bukan tanggungjawab mereka, jadi tak jadi, bukan masalah mereka. Segala kemungkinan boleh berlaku....

Apa pun, after this, aku pun dah rasa malas untuk handle program seperti ini. Kalau ada kawanku yang ingin buat program seperti ini, mungkin aku just join sebagai peserta biasa sahaja, tidak lebih dari itu. Setakat nak paperwork dan contoh2 surat aku boleh berikan, tapi untuk bergiat aktif semula, aku dah penat....



Thursday, July 22, 2010

PROGRAM AZIZAN OSMAN - PART2...


18 Syaaban 1431 Hijriah. Ok, kali ini aku nak sambung lagi ulasan aku terhadap program Azizan Osman tu. Cuma kali ini aku ingin fokuskan pada isu rahsia tarikh lahir itu seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak sebagai tak eloklah, haramlah, syiriklah dan sebagainya. So, kali ini aku just ingin utarakan beberapa persoalan dan pendapat aku dalam hal ini.

Aku sebelum ini pernah menonton rancangan agama yang mana penceramahnya (tak perlulah aku bagi nama) selalu jugak keluar dalam tv dan dia handle bahagian zakat2 ni. Ustaz ini ada mengatakan bahawa kejadian bintang bulan, adalah untuk menambah pesona alam dan dijadikan rujukan dalam ilmu falak. Tak payahlah kita susah2 nak kira tarikh lahir kita untuk melihat potensi diri kita.

Ada juga orang lain mengatakan bahawa ilmu2 kiraan tarikh lahir ini tak elok dan lebih kepada ramalan nasib, so mesti dijauhi kerana boleh mengakibatkan potensi perubahan akidah. Ada juga yang mengatakan bahawa kiraan ini boleh membawa syirik kerana kita percayakan kepada nasib dan kiraan kuasa bulan bintang, melebihi kepercayaan kita kepada Maha Pencipta.

Aku pun pernah sekali masuk program ini (tetapi bukan kendalian Azizan Osman) yang free (kalau program free, aku join je, bukan rugi pun) dan ada membuat kiraan tarikh lahir serta melihat potensi diri aku. Pada pendapat aku, tak salah pun belajar ilmu seperti ini, cuma janganlah kita terlalu taksub dan percayakannya melebihi Qada dan Qadar. Ianya adalah based on kajian, so ada yang kebetulan ok, kebetulan tak ok. Pada aku ianya bukan ramalan tilik nasib. Mungkin aku kurang arif tentang ilmu2 agama seperti ini, so ini just pendapat peribadi aku jelah.

Pada aku, jika seandainya benar bahawa ilmu rahsia tarikh lahir ini adalah salah, boleh menyesatkan umat Islam, timbul pula beberapa persoalan dalam fikiran aku yang jahil ini. Perkara pertama adalah, kenapa jabatan Islam samada Jakim atau Mufti atau Majlis Fatwa tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang ilmu ini. Setahu aku, aku belum dengar lagi kenyataan rasmi di akhbar. Jika dah ada, beritahulah ye.

Then apabila perkara2 ini salah disisi Islam, kenapa cerdik pandai agama tiada yang membuat laporan polis atau kepada jabatan agama supaya perkara ini dapat disiasat? Aku sememangnya kurang arif dalam bab2 agama ni tetapi kenapi cerdik pandai agama, ustaz2 yang mendakwa program ini salah tidak membuat laporan? Mereka ini golongan yang berilmu dan tahu tentang hukum hakam tetapi menyepi sahaja.

Sepatutnya golongan ustaz2 ini sepatutnya membuat laporan kepada pihak berkuasa (jabatan agama atau polis) seandainya ilmu rahsia tarikh lahir ini sememangnya menyimpang daripada ajaran Islam. Apabila laporan dibuat, bolehlah dibincangkan tentang hukum2 dan dikeluarkan penjelasan atau fatwa tentang perkara ini. Ini tidak, golongan cerdik agama ini hanya pandai bercakap sahaja dalam ceramah mereka, sepatutnya buatlah laporan polis kerana mereka bijak agama, tahu hukum hakam dan boleh memberi penjelasan kepada pihak berkuasa.

Seandainya tiada laporan dibuat, amat berdosa golongan cerdik pandai agama ini kerana mereka tahu bahawa ilmu rahsia tarikh lahir itu salah tetapi membiarkan sahaja ianya tersebar. Kalau orang awam macam aku yang tak pandai agama ini, kurang sesuailah untuk membuat laporan kerana aku tak pandai nak berhujah dengan dalil2.

