Sunday, January 3, 2010

ABANG-ABANGKU...


16 Muharram 1431 Hijriah. Sambil2 tengah mengisi borang Pre-Seed untuk projek aku, entah kenapa aku boleh teringatkan abang2ku yang kauh di mata (masing2 kat Kota Bharu, KL dan Kuantan). Tiba2 pulak rasa teringat kat diorang, terkenang kat diorang dan jasa2 diorang. Aku just ada 3 abang sahaja, Rujhan, Ruzman dan Ruzi. Nama pun lebih kurang je adik-beradik. Aku jarang contact diorang pun dan diorang pun jarang contact aku.

Walaupun diorang jarang contact aku tapi aku tau, diorang amat bertanggungjawab. Aku pulak biasanya kalau ada urusan @ lebih tepat lagi, time susah baru nak cari diorang, time nak cari duit lebih, baru aku contact diorang. Jahat betul aku. Tapi aku setakat ni, alhamdulillah... takde lagilah nak mintak2 ni, biasanya diorang ikhlas bagi kat aku tanpa diminta. Yelah, aku pun tak tau, memang jenis aku macam tu agaknya, jarang berkomunikasi dengan adik-beradik, dengan arwah mak dan ayah ok la.

Banyak pengorbanan yang telah abang2ku lakukan untukku, dari kecik sampai sekarang. Tak kiralah samada dalam bentuk wang, masa ataupun tenaga tapi paling banyak wang la. Setiap abang2ku ini boleh dikatakan ada keistimewaan tersendiri dalam melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap keluarga dan juga terhadap aku.

Ok, apa yang istimewanya tentang abang2ku itu. Biar aku ceritakan satu persatu. Aku mulakan dengan Rujhan. Dia abang sulung aku. Salah satu perkara yang paling aku tak dapat lupakan dan menjadi motivasi adalah kata2nya semasa arwah mak aku nak pergi ke Mekah menunaikan umrah dulu. Masa itu mak aku masing2 tanyakan kepada semua anak2nya (termasuk aku) apa yang nak?

Mungkin mak boleh belikan masa kat Mekah nanti seandainya berkesempatan. Yelah, nak jugak kan sedikit ole2 dari Mekah. So, kitaorang pun masing2 beritahulah apa yang dihajati. Ada kakakku yang nak jubah, ada yang nak kain, nak macam2 jugakla. Tak ketinggalan aku yang nak jam tangan. So, bila semua orang dah nyatakan keinginan masing2, tiba last giliran iaitu abang Rujhan. Apa kehendak dia?

"Saya taknak apa2 mak, cukuplah mak janji dengan saya bahawa mak dan ayah pergi Mekah di sana dengan selamat, buat ibadat dengan baik, jaga kesihatan dan balik dengan selamat". Peh !!! terkedu adik-beradik lain, termasuk aku. Itulah permintaan abang aku terhadap mak dan ayahku. Tiada perkara lain yang diingininya melainkan kesejahteraan ibubapa. Aku bangga mempunyai abang seperti dia.

Ok, itu cerita abangku yang pertama, ini cerita anangku yang kedua, Ruzman namanya. Cerita ini diceritakan semula oleh isterinya (kakak ipar aku la). Ceritanya bermula semasa diaorang tengah bercinta dan merancang untuk berkahwin. Suatu hari, abang ku ada bertanya kepada aweknya (belum kahwin lagi masa tu)...

"Yang... abang masih ada 3 orang lagi adik2 abang yang masih kecil dan sorang daripadanya kurang upaya... Adakah ayang sudi dan berjanji untuk bersama2 dengan abang menjaga adik bongsu abang itu? Abang tidak akan berkahwin selagi abang tidak menemui perempuan yang boleh menganggap adik abang itu sebagai adik kandungnya sendiri.... "

Fuh, ketika itu hampir menitis air mata aweknya melihatkan kesungguhan dan betapa tanggungjawabnya abang aku tu, terus setuju la kan...So, itu cerita kedua. Ini cerita last. Cerita ini dari abangku yang last, Ruzi namanya. Waktu ini dia dapat tawaran untuk belajar di Maktab Perguruan di Terengganu, so mesti stay kat sana la sedangkan masa itu, aku pergi ke sekolah, dia yang tolong ambil dan hantarkan.

Masa itu ayahku bercadang untuk menggajikan seorang beca untuk menghantar dan mengambilku. Penarik beca itu sudah berumur dan mungkin kudratnya juga sudah berkurangan, lagipun mungkin kurang selesa. So abangku membantah cadangan itu. Lebih kurang macam nilah kata2nya tak silap aku, "susah Jimi nak naik beca tu nanti, kesian dia". Dia begitu mengambil berat tentang keselesaaan aku.

After that, alhamdulillah, dapat mencari pengganti baru yang lebih baik daripada cadangan awal. So, itulah sedikit sebanyak sikap abang2ku yang aku boleh jadikan motivasi untukku. Setiap seorang dari mereka ada kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Sesungguhnya aku bertuah kerana mempunyai abang2 seperti ini. Alhamdulillah...


2 comments:

  1. terharu akak baca pengorbanan abng2 ruzimi.. mmg bertuah kan ada yg mnyayangi

    ReplyDelete
  2. tiada yg lebih kita harapkan, selain penerimaan org lain terhadap kita dan kesudian mereka utk bersama2 kita menjalani hidup ini..sempurna atau tidak, kita tetap sama...kerna yg indah, apabila kita dikelilingi mereka yg menyayangi dan sentiasa ada utk kita...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...