Sunday, January 17, 2010

KEBURUKKAN AKU...


2 Safar 1431 Hijriah. Malam ni suasana bilik aku agak suram. Apa yang didengari hanyalah bunyi kipas dan cengkerik. Ada 2 orang sahaja kat bilik aku sekarang iaitu aku dan roomateku. Suasana sunyi kerana masing2 diam membisu. Satu diam membisu menunggu jawapan yang ditanya dan satu lagi diam membisu kerana tidak mahu menjawabnya.

Entahlah, sometimes kalau aku tahu keadaan akan jadi macam ni, awal2 lagi aku takkan bertanya. Pada aku, aku just inginkan kepastian yang sebenar dan jujur dari mulut empunya diri. Ini berkaitan dengan kawan sebilikku.

Aku ada mendengar beberapa cerita yang kurang enak didengar tentang roomateku ini. Something yang boleh buatkan aku rasa nak marah. Bukan sekali aku dengar cerita ini, dah 2-3 kali orang memberitahuku. Apa yang lebih mengecewakan dan memalukan adalah aku yang duduk sebilik sebumbung dengannya pun tidak tahu menahu tentang hal ini, dapat tahu daripada orang yang jauh sekali.

Bila aku bertanya untuk mendapatkan kepastian, yelah aku tak suka mendengar serta memberi penilaian dari sebelah pihak sahaja. Aku nakkan kepastian dari kedua2 belah pihak. Tapi bila aku cuba bertanya secara baik, bermasam muka pulak, tak nak jawab. So, aku nak buat apa lagi? Tanya dah tanya dah. Dah tuan empunya diri taknak jawab, aku tak boleh nak paksa.

Aku akui bahawa sebelum ini pun dah pernah bertegang dengan dia, tapi takdelah sampai macam ni. Aku juga akui bahawa mungkin aku ini bukan roomate yang baik, bukan yang jenis boleh dibawak berbincang serta bukan yang boleh mendengar keluhan kawan. Aku juga akui bahawa aku sedikit sebanyak memang panas baran sikit. Tak boleh tengok kawan sendiri dipermainkan/dipergunakan, melentinglah aku. Dan biarsanya lentingan aku itu akan kena direct kepada kawanku.

Aku tak suka kawanku dipermainkan. Aku tak suka kawanku dipergunakan oleh orang lain yang semata2 ingin mengaut sesuatu/menipu kawanku ini. Bila kali pertama aku nasihat tetapi kawanku buat endah tak endah, masih khayal dalam dunianya, sebab itu aku mudah marah.

Seandainya apa2 terjadi pada kawanku ini, apa yang aku nak jawab nanti kat maknya? Apa yang aku nak beritahu bila ditanya "takkan Mie tak tau tentang dia, Mie kan kawan baik dia, Mie tak tolong nasihatkan dia ke?". Apa aku nak jawab seandainya soalan itu ditanya oleh maknya, adik2nya yang sememangnya rapat denganku. Dulu, masa aku praktikal, 2 bulan aku stay kat rumah kawanku ini, memang rapat dengan keluarganya, so takkan aku tak boleh nak tegur kawanku ini. Di mana rasa tanggungjawab aku terhadap kawanku ini?

Aku akui dulu dia ada juga bercerita tentang masalahnya terhadapku dan aku akui bahawa sifat panas baran aku menjadikan dia serik untuk bercerita lagi kepadaku. Aku tak boleh tengok kawanku dipergunakan tetapi masih tidak mahu keluar dari dunia khayalannya, sebab itu aku marah kat dia. Bila aku marah kat dia, kesannya adalah dia dah tak berapa nak bercerita kepadaku.

Bila keadaan ini berlarutan, aku mendapat tahu sesuatu tentang dirinya melalui orang lain, orang yang jauh sekali sedangkan aku kawan baiknya pun tak tahu. Aku akui bahawa aku mungkin bukan seorang pendengar yang bagus, bukan sahabat sejati. Mungkin itu salah satu daripada ribuan kelemahan aku...

Sahabat yang bagus adalah sahabat yang boleh mendengar dan cuba membantu menyelesaikan masalah kawannya dan aku mungkin bukan tergolong daripada golongan tersebut. Aku mudah nak marah, mudah panas baran bila mendengar tentang sesuatu yang buruk yang berkaitan dengan kawanku.

Sometimes. bila aku buntu tentang bagaimana cara aku ingin membantu kawan2ku, aku cuba juga berbincang dengan kawanku yang lain, yang bagi aku boleh dipercayai dan rapat denganku. Aku akui bahawa akal aku mungkin tak cukup untuk menyelesaikan sesuatu masalah, that's why aku bertanya.

Bagi aku, aku cukup mudah. Bila 2-3 kali aku nasihat secara baik tapi tiada perubahan, memang aku akan marah, memang aku akan sound secara direct, memang suara aku akan tinggi. Aku pernah memarahi kawanku dengan suara yang tinggi sampai menitis air matanya dan tidak bertegur sehari 2 walaupun tinggal sebilik....

Itu keburukkan aku... aku akui.....


2 comments:

  1. ssh kan.. x tegur slh.. tegur pun slh.. rasanya adik lebih tahu apa yg perlu dilakukan

    ReplyDelete
  2. hmm sabar yer jimi... insyaAllah semuanya akan baik kembali..buat masa ni try laaa paut hati nya kembali..cuba buat dia tersenyum..bergurau senda..walaupun dia buat x tau...jgn putus asa pujuk n buat dia tersenyum..walupun kita tau mungkin kesalahan berpihak pada dia..nk tegur org kener byk sabar..insyaAllah klu kita pandai menyusun kata,berlembut tp agak tegas sedikit..yg penting kata2 yg dikeluarkn oleh kita itu..membuatkn org blh terima dgn senang...insyaAllah semua nya kembali ok..berdoa pada Allah yer

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...