Apabila perkara ilmu rahsia tarikh lahir ini dah confirm haram (setelah dibincangkan diperingkat mufti), barulah satu ketetapan diambil dan satu fatwa diumumkan. Dengan ini, barulah pihak berkuasa boleh mengambil tindakan dan hukuman yang sewajarnya. Seandainya kegiatan Ayah Pin boleh dipecahkan dan dibanteras, kenapa pula perkara ini tidak boleh dilakukan sekiranya ianya benar2 bercanggah dengan Islam? Aku tidak berniat untuk mempersoalkan golongan ulama, tetapi perkara ini perlulah diperjelaskan supaya tiada mengundang gelisah ramai orang.

Kenyataan fatwa pula adalah penting bagi mengelakkan kekeliruan dalam masyarakat. Aku bersetuju dengan fatwa pengharaman senaman yoga yang mana setelah kajian ilmiah dilakukan, ternayata ianya bertentangan dengan islam. So, begitu juga dengan harapan aku terhadap rahsia tarikh lahir ini. Apabila fatwa dikeluarkan, ianya mestilah dipersetujui oleh semua mufti (sepakat) bagi mengelakkan kes ESQ yang telah diumumkan bercanggah oleh seorang mufti sedangkan mufti2 lain mengatakannya bahawa ESQ boleh dilaksanakan dengan syarat2 tertentu.

Aku dah join ESQ pada tahun lalu (ada kawan yang ajak aku, then free sebab dia fasilitator program tu), aku juga dah belajar serba sedikit program rahsia tarikh lahir ni. Pada pendapat aku (yang lemah ilmu agama) ni, program tersebut ok, boleh dijalankan. Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa manusia sememangnya dikehendaki merubah nasib mereka sendiri serta menerima qada' dan qadar. Ada sesetengah perkara sememangnya tidak boleh diubah dan sesetengah perkara lagi perlukan perubahan.

Thinking positif dan menerima sifat kita seadanya amat penting dalam hidup ini. Seandainya kita diberitahu bahawa kita ada beberapa sifat buruk, perbaikilah sifat tersebut. Ibarat kata orang, nobody perfect. Kalau kita rasakan bahawa apa yang diberitahu kita itu betul atau salah, terpulanglah, pada aku, yang mana tak elok itu, perbaikilah. So, aku rasa cukuplah setakat ini sahaja aku komen tentang program rahsia tarikh lahir ini. Seandainya ianya dibuktikan salah dari segi agama, of course aku akan berhenti. Tentang Azizan Osman itu, samada dia itu menipu atau tidak, itu soal dia dengan Allah SWT, pada aku, aku lebih pentingkan content yang disampaikannya samada bermanfaat atau tidak.



PROGRAM AZIZAN OSMAN - PART1...


10 Syaaban 1431 Hijriah. Hari ini di UTM sepatutnya ada berlangsung Program Rahsia Tarikh Lahir bersama penceramahnya Dr.Azizan Osman. Kalau korang semua biasa tengok kat akhbar2, kan dia sekarang ini tengah naik famous. Actually program ini adalah program kawan sekelasku, then dulu aku pun join jugak dalam usaha untuk menjayakan program ini dulu tapi aku tak aktif sangat la.

Dr. Azizan Osman sekarang ini charge RM 35/seorang untuk menyertai program ini. Dulu sewaktu aku dan seorang lagi kawanku deal dengannya, dia mintak RM 15k untuk 1 jam. Mahal giler, Dr.Fadilah Kamsah pun RM8k sehari, dia letak RM15k tu. So masa tu aku cadangkan agar cari orang lain sahajalah untuk penceramahnya then aku dah tak aktif dah. Dua minggu lepas, aku dengar Dr.Azizan ni charge by head, RM 35 per head. So, pada aku okla, boleh tahan lagi la.

Sehari sebelum program, ada banyak di Facebook tentang Dr.Azizan ni. Ada seorang senior lecturer kononnya mempertikaikan keaslian title 'Dr' terhadap Dr.Azizan. Dengan mengemukakan beberapa bukti penemuannya, aku berpendapat mungkin ada benarnya jugalah kata2 lecturer tu, cuma better kalau ada bukti2 lain lagi diperlukan. So, lecturer tu pun mempertikaikanlah, kenapa membenarkan Dr.Azizan ini buat program dan bagi talk kat UTM?

Turut menjadi sembang hangat dalam FB adalah penipuan Dr.Azizan, soal certification, kandungan talk tersebut dan bayarannya. So, aku pun ajda jugaklah menyampuk sikit dan bagi komen tentang isu2 yang dipertikaikan tu.

Isu pertama adalah tentang certification. Senior lecturer tu mengatakan layakkah Dr.Azizan bagi talk kat UTM? Pada aku kalau senior lecturer tu concern tentang penipuan, yes, aku setuju. Dengan kata lain, dia tidak layak kerana menipu tapi kalau senior lecturer tu kata sebab tiada certification PhD, aku rasa tak elok kita berkata seperti itu. Adakah kelayakan PhD semata2 dinilai untuk membolehkan seseorang itu boleh bagi talk di UTM ni? Bagaimana dengan orang yang dikatakan berjaya tanpa PhD?

