Saturday, January 30, 2010

DESIGN LAMAN WEB...


14 Safar 1431 Hijriah. Hari ini dan semalam aku dikunjungi oleh seorang kawanku yang dulu merupakan pensyarahku semasa Diploma dulu. Ada something yang dia mintak tolong aku designkan untuk dia. Aku ok je, takde masalah sebab takde apa2 kerja pun, lagipin bukannya aku buat sorang2 pun, kita sama2 buat. So, 2 malam jugaklah kitaorang buat kerja design tu.

Kawanku ini actually tengah buat research tentang pengaruh culture dan sosial terhadap pembangunan laman web. Apa yang dikajinya adalah adakah pembangunan laman web ini dipengaruhi oleh culture, budaya hidup dan sosial sesuatu tempat/masyarakat. Aku difahamkan kena buat 10 design tetapi semalam last sampai 8 design je, next time baru sambung.

Ok, sepanjang kitaorang buat kerja design2 yang berdasarkan sumber2 yang dikajinya, ada beberapa perkara yang aku baru sedar, selama ni tak tau pun, just buat design pada pandangan aku sahaja. Antaranya adalah dari susunan rekaletak sesuatu column, pemilihan warna, sikap masyarakat kita dalam merekabentuk laman web dan perbandingan antara laman web zaman dahulu dengan laman web semasa. Ianya menggunakan laman web UTM sebagai benchmarking dan it's very interesting.

Ok, perkara pertama adalah dari segi susunan rekaletak sesuatu perkara dalam sesuatu column. Pada pandangan aku, majoriti laman web mempunyai struktur rekaletak yang baik dan biasanya kita meletakkan bahagian menu disebelah kiri laman ataupun diatas laman. So, memang standardlah kan. Tapi ada sesetengah laman web yang tidak berstruktur yang mana pembangun just main letak je main menu tu. Bila main menu dah berterabur, memang kacaulah susunan keseluruhannya.

Bila main menu kita tidak berstruktur, agak susah untuk pengguna browse kita punya laman web. Memang boleh browse tapi mungkin terpaksa ambil masa yang agak lama untuk cari link tu. Bila susunan main menu tidak berstruktur, of course susunan lain juga akan berterabur seperti dimana banner, dimana sub menu, mana nak klik dan sebagainya. So, bagi aku buatlah main menu berstruktur dan ikut standard supaya senang pengguna nak browse.

Dari segi susun letak juga, masyarakat Malaysia kita suka untuk meletakkan semua perkara dan info dalam satu page sahaja. Ini menjadikan ianya terlalu berserabut. Mungkin pembangun di Malaysia ingin pengguna boleh melihat secara overall tentang sesuatu laman web itu tetapi susunan yang terlampau banyak dan berseranut juga boleh menyusahkan pengguna untuk browse, apatah lagi untuk loading time, memang lama dan menyusahkan.

Ok, dari segi pemilihan warna pulak, agak jarang yang kelihata perbezaannya. Kalau ada pun just yang membezakan warna lembut dan terang sahaja. Pemilihan warna pula biasanya sesuai dengan warna korporat, gender dan keinginan pembangun itu sendiri. Pada aku, tak nampak sangatlah pemilihan warna itu dalam sesuatu masyarakat. Kenanyakkannya memang standardlah as long as warna itu mewakili laman web tersebut dari segi tema dan korporatnya.

Berbincang tentang sikap masyarakat kita dalam membangunkan laman web, kita sebenarnya suka mengampu pihak pentadbiran atau pihak atasan kita. Apa2 archivement yang kita dapat, kita suka pamerkan dan kebanyakkan laman web sesebuah organisasi, jarang yang tidak terdapat gambar bos mereka, mesti ada juga walaupun saiznya kecil.

Orang kita juga suka membuat sesuatu benda itu secara berulang-ulang. Ada sesuatu link yang sama itu diletakkan pada banyak tempat menjadikan nampak banyak dan berserabut. Apa yang diletakkan link pada home page, mesti ada 3-4 link yang sama destinasinya juga pada home page tersebut. So, bagi aku, better buang jelah.

Apa yang bagus tentang masyarakat kita adalah dari segi kreativiti designnya iaitu gambar diedit terlebih dahulu supaya nampak cantik, ada perbagai jenis menu (ada menu bar, pop up menu, hover dan sebagainya). Dari segi itu, memang kita kreatif berbanding masyarakat Jepun, Amerika dan sebagainya. Malaysia Boleh !! hehehe...

Dari segi perbezaan laman web zaman dahulu dan zaman semasa ini. Memang banyak bezanya selaras dengan perkembangan teknologi dan kreativiti masyarakat sedunia. Perkembangan ini memang memberi impak sementelah kita mempunyai ilmu pengetahuan tentang teknologi maklumat dan multimedia. Semua ini membantu pembangun menghasilkan laman yang canggih dan menarik.

So, aku rasa setakat itu jelah kot komen aku tentang projek research kawanku ini. Aku harap agar projeknya akan berjaya dan boleh membuktikan something serta bermanfaat untuk masyarakat seterusnya boleh menjadi guideline kepada pembangun laman web sekarang ini. Ini hanyalah pendapat aku semasa membua proses design tersebut, bukan berniat untuk mendahului ataupun lebih sudu dari kuah.

So, apa2 pun, semoga berjaya aku ucapkan kepada kawanku ini. Aku dapat belajar something new sepanjang proses tersebut. Thank's dan semoga berjaya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...