Contoh paling mudah adalah Tan Sri Syed Mokthar Al-Bukhary. Beliau tiada PhD, so adakah beliau tidak layak? Beliau seorang yang berjaya dan diiktiraf oleh Malaysia tetapi tiada PhD pun. Begitu juga dengan Zull Design. Zull Design tiada PhD, lulusan IKM tetapi telah banyak memcipta nama dengan ciptaan2 inovatifnya sehinggakan diberi jolokan 'McGuyver Malaysia'. So, adakah orang seperti Zull Design ini pun tidak layak? Para Dr yang ada PhD sekali pun belum tentu lagi boleh diiktiraf sebagai individu yang berjaya. Mereka ini mungkin pandai tetapi belum tentu cerdik. Tapi bila aku sebut macam tu, nanti ada yang marah pulak. Susah betul...

Isu kedua adalah contentnya. Pada aku, kita kena check juga apa content talk tersebut. Ramai yang mengatakan bahawa ilmu rahsia tarikh lahir ini, tak elok, tak baik, boleh membawa syirik, dan sebagainya. Program ini dipropose oleh kawanku dan ianya sudah diluluskan oleh pihak pentadbiran. So, pada aku pihak pentadbiran mesti check dahulu apa content yang ingin disampaikan olehnya. Jika contentnya itu didapati kurang sesuai, cadangkanlah penceramah lain yang lebih berwibawa. So, untuk content, aku rasa ingin huraikan dalam satu post lain, baru clear sikit.

Apabila kelulusan telah diberikan, of course kawanku itu telah menjemput Dr.Azizan tadi. Then disebabkan tersebarnya artikel di FB tadi, pihak UTM telah 'hold' dulu program tersebut. So, aku tak berapa pasti adakah program tersebut masih berjalan ataupun macamana, aku tak pasti tentang statusnya. Aku tahu bahawa pihak UTM mempunyai kuasa untuk membatalkan/menangguhkan program secara tiba2 tetapi ini melibatkan pihak luar. Apabila melibatkan pihak luar, kita mesti memikirkan tentang tanggapan masyarakat terhadap nama baik universiti.

Senior lecturer tadi mungkin niatnya baik, untuk menyedarkan pelajar bahawa Dr.Azizan itu mungkin menipu terhadap PhD nya tetapi bila dah dijemput, agak susah untuk dibatalkan secara tiba2. Takpelah, mungkin ini semua boleh menjadi pengajaran terhadap semua pihak agar selepas ini lebih berhati2 dan check dahulu latar belakang penceramah yang ingin dijemput itu. Program yang dah diatur ini biarlah berjalan dahulu, next time kalau ada proposal terhadap Dr.Azizan ini, barulah pihak universiti menolaknya.

Soal ketiga adalah saman. Seandainya program ini dibatalkan atas sebab penipuan seperti yang didakwa oleh senior lecturer tu, ada 2 kemungkinan. Kemungkinan pertama adalah, jika benar Dr.Azizan itu penipu, seorang yang membeli PhD nya, its ok. Tiada kesan sampingan pada pihak universiti. Kemungkinan kedua adalah, program ini dibatalkan atas faktor penipuan then tiba2 segala dakwaan itu adalah tidak benar. Dengan kata lain Dr.Azizan itu sememangnya seorang yang memperolehi PhD melalui cara yang benar, dia boleh menyaman pihak universiti.

Dia boleh menyaman senior lecturer dan pihak universiti atas dasar saman malu. Dia telah dimalukan kerana kononnya PhD nya itu adalah dibeli. Untuk kes saman malu, ianya unlimited amount, mungkin berjuta2 ringgit. Itupun kalau dia terbukti benar2 pelajar PhD dan sijilnya itu terbukti benar dan sahih serta diperolehi melalui jalan yang betul. Jika tidak, menanggung rugilah pihak universiti.

Aku pun entahlah nak kata apa, takde idea untuk berkata2 tentang perkara ini. Apa yang aku boleh katakan, just seperti kat atas itulah then terpulanglah kepada pihak yang terbabit untuk menyelesaikan perkara ini. Harap ianya berakhir dengan baik dan tanpa sebarang masalah...



JODOH OKU...


9 Syaaban 1431 Hijriah. sambil2 aku tengah melayari internet, aku teringat tentang suatu persoalan yang agak banyak diutarakan kepadaku. Sejak daripada zaman sekolah menengah lagi soalan2 seperti ini ditanya. Bila dah masuk universiti pun, ada lagi kawan2ku yang bertanya. Aku tahu bahawa diorang just nak tahu sahaja then aku pun takde masalah pun.

Soalan itu adalah melibatkan jodoh aku. Ada orang bertanyakan adakah aku ingin berkahwin dengan perempuan OKU juga? Aku ada kenal mana2 perempuan OKU tak? Itu antara persoalan yang famous jugak la dulu. Mereka berpendapat bahawa lelaki OKU mesti ingin berkahwin dengan perempuan OKU. Mereka berpendapat perempuan OKU mesti memilih jodoh dengan lelaki OKU juga. Mungkin juga ada sesetengahnya berpendapat bahawa OKU tidak layak/ kurang sesuai digandingkan dengan orang normal.

Sometimes aku terfikir juga, sampai begitu persepsi masyarakat terhadap golongan OKU. Daripada soal pendidikan, environment sehinggalah soal jodoh, mereka ini begitu steptikal terhadap OKU. So, bila berhadapan dengan soalan seperti ini, aku mudah je jawab, 'aku tak layak ke kahwin dengan perempuan normal?'

Aku pun ada citarasa tersendiri. Aku pun ada pilihan dan ciri2 wanita idaman aku tersendiri. Begitu juga dengan OKU lain. Golongan seperti aku ini still dianugerahkan hati dan perasaan untuk memiliki sesuatu yang diinginkan. Golongan seperti aku ini still diberikan akal untuk memilih yang mana permata yang mana kaca.

Persepsi masyarakat mengatakan bahawa lelaki OKU mesti pilih perempuan OKU dan sebaliknya. Jika lelaki itu berkelayakkan, ada ciri2 yang diingini oleh wanita lain (seperti baik agamanya, baik akhlaknya dan mungkin juga berduit), apa salahnya dia berkahwin dengan perempuan normal dan cantik? Kalau dah kedua2nya setuju, suka sama suka, why not kahwin je kan ?

Begitu juga dengan perempuan OKU. Mungkin dia OKU tetapi dia memiliki ciri2 idaman lelaki normal (seperti baik agamanya, cantik, baik akhlaknya dan sebagainya), of course boleh berkahwin lelaki normal yang cintakannya. Apa masalahnya kan? Kalau dah jodoh, takkan kemananya, kalau dah cinta dan sayang, bahagia jugak rumah tangga.

Pada aku, tentang jodoh ni, aku bukannya nak demand pun, yelah pada pendapat aku perkahwinan itu mungkin sekali seumur hidup dan pilihan itu akan menjadi teman aku seumur hayatku. Asalkan baik agamanya (perkara ini boleh dididik lagi), sedap dipandang mata (dengan kata lain cantik la) dan mencintai aku seadanya serta diterima oleh ayahku. That's all. Kalau berharta, itu mungkin bonus untuk aku la agaknya, lagi baik kan. Oh, ye, aku nak perempuan yang normal.

Seandainya aku berjaya suatu hari nanti, salahkah aku berkahwin dengan perempuan seperti itu? Ada dalam hukumkah bahawa lelaki OKU mesti kahwin dengan perempuan OKU? Ada dalam hukumkah bahawa perempuan OKU mesti kahwin dengan lelaki OKU? Then sometimes perempuan OKU pun tidak semestinya tiada pilihan dalam memilih pasangan hidup mereka.

Jangan fikir bahawa perempuan OKU patut menyerah segala2nya tentang perkahwinan mentang2lah dia OKU. Perempuan OKU yang mungkin kurang elok rupa paras berhak juga untuk memilih. Dia juga ada hati, perasaan dan keinginan untuk mendapatkan yang terbaik untuk dirinya. kalaulah perempuan OKU itu cantik menawan dan sifat kurang upayanya sedikit sahaja, aku rasa mesti berebut2 lelaki normal menjadikannya isteri. Kalau tahap kurang upayanya agak teruk, langsung takde yang nak memilihnya.

Aku faham bahawa kita sebagai manusia terutamanya lelaki sudah menjadi fitrah untuk memilih yang baik2 dan cantik2 belaka. Aku juga tak terkecuali. persoalan samada layak atau tidak, tiada siapa yang boleh tentukan. Kalau dah jodoh, kahwin jelah. Aku pun, kalaulah dah jodoh aku suatu hari nanti dengan perempuan OKU, aku redha. Mungkin itu yang terbaik untukku.

Apa pun, sekarang ini aku tengok masyarakat semakin open minded. Ada juga beberapa OKU yang aku kenal berkahwin dengan orang yang normal. Begitu juga dengan apa yang aku baca dalam akhbar bahawa ada perkahwinan antara OKU dengan orang normal, malahan meriah pulak majlis tu.

So, aku harap after this, aku akan jumpa dengan pasangan yang aku idam2kan. Aku dah berumur 25, dah tua dah. So, kena cari cepat2 ni....